tugasan hbhe2203

13
HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Pengenalan Pendermaan Organ merupakan satu amalan yang mulia. Ia bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah. Maklumat yang saya peroleh dari internet menyatakan sehingga kini dianggarkan lebih 126 000 bilangan pendaftar pengikrar telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional. Bilangan tersebut amat rendah untuk bilangan penduduk Negara yang dianggarkan seramai 27 juta orang. KESIMPULAN Paling penting ialah usaha berterusan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) menggerakkan kempen menderma organ. Pusat yang telah berusia 10 tahun itu seharusnya turun padang mendekati masyarakat pelbagai peringkat umur dan bangsa. Apa salahnya jika pusat itu mengadakan pameran dan ceramah bergerak di sekolah-sekolah supaya penerangan lengkap mengenai pendermaan organ dapat dilakukan. Bukankah di peringkat usia belasan tahun lebih mudah untuk diterapkan pemahaman mengenai amalan murni itu lantaran kumpulan pelajar itu masih bebas daripada dakyah-dakyah palsu kononnya ia tidak dibenarkan dari sudut budaya dan agama. Oleh itu mulai detik ini NTRC mesti melebar-luaskan kempen mereka di segenap pelosok negara, tanpa mengenal batas usia dan bangsa. Selain NTRC, kalangan pemimpin kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan juga mesti membantu menggerakkan [email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Upload: apaiclean-ks

Post on 02-Jul-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Pengenalan

Pendermaan Organ merupakan satu amalan yang mulia. Ia bukanlah suatu yang baru di Malaysia

kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di negara kita. Bilangan pesakit

yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan

pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah. Maklumat yang saya peroleh

dari internet menyatakan sehingga kini dianggarkan lebih 126 000 bilangan pendaftar pengikrar

telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional. Bilangan tersebut amat rendah untuk

bilangan penduduk Negara yang dianggarkan seramai 27 juta orang.

KESIMPULAN

Paling penting ialah usaha berterusan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) menggerakkan

kempen menderma organ. Pusat yang telah berusia 10 tahun itu seharusnya turun padang

mendekati masyarakat pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Apa salahnya jika pusat itu mengadakan pameran dan ceramah bergerak di sekolah-sekolah

supaya penerangan lengkap mengenai pendermaan organ dapat dilakukan.

Bukankah di peringkat usia belasan tahun lebih mudah untuk diterapkan pemahaman mengenai

amalan murni itu lantaran kumpulan pelajar itu masih bebas daripada dakyah-dakyah palsu

kononnya ia tidak dibenarkan dari sudut budaya dan agama.

Oleh itu mulai detik ini NTRC mesti melebar-luaskan kempen mereka di segenap pelosok

negara, tanpa mengenal batas usia dan bangsa.

Selain NTRC, kalangan pemimpin kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan

juga mesti membantu menggerakkan kempen itu. Lebih penting lagi mereka mesti menunjukkan

kesungguhan dengan mengikrarkan diri sebagai penderma organ. Jika ini berjaya dilakukan

sudah pasti masyarakat di negara kita tidak teragak-agak untuk menyertai kempen tersebut sekali

gus menyuntik semangat untuk mendermakan organ masing-masing.

Tidak lupa juga peranan pemimpin agama, mufti dan imam-imam. Alangkah manisnya jika

kumpulan ini dilihat secara terang-terangan membantu menjayakan kempen tersebut. Lebih

indah lagi jika ada kalangan mereka yang berikrar untuk mendermakan organnya, tentu ia

memberi gambaran bahawa kumpulan itu bukan sekadar mengeluarkan fatwa malah

melaksanakan fatwa yang dikeluarkan itu.

Langkah itu juga tentu akan menghilangkan segala kekeliruan dan kebimbangan yang

membelenggu umat Islam tentang pendermaan organ. Dan semestinya juga ia akan merangsang

umat Islam untuk turut berbuat demikian.

Jika semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia, agama dan bangsa mengambil

bahagian dalam kempen derma organ

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 2: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Dalam pada itu jug ramai yang menyuarakan keprihatinan terhadap penderitaan penghidap

pelbagai penyakit yang hanya boleh disembuhkan menerusi pemindahan organ, tetapi rasa

prihatin saja tidak memadai, sebaliknya perlu disusuli dengan tindakan dan keikhlasan untuk kita

mendaftar dan berikrar sebagai penderma. Salah satu langkah untuk menjayakan serta

merealisasikan kempen menderma organ ini, mengapa tidak kita sebagai pemimpin, sebagai

orang yang kerap mengajak orang ramai supaya tampil menderma organ untuk menyelamatkan

banyak nyawa yang memerlukannya, menunjukkan teladan, dengan sama-sama menyumbang

sebagai penderma dengan hati yang ikhlas.

Organ & Tisu yang boleh didermakan di Malaysia:

Organ:

•    Jantung

•    Paru-Paru

•    Hati, dan

•    Buah Pinggang

Tisu:

•    Injap Jantung

•    Mata (kornea)

•    Tulang, dan

•    Kulit

Objektif utama di dalam melaksanakan tugasan kali ini ialah saya di kehendaki mendapatkan

maklum balas daripada sekurang-kurangnya dua orang anggota masyarakat mengenai keperluan

menderma organ sama ada sebagai penderma hidup atau pun menderma selepas meninggal dunia

kelak. Seorang daripada anggota masyarakat tersebut ialah berstatus pemimpin seperti ketua

kampung, guru besar atau individu yang sama kedudukannya dan seorang lagi ialah pengamal

perubatan seperti bidan, bomoh atau individu yang sama kedudukannya.juga. Pandangan

daripada responden ini ialah berkisar tentang perlunya kita menderma organ, halangan-halangan

di kalangan masyarakat kita dari segi agama, kepercayaan kaum, halangan ahli keluarga dan

kebimbangan untuk menderma.

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 3: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Penderma Hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-

sum tulang sahaja.

Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

•    Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related)

•    Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related)

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan

ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai

hubungan emosi seperti suami isteri sahaja.

Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku.

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

Penderma Kadaverik

Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat

digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma.

Penderma kadaverik juga terbahagi 2 jenis:

•    Kematian Otak

Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 4: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit.Hanya penderma yang

kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah

Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Penderma yang mati otak adalah penderma

yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada

pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal

aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat

kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk,

pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang

tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya.

Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindakbalas dan

tidak bernafas. Dengan bantuan mesin (ventilator) jantung akan berfungsi seketika. Namun

organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan

sendiri walaupun dengan sokongan mesin.

Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua

ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau

transplantasi organ.

Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata

dunia.

Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan

akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan

bedah sebelum organ diperolehi. Jika bukan untuk pendermaan organ mesin akan diberhentikan

di Unit Rawatan Rapi.

•    Kematian Jantung Berhenti Berdegup

Kematian ini adalah kematian normal dimana seseorang itu disahkan mati kerana jantung

terhenti berdegup

o    Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja

seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.

Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu.

Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga

perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah

Pengambilan & Transplantasi organ dan tisu

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 5: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Definisi Transplantasi

Transplantasi bermaksud pemindahan atau penggantian organ atau tisu yang masih berfungsi

dari seseorang kepada seseorang yang kegagalan fungsi organ atau tisu. Agar beliau dapat

meneruskan kehidupan. Ianya merupakan satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan

berkesan untuk menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di

peringkat akhir.

Setelah pengesahan kematian oleh pihak hospital, keluarga akan diberi peluang untuk

memikirkan tentang pendermaan organ. Pada masa yang sama, ujian saringan darah akan

dilakukan untuk memastikan organ-organ dan tisu-tisu bebas daripada penyakit berjangkit dan

masih berfungsi untuk tujuan transplantasi.

Pembedahan pengambilan organ dan tisu penderma akan dijalankan setelah seseorang mendapat

kebenaran bertulis daripada waris.Hanya organ yang boleh diguna pakai akan diambil.

Proses pembedahan pengambilan atau perolehan organ boleh mengambil masa dari 2 hingga 8

jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Ianya dijalankan didewan bedah

dalam keadaan suci hama . Pembedahan dilakukan dengan penuh prihatin dan hormat untuk

mengelakkan sebarang kecacatan pada jenazah.

a) Transplantasi Organ

Pemindahan atau penggantian organ dilakukan dengan segera selepas pembedahan pengambilan

organ dijalankan. Organ yang diperolehi melalui penderma mati otak perlu dilakukan segera

untuk memastikan organ tersebut masih berfungsi baik dan tidak terjejas.

Oleh yang demikian, penderma (mati otak) akan diberi sokongan mesin (ventilator) sehingga ke

dewan bedah dimana ianya akan diberhentikan sebelum organ diperolehi.

Selepas pengambilan, tempoh transplan adalah seperti berikut:

Jantung: 4 hingga 6 Jam

Paru-Paru: 4 hingga 6 jam

Hati: 8 hingga 12 Jam

Buah Pinggang : 24 jam

b) Transplantasi Tisu

Sebagaimana pentingnya pemindahan organ, pemindahan tisu juga dapat menjadikan kualiti

hidup pesakit yang memerlukan ke tahap yang lebih baik. Tisu yang dimaksudkan adalah mata,

kulit, tulang dan injap jantung.

Rawatan dari tisu yang didermakan

Mata (kornea)

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 6: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Tisu ini digunakan untuk menggantikan seseorang yang mengalami kerosakan kornea

sepenuhnya. Setelah transplantasi kornea, pesakit boleh kembali melihat. Kornea hanya boleh

disimpan sehingga 2 minggu.

Injap Jantung

Transplantasi injap jantung dapat menggantikan injap jantung pesakit yang mengalami

kerosakan atau kecacatan. Ia boleh disimpan sehingga 10 tahun.

Tulang

Pendermaan tulang adalah untuk membantu pesakit kes kanser tulang iaitu dengan menggantikan

bahagian tulang yang mengalami kanser. Ia juga digunakan untuk menggantikan tulang yang

cedera atau bermasalah. Selain itu, tulang juga digunakan dalam rawatan pergigian. Tulang

disimpan di bank tulang dari 5 – 7 tahun.

Kulit

Kulit digunakan untuk menpercepatkan proses penyembuhan terutama pada pesakit yang terlibat

dalam kes kebakaran. Kulit boleh disimpan dari 2 – 5 tahun.

Kadar daya hidup penerima organ selepas transplantasi

Transplantasi Hati

1 tahun : 80 - 85%

5 tahun : 70 - 75%

Transplantasi Jantung

1 tahun - 83%

5 tahun - 63%

Kembali bekerja - 83%

Transplantasi Buah Pinggang

1 tahun : 85 - 90%

5 tahun : >75%

10 tahun : 60%

Penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga dan mempunyai anak.

Akta tisu manusia 1974

Akta yang membenarkan pengunaan bahagian tubuh anggota orang yang telah mati untuk tujuan

perubatan, penyelidikan perubatan dan pendidikan. Perundingan dan kebenaran dari keluarga

waris diperlukan sebelum ianya dilakukan.

Pandangan agama

Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang mulia.

Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan. Agama Islam melalui

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 7: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan Hukum Harus pada urusan pendermaan dan

pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain

yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli).

Kaedah rawatan transplantasi juga DIHARUSKAN sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat

yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih

hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk

membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

Pengecualian bayaran bil hospital

Selaras dengan seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha Perbendaharaan

telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran bil hospital bagi penderma organ di

hospital kerajaan dari tarikh kemasukan hospital. Arahan ini berkuatkuasa pada 29 Disember

2003, seperti mana surat Kementerian Kewangan KK/BP(S)09/692/79 Jld.3.s.k.4/2003(4)

Bagi pendermaan organ dan tisu di hospital swasta pula, segala pembiayaan bil hospital dari

mula pesakit itu dimasukkan sehingga disahkan meninggal dunia adalah tanggungjawab keluarga

atau waris itu sendiri.

Siapa yang layak menjadi penderma?

Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu kecuali mereka yang

menghidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B dan C, Siflis. Untuk mereka yang

berumur kurang dari 18 tahun, kebenaran bertulis dari ibubapa adalah diperlukan.

Semua pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga tentang hasrat

mereka untuk mendermakan organ selepas mereka meninggal dunia. Ini akan memudahkan

keluarga untuk memberikan kebenaran untuk pengambilan organ dan tisu selepas kematian

mereka.

Bagaimana untuk menjadi pengikrar penderma organ?

Mereka yang berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh mengisi borang

pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh didapati di semua Hospital Kerajaan, Jabatan

Kesihatan Daerah-Daerah, Pusat-Pusat Kesihatan Daerah, Pusat Sumber Transplan Hospital Raja

Permaisuri Bainun, Ipoh, Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang, Pusat Sumber

Transplan Hospital Sultanah Aminah, Johor, atau memuat turun borang di laman web Pusat

Sumber Transplan Nasional.

Pusat sumber transplan nasional

Jabatan yang dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah sokongan dan

kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 8: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

menyebarkan maklumat yang betul dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat Malaysia

tentang pendermaan organ dan transplantasi.

Objektif utama penubuhannya adalah untuk mendapatkan lebih ramai pengikrar pendermaan

organ untuk pendermaan kadaverik (selepas kematian) dan berperanan sebagai pusat pendaftaran

pengikrar penderma organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data tentang bakal penderma-

penderma ini.

Pusat ini berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-

persatuan pelajar, badan korporat dan agensi kerajaan serta pihak media didalam menyebarkan

maklumat tentang pendermaan organ dan program transplantasi melalui ceramah, kaunter

bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut

Maklumat lanjut tentang pendermaan organ boleh melayari laman web Pusat Sumber Transplan

Nasional di www.agiftoflife.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 atau

email ke [email protected]

AKTIVITI PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL

Ceramah Pendermaan Organ kepada Pelajar Koleh Mahsa,    Ceramah Pendermaa Organ dalam

Continuos Nursing Education (CNE) Hospital Kuala Lumpur

Kaunter Penerangan dan Pendaftaran Penderman Organ sempena sambutan Hari Buah Pinggang

Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital     Kaunter Penerangan dan Pendaftaran Penderman

Organ sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital

Serdang, Selangor

Pameran Hospital Kuala Lumpur turut memuatkan Kaunter Penerangan dan Pendaftaran

Penderman Organ di Pusat Dagangan Dunia Putra     Rombongan Lawatan Pelajar Fakulti Sains,

Universiti Putra Malaysia ke Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur

Sekitar majlis perasmian Kempen Media Pendermaan Organ2008/2009 oleh YBhg Tan Sri Lee

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )

Page 9: TUGASAN HBHE2203

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Lam Thye, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ. Beliau

turut merasmikan Laman Web Pusat Sumber Transplan Nasional

[email protected] (SMP Kohot 3 Pedalaman – Tugasan Semester Januari 2011 )