tugasan individu kissm

3
REDZUANAH BINTI ROUJIP TUGASAN INDIVIDU: Soalan 1B:a Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No. 5 (1) menyatakan semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa pada masa itu. Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No. 6 (1) pula menyatakan bahawa semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia. Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No.10 menyatakan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain jika pegawai itu mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain itu. Berdasarkan Perintah Am Bab A Bahagian VIII No. 37 (1) menyatakan bahawa kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Selain itu, No. 37 (2) pula menyatakan dalam mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira; (a) Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu (b) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu. (c) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan (d) Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat. Selain itu, dalam No. 37 (3) juga menyatakan sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (2), Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan. Sebagai tambahan, No. 37 (4) pula menyatakan bahawa walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau

Upload: tati-hidayatie

Post on 05-Aug-2015

19 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan individu kissm

REDZUANAH BINTI ROUJIP

TUGASAN INDIVIDU:

Soalan 1B:a

Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No. 5 (1) menyatakan semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa pada masa itu. Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No. 6 (1) pula menyatakan bahawa semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia. Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No.10 menyatakan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain jika pegawai itu mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain itu.

Berdasarkan Perintah Am Bab A Bahagian VIII No. 37 (1) menyatakan bahawa kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Selain itu, No. 37 (2) pula menyatakan dalam mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira;

(a) Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu(b) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu.(c) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan

pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan(d) Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.

Selain itu, dalam No. 37 (3) juga menyatakan sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (2), Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya relevan. Sebagai tambahan, No. 37 (4) pula menyatakan bahawa walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai diputuskan sama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai itu hendaklah juga dijadikan asas bagi pemilihan dan diberikan pertimbangan.

Walau bagaimanapun, dalam peraturan 38 pula menyatakan walau apa pun peruntukan peraturan 37, seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangan bagi kenaikan pangkat jika pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan dalam jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

Page 2: Tugasan individu kissm

REDZUANAH BINTI ROUJIP

Soalan 1B : b

Sebagai penghuni rumah tersebut, Guru K mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan segala kerosakan yang berlaku pada rumah tersebut, membuat laporan ketika hendak memasuki rumah, melaporkan apabila rumah dikosongkan, menjelaskan semua bil air dan elektrik, membersihkan kawasan rumah seperti memotong rumput, menyerahkan kunci rumah apabila sijil keluar diterima, dan membayar atas kerosakan yang disengajakan.

Selain itu, Guru K juga dilarang untuk menjadikan rumah tersebut sebagai premis perniagaan, meminda rumah tanpa kebenaran JKR, menyewakan mana-mana bahagian rumah tersebut, memelihara binatang-binatang ternakan dan membenarkan orang lain menumpang.

Soalan 2B:

Guru Besar tersebut boleh menerapkan tiga elemen dalam Tonggak 12 dalam memperbaiki amalan negatif guru-guru sekolah tersebut iaitu keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta.

Keutamaan kesabaran menerapkan amalan-amalan positif seperti tenang menghadapi masalah rumit, mempunyai perhitungan jauh, tahan menerima cabaran, tidak putus asa, pemaaf dan berhemah tinggi, dan cermat dalam tutur kata.

Selain itu, peningkatan bakat juga menerapkan amalan-amalan positif seperti memberi dorongan kepada kreativiti, memberi pengiktitafan kepada usaha-usaha orginal, menggalakkan percambahan fikiran, memberi galakkan kepada pemikiran baru, berani mencuba idea-idea baru, mengenal dan memupuk bakat yang ada, dan menyediakan persekitaran yang membolehkan percambahan idea-idea baru.

Seterusnya, Guru Besar itu boleh menerapkan eleman nikmat mencipta dalam kalangan guru-gurunya kerana elemen ini menonjolkan elemen-elemen positif seperti berani mencuba, sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah, gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran, sentiasa dalam cabaran intelektual, dan berpuas hati kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan.