tugasan cik azila- miskonsepsi dan pck

Upload: zairul-izhwan

Post on 19-Jul-2015

1.456 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MISKONSEPSI Dalam pembelajaran tajuk geometri ( ruangdanbentuk ), murid-murid mengalami kesukaran untuk mengaitkan menyatakan perbezaan bagi bentuk geometri. Para

murid mungkin sekali tidak dapat mengenalpasti sesuatu bentuk berdasarkan nama. Murid mungkin akan keliru dengan kubus dan kuboid. membuat kesilapan dalam mengejanama bentuk geometri . Selain daripada itu, murid juga mempunyai kecenderungan untuk memberi fokus Murid juga mungkin akan

kepada bentuk objek. Sebagai contoh,

apabila sesuatu bentuk segitiga dilukiskan,

pelaja rmungkin akan memberikan nama berdasarkan tafsiran mereka sendiri seperti segitiga tegak, segitiga terbalik atau segitiga kurus. Oleh yang demikian, bentuk yang ingin dilukis hendaklah dilukis pada orientasi yang berbeza. Bukan itu sahaja, para murid mungkin tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri-ciri yang terdapat pada bentuk yang berbeza seperti segiempat dan trapezium atau beza di antara segiempat samadan rombus. Sesetengah murid tidak mahir menggunakan alatan seperti pembaris dan jangka sudut untuk menentukan ukuran dan bacaan sudut sesuatu garisan. Malah ada murid yang tidak mengetahui fungsi dan kegunaan jangka sudut dengan menganggapnya hanya sebagai pembaris biasa. Di samping itu, murid kadangkala tidak dapat membayangkan permukaan, tepi dan sudut terlindung pada sesuatu objek. Murid juga mungkin mengalami kesukaran untuk melabel sesuatu bentuk dengan tepat. Mereka mungkin sekali tidak biasa dengan abjad huruf besar yang digunakan untuk melabel sesuatu bucu.

Antara miskonsepsi lain yang murid hadapi ialah murid mungkin menganggap garis sejajar adalah sama dengan garis simetri. Sebagai contoh, murid menganggap garis pepenjuru pada parallelogram adalah garis selari memandangkan kedua-dua garisan pepenjuru itu adalah sejajar.

PCK

PEMAHAMAN Dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk 2 dimensi, satu miskonsepsi umum yang dialami oleh pelajar ialah kekeliruan untuk mengenalpasti diantara segitiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Mereka gagal untuk menyatakan nama dan melukiskan

bentuk tersebut dengan tepat. Sebagai contoh, mereka akan menyatakan (melukiskan) segi tiga sama sisi sebagai segi tiga sama kaki dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini jelas sekali menunjukkan pelajar gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.

TRANSFORMASI Oleh yang demikian, satu transformasi pengetahuan perlu dilakukan untuk

membetulkan miskonsepsi tersebut. Guru menayangkan / mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menyatakan nama bentuk tersebut. Guru membimbing para pelajar ketika pelajar memberikan respon kepada soalan guru. Guru mengulang proses yang sama apabila menayangkan bentuk segi tiga sama kaki. Seterusnya guru menyatakan ciri-ciri segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Dan yang paling penting sekali ialah guru perlu untuk cuba menanamkan kata kunci bagi mewakili kedua-dua segi tiga.

KETIGA-TIGA SISINYA SAMA PANJANG 3 bucu

2 SISI YANG SAMA PANJANG DAN 1 TAPAK

ARAHAN Guru membahagikan murid kepada pasangan. Guru mengedarkan kepingan dan kad nama segi tiga sama sisi dan sama kaki kepada setiap pasangan. Guru mengarahkan setiap pasangan untuk memadankan bentuk segitiga yang betul kepada kad namanya. Di sini murid akan berkolaborasi diantara satu sama lain untuk menentukan segi tiga yang sepadan dengan namanya. Guru akan memantau dan membimbing setiap pasangan.

PENILAIAN Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dimana terdapat 2 bahagian. Dalam bahagian A, murid hanya perlu untuk memadankan gambar segi tiga yang sepadan dengan namanya. Dalam bahagian B pula, murid perlu menuliskan nama yang tepat kepada gambar segi tiga yang dipaparkan. Apabila semua murid telah siap, guru melakukan semakan secara serentak dimana murid akan saling bertukar lembaran kerja. Guru akan menyatakan jawapan yang betul sementara murid pula akan

menyemak hasil kerja rakan. Seterusnya apabila proses menyemak telah selesai, lembaran kerja akan dikembalikan. Guru mengarahkan murid untuk menyemak

kembali lembaran kerja masing-masing. Dengan ini murid akan melalui 2 kali proses menyemak dan ini akan mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang kemahiran yang dipelajari. pembetulan. Sekiranya murid menjawab salah, murid dikehendaki untuk membuat

REFLEKSI Akhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru menayangkan / mempamerkan

gambar segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Kedua-dua bentuk itu masingmasing dilabelkan dengan huruf besar A dan B. Guru akan menunjukkan bentuk A dan meminta murid untuk menyebut nama bentuk tersebut dan proses yang sama dilakukan untuk bentuk B. Guru membimbing murid untuk menyatakan ciri-ciri keduadua segitiga.