tugasan kumpulan

38
1. Pengenalan. llmu perlu dihayati dan diamalkan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan ibadah dan akhlak Islam. Ini kerana ia melibatkan dosa dan pahala. Pepatah Arab ada menyebutkan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Kajian ini membincangkan penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Syed Sirajuddin, Arau Perlis . Antara objektif kajian ialah meneliti sejauh manakah penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis dan hubungannya antara amalan gaya hidup pelajar. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang kepada penghayatan ibadah solat di kalangan mereka. Dalam menjalankan penyelidikan ini, kaedah kepustakaan dan lapangan digunakan . Data-data yang terkumpul dianalisis dan ditafsirkan. Hasil kajian mendapati bahawa penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada keseluruhannya adalah baik tetapi memerlukan penambahbaikan yang berterusan. 1

Upload: izzat-amin

Post on 14-Feb-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan Kumpulan

TRANSCRIPT

1. Pengenalan.

llmu perlu dihayati dan diamalkan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan ibadah

dan akhlak Islam. Ini kerana ia melibatkan dosa dan pahala. Pepatah Arab ada

menyebutkan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Kajian ini

membincangkan penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan

Syed Sirajuddin, Arau Perlis .

Antara objektif kajian ialah meneliti sejauh manakah penghayatan ibadah

solat dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis dan

hubungannya antara amalan gaya hidup pelajar. Kajian ini juga bertujuan

mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang kepada penghayatan ibadah solat di

kalangan mereka. Dalam menjalankan penyelidikan ini, kaedah kepustakaan dan

lapangan digunakan . Data-data yang terkumpul dianalisis dan ditafsirkan.

Hasil kajian mendapati bahawa penghayatan ibadah solat dalam kalangan

pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada keseluruhannya

adalah baik tetapi memerlukan penambahbaikan yang berterusan. Sebagai contohnya

solat fardu, walaupun ia dilaksanakan secara kerap tetapi tidak dilaksanakan pada

awal waktu dan secara bersendirian sahaja. Kajian juga menunjukkan para pelajar

kurang mengamalkan ibadah sunat seperti solat sunat qabliah dan ba'diah sedangkan

ibadah sunat mempunyai kedudukan yang besar dalam melengkapkan ibadah fardhu.

2. Pernyataan masalah.

Solat merupakan asas kekuatan diri seseorang Muslim. Individu Muslim itu mudah

terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, merempit, menonton video lucah dan

aktiviti keruntuhan sosial yang lain sekiranya mengabaikan solat. Kesan pengabaian

1

solat seperti yang dinyatakan di atas jelas berlaku secara berleluasa dalam kalangan

remaja dan masyarakat Islam hari ini.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa solat merupakan benteng

diri seseorang Muslim daripada perlakuan keji dan mungkar. Firman Allah SWT yang

maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada

perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut, ayat : 45). Ayat di atas

menjelaskan bahawa tanpa ibadat solat, seseorang itu akan mudah terjebak dengan

perbuatan keji dan mungkar.

Mahasiswa merupakan golongan remaja juga mudah terdedah dengan pelbagai

gejala sosial. Ini bermakna apabila mahasiswa tidak melaksanakan ibadah solat atau

mengabaikan solat, mereka seolah-olah mendedahkan diri kepada pengaruh gejala

sosial ini. Pada hakikatnya, terdapat kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi

yang tidak menunaikan solat. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan

kehadiran mahasiswa untuk melaksanakan ibadah solat di Masjid Politeknik Tuanku

Syed Sirajuddin, Arau Perlis yang rendah. Ini secara tidak langsung menggambarkan

amalan solat dalam kalangan mereka juga masih rendah.

Berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Pengerusi Masjid Politeknik

Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis didapati penyertaan pelajar terhadap program-

program yang dianjurkan oleh pihak masjid kurang mendapat sambutan dalam

kalangan pelajar disamping itu penghayatan solat dalam kalangan pelajar juga masih

pada tahap yang rendah. Berdasarkan hal ini, adalah penting untuk diteliti kebenaran

kenyataan tersebut dan seterusnya menjelaskan punca kekurangan jumlah pelajar

yang hadir mengimarahkan masjid terutama di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,

Arau Perlis.

2

Pengimarahan masjid merupakan perkara penting dalam membendung gejala

sosial. Masjid yang berfungsi sebagai tempat ibadah, tempat pendidikan dan dakwah,

serta pelbagai program masjid dapat berperanan membendung gejala sosial (Asmak

dan Zulekha, 2004). Masjid yang ramai jemaah dan makmur dengan pelbagai aktiviti

melambangkan masyarakat Islam sekitarnya adalah masyarakat berilmu, berakhlak

dan bermoral.

Kekuatan Islam terletak pada sistem sosial yang dibina dalam

masyarakat.Membangunkan masyarakat adalah dengan membangunkan kekuatan

material dan kerohanian. Sementara kekuatan rohani tercermin melalui pengimarahan

masjid yang berteraskan iman, taqwa dan petunjuk Allah (Shukri dan Mohamad

Khadafi, 2004). Namun, kebanyakan masjid sekarang tidak berfungsi dengan baik

sebagai tempat ilmu dan dakwah. Di sesetengah tempat, masjid terus dikunci kerana

aspek keselamatan. Masjid seolah-olah dibudayakan sebagai tempat kunjungan orang-

orang tua sahaja (Hasni dan Abdullah, 2004) dan hak golongan agamawan

sematamata (Mohd. Ghazali Abdul Aziz, 2001). Ekoran daripada kekurangan

pengimarahan masjid, aktiviti yang berkaitan dengan masjid juga kurang mendapat

sambutan. Fenomena kekurangan jamaah ini bukan sahaja berlaku di masjid-masjid di

bandar dan di kampung tetapi juga di masjid institusi pengajian tinggi termasuk

masjid di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

3. Objektif kajian.

i. Mengenalpasti tahap penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid

dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

3

ii. Melihat perbandingan tahap penghayatan solat di antara pelajar lelaki dan

perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau

Perlis.

iii. Melihat perbandingan tahap pengimarahan masjid di antara pelajar yang

berasal dari bandar dan luar bandar.

iv. Melihat perbandingan tahap penghayatan solat dan tahap pengimarahan masjid

di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang Islam yang baik dan

sederhana.

v. Meneliti hubungan penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid dengan

gaya hidup pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

4. Persoalan kajian.

i. Sejauhmanakah penghayatan solat dan pengimarahan masjid dalam kalangan

pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat di antara

pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin, Arau Perlis.

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengimarahan masjid di

antara pelajar yang berasal dari bandar dan luar bandar.

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat dan tahap

pengimarahan masjid di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang Islam

yang baik dan sederhana.

v. Adakah terdapat hubungan antara gaya hidup pelajar dengan penghayatan

solat dan pengimarahan masjid.

5. Hipotesis kajian.

4

1. Ho 1: Tahap penghayatan solat dan pengimarahan masjid dalam kalangan

pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis adalah rendah.

2. Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat di

antara pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku

Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

3. Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengimarahan masjid di

antara pelajar yang berasal dari bandar dan luar bandar.

4. Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat dan

tahap pengimarahan masjid di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang

Islam yang baik dan sederhana.

5. Ho 5: Tidak terdapat hubungan antara gaya hidup pelajar dengan penghayatan

solat dan pengimarahan masjid.

6. Penganalisaan Data

Kaedah diskriptif dan inferensi digunakan bagi menganalisis kajian ini. Bagi tujuan

menghuraikan data secara umum analisis diskriptif akan digunakan. Kesemua data

premier dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan program Statistical

Packages For Social Science (SPSS) Windows versi 20.0. Bagi menghurai dan

menerangkan demografi responden dan mengenalpasti tahap penghayatan ibadat solat

dan pengimarahan masjid di kalangan pelajar PTSS maka statistik diskriptif diguna

pakai. Kaedah inferensi juga dilakukan ke atas beberapa item khususnya untuk

menjelaskan perbandingan dan hubungan antara pembolehubah. Selain itu ujian

kebolehpercayaan digunakan untuk menilai tahap kemantapan instrumen.

Ujian Kebolehpercayaan

5

Hasil ujian kebolehpercayaan di Jadual 1 menunjukkan kajian ini mempunyai tahap

yang baik.

Reliability Statistics

Cronbach's

Alpha

N of Items

.750 15

Jadual 1

Demografi

Kajian yang dijalankan melibatkan 50 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin, Perlis yang mana 25 orang (50%) adalah lelaki dan 25 orang (50%) adalah

pelajar perempuan. Daripada jumlah ini 14 orang (28%) adalah pelajar dari Jabatan

Kejuruteraan Elektrik, 12 orang (24%) dari pelajar Jabatan Perdagangan, 11 orang

(22%) adalah dari Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, 10 orang (20%)

adalah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan seramai 3 orang (6%)

pelajar adalah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Kebanyakkan daripada

responden ini berada dalam semester dua di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin iaitu

6

Reliability Statistics

Cronbach's

Alpha

N of Items

.753 16

Reliability Statistics

Cronbach's

Alpha

N of Items

.782 10

Item Cronbach’s AlphaPenghayatan solat 0.753Pengimarahan Masjid 0.750Pengamalan Gaya Hidup 0.782

seramai 20 orang (40%) daripada jumlah responden yang menjawab soal selidik, 12

orang (24%) di semester 3, 6 orang (18%) di semester 6, 6 orang (12%) di semester 5

dan 3 orang (6%) dari semester 1. Di dapati seramai 37 orang (74%) adalah dari latar

belakang Sekolah Menengah Kebangsaan, manakala 10 orang (20%) dari latar

belakang Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dan seramai 3 orang (6%) dari

Sekolah Menengah Agama. Sekiranya dilihat pada latar belakang keluarga, seramai

27 orang (54%) responden dari bandar dan 23 orang (46%) responden dari luar

bandar. Kajian ini juga melihat kepada kemahiran responden dalam membaca Al-

Quran, di dapati seramai 34 orang (68%) pelajar berada pada tahap sederhana dalam

kemahiran membaca Al-Quran, 14 orang (28%) berada pada tahap baik dan terdapat 2

orang (4%) pelajar yang berada pada tahap yang lemah. Disamping melihat kepada

latar belakang kemahiran membaca Al-Quran, kajian ini turut melihat kepada

pengetahuan responden terhadap pengetahuan tentang Islam. Daripada hasil kajian

dapat dilihat seramai 27 orang (54%) pelajar pada tahap sederhana, 21 orang (42%)

pada tahap baik dan seramai 2 orang (4%) pelajar berada pada tahap yang lemah.

7

Jadual 2

8

Jantina

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

Lelaki 25 50.0 50.0 50.0

Perempuan 25 50.0 50.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Jadual 3

9

Jabatan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

JKM 3 6.0 6.0 6.0

JKE 14 28.0 28.0 34.0

JRKV 11 22.0 22.0 56.0

JTMK 10 20.0 20.0 76.0

JP 12 24.0 24.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Semester

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

Sem 1 3 6.0 6.0 6.0

Sem 2 20 40.0 40.0 46.0

Sem 3 12 24.0 24.0 70.0

Sem 5 6 12.0 12.0 82.0

Sem 6 9 18.0 18.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Jadual 4

Latar Belakang Sekolah

10

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

Sekolah Menengah

Kebangsaan37 74.0 74.0 74.0

Sekolah Menengah Agama 3 6.0 6.0 80.0

Sekolah Menengah Teknik

dan Vokasional10 20.0 20.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Jadual 5

Latar Belakang Keluarga

11

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

Bandar 27 54.0 54.0 54.0

Luar bandar 23 46.0 46.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Jadual 6

12

Kemahiran membaca Al-Quran

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

Baik 14 28.0 28.0 28.0

Sederhana 34 68.0 68.0 96.0

Lemah 2 4.0 4.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Jadual 7

13

Pengetahuan Tentang Islam

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

21 42.0 42.0 42.0

Sederhana 27 54.0 54.0 96.0

Lemah 2 4.0 4.0 100.0

Total 50 100.0 100.0

Jadual 8

Objektif 1: Mengenalpasti tahap penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid

dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

14

Jika dilihat kepada jawapan responden didapati bahawa tahap penghayatan solat dan

pengimarahan masjid menunjukkan skor min yang tinggi di mana skor min bagi tahap

penghayatan solat ialah 2.6275 di mana nilai mediannya ialah 2.5625. Manakala skor min

bagi tahap pengimarahan masjid pula ialah 2.8280 di mana nilai median ialah 2.8000.

Analisis ini menunjukkan bahawa tahap tahap penghayatan ibadat solat dan pengimarahan

masjid dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis adalah tinggi.

Jadual 9

Objektif 2: Melihat perbandingan tahap penghayatan solat di antara pelajar lelaki dan

perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

Independent Samples Test

15

Statistics

TPSLT TPIM

NValid 50 50

Missing 0 0

Mean 2.6275 2.8280

Median 2.5625 2.8000

Mode 2.50a 3.20

Std. Deviation .37775 .57429

Levene's Test for

Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-

tailed)

Mean

Differenc

e

Std. Error

Differenc

e

95% Confidence

Interval of the

Difference

Lower Upper

TPS

LT

Equal variances

assumed.005 .943 -.046 48 .963 -.00500 .10795 -.22204 .21204

Equal variances

not assumed-.046

47.74

7.963 -.00500 .10795 -.22207 .21207

Jadual 10

Berdasarkan kepada analisis ujian T-Bebas yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan diantara min skor pelajar lelaki dan perempuan. Ini

bermakna Hº adalah ditolak dan Hᵃ diterima.

Objektif 3: Melihat perbandingan tahap pengimarahan masjid di antara pelajar yang

berasal dari bandar dan luar bandar.

Independent Samples Test

Levene's Test for

Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-

tailed)

Mean

Differenc

e

Std. Error

Differenc

e

95% Confidence

Interval of the

Difference

Lower Upper

TPI

M

Equal variances

assumed

2.835 .099 -.766 48 .448 -.12528 .16365 -.45432 .20376

16

Equal variances

not assumed-.745

38.66

2.461 -.12528 .16822 -.46564 .21508

Jadual 11

Berdasarkan kepada analisis ujian T-Bebas yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan diantara min skor pelajar yang berasal dari bandar dan

luar bandar. Ini bermakna Ho adalah ditolak dan H1 diterima.

Objektif 4: Melihat perbandingan tahap penghayatan solat dan tahap pengimarahan

masjid di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang Islam yang baik dan

sederhana.

Independent Samples Test

Levene's Test for

Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-

tailed)

Mean

Differenc

e

Std. Error

Differenc

e

95% Confidence

Interval of the

Difference

Lower Upper

TPS

LT

Equal variances

assumed.009 .926 .984 46 .330 .10747 .10917 -.11228 .32722

Equal variances

not assumed.983

42.95

7.331 .10747 .10929 -.11294 .32789

Jadual 12

Berdasarkan kepada analisis ujian T-Bebas yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor pelajar yang mempunyai pengetahuan

tentang Islam yang baik dengan sederhana dengan tahap penghayatan solat. Ini bermakna Ho

17

adalah ditolak dan H1 diterima. Ujian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai

pengetahuan tentang Islam yang sederhana dan baik tidak berbeza dalam melaksanakan

ibadah solat di PTSS.

Independent Samples Test

Levene's Test for

Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-

tailed)

Mean

Differenc

e

Std. Error

Differenc

e

95% Confidence

Interval of the

Difference

Lower Upper

TPI

M

Equal variances

assumed1.698 .199 .465 46 .644 .07937 .17051 -.26386 .42259

Equal variances

not assumed.485

45.76

2.630 .07937 .16371 -.25021 .40894

Jadual 13

Manakala bagi analisis ujian T-Bebas yang dijalankan untuk tahap pengimarahan masjid

dengan pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang Islam juga menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan di antara min skor pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang

Islam yang baik dengan sederhana dengan tahap pengimarahan masjid. Ini bermakna Ho

adalah ditolak dan H1 diterima. Ujian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai

pengetahuan tentang Islam yang sederhana dan baik tidak berbeza dalam penyertaan aktiviti

pengimarahan masjid di PTSS.

18

Objektif 5: Meneliti hubungan penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid

dengan gaya hidup pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

Jadual 14

Hasil ujian Korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara kedua-dua

pembolehubah ini. Ini bermakna tahap tahap penghayatan ibadah solat mempengaruhi gaya

hidup pelajar. Hubungan ini dalam bentuk positif ini menunjukkan semakin tinggi tahap

penghayatan solat maka semakin baiklah tahap gaya hidup pelajar.

Correlations

TPIM TGH

TPIM Pearson Correlation 1 .095

19

Correlations

TPSLT TGH

TPSLT

Pearson Correlation 1 .418**

Sig. (2-tailed) .003

N 50 50

TGH

Pearson Correlation .418** 1

Sig. (2-tailed) .003

N 50 50

Sig. (2-tailed) .509

N 50 50

TGH

Pearson Correlation .095 1

Sig. (2-tailed) .509

N 50 50

Jadual 15

Manakala hasil ujian Korelasi antara tahap pengimarahan masjid dengan gaya hidup

menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah

ini. Ini bermakna tahap tahap pengimarahan masjid tidak mempengaruhi gaya hidup pelajar.

Aktiviti di Pusat Islam tidak memberi kesan dalam mempegaruhi gaya hidup pelajar di PTSS.

Kesimpulan.

Berdasarkan hasil analisis kajian menunjukkan bahawa penghayatan ibadah solat dalam

kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin masih rendah. Analisis min

menunjukkan pelajar-pelajar PTSS masih ramai yang tidak menunaikan solat fardhu

sepenuhnya. Hasil kajian juga mendapati bahawa sebahagian besar pelajar PTSS tidak

menjadikan amalan solat sebagai suatu kemestian. Berdasarkan keseluruhan kenyataan di atas

dapat dirumuskan bahawa pelajar PTSS secara umumnya masih tidak mengambil berat aspek

penghayatan ibadah solat. Hal ini mungkin disebabkan faktor latar belakang keluarga yang

kurang didikan agama, kesibukan aktiviti dalam kampus, teknologi media, kurang bimbingan

agama, persekitaran dan rakan-rakan yang mempengaruhi pengabaian solat dalam kalangan

pelajar.

Kenyataan ini bertepatan dengan kajian M. Salleh (1985) yang menjelaskan faktor

persekitaran dan pegangan agama yang lemah merupakan penyebab pengabaian solat dan

meyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini. Kajian Ahmad Kilani et.

al (2004) juga mengaitkan aspek disiplin dengan pengabaian solat. Individu yang kurang

20

berdisiplin akan mudah mengabaikan solat. Ini bermakna solat boleh membentuk disiplin diri

yang tinggi dalam kalangan remaja dan pelajar.

Kajian oleh Aswati Hamzah (2007) mendapati faktor persekitaran sosial yang tidak

membina seperti pengaruh media massa dalam menyebarluaskan budaya hidup glamor,

budaya hiburan, nilai-nilai hidup materialistik menjadi penyumbang utama terhadap

keruntuhan moral dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, faktor yang melibatkan kekeliruan

minda, kerapuhan pegangan agama dalam kalangan masyarakat umum khususnya generasi

muda dan sikap negatif terhadap jaringan komunikasi dalam masyarakat juga menyebabkan

keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam. Kekurangan kemahiran dan

pengamatan intelektual yang kurang tajam menjadikan mereka mudah goyah dan tidak dapat

membuat pertimbangan yang jelas dan tepat apabila berhadapan dengan perkembangan

semasa, akibatnya, akhlak pelajar Islam menjadi semakin merosot (Abd. Kadir Ariffin, 2003).

Berdasarkan dapatan kajian, pelajar PTSS didapati mengamalkan gaya hidup yang

kurang bersosial, lebih suka menyendiri dan tidak suka bergaul. Hal ini menyebabkan

mereka tidak mahu terlibat dalam aktiviti kerohanian dan aktiviti yang dianjurkan di masjid.

Ini bermakna pelajar PTSS lebih mengamalkan gaya hidup menyendiri dengan melayari

internet dan bermain permainan video. Gaya hidup ini lebih membimbangkan jika pelajar

PTSS melayari laman-laman sesawang yang tidak bermoral. Hal ini akhirnya akan memberi

kesan pada pengimarahan masjid yang memerlukan mereka bergaul dengan orang ramai atau

pelajar lain. Keadaan ini sebenarnya turut disumbangkan oleh persekitaran sosial

masayarakat dan kemunculan era globalisasi yang menggalakkan pelajar berkelakuan

sedemikian.

Kajian Eliade, M. dalam Lutpi Ibrahim (1993) menyebutkan persekitaran sosial

dapat mengajar seseorang ke arah kebaikan atau sebaliknya menjadi penggalak kepada

kemaksiatan. Impak faktor persekitaran ini dikaitkan dengan kemunculan era globalisasi yang

21

dikatakan membawa gelombang perubahan besar dalam kehidupan masyarakat dunia hari ini.

Hal ini telah dibayangkan 30 tahun lalu oleh Alvin Toffler dalam bukunya Future Shock

(1970). Toffler (1970) menjelaskan bahawa perubahan pesat yang dialami tidak sahaja

melanda dalam aspek teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi, malahan yang

membimbangkan ialah keruntuhan institusi sosial akibat perubahan nilai- nilai baharu yang

membawa kepada kejutan budaya. Hal ini berlaku kepada masyarakat maju juga dalam

kalangan masyarakat membangun (Toffler, 1970). Impak globalisasi seperti global village,

“berfikir secara global bertindak secara lokal”, “world class, strive for excellence”, telah

kelihatan dalam masyarakat PTSS. Pelbagai ideologi serta konsep baharu yang menjanjikan

berlakunya rombakan besar dalam sistem nilai masyarakat seluruhnya telah dirasai

kehadirannya (Abd. Rahman Embong, 2002). Ideologi-ideologi baharu dan asing ini

menyerap masuk dalam sistem budaya masyarakat Islam melalui pelbagai cara terutamanya

dalam bentuk hiburan seperti televisyen, internet, filem-filem dari luar negara, bahan-bahan

bacaan dan lain-lain (Ismail Ibrahim, 1999).

Kajian Hanipah Hussin (2001) turut mengakui bahawa kebebasan mengakses dan

memilih maklumat melalui laman-laman web terus diberi ruang dan menjadi punca kepada

ketidakpedulian masyarakat terhadap persekitaran. Senario ini telah melahirkan sikap

mementingkan kebebasan individu dan menolak amalan dan cara hidup masyarakat yang

sedia ada. Kebebasan dalam dunia tanpa sempadan ini dikhuatiri akan melahirkan

masyarakat PTSS yang bersifat abstrak dan tidak mempunyai rasa bertanggungjawab

terhadap perkara yang dikongsi. Impak yang kritikal ialah berlakunya pencairan prinsip

agama, adab dan norma kehidupan sesuatu komuniti yang melenyapkan nilai-nilai

etika dan estetika sesuatu bangsa.

22

Cadangan

Berdasarkan keputusan dan perbincangan yang berpandukan objektif kajian, berikut adalah

cadangan dan langkah-langkah yang perlu diambil:

1) Ke arah meningkatkan tahap penghayatan ibadat solat dalam kalangan pelajar, kajian

ini mencadangkan hal-hal berikut:

a) Para pelajar adalah dicadangkan mengikuti siri modul khas

bagi meningkatkan kecintaan kepada Allah dan tanggungjawab sebagai hamba

khususnya dalam ibadat solat. Secara terperincinya, modul-modul

dicadangkan adalah seperti berikut:

i. Kesedaran diri sebagai hamba: merujuk kepada latihan yang bertujuan

untuk meningkatkan keyakinan diri terhadap Allah sebagai Pencipta.

ii. Kecintaan kepada pencipta: merujuk kepada latihan bertujuan untuk

mengukuhkan kecintaan kepada Allah melalui ibadat solat.

iii. Kemahiran diri sebagai khalifah: merujuk kepada latihan bertujuan

membentuk kemahiran diri sebagai pengurus dan pemimpin.

23

b) Mencadangkan kepada pihak Pusat Islam untuk memperbanyakkan bahan

penerbitan berkaitan kecintaan terhadap solat kepada pelajar.

c) Mencadangkan kepada pengurusan PTSS agar menubuhkan halaqah al-Quran

dalam kalangan pelajar. Hal ini bertujuan untuk membolehkan pelajar

menguasai bacaan al-Quran. Orang yang selalu membaca al-Quran, jiwanya

tenang dan sentiasa memelihara solat.

2) Tahap pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar juga didapati masih rendah. Oleh

yang demikian kajian ini mencadangkan hal-hal berikut:

a) Penjadualan kehadiran ke masjid mengikut Kolej Kediaman Pelajar dengan

penyertaan semua pelajar PTSS. Penjadualan ini hendaklah dilakukan

khususnya pada waktu maghrib dan isyak sekurang-kurangnya sekali

seminggu.

b) Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan kerohanian pelajar. Pusat kegiatan

kerohanian ini akan berfungsi menyelaras semua kegiatan berbentuk

kerohanian dalam kalangan pelajar.

c) Mempelbagaikan program-program berbentuk sosial dan sukan di perkarangan

masjid.

3) Banyak faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penghayatan ibadat solat dan

pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar. Berdasarkan dapatan kajian, para

pelajar PTSS mengamalkan gaya hidup yang tidak suka bersosial, lebih suka

menyendiri, tidak suka bergaul dan suka melayari internet. Oleh itu kajian ini

mencadangkan:

a) Menggalakkan penglibatan pelajar dalam program-program berbentuk sosial

dan sukan di perkarangan masjid.

24

b) Mengadakan kursus-kursus kemahiran hidup di masjid seperti kelas memasak,

kelas jahitan dan kelas menggubah bunga.

c) Mewujudkan kemudahan ruang salun yang berasingan bagi lelaki dan wanita.

Penutup

Daripada perbincangan yang dibuat, menunjukkan bahawa isu penghayatan solat dan

pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar PTSS bukanlah satu isu yang boleh dipandang

ringan. Isu ini patut diambil berat oleh semua pihak terutamanya oleh pihak pengurusan

tertinggi politeknik. Namun begitu isu ini sebenarnya bertitik tolak dari asuhan dan didikan

ibu bapa sejak dari usia kanak-kanak lagi. Penekanan berkaitan solat sebagai perkara utama

dan wajib dalam kehidupan seorang muslim hendaklah ditekankan dari peringkat kanak-

kanak sehinggalah dewasa.

Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan isu penghayatan solat dan

pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar politeknik. Hasil kajian secara menyeluruh

didapati para pelajar politeknik tidak menitikberatkan amalan solat dalam kehidupan mereka.

Hasil daripada pengabaian solat, masjid dan surau- surau menjadi lapang dan kosong setiap

kali waktu solat fardhu mahupun ketika program kuliah-kuliah agama diadakan.

25

Perbincangan dalam kajian ini juga mencadangkan peranan dari pelbagai pihak di

universiti iaitu pihak pengurusan tertinggi, Pusat Islam, Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan

pensyarah. Dengan pengabungan tenaga dari pelbagai pihak ini diharap dapat menyelesaikan

isu ini dan seterusnya dapat mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat kegiatan

umat Islam.

Rujukan:-

Asmak Ali dan Zulekha Yusoff. (2004). Masjid dan Peranannya dalam Membendung

Gejala Sosial. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding

Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325-336), Sintok: Pusat Islam,

Universiti Utara Malaysia.

Aswati Hamzah. (2007). Satu Kajian Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar

Melayu. Tesis Doktor Falsafah (tidak diterbitkan), Pulau Pinang: USM.

Hamka. (1982). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional.

Hasni Othman dan Abdullah Abdul Ghani. (2004). Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di

Perak. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding Seminar

Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325-336), Sintok: Pusat Islam, Universiti Utara

Malaysia.

Lutpi Ibrahim. (1993). Antologi pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Hizbi.

Mohammad Salleh. (2007). Terapi Solat Tahajjud. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.

26

Mohd Ghazali Abdul Aziz. (2001). Isu-Isu Pengurusan Masjid negeri Pahang. Berita JAIP

“al-Wehdah”, bahagian 1, Januari 2001.

Shukri Ahmad dan Mohammad Khadafi Rofie.(2004). Memasjidkan Masyarakat dan

Memasyarakatkan Masjid. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.),

Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.300-308), Sintok: Pusat

Islam, Universiti Utara Malaysia.

Toffler, Alvin. (1970). Future Shock. New York: Random House.

27