tugasan mte3112

Upload: noridzmamohamad

Post on 07-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan 1

TRANSCRIPT

PENDAHULUANPengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran-pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai. A. E. Ashworth (1982) dalam Testing for Continous Assessment: A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans,Yorkshire) memberi tujuh tujuan pengujian/penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai,memilih, melapor, membanding dan meramal.Dalam sistem penilaian/pengujian, pelbagai cara digunakan: melalui peperiksaan, kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya.Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merancang dan membinainstrumen penilaian, mentadbir ujian,merekod hasil penilaian,menganalismaklumat,melapordanmenjalankantindakansusulan yangperluseperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat,memprosesmaklumat,membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik,makakeputusanyangdiperolehmenjadilebihtepatdan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian. Ujianialahsatukaedah,tugasatauproseduryangdigunakanuntuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikanataupsikologi. Iapentingdalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsiuntuk memilih danmenempatkan calon dalamkumpulanpelajar tertentu sertamengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar. (Mokhtar Ismail, 1995). Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk membina item yng berkualiti yang mencakupi semua kemahiran yang ingin diuji seterusnya dapat menghasilkan item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepasmembuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami diminta untuk membina 10 soalan beraneka pilihan yang kemudiannya diuji kepada 20 orang murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan dan pencapaian. Ujian ini kemudiannya perlulah ditadbir di sekolah masing-masing. Sebelum membina item yang baik , Kami perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU) atau dikenali juga sebagai Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU). Sebelum membina Jadual Penentu Ujian ini kami telah membuat rujukan dan mengumpul maklumat mengenai cara membina Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU) yang betul, baik dan sesuai.A. DEFINISI JADUALSPESIFIKASI UJIAN(JSU)JSU merupakan satu rancangan persediaan item (soalan). Iajuga dikenali sebagaitestblue print / test specification.JSU merupakan matrik yang terdiri daripada paksi iaitu paksi kandungan(menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang). MenurutKubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JSU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. JSU mengandungi maklumat seperti :a)Topik pelajaranb)Aras kemahiran mengikut arastaksonomi pendidikan.c) Pemberatan/peratuspemberatanpadakandunganaraskemahiranberdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar.d)Bentuk ujian (objektif, subjektif, esei, amali, kerja kursus dlle)Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.f)Kepayahan atau kesukaran item.

B. KEPENTINGAN JSU1. Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.2. Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)3. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.4. Menentukan keseimbangan antara topic dengan aras-aras kemahiran yang diuji.5. Memberi panduan untuk membuat format ujian.6. Memberi panduan untuk membentuk soalan.7. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.8. Membolehkanperbandingandibuatantarasatuujiandenganujianyanglain.C.PRINSIP AMPENYEDIAAN JSU1. Penulis/guru perlumenyemak sukatanpelajarandan objektifpengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.2. Arahanhendaklahjelastentang panjangjawapandansamaadapelajar perlumenjawab dalamkertassoalan(mengisiruangkosong)atau dalamkertasjawapan.3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberimarkah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.5. Soalanperluditulissupayapelajardapatmembayangkansatukerangkastruktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Langkah Pembinaan JSU

Dalam pembinaan JSU, kami perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatanpelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4)menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut.

Langkah pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Kami mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruhtentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

Bagi tugasan ini kami telah berbincang dan telah mengambil keputusan untuk menyediakan item ujian bagi murid-murid Tahun 3. Setelah meneliti sukatan kurikulum KSSR Tahun 3, kami sebulat suara telah memilih 2 topik utama iaitu topik Nombor Bulat dan Operasi Tambah.

kami telah memecahkan tajuk Nombor Bulat kepada 3 topik kecil iaitu Mengenal nombor, Cerakinan' dan 'Bundar' manakala bagi topik operasi tambah pula kami memilih kemahiran menambah dua nombor sehingga 10000 tanpa mengumpul semula, menambah dua nombor sehingga 10000 dengan mengumpul semula dan menyelesaikan masalah harian melibatkan operasi tambah.Memandangkan kami baru mengajar hingga topik tersebut maka wajarlah bagi kami untuk menyediakan soalan/Item berdasarkan kepada kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

2. Menganalisis Objektif PengajaranDi samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.

Lazimnya JSU mengandungi dua paksi iaitu:Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:

(a) Kandungan Pengetahuan

Tajuk Tajuk kecil

(a) Objektif Kognitif

(b) Kandungan Kemahiran Tajuk Tajuk kecil

(b) Objektif Psikomotor

(c) Kandungan Afek/Perasaan Tajuk Tajuk kecil(c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kami perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Contohnya kami mengukur domain kognitif bagi kemahiran Menyelesaikan masalah adalah pada peringkat Aplikasi" manakala domain kognitif bagi tajuk mengenal nomor pula adalah pada peringkat "pengetahuan"

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektifpengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Namun bagi tugasan ini kami dihadkan untuk menyediakan 10 soalan berbentuk aneka pilihan sahaja.

Setelah meneliti prosedur menyediakan JSU, Kami meneruskan pula dengan menyediakan Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU).

JADUAL SFESIFIKASI UJIAN

MATEMATIK KSSR TAHUN 3

TAJUKKEMAHIRANARASJUMLAH

PengetahuanKefahamanAplikasi

RSTRSTRST

NOMBOR BULATMengenal dan menulis nombor hingga 10000 /1

Mengenal nombor hingga 10000 /1

Nilai tempat dan nilai digit/1

Mencerakin nombor/1

Membundar/1

Pola nombor/1

Menyelesaikan masalah bundar/1

OPERASI TAMBAHTambah tanpa mengumpul semula/1

Tambah dengan mengumpul semula/1

Menyelesaikan masalah operasi tambah/1

JUMLAH10

SKEMA JAWAPAN

BILJAWAPAN

1A

2C

3B

4A

5B

6C

7B

8A

9D

10B

Berdasarkan JSU yang dibina kami telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang terdiri daripada 10 soalan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 5 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,dan 2 soalan aras aplikasi , Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 5 soalan aras rendah, 3 soalan aras sederhana dan 2 soalan aras tinggi.PEMBINAAN ITEM UJIANUjian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, iaboleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar ataumembandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yangdigunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalahlebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukankepada kandungan pelajaran yang diajar guru.Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

4.3.1 Pembinaan Item Beraneka Pilihan

Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.

Item Beraneka PilihanStimulus Stem/badan jawapan pilihan Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yangbiasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab olehpelajar, kerana murid-murid sering keliru dengan pilihan jawapan tetapi ia mudah diperiksa.

Contoh Soalan/Item yang dibina.1. Tuliskan 'Tiga ribu dua puluh lapan dalam angka'A. 3028B. 3008C. 3208D. 3280 - Soalan ini adalah soalan dari jenis pengetahuan (aras rendah) yang kami fikir sesuai sebagai soalan pertama. Pilihan jawapan pula terdiri daripada 4 pilihan jawapan A,B,C dan D. Kami menetapkan jawapan sebagai A memandangkan ini soalan pertama dan perkara ini boleh membantu tahap kesediaan murid-murid untuk menjawab kesemua soalan.

4. 1432 + 2351 = A. 3783B. 3793C. 3683D. 3883- Soalan ini adalah soalan dari jenis kefahaman (aras sederhana) yang kami pilih untuk menguji kefahaman murid terhadap konsep menambah tanpa mengumpul semula. Pilihan jawapan yang disediakan bagi membantu murid menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul. Pilihan jawapan juga lebih menguji kepada kemampuan murid untuk menambah dengan betul tanpa unsur kecuaian.

10. Balang A mngandungi 3260 biji manik. Balang B mengandungi 750 biji manik lebih daripada balang A. Berapakah jumlah manik dalam balang A dan B?A. 6180B. 7270C. 7400D. 8200- Soalan ini adalah soalan dari jenis Aplikasi (aras tinggi) yang kami pilih untuk menguji kefahaman dan kemahiran berfikir murid dalam menyelesaikan masalah. Pilihan jawapan yang disediakan bagi membantu murid menyelesaikan masalah.. Pilihan jawapan juga lebih menguji kepada tahap kepekaan murid dan tahap kemampuan murid untuk menambah dengan betul.

SOALAN/ITEM YANG DIBINA

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS SEGAMATPENTAKSIRAN BULAN MAC 2014MATEMATIK TAHUN 3NAMA : ____________________ MARKAH :_____

Bahagian ABulatkan jawapan yang betul .1. Tuliskan tiga ribu dua puluh lapan dalam angkaA 3028C 3208B 3008D 3280

7 3262. Apakah nilai tempat bagi digit yang bergaris ?A saC RatusB puluhD Ribu

3. Cerakinkan 1725.A 1000 + 700 + 5C 7000 +200 + 5B 1000 + 700 + 20 + 5D 7000 + 200 + 50

4. 1 432 + 2351 = A 3783C 3683B 3793D 3883

5. Antara berikut yang manakah paling besar ?A 5096C 5709B 5780D 572

6. 8 968Bundarkan nombor di atas kepada puluh yang terdekat .A 8 960C 8 970B 8 965D 8 978

7. 3429 + 4218 =A 7 637C 7 737B 7 647D 7 467

8. Rajah di bawah menunjukkan garis nombor .

YX 51205320Apakah nilai X dan Y ?A 5220 , 5430C 5250 , 5230B 5230 , 5250D 5420 , 5220

9. Antara nombor berikut yang manakah apabila dibundarkan kepada puluh terdekat menjadi 2690 ?

A 2 683C 2 698B 2 695D 2 692

10. Balang A mengandungi 3260 biji manik .Balang B mengandungi 750 biji manik lebih daripada balang A. Berapakah jumlah manik dalam balang A dan B ?

A 6 180C 7 400B 7 270D 8 200

Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepadapelajar-pelajar tahun 3 di sekolah masing-masing . Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, kami telah merekodkan jawapan murid-murid untuk dianalisis. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada soalan atau item yang kami bina sesuai ataupun tidak. Analisis ini dilakukan secara individu mengikut keputusan yang diperolehi oleh murid-murid di sekolah masing-masing.

14 | Page