tugasan kump moral

3
HOMOSEKSUAL Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo - bererti "sama" dan asas Latin sex - bererti "seks." Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat a. Penyakit HIV AIDS Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti. b. Penyakit Siflis Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis. Penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD – Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan. Walau bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan. c. Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga Jika kita meneliti masalah ini di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini

Upload: mohamad-ridzuan-malik

Post on 16-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

elm

TRANSCRIPT

HOMOSEKSUALPerkataanhomoseksualditerjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiksYunanihomo- bererti "sama" dan asasLatinsex- bererti "seks."Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat

a.Penyakit HIV AIDSPenyakitAIDSmulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981,doktormulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual diLos Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak,San Franciscomerupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.

b.Penyakit SiflisAntara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis.Penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan. Walau bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

c.Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan KeluargaJika kita meneliti masalah ini di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan.

Kaedah Penyelesaian Secara Islam

i.Kesedaran dari dalam hati untuk berubahGolongan homoseks muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa yang terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke panggal jalan. Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi penulis sangat percaya jauh disudut hati mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah tidak normal dan bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, kepada golongan ini yang mahu berubah, setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu niat untuk berubah.Selari dengan ajaran Islam, setiap perbuatan mestilah dimulai dengan niat, lafaz dan perbuatan. Kemudian, barulah diubah penampilan mereka seperti cara berpakaian, cara percakapan dan perlakuan mereka kepada normal.

ii.Mendirikan SolatSeterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam daripada berbuat dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu yang mendorong untuk berbuat maksiat. Allah SWT telah memerintah supaya mendirikan solat dan juga telah menerangkan kesan solat kepada mereka yang mendirikannya. Solat itu mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan yang haram dan kata-kata mungkar. Perbuatan yang keji dan perkataan yang mungkar, kedua-duanya menghasilkan dosa.

iii.Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat NasihatDewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu golongan homoseks supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal dan kognitif. Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimana-mana pejabat agama di seluruh negara.

iv.Peranan Ibubapa, Pendidik dan MasyarakatIbubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak dengan masalah ini. Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-anak tidak mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang menunggu akan mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan yang kukuh (foundation) kepada anak-anak. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka.

v.Peranan MasjidAgar pihak kerajaan untuk terus memperkasakan institusi masjid di seluruh negara. Masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi ia juga berperanan sebagai pusat pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di negara ini. Pihak masjid adalah digesa untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi zina, anti Valentines days dan program untuk golongan lesbian dan gay ini melalui kutbah Jumaat, ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti masjid sepanjang tahun.