tugasan asas keusahawanan

25
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN-USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA. Oleh: Nur Atika Anisa’ Binti Mohammad Ali PENDAHULUAN Definisi keusahawanan adalah merujuk kepada penciptaan perniagaan baharu yang bersandarkan kepada William B Gartner (1988) bagi menjawab persoalan “How does an organization come into existence” yang mana melibatkan satu proses yang kompleks melalui interaksi pelbagai komponen yang terlibat. Menurut William B Gartner (1988) lagi, kajian berkenaan ciri-ciri usahawan telah menjadi suatu element kepada mempengaruhi penciptaan perniagaan baharu. Melalui Rancangan Malaysia Ketujuh ( RMK -7 ) sektor IKS telah dikenalpasti sebagai sektor penting yang menjadi pendukung kepada agenda perindustrian negara. Sehubungan itu, tumpuan khusus telah diberikan kepada sektor ini untuk memastikan agar kekuatan dan perkembangannya dapat diteruskan sejajar dengan pemulihan ekonomi rantau ini ( Mohd. Sani 2000 ).Kejayaan yang telah dicapai oleh sektor IKS 1

Upload: atikaanisa

Post on 11-Dec-2015

112 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Assignment Asas Keusahawanan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN-USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA.

Oleh: Nur Atika Anisa’ Binti Mohammad Ali

PENDAHULUAN

Definisi keusahawanan adalah merujuk kepada penciptaan perniagaan

baharu yang bersandarkan kepada William B Gartner (1988) bagi

menjawab persoalan “How does an organization come into existence”

yang mana melibatkan satu proses yang kompleks melalui interaksi

pelbagai komponen yang terlibat. Menurut William B Gartner (1988) lagi,

kajian berkenaan ciri-ciri usahawan telah menjadi suatu element kepada

mempengaruhi penciptaan perniagaan baharu.

Melalui Rancangan Malaysia Ketujuh ( RMK -7 ) sektor IKS telah

dikenalpasti sebagai sektor penting yang menjadi pendukung kepada

agenda perindustrian negara. Sehubungan itu, tumpuan khusus telah

diberikan kepada sektor ini untuk memastikan agar kekuatan dan

perkembangannya dapat diteruskan sejajar dengan pemulihan ekonomi

rantau ini ( Mohd. Sani 2000 ).Kejayaan yang telah dicapai oleh sektor

IKS setakat ini perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi memandangkan

IKS juga merupakan tulang belakang kepada sektor perindustrian

negara. Oleh yang demikian, terdapat kaedah yang dianggap berkesan

untuk meningkatkan produktiviti IKS dalam era perkembangan teknologi

maklumat pada masa kini kerana penggunaan teknologi maklumat dapat

membantu sektor IKS berkembang dengan lebih pesat lagi. Penggunaan

teknologi maklumat yang dimaksudkan di sini ialah penggunaan E-

Dagang atau Perdagangan Elektronik dalam aktiviti perniagaan.

1

Page 2: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Konsep E-Dagang adalah sama dengan konsep dagangan atau proses

jual beli yang lazim dilakukan antara pembeli dan penjual. E-Dagang

merangkumi proses melihat dan meneliti barang-barang yang ingin dibeli,

mendapat barang-barang yang diperlukan, dan membayar belian

tersebut ( Mohd. Johari 2001 ).Di Malaysia dan negara-negara sedang

membangun yang lain, perniagaan berasaskan E-Dagang masih belum

dipraktikkan sepenuhnya. Ini adalah kerana tahap keyakinan di kalangan

pengguna yang masih rendah. Untuk dipraktikkan sepenuhnya, E-

Dagang perlu menjadi suatu budaya hidup masyarakat di Malaysia dan

juga negara-negara membangun yang lain.

Kajian berkenaan secara keusahawanan terutamanya berkenaan

penciptaan perniagaan terbaharu secara e-dagang masih kurang

disentuh oleh kebanyakan kajian lepas bagi mengetahui “How does an

organization come into existence”. Oleh itu, matlamat utama tugasan ini

bagi mengenalpasti secara spesifik mengenai bagaimana personaliti

usahawan e-dagang sebagai salah satu elemen dalam komponen

individu yang menyumbang kepada penciptaan perniagaan terbaharu di

Malaysia.

Menurut Dheeriya (2009) menjelaskan perniagaan secara e-dagang

adalah bermaksud “any venture conducted solely on the internet or the

world wide web” dan merangkumi aktiviti yang sama dengan perniagaan

biasa namun mod operasi adalah berasaskan teknologi internet dan

sistem komputer. Menurut beliau lagi, kerangka konseptual berkenaan

2

Page 3: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

“online entreprernuership” yang masih belum dibangunkan secara rasmi

sehingga kini.

E-dagang ini berbeza namun mod operasi adalah berdasarkan teknologi.

Oleh itu, perniagaan secara e-dagang adalah berbeza jika dibandingkan

dengan perniagaan biasa (brick-and-mortar) terutamanya mengenai

platform perniagaan digunakan berasaskan teknologi internet dan sistem

komputer. Menurutnya lagi, kerangka konseptual berkenaan “online

entrepreneurship” masih dibangunkan secara rasmi sehingga kini

berbanding dengan model “regular entrepreneurship” yang sering

diperdebatkan oleh ramai penyelidik lepas terutamanya bagi melihat

berkenaan elemen psikologi bagi usahawan e-dagang.

William B. Gartner (1985) telah menjelaskan bahawa kajian berkenaan

proses penciptaan perniagaan baharu adalah kemungkinan berbeza

mengikut perniagaan, industri atau usahawan tertentu. Oleh itu,

wujudnya keperluan bagi mengetahui berkenaan bagaimana elemen

psikologi usahawan e-dagang yang boleh dikaitkan kepada faktor yang

mendorong kepada penciptaan baharu.

1. KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic

Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan

kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-

dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara

perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan

dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan

melibatkan transaksi di antara dua atau  lebih syarikat di mana satu pihak

3

Page 4: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di

antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara

penjual produk akhir dengan pengguna.

Kepentingan E-Dagang Dalam Dunia Perniagaan

Membekalkan lebih banyak maklumat kepada pelanggan dengan

lebih tepat dan pantas.

Membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat

untuk mengenalpasti, memadankan, serta membuat inovasi dalam

produk.

Cepat, mudah, selamat dan boleh dipercayai.

Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian

kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat

lain.

Mesra pelanggan, iaitu kaedah pencarian produk yang lebih mudah,

kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos

pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah

penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke

atas pertanyaan pelanggan.

Lima dimensi perkhidmatan yang dikenalpasti yang perlu ada pada

syarikat yang menjalankan perniagaan secara e-dagang ialah:

Kewujudan rasa tanggungjawab yang tinggi

Kebolehpercayaan

Jaminan

Mesra pelanggan

Inovasi berterusan ke atas penambahbaikan kualiti produk.

4

Page 5: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

2. TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

Di bawah Rancangan Malaysia ke-7 (1996 - 2000), pembangunan

infrastruktur ICT telah dibangunkan bagi mengukuhkan lagi

perkembangannya menerusi ekonomi berasaskan pengetahuan

“knowladge based on economy” dan masyarakat kaya maklumat

“society information rich” (Unit Perancangan Ekonomi, 1996). Malaysia

telah mula memperuntukkan perbelanjaan kepada ekonomi berasaskan

pengetahuan pada pertengahan tahun 1990-an dan antara lain adalah

dengan melancarkan Agenda IT Negara (NITA) dan MSC (Unit

Perancangan Ekonomi, 2001).

Aplikasi e-dagang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana

yang telah diperkenalkan oleh kerajaan menerusi MSC sekitar tahun

1998 (Banerjee, 1999). Pengenalan terhadap projek berkenaan telah

diumumkan oleh pihak kerajaan secara tidak rasminya pada 1 Ogos

1996 (Business Asia,1997; Mahathir, 1998; Banerjee, 1999; Bunnel,

2002).

Aplikasi e-dagang merupakan antara projek yang diberi penekanan oleh

pihak kerajaan dalam menggalakkan lagi komunikasi dan transaksi

menerusi elektronik melalui transaksi perniagaan secara atas talian

online. Hal ini demikian kerana, walaupun ianya masih diperingkat awal,

e-dagang telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam merevolusikan

proses dan struktur industri dan mengembalikan semula persekitaran

persaingan bagi perniagaan di seluruh dunia (Mahathir, 1998).

E-dagang kini semakin berkembang dan menjadi perhatian terutama

kepada Industri yang melibatkan perdagangan, perniagaan, pelaburan,

5

Page 6: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

perbankan, sektor awam mahupun swasta dan sebagainya. Malaysia

telah dikenalpasti sebagai sebuah negara yang berpotensi tinggi dan

memiliki prospek yang baik untuk mengimplimentasikan e-dagang di Asia

Tenggara (Syed, 2009).

Merujuk kepada EIU (2010), negara Malaysia telah menduduki tangga

yang ke-36 berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu berada pada

kedudukan yang ke-38 berdasarkan kepada skor yang telah diberikan

menerusi kriteria yang telah ditetapkan. Dalam kajian tersebut, sebanyak

70 buah negara telah dipilih dan dinilai berdasarkan kepada enam kriteria

utama iaitu terdiri daripada menerima guna pengguna dan perniagaan,

infrastruktur penyambungan dan teknologi, persekitaran perniagaan,

persekitaran sosial dan budaya

E-dagang di Malaysia sebenarnya telah mula berkembang pesat sejak

tahun 2000 apabila pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.6

bilion dan ianya telah melonjak sebanyak 600 peratus berbanding

dengan tahun sebelumnya (ITU, 2002).

Pada tahun 2000, satu kajian telah dijalankan dan ianya mendapati lima

peratus daripada pengguna Internet di Malaysia pernah melakukan

pembelian menerusi e-dagang (Rosario, 2000). Pada tahun 2005, kajian

yang dijalankan oleh SKMM telah mendapati sebanyak 9.3 peratus

pengguna Internet telah melakukan aktiviti yang melibatkan e-dagang

seperti pembelian menerusi (SKMM)

6

Page 7: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

3. CABARAN/ HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG

E-dagang merupakan sebuah sistem yang diwujudkan bagi memudahkan

pengguna tidak kira pengguna tersebut sebagai pembekal, pengurus,

pembeli, pelanggan, dan sebagainya untuk menjalankan urusan seharian

tanpa kerumitan (Kleinrock, 2008). E-dagang sememangnya amat

berguna kepada seseorang yang mementingkan urusan yang telus serta

cekap selain dapat menjimatkan kos dan masa (Park, 2010).

Penggunaan e-dagang tidak hanya tertumpu kepada soal perniagaan

semata-mata, malah ianya turut melibatkan urusan seharian seperti

pembayaran bil utiliti, cukai, saman, dan sebagainya.

Pengguna yang menggunakan sistem e-dagang ini akan dapat kelebihan

yang ditawarkan kepada pengguna e-dagang. Antara kelebihannya ialah

ia dapat menjimatkan masa serta kos (Park, 2010). Pengguna dapat

mengelakkan kesesakkan seperti di kaunter perkhidmatan yang

disediakan terutama ketika hendak melakukan urusan pembayaran bil,

saman, cukai, dan sebagainya dengan hanya menggunakan sistem e-

dagang yang disediakan.

Namun begitu, e-dagang yang merupakan sebuah teknologi baru tidak

terlepas dari cabaran yang ditempuh dalam usaha untuk dikembangkan

dan digunapakai oleh orang ramai. Cabaran dan rintangan yang dihadapi

ini berlaku diserata dunia dan termasuk di Malaysia. Tidak semua

sesebuah teknologi yang diperkenalkan disambut baik oleh sesetengah

masyarakat. Terdapat sebahagian yang berminat dan menggunakan

perkhidmatan tersebut atas urusan kerja dan aktiviti seharian. Senario di

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang sedang membangun

7

Page 8: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

turut mengalami perkembangan yang rendah berhubung dengan sistem

e-dagang ini. Kebanyakkan organisasi yang menawarkan sistem ini

kepada pelanggan mereka masih lagi di peringkat awalan dan

memerlukan banyak masa untuk diterimaguna sepenuhnya.

Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang dilakukan Iacovou, Benbasat,

dan Dexter (1995) dan Mehrtens, Cragg, dan Mills (2001) mendapati

bahawa tidak semua organisasi bercenderung ke arah menerima guna

e-dagang. Menurut Tarafdar dan Vaidya (2006), banyak syarikat di

negara membangun dalam tahap awal dari menerima guna e-dagang.

Hal ini membuktikan bahawa e-dagang masih lagi dalam peringkat awal

perkembangan dan cabaran ini semestinya akan membantutkan

perkembangan e-dagang pada masa hadapan. Sekiranya pihak

organisasi kurang mengambil inisiatif terhadap perkembangan sistem e-

dagang ini, maka perkembangan dan penggunaan e-dagang juga akan

perlahan. Cabaran yang dihadapi di negara luar sedikit sebanyak

memberi kesan terhadap perkembangan e-dagang di Malaysia. Hal ni

demikian kerana, perkembangan dari negara luar akan memberi impak

yang positif terhadap penggunaan e-dagang di Malaysia memandangkan

masyarakat di Malaysia selalunya dikategorikan sebagai masyarakat

yang lambat menerima sesebuah teknologi baru atau dipanggil ‘majoriti

lewat penerimaan’ lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman (Mahendhiran,

Han dan Goon, 2010).

Masyarakat di Malaysia amat sukar menerima terus sesebuah teknologi

baru tanpa adanya bukti atau perkembangan yang positif dari negara

luar akan kejayaan sesebuah teknologi baru yang digunapakai (Siti

Zobidah et. al 2008). Hasil kajian yang telah dijalankan oleh SKMM

8

Page 9: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

(2010) mendapati, pengguna lebih gemar untuk membeli di kedai atau

pasaraya iaitu sebanyak 66.3 peratus berbanding membeli di Internet

atau secara on line. Selain itu, pengguna juga masih lagi berasa kurang

yakin dan risau terhadap sistem keselamatan e-dagang. Perkara ini akan

menimbulkan perasaan kurang percaya pengguna untuk menggunakan

sistem e-dagang. Ianya terbukti apabila sebanyak 59.1 peratus

pengguna kurang percaya dan sebanyak 58.7 peratus pula merasakan

kurang selamat terhadap pembelian menerusi on line (SKMM 2010).

Sehubungan dengan itu, hal ini akan menjadi cabaran buat

perkembangan e-dagang di Malaysia memandangkan ianya telah

diperkenalkan secara rasminya sejak lebih sedekad yang lalu menerusi

MSC pada tahun 1998 oleh mantan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu

Tun Dr. Mahathir Mohamad. E-dagang merupakan salah satu aplikasi

perdana yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan untuk

dikembangkan dan diperluaskan penggunaanya di kalangan penduduk

setempat.

Pihak kerajaan sedar akan kepentingan perkembangan tersebut dengan

memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar dalam RMK-8, RMK-

9, dan RMK-10. Selain itu, prasarana dan infrastuktur kini giat

dibangunkan bagi memudahkan perlaksanaan yang menyeluruh ke

segenap tempat dan kawasan. Kemudahan yang disediakan ini akan

tidak memberi erti sekiranya ianya tidak dimanfaatkan dan digunakan

semaksimum mungkin oleh masyarakat.

9

Page 10: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Cabaran dalam mendidik pengguna untuk menggunakan sesebuah

teknologi baru seperti e-dagang ini bergantung kepada strategi yang

digunakan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan perlu lebih menekankan

kepada ilmu yang sewajarnya disemai terlebih dahulu sebelum

seseorang individu tersebut mahir dan boleh menggunakan sistem e-

dagang tanpa adanya rasa bimbang dan tidak yakin.

10

Page 11: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

4. FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

Menurut beberapa kajian mendapati bahawa yang menggunakan perkhidmatan

E-Dagang ini menyatakan bahawa, antara faktor utama syarikat mereka

melaksanakan E-Dagang ialah kerana maklumbalas daripada pengguna dapat

diperolehi dengan kadar segera. Perusahaan-perusahaan yang menjalankan

pengeluaran jenis percetakan kertas, serta penghasilan buku dan bahan

bercetak merupakan antara syarikat yang menjadikan faktor ini sebagai faktor

utama penggunaan E-Dagang. Ini kerana perkhidmatan yang dijalankan

memerlukan idea dan buah fikiran daripada pengguna bagi menghasilkan

sesuatu produk.

Dengan menggunakan perkhidmatan E-Dagang, pengusaha dapat menerima

semula maklumbalas daripada pengguna dengan kadar yang segera. Jika

perkhidmatan yang diberikan oleh pengusaha mengalami kerosakan atau

kesilapan, pengusaha dapat memperbaiki dan mengemaskini mana-mana

kekurangan dengan segera.

Keadaan ini akan dapat membantu menjadikan kualiti produk dan perkhidmatan

sentiasa terkawal dan berada di dalam keadaan yang baik. Selain itu pelanggan

sering mengemukakan idea dan komen di dalam ruangan pesanan elektronik

atau e-mail yang disediakan oleh pengusaha di dalam laman web syarikat. Ini

membolehkan pengusaha sentiasa peka dengan kehendak dan permintaan

pasaran dari semasa ke semasa dan membolehkan mereka mengeluarkan serta

menghasilkan produk atau perkhidmatan mengikut citarasa pengguna.

Kos pengiklanan juga dapat dikurangkan dengan penggunaan E- Dagang.

Pengusaha dapat menjimatkan kos pengiklanan seperti percetakan sama ada di

dalam surat khabar, bahan bercetak, katalog atau majalah di mana ia

memerlukan kos yang agak tinggi bagi tujuan pengiklanan. Dengan E-Dagang,

11

Page 12: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

pengusaha perlu membina laman web E-Dagang mereka sendiri dan proses-

proses pengiklanan dapat dilakukan secara on line dengan menggunakan

rangkaian internet.

Faktor ini sebagai sebab utama perusahaan menggunakan perkhidmatan E-

Dagang. Perusahaan-perusahaan ini kebanyakannya terdiri daripada syarikat

yang sudah mendapat tempat di pasaran dan sudah mempunyai pelanggan

mereka yang tersendiri. Mereka ini sudah mempunyai pengalaman yang agak

lama dalam bidang perniagaan dan menurut kumpulan responden ini dengan

melaksanakan E-Dagang mereka dapat meminimumkan kos sekaligus

memaksimumkan keuntungan.

Dengan E-Dagang juga, perusahaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dapat

menembusi pasaran domestik dan antarabangsa. Ini sekaligus meningkatkan

jumlah permintaan dan penambahan pelanggan. Perkhidmatan E-Dagang

membantu perusahaan yang mungkin tidak diketahui oleh pelanggan tentang

kewujudannya di pasaran. Kebanyakan syarikat yang menggunakan

perkhidmatan E-Dagang menjadikan faktor perluasan pasaran sebagai sebab

utama penglibatan mereka dalam E-Dagang .

Selain itu juga, faktor yang menggalakkan penggunaan E-Dagang dikalangan

syarikat kecil dan sederhana ialah saranan dan gesaan dari pihak kerajaan bagi

meningkatkan keuntungan syarikat. Kebanyakan daripada tempahan-tempahan

produk dan perkhidmatan dari pihak kerajaan adalah secara on line. Sekiranya

pengusaha ingin mendapatkan tempahan produk atau perkhidmatan dari pihak

kerajaan mereka perlu bersedia melaksanakan E-Dagang.

Ini kerana pihak kerajaan menggunakan perkhidmatan e-Perolehan sebagai

medium utama bagi urusan perniagaan terutama untuk mendapatkan bahan-

bahan keperluan mereka dalam kuantiti yang banyak dengan harga yang

berpatutan. Perkhidmatan e-Perolehan adalah sama konsepnya dengan E-

12

Page 13: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Dagang cuma bezanya ia digunakan oleh kesemua badan-badan kerajaan.

Peranan atau saranan daripada pihak kerajaan menjadikan sebab utama mereka

menggunakan E-Dagang..

Bagi pengusaha syarikat yang baru, mereka berpendapat bagi mendapatkan

pelanggan mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan E-Dagang kerana

kebanyakan daripada tempahan atau permintaan barangan daripada pelanggan

kerajaan diperolehi daripada perkhidmatan ini. Oleh kerana masih baru dalam

dunia perniagaan dan belum mempunyai pelanggan, maka mereka perlu

menggunakan perkhidmatan E-Dagang bagi mengatasi masalah mendapatkan

pelanggan

13

Page 14: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

5. KESIMPULAN

Perkhidmatan E-Dagang boleh disamakan juga dengan paperless commerce

iaitu perdagangan tanpa menggunakan kertas. Dalam erti kata lain, E-Dagang

dapat membantu pengusaha menjimatkan kos-kos yang berkaitan dengan

percetakan kerana melalui E-Dagang, segala urusan yang membabitkan cetakan

boleh dijimatkan dengan menggunakan perkhidmatan E-Dagang. Selain

daripada itu, kajian lepas banyak menyatakan bahawa E-Dagang dapat

meningkatkan keuntungan syarikat dengan meminimumkan kos-kos perniagaan

seperti kos pengiklanan, kos logistik, kos tenaga kerja dan tidak ketinggalan

dapat menjimatkan masa. Seperti mana yang telah dibincangkan oleh Cannon

( 2000 ) perkhidmatan E-Dagang dapat membantu pengusaha industri bersaiz

kecil dan sederhana dalam menjimatkan dan mengurangkan kos promosi dan

pengiklanan.

Walaupun banyak kajian yang menyatakan bahawa E-Dagang banyak memberi

manfaat kepada pengusaha IKS, namun masih ada pengusaha IKS yang belum

sedar tentang manfaat ini. Walaupun ada dikalangan pengusaha IKS

menggunakan E-Dagang dalam perusahaan mereka, namun ia masih lagi di

tahap sederhana. E-Dagang masih lagi dianggap sebagai ‘baru’ dikalangan

mereka sedangkan perkhidmatan E-Dagang ini sudah lama bertapak di pasaran

dunia.

14

Page 15: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Ini menunjukkan tahap keyakinan dan penerimaan pengusaha-pengusaha

terhadap sesuatu teknologi itu dianggap masih kurang. Oleh yang demikian,

diharap pengusaha-pengusaha IKS akan lebih sedar tentang kepentingan dan

manfaat tersebut kerana ia dapat membantu para pengusaha meningkatkan

serta memajukan lagi perusahaan mereka selain daripada membantu mereka

bersaing dalam pasaran yang lebih besar. Semangat ‘berani menanggung risiko’

perlu ada pada setiap pengusaha IKS bagi memperolehi kejayaan kemajuan.

Pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan lagi IKS negara perlu perihatin

terhadap faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada para pengusaha tidak

mempraktiskan E-Dagang. Program-program untuk meningkatkan pemahaman

dan kemahiran terhadap E-Dagang perlu diperluaskan kepada para pengusaha

IKS supaya mereka lebih memahami konsep ini dan dapat mengambil manafaat

daripada peluang E-Dagang terutama sekali dalam menangani isu perniagaan

dalam ekonomi global sekarang ini.

15

Page 16: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 NUR ATIKA ANISA’ BINTI MOHAMMAD ALI (229803)

RUJUKAN

Azlina Uzir. 1999. E-Dagang: Buka peluang perniagaan baru. Dewan Ekonomi. September: 49-50.

Bloch, M. Pigneur, Y & Seger, A. 1996. On the road of electronic commerce: A business value framework, gaining competetive advantage and some research issue.Torondo: University of California.

Cannon, J. 2000. Make your website work for you. How to convert your online into profit.

United State of America: Mc Graw Hill

Chamhuri Siwar. 1979. Isu-isu ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Abu Shah. 1995. Industri kecil dan sederhana di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joseph, R. 2001. The dynamics of mass communication: Media in the digital age. Athens: Mc Graw Hill

Kalakota, R. & Whinston, A.B. 1997. Reading in electronic commerce. Texas: Addison Wesley Longman.

Kotler, P. & Armstrong, G. 1999. Principle of marketing. New Jersey: Prentice Hall. Laporan Ringkas Pembangunan Bandar Baru Bangi. 2002. Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS )

Mat Hasan Esa. 2000. Cabaran dan peluang dalam era maklumat. Dewan Ekonomi. September: 17-18.

Moha Asri. 1997. Industri kecil dan sederhana di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Johari. 2001. Internet WWW & E-Dagang. Dewan Ekonomi. September: 49-50. Mohd Rosli. 1994. Kepentingan IKS kepada ekonomi negara. Dewan Masyarakat. November: 17-19.

Mohd Sani. 2000. IKS perlu sertai E-Dagang. Dewan Ekonomi. April: 45-46.Mohd Sani. 2000. E-Dagang dalam IKS: Masih kurang dimanfaatkan. Dewan Ekonomi. Mei: 19-20.

Nazif, W.M. 2003. E-Dagang: Konsep dan aplikasi. Dewan Ekonomi. Jun: 45-46.Nik Zafri. (tanpa tarikh). Manfaat E-Dagang. (atas talian).http://www.geocities.com/nikzafri/artikelpnet.htm 30 Disember2004.

16

Page 17: Tugasan Asas Keusahawanan

SADE 1013 NUR ATIKA ANISA’ BINTI MOHAMMAD ALI (229803)

Banerjee, I. 1999. Malaysia’s Multimedia Super Corridor: One-stop super shop or highway to progress and prosperity for all? Convergence. 5 (3), 106-115.

Botha, J., C. Bothma & P. Geldenhuys. 2008. Managing E-commerce in Business (2nd edition). Cape Town, Republic of South Africa: Juta Academic & Co.

Mat Hasan Esa. 2000. Cabaran dan peluang dalam era maklumat. Dewan Ekonomi. September: 17-18.

Moha Asri. 1997. Industri kecil dan sederhana di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Johari. 2001. Internet WWW & E-Dagang. Dewan Ekonomi. September: 49-50. Mohd Rosli. 1994. Kepentingan IKS kepada ekonomi negara. Dewan Masyarakat. November: 17-19.

Mohd Sani. 2000. IKS perlu sertai E-Dagang. Dewan Ekonomi. April: 45-46.Mohd Sani. 2000. E-Dagang dalam IKS: Masih kurang dimanfaatkan. Dewan Ekonomi. Mei: 19-20.

Nazif, W.M. 2003. E-Dagang: Konsep dan aplikasi. Dewan Ekonomi. Jun: 45-46.Nik Zafri. (tanpa tarikh). Manfaat E-Dagang. (atas talian).http://www.geocities.com/nikzafri/artikelpnet.htm 30 Disember 2004.

Rosen, A. 2000. The E-Commerce question & answer book. A survival guide for business managers. United State of America: AMACOM.

17

Page 18: Tugasan Asas Keusahawanan

18