tugasan bm

Upload: xiao-ling-lo

Post on 10-Oct-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

TUGASAN________________________________________________________________________

HBML 1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUSEMESTER SEPTEMBER 2014

________________________________________________________________________ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb 23hb November 2014. Serahan selepas 23hb November 2014 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik pemarkahan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Fonetik dan fonologi memainkan peranan penting dalam sistem bahasa Melayu. Berdasarkan kefahaman anda terhadap sistem bahasa Melayu, huraikan bagaimana fonetik dan fonologi dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Huraian anda hendaklah mengandungi:(a) Definisi fonetik dan fonologi bahasa Melayu.(b) Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu.(c) Aplikasi prinsip-prinsip fonetik dan fonologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Sila rujuk garis panduan yang telah disediakan dalam rubrik berkaitan dengan pemarkahan dan juga kandungan tugasan. [Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Buat pencarian di internet berkaitan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Merujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh kajian bahasa Melayu yang boleh dipinjam dari perpustakaan.

4. Membincangkan dengan guru kemahiran hidup sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.

5. Cadangan untuk rujukan: i. Abdul Hamid Mahmood (2007).Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu,Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

ii. Abdullah Hassan, (1980).Lingustik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya : Fajar Bakti

iii. Arbak Othman,(1984).Tatabahasa bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

iv. Harun Aminurrashid, (1996). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Sinapura: Pustaka Melayuv. Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

vi. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, (2006).Fonetik dan Fonologi.Batu Caves: PTS Publications.

vii. Nik Safiah Karim et. al (2006)Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka.viii. Siti Hajar Abdul Aziz, (2006).Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

RUBRIK TUGASAN HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU / SEPTEMBER 2013

KriteriaWajaranTidak BerkaitanLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah penuh

01234

Pengenalan

1Tidak berkaitanPenulisan berdasarkan kriteria berikut:

(a) Pengenalan tentang penulisan tidak menampakkan tajuk perbincangan secara keseluruhan.(b) Objektif penulisan tugasan juga kurang jelas.

(c) Tiada sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan dalam penulisan.Penulisan berdasarkan kriteria berikut:

(a) Pengenalan tentang penulisan agak baik dan menampakkan sebahagian daripada keseluruhan penulisan.(b) Objektif penulisan tugasan agak baik.

(c) Sekurang-kurangnya satu sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.

Penulisan berdasarkan kriteria berikut:

(a) Pengenalan tentang penulisan baik dan relevan. Penulisan pengenalan menampakkan keseluruhan penulisan.(b) Objektif penulisan dinyatakan dengan baik dan menjelaskan sebahagian daripada tujuan penulisan.(c) Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.

Penulisan berdasarkan kriteria berikut:

(a) Pengenalan tentang penulisan amat baik dan amat relevan. Mengemukakan ayat tesis dalam perenggan pertama penulisan yang memberikan impak kepada pengenalan keseluruhan penulisan.(b) Objektif penulisan dinyatakan dengan amat baik dan menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan.(c) Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.

4

Sistem fonetik dan fonologi Bahasa Melayu

4Tidak berkaitan(a) Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dihuraikan secara ringkas sahaja.

(b) Tiada sebarang sumber rujukan dinyatakan.(a) Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dihuraikan dengan agak baik.

(b) Sekurang-kurangnya satu sumber rujukan yang relevan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.(c) Satu contoh yang berkaitan sistem fonetik dan fonologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dikemukakan dalam penulisan. (a) Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dihuraikan dengan baik.(b) Hujah dan idea yang dikemukakan baik dan relevan serta menampakkan percambahan pemikiran yang bernas.(c) Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan yang relevan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.(d) Dua contoh yang berkaitan dengan sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dikemukakan dalam penulisan.(a) Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dihuraikan dengan lengkap. (b) Hujah dan idea yang dikemukakan baik dan relevan serta menampakkan percambahan pemikiran yang amat bernas.(c) Sekurang-kurangnya tiga atau lebih sumber rujukan yang relevan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.(d) Tiga atau lebih contoh yang berkaitan dengan sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dikemukakan dalam penulisan.16

Aplikasi prinsip-prinsip fonetik dan fonologi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu3Tidak berkaitan(a) Aplikasi diterangkan secara ringkas. Hujah dan idea dijelaskan tanpa contoh yang relevan.(b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara ringkas.(a) Aplikasi diterangkan secara ringkas. Hujah dan idea dijelaskan dengan agak baik, ada contoh disertakan. Jenis-jenis aplikasi dinyatakan secara ringkas.(b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara ringkas.(c) Ada saranan baru tentang proses aplikasi prinsip dinyatakan.(a) Aplikasi diterangkan secara ringkas. Hujah dan idea dijelaskan dengan agak baik, ada contoh disertakan. Jenis-jenis aplikasi dihuraikan dengan jelas.(b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara ringkas berserta contoh.(c) Ada saranan baru tentang proses aplikasi prinsip dinyatakan.(a) Aplikasi diterangkan secara ringkas. Hujah dan idea dijelaskan dengan baik, ada contoh disertakan. Jenis-jenis aplikasi dihuraikan dengan jelas dan lengkap.(b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara ringkas berserta contoh-contoh yang sesuai.(c) Ada saranan baru tentang proses aplikasi prinsip dinyatakan berserta dengan contoh yang relevan.12

Rumusan /Kesimpulan

1Tidak berkaitanRumusan dan kesimpulan yang ringkas dan tidak menjelaskan perkara berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang agak baik dan menjelaskan hanya sebahagian perkara yang berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang baik dan menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan tetapi tiada penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna. Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan teliti (koheren dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.4

Organisasi Penulisan1Tidak berkaitanTugasan mengandungi pelbagai kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan sesuai. Penulisan tidak ada kesinambungan dan urutan yang betul (koheren dan kohesi).Gaya penulisan APA tidak digunakan dalam penulisan kertas kerja.Tugasan mengandungi sebahagian kecil kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan penulisan (koheran dan kohesi) agak baik.Hanya sebahagian daripada penulisan mengikut gaya penulisan APA.Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan ejaan diikuti dengan baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan penulisan (koheren dan kohesi) adalah baik. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja.Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan sistem ejaan dipatuhi dan diikuti dengan amat baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan amat baik dan amat relevan. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) penulisan dikawal rapi dan amat baik. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.

JUMLAH40