nota asas pembudayaan keusahawanan-untuk pelajar

100
UMW 1012 Asas Pembudayaan Keusahawanan Universiti Darul Iman Malaysia KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Modul 1 : Pemupukan Budaya Keusahawanan Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan……… 4 Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri………... 7 Topik 3 : Etika Keusahawanan……………………………… 15 Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan…….. 26 Modul 2 : Peluang dan Rancangan Perniagaan Topik 5 : Peluang Perniagaan………………………………. 32 Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan……………… 40 Topik 7 : Merancang Perniagaan…………………………… 55 Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan………... 63 1/100

Upload: ichigo90

Post on 12-Jun-2015

11.470 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

Notes for UDM students

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Modul 1 : Pemupukan Budaya Keusahawanan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan……… 4

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri………... 7

Topik 3 : Etika Keusahawanan……………………………… 15

Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan…….. 26

Modul 2 : Peluang dan Rancangan Perniagaan

Topik 5 : Peluang Perniagaan………………………………. 32

Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan……………… 40

Topik 7 : Merancang Perniagaan…………………………… 55

Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan………... 63

Rujukan…………………………………………………………………… 73

1/73

Page 2: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1

PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Topik 3 : Etika Keusahawanan

Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan

2/73

Page 3: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1

TOPIK 1 : KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

Memahami kepentingan bidang keusahawanan

Memahami konsep usahawan dan keusahawanan

Mengenalpasti ciri-ciri usahawan berjaya

Mengetahui perkembangan keusahawanan di Malaysia

KANDUNGAN:

Konsep dan perkembangan keusahawanan:

Kepentingan keusahawanan

Konsep usahawan dan keusahawanan

Ciri-ciri usahawan berjaya

Perkembangan keusahawanan di Malaysia

3/73

Page 4: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

1.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

1.1.1 Keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.

Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan

kadar pekapita pengeluaran dan pendapatan, ia juga melibatkan perubahan kepada

struktur perniagaan dan masyarakat.

1.1.2 Keusahawanan melalui kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan

perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.

1.1.3 Usahawan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut mendorong

pembahagian kekayaan.

1.2 KONSEP USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

1.2.1 DEFINISI KEUSAHAWANAN

Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka mengesan

peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru dan perestasi yang baik menjadi satu

piawai di dalam era (free enterprise).

Scarborough dan Zimmerer (1988) mendefinisikan usahawan sebagai yang mencipta

satu perniagaan baru dan menghadapi satu keadaan yang tidak pasti demi untuk

memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenalpasti peluang dan

menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan

idea dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk

memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.

Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan usahawan sebagai “seseorang yang

berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan.

Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian

dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila

membuat sebarang proses perniagaan.

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah satu proses dinamik untuk

mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di

dalam “equity”, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu

produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan

4/73

Page 5: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

mengambilkira masa dan usaha dengan mengambilkira risiko kewangan, psikologi dan

sosial serta menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

1.2.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN

Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses

inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar, dan

proses dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan.

1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

i. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi.

ii. Mempunyai niat yang betul (mencari rezeki, menyediakan barang, beribadat).

iii. Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang mencukupi.

iv. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya.

v. Sentiasa berjimat menggunakan sumber.

vi. Mempunyai kemahiran membuat keputusan.

vii. Berfikiran kehadapan.

viii. Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

ix. Sentiasa menjaga kualiti.

x. Menghindari dari aktiviti yang diharamkan

xi. Elakkan dari belenggu hutang.

xii. Sentiasa menilai tindakan (bermuhasabah) dan berwaspada.

xiii. Besyukur dengan kejayaan.

xiv. Tidak boros dan tidak tamak dengan kekayaan.

xv. Sentiasa membayar hutang jika berhutang.

1.4 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

1.4.1 Bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga

dengan pedagang asing.

1.4.2 British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan (pecah dan perintah).

Kaum Melayu sebagai pentadbir dan petani, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga

manakala kaum India bekerja di sektor perladangan.

1.4.3 Selepas kemerdekaan: Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990 ), Dasar Pembangunan Negara

(1990 – 2000) dan Wawasan 2020. Semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan

terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

1.4.4 Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang

mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia.

1.4.5 Sejak tahun 2005 hingga kini Kementerian tersebut telah ditukarkan kepada Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

5/73

Page 6: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1

TOPIK 2: ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

Mengenalpasti 13 kompetensi usahawan yang berjaya.

Mengukur tahap kompetensi diri.

KANDUNGAN:

Analisis kompetensi usahawan yang berjaya dan kepentingannya

Kaedah pengukuran tahap kompetensi diri mahasiswa

6/73

Page 7: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

2.0 ANALISIS KOMPETENSI USAHAWAN BERJAYA

2.1 Inisiatif

Sikap individu yang berinisiatif adalah:

Melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh

keadaan atau diarah melakukannya.

Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang yang

baru, keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Secara rasionalnya:

Daya inisiatif adalah satu dari kompetensi keusahawanan yang paling penting.

Usahawan-usahawan berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana

mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu keadaan dengan

cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarah atau dipaksa melakukan sesuatu

untuk kejayaan diri, individu tersebut dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan

melalui imiginasinya dan intiusinya. Sikap berinisiatif penting bagi seseorang yang ingin

memulakan perniagaan dengan mencari peluang dan tidak mengharapkan peluang

tersebut datang bergolek.

2.2 Melihat dan Merebut Peluang

Adakah saya mampu melihat, mencari dan merebut peluang yang ada di persekitaran

saya?. Berapa kuatkah kemampuan saya dalam mencari peluang?.

Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat

dilihat melalui aspek-aspek berikut:

Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya

dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.

Merebut peluang-peluang yang luarbiasa dalam memperluaskan

pasaran, penggunaan teknologi baru, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan

bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu

meningkatkan prestasi perniagaan.

Secara rasionalnya:

Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan

merebut peluang yang wujud di persekitarannya. Peluang-peluang perniagaan wujud hasil

dari permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, disebabkan oleh

7/73

Page 8: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

kewujudan teknologi baru, kemahiran baru, sumber-sumber alam yang belum diterokai

dan kaedah dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang belum diperkenalkan.

Kemampuan ini perlu wujud dalam peringkat memulakan perniagaan hingga ke peringkat

menjalankan fungsi-fungsi utama seorang usahawan sepanjang hayat perniagaannya.

2.3 Kecekalan

Sikap seseorang yang cekal dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut:

ii. Berusaha berulang kali dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan

yang menghalang pencapaian matlamat.

iii. Berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila

menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.

Secara rasionalnya:

Seseorang usahawan akan menghadapi perjalanan hidup yang berliku dan kompleks.

Untuk mengatasi masalah dan halangan tersebut usahawan perlu tabah dan cekal.

Seseorang usahawan yang berjaya lazimnya dapat mengharungi segala rintangan dan

halangan yang mendatang dalam pencapaian matlamat. Sikap tabah dan cekal

memerlukan keyakinan diri yang tinggi, sikap ikhtiar dan ketahanan diri dalam

mengharungi halangan-halangan tersebut. Selain dari itu, sikap sabar juga penting.

2.4 Mencari maklumat

Adakah saya mempunyai maklumat yang cukup?. Adakah saya cenderung ke arah

mencari maklumat sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?. Adakah

saya mempelajari dari maklumbalas atau maklumat yang diperolehi?.

Sikap individu usahawan yang mampu mencari maklumat adalah seperti berikut:

Melakukan penyelidikan atau tinjauan untuk mendapatkan

maklumat atau maklumbalas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau

mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan

perniagaan.

Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan

atau pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna.

Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan

menganalisisnya.

Menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk

mendapatkan maklumat baru dan berguna.

8/73

Page 9: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Melakukan sendiri penyelidikan dan anlisis terhadap

maklumat yang diperolehi sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau

dalam menjalankan tugas harian.

Secara rasionalnya:

Maklumat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Kejayaan sesebuah

perniagaan banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, kecukupan

maklumat dan cara penggunaan maklumat dalam pembuatan keputusan. Usahawan yang

sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar terhadap

maklumbalas yang diperolehi sama ada dalam bentuk kritikan atau analisis sendiri.

Maklumat tersebut berguna untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian,

prestasi diri dan prestasi syarikat yang sedang diterajui.

2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang tinggi

Sikap usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah:

Menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual

barangan atau menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja sendiri

atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih

baik.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan perlu sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu kerja yang tinggi dan

berasaskan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usaha tidak

melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya, akan tetapi untuk mencari

kepuasan terhadap kerja melalui pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Ini akan

membantu usahawan dalam meluaskan pasarannya dan dapat meningkatkan prestasi

syarikat.

9/73

Page 10: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja

Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah:

Memberi tumpuan kepada perniagaan dan melakukan

pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja.

Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan

kerja untuk pelanggan.

Sanggup membantu pekerja atau mengambilalih tugas mereka

untuk menyelesaikan kerja.

Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati

pelanggan.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang

menepati janji berkaitan mutu barangan, penghantaran pada masa yang tepat, harga

barangan atau perkhidmatan yang berpatutan, dan jumlah barangan seperti yang telah

dipersetujui dengan pelanggan. Selain itu, seorang usahawan perlu bertanggungjawab

untuk menghadapi dan mengatasi rungutan pelanggan.

2.7 Berorientasikan Ke Arah Kecekapan

Individu usahawan yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah:

Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos

yang lebih rendah dan pantas.

Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan

perniagaan yang terkini untuk memperbaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri.

Mengambilberat perkiraan kos atau keuntungan hasil daripada

sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan.

Secara rasionalnya:

Usahawan yang berdayamaju sentiasa akan mencari jalan untuk meningkatkan

produktiviti syarikat. Peningkatan produktiviti dapat dilihat daripada penjimatan kos

dngan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran dan dapat

mengelakkan pembaziran. Seorang usahawan sentiasa mencuba sedaya upaya

menggunakan maklumat perniagaan yang baik untuk memperbetulkan tahap kecekapan

syarikat terutama dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin

dan jentera serta teknologi.

10/73

Page 11: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

2.8 Membuat Perancangan Yang Sistematik

Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam:

Melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan merancang dan

mengatur langkah yang sistematik dan mudah untuk dilaksanakan.

Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah-

masalah yang dijangkakan.

Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan.

Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk

mencapai matlamat.

Secara rasionalnya:

Perancangan yang baik dan sistematik boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian

matlamat syarikat. Perancangan sistematik lazimnya perlu dimulakan dengan

mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya mengenalpasti masalah atau

rintangan yang akan dihadapi. Dengan mencapai matlamat tersebut seseorang usahawan

perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan secara bersistematik. Dalam

proses perancangan yang sistematik, usahawan sentiasa mencari langkah-langkah

alternatif yang berkesan sebagai keputusannya.

2.9 Menyelesaikan Masalah

Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah

berkebolehan dari segi:

Mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat.

Mencari dan melahirkan idea baru untuk menyelesaikan

masalah secara berinovatif.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan yang berdaya maju akan menyelesaikan masalah dengan mencari dan

melahirkan idea-idea baru dalam penyelesaian masalah secara inovatif.

2.10 Keyakinan Diri

Usahawan yang berkeyakinan diri mampu:

Melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan dan

pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas.

11/73

Page 12: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Memperolehi dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman

luar daripada bidang pengkhususannya.

Mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan.

Sedia melakukan perubahan dari masa ke semasa.

Secara rasionalnya:

Kebanyakan usahawan gagal dalam mencapai matlamat mereka lantaran sikap

ketidakyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Sikap tersebut perlu ditonjolkan dari segi

kemampuan diri dalam membuat keputusan dan menyahut sebarang cabaran. Seorang

usahawan juga perlu mempunyai keyakinan terhadap apa yang dilakukan.

2.11 Ketegasan

Usahawan yang tegas mampu:

Menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil

tindakan walaupun menghadapi tentangan pihak lain.

Secara rasionalnya:

Sebagai seorang usahawan perlu tegas untuk menghadapi masalah pekerja, pelanggan,

pembekal dan persekitarannya. Dia perlu berani menonjolkan kebaikan atau kelebihan

hasil keluaran atau perkhidmatan berbanding orang lain. Seorang usahawan juga berani

untuk menghadapi masalah pelanggan yang cuba lari dari dari hutang, pekerja yang

malas dan peraturan-peraturan syarikat yang boleh melemahkan perjalanan perniagaan.

2.12 Meyakinkan Orang Lain

Individu usahawan mampu menunjuk dan meyakinkan orang lain melalui:

Penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli

barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

Kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan

sumber modal atau pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan.

Keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri

dan syarikat.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan bergerak untuk mendapatkan sumber-sumber organisasi bahan

mentah, mengelolakan proses pengeluaran, penjualan hasil keluaran dan perkhidmatan.

Aktiviti tersebut memerlukan kemahiran memujuk dan meyakinkan orang lain.

12/73

Page 13: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Usahawan yang gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal tidak mampu untuk

mencapai matlamat syarikatnya.

2.13 Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh

Seorang usahawan yang mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh mampu:

Berkecenderungan memikirkan strategi mempengaruhi orang

lain tanpa tipu helah dalammencapai matlamat perniagaan.

Secara rasionalnya:

Sebagai seorang usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja dan industri yang

diceburi. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan dalam strategi pengaruh

usahawan:

i. Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak.

ii. Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.

iii. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.

iv. Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran.

v. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan.

13/73

Page 14: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1

TOPIK 3: ETIKA KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF :

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

Memahami nilai-nilai murni keusahawanan.

Memahami konsep barakah dalam perniagaan.

Memahami etika keusahawanan.

KANDUNGAN:

Budaya niaga cemerlang

Nilai-nilai murni keusahawanan.

Konsep barakah dalam perniagaan.

Etika keusahawanan.

14/73

Page 15: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

3.1 BUDAYA NIAGA CEMERLANG

3.1.1 Berani Mencuba

Usahawan yang berani mencuba mempunyai jangkaan dalaman yang tinggi. Usahawan

sebegini yakin bahawa kejayaan akan tetap menjadi milik mereka selagi mereka memberi

komitmen sepenuhnya dengan menggunakan tenaga dan keupayaan. Usahawan yang

berani mencuba mempamirkan usaha yang berterusan dan lebih sensitif kepada

perubahan-perubahan dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang terlalu jumud dan

bersikap konservatif tidak akan mampu maju sebaliknya akan terus kekal di takuk lama.

3.1.2 Penetapan Matlamat

Penetapan matlamat oleh usahawan mendorong mereka untuk lebih berusaha sehingga

berjaya meraih kejayaan yang diidamkan. Usahawan perlu mempunyai perancangan

matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan dijadikan kayu pengukur untuk

memperbaiki kelemahan dan merancang strategi-strategi baru untuk mengatasinya. Teori

penetapan matlamat menegaskan bahawa penetapan matlamat merupakan proses untuk

menghasilkan komitmen yang lebih tinggi melalui insentif pencapaian yang realistik.

Oleh yang demikian penetapan matlamat merupakan satu proses kognitif di mana

usahawan perlu sedar dan sentiasa memikirkan apa yang ingin dicapai, mendefinisikan

tugas dan menetapkan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya

matlamat yang ditetapkan gagal dicapai, usahawan hendaklah mengkaji semula serta

perlu bersedia memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang menjadi kekangan kepada

pencapaian matlamat.

3.1.3 Jangkaan Diri

Jangkaan diri merulakan nilai yang perlu ada pada diri usahawan. Ia menjadikan

usahawan lebih bermotivasi untuk mengecapi kejayaan yang dicita-citakan. Teori

jangkaan mengariskan bahawa manusia bukan sahaja digerakkan oleh keperluan tetapi

perlu membuat pilihan tentang apa yang akan dan tidak mereka lakukan. Sebagai

usahawan tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaan usahawan

terhadap keupayaan mereka untk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran yang

dikehendaki. Sekiranya usahawan menjangkakan mampu untuk bersaing dengan pesaing

serta mempunyai fikiran yang positif, sudah tentu kejayaan kan menyebelahi mereka.

Usahawan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan tranformasi, mempunyai jangkaan dan

kenyakinan diri yang tinggi. Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin pada diri

sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan yang

15/73

Page 16: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

mereka yang mereka miliki.Justeru usahawan perlu mempunyai jangkaan diri yang tinggi

bagi mencapai prestasi perniagaan yang luar biasa.

3.1.4 Kecekalan

Usahawan perlu mengharung berbagai halangan dan masalah sebelum menikmati

kejayaan. Mereka perlu tabah dan mempunyai kecekalan diri yang tinggi. Sikap cekal diri

memerlukan usahawan untuk memiliki keyakinan diri yang tinggi, lebih tabah,

mempunyai daya ikhtiar dan ketahanan diri yang jitu dalam mengharungi dunia

keusahawanan.

3.1.5 Yakin Diri

Kebanyakan kegagalan usahawan mencapai matlamat adalah berpunca dari sikap tidak

yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Dunia keusahawanan yang sangat mencabar

memerlukan usahawan yakin kepada kemampuan diri sendiri dalam membuat keputusan

serta menyahut sesuatu cabaran. Untuk meningkatkan kenyakinan, usahawan perlu

mengikis perasaan takut kepada kegagalan, mengelakkan daripada sikap tiada pendirian

dan menghapuskan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing mereka.

3.1.6 Ketegasan Diri

Usahawan perlu tegas menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan

masyarakat . Usahawan mesti berani membuktikan kebaikan atau kelebihan produk atau

perkhidmatan yang diberikan berbanding dengan pesaing. Usahawan perlu berani dan

bersedia untuk bertindak terhadap pelanggan yang gagal menjelaskan hutang. (Pelanggan

*yang engkar arahan dan bersedia mengubah peraturan-peraturan yang menyebabkan

*kelembapan perniagaannya.) Demi untuk kejayaan syarikat, usahawan perlu tegas dalam

mengambil tindakan walaupun terhadap rakan atau orang yang rapat dengannya.

3.1.7 Inisiatif Diri

Inisiatif diri adalah sikap yang perlu ada pada usahawan kerana daya inisiatif yang tinggi

menjadikan usahawan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis

sesuatu situasi dengan berkesan tanpa menunggu arahan untuk melakukan tindakan

terhadap peluang yang datang dan memilih strategi yang terbaik untuk mengatasi

masalah. Yang demikian usahawan menjadi lebih peka dan pro aktif kepada persekitaran

yang ada.

16/73

Page 17: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

3.1.8 Bertanggungjawab

Usahawan yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya merupakan seorang

yang berpandangan jauh serta mencerminkan keperibadian sebenar seorang usahawan.

Sikap yang bertanggungjawab lahir jika usahawan tidak mudah mempersalahkan pihak

lain sekiranya berhadapan dengan sesuatu kegagalan. Mereka lebih bersedia mengkaji

kelemahan diri sendiri bukan menuding kepada pihak lain. Usahawan yang

bertanggungjawab yang tinggi akan mempunyai semangat untuk mencurahkan khidmat

bakti kepada pekerja dan masyarakat.

3.1.9 Belajar Dari Maklumbalas

Usahawan perlu bersedia memberi galakan kepada pelbagai pihak untuk memberi

maklum balas terhadap setiap tindakan dan hasil yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

Daripada maklum balas usahawan dapat mengukur tahap penerimaan terhadap produk

atau perkhidmatan syarikatnya. Penglibatan pelanggan dalam mereka bentuk produk dan

perkhidmatan melalui maklum balas akan memberikan kepuasan kepada para pelanggan

yang akhirnya akan dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk yang

dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan.

3.1.10 Mewujudkan Hubungan Dengan Individu Yang Boleh Membantu

Perhubungan yang rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam perniagaan akan

memberikan kelebihan kepada usahawan untuk memperkembangkan perniagaan serta

membolehkan usahawan mendapat peluang dan mengetahui ancaman-ancaman yang

bakal dihadapinya. Hubungan dengan individu yang boleh membantu akan menjadi

pemangkin kepada kejayaan usahawan.

3.1.11 Kesediaan Meminta Nasihat Pakar

Usahawan perlu menyedari betapa pentingnya mencapai tahap kelebihan bersaing agar

produk atau perkhidmatan mendapat sambutan daripada pelanggan. Usahawan hendaklah

menjadikan kesediaan meminta nasihat dari pakar sebagai budaya niaga untuk

mengukuhkan produk dan perkhidmatan pemasaran, pentadbiran dan kewangan syarikat.

Keterbukaan menerima nasihat kan membantu usahawan dalam menghadapi

permasalahan untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan.

3.1.12 Sistematik Dalam Melaksanakan Pekerjaan

Usahawan hendaklah bertindak dengan penuh sistematik apabila membuat keputusan.

Ketelitian dalam mengambil satu tindakan boleh menjamin ketepatan dalam keputusan

17/73

Page 18: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

dan silap langkah berdasarkan anlisis kos yang akan ditanggung berbanding matlamat

yang akan diperolehi.

3.2 KONSEP BARAKAH DALAM PERNIAGAAN

3.2.1 Pengenalan

Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti

pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan

menghasilkan sesuatu barangan atau sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang

halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.

Islam sebagai agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan seluruh manusia

di dunia dan di akhirat, memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Aktiviti

keusahawanan termasuklah bidang perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian dan

perkilangan. Rasulullah S.A.W adalah seorang peniaga sebelum menjadi rasul.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang menyeluruh (syumul)

perlu di jadikan asas kepada para usahawan bagi membina kaedah pengurusan

keusahawanan yang mantap dan mencipta kejayaan. Islam melihat bidang

keusahawanan sebagai suatu bidang yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi

dan kekayaan individu bagi menyara kehidupan sehariannya. Rasulullah bersabda

“Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki terdapat dalam perniagaan”

Bidang keusahawanan di dalam perspektif Islam adalah termasuk di dalam bidang fardu

kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan adalah besar kerana ia adalah satu

kewajipan.

3.3 ETIKA KEUSAHAWANAN

Ajaran Islam yang syumul tidak mengenepikan pentingnya perniagaan dalam kehidupan manusia.

Sebagai seorang muslim, matlamat mencari keredaan Allah SWT yang menjangkau dari hanya

kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan tindakan kepada kaedah yang diberkati

dan di tuntut oleh agama. Di dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan perniagaan

digariskan agar perniagaan mengikut etika Islam. Di antara panduan tersebut adalah:

18/73

Page 19: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

3.3.1 Pematuhan Terhadap Kontrak

Usahawan perlu patuh kepada kontrak yang dimeteri. Islam berpegang teguh kepada

sikap menunai janji dan nilai-nilai mulia seperti, kebenaran, kejujuran, dan amanah.

Manusia wajib mematuhi perintah Allah SWT. Allah SWT berfirman,

”dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat ( yang dipikulnya dan janjinya)”

(Surah Al Mukminun: ayat 8)

Melalui ayat ini jelaslah bahawa orang yang beriman itu perlu menunaikan janjinya.

3.3.2 Penipuan dan Salah Taksir Iklan.

Usahawan ditegah membuat penipuan di dalam pengiklanan, namun kerap terjadi

barangan yang dijual berbeza atau tidak menepati saperti yang diiklankan. Kadangkala

iklan yang disiarkan dalam media mengelirukan pengguna. Di dalam etika islam, perkara

ini jelas di larang.

Sabda Rasullalah SAW

”Tidak boleh menjual barangan yang rosak kecuali yang rosak itu telah

ditunjukkan kepada pembeli.”

(Hadis riwayat: Bukhari)

1.3.3 Timbangan yang Tepat

Usahawan perlu sentiasa membuat timbangan atau ukuran yang tepat apabila melakukan

urusan perniagaan. Usahawan yang tidak jujur dan menipu timbangan untuk

mendapatkan untung yang lebih adalah ditegah oleh ajaran Islam. Di dalal Quran, Allah

SWT memerintahkan agar timbangan dilakukan dengan tepat. Firman Allah SWT

”Dan penuhkanlah sukatan, bila kamu menyukat ( menakar ) dan menimbanglah

dengan neraca yang betul. Itulah yang paling baik dan lebih kesudahannya”

(Surah Al Israa: ayat 35)

1.3.4 Larangan Menyorok Barang

Amalan menyorok barang untuk tujuan mendapatkan keuntungan ketika harga naik atau

ketika masyarakat kekurangan barang merupakan satu eksploitasi kepada masyarakat dan

pengguna. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Peniaga seperti ini

19/73

Page 20: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

masuk dalam golongan yang bersifat bakhil dan tamak. Allat SWT melarang sifat bakhil

ini melalui firmannya”

“ janganlah orang-orang yang bakhil memberikan dengan apa yang telah dikurniakan

Allah kepadanya mengira bahawa kebakhilan itu baik untuk mereka. Tidak !

Melainkan membahaya mereka, nanti harta yang mereka bakhilkan itu akan

digantungkan di lehernya di hari khiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi

dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

( Surah Al Imran: ayat 180 )

3.3.5 Penghapusan Keluaran Berlebihan

Usahawan tidak dibenarkan membazir dan merosakkan barangan yang dihasilkan. Islam

melarang perbuatan ini kerana barangan dan sumber adalah milik Allah SWT dan

manusia adalah pemegang amanah. Manusia sepatutnya mencari jalan untuk

menggunakan kelebihan tersebut.

3.3.6 Perniagaan Melibatkan Riba

Usahawan muslim ditegah daripada terlibat dengan amalan riba di dalam perniagaannya.

Terdapat pelbagai altenatif kaedah muamalat yang boleh dilaksanakan untuk

mengelakkan dari riba. Firman Allah SWT,

“ Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

(Surah Al Baqarah: ayat 275 )

3.3. 7 Amalan Pengambilan Pekerja

Usahawan perlu mengurus sumber manusia secara terbaik. Pengambilan pekerja

haruslah dilakukan dengan adil, iaitu orang yang diambil boleh melaksanakan

tanggungjawab dan bersikap adil terhadap yang diamanahkan kepadanya.

3.3. 8 Bersikap Adil Kepada Pekerja

Tanggungjawab organisasi adalah untuk menjaga kebajikan pekerja, memberi gaji yang

setimpal dan menyediakan tempat kerja yang baik. Dalam hal ini, usahawan perlulah

melayani setiap pekerja di bawah pentadbiran sebaik-baiknya tanpa mengira warna kulit

atau rupa. Perkara ini penting dilakukan agar usahawan muslim tidak mengenepikan

tuntutan agama.

20/73

Page 21: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

3.3.9 Penjagaan Alam Sekitar

Usahawan tidak harus menjalankan perniagaan untuk memaksimakan keuntungan

semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar. Alam

semula jadi adalah anugerah Allah SWT yang boleh digunakan tanpa merosakkannya.

Firman Allah SWT,

“ Telah kelihatan kerosakan d idarat dan di laut, disebabkan usaha tangan

manusia, kerana tuhan hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari

akibat buatan mereka supaya mereka kembali”

( Surah Ar-Rum: ayat 41 )

3.4 MENJELASKAN LIMA BELAS CIRI USAHAWAN BERJAYA MENGIKUT

PERSPEKTIF ISLAM

3.4.1 Mempunyai Keinginan Dan Kesungguhan Yang Tinggi Untuk Berjaya

Usahawan perlu mempunyai sifat keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk

mengecapi kejayaan. Islam sangat mengalakkan seseorang supaya sentiasa mempunyai

keinginan dan kesungguhan yang tinggi di dalam perlakuan mereka. Rasulullah S.A.W

telah menunjukkan bahawa baginda seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh

menjalankan dalam apa jua perkara.

3.4.2 Mempunyai Niat yang Betul

Seseorang mempunyai niat yang betul. Niat yang pertama adalah mencari rezeki dengan

cara yang diredhai oleh Allah SWT. Niat yang kedua adalah berkhidmat untuk orang lain

dengan mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.

Niat yang ketiga, adalah berniaga sambil beribadat kepada Allah swt.

“sesungguhnya setiap perbuatan itu dengan niat dan setiap perkara itu bergantung

dengan apa yang diniatkan”

(Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim )

3.4.3 Mempunyai Ilmu dan Kemahiran Yang Mencukupi Di dalam Bidang Yang

Diceburi.

Usahawan perlu memiliki ilmu yang cukup di dalam bidang yang diceburi. Ilmu tersebut

boleh diperolehi sama ada dari ilmu yang dipelajari, pengalaman sendiri, pembacaan,

pemerhatian atau pengalaman orang lain. Pemilihan bidang tersebut akan memudahkan

usahawan mencapai kejayaan.

21/73

Page 22: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Usahawan perlu menjadikan semua pengalamannya sebagai gabungan ilmu dan

pengajaran yang boleh digunakan dalam bidang yang ingin diceburi.

3.4. 4 Bertanggungjawab Kepada Semua Yang Berkepentingan Dengannya

Usaha perlu menjadi orang yang bertanggungjawab kepada semua orang yang

berkepentingan dengannya seperti pelanggan, pemilik organisasi, pekerja, keluarga,

masyarakat, kerajaan, pembekal, pengedar dan lain-lain.

3.4. 5 Sentiasa Berjimat Menggunakan Sumber

Islam mengajar umatnya berjimat dalam segala aspek kehidupan. Ia termasuklah

berjimat menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah dan modal.

Justeru itu, usahawan digalakkan agar menggunakan sumber secara cekap dan berkesan.

3.4. 6 Mempunyai Kemahiran Membuat Keputusan

Membuat keputusan dengan cepat dan tepat adalah suatu kemahiran yang penting bagi

menjamin kejayaan usahawan. Ini adalah kerana usahawan perlu pandai memilih peluang

yang ada di persekitarannya. Usahawan juga perlu sentiasa membuat keputusan dengan

tepat berasaskan analisis dan telahan yang jitu.

3.4. 7 Berfikiran Ke hadapan

Islam menyarankan kepada umatnya supaya sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Usahawan

berjaya selalu menjangka dengan tepat mengenai keperluan pelanggan masa hadapan

Allah SAW berfirman yang bermaksud,

“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memerhatikan apa kamu

siapkan untuk hari esok ( akan datang ) kamu”

(Surah Al Hasyr: ayat 18 )

3.4. 8 Mempunyai Kemahiran Berkomunikasi

Usahawan perlu memiliki ilmu komunikasi yang tinggi untuk berhubungan dengan

manusia pekerja, pelanggan dan pihak yang berada di persekitarannya. Hubungan yang

baik akan memudahkan perjalanan urusan perniagaan. Hubungan yang baik dengan

pelanggan dan pekerjanya akan dapat menentukan kejayaannya perniagaan.

22/73

Page 23: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

3.4. 9 Sentiasa menjaga Kualiti

Islam menyarankan agar kualiti tindakan dan hasil perlu dijaga dengan baik. Usahawan

bertanggungjawab menjaga kualiti produk kerana ia mempengaruhi kesetiaan pelanggan.

Pelanggan akan berpuas hati dengan produk belian yang mempunyai kualiti yang tinggi.

3.4. 10 Menghindari Dari Aktiviti Yang Ddi haramkan oleh Allah SWT

Usahawan perlu memastikan agar tidak terlibat dalam kegia tan yang diharamkanatau

tidak terlibat dengan urusniaga yang haram. Aktiviti keusahawanan yang halal akan

menyebabkan seseorang usahawan itu berada di dalam rahmat Allah SWT.

3.4. 11 Elakkan Daripada Belenggu Hutang

Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang di dalam berurus niaga. Prinsip ini

agak berlawanan dengan prinsip kapitalis yang menggalakkan berhutang. Islam tidak

menggalakkan aktiviti hutang kerana ia akan menjerat penghutang daripada kebebasan

kewangan. Dalam perspektif Islam, seboleh bolehnya usahawan perlu memulakan

perniagaan berdasarkan modal yang ada kemudian mengembangkan perniagaan hasil

peningkatan modal tersebut.

3.4. 12 Sentiasa Menilai Tindakan dan Berwaspada

Usahawan yang berjaya SWT sentiasa menilai segala aktiviti keusahawanannya agar

sentiasa berada di atas landasan yang betul. Allah SWT menyuruh manusia agar sentiasa

membuat penilaian terhadap semua amalan agar ia sentiasa berjaya. Usahawan berjaya

sentiasa mengawasi perubahan persekitaran sama ada dari segi permintaan, penawaran,

perancangan, persaingan dan lain-lain.

3.4. 13 Bersyukur dengan Kejayaan

Usahawan muslim perlu bersyukur kepada Allah SWT jika memperolehi kejayaan. Jika

kejayaan disyukuri, Allah SWT akan menambahkan lagi kejayaan tersebut. Firman Allah

SWT.

“ Seandaikan kamu di atas nikmatku, nescaya akan tambah lagi, seandaikan kamu

kufur, ingatlah azabku amat pedih”

(Surah Ibrahim: ayat 7 )

23/73

Page 24: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

3.4. 14 Tidak Boros dan Tidak Kikir dengan Kekayaan

Usahawan yang berjaya sentiasa berhati-hati dalam membuat perbelanjaan agar

mempunyai imbangan kewangan yang kewangan yang baik. Segala perbelanjaan mesti

dilaksanakan dengan berhati-hati agar tidak melampaui keperluan.

3.4. 15 Sentiasa Membayar Hutang jika Berhutang

Mengikut perspektif Islam, usahawan bertanggungjawab menjelaskan hutang dengan

tepat dan cepat. Usahawan sepatutnya bersyukur di atas kerelaan pihak yang memberinya

hutang sebagai suatu pertolongan yang patut dibalas balik dan bukannya memberi

masalah.

24/73

Page 25: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 1

TOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan

Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif

Mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi

KANDUNGAN:

Definisi kreativiti dan inovasi

Proses kreativiti

Kepentingan membina idea yang kreatif

Ciri-ciri individu yang kreatif

Teknik menjana idea kreatif dan inovatif

Jenis inovasi

Halangan kepada kreativiti dan inovasi

Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi

25/73

Page 26: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

4.1 Definisi Kreativiti Dan Inovasi

4.1.1 Apa itu kreativiti?.

Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti adalah melibatkan

perkembangan yang tiada tolak bandingnya dan merupakan jawapan kepada sesuatu

masalah yang bakal diperolehi. Ia amat mustahak dalam bertindakbalas kepada masalah

yang kompleks dalam persekitaran perniagaan.

4.1.2 Apa itu inovasi?

Setelah menjalani proses kreatif dan memperolehi penyelesaian terbaik usahawan

kemudiannya melakukan aplikasi inovasi. Inovasi adalah kunci kepada kejayaan

sesebuah perniagaan. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah

menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna

setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati

dengan apa yang ada.

4.2 Proses kreativiti

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa dalam proses kreativiti, iaitu :

i. Pengumpulan pengetahuan

Seorang usahawan perlu bersedia mengumpul informasi dan melakukan penyelidikan yang

berkaitan melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sekerja, menghadiri seminar dan

bengkel. Dengan ini ia akan memberikan pengetahuan dan menambahkan pengalaman untuk

membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan.

ii. Inkubator

Seorang usahawan mungkin tidak terlibat secara langsung dalam sesebuah perniagaan yang

berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Mereka mungkin akan mengabaikan masalah

tersebut dan membiarkan minda bawah sedar melakukan tugas tersebut. Akan tetapi

pembangkitan idea yang kreatif sangat penting tanpa mengira dari mana sumbernya.

iii. Idea

Fasa ini adalah menarik dalam proses kreativiti. Selain itu, fasa ini juga dikenali sebagai

faktor eureka. Seorang individu usahawan boleh memperolehi idea menyelesaikan masalah

secara tidak sengaja contohnya semasa makan, berjalan dan sebagainya.

26/73

Page 27: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

iv. Penilaian dan Pelaksanaan

Dalam fasa terakhir, usahawan menukar idea tersebut kepada realiti. Pada peringkat ini ia

memerlukan keberanian, disiplin diri, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Apabila idea

yang telah muncul dari fasa ketiga, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan

menukarkannya kepada bentuk idea yang terakhir dan jelas.

4.3 Bagaimana Membina Idea Yang Kreatif

Pemikiran kreatif boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan,

sumber dan situasi yang terhad. Usahawan perlu cuba untuk mengeksploitasi peluang ini untuk

menjadi satu rancangan perniagaan.

Untuk menjadi seorang yang kreatif, seorang usahawan perlu mempunyai satu kemahiran berfikir

yang khusus. Pemikiran kreatif ini perlu disulami dengan pemikiran inovatif yang boleh

mengeksploitasi idea-idea menjadi rancangan perniagaan yang konkrit.

Bagaimanakah kita boleh berfikir secara kreatif?. Pemikiran kreatif memerlukan kita melihat alam

sekitar dan situasi daripada perspektif yang songsang dan berbeza daripada pemikiran logik. Ini

akan menjadikan kita berbeza daripada orang lain dengan melihat masalah sebagai peluang

perniagaan. Akan tetapi idea tersebut perlu direalisasikan secara jelas.

4.4 Ciri-ciri individu yang kreatif

Terdapat lapan ciri individu yang kreatif, iaitu:

i. Seorang yang merendah diri dan bangga diri dalam waktu yang sama.

ii. Mempunyai perasaan yang amat kuat terhadap kerja mereka dan dalam masa yang sama

mereka merupakan seorang yang objektif.

iii. Seorang yang berani untuk mencuba idea yang baru.

iv. Seorang yang bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

v. Seorang yang mempunyai kombinasi sikap yang suka bermain dan pada masa yang sama

seorang yang berdisiplin atau bertanggungjawab.

vi. Seorang yang mempunyai kawalan diri yang baik.

vii. Seorang yang mempunyai matlamat, tidak tergesa-gesa dan mampu membuat pertimbangan

rasional dalam sebarang keputusan.

viii. Seorang yang sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

27/73

Page 28: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

4.5 Teknik menjana idea kreatif dan inovatif.

i. Percambahan Fikiran

Kaedah ini sering digunakan di dalam menghasilkan idea. Setiap ahli akan mencadangkan

idea dan kemudiannya dibincangkan bersama. Menurut William (2000), terdapat empat

peraturan dalam menggunakan kaedah ini:

Lagi banyak idea lagi baik

Semua idea perlu diterima walaupun idea tersebut kelihatan

tidak logik.

Gunakan idea daripada kumpulan lain untuk memperolehi

input yang lebih banyak.

Kritikan atau penilaian tidak dibenarkan.

ii. Analogi Paksaan

Teknik ini amat berguna dalam menjana idea. Perhubungan secara paksaan boleh membantu

membina pandangan baru dan jalan alternatif yang lain. Untuk membina sesuatu hubungan ia

memerlukan objek atau kad gambar yang membantu untuk menjana idea. Objek atau kad

dipilih secara rawak dan dilihat apa kaitannya secara paksa.

iii. Pelaksanaan (DO IT)

Dalam teknik ini kita perlu menganalisa masalah dengan memastikan soalan yang betul telah

diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat kritikal yang membolehkan kita

mengenalpasti punca sebenar masalah. Masalah yang besar akan dipecahkan kepada

bahagian-bahagian yang kecil dan diringkaskan.

Selepas itu idea akan dijana sebanyak mungkin. Idea tersebut tidak mengira samada idea baik

atau tidak. Langkah seterusnya kajian dan analisis terperinci dilakukan untuk memilih idea

terbaik. Akhir sekali, jalan penyelesaian akan dipilih melalui idea yang terbaik bagi

melaksanakan strategi perniagaan.

iv. Peta Minda

Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan untuk mengurus

dan membangunkan pendapat secara tidak linear. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk

membangunkan produk baru, menyelesaikan masalah, merancang strategi dan

membangunkan sesuatu proses. Dalam kaedah ini sama seperti brainstorming, semakin

banyak idea semakin baik.

v. Kumpulan Nominal

28/73

Page 29: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Kaedah ini digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian masalah secara

bersemuka. Setiap ahli kumpulan penyelesaian masalah akan menyatakan idea mereka dan

membincangkan untuk memperolehi penjelasan dan penilaian. Setiap ahli akan mengundi

secara senyap untuk memilih idea yang terbaik.

Selain itu teknik lain yang boleh digunakan untuk membina idea kreatif antaranya adalah:

Teknik senarai sifat - menyenaraikan sifat-sifat secara

terperinci dan dipinda serta dirombak mengikut kesesuaian kos, fungsi, perkhidmatan dan

keselamatan.

Teknik Tarikh Luput - menetapkan tempoh tertentu untuk

memberi tekanan kepada individu menerbitkan idea kreatif.

Teknik Asosiasi - melibatkan hubungan mental antara dua

objek ataupun idea.

Teknik Asosiasi mendesak - teknik perkaitan yang

menggabungkan dua objek ataupun lebih yang berbeza sama sekali.

Teknik Dua Kata - menyenaraikan kata frasa alternatif

bagi setiap kata.

Teknik Sensori - menggunakan deria sensitif dengan

menghasilkan kerjasama yang bersifat simbiotik dan kreatif pada persekitaran.

Teknik ke Matahari - memperbaiki produk dan menyelesaikan

masalah yang bersifat umum dengan mengaitkan matahari sebagai punca tenaga.

Teknik Rangsangan Imej - menekankan penggunaan daya

imaginasi dengan menggunakan pelbagai sumber yang bergambar.

Teknik Produk Kontra - menggunakan kata kerja dan antonim

bagi menerbitkan alternatif lain.

Teknik songsang - menterbalikkan idea lama kepada

idea baru dengan menunjukkan sifat berlawanan sama sekali dengan idea lama.

Teknik Senarai Semak - menggunakan kata kunci senarai

semak dan digabungkan dengan soalan-soalan provokatif.

Teknik Batu loncatan - memberikan dasar pertimbangan dan

penilaian kepada idea tanpa membuat sebarang penilaian benar ataupun salah.

4.6 Jenis-jenis inovasi

i. Penciptaan - Mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau

tidak pernah dicuba.

ii. Perluasan - Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia

ada.

29/73

Page 30: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

iii. Duplikasi - Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada

dengan bukan sekadar meniru, akan tetapi menambah dari segi fungsian tambahan kepada

produk, perkhidmatan atau proses sedia ada tersebut.

iv. Perpaduan - Proses untuk menggabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu

produk atau aplikasi yang baru dengan mengambilkira beberapa idea yang sedia ada.

4.7 Halangan kepada inovasi

Halangan-halangan tersebut adalah:

i. Terdapat organisasi yang tidak menggalakkan inovasi atau menolak sebarang perubahan.

ii. Masalah dari segi kekurangan sumber merupakan halangan kepada inovasi.

iii. Terdapat pihak pengurusan yang menghalang atau mengawal kakitangannya daripada menjadi

lebih kreatif.

iv. Takut untuk mencuba.

v. Takut untuk melakukan kesilapan.

vi. Motivasi yang salah atau silap.

vii. Takut kepada kegagalan.

viii. Kurang keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.

4.8 Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi.

i. Mengenalpasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar ia tidak menghalang kepada proses

kreatif dan inovatif.

ii. Menukar persepsi dengan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu peluang dan mempunyai

jalan penyelesaian yang terbaik.

iii. Menukar budaya organisasi dengan menggalakkan kakitangan menjadi lebih kreatif dan

inovatif. Ganjaran akan diberikan kepada kakitangan yang kreatif.

iii. Sanggup menghadapi sebarang kegagalan dan mencari jalan penyelesaian untuk

mendorong kemajuan dalam syarikat.

30/73

Page 31: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2

PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Topik 5 : Peluang Perniagaan

Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan

Topik 7 : Merancang Perniagaan

Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan

31/73

Page 32: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2

TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang berpotensi.

Menilai dan memilih peluang perniagaan.

KANDUNGAN:

Takrif Peluang

Proses Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Menilai dan Memilih Peluang

32/73

Page 33: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

5.1 TAKRIF PELUANG

Persekitaran menjanjikan peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dijangkakan. Seorang

usahawan melihat setiap aspek sebagai peluang dan berpotensi untuk memberikan pulangan

pelaburan yang besar.

Pemerhatian terhadap pasaran dan kajian terhadap peluang yang ada boleh memberikan gambaran

yang jelas berhubung peluang perniagaan yang boleh wujud. Secara amnya peluang perniagaan ini

ada hubungkait dengan proses inovasi yang telah dibincangkan. Idea-idea baru boleh dijana

melalui proses inovasi berkenaan sama ada dengan mewujudkan perniagaan baru atau

membangunkan produk atau perkhidmatan baru (Barjoyai Bardai, 2000). Sebagai seorang

usahawan adalah perlu untuk merebut setiap peluang perniagaan dan berani untuk mencuba di

dalam pasaran.

5.2 SITUASI MENYUMBANG PELUANG PERNIAGAAN

Terdapat dua situasi yang boleh berkait dengan penyumbang atau penyebab yang boleh

mewujudkan peluang. Situasi berkenaan adalah:

i. Pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baru yang dapat menyelesaikan

masalah atau memuaskan kehendak mereka.

ii. Apabila barangan atau perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah

atau belum dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Maka daripada situasi berkenaan, ia akan menyumbang kepada penjanaan idea baru dari kalangan

usahawan untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Peluang berkenaan dapat

dimanipulasikan dengan mengenalpasti kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan

peluang dan mengurangkan ancaman.

5.3 PROSES MENGENALPASTI, MENILAI DAN MEMILIH PELUANG

Sebagai seorang usahawan, kemahiran mengenalpasti peluang adalah penting. Secara amnya

terdapat tiga langkah untuk mengenalpasti dan memilih peluang serta mengurangkan ancaman.

Langkah tersebut adalah:

i. Membuat analisis persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan

pengguna.

ii. Membuat penilaian diri iaitu dari segi kebolehan dan kemampuan, penilaian terhadap

masyarakat sekitar, dan membuat analisis idea perniagaan.

iii. Membuat pilihan peluang perniagaan dan memulakan rangka rancangan perniagaan.

33/73

Page 34: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Dalam langkah awal berkenaan, faktor-faktor persekitaran dan pasaran yang boleh

dipertimbangkan adalah:

a. Faktor perubahan demografik – dari segi umur, jantina, pendapatan, pendidikan, bilangan ahli keluarga, dan sebagainya.

b. Faktor perubahan psikografik – berkaitan dengan keperluan psikologi manusia seperti citarasa, status dan ego.

c. Data import dan eksport – membantu dalam mengetahui kedudukan permintaan dan penawaran produk dan perkhidmatan berkaitan dalam pasaran dan meninjau peluang yang ada.

d. Kesediaan sumber-sumber tempatan dan teknologi -e. Hubungan rantaian industri – hubungan antara industrif. Projek-projek kerajaan dan swastag. Undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan – penyumbang yang besar dalam

perniagaan dan pelaburan. h. Masalah dan tanggungjawab sosial – peluang pekerjaan dan pembenterasan gejala.i. Teknologi maklumat dan komunikasi j. Isu globalisasi – isu yang memerlukan usahawan lebih proaktif dan ada kebolehan

bersaing yang kuat.k. e-Dagang – isu yang penting dan lebih praktikal.

Setelah mendapat gambaran persekitaran dan pasaran yang sedia ada, maka langkah ini diteruskan

dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan sama ada untuk menyelesaikan masalah

atau memenuhi kehendak pelanggan. Kedua-dua peringkat ini penting untuk menjana idea

perniagaan secara kasar sehingga menjadi sebuah idea perniagaan sebenar yang konkrit dan boleh

diaplikasikan.

Dalam proses memilih idea kasar perniagaan untuk diaplikasikan menjadi sebuah idea perniagaan

sebenar, usahawan perlu memahami dan dapat menilai kesesuaian perniagaan dengan diri.

Penilaian ini boleh dilihat dari aspek pengalaman perniagaan yang ada, pengetahuan mengurus

dan kemahiran perniagaan, keadaan kewangan, minat terhadap perniagaan berkenaan, dan jaringan

perhubungan dengan pihak berkepentingan. Dari segi masyarakat, idea perniagaan berkenaan

perlulah dapat memenuhi norma-norma dan nilai masyarakat.

Penilaian terhadap kesesuaian perniagaan dan persekitaran perlu diadakan bagi mengukur tahap

persaingan dalam pasaran/industri, peraturan dan perundangan yang mengawal dan mengikat

perniagaan, dan keperluan modal serta risiko. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan

boleh menyumbang kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan tidak perlu

takut kepada risiko tetapi perlu berhadapan dengan risiko dan cuba untuk mengurangkan risiko

kegagalan.

34/73

Page 35: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Proses Mengenalpasti, Mengkaji, dan Memilih Peluang Perniagaan

Menganalisis PersekitaranMengenalpasti Keperluan dan Kehendak

Pelanggan

Faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan

- Perubahan faktor demografik

- Perubahan faktor psikografik

- Data import dan eksport

- Sumber tempatan dan teknologi

- Rantaian industri

- Projek pembangunan kerajaan dan swasta

- Undang-undang dan peraturan baru kerajaan

- Masalah sosial

- Teknologi maklumat dan komunikasi

- Globalisasi

- e-Dagang

Contoh keperluan dan kehendak

- Pakaian

- Makanan

- Pendidikan

- Kesihatan

- Pengangkutan

- Keselamatan

- Rekreasi

- Hiburan

- Tempat Tinggal

- Teknologi

Menilai Kesesuaian Perniagaan

dengan Diri

Menilai Kesesuaian Perniagaan

dengan Masyarakat

Menilai Kesesuaian Diri

dengan Persekitaran

- Pengalaman

- Pengetahuan

- Kemahiran

- Kewangan

- Minat

- Jaringan Perhubungan

- Nilai-nilai

- Norma

- Budaya

- Perundangan

- Tahap persaingan

- Keperluan modal

- Risiko

35/73

Idea Perniagaan secara kasar

Idea Perniagaan yang konkrit

Pemilihan Peluang Perniagaan

Penyediaan Rancangan Perniagaan

Page 36: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Senarai Semak Mengenalpasti, Mengkaji dan Memilih Peluang Perniagaan

A. Persekitaran Perniagaan:

1. Adakah anda sudah mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan?

a. Ya b. Tidak

2. Adakah keperluan dan kehendak pelanggan yang telah anda kenal pasti berkaitan dengan bidang-

bidang berikut:

a. Makanan

b. Pakaian

c. Pendidikan

d. Kesihatan

e. Pengangkutan

f. Keselamatan

g. Rekreasi

h. Masalah sosial semasa

i. Pembinaan

j. Lain-lain; Nyatakan ________________________________

3. Adakah anda telah membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor persekitaran berkaitan:

Struktur Penduduk a. Ya b. Tidak

Data import dan eksport a. Ya b. Tidak

Sumber tempatan dan teknologi a. Ya b. Tidak

Rantaian industri a. Ya b. Tidak

Pembangunan projek kerajaan dan swasta a. Ya b. Tidak

Undang-undang dan peraturan tempatan a. Ya b. Tidak

4. Jelaskan hasil penilaian anda: _________________________________________

36/73

Page 37: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

B. Diri Usahawan

5. Adakah pengalaman yang ada pada diri anda berkaitan dengan perniagaan yang akan diceburi?

a. Ya b. Tidak

6. Adakah pengetahuan dan kemahiran yang anda miliki dapat membantu anda dalam perniagaan?

a. Ya b. Tidak

7. Adakah anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi (tunai atau aset) bagi membiayai

perniagaan anda?

a. Ya b. Tidak

8. Adakah anda berminat dengan perniagaan yang diceburi?

a. Ya b. Tidak

9. Adakah anda bersedia untuk membuat jaringan perniagaan dengan orang lain?

a. Ya b. Tidak

C. Nilai Masyarakat

10. Adakah perniagaan yang bakal diusahakan selaras dengan nilai-nilai dan norma masyarakat

tempatan?

a. Ya b. Tidak

D. Analisis Data

11. Adakah perniagaan anda mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan peraturan dan

perundangan kerajaan tempatan?

a. Ya b. Tidak

37/73

Page 38: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

12. Adakah perniagaan yang bakal diceburi atau diusahakan telah dimonopoli oleh pihak pesaing?

a. Ya b. Tidak

13. Adakah tahap persaingan terlalu tinggi?

a. Ya b. Tidak

14. Adakah anda telah mengenalpasti sumber-sumber pembiayaan projek atau perniagaan anda?

a. Ya b. Tidak

15. Sumber-sumber perniagaan yang akan anda gunakan adalah daripada sumber:

a. Dalaman b. Luaran

16. Adakah anda telah mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan anda?

a. Ya b. Tidak

17. Adakah anda telah mempunyai rancangan perniagaan?

a. Ya b. Tidak

38/73

Page 39: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

LATIHAN :

Arahan: Bincangkan dan fikirkan empat idea perniagaan anda.

Sila berikan markah (1-5) kepada setiap idea perniagaan dengan mengambilkira

faktor-faktor yang diberikan.

Idea A:________________________________________

Idea B:________________________________________

Idea C:________________________________________

Idea D:________________________________________

Faktor Idea A Idea B Idea C Idea D

Diri:

a. Pengalaman

b. Pengetahuan

c. Kemahiran

d. Minat

e. Bakat

f. Kepercayaan kepada diri

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

Masyarakat:

a. Budaya

b. Nilai-nilai

c. Kebajikan

d. Tanggungjawab sosial

e. Hak asasi masyarakat

f. Jaringan Hubungan

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

Persekitaran:

a. Polisi dan Perundangan

b. Persaingan

c. Ancaman

d. Risiko

e. Keperluan Modal

f. Ganjaran

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

a. _________

b. _________

c. _________

d. _________

e. _________

f. _________

JUMLAH /90 /90 /90 /90

39/73

Page 40: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2

TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

Mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan

Mengetahui teknik perundingan yang berkesan

Mengetahui kaedah komunikasi yang berkesan

KANDUNGAN:

Kemahiran mengenalpasti sumber

Kemahiran perundingan

Kemahiran komunikasi

40/73

Page 41: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

6.1 KEMAHIRAN MENGENALPASTI SUMBER

Mengenalpasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau

bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka. Di antara perkara penting yang

perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan memulakan perniagaan ini adalah modal perniagaan,

produk atau servis , lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti keperluan sumber berkaitan

adalah dengan menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara sebagai semakan. Kaedah penyenaraian

soalan yang boleh digunakan termasuklah teknik pertanyaan ‘5W1H’ (‘What, Which, Where, When,

Who, How’). Contoh teknik ini akan ditunjukkan dalam huraian setiap sumber berkaitan.

6.1.1 Modal perniagaan

Modal perniagaan adalah sumber yang dapat dimanfaatkan dalam persediaan memulakan

aktiviti perniagaan. Ini termasuklah dalam bentuk kewangan, tenaga kerja, bahan mentah

dan peralatan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

Berapa jumlah wang yang dapat diperuntukkan untuk memulakan aktiviti

perniagaan?

Apa modal lain yang sedia ada untuk membantu memulakan operasi perniagaan?

Siapa dapat membantu melengkapkan modal awal operasi perniagaan?

6.1.2 Produk atau servis

Produk atau servis adalah bahan yang ingin diniagakan di pasaran. Penetapan bahan

niaga perlu diperincikan mengikut kategori atau jenis beserta senarai harga yang akan

dicadangkan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

Di mana bekalan produk atau servis akan diperolehi?

Berapa banyak stok yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?

Apa kelainan bahan niaga yang dijangka mendapat sambutan bakal pelanggan?

Siapa kumpulan sasar yang akan membuat keputusan belian produk atau servis?

6.1.3 Lokasi perniagaan

Lokasi perniagaan bermaksud tempat untuk menjalankan operasi perniagaan. Sebelum

memulakan perniagaan seharusnya telah ada tempat atau kawasan pilihan tertentu.

41/73

Page 42: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Pertimbangan dalam memilih lokasi yang sesuai perlu mengambilkira faktor seperti

kuasa beli setempat, kumpulan sasaran, keselesaan pelanggan dan kemudahan asas untuk

menjalankan operasi perniagaan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

Apakah lesen atau permit perniagaan tambahan diperlukan di lokasi tersebut? Agensi

mana yang mengeluarkan?

Apakah alternatif yang ada berkaitan urusan mendapatkan lokasi berkaitan? Sewa?

Beli? Urusan perjanjian?

Berapa kos yang terlibat untuk memulakan operasi perniagaan di lokasi tersebut?

6.1.4 Kelengkapan perniagaan

Kelengkapan perniagaan merujuk kepada peralatan sokongan untuk melancarkan operasi

perniagaan. Ini termasuklah peralatan susun atur di lokasi, peralatan asas keselesaan

tempat operasi, peralatan yang melancarkan urusan perniagaan dan dokumen asas

memulakan perniagaan. Semua perkara ini perlu disenaraikan bagi memudahkan proses

pembuatan keputusan sebelum mula berniaga.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

Apakah kelengkapan perniagaan yang mesti ada untuk perniagaan mula beroperasi?

Berapa banyak kelengkapan yang belum ada?

Di mana untuk mendapatkan kelengkapan tersebut?

Berapa kos terlibat?

Bagaimana menyusun dan menguruskan peralatan?

Secara ringkasnya, sebelum memulakan operasi perniagaan langkah-langkah awal perlu

dilaksanakan dalam mengenalpasti sumber supaya perniagaan yang bakal dilaksanakan dapat

berjalan dengan teratur pada masa yang ditetapkan.

6.2 KEMAHIRAN PERUNDINGAN

Perundingan adalah merupakan satu daripada aktiviti kehidupan. Situasi perundingan boleh timbul

dalam pelbagai aspek contohnya suami-isteri membincangkan pilihan restoran untuk makan malam,

pengurusan dan pegawai-pegawai kesatuan membincangkan tuntutan dan usahawan menawarkan

barangannya kepada pengedar. Di dalam alam perniagaan situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah

semudah transaksi harian biasa. Pembelian dan penjualan masa kini adalah rumit. Ianya memerlukan

42/73

Page 43: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi

untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.

6.2. 1 Konsep Asas Perundingan

Keperluan-keperluan asas perundingan ialah:-

Ia melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak

Ada agenda

Ada matlamat

Ada jangka masa

Persekitaran yang kondusif

Wakil mesti ada kuasa membuat keputusan bagi pihak yang diwakilinya

Konsep asas perundingan dalam perniagaan melibatkan aktiviti penjualan dan komunikasi. Ia

melibatkan anda, syarikat/perniagaan anda dan produk anda.

Ia melibatkan jangkamasa membuat keputusan atau mencapai sesuatu persetujuan.

Perundingan mungkin merupakan:

Perundingan dalaman seperti antara pihak pengurusan dengan kakitangan

Perundingan luaran seperti dengan pihak bank, pembekal, pelabur dan pelanggan

6.2. 2 Persediaan perundingan

a) Beri perhatian kepada komunikasi bukan lisan seperti:

Pakaian, rupa dan gaya

Cara berjalan

Gerak geri tangan (gestures)

Gerak geri badan, cara duduk, berdiri (posture)

Eye contact

Bau badan (body odour)

43/73

Page 44: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

b) Cuba wujudkan tanggapan awal yang positif tentang diri anda. Wujudkan suasana

kerjasama dan elakkan suasana mengancam.

c) Dapatkan maklumat-maklumat penting pihak sebelah. Contohnya

Perkembangan tahunan

Trend jualan

Kos upah

Kos ansuran

Berhati-hati dengan maklumat yang diberi atau yang dilihat. Misalnya untuk

mengesahkan data jualan, dapatkan bil-bil pembekal dan inventori.

6.2. 3 Proses perundingan

a) Kunci kejayaan perundingan ialah mencapai matlamat pihak-pihak yang berkepentingan.

b) Bersedia untuk bertolak ansur. Perundingan biasanya melibatkan kompromi.

c) Bertenang dan jangan cepat marah.

d) Jual. Perundingan yang Berjaya adalah hasil penjualan diri anda dan objektif-objektif

anda kepada orang lain.

e) Bentangkan sendiri perkara yang hendak dikemukakan. Kebanyakan situasi memerlukan

penyampaian maklumat sama ada bertulis atau secara lisan. Anda perlu memastikan

mesej anda difahami dan cuba mendapat seberapa banyak maklumat daripada reaksi

pihak sebelah.

f) Ambil masa untuk memikirkannya. Jika ada keraguan mengenai sesuatu cadangan,

tangguhkan keputusan anda. Jangan menyerah kepada tekanan untuk mendapat keputusan

segera.

g) Ingatkan nama-nama ahli-ahli perundingan sebelum atau pada mula pertemuan.

h) Jangan kompromi objektif-objektif anda. Bersedia untuk tidak meneruskan rundingan

jika anda tidak setuju sepenuhnya dengan permintaan atau cadangan pihak sebelah.

i) Gunakan kekuatan anda dengan bijak. Perunding perlu mengenalpasti kekuatan-

kekuatannya dan menggunakannya pada masa-masa yang diperlukan.

44/73

Page 45: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

j) Kepercayaan diri sendiri. Jalankan perundingan dengan penuh keyakinan.

k) Bersikap adil.

l) Akhiri perundingan dengan positif. Tidak kira apa keputusannya, setiap perundingan ada

faedahnya kepada semua yang terlibat.

m) Akhiri dengan ucapan penghargaan.

6.2. 4 Strategi perundingan

a) Sediakan agenda perundingan yang menyeluruh. Dengan adanya agenda dan objektif

yang jelas, anda dapat menimbangkan kesan tiap-tiap perubahan apabila ada kompromi.

b) Beri konsesi awal. Cuba memuaskan sebelah pihak dalam bidang yang penting bagi anda.

c) Bagi isu-isu penting, dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat penilaian situasi dan

orang-orang yang terlibat. Mungkin anda terpaksa tukar strategi ataupun objektif.

d) Apabila perundingan mengambil masa beberapa hari, jangan hairan jika bidang-bidang

yang sudah dipersetujui, dicincangkan semula. Masa-masa antara perundingan memberi

peluang untuk mengubah fikiran.

6.2. 5 Taktik perundingan

a) Kesopanan akan menambah keberkesanan anda.

b) Berunding dengan yang berkuasa.

c) Tentukan anda yang mengemukakan isu-isu penting (pada masa yang sesuai).

d) Jika perjumpaan tambahan diperlukan, tentukan masa dan tempat untuk sesi selanjutnya.

e) Jika berselisih pendapat, elakkan sikap negatif.

f) Berhenti berunding dan berbincang sesame sendiri bila-bila sesuai. Ini membolehkan

anda merujuk kepada rakan-rakan jika perlu. Taktik ini juga digunakan untuk meredakan

keadaan yang tegang.

g) Tangguhkan perkara-perkara yang sensitive.

45/73

Page 46: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

h) Berdiam sahaja adalah cara yang paling baik jika dikemukakan dengan tawaran yang

tidak boleh diterima.

i) Terima konsesi-konsesi kecil jika diberi. Disamping itu teruskan dengan permintaan-

permintaan yang utama.

j) Cuba gunakan taktik positif/negatif. Taktik ini memerlukan pasukan dua (atau lebih)

orang perunding. Seorang bersikap negatif, memberi peluang ahli positif merapatkan diri

dengan pihak sebelah.

6.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

6.3. 1 Pengenalan kepada Komunikasi

Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang

melibatkan dua atau lebih pihak, iaitu penghantar dan penerima. Komunikasi boleh secara

dalaman atau luaran di mana komunikasi dalaman melibatkan hanya pekerja dalam sebuah

organisasi sahaja manakala komunikasi luaran melibatkan dua atau lebih organisasi. Proses

komunikasi secara umumnya ditunjukkan seperti berikut;

Penyampai Mesej/idea Pembentukan Penghantaran

rintangan Penerimaan Pentafsiran Pemahaman

Maklumbalas

6.3. 2 Bentuk Komunikasi

Ada 2 bentuk komunikasi, iaitu:

i. Komunikasi Lisan - contoh media yang digunakan ialah mesyuarat,

telefon, intercom, perbincangan bersemuka, seminar dan konferen.

ii. Komunikasi Bertulis - contoh media yang digunakan ialah memo, laporan,

mel elektronik, notis, pekeliling, minit, bulletin, akhbar dalaman, surat rasmi, fak, iklan,

brosur, jemputan, telegram dan telex.

6.3. 3 Kriteria Pemilihan Media Komunikasi

Pemilihan media komunikasi adalah penting dalam memastikan kekesanan mesej yang

disampaikan. Media yang dipilih bergantung kepada:

46/73

Page 47: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

i. Tujuan - Apakah tujuan komunikasi? Adakah ia bertujuan member

arahan, menyampai maklumat atau membuat tawaran?

ii. Penerima - Siapakah penerima mesej? Adakah mesej yang perlu dibaca

oleh seorang penerima atau lebih dan apakah kedudukan dan jawatan penerima?

iii. Masa/waktu - Adakah mesej perlu dihantar dengan segera atau tidak?

Adakah perbezaan zon masa di antara penghantar dan penerima?

iv. Jarak - Adakah penghantaran mesej melibatkan kawasan, negeri atau

negara yang sama atau berlainan.

v. Kos - Apakah kos yang terlibat? Sekiranya tinggi, adakah

penghantar dapat menjustifikasikan media yang dipilih dari segi kos dan faedah?

vi. Kerahsiaan - Adakah media yang dipilih dapat menjamin kerahsiaan mesej

yang dihantar?

vii. Keselamatan - Adakah memerlukan servis tertentu untuk menjamin

keselamatan penghantaran seperti surat berdaftar, kurier atau penghantaran secara

peribadi?

viii. Sumber - Adakah sumber seperti peralatan atau pekerja akan menjejaskan

komunikasi?

6.3.4 Halangan Dalam Komunikasi

Terdapat banyak halangan dalam proses komunikasi. Halangan tersebut mungkin menyebabkan

mesej yang diterima tidak menepati kehendak penghantar. Di antara beberapa halangan penting

dalam proses komunikasi ialah:

i. Bahasa Perantaraan - Bahasa dan perkataan yang digunakan hendaklah

sesuai dengan latarbelakang pengetahuan dan pengalaman penerima. Penghantar mesti

juga peka kepada makna perkataan yang digunakan samada dalam bahasa asing atau dari

segi teknikal atau kepakaran tertentu.

ii. Keperihatinan Mendengar - Kurang keperihatinan mendengar boleh menjadi

halangan dalam proses komunikasi. Kemahiran mendengar boleh dipelajari dan

dipertingkatkan. Beberapa cara boleh dipraktikkan untuk meningkatkan kemahiran

mendengar, antaranya ialah:

Bersedia untuk mendengar dan menumpukan perhatian kepada perkara yang

dibincangkan.

Melihat orang yang bercakap.

Kenalpasti perkara utama yang dibincangkan dan nota diambil jika perlu.

Mendengar dengan fikiran terbuka. Dengarlah apa yang anda dengar dan bukan

apa yang anda hendak dengar.

47/73

Page 48: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Elak membuat keputusan sebelum mendengar apa yang disebut disebabkan oleh

pakaian, jawatan atau kedudukan orang yang bercakap.

Elak gangguan seperti menjawab telefon.

Member maklumbalas.

iii. Tindakan Emosi - Perasaan emosi mengenai sesuatu topik boleh menyebabkan

tindakan emosi. Adalah lebih baik menangguhkan proses komunikasi sekiranya

penghantar pasti mesej tersebut akan mencetus perkara-perkara yang tak diigini.

iv. Media Komunikasi - Media komunikasi yang dipilih hendaklah sesuai

dengan tujuan dan penerima mesej.

v. Hubungan antara penghantar dan penerima - Proses komunikasi akan terjejas

sekiranya penghantar dan penerima tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu

sama lain. Ini besar kemungkinan akan manggagalkan proses komunikasi.

vi. Penilaian Awal - Penilaian awal oleh penerima mengenai sesuatu perkara boleh

menjejaskan proses komunikasi. Kebiasaanya apa yang difahami bergantung kepada

pengetahuan dan pengalaman sendiri. Penerima perlu mendengar atau membaca apa yang

disampaikan dan bukan apa yang hendak didengar atau dibaca.

vii. Kesesuaian masa - Masa yang dipilih untuk berkomunikasi akan mempengaruhi

kekesanan mesej. Sebaik-baiknya penghantar hendaklah mengelak masa yang kurang

sesuai seperti masa di mana penerima dalam keadaan terburu-buru atau marah.

6.3.5 Prinsip Komunikasi Berkesan

i. Memikir dengan baik tentang perkara berikut:

Objektif untuk berkomunikasi – sama ada untuk member maklumat, memohon,

memberitahu, mendesak atau mempengaruhi.

Siapa penerima maklumat – sama ada rakan sejawat, ketua, pekerja, pihak

pembekal atau pelanggan.

Keadaan/situasi ketika komunikasi berlaku – sama ada bahaya, serius, beremosi

atau memerlukan tindakan segera.

Reaksi penerima – sama ada gembira, marah atau bersahaja.

ii. Mendengar dengan baik

Sentiasa ingat bahawa komunikasi ialah proses dua hala dan penghantar perlu memahami

mesej yang dihantar dari perspektif penerima.

iii. Memilih media yang sesuai

Media yang dipilih mestilah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Pemilihan

media yang betul membolehkan komunikasi mencapai matlamatnya.

48/73

Page 49: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

iv. Memilih masa yang sesuai

Pemilihan masa yang sesuai adalah penting dalam menentukan kekesanan komunikasi.

Memilih masa yang sesuai mengambilkira pertimbangan tentang waktu dan jangkamasa

yang terlibat dalam proses komunikasi.

v. Memilih bahasa yang sesuai

Bahasa yang sesuai hendaklah digunakan. Penghantar mesej perlu member penekanan

kepada perkara dan perkataan yang digunakan supaya ia mudah difahami oleh penerima

mesej.

vi. Maklumbalas

Mendapat maklum balas untuk memastikan komunikasi adalah berkesan.

6.3.6 Kaedah Komunikasi Lisan

Umumnya, usahawan IKS lebih banyak berkomunikasi secara lisan dari bertulis dalam

menjalankan urusan seharian. Di antara kaedah komunikasi secara lisan yang sering digunakan

oleh usahawan dibincangkan di bawah.

a) Perbincangan bersemuka

Diantara bentuk perbincangan bersemuka ialah mesyuarat rasmi, perbincangan tidak rasmi

dengan pekerja atau pelanggan, temubual konferen dan seminar. Untuk memastikan

komunikasi berkesan semasa perbincnagan bersemuka, perkara berikut perlu diberi perhatian:

Rancang apa yang hendak dicakap/dibincangkan. Kumpulkan maklumat, data atau

dokumen berkaitan topik tersebut.

Fikirkan tentang kedudukan, jawatan, pengetahuan dan pengalaman orang yang akan

berbincang dengan anda.

Sesuaikan gaya bercakap supaya mengikut keadaan sekeliling atau topic perbualan.

Sentiasa berfikiran terbuka.

Pilih tempat yang sesuai dan elak dari menjawab telefon atau apa-apa gangguan.

Berpakaian sesuai dengan keadaan.

b) Komunikasi Melalui Telefon

Dalam sesebuah organisasi, orang yang menjawab telefon merupakan wakil organisasi

tersebut. Pihak pengurusan berusaha untuk memberi gambaran yang baik tentang organisasi

mereka. Salah satu cara matlamat ini tercapai ialah dengan melatih pekerja supaya menjawab

49/73

Page 50: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

telefon secara ramah, efisyen, cekap dan berpengetahuan. Berikut adalah beberapa tips

menjawab telefon secara berkesan:

Jawab dengan segera. Jangan biarkan telefon berdering lebih 3 kali.

Mula menjawab dengan ucapan dan nama syarikat.

Pastikan pen dan kertas untuk mengambil pesanan sentiasa ada

Bercakap dengan jelas.

Memberi maklumat yang sesuai apabila menjawab pertanyaan.

Mengambil pesanan dengan betul dan menyemak dengan mengulangi pesanan

tersebut.

Sentiasa berbudi bahasa.

Akhiri dengan ucapan terima kasih.

Perkara-perkara yang patut dielakkan semasa menjawab telefon ialah:

Hanya menjawab dengan “hello” tanpa diikuti dengan ucapan dan nama syarikat.

Menjawab dengan perasaan marah.

Tidak berbudi bahasa.

Manjawab dalam keadaan tergesa-gesa.

Contoh format mesej yang baik:

50/73

MESEJKepada:Tarikh: Masa:Pesanan:

Daripada:No.Telefon:Pengambil pesanan:

Page 51: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

c) Temubual/temuduga

Temubual/temuduga telah menjadi semakin penting dalam memastikan perniagaan mendapat

pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan. Untuk memastikan kaedah temuduga berjalan

dengan baik, penemuduga dan individu yang menghadiri temuduga perlu memberi perhatian

kepada beberapa perkara.

Penemuduga:

Menyediakan huraian jawatan dan spesifikasi pekerjaan.

Menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu temuduga.

Menyediakan borang penilaian.

Memberi masa untuk menjawab.

Galakkan cetusan idea dan soalan.

Jangan tunjuk bahawa anda dalam keadaan tergopoh-gapah.

Menanya soalan yang bukan bentuk emosi.

Pemohon:

Menyemak tarikh, masa, tempat temuduga, nama dan jawatan penemuduga.

Memastikan tempoh waktu ke tempat temuduga dan cara akan ke sana.

Rancang untuk tiba lebih awal untuk member anda masa relek dan bertenang.

Mencari maklumat syarikat dan jawatan yang dipohon.

Berpakaian sesuai untuk temuduga tersebut.

d) Mesyuarat

Mesyuarat juga adalah satu kaedah komunikasi secara lisan. Untuk memastikan komunikasi

yang berkesan sewaktu bermesyuarat, tumpuan perlu diberikan kepada beberapa faktor:

Menetapkan objektif mesyuarat.

Memilih masa dan tempat yang sesuai.

51/73

Page 52: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Menyediakan peralatan dan lain-lain keperluan.

Menyediakan agenda.

Memilih dan menjemput ahli mesyuarat.

6.3.7 Kaedah Komunikasi Bertulis

Salah satu kaedah penting berkomunikasi dengan pihak luar ialah secara bertulis. Ia

melambangkan imej syarikat apabila berurusan dengan pihak luar. Antara bentuk komunikasi

bertulis yang biasa digunakan oleh organisasi ialah:

a) Surat rasmi

Surat rasmi adalah surat yang ditulis oleh sebuah organisasi kepada organisasi yang lain

atau organisasi kepada individu. Ia berfungsi sebagai duta kepada organisasi berkenaan.

Di antara jenis surat rasmi adalah surat tawaran perkhidmatan, surat pertanyaan dan

jawapan, surat tawaran, surat penghargaan dan terima kasih.

Dalam menyediakan surat rasmi, beberapa perkara harus diberi perhatian. Antaranya

ialah:

Memastikan tujuan utama surat.

Memastikan surat menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dibaca.

Memastikan surat disediakan dengan baik, tanpa kesilapan menaip atau bahasa.

Memastikan format surat mengikut kelaziman.

Memastikan kualiti kertas yang digunakan adalah sesuai.

Lazimnya format surat rasmi mengandungi maklumat berikut:

Kepala surat – nama, alamat, nombor telefon/fak/e-mel organisasi

Rujukan - kebiasaanya nombor fail

Tarikh

Nama dan alamat penerima

Solutatasi seperti Yang Berbahagia Dato’/Tuan/Puan

Perkara - kebiasaanya dalam huruf besar

52/73

Page 53: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Isi surat - dalam bentuk para

Penutup seperti Yang benar. Sediakan ruang untuk tandatangan.

Nama penghantar

Jawatan dan bahagian

Lampiran - sekiranya ada

b) Iklan

Iklan yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara tujuan utama iklan ialah untuk

menyebar maklumat tentang syarikat, produk atau servis, jawatan kosong dan

sebagainya. Media bercetak biasa digunakan untuk tujuan iklan contohnya akhbar dan

majalah.

c) Brosur/Risalah

Brosur dan risalah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan dengan tujuan menyebar

maklumat tentang syarikat, produk, servis dan lain-lain promosi.

d) Jemputan

Jemputan selalu dihantar dan diterima dalam perniagaan untuk majlis-majlis tertentu.

Kebiasaannya, jemputan dicetak menggunakan kad atau kertas khas.

e) Fak

Fak sering digunakan oleh organisasi dalam penghantaran maklumat kepada organisasi

lain. Kelebihan fak ialah penghantaran mengambil masa yang cepat serta juga

membolehkan gambar, rajah, lukisan dihantar kepada penerima.

f) Mel Elektronik (e-mel)

Pada masa kini, penggunaan e-mel semakin popular dikalangan organisasi. Ini adalah

kerana penggunaan e-mel adalah murah, lebih cepat, interaktif dan membolehkan

gambar, rajah, lukisan dan bunyi dihantar kepada penerima. Penggunaan e-mel

mempunyai potensi berkembang di peringkat nasional dan global.

g) Laporan kepada akhbar (press release)

53/73

Page 54: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Kaedah ini sering digunakan oleh organisasi untuk mendapat publisiti tentang aktiviti

yang dijalankan. Organisasi akan memberi laporan bertulis kepada pihak media dengan

harapan maklumat itu akan dicetak oleh pihak media. Ini adalah cara yang baik untuk

mendapat publisiti percuma.

h) Telegram

Telegram masih digunakan oleh organisasi perniagaan untuk menghantar mesej ke

beberapa tempat. Ianya digunakan untuk mesej yang pendek dan memerlukan tindakan

atau pemberitahuan segera.

i) Telex

Telex juga masih digunakan untuk menghantar mesej ke beberapa tempat. Mesej yang

dihantar akan dicetak oleh mesin cetak penerima.

54/73

Page 55: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2

TOPIK 7 : MERANCANG PERNIAGAAN

OBJEKTIF :

Di akhir bab ini, mahasiswa akan:

Memahami maksud dan tujuan Rancangan Perniagaan

Memahami kepentingan Rancangan Perniagaan

Mendapat panduan dalam menyediakan Rancangan Perniagaan

KANDUNGAN:

- Kepentingan rancangan perniagaan

- Format rancangan perniagaan

- Senarai semak rancangan perniagaan

55/73

Page 56: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

7.1 DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan Perniagaan ialah suatu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang

perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan pada umumnya

merangkumi analisis, ramalan dan jangkaan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan.

7.1.1. KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Penyediaan Rancangan Perniagaan penting kerana ia:

Memberi peluang untuk seseorang melihat dan menilai idea atau projek perniagaan

dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal

Memberi gambaran tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang

Membantu seseorang membuat anggaran berkaitan keperluan sumber perniagaan dan

seterusnya membuat pengagihan dengan lebih berkesan

Menyedarkan seseorang tentang kemungkinan permasalahan yang akan timbul

dalam melaksanakan projek perniagaan

7.1.2 FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

i. Tajuk muka surat hadapan

Helaian tersebut merupakan helaian pertama dalam sesebuah Rancangan

Perniagaan. Antara perkara yang terdapat di muka surat hadapan Rancangan

Perniagaan ialah

a. Tajuk Rancangan Perniagaan

b. Nama dan alamat perniagaan

c. Nama penulis

d. Tarikh disediakan

ii. Muka surat isi kandungan

Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka

surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

iii. Ringkasan Eksekutif

Ringkasan eksekutif ialah bahagian utama rancangan perniagaan. Ia secara

ringkas menerangkan elemen-elemen utama perniagaan yang dicadangkan.

Panjang ringkasan eksekutif meliputi satu atau dua muka surat dan mesti

dianggap sebagai dokumen penting yang berasingan.

iv. Badan utama Rancangan Perniagaan

56/73

Page 57: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

- Pengenalan

- Tujuan

- Latarbelakang Perniagaan

- Latarbelakang Pemilikan

- Pemasaran (kaedah dan strategi)

- Kewangan (modal dan kos)

- Rumusan dan Justifikasi

v. Lampiran

7.2. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

BAHAGIAN PENGENALAN

1. Apakah nama perniagaan atau syarikat?

2. Kepada siapakah rancangan perniagaan ini ingin dimajukan?

3. Siapakah pemilik atau rakan kongsi perniagaan?

4. Nama, alamat dan nombor telefon pihak utama untuk dihubungi?

BAHAGIAN TUJUAN

1. Apakah matlamat rancangan perniagaan ini disediakan?

2. Adakah rancangan perniagaan disediakan untuk memohon pembiayaan?

3. Siapakah yang memohon pembiayaan?

4. Berapakah jumlah kos perlaksanaan projek? Berapakah jumlah pembiayaan yang

diperlukan?

5. Bagaimankah pembiayaan ini akan digunakan?

6. Bagaimanakah pembiayaan ini dapat memberi kebaikan kepada perniagaan atau syarikat?

7. Bagaimanakah pembiayaan ini akan dibayar balik?

8. Apakah sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk memastikan projek ini berjaya?

57/73

Page 58: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

BAHAGIAN LATARBELAKANG PERNIAGAAN

MAKLUMAT UMUM

1. Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan perdagangan, pembuatan atau

perkhidmatan?

2. Adakah perniagaan yang akan dilaksanakan perniagaan baru atau perniagaan yang ingin

dikembangkan?

3. Apakah bentuk perniagaan yang dipilih untuk menjalankan projek?

4. Mengapakah bentuk perniagaan yang dikemukakan ini dipilih?

5. Apakah ciri-ciri yang unik mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?

6. Apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan atau syarikat?

7. Bagaimanakah kelemahan akan diatasi?

8. Kenapakah projek yang dicadangkan dijangka menguntungkan?

MAKLUMAT INDUSTRI

1. Adakah industri yang ingin diceburi mengembang atau menguncup?

2. Bagaimanakah kedudukan industri ini jika dibandingkan dengan suasana ekonomi

keseluruhannya?

3. Adakah bakal pembekal akan membentuk perniagaan atau syarikat dari segi kemudahan

teknikal atau kredit?

4. Apakah syarat-syarat kredit yang akan dikenakan?

BAHAGIAN PEMASARAN

MAKLUMAT BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN

1. Apakah barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?

2. Apakah konsep barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?

3. Kenalpasti ciri-ciri khusus produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan?

4. Adakah pembelian barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna

berulang?

58/73

Page 59: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MAKLUMAT PASARAN

1. Siapakah pelanggan perniagaan atau syarikat?

2. Kenalpasti segmen sasaran pasaran perniagaan?

3. Di manakah sasaran pasaran perniagaan?

4. Berapa besarkah saiz pasaran?

5. Berapakah syer pasaran yang dijangkan?

6. Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk menembusi dan mengekalkan pasaran?

7. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat meluaskan pasaran? Adakah barangan atau

perkhidmatan yang ditawarkan berpotensi untuk berkembang?

8. Jikalau pasaran untuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan berkembang adakah

syer pasaran perniagaan meningkat atau menurun?

HARGA

1. Berapakah harga yang akan dikenakan untuk barangan atau perkhidmatan yang

ditawarkan?

2. Adakah perniagaan mempunyai julat harga?

3. Bagaimanakah perniagaan menentukan harga barangan atau perkhidmatan?

4. Adakah harga barangan atau perkhidmatan kompetitif?

5. Adakah harga yang ditawarkan memberi keuntungan kepada perniagaan?

6. Mengapakah pelanggan perniagaan sanggup membayar pada harga yang ditawarkan?

PROMOSI

1. Apakah kaedah promosi yang akan digunakan?

2. Mengapakah kaedah ini dipilih?

3. Adakah kaedah yang digunakan sesuai dengan barangan atau perkhidmatan yang

ditawarkan?

4. Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai peruntukan untuk aktiviti-aktiviti promosi?

5. Bagaimanakah peruntukan untuk promosi ditentukan?

6. Berapakah jumlah peruntukkan untuk akiviti promosi?

7. Apakah kaedah yang akan digunakan untuk memantau keberkesanan aktiviti promosi?

59/73

Page 60: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

PENGEDARAN

1. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat menjual barangan atau perkhidmatan yang

ditawarkan?

2. Apakah saluran pengedaran yang akan digunakan?

3. Bagaimanakah penghantaran barangan akan dilakukan?

4. Apakah polisi perniagaan atau syarikat berkaitan dengan pemulangan barangan oleh

pelanggan?

5. Apakah pendekatan yang akan digunakan untuk membentuk dan mengekal perhubungan

pelanggan yang baik?

PERSAINGAN

1. Di manakah pesaing-pesaing perniagaan?

2. Siapakah pesaing anda yang paling ketara?

3. Apakah kekuatan dan kelemahan pesaing?

4. Apakah persamaan dan perbezaan barangan atau perkhidmatan perniagaan dengan

pesaing?

5. Adakah kaedah operasi yang digunakan oleh perniagaan lebih dari pesaing?

6. Apakah kaedah-kaedah yang akan digunakan untuk memantau pesaing perniagaan?

BAHAGIAN PENTADBIRAN/PENGURUSAN

1. Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan

rancangan perniagaan yang ingin diusahakan?

2. Apakah pengalaman yang dimiliki oleh pihak pengurusan?

3. Apakah tugas-tugas yang perlu dilakukan?

4. Siapakah yang akan menjalankan tugas-tugas yang telah dikenalpasti?

5. Siapakah yang akan membuat keputusan di dalam perniagaan atau syarikat?

6. Bagaimanakah perancangan akan dikendalikan?

7. Apakah jenis personel yang diperlukan oleh perniagaan atau syarikat?

8. Apakah kemahiran dan kelayakan yang diperlukan oleh pengurus-pengurus

perniagaan/syarikat?

9. Adakah personel yang diambil, bekerja sepenuh masa atau sambilan?

10. Berapakah imbuhan jasa yang akan diterima oleh personel perniagaan/syarikat?

60/73

Page 61: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

11. Adakah latihan diperlukan untuk personel perniagaan/syarikat? Berapakah kos latihan

kepada perniagaan dari segi masa dan kewangan?

12. Adakah perniagaan/syarikat mempunyai dasar-dasar yang berkaitan dengan personel?

BAHAGIAN OPERASI

1. Apakah proses-proses pengeluaran yang terlibat di dalam perniagaan?

2. Adakah proses pengeluaran memerlukan kemudahan tertentu?

3. Apakah jenis mesin dan peralatan yang diperlukan?

4. Berapakah tahap inventori bahan mentah, barang separa siap dan barang siap yang perlu

dikekalkan?

5. Berapakah kos yang terlibat untuk menyimpan inventori yang diperlukan?

BAHAGIAN KEWANGAN

1. Berapakah kos yang terlibat untuk menjalankan projek yang dirancangkan?

2. Apakah sumber pembiayaan yang akan digunakan?

3. Berapakah modal yang akan disumbangkan oleh pemilik?

4. Bagaimanakah sumber kewangan akan diagihkan?

61/73

Page 62: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

MODUL 2

TOPIK 8 : KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN

OBJEKTIF :

Di akhir sesi ini, mahasiswa akan:

Memahami aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan

Mengetahui cara mengaplikasikan kemahiran mengurus projek perniagaan

KANDUNGAN:

- Asas Pentadbiran

- Asas Pemasaran

- Asas Operasi

- Asas Kewangan

62/73

Page 63: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

8.1 PENTADBIRAN

8.1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

Definisi Pengurusan

Satu proses mentadbir dan mengkoordinasikan sumber-sumber secara cekap dan

berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi

Definisi Organisasi

Organisasi ialah sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai

matlamat yang sama.

Empat Fungsi Pengurusan

Perancangan

Pengorganisasian

Kepimpinan

Kawalan

8.1.2 Perancangan

Definisi Perancangan

Proses merangka aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat-

matlamat organisasi

Faedah Perancangan

Koordinasi yang lebih baik

Memfokus kepada pemikiran masa depan

Persekitaran kerja berbentuk penyertaan

Sistem Kawalan yang lebih berkesan

Jenis Perancangan

Perancangan Strategik

Perancangan Operasi

Perancangan Tetap

Perancangan Sekali Guna

Pengurusan Berasaskan Objektif (MBO)

Perancangan Kontigensi

63/73

Page 64: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Halangan Kepada Perancangan Berkesan

Memerlukan masa pengurus

Persekitaran operasi yang kabir dan tidak menentu

Tentangan terhadap perubahan

Mengatasi halangan kepada Perancangan Berkesan

Melibatkan pekerja dalam membuat keputusan

Toleransi dalam pelbagai pandangan

Menggalakkan pemikiran strategik

8.1.3 Pengorganisasian

Definisi Pengorganisasian

Satu proses menentukan tugas yang perlu dilaksanakan, siapa yang akan

melaksanakannya dan bagaimanakah tugas-tugas tersebut akan diurus dan

dikoordinasikan.

Reka bentuk kerja (Job Design)

Satu set tugas dan aktiviti-aktiviti yang dikumpulkan bersama untuk mendefinasikan

sesuatu kerja

Diskripsi Kerja (Job Description)

Perincian tentang tanggungjawab dan tugas-tugas yang berkaitan dengan sesuatu kerja.

Perluasan Kerja (Job Enlargement)

Program direkabentuk untuk memperluaskan skop kerja (job scope)- bil aktiviti berlainan

yang diperlukan dalam sesuatu kerja dan kekerapan setiap aktiviti dilaksanakan.

Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)

Program direkabentuk untuk meningkatkan kedalaman kerja (job depth) – darjah kawalan

yang diberikan kepada pekerja untuk melaksanakannya.

Pusingan Kerja (Job rotation)

Memberi individu pelbagai posisi kerja

Pekerja akan bergilir melakukan beberapa posisi kerja di mana kerja tersebut hampir

sama tarafnya dan memerlukan kemahiran yang sama.

64/73

Page 65: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Hubungan Organisasi

Hubungan kerja yang wujud dalam organisasi mempengaruhi cara aktiviti disempurnakan

da dikoordinasikan

Hubungan ini didefinasikan melalui:

Rantaian Arahan (Chain of Command)

Span Kawalan (Span of Control)

Tanggungjawab Lini dan Staf

Delegasi (Delegation)

Struktur Organisasi

Struktur Fungsian

Struktur Bahagian

Struktur Matriks

Struktur Rangkaian

8.1.4 Kepimpinan

Definisi Kepimpinan

Kepimpinan adalah kebolehan untuk mempengaruhi pekerja untuk cuba mencapai

matlamat organisasi secara sukarela.

Ciri-ciri Kepimpinan

Keinginan untuk memimpin

Kestabilan Emosi

Kejujuran/Integriti

Dorongan

Kebolehan Kognitif

Keyakinan Diri

Pengetahuan dalam Perniagaan

Komunikasi Pemimpin Perniagaan

Proses komunikasi

Halangan komunikasi

Motivasi

Definisi Motivasi

Satu Kuasa/perasaan dalaman yang mendorong individu untuk berusaha dan

menghalatujukan usaha ke arah mencapai sesuatu matlamat

65/73

Page 66: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

8.1.5 Kawalan

Definisi Kawalan

Membuat sesuatu perkara berlaku seperti yang telah dirancang

Mengapa Kawalan itu Perlu

Mengelak kerosakkan perancangan

Mengenalpasti peluang

Mengadaptasikan dengan perubahan dan ketidakpastian

Tahap Kawalan

Kawalan Strategik

Kawalan Taktikal

Kawalan Operasi

8.2 PEMASARAN

8.2.1 Konsep Pemasaran

Mengkaji tentang pengguna untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna

dan seterusnya menjalankan segala aktiviti di dalam firma untuk memenuhi

keperluan dan kehendak tersebut dan dalam masa yang sama dapat mencapai

matlamat organisasi.

Matlamat pemasaran ialah untuk memberi kepuasan pembelian kepada pengguna dan

memberi keuntungan kepada peniaga. Kedua-dua matlamat ini adalah seiring.

Bagi sesuatu usaha teroka baru aktiviti pemasaran perlulah dilakukan sebelum

sesuatu usaha teroka itu dimulakan.

8.2.2 Definisi Pemasaran

Usaha yang dilakukan secara sistematik untuk:

Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

Memberikan kepuasan berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat

pembelian berulangan.

Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis

Mengekalkan dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan.

66/73

Page 67: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

8.2.3 Tinjauan Pasaran

Untuk mendapatkan maklumat mengenai pasaran yang akan diceburi supaya membantu

usahawan membuat perancangan perniagaannya. Perkara-perkara diberi perhatian:

Permintaan Dalam Pasaran

Jenis Pasaran

Saiz Pasaran

Tahap Persaingan

Perubahan Persekitaran Perniagaan

8.2.4 Permintaan Dalam Pasaran

Permintaan terhadap sesuatu produk atau servis berdasarkan kepada keperluan dan

kehendak pengguna.

8.2.5 Jenis Pasaran

Terdapat empat jenis pasaran iaitu:

a. Pasaran Kerajaan

Terdiri daripada agensi-agensi kerajaan di mana proses pembelian dibuat

melalui sebuah jawatankuasa atau lembaga sebutharga atau tender.

b. Pasaran Penjual

Terdiri daripada syarikat-syarikat yag membeli produk untuk dijual semula,

tanpa mendapat sebarang pengubahsuaian ke atas produk tersebut.

c. Pasaran Pengguna

Terdiri daripada pengguna terakhir di mana produk atau servis yang diperolehi

adalah untuk kegunaan peribadi.

d. Pasaran Industri

Terdiri daripada syarikat-syarikat yang membeli produk kebiasaannya dalam

bentuk bahan mentah atau komponen untuk diproses atau disatukan dengan

komponen yang lain sebelum dijual.

8.2.6 Saiz Pasaran

Potensi pembelian oleh keseluruhan pasaran yang dikenal pasti

Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi dari data-data sekunder

67/73

Page 68: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Boleh juga dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat

sekunder untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus pada pasaran

setempat

8.2.7 Tahap Persaingan

Lain-lain perniagaan yang menawarkan produk serupa atau produk gantian kepada

sasaran pasaran.

Usahawan perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan pesaing bagi membantu

mereka merangka strategi perniagaan untuk menghadapi persaingan tersebut.

Siapakah pesaing yang menjadi pemimpin dalam pasaran atau industri tersebut?

Bagaimanakah pesaing mempromosikan perniagaan mereka dan bagaimanakah

mereka mengekalkan pelanggan mereka?

Juga mengambilkira tahap persaingan untuk mendapatkan stok atau bahan mentah

8.2.8 Perubahan Persekitaran Perniagaan

Perubahan dan perkembangan teknologi, peraturan dan undang-undang dalam

industri, perubahan setempat dan suasana sosio budaya akan mempengaruhi

pertumbuhan sesuatu pasaran

Usahawan perlu peka terhadap perubahan tersebut sekiranya ia memberi kesan

langsung terhadap perniagaan mereka.

8.3 KOMPONEN-KOMPONEN RANCANGAN PEMASARAN

8.3.1 Produk dan Servis yang Ditawarkan

Terangkan dengan jelas produk atau servis yang ditawarkan

Kaitkan tawaran produk atau servis ini dengan permintaan, kehendak dan keperluan

pelanggan.

Kegunaan utama, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, kelebihan/keistimewaan

dan kelemahan/kekurangan produk atau servis yang akan ditawarkan

Faedah-faedah yang akan diperolehi oleh pelanggan

8.3.2 Sasaran Pasaran

Sekumpulan pengguna/pembeli samada individu atau organisasi yang mempunyai

ciri-ciri yang sama yang menjadi tumpuan firma bagi memasarkan/menjual sesuatu

keluarannya.

Nyatakan siapakah pelanggan yang menjadi sasaran dan di kawasan mana sasaran

tersebut.

68/73

Page 69: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

8.3.3 Proses Mengenalpasti sasaran pasaran

Mengenalpasti produk atau servis yang boleh ditawarkan kepada sasaran pasaran

berpandukan kepada penilaian dan pemahaman tentang keperluan dan kehendak

pelanggan

Membahagi pasaran yang besar untuk produk atau servis yang ditawarkan kepada

beberapa kumpulan pasaran yang kecil atau segmen pasaran

Mengenalpasti segmentasi pasaran

Memilih sasaran pasaran daripada segmentasi pasaran yang telah dikenal pasti.

Pilihan ini bergantuk kepada kebolehan dan kemampuan firma

8.3.4 Asas Segmentasi Pasaran

Faktor Geografik

Faktor Demografik

Faktor Psikografik

8.3.5 Elemen Asas Dalam Memilih Sasaran Pasaran

Terdiri daripada:

Saiz pasaran

Potensi Jualan

Syer/Kongsian Pasaran

Arah Aliran/Tren Pasaran

8.3.6 Saiz Pasaran

Jumlah keseluruhan potensi pembeli daripada kumpulan sasaran termasuk pembeli di

bawah kawalan persaingan sedia ada di dalam pasaran yang sama

Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi daripada data-data sekunder

Juga boleh dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat sekunder

untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus kepada pasaran setempat.

Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan, atau kedua-duanya

sekali.

Contoh pengiraan saiz pasaran:

1. Mengira penggunaan daging ayam di Alor Gajah

2. Andaikan seekor ayam berharga RM10 dan setiap isi rumah membelanjakan 4

ekor ayam sebulan

3. Andaikan terdapat 5000 isi rumah di Alor Gajah. Setiap isi rumah

membelanjakan RM40 sebulan secara purata bagi pembelian daging ayam.

69/73

Page 70: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

4. Saiz pasaran = 5000 x RM40 = RM200,000 sebulan atau RM2,400,000 setahun

83.7 Pesaing Utama

Merupakan perniagaan lain yang menawarkan produk/servis yang sama atau

barang/perkhidmatan pengganti/alternatif kepada pelanggan sasaran pasaran

Senarai tiga pesaing utama yang wujud dalam kawasan pasaran

Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti

Nyatakan samada terdapat lain-lain perniagaan serupa yang telah menamatkan

operasi atau menarik diri dan berikan sebab-sebabnya jika diketahui.

83.8 Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

Contoh analisis kekuatan dan kelemahan pesaing

Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan

A

B

C

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

8.3.9 Analisis SWOT

Analisis tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi sesebuah firma

perniagaan (perniagaan anda)

Merangkumi analisis dalaman dan luaran firma perniagaan yang boleh memberi

kesan ke atas keputusan firma pada masa sekarang dan masa hadapan

Membantu firma berada di landasan yang sepatutnya

8.3.10 Syer Pasaran

Anggaran pembahagian (dalam peratus) pasaran di bawah kawalan perniagaan

selepas mengambilkira saiz pasaran secara keseluruhan dan pesaing dalam sasaran

pasaran yang sama

Nyatakan berapa peratusan daripada saiz pasaran produk/servis yang diperolehi

setelah semua kemudahan beroperasi

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan:

1. Jumlah pesaing utama

2. Saiz dan keupayaan pesaing

3. Pengalaman dan jangka masa menjalankan perniagaan

4. Kekuatan dan kelemahan pesaing

70/73

Page 71: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

8.3.11 Ramalan Jualan

8.3.12 Strategi Pemasaran

Produk

Harga

Promosi

Edaran

8.4 Kewangan Dalam Perniagaan

8.4.1 Rancangan Kewangan

RK menyediakan gambaran menyeluruh tentang jumlah dan pemasaran dana

diperoleh, kegunaan dana, jumlah tunai yang ada, dan anggaran dana, jumlah tunai

yang ada, dan anggaran kedudukan kewangan sesuatu perniagaan.

RK menyediakan satu asas bagi pemantauan perbelanjaan jangka pendek dan

membantu menghalang berlakunya salah satu masalah biasa dihadapi oleh

perniagaan baru – iaitu masalah kekurangan tunai

8.4.2 Belanjawan Kewangan

Salah satu alat penting yang digunakan oleh usahawan dalam merancang operasi

kewangan adalah belanjawan

Belanjawan membantu pengusaha kecil menukar matlamat perniagaan menjadi

realiti

Belanjawan yang lazim disediakan adalah

o Belanjawan operasi

o Belanjawan tunai

o Belanjawan modal

Kebanyakak perniagaan menyediakan belanjawan operasi terdahulu. Kemudian

disediakan belanjawan tunai berdasarkan belanjawan operasi tadi.

8.4.3 Membentuk Penyata-penyata Kewangan Pro Forma

a. Penyata Pendapatan Pro Forma

Apabila membentuk PP Pro Forma, pemilik mempunyai 2 pilihan:

1. Menyediakan ramalan jualan dan lengkapkan penyata, atau

2. Menentukan sasaran untung dan lengkapkan penyata

71/73

Page 72: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

Kebanyakan pemilik membuat pilihan (2) – membuat sasaran untung, dan

kemudian tentukan tahap jualan untuk mencapai untung tadi. (Turut

disenaraikan adalah semua belanja yang terlibat untuk mencapai untung itu)

Dalam mana-mana perniagaan kecil, untung tahunan mestilah mencakupi

pulangan kepada kepada pemilik bagi masa yang diluangkan untuk perniagaan

dan pulangan atas pelaburan dalam perniagaan.

b. Lembaran Imbangan Pro Forma

Pemilik juga perlu menyediakan lembaran imbangan pro forma yang

menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada akhir tahun. Ia

meringkaskan aset, liabiliti dan ekuiti para pemilik.

Lembaran imbangan pro forma akan menggunakan maklumat daripada PP Pro

forma dan belanjawan aliran tunai

8.4.4 Analisis Pulang Modal

Adalah wajar sekiranya di peringkat permulaan perniagaan, usahawan mengetahui

bila untung boleh dicapai. Analisis titik pulang modal adalah teknik yang berguna

dalam menentukan kuantiti jualan, atau tahap volum jualan yang mesti dicapai untuk

pulang modal.

Pulang modal adalah volum jualan pada mana perniagaan tidak untung atau rugi.

TPM = Kos Tetap

---------------------------------------

Harga jualan - kos berubah

72/73

Page 73: Nota Asas Pembudayaan Keusahawanan-Untuk Pelajar

UMW 1012 Asas Pembudayaan KeusahawananUniversiti Darul Iman Malaysia

RUJUKAN

1. Ab Aziz Yusof, Selvan Perumal, Faizuniah Pangil (2005), Principles of Entrepreneurship, Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

2. Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005), Cipta Idea Baru:

Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3. Marc J. Dollinger.- 3rd ed. (2003), Entrepreneurship ; Strategic and Resources, Prentice Hall Pearson

Malaysia Sdn. Bhd

4. Uitm Entrepreneurship Study Group (2004), Fundamentals Of Entrepreneurship, Prentice Hall

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5. Zafir Mohd. Makbul, Fazilah Mohamad Hasun (2003), Menjadi Usahawan : Panduan Menubuhkan

dan Menguruskan Perusahaan secara Profesional, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

6. Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’, 2nd Edt., Prentice Hall,

Malaysia.

7. Barjoyai Bardai (2000), Keusahawan dan Perniagaan, Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka

8. Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M (2004), ‘Entrepreneurship; A Cotemporary Approach’ 6rd Edt.,

London, Dryden Press

9. Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din, Hoe Chee Hee, Shuhymee Ahmad,

Habshah Bakar, Mohd. Noor Mohd. Shariff, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Norita

Deraman, & Muhammad Nasri Md. Hussain, (2004), `Asas Keusahawanan’, Universiti Utara

Malaysia.

73/73