tugasan ijaz al-quran.docx

27
1 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 I’JAZ AL-QURAN Manfaat Buah-Buahan Terhadap Kesihatan : Tinjauan Berdasarkan Keistimewaan Buah-Buahan Yang Disebutkan Dalam Al-Quran. DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID HAYATI BINTI HAMDI D 20112052457 KUMPULAN : UPSI 04 NAMA TUTOR E-LEARNING :

Upload: hayatinim

Post on 19-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

18

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015IJAZ AL-QURAN

Manfaat Buah-Buahan Terhadap Kesihatan : Tinjauan Berdasarkan Keistimewaan Buah-Buahan Yang Disebutkan Dalam Al-Quran.

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. ID

HAYATI BINTI HAMDID 20112052457

KUMPULAN : UPSI 04NAMA TUTOR E-LEARNING :

ISI KANDUNGAN

BilMuka surat

Abstrak

1.0Pengenalan

2.0Kesihatan dan pemakanan buah-buahan

3.0Buah-buahan yang di sebutkan dalam al-Quran3.1 Buah Kurma- Kelebihan Dan Khasiat Buah Kurma Dalam Al-Quran- Pembuktian Khasiat Buah Kurma Melalui Kajian Saintifik3.2 Buah Delima- Kelebihan buah delima dalam al-Quran dan al-Hadith- kajian tentang manfaat buah delima dari sudut santifik dan perubatan3.3 Buah Anggur- Kelebihan dan manfaat anggur menurut perubatan Islam- kajian saintifik berkaitan dengan manfaat buah anggur3.4 Buah Zaiton- buah Zaiton berdasarkan al-Quran dan al-Hadith- Kajian saintifik berkaitan dengan kebaikkan buah zaiton.

Manfaat Buah-Buahan Terhadap Kesihatan : Tinjauan Berdasarkan Keistimewaan Buah-Buahan Yang Disebutkan Dalam Al-Quran.Oleh :Hayati binti Hamdi

Abstrak

Salah fahan terhadap al-Quran berlaku dalam kalangan manusia termasuk umat Islam sendiri. Hal ini berlaku kerana ketidakupayaan umat Islam untuk mengkaji dan memahami isi kandungan al-Quran secara terperinci. Al-Quran sebenarnya sebuah kitab yang terkandung segala keistimewaan sesuai dengan keagungan penciptaNya. Setiap perkataan dan ayat yang terkandung dalam al-Quran merupakan mukjizat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Isi kandungan al-Quran membincangkan semua aspek termasuk aspek sains, bahasa, pensyariatan dan perkara-perkara ghaib. Contohnya dalam aspek sains al-Quran menceritakan fenomena sains dengan begitu terperinci dan tepat. Para Sainstis hari mengakui kebenaran al-Quran yang disampaikan sejak lebih 1400 tahun yang lalu.Artikel ini bertujuan untuk meneliti keistimewaan al-Quran dari sudut keilmuan / ilmiah. Beberapa aspek penting akan disentuh antaranya ialah keistimewaan buah-buahan yang disebutkan dalam al-Quran dan manfaatnya terhadap kesihatan. Artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen. Analisis dokumen akan menggunakan teknik pengumpulan data berdasarkan teks al-Quran dan al-Hadith. Selanjutnya artikel ini akan meneliti pandangan para sarjana mengenai pendekatan sains pemakanan kini.Hasil penulisan ini membuktikan penceritaan di dalam al-Quran adalah benar dan tepat.

Kata kunci : Pengajian al-Quran, Buah-buhan yang disebutkan dalam al-Quran, Manfaat Kesihatan

1.0Pengenalan Al-Quran diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia. Segala yang terkandung dalam al-Quran merupakan mukjizat yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sesiapa sehinggalah ke hari kiamat. Allah telah mengurniakan akal fikiran agar manusia dapat berfikir dan mengambil manfaat daripada isi kandungan al-Quran. Dalam aspek kesihatan Allah telah menyebut dalam al-Quran berkaitan dengan makanan-makanan yang baik untuk kesihatan. Al-Quran ada menyatakan tentang beberapa jenis buah-buahan yang baik untuk kesihatan. Hasil kajian dan penelitian para sarjana telah membuktikan buah-buahan yang disebutkan didalam al-Quran mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Antara buah-buahan yang disebut dalam al-Quran adalah kurma (an-Nakhi), zaitun (az-Zaytuwn), anggur (anaabin), dan delima (ar-Rummaana), tin ( at-Tiin) dan pisang (talhin).Menurut pakar nutrisi pemakanan buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk diambil dan dimakan setiap hari. Di dalam Piramid makanan buah-buahan terletak di aras kedua. Ini bermaksud makanan ini perlu diambil banyak sekurang-kurangnya empat sajian sehari. Antara kebaikan mengamalkan pemakanan buah-buahan dapat membantu dan mencegah penyakit dan meningkatkan antibodi badan.2.0Kesihatan Dan Pemakanan Buah-Buahan.Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan kepada manusia. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang penyakit. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1948 mendefinasikan kesihatan sebagai satu keadaan fizikal, minda dan social yang sihat, cergas serta bebas daripada penyakit. Tabiat pengambilan makanan banyak mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang. Allah telah berfirman : Maksudnya : Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.( Al-Maidah : 88)Makanan amat penting untuk menyediakan zat dan nutrient yang secukupnya kepada tubuh badan. Budaya pemakanan makanan segera dan makanan ringan pada zaman moden kini banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Hasil kajian yang dibuat oleh Saintis mendapati makanan yang disebutkan di dalam al-Quran mempunyai banyak manfaat dan khasitnya. Kajian Sains moden yang dijalankan terhadap buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Quran mendapati amalan pemakanan buah-buahan bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan malahan dapat mencegah pelbagai penyakit.3.0Buah-Buahan Yang Disebutkan Dalam Al-QuranDalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa segala tumbuh- tumbuhan yang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya. Allah juga telah mencipta pelbagai jenis buah-buahan yang mempunyai pelbagai bentuk dan rasa untuk diambil manfaat daripadanya. Al-Quran ada menyatakan tentang beberapa jenis buah-buahan yang dari sudut sains moden telah terbukti mampu mencegah dan merawat pelbagai penyakit. Oleh yang demikian manusia perlu merenung dan memerhatikan pelbagai keindahan yang dinyatakan dalam al-Quran sebagai satu cara untuk meningkatkan keimanan. Berkaitan dengan buah-buahan Allah telah berfirman : Bermaksud:Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(al-An'am: 99)Ayat di atas jelas menunjukkan kekuasaan Allah menumbuhkan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Antaranya kurma, anggur, zaitun dan tumbuhan lain. Semua kejadian itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang yang beriman.3.1KurmaTamar atau lebih dikenali sebagai Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau nama saintifiknya, Phonex dactylifera. Buah ini mengandungi pelbagai khasiat dan amat sesuai dimakan oleh semua golongan. Buah Kurma diangkat tinggi oleh Rasullullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Kandungan protein dalam Buah Kurma adalah antara 1.8% hingga 2.0%, kandungan serat antara 2.0% hingga 4.0%, manakala kandungan gula pula antara 50% hingga 57%. Kandungan gula yang terdapat dalam Buah Kurma adalah dalam kumpulan glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia.Ini bermakna apabila kita memakan Buah Kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan yang lain dikenali sebagai fruktosa. Gula tebu atau gula pasir pula biasanya mengandungi sukrosa yang tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dicernakan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu di serap tubuh sebagai tenaga.[footnoteRef:1] [1: Harun Yahya. ( 2008 ). Keindahan Hidup dalam Al-Quran. Kuala Lumpur : al-Hidayah Publications, h 127]

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dijaga dengan baik, Buah Kurma adalah sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat Buah Kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak. Malah Buah Kurma juga amat berkhasiat bagi para ibu mengandung kerana unsur zat besi yang terdapat dalam Buah Kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.Di dalam al-Quran Allah menyebutkan berkaitan dengan kurma sebanyak 20 kali. Kurma juga merupakan salah satu daripada makanan penghuni syurga. Berkaitan dengan kurma Allah berfirman : Maksudnya : Dan dibumi ini terdapat beberapa bahagian yang berdekatan, kebun anggur, tanam-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air itu juga, sebahagian kami lebihkan buahnya dari yang lain. sesungguhnya hal itu menjadi keterangan untuk kaum yang berfikir. ( ar-Rad : 4 )3.1.1KELEBIHAN DAN KHASIAT BUAH KURMA DALAM AL-QURAN Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak. Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama baginda Rasulullah SAW. Terdapat juga dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, seperti yang dialami oleh Siti Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa sebagaimana tersebut dalam surah Maryam ayat ke-25 : * * Maksudnya: lalu (satu suara) menyeru kepadanya dari sebelah bawah: jangan berdukacita; sesungguhnya Tuhan engkau mengalirkandibawah engkau sebuah sungai. Dan goyangkanlah pohon kurma itu, nescaya dia akan menjatuhkan kepada engkau buah kurma yang baru masak. Dan makanlah, minumlah dan senangkanlah hatimu ......Ayat tersebut menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam situasi ingin bersalin. Allah memerintahkan Siti Maryam memakan Buah Kurma sedangkan ketika itu beliau dalam keadaan lemah dan lesu hendak bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah Kurma yang kaya dengan unsur nutrien yang diperlukan tubuh manusia telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW adalah lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran bahan kimia yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.Selain daripada ayat-ayat al-Quran terdapat banyak hadith yang menyebut keistimewaan buah kurma. Antaranya:Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak. Rasulullah SAW juga telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang memakan 7 biji tamar Ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu. [footnoteRef:2] Khasiat kurma Ajwah seperti yang disebut dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. [2: Al-Nawawi. ( ). Sahih Imam Muslim Jilid II. Beirut : Dar al-Khutub al-Illmiyah.]

Baginda Rasulullah SAW juga menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya Yang diriwayatkan oleh Ahmad, Daripada Anas Bermaksud: Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. ( Hadith Riwayat Ahmad)Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: Rasulullah SAW berpesan; Beri makan Buah Kurma kepada isteri-isteri kamu yang sedang hamil dan barangsiapa memakan Buah Kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu menjadi seorang yang penyabar dan bersopan-santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah Buah Kurma. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada Kurma, sudah tentu Allah SAW telah memberi makan (kepada Siti Maryam).Keempat, Diriwayat oleh Aishah yang menjelaskan, Buah Kurma mengandungi ubat:Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.Secara ringkasnya, daripada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang disebutkan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu:Kurma dikatakan tumbuhan yang amat bermanfaat kepada manusia serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan telah terbukti. Dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.Buah Kurma sebagai sumber tenaga segera. Buah Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Ini berdasarkan peristiwa dimana Allah memerintahkan Siti Maryam memakan Buah Kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa, kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.3.1.2PEMBUKTIAN KHASIAT BUAH KURMA MELALUI KAJIAN SAINTIFIKMenurut satu kajian yang bertajuk The Fruit of The Date Palm: Its Possible Use As The Best Food For The Future yang dijalankan oleh Al-Shahib.W dan Marshall.RJ, Buah Kurma mampu menjadi suatu makanan yang sangat ideal pada masa hadapan. Ini kerana Buah Kurma mengandungi 15 jenis garam mineral, kaya dengan vitamin dan mempunyai kandungan karbphidrat yang tinggi. Buah Kurma mengandungi kadar karbohidrat antara 44-88%, serat 6.4-11.5%, protein 2.3-5.6%, lemak 0.2-0.5% dan minyak 0.2-0.5%. Protein yang terdapat dalam Buah Kurma terbina daripada 23 jenis asid amino yang sebahagiannya tidak terdapat dalam buah-buahan yang lain.Antara mineral yang terdapat dalam Buah Kurma ialah kalium, boron, kalsium, kobalt, besi, magnesium, mengenes, fosforus, natrium, zink dan flourin. Vitamin yang terdapat dalam Buah Kurma pula ialah vitamin C, B1, B2,B7, asid nikotinik dan vitamin A. Justeru, kepelbagaian sumber garam mineral dan vitamin ini menjadikan Buah Kurma sebagai suatu makanan yang sangat ideal pada masa hadapan. (International Journal of Food and Science Nutrition, 54(4):247-259).Manakala dalam kajian yang dilaporkan oleh A.Zaid dan P.F. de Wet di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah tajuk Origin, Geographical Distribution and Nutritional Values of Date Palm pula menyatakan bahawa Buah Kurma adalah makanan yang sangat berkhsiat. Menurut kajian Genske and Weers (1973), mereka mengambil satu kilogram Buah Kurma dari jenis deglet Noor dan mereka mendapati ia mengandungi 220gram air, 730gram gula (2740 kalori), 22gram protein, 2gram lemak, 19gram zat-zat logam, 6480miligram kalium, 630miligram fosforus, 590 miligram kalsium, 580miligram magnesium, 30miligram zat besi, 10miligram natrium, 500unit vitamin A, 0.9miligram vitamin B1, 1miligram vitamin B2 dan 22miligram vitamin B7. Malah ia juga mengandungi silicon, klorin dan sulfur pada kadar yang sederhana.Selain itu, gula yang terdapat dalam Buah Kurma kebanyakannya terdiri daripada kumpulan glukosa dan fruktosa. Kumpulan ini juga dikenali sebagai invert sugars. Antara kelebihannya ialah ia mudah diserap masuk ke dalam badan tanpa perlu melalui proses penghadaman seperti kumpulan gula yang lain. Tambahan pula magnesium yang terdapat dalam Buah Kurma adalah semula jadi dan jarang ditemui dalam sumber pemakanan semula jadi yang lain. Magnesium yang tinggi ini mampu mencegah daripada penyakit kanser. Beberapa Penyelidik telah menjalankan kajian terhadap buah kurma. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa buah kurma sememangnya mengandungi pelbagai manfaat dan kelebihan. [footnoteRef:3] Antara kajian-kajian tersebut ialah: [3: Ahmad Salim Badwilan. (2008). The miracle of Date. Jakarta : PT Mizan Publika.]

Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus Kurma dapat membantu mencengkam rahim semasa proses kelahiran anak, memperkuatkan urat- urat rahim ketika hamper waktu bersalin dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus Kurma juga dapat mengurangkan risiko berlakunya tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus Kurma membantu mencegah daripada penyakit sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Malaha, jus Kurma mampu merangsang selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan sistem perkumuhan badan manusia. Disamping itu, ia boleh meningkatkan tenaga seksual dan juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat Buah Kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari daripada penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran anak.Menurut ahli gizi IPB, Dr Hardinsyah MS yang merupakan Pengarah Klinik Konsultasi Gizi dan Klub Diet IPB, Buah Kurma mengandung zat nutrient yang hampir lengkap dengan komposisi yang seimbang, walaupunpun dalam jumlah yang sedikit. Kajian beliau mendedahkan bahawa:a) Buah Kurma Segar (Kurma Basah) segar mengandungi kadar air dan vitamin yang lebih banyak. Kandungan gula pada Kurma ini mudah dicerna oleh tubuh. Terdapat banyak manfaat Bauh Kurma basah seperti dapat mengawal laju gerakan rahim, menambah masa systole (denyutan jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi), mencegah terjadinya pendarahan pada perempuan ketika melahirkan anak serta mempercepatkan proses pengembalian kedudukan rahim seperti sedia kala. Ini kerana dalam Buah Kurma segar terdapat hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kelahiran bayi.b) Buah Kurma Kering tinggi dengan kandungan tenaga tetapi kandungan air dan beberapa vitamin lebih rendah, bahkan kandungan vitamin C juga mungkin hilang kerana proses pengeringan. Buah Kurma Kering berfungsi untuk menguatkan sel- sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing kerana ia mengandungi serabut-serabut yang berfungsi mengawal laju gerakan usus dan menguatkan rahim terutamanya ketika melahirkan anak.3.2DelimaNama saintifik bagi buah delima ialahpunica granatum. Ia juga dikenali sebagaipomegranatedalam bahasa Inggeris. Dalam al-Quran buah delima disebut sebanyak tiga kali. Dua di dalam surah al-Anam dan satu dalam surah al-Rahman iaitu firman Allah : Maksudnya: Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.(Surah al-Anam (6): 99.) Maksudnya: Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.(Surah al-Anam 6: 141) Maksudnya: Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.(Surah al-Rahman 55: 68)3.2.1Kelebihan buah delima dalam al-Quran dan al-Hadith.Pengulangan sebanyak 3 kali ini menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah dan pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya.Dalam konteks hadith pula, ada beberapa riwayat berhubung buah delima ini. Namun ia dikira sebagai hadith marfu, qudsi atau mawquf. Antaranya seperti di bawah:

: :" Maksudnya:Setiap kali Ibn Abbas mendapati buahdelima, dia akan memakannya. Ada orang bertanya kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, lalu dia menjawab, Aku benar-benar percaya bahawa tidak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandungi satu biji dari biji delima dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.[footnoteRef:4] [4: Sulayman bin Ahmad al-Tabrani. ( t t ). Al-Mujam al-Kabir II al-Tabrani c.2. Al Mausul: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam, h 3079]

() : " "Maksudnya:Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga... : : : : : : : .Maksudnya:Ada sekelompok kaum Yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: Hai Muhammad, apakah di dalam syurga ada buah-buahan?: Baginda bersabda: Ya, di dalamnya terdapat buah-buahan, termasuk buah kurma dan buah delima. Tanya mereka: Apakah para penghuninya akan makan buah-buahan seperti ketika mereka makan buah-buahan di dunia?. Baginda menjawab: Ya, bahkan lebih banyak dari mereka makan ketika di dunia. Tanya mereka: Apakah para penghuninya buang hajat? Baginda menjawab: Tidak, tetapi mereka berpeluh dan peluhnya menguap sebagai tanda hilangnya kotoran yang ada di perut mereka. : : " "Maksudnya:Makanlah buahdelimadengan isinya kerana ia memperkuatkan pencernaan di perut. : : : Maksudnya:Jabir r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. mendatangi kami seraya berkata: Baru sahaja kekasihku, Jibril keluar dari tempatku, dia berkata: Hai Muhammad demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, Allah mempunyai seorang hamba yang telah beribadah di atas sebuah gunung yang ada lautan selama 500 tahun. Lebar dan panjangnya 30 hasta kali 30 hasta. Luas lautan itu empat ribu farsakh dari segala penjurunya. Ia mengeluarkan air yang jernih seluas jari-jari yang mengalir di kaki gunung. Di sana ada sebatang pokok delima yang setiap malamnya mengeluarkan sebiji buah delima sebagai bekal ibadah bagi hamba Allah itu. Setiap petang, ketika hamba Allah itu turun untuk berwuduk, maka dia mengambil buah delima itu dan memakannya. Kemudian dia mendirikan solat...[footnoteRef:5] [5: Al-Hakim al-Nasysaburi. ( t t ). Mustadrak Ala-Sahihayn. Beirut : Dar al-Khutub al-Ilmiah.]

Kesimpulan daripada hadith di atas ialah, buah delima merupakan antara buah-buahan di syurga. Keistimewaan yang diceritakan oleh al-Quran dan al-Hadith telah membuka ruang kepada pengkaji untuk meneliti sejauh manakan kebenaran tersebut.3.2.2Kajian Tentang Manfaat Buah Delima Dari Sudut Saintifik Dan PerubatanUniversity of California di Los Angeles, telah mengkaji 10 minuman yang mempunyai level tinggi untuk melawan penyakit kerana mengandungi antioksida iaitu yang pertama jus buah delima kemudian ia diikuti oleh arak merah, jus anggur Concord, jus blueberry, jus black cherry, jus aai, jus cranberry, jus oren, tea dan jus epal.hasil daripada kajian tersebut mendapati :Buah delima amat signifikan untuk kesihatan badan manusia kerana mengandungi antioksida yang tinggi. Antioksida adalah bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk meneutralkanradikal bebasdan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranyavitamin,mineral, danfitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini bekerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.Unsur bioaktif utama dalam jus buah delima adalah polifenol yang mempunyai ciri-ciri antioksida. Penyelidik mendapati ia mampu menurunkan tekanan darah bagi pesakit hipertensi. [footnoteRef:6] [6: Aviram et al. (2004). Pomegranate Juice Consumption for 3 Years by Patients With Carotied Artery Stenosis Reduces Common Carotid Intima-media Thickness, Blood Pressure and LDL Oxidation,Clinical Nutrition, Bil. 23(3), Jun 2004, h. 423-433.]

Kajian ini juga telah dilakukan untuk melihat apakah delima dapat mengubati atau mencegah penyakit diabetes dan jantung. Didapati bahawa jus delima secara signifikan mengurangkan jumlah kolesterol, low-density lipoprotein (LDL), nisbah LDL / lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), dan nisbah jumlah kolesterol HDL. Penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan jus buah delima dapat mengubah faktor risiko penyakit jantung pada pesakit yanghyperlipidemia(kekurangan lipid dalam darah).Seterusnya, delima juga menunjukkan sifat anti bakteria dan anti mikrob. Hasil kajian mendapati bahawa ekstrak dari tanaman ini dapat melawan Methicillin-sensitiveStaphylococcus aureus(MSSA),Methicillin-resistant(MRSA)Staphylococcus aureus,Salmoneela typhi, dan Escherichia coli O157: H7. Jadi ubat alternatif yang menggabungkan delima berpotensi mencegah jangkitan bakteria. Malah apa yang menarik ia berpotensi sebagai anti mikrob untuk pencegahan HIV. Kajianin vitromenunjukkan bahawaanti-HIV-1 microbicideberpotensi dihasilkan dari delima.Dalam bidang pergigian, ekstrak Hydroalcoholic(HAE) daripada delima sangat berkesan melawan mikroorganisma plak gigi dalam satu kajianin vivo. Penurunan jumlah pembentukan koloni bakteria unit per mililiter adalah sebanyak 84% berbanding penurunan kumpulan kawalan 11% (air suling). Hal ini menunjukkan bahawa HAE mungkin menjadi alternatif untuk rawatan bakteria plak gigi. Selain itu, kajianin vivotentang kesan minyak buah delima, minyak biji, polifenol jus yang diperam, dan polifenolpericarpterhadap pertumbuhan sel kanser prostat manusia mendapati bahawa ia menunjukkan aktiviti antitumor yang signifikan terhadap kanser prostat manusia.Toi et al.[footnoteRef:7]pula melakukan kajian terhadap minyak biji delima dan jus polifenol yang diperam mendapati, ia menghalang pertumbuhan mendadak sel kanser payudara, pencerobohan, dan meningkatkanapoptosis(kematian sel yang diprogram) sel kanser payudara. [7: M. Toiet al.(2003), Preliminary Studies On The Anti-Angiogenic Potential Of Pomegranate FractionsIn VitroAndIn Vivo.Angiogenesis. Bil. 6(2), 2003, h. 121-128.]

Dalam bidang kecantikan, ekstrak buah delima, adalah sumber perlindungan kulit manusia. Satu kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah delima berkesan memperbaiki kerosakanUVA-mediateddengan melembutkan laluan sel dan mencegah potensi kanser kulit.Jus buah delima pula adalah ubat yang baik bagi kulit yang rosak akibat sinar matahari atau penuaan. Ia membaiki kerosakan supaya kulit kembali halus dan muda. Delima memanjangkan jangkahayat fibroblas, iaitu sel-sel yang bertanggung jawab untuk pengeluaran kolagen dan elastin. Hasilnya kulit menjadi muda dan meminimumkan kedutan.Malah bagi mereka yang mengalami masalah jerawat(yang terjadi kerana masalah pencernaan atau ketidakseimbangan hormon), hanya perlu makan buah delima untuk mencegah masalah ini. Sekiranya hendak merawat masalah jerawat pula, sapukan jus buah delima pada tempat yang dijangkiti. Ia menyembuhkan jerawat dan juga mencegah pembentukan parut.Di samping itu menurut kajian yang diterbitkan dalamJournal of Nutritionpada September 2005 menyatakan, ekstrak buah delima bertindak sebagai penghalang terhadap enzim yang bertanggungjawab merosakkan tulang rawan. Justeru bagi yang menderita penyakit osteoarthritis, ia adalah satu kemestian. Buah ini juga mengandungi anti radang yang membantu merawat daripada penyakit ini.[footnoteRef:8] [8: Salahuddin Ahmed et al. (2005), Punica granatum L.Extract Inhibits IL-1Induced Expression of Matrix Metalloproteinases by Inhibiting the Activation of MAP Kinases and NF-kappaB in Human Chondrocytes In Vitro,Journal Nutrition,Bil.135(9), September 2005, h. 2096-2102.]

Manakala menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnalNeurobiologi of Disease, jus delima boleh menghalang atau melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer. Dalam kajian yang dilakukan, tikus yang dibiakkan dengan penyakit Alzheimer beransur-ansur kurang plakamyloiddan menunjukkan tugas-tugas mental yang baik dari tikus kawalan. Para penyelidik dari Loma Linda University di California percaya bahawa Alzheimer mungkin disebabkan oleh penumpukan plak yang terhasil daripada kematian sel otak akibat pengoksidaan, yang disebutbeta-amyloid deposit. jus buah delima, yang tinggi dalam antioksida polifenol, boleh memberi perlindungan terhadap tekanan oksidatif yang menyebabkanbeta-amyloid deposit.Setelah meneliti kajian-kajian perubatan mengenai buah delima, maka tidak hairanlah ia merupakan buah yang amat signifikan. Ini kerana ia kaya dengan antioksida, memiliki sifat anti bakteria, anti kanser, baik untuk kesihatan jantung, kulit, otak, gigi dan tulang rawan.3.3AnggurDi antara sekian banyak buah-buahan itu, salah satu yang disebutkan Allah SWT dalam Alquran dalah anggur. Buah yang rasanya lezat itu, disebutkan dalam Alquran sebanyak 14 kali. Berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang laki-laki. Kami jadikan bagi seseorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. (Al-Kahfi 18 : 32) Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya. (Al Baqarah 2 : 266) Maksudnya: Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. (An-Nahl 16 : 11)3.3.1Kelebihan dan manfaat Anggur menurut perubatan islam dan saintis modenMenurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, jus anggur boleh membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu. Menurut Tahlban lagi anggur muda atau anggur segar, kedua dua memiliki manfaat dapat memampatkan darah yang terus menerus mengalir keluar (pendarahan), menguatkan dan memperlancar saluran pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum segelas jus anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bahkan meminum segelas anggur sebelum tidur juga membantu untuk tidur nyenyak tanpa insomnia. Jus anggur juga baik untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau dalam masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (batu karang).Allah telah berfirman yang bermaksud: Dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti. (Surah Al-Nahl ayat 67).Jus anggur merah didapati mengandungi resveratrol iaitu sebatian di dalam buah anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.Para penyelidik juga telah mendapati khasiat anggur merah dalam mengurangi risiko serangan penyakit jantung, Alzheimer, serta melambatkan proses penuaan. Bagi penyelidikan, penemuan ini menunjukkan kesan aditif di antara dua sebatian pada signal sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan sel kanser jika diambil segelas jus anggur merah setiap hari.Menurut Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi atau lebih dikenal sebagai Ibnu al-Baitar anggur adalah buah yang paling diminati.[footnoteRef:9] Ia juga tergolong paling baik dibandingkan buah-buahan lainnya, karena mengandung banyak lemak. Ia dapat menggemukan orang yang kurus, membersihkan darah, dan melancar saluran pencernaan. Anggur juga bermanfaat untuk memulihkan orang yang sakit, dan menguatkan jantung, jelas Ibnu Baithar, ahli botani Muslim terkemuka di era kejayaan Islam di Andalusia. Anggur sangat efektif dalam membangun, memperbaiki, dan memperkuatkan sel-sel tubuh.

3.3.2Kajian saintifik berkaitan dengan manfaat buah anggur [9: Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. (2003). Konsep Kesihatan melalui Pemakanan : pendekatan Islam dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.]

Menerusikajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang dikandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular.Buah anggur mengandungi 70 kalori per setengah cawan dan merupakan sumber potassium, vitamin C dan pectin - sejenis serat yang dapat membantu mengurangi kolesterol darah. Ketika dikeringkan menjadi kismis, anggur memiliki konsentrasi gula dan zat besi yang lebih tinggi. Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur, ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.Anggur hitam atau merah didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dengan membantu saluran darah dijantung menjadi longgar dan melancarkan pengaliran darah didalamnya. Kajian terbaru mendapati anggur ini mengandungi sebatian anti oksidan iaitu resveratrol terutama dalam biji dan kulitnya.Anggur juga mengandungi serat yang tinggi pada bahagian kulitnya. Serat juga menyebabkan paras kolesterol turun terutamanya LDLdan meningkatkan paras kolesterol baik HDL. Kajian di Sepanyol yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Nutrition pada tahun 2008 menunjukkan serat daripada anggur adalah lebih baik daripada serat dari oat dan psyllium untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.Satu kajian yang dijalankan diUniversity of Wisconsin, USAyang diterbitkan dalan jurnal perubatanCirculation(1999) menunjukkan bahawa dengan makan anggur atau jus anggur setiap hari meningkatkan keanjalan saluran darah dan mengurangkan kadar kolesterol LDL teroksida dan ini akan mengurangkan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah jantung.Anggur hitam juga mencegah sel darahplatelet daripadamenjadi melekit dan mengurangkan ia menjadi hyperaktifyang menyebabkan ia melekat pada dindingdan mencegah pembentukan darah beku yag boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kajian ini telah dibentangkan persidangan American College of Cardiology, Annual Scientific Session yang ke 46 pada tahun 1997. 2.4Buah Zaiton Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco3.4.1Buah zaitun berdasarkan al-Quran dan al-hadith.Rasulullah SAW pernah bersabda:Sesungguhnya Allah Taala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.(HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah). Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati. Firman Allah SWT: Maksudnya Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (QS An-Nur: 35) Firman Allah SWT:Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (QS Al-Anam: 99) Firman Allah SWT:Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. (An-Nahl:11)Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manisserta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia. Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala. 3.4.2Kajian saintifik berkaitan dengan kebaikkan buah zaiton.Melalui kajian-kajian sains semasa, dunia kini telah, mengiktiraf khasiat buah dan minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan 'oleic acid' yang terdapat didalamnya.Manafaat buah zaitun dari berbagai tinjauan: Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan diUniversiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. Hippocrate berpendapat bahawa menggambil minuman jus zaitun yang segar dapat merawat penyakit mental dan gangguan percernaan. Mengikut Dr. Samul, dari Universiti Hrvard Amerika, semasa meyampaikan ucapan beliau di Organisasi Penyakit Sistem Pencernaan Amerika pada Oktober 2000, beliau menegaskan bahawa gizi yang terkandung dalam minyak zaitun mempunyai kesan positif dalam melindungi tubuh dari penyakit kanser lambung. Dalam kajian Dr. Dimitrrios trichopoulos dari bahagian Epideminologi Universiti Harvard,wanita yang menggambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka menunjuk penurunan 50% dari resiko jankitan kanser payudara. Dalam satu kajian yang dikeluarkan olih majalah Archives of Internal Medicine edisi Agust 1998, penggambilan sesudu makan minyak zaitun setiap hari dapat menghindari serangan kanser payudara sehingga 45%. Dalam sebuah kajian yang disiarkan pada bulan December 1999 olih majalah AMJ CLIN NUTRL, para pengkaji menyatakan bahawa nutrisi yang kaya dengan kandungan minyak zaitun bolih menggurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terbentuknya pembekuan darah dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh saluran jantung. Dalam majalah Kanser Britania yang disiarkan pada bulan Mei 1996, satu kajian yang telah dilakukan keatas seramai 145 wanita yang terkena jangkitan kanser rahim dibandingkan dengan wanita yang menggamalkan penggambilan minyak zaitun dalam pemakanan mereka, ternyata wanita yang menggamalkan penggambilan minyak zaitun itu lebih sedikit menggalami kanser rahim. Majalah Dertmatdogg Times edisi bulan Augus 2000 menyatakan dalam satu kajian yang dilakukan keatas mereka yang menggunakan minyak zaitun dan berjemur setelah berenang sebagai krim kulit, mereka terlindung dari terkena kanser kulit melanoma. Dalam satu kajian keatas 40 orang wanita yang meyusui anak yang dilakukan olih Universiti Barcelona, Spanyol, yang disiarkan pada keluaran edisi February 1996. Contoh ASI mereka diambil, pera penkaji mendapati kebanyakan lemak yang terkandung dalam ASI nya jenis lemak yang berantai tunggal. Jenis lemak ini digulongkan sebagai lemak terbalik yang seharus diminum olih manusia dan jenis lemak yang hampir sama terdapat dalam minyak zaitun..KesimpulanBibliografiHarun Yahya. ( 2008 ). Keindahan Hidup dalam Al-Quran. Kuala Lumpur : al-Hidayah Publications.Al-Nawawi. ( ). Sahih Imam Muslim Jilid II. Beirut : Dar al-Khutub al-Illmiyah.Ahmad Salim Badwilan. (2008). The miracle of Date. Jakarta : PT Mizan Publika.Sulayman bin Ahmad al-Tabrani. ( t t ). Al-Mujam al-Kabir II al-Tabrani c.2. Al Mausul: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam.Al-Hakim al-Nasysaburi. ( t t ). Mustadrak Ala-Sahihayn. Beirut : Dar al-Khutub al-Ilmiah.Aviram et al. (2004). Pomegranate Juice Consumption for 3 Years by Patients With Carotied Artery Stenosis Reduces Common Carotid Intima-media Thickness, Blood Pressure and LDL Oxidation,Clinical Nutrition, Bil. 23(3), Jun 2004.M. Toiet al.(2003), Preliminary Studies On The Anti-Angiogenic Potential Of Pomegranate FractionsIn VitroAndIn Vivo.Angiogenesis. Bil. 6(2), 2003.Salahuddin Ahmed et al. (2005), Punica granatum L.Extract Inhibits IL-1Induced Expression of Matrix Metalloproteinases by Inhibiting the Activation of MAP Kinases and NF-kappaB in Human Chondrocytes In Vitro,Journal Nutrition,Bil.135(9), September 2005.Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. (2003). Konsep Kesihatan melalui Pemakanan : pendekatan Islam dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.