tugasan etnik

Upload: tuan-badrul-hisyam-badrul

Post on 17-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS INDIVIDUHUBUNGAN ETNIKNAMA : TUAN BADRUL HISYAM BIN TUAN ABDULLAHNO. KAP PENGENALAN: 780723035291Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri dan terunggul dimana dunia. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Disebabkanmasyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara etnik dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahanatauketegangandalamnegara.Inidapat di lihat melalui peristiwa 13Mei1969 yang menggugat keselamatandan keharmoniannegara. Selepastragediini,Malaysia sedarbahawa perpaduan tidakdapatdicapai secara semulajadidan telah mengaturpelbagai langkah untuk mewujudkan dan memupuk keharmonian serta perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang etnik.. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagaisatu bangsayang bersatudengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Malaysia telah bertanggungjawab dalam menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Majlis ini ditubuhkan bagi bertanggungjawab memupuk keharmonian dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini. Dengan itu, kerajaan Malaysia telah merangka pelbagai dasar semenjak selepas merdeka sehingga kini bagi menjamin perpaduan hubungan pelbagai etnik. Dasar yang dimaksudkan ialah dasar Pendidikan Kebangsaan, dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar ini diperkukuhkan dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi Kebangsaan.

Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Dasar British yang meletakkan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman.Oleh yang demikian, dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan. Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dengan usaha yang gigih, kerajaan Malaysia telah berjaya memupuk keharmonian etnik dari aspek ekonomi iaitu dengan mengimbangi kedudukan dan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dalam satu-satu sektor ekonomi. Dalam aspek ekonomi ini, kerajaan telah mengambil beberapa perkara supaya pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya salah tanggapan dapat diperbetul dan dapat dibendung. Antara program yang telah dijalankan oleh kerajaan ialah program pembasmian kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum. Pelbagai etnik yang mengalami kesukaran hidup di Malaysia diberi perhatian dan bantuan yang sama rata. Tidak lupa juga, kerajaan telah menambah ekuiti bumiputera supaya tidak timbul perasaan iri hati dalam kalangan etnik majoriti. Selain itu, bantuan kerajaan telah diberikan kepada etnik Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang perniagaan untuk menambah daya saing dikalangan kaum bumiputera. Dalam sektor awam mahupun swasta , kaum bumiputera juga diberi peluang menjawat jawatan yang tinggi atau penting dalam sesebuah institusi pentadbiran. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Ini memberikan kesan negatif terhadap perpaduan etnik di Malaysia. Oleh itu, berbagai- bagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia sehingga berjaya memupuk keharmonian hubungan etnik dari aspek pendidikan. Antaranya ialah kerajaan Malaysia telah menyediakan persekitaran serta kemudahan sosialisasi dikalangan rakyat Malaysia iaitu dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama rata malahan percuma diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, kerajaan dengan sedaya upaya mewujudkan satu persekolahan dari peringkat pra hingga universiti dengan satu bahasa perantaraan dalam kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta peperiksaan yang sama sekaligus jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Bagi golongan yang kurang berada, kemudahan biasiswa dan pinjaman PTPTN diberikan kepada semua etnik tanpa pilih kasih. Oleh itu, semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru sekolah kebangsaan melalui penyertaan acara sukan dan kokurikulum, acara sosial dan khemah kerja. Ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini sama ada di peringkat sekolah menengah dan rendah. Ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan itu, kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa dan sejarah negara, budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia, agama dan kepercayaan utama negara. Sistem pendidikan pebagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu . sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan mambabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Justeru, para pelajar dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka. Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan mencecah 55 tahun. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.Hubungan etnik juga merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkan peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di negara Malaysia.

NAMA : TUAN BADRUL HISYAM BIN TUAN ABDULLAHNO. KAD PENGENALAN: 780723-03-5291REFLEKSIAlhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek WAJ3106 Hubungan Etnik, saya agak keliru tentang kehendak soalan .saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang Hubungan Etnik amatlah sedikit. Pada Dasarnya saya ingatkan hanya buat kumpulan sahaja, tetapi setelah diberi penerangan oleh pensyarah buat kali kedua barulah saya faham bahawa ada dua iaitu kumpulan dan individu.Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini saya dapat mengaikan bahawa hunbungan etnik ada kaitan dengan matapelajaran sivik kewarganegaraan dan Kajian Tempatan bagi peringkat sekolah rendah.Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Hubungan Etnik dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui sumber di internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek yang ada kaitan dengan hubungan Etnik ini.Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Khatijah bt Yahaya yang telah banyak membantu kumpulan saya dan saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.Disediakan oleh,.(TUAN BADRUL HISYAM BIN TUAN ABDULLAH)