tugasan kkc 6013_format analisis jurnal

18
NAMA: YOGANATHAN A/L KRISHNASAMY NO. MATRIK: M20121000898 TUGASAN ½ (ANALISIS JURNAL) TAJUK JURNAL: THE NEXT DECADE IN CAREER COUNSELING: COCOON MAINTENANCE OR METAMORPHOSIS? (HALATUJUN ATAU MASA DEPAN KAUNSELING KERJAYA: ADAKAH IA AKAN BERADA DALAM PENYELENGGARAAN KEPOMPONG ATAU MENGALAMI PERUBAHAN?)

Upload: yogan-krishnasamy

Post on 06-Aug-2015

185 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

NAMA: YOGANATHAN A/L KRISHNASAMY

NO. MATRIK: M20121000898

TUGASAN ½ (ANALISIS JURNAL)

TAJUK JURNAL: THE NEXT DECADE IN CAREER COUNSELING: COCOON MAINTENANCE OR METAMORPHOSIS?

(HALATUJUN ATAU MASA DEPAN KAUNSELING KERJAYA: ADAKAH IA AKAN BERADA DALAM PENYELENGGARAAN KEPOMPONG ATAU MENGALAMI

PERUBAHAN?)

........................................................... .................................................................

(YOGANATHAN A/L KRISHNASAMY) (DR. SYED SOFIAN BIN HJ. SYED SALIM) M20121000898 Tarikh: Tarikh:

Page 2: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Penghargaan

Tugasan ini merupakan ulasan jurnal kerjaya yang ditulis oleh beberapa penulis

dan pengkaji Amerika Syarikat. Jurnal asal ini mempunyai banyak maklumat terkini yang

harus dan boleh dijadikan sebagai panduan dan juga rujukan untuk menjalankan sesi

kaunseling kerjaya dengan berjayanya. Tambahan pula, jurnal kerjaya ini juga dihasilkan

selepas merujuk pelbagai sumber akademik berkisar dalam topik kerjaya. Penulis juga

telah memberi penekanan kepada teori serta pendapat beberapa tokoh dan penulis

terkenal dunia dalam menbincangkan tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab

kaunseling kerjaya kepada manusia sejagat antaranya ialah teori Super, Holland, Roe dan

sebagainya.

Di samping itu, jurnal ini juga telah menggariskan beberapa perubahan-perubahan

yang dilakukan serta yang diharapkan dalam kaunseling kerjaya agar proses pengendalian

kaunseling kerjaya ini dapat dijalankan dengan sangat berkesan untuk semua. Jurnal ini

boleh menjadi bahan rujukan yang sangat berkesan dan berguna untuk kaunselor dalam

menjalankan sesi atau aktiviti kaunseling kerjaya di pelbagai organisasi yang mereka

terlibat. Penulis juga ada menyatakan tentang beberapa perubahan yang harus dilakukan

oleh kaunselor agar keluar dari kepompong atau kekangan dan seterusnya

mengembangkan bidang kaunseling kerjaya ini ke suatu tahap yang lebih tinggi dan

berkesan untuk masyarakat.

Penulis jurnal kerjaya ini juga ada menyatakan bahawa, masyarakat amnya dan

kaunselor khasnya harus mengubah pandangan mereka terhadap kaunseling kerjaya agar

bidang ini dapat dikembangkan ke suatu tahap yang lebih maju, oleh itu jurnal ini amat

sesuai untuk menjadi rujukan para kaunselor untuk memperolehi idea-idea bernas dalam

menjalankan sesi kaunseling kerjaya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengatakan bahawa, saya sendiri amat tertarik dengan bentuk perbincangan idea dalam

jurnal ini serta perubahan-perubahan yang bakal diharapkan oleh penulis dalam bidang

kaunseling kerjaya. Informasi dan idea-idea ini boleh digunakan untuk menyedarkan

betapa pentingnya kaunseling kerjaya dalam organisasi kerjaya saya iaitu sekolah.

1

Page 3: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap jutaan terima kasih kepada

beberapa pihak atas sokongan yang diberikan kepada saya dalam menyiapkan ulasan

jurnal untuk matapelajaran Kaunseling Kerjaya (KKC 6013) ini. Saya amat berterima

kasih pada pensyarah kursus kaunseling kerjaya ini iaitu Dr. Syed Sofian bin Hj. Syed

Salim atas peluang untuk membuat tugasan berbentuk ulasan jurnal ini serta dorongan

dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami semua dalam menyiapkan tugasan kami ini.

Seterusnya saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih pada

rakan-rakan sekelas (Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling Sem 1 sesi 2012/2013)

saya yang banyak memberi tunjuk ajar serta perkongsian pendapat dalam menyiapkan

tugasan ulasan jurnal ini. Usaha menyiapkan tugasan ulasan jurnal ini tidak dapat saya

siapkan sekiranya tiada dorongan dan sokongan dari ahli keluarga saya, oleh itu saya

gunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga saya

yang membantu saya secara langsung dan secara tidak langsung untuk menyiapkan

tugasan saya ini.

Tugasan menghasilkan ulasan jurnal ini amat membantu saya dalam memdalami

serta mengetahui pelbagai informasi terniki tentang kaunseling kerjaya. Tambahan pula,

saya juga telah membuat pilihan tajuk yang baik dalam himpunan jurnal dalam ProQuest

yang telah membuka minda dan membuang pandangan serong terhadap kaunseling

kerjaya. Sudah tentu saya akan menggunakan ilmu, teori serta maklumat yang diterima

dari jurnal asal ini untuk pembangunan kaunseling kerjaya dalam organisasi saya.

Yoganathan a/l Krishnasamy

M20121000898

Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling

Sem 1 sesi 2012/2013

2

Page 4: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Isi kandungan Muka Surat

PENGHARGAAN 1-2

KANDUNGAN 3

SINOPSIS 4

PENDAHULUAN 5-6

BIDANG KAJIAN 7

SUBJEK KAJIAN 8

ALATAN KAJIAN 8

ANALISIS KAJIAN 9

DAPATAN KAJIAN 10

PERBINCANGAN

KEKUATAN 10

KELEMAHAN 11

CADANGAN 11

REFLRKSI PEMBACA / PENGANALISIS JURNAL 12-13

KESIMPULAN 14

RUJUKAN 15

LAMPIRAN 16

3

Page 5: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Sinopsis

Kajian ini telah dijalankan oleh telah dibuat oleh Parmer, Twinet; Lee Covington

Rush untuk jurnal pendidikan dan kerjaya di Amerika Syarikat pada tahun 2003. Jurnal

ini telah diterbitkan dalam buku jurnal “The Career Development Quarterly” (2003: 26-

34) yang membawa subjek perbincangan dalam pembangunan kaunseling kerjaya,

pengenalan teori kaunseling kerjaya serta standart penggunaan teori serta sumbangannya

kepada perkembangan kaunseling kerjaya dan pendidikan kerjaya. Jurnal ini telah

diperolehi melalui ProQuest yang banyak membincangkan tentang pembangunan

kaunseling kerjaya serta analisis yang dibuat oleh pengarang melalui pendekatan SWOT.

Tambahan pula, melalui jurnal ini juga penulis telah menguatkan lagi topik

perbincanganya dengan sokongan idea dan komen oleh Wrenn (1962) yang juga

sependapat dengan penulis. Mengikut Wrenn, tugas-tugas kaunselor agak terkongkong

ibarat dalam kepompong (cocoon), yang mana kaunselor lebih suka untuk melindungi

diri mereka dari menjalankan tugas-tugas yang besar skop jangkauan mereka. Kaunselor

sepatutnya harus melihat lebih jauh serta fikir di luar kotak (think out of th box) untuk

menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, bagi

memenuhi kehendak masyarakat serta melebar sayap kaunselor terutamanya dalam topik

kaunseling kerjaya ini, kaunselor seharusnya meneliti segala satu aspek dengan bantuan

dan sokongan analisis SWOT.

Penulis juga menggesa para kaunselor dan pembaca jurnal untuk membuat

pelbagai perubahan atau mencuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain untuk

mengembangkan lagi bidang mereka ceburi. Perubahan amat penting untuk

pembangunan teori, bidang yang terlibat dan sebagainya untuk menaikkan martabat dan

kualiti sesuatu bidang yang diceburi itu. Bidang kaunseling kerjaya juga harus mencuba

sesuatu yang baru dan mengalami perubahan yang positif untuk meningkatkan tahap

perkembangannya serta kualiti kaunseling kerjaya itu sendiri. Proses pembangunan dan

perubahan inilah dikenali sebagai “cocoon to metamorphosis”. Perubahan positif inilah

yang akan menetapkan sasaran masa depan yang tinggi dalam bidang kaunseling kerjaya.

4

Page 6: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Pendahuluan

Jurnal THE NEXT DECADE IN CAREER COUNSELING: COCOON

MAINTENANCE OR METAMORPHOSIS? merupakan suatu penulisan jurnal yang

menitikberatkan pengaplikasian serta perkembangan kaunseling kerjaya di seluruh dunia

dan khasnya di Amerika Syarikat. Kaunseling Kerjaya menghadapi pelbagai cabaran

yang tinggi dalam mencapai matlamat masa depan yang lebih modern atau maju

berbanding bidang ini yang sudah lama dalam industri. Bidang kaunseling kerjaya ini

sudah lama dalam dunia, iaitu sejak kewujudan manusia itu sendiri, malahan dengan

sedar atau tidak sedar proses kaunseling dalam kerjaya ini telah berlaku. Oleh yang

demikian, bagi mengubah satu disiplin yang sudah lama wujud dalam dunia ini kepada

elemen atau nilai-nilai baru merupakan satu tugas yang agak mencabar. Perubahan

kegiatan masyarakat agraria kepada masyarakat industri merupakan satu tugas yang

mencabar akan tetapi kegiatan kaunseling kerjaya harus mencari pelbagai teknik, teori,

atau metodologi yang berkesan bagi menjalankan kegiatan kaunseling kerjaya dengan

berjayanya (Frank Parsons).

Mengikut catatan dalam jurnal ini selama 90 tahun bidang kaunseling kerjaya ini

wujud malahan bidang ini telah mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan yang

sihat dan positif, antara yang paling dominannya adalah pembangunan komunikasi serta

teknologi yang lebih baik dan maju (DeBell, 2001; Zytowski, 2001). Oleh yang

demikian, akibat perkembangan dan pembangunan kaunseling kerjaya ini, pelbagai teori

berkaitan kaunseling kerjaya telah diwujudkan dan dipraktikan dengan aktifnya untuk

memastikan disiplin ini berkembang dan membantu peningkatan taraf hidup manusia.

Tambahan pula, penulis juga dalam jurnalnya telah menggalakkan para kaunselor untuk

menjalankan aktiviti kaunseling kerjaya yang berkesan dan aktif serta menggalakkan

mereka untuk berfikir dan bertindak secara global atau dalam skop yang lebih besar.

Bagi menghadapi cabaran global ini para kaunselor juga digesa untuk

memahirkan diri mereka kepada segala terminologi kaunseling kerjaya agar dapat

memberikan yang terbaik pada masyarakat unum nanti (Herr, 1996). Walau bagaimana

pun, segala teori, terminologi atau pendekatan yang sama tidak dapat digunakan dalam

5

Page 7: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

semua keadaan atau kepada semua masyarakat. Malahan setiap masyarakat yang berbeza

haruslah ditangani masalah kerjaya mereka melalui teknik kaunseling kerjaya yang sesuai

untuk mereka (Watts, 1996). Di samping itu, Herr (2000) juga telah menyatakan perlu

adanya suatu teori atau pendekatan yang baru yang boleh digunakan dalam sesi

kaunseling kerjaya di hampir semua negara dan semua bidang kerjaya secara

menyeluruh. Proses kaunseling kerjaya amat penting dewasa ini kerana kerjaya mewakili

dan menggambarkan kehidupan seseorang secara keseluruhan.

Oleh yang demikian, perubahan dalam proses kaunseling kerjaya ini amatlah

diperlukan untuk melihat kesan yang positif pada masyarakat dan tahap kualiti kehidupan

mereka. Penulis ini melalui jurnal ini menggalakkan semua kaunselor untuk mengambil

serius tentang kaunseling kerjaya ini untuk membantu dan membimbing masyarakat ke

suatu tahap kehidupan yang lebih baik serta berkualiti. Segala sesi kaunseling kerjaya ini

haruslah melalui satu proses yang amat sistematik serta berpandukan kepada teori yang

kukuh agar bidang kaunseling kerjaya ini dapat bertahan dan berfungsi dengan berkesan

kepada masyarakat sejagat.

Rentetan dari itu, dalam jurnal ini juga telah dinyatakan tentang pendapat dari

Savickas (1993) yang membuktikan bahawa kaunseling kerjaya dewasa ini telah menjadi

sebahagian psikoterapi dan kaunseling peribadi yang memberikan kesan yang banyak

kepada seseorang individu dalam memperolehi kerjaya yang diminati atau diharapkan

untuk memajukan diri mereka. Walau bagaimana pun, proses kaunseling kerjaya pada

masa sekarang harus meneliti dan mendalami beberapa perspektif antaranya ialah sistem

yang kukuh, pengaplikasian teori yang holistik, pendekatan atau teknik kaunseling yang

boleh merangkumi pelbagai budaya masyarakat (multicultural) dan penggunaan teknologi

dengan berkesan.

6

Page 8: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Bidang kajian

Jurnal ini telah diterbitkan dalam buku “Occupations and Careers, Education”

yang secara jelasnya memberi gambaran kepada kita bahawa ia berkisar tentang kerjaya,

sesi dan teknik kaunseling kerjaya serta pendidikan dan manfaatnya kepada masyarakat.

Jurnal ini telah secara mendalam membincangkan tentang pelbagai teknik serta

pembangunan yang harus diterapkan dalam bidang kaunseling kerjaya agar masyarakat

sejagat dapat menikmati manfaatnya. Walau pun bidang kerjaya ini merupakan suatu

bidang yang lama dan juga luas, tetapi penulis telah menarik kita untuk meneliti serta

mendalami bidang kerjaya ini untuk memantapkan status kehidupan manusia.

Jurnal ini juga telah menggariskan pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan

halangan dalam menjalankan kaunseling kerjaya oleh kaunselor. Penulis juga telah

membuat kajian yang lebih praktikal dan berpegang pada realiti dalam membincangkan

pelbagai isu dan perkara berkaitan kaunseling kerjaya yang berkesan. Penulis sendiri ada

mengatakan bahawa kaunseling kerjaya harus melalui perubahan yang besar serta dengan

kadar yang drastik untuk menikmati perubahan-perubahan positif yang akan

menguntungkan manusia sejagat. Proses kaunseling kerjaya ini tidak seharusnya berada

dalam satu kepompong atau kekangan idea dan perlaksanaan agar bidang ini berkembang

dengan berjayanya. “Think out of the box” merupakan nilai yang paling sesuai boleh

disamakan dengan matlamat penulis dalam jurnal kaunseling kerjaya ini, kerana penulis

menggalakkan semua pembaca dan kaunselor khasnya harus berfikir diluar kotak agar

dapat membuat pelbagai perubahan serta perkembangan yang positif dalam bidang ini.

Bidang kajian dalam jurnal ini telah berkisar di sekitar kaunseling kerjaya ini

amatlah memberi impak terhadap pembangunan taraf hidup manusia, oleh itu, penulis

mangharapkan satu pembangunan, perkembangan dan proses kaunseling kerjaya yang

bersistematik. Bidang kajian ini juga amat sesuai untuk semua pembaca amnya dan

kaunselor-kaunselor khasnya dalam mengembangkan bidang kaunseling kerjaya ini ke

suatu tahap yang baik.

7

Page 9: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Subjek kajian

Jurnal ini merupakan suatu bahan kajian tentang topik yang sangat penting dalam

kehidupan harian kita iaitu, kaunseling kerjaya. Setiap manusia dalam dunia ini berhajat

untuk berkerja dan menikmati kehidupan yang aman, bahagia dan mewah. Apatah lagi

dengan golongan manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi serta mereka yang

memiliki pendidikan sebagai nilai tambahan diri mereka, sudah tentu ingin memiliki satu

kerjaya yang baik dan menguntungkan. Oleh yang demikian, penulis telah memilih

subjek kajian yang amat releven untuk kehidupan manusia dewasa ini serta perbincangan

yang agak mendalam penulis dalam bidang ini juga dihargai.

Kaunseling kerjaya merupakan suatu bidang yang sangat penting kepada semua,

malalui bidang ini kita dapat mengumpul pelbagai maklumat penting untuk memantapkan

lagi status kehidupan dan memenuhi segala keperluan asas manusia. Penulis juga

menyarankan pembaca serta para kaunselor untuk mengembangkan disiplin kaunseling

kerjaya serta menghasilkan perubahan-perubahan dalam subjek ini.

Alat kajian

Penulis banyak mengunakan kaedah rujukan dari idea, pandangan, komen dan

pendapat tokoh-tokoh teori serta penulis dalam bidang kajian yang sama iaitu kaunseling

kerjaya. Penulis juga telah membuat banyak rujukan buku, jurnal, dan pelbagai sumber

akademik berkaitan dengan bidang kajiannya. Jurnal ini bukan satu tulisan atau catatan

kosong yang dikeluarkan, malahan ia mempunyai idea-idea serta teori dan pendapat yang

diterima umum dan secara logik berkaitan bidang kaunseling kerjaya. Penulis juga

mengambil usaha ini untuk mengetengahkan idea-idea untuk membuat perubahan dan

pembaharuan dalam kaunseling kerjaya. Kajian yang rapi oleh penulis ini juga dapat

dilihat melalui penulisan jurnalnya yang agak berkualiti untuk dibaca. Oleh yang

demikian, penulis banyak membuat rujukan dalam bentuk buku-buku, jurnal serta

majalah-majalah yang berkaitan dengan kaunseling kerjaya.

8

Page 10: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Analisis data

Penulis jurnal keunseling kerjaya ini juga telah menganalisis data dengan

menggunakan teknik SWOT untuk membuktikan data yang dikumpulkan dari

pembacaannya dari pelbagai buku, jurnal, penulisan ilmia dan akademik sebelum

menghasilkan jurnalnya sendiri dalam tajuk “The next decade in career counseling:

Cocoon maintenance or metamorphosis?”. Tajuk jurnal ini juga menunjukkan

kematapan perbincangan serta pengumpulan data-data penting berkaitan kaunseling

kerjaya. Penulis tidak menyertakan semua pendapat atau idea dari pembacaannya dengan

tidak meneliti kegunaannya atau keserasian dalam jurnal ini. Tambahan pula, penulis

telah memilih segala satu idea dan pendapat penulis lain serta menganalisanya dahulu

sebelum menyertakan dalam jurnalnya. Oleh itu, nampaknya ada proses penganalisaan

data yang baik iaitu melalui analisis SWOT dalam penulisan jurnal ini, yang

menunjukkan kualiti jurnal ini.

9

Page 11: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Dapatan kajian

Penulis melalui jurnalnya telah membawa pembaca ke arah perbincangan yang

amat sesuai untuk masa sekarang iaitu perlunya suatu bidang kaunseling kerjaya yang

bersistematik serta berinformasi. Penulis menyarankan para kaunselor untuk membuka

minda untuk menjalankan aktiviti kaunseling kerjaya dengan lebih bersistematik.

Tambahan pula, penulis menggalakkan kaunselor untuk menukar kaedah lama mereka

yang lebih konservatif dalam menjalankan aktiviti kaunseling kerjaya kepada satu teknik

atau kaedah yang baru, relevan serta berkualiti kepada masyarakat dalam dunia terkini

yang moden dan dinamik.

Di samping itu, penulis juga meminta kaunselor khasnya dan pembaca secara

umum untuk melihat kaunseling kerjaya ini sebagai suatu bidang yang utama dalam

meningkatkan tahap pencapaian dalam kehidupan manusia. “Open Market” adalah satu

lagi idea yang diketengahkan oleh penulis kepada pemabaca yang mana, menggalakkan

pembaca dan kaunselor untuk melihat serta menjalankan segala aktiviti kaunseling

kerjaya dalam skop yang besar serta menjangkau pelbagai etnik, bangsa, kaum, jantina

dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui jurnal ini pelbagai maklumat telah

diperolehi untuk membantu klien dalam organisasi kita. Tambahan dari itu, jurnal ini juga

menggalakkan kita untuk berfikir secara terbuka dalam apa jua bidang yang kita jalankan

terutamanya kaunseling kerjaya.

Perbincangan

i. Kekuatan

Perbicangan yang baik tentang bidang yang lama (Kaunseling Kerjaya)

dengan menerapkan dan mencadangkan beberapa teknik serta kaedah

pengaplikasian kaunseling kerjaya yang baru dan dinamik.

Penulisannya adalah berasaskan kepada rujukan dari pelbagai bahan

akademik yang menjadikan penulisannya berkualiti.

Membuka minda dan skop pengamalan kaunseling kerjaya oleh kaunselor

dalam mana-mana organisasi.

10

Page 12: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Menggalakkan kaunselor untuk menjadikan kaunseling kerjaya sebagai

suatu bidang perniagaan yang utama serta memperdagangkan

pengaplikasian dan operasi bidang ini dalam skop yang luas dan terbuka.

Penulis juga telah menyenaraikan beberapa idea dan pendapat yang agak

baru dan lain dari yang lain untuk membangunkan kaunseling kerjaya

serta membuat perubahan dalam bidang ini.

Menggalakkan kaunselor untuk banyak menggunakan pendekatan

berteknologi tinggi untuk dalam menjalankan kaunseling

(cybercounseling)

ii. Kelemahan

Pelbagai buku, jurnal dan bahan telah dirujuk oleh penulis akan tetapi

tiada penerangan yang lebih mendalam tentang kesemua bahan yang

dirujuk oleh penulis.

Penulis juga tidak menyatakan sasaran khusus jurnal ini ditujukan,

manakala penulisannya agak terbuka.

Penulis juga tidak sertakan apa-apa data berbentuk kuantitatif untuk

menguatkan lagi hujah idea dan isi dalam jurnal kaunseling kerjaya ini.

iii. Cadangan

Topik jurnal ini sangat menarik, akan tetapi penulis hanya mampu untuk

menyertakan beberapa idea atau pendapat dari penulis dan pengkaji lain

sahaja dalam jurnal ini, oleh itu dicadangkan untuk sekurang-kurangnya

menjelaskan semua idea dan pendapat pengkaji lain agar jurnal kaunseling

kerjaya ini akan lebih mantap.

Di sarankan bahawa penulis dapat menunjukkan pelbagai pendekatan

untuk beberapa sasaran klien dalam satu jurnal akan lebih menarik dan

baik.

Penulis juga boleh menggunakan pendekatan data kuantitatif untuk

menguatkan lagi hujah penulis dalam jurnal ini. Data kuantitatif juga akan

11

Page 13: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

menambahkan lagi kefahaman pembaca serta mampu untuk melihat

gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu penerangan idea atau pendapat

oleh penulis lain.

Refleksi pembaca/penganalisis jurnal

Saya amat kagum dengan usaha penulis untuk menghasilkan suatu hasil akademik

berbentuk jurnal yang berkualiti berkaitan kaunseling kerjaya pada masa sekarang.

Melalui pembacaan saya, jurnal yang ditulis oleh Parmer, Twinet; Lee Covington Rush

ini turut membincangkan tentang beberapa teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dan

juga pengkaji kaunseling kerjaya seperti Herr (1996) yang banyak memberikan idea serta

pendapat berasas beberapa teori terkemuka seperti Holland, Super, and juga Krumboltz.

Penulis juga menjelaskan tentang soal selidik atau inventori secara ringkas seperti yang

terdapat dalam pendekatan Holland iaitu ‘Vocational Preference Inventory’, pendekatan

Super ‘Career Development Inventory’, dan juga Krumboltz ‘Career Beliefs Inventory’.

Semua inventori ini boleh digunapakai oleh kaunselor untuk menilai dan membantu klien

dan proses kaunseling kerjaya dalam organisasi masing-masing.

Penulis juga memberi panduan yang jelas tentang proses kaunseling kerjaya iaitu;

kaunseling kerjaya merupakan satu proses untuk membuat rancangan tentang kerjaya

(career-planning) dan juga tentang kaedah atau teknik membuat keputusan (decision-

making) tentang kerjaya. Panduan ini memberi gambaran yang jelas kepada kaunselor

untuk membantu klien dalam isu kerjaya. Di samping itu, penulis juga menggesa dan

menyarankan masyarakat lain untuk mecontohi sistem yang digunapakai oleh negara

Amerika Syarikat secara tidak langsung iaitu, mewujudkan satu badan yang dikhaskan

untuk memberi, membimbing, mengumpul maklumat dan sebagainya berkaitan kerjaya

seperti ‘National Career Development Association’ (NCDA). Badan ini wujudkan sejak

dari tahun 1952 lagi yang banyak membantu masyarakat di Amerika dalam menangani

segala masalah dan isu berkaitan kerjaya.

Tambahan pula, penulis juga mengalakkan kaunselor untuk membuka minda serta

melihat kaunseling kerjaya ini dalam skop yang lebih luas kerana dewasa ini dunia

12

Page 14: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

semakin memcabar dengan kerjaya adalah satu isu yang besar di kebanyakan negara.

Penulis juga telah menyimpulankan dalam jurnalnya yang mana setiap teori mempunyai

pandangan tertentu terhadap manusia dan personalitinya. Teori Super menatakan bahawa

pemilihan kerjaya seseorang adalah bergantung kepada kehendak dan pandangan

terhadap dirinya (self-concept) yang akan menentukan kerjaya manakah yang akan

diceburinya. Manakala teori Holland pula mengatakan bahawa pemilihan kerjaya

seseorang individu adalah bergantung kepada kepuasan diri terhadap kerjaya yang dipilih

dan perkongsian dirinya dengan persekitaran. Teori Roe pula menyifatkan pemilihan

kerjaya adalah kesan daripada perkembangan personaliti sejak dari kecil lagi, yang mana

segala kehendak yang tidak dipuaskan di zaman kanak-kanak akan dipuaskan dimasa

dewasa nanti.

Oleh yang demikian melalui pembacaan, ulasan dan analisis jurnal kaunseling

kerjaya ini, telah membantu saya dalam menimba pelbagai informasi berkaitan

kaunseling kerjaya dan bernekad untuk menggunakan segala ilmu yang diperolehi ini

untuk membantu klien dalam organisasi saya melalui kaunseling kerjaya yang berkesan.

Jurnal kaunseling kerjaya “HALATUJUN ATAU MASA DEPAN KAUNSELING

KERJAYA: ADAKAH IA AKAN BERADA DALAM PENYELENGGARAAN

KEPOMPONG ATAU MENGALAMI PERUBAHAN?” banyak memberi input

berharga kepada kita. Saya rasa sungguh teruja untuk memdalami bidang kaunseling

kerjaya ini untuk menambah lebih banyak idea, pendapat serta mengetahui lebih lanjut

tentang pelbagai teori kaunseling untuk membantu diri sendiri dan klien saya.

13

Page 15: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Kesimpulan

Menghasilkan tugasan ulasan jurnal kaunseling kerjaya ini sangat menarik dan

teruja kerana pelbagai maklumat penting berkaitan kaunseling kerjaya telah saya ketahui.

Walau pun bidang ini nampak remeh tetapi ia tidak, kaunseling kerjaya merupakan suatu

bidang yang sangat penting dalam kehidupan kita. Disiplin ini amat mempengaruhi tahap

kehidupan seseorang individu dan semua orang inginkan kerjaya yang diminatinya atau

yang akan meningkatkan tahap hidupnya. Oleh yang demikian, kaunseling kerjaya ini

akan membantu masyarakat sejagat untuk memenuhi citarasa, impian, dan matlamat

masing-masing sekiranya proses ini dilakukan dengan sempurna.

Seperti penulis jurnal ini saya juga harapkan perubahan yang besar dalam

kaunseling kerjaya di seluruh dunia agar bidang ini dipandang serius serta melakukan

tindakan yang sepatutnya untuk meningkatkan lagi kualiti hidup masing-masing. Dunia

semakin mencabar oleh yang demikian, perlunya satu mekanisma yang baik untuk

menjalankan proses kaunseling kerjaya ini dengan sistematik.

14

Page 16: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Rujukan

1. Nystul, M. S. (2006). Introduction to Counseling “ An Art and Science

Perspective”, New Mexico, Pearson Education, Inc.

2. Norman C. Gysbers, Earl J. Moore (1987). Career counseling skills and

techniques for practitioners, New Jersey, Prentice-Hall, Inc.

3. Heppner, M. J., O'Brien, K. M., Hinkleman, J. M., &Flores, L. Y. (1996).

Training counseling psychologists in career development: Are we our own worst

enemies? The Counseling Psychologist, 24, 105-125.

4. Norman C. Gysbers, Mary J. Heppner, Joseph A. Johnston (2003). Career

counseling process, issues, and technique, Boston, Allyn and Bacon.

5. Herr, E. L. (1989). Career development and mental health. Journal of Career

Development, 16, 5-18.

6. Herr, E. L. (1996b). Toward the convergence of career theory and practice:

Mythology, issues, and possibilities. In M. L. Savickas &W. B. Walsh (Eds.),

Handbook of career counseling theory and practice (pp. 13-36).

15

Page 17: Tugasan KKC 6013_Format Analisis Jurnal

Lampiran

16