asas kebudayaan dan keusahawanan kadir

Upload: syeikh-sirhan

Post on 18-Jul-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

RINGKASAN EKSEKUTIF

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 1

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 1.0 1.1 RINGKASAN EKSEKUTIF

February 10, 2012

RINGKASAN DARIPADA PEMILIHAN IDEA PERNIAGAAN. Pada 14 februari 2011, kami telah bersepakat untuk menubuhakan sebuah

syarikat yang bernama syarikat SUN-TARA. Syarikat SUN-TARA yang kami tubuhkan ini adalah sebuah syarikat yang akan menghasil dan menjual produk makanan dan minuman, iaitu Sushi Serunding dan juga Mixed Drink. Dalam syarikat yang telah kami tubuhkan ini juga, kami telah menyusun carta organisasi syarikat kami dengan cara yang sistematik, di mana setiap ahli mempunyai peranan atau portfolio yang tertentu di dalam syarikat. Dalam penubuhan syarikat SUN-TARA ini, terdapat pelbagai idea yang disumbangkan oleh ahli-ahli dalam syarikat kami. Namun melihat kepada persekitaran, kami memutuskan untuk menjual makanan dan minuman seperti yang dinyatakan, yang kami rasakan dapat menjana keuntungan yang tinggi. Di samping itu juga, produk yang kami persetujui ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Keunikkan Produk dan Pekhidmatan yang Ditawarkan. 1. mengunakan serunding daging atau ayam sebagai inti kepada Sushi tersebut. 2. minuman kami tersebut mempunyai dua rasa atau dwirasa. 1.2 JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN 1. produk makanan dan minuman. 2. syarikat kami akan melaksanakan dua kaedah penjualan produk kami, iaitu secara jualan langsung dan tidak langsung. 1.3 SASARAN PASARAN DAN PELANGGAN. 1. warga kudat sebagai sasaran untuk penjualan produk kami. 2. Guru guru , 3. pelajar smk kudat 2, 4. kakitangan smk kudat 2 yang lain.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 2

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

1.5 KELEBIHAN DARI SEGI PERSAINGAN. 1. unik dan kreatif. 2. berkonsepkan makanan jepun digabungkan bersama dengan makanan masyarakat melayu. 3. Serondeng ayam kami jadikan ia sebagai isi shushi untuk menggantikan isi ikan mentah atau isi-isi sushi yang biasa yang terdapat di pasaran. 4. isi ketam dan juga tuna. 5. Gabungan minuman air sprite dan juga ribena dua perisa dalam satu masa.

1.6 SUMBER KEWANGAN. 1. . Setiap ahli kumpulan menyumbang sumber kewangan bagi kos bahan mentah, kos pembungkusan, pengangkutan dan sebagainya seperti yang ditetapkan dalam organisasi kami. 2. Syer setiap ahli kumpulan.

1.7 STRATEGI PERLAKSANAAN 1. Promosi 2. Penjualan serta merta. 3. Harga

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 3

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

KANDUNGAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 4

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 2.0 KANDUNGAN PERNIAGAAN.

February 10, 2012

Pasaran merupakan pengguna atau organisasi yang mempunyai keperluan atau kehendak serta ingin membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Secara umumnya, terdapat lima jenis pasaran yang utama iaitu pasaran pengguna, kerajaan, penjual, industri dan antarabangsa. Namun, pasaran yang kami gunakan ialah pasaran pengguna di mana pembeli merupakan pengguna akhir yang membeli produk untuk kegunaan sendiri. Oleh itu, penentuan pasaran adalah penting untuk pembekal menjalankan perniagaan dan juga menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Saiz pasaran bergantung kepada keperluan dan kehendak pembeli. Saiz pasaran boleh dikatakan besar jika keperluan dan permintaan produk tertentu itu adalah tinggi manakala pasaran itu dikatakan kecil jika keperluan dan permintaan produk tertentu itu adalah rendah. 2.1 SKOP Syarikat kami iaitu Syarikat Sun Tara yang membawa maksud Sushi Nusantara ataupun matahari nusantara akan menjual sejenis makanan iaitu sushi sebagai pasaran syarikat kami. Tujuan kami menjual jenis makanan ini adalah kerana produk keperluan ini jarang terdapat di kudat apatah lagi produk keperluan ini asalnya makanan dari negara Jepun. Oleh itu, syarikat kami iaitu Sun Tara akan memperkenalkan dan menjual makanan sushi ini khasnya kepada warga kudat yang berada di dalam lingkungan nusantara. Selain itu,produk keperluan ini adalah terhad di kudat sahaja. Dengan ini, Sun Tara boleh membuka pasaran yang baru dan mempromosikan produk Sun Tara kepada semua warga kudat mahupun orang awam.Dalam pada itu,Kami ingin memberi gambaran kepada mereka bahawa membuat Sun Tara itu tidak begitu rumit dan merupakan sejenis makanan yang kreatif. 2.2 LOKASI Lokasi perniagaan kami terletak di sekitar kawasan Dewan tun datu haji mustapah . Lokasi ini adalah strategik kerana menjadi tumpuan kepada sekolahsekolah yang berdekatan. Dengan itu,warga UMS dan orang awam akan menyertai

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 5

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

aktiviti ini secara langsung. Maka, tidak dapat dinafikan kawasan lokasi memang berpotensi untuk menarik perhatian pelanggan. 2.3 PERKONGSIAN PASARAN Pasaran kami diusahakan dan dikongsi bersama oleh gerai-gerai lain seperti gerai menjual makanan dan minuman, gerai-gerai yang menyediakan permainan minda, gerai menjual barangan kraf tangan dan lain-lain lagi. Terdapat banyak gerai yang menjual jenis makanan yang pelbagai dengan resipi yang tersendiri. Oleh itu, pasaran kami berkongsi bersama-sama dengan gerai-gerai tersebut. 2.4 SASARAN PASARAN Sasaran syarikat kami adalah semua warga pelajar smk kudat 2 termasuklah pelajar, dan juga guru yang terlibat. Selain itu, orang awam yang datang melawat smk kudat 2 juga menjadi sasaran syarikat kami. 2.5 ANALISIS PERSAINGAN DAN PERINDUSTRIAN Hasil kajian yang kami lakukan iaitu, kami mendapati akan melibatkan banyak gerai yang akan menjual makanan dan minuman apatah lagi sebagai mana yang kita tahu pelanggan lebih tertarik dengan makanan dan minuman berbanding dengan barangan yang lain. Oleh itu, persaingan yang sengit akan berlaku. Walau bagaimanapun, akan berlaku juga persaingan dengan gerai-gerai yang menjual barangan-barangan lain walaupun tidak begitu sengit. Dengan itu, keadaan ini akan mengugat keuntungan syarikat kami. Namun,keadaan ini merupakan persiangan yang sihat dan juga mampu melatih diri untuk mempromosikan produk syarikat sendiri. Secara hakikatnya, persaingan wujud dalam dunia perniagaan. Oleh itu, harus berani menanggung risiko kerugian.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 6

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

2.6 MASALAH YANG DIHADAPI Masalah yang dihadapi oleh syarikat Sun Tara adalah masalah membuat sushi. Hal ini demikian kerana,tidak semua ahli berupaya membuat sushi yang unik dan kreatif. Oleh itu,kami harus membuat rujukan dengan lebih banyak seperti merujuk kepada buku masakan, menggunakan internet serta menonton rancangan masakan dan sebagainya.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 7

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

PASUKAN PENGURUSAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 8

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN. 3.1 NAMA PENIAGAAN.

February 10, 2012

Kami memilih Sun-Tara sebagai nama syarikat kami. Ini kerana Sun-Tara itu sendiri ingin menonjolkan keistimewaan syarikat kami adalah produk Sun-Tara yang memberi kelainan semasa jualan itu nanti.Selain itu juga kami memilih nama SunTara tersebut kerana ia ringkas dan senang untuk pelanggan mengingati dan boleh menjadi daya tarikan pada pelanggan yang mengunjung ke syarikat kami untuk melihat produk yang telah kami hasilkan. 3.2 NAMA DAN ALAMAT PERNIAGAAN. SUN-TARA SDN. BHD., SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT 2, W.D.T NO, 64, 89058 KUDAT , SABAH TEL: 088-621381 FAX: 088-622382 3.3 LOGO SYARIKAT.

3.4

MAKSUD SUN-TARA:

Maksud perkataan sun tara berasal dari perkataan shushi nusantara. Shushi nusantara ini kami akronimkan menjadi sun tara. 3.5 VISI DIY STATION: Visi Sun-Tara adalah mengukuh dan mengekalkan pengeluaran produk di samping mendapatkan keuntungan yang maksimum.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 9

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 3.6 MISI SUN-TARA:

February 10, 2012

Misi SUN-TARA adalah memberi peluang kepada semua pelajar, guru-guru, dan kakitangan smk kudat 2 mahupun orang awam mengenali produk Sun-Tara. Selain itu, SUN-TARA juga ingin memberi peluang kepada semua untuk merasai produk sun-tara. Kami juga akan menyediakan produk yang di jamin halal dan bersih. Selain itu juga, kami turut ingin memantapkanorganisasi syarikat kaimi iaitu dengan memberi peluang kepada seluruh pekerja kami untuk memiliki kemahiran bekerja dalam satu organisasi syarikat. Di samping itu juga, kami juga sentiasa akan mencari peluang yang sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami kepada pelanggan. 3.7 OBJEKTIF SUN TARA: Jangkamasa pendek : Dapat mengembalikan pulangan modal. Selain itu juga, kami akan mempromosikan jualan kami supaya para penlanggan dapat mengetahui wujudnya syarikat dan produk yang kami jual. Jangkamasa sederhana : Kami akan memperluaskan lagi pemasaran produk dan menambahkan kuantiti produk serta meningkatkan kualiti produk mengikut permintaan semasa pelanggan. Jangkamasa panjang : Kami akan membuat kajian dan penyelidikan mengenai peluang pasaran produk dan mempelbagaikan cara pemasaran. Seterusnya, mendapat keuntungan yang maksimum melalui penjualan shushi nusantara dan minuman dwi rasa.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 10

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

STRUKTUR SYARIKAT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 11

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

5.0 PASUKAN PENGURUSANPresiden. KADIR BIN MUSLIM Merupakan ketua kepada segala unit Pembuat keputusan Memantau dan memastikan segala keperluan dan perniagaan berjalan dengan lancar.

Tim. Presiden

Sebagai pemangku presiden Berhak mengantikan tugas-tugas presiden jika presiden tiada di syarikat

AZIEF IWAN SHAH pen. Setiausaha. RAFIDAH . Pengurus kewangan. HANIMAH

Setiausaha KAMAL KHAIRI

Menguruskan pengurusan surat mesyuarat. Menyediakan minit mesyuarat. Pembantu Presiden. Pembantu kepada setiausaha Menyediakan diperlukan. Menguruskan hal-hal kewangan. Meneliti tentang jumlah modal untuk produk Menganalisis tentang keuntungan dan kerugian yang dialami oleh syarikat. menghasilkan sesuatu surat-surat yang

Membuat penyata akaun bagi

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 12

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

mengira keuntungan kerugian yang dialami

ataupun untuk

perancangan di masa hadapan Mengagihkan keuntungan kepada pemodal mengikut jumlah modal yang dilaburkan.

Pen. pengurus kewangan. HELMA

Membantu pengurus kewangan dalam menyediakan hal kewangan syarikan.

Pengurus pemasaran. NORLINA BT ABDUL SITEH.

Memperkenalkan produk kepada pelanggan Mempromosikan produk Menarik minat pelanggan untuk menggunakan dikeluarkan. produk Produk yang yang

Memastikan

dihasilkan berkualiti dan kuantiti yang ingin dipasarkan Pen. Peng pemasaran. MOHD MALIK BIN JAI. Memilih tempat yang strategic Menentukan sasaran penguna Membantu pengurus pemasaran dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan pemasaran Bertanggungjawab pengurusan produk. Memastikan operasi syarikan dan

Pengurus Operasi. SAUQIE.

menyediakan bahan serta proses

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 13

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

berjalan seperti yang dirancang

Pen. Penngurus Operasi. MARD KHAIRUDUN

Membantu pengurus operasi bagi melancarkan lagi sistem operasi Syarikat

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 14

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

ANALISIS INDUSTRI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 15

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 6.0 ANALISI INDUSTRI

February 10, 2012

Setelah membuat perbincangan bersama-sama, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk menjual makanan Jepun, iaitu sushi Nusatara. Sushi ini biasanya mempunyai pasaran yang luas terutama bagi golongan muda sekarang. Hal ini disebabkan kebanyakan golongan muda cuba makan makanan yang istimewa. Oleh itu, produk sushi ini adalah disasarkan kepada pelbagai golongan seperti golongan GURU-GURU, golongan pelajar SMK KUDAT 2 golongan pekerja AM SMK KUDAT 2 dan golongan pekerja kafe. Kami membuat keputusan untuk menjual sushi Nusatara kerana sushi ini bukan sahaja makanan yang agak istimewa kepada golongan pemuda, manakala ia boleh dianggap sebagai makanan segera kepada golongan masyarakat yang sibuk dan tidak mempunyai masa yang berlebihan untuk duduk makan di restoran. Jadi, sushi merupakan salah satu pilihan kepada masyarakat yang sibuk. Jadi, kami telah mensasarkan kepada pensyarah yang sibuk dan juga pelajar yang sibuk menghadiri kuliah dan tidak mempunyai masa yang berlebihan untuk duduk di kafe untuk makan. Seperkara lain, sushi Nusatara ini belum lagi diusahakan untuk jualan di kawasan kampus. Jadi, sushi Nusatara ini pasti akan menarik perhatian golongan muda untuk mencubanya. Kumpulan kami selain menjual sushi Nusantara, kami juga menjual minuman minuman ini mempunyai dua perisa iaitu perisa sprite dan juga ribena. Minuman sprite sememangnya minuman ringan yang sering diminum dan tersedia di jual di mana-mana barangan runcit. Kami kami hanya membeli dan akan dicampurkan bersama air ribena. 6.1 PROSES PENGHASILAN SUSHI NUSATARA Membuat sushi Nusatara ini telah melibatkan beberapa langkah yang perlu dilakukan satu per satu supaya dapat menghasilkan sushi nusatara yang sedap dimakan dan cantik dilihat.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 16

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

Langkah pertama ialah sediakan bahan-bahan yang hendak membuat sushi. Bahan-bahan tersebut adalah seperti beras untuk membuat sushi, seaweed, tikar sushi, isi ketam, tuna, telur, timun jepun, sosej, mayonnaise, gula dan cuka. Oleh itu, bahan-bahan tersebut telah disediakan oleh salah satu ahli kumpulan kami. Sementara menunggu nasi masak, kumpulan kami telah bekerjasama untuk menyediakan bahan-bahan lain seperti mengoreng telur, mencuci isi ketam, memotong timun jepun dan goreng sosej. Langkah kedua ialah basuhkan nasi tersebut dan masakkannya seperti beras biasa. Selepas nasi itu masak, campurkan gula dan cuka dengan secukup-cukupnya supaya nasi yang dimasak mempunyai sedikit rasa dan gaulkan nasi tersebut dengan rata. Selepas itu, sediakan tikar sushi dan kemudian simpankan sekeping seaweed di atas tikar. Kemudian, letakkan nasi di atas seaweed. Lepas itu, sapukan mayonnaise di atas nasi. Selepas habis sapu mayonnaise di atas nasi, sekarang boleh meletak bahanbahan seperti isi ketam, telur goreng, tuna, timun jepun, dan sosej. Bahan-bahan tersebut boleh diletakkan ikut sesuka hati seperti campurkan isi ketam dengan timun jepun, ataupun telur goreng dengan sosej dan sebagainya. Kemudian, boleh mula mengulung sushi. Semasa mengulung sushi,

gulungkan sushi tersebut bersama-sama dengan tikar untuk mendapat hasil yang cantik supaya dapat menarik perhatian golongan muda. Langkah yang terakhir ialah potongkan sushi tersebut dengan saiz yang standard supaya memudahkan orang ramai makan.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 17

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

PELAN PEMASARAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 18

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 7.0 Analisis pasaran

February 10, 2012

Analisis ini penting bagi memastikan perniagaan ini berjalan dengan lancar disamping mendapat sambutan daripada warga Universiti Malaysia Sabah. Sebelum memulakan perniagaan, ahli Suntara telah berbincang dan menganalisis apakah jenis-jenis makanan kegemaran para pelajar dan guru-guru. Hal ini banyak membantu bahagian pemasaran dalam menganggarkan serta menentukan citarasa serta jumlah produk untuk dipasarkan mengikut tempoh beberapa hari penjualan yang telah ditetapkan. Analisis ini dilakukan dengan cara membuat tinjauan dari semasa ke semasa dan meminta pendapat-pendapat serta pandangan daripada warga Universiti Malaysia Sabah. Keunikkan produk kami yang tidak terdapat di pasaran memungkinkan produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan. 7.1 Strategi / rancangan pemasaran Ahli Suntara telah memikirkan pelbagai strategi pemasaran supaya produk kami lebih mudah dikenali, mudah didapatkan, dan dapat dijual di serata kampus UMS. Plan yang kami rangka meliputi pelbagai aspek. Antaranya, kami akan menjalankan jualan secara terus kepada pelanggan iaitu bermula daripada kolej kediaman, sekitar dewan kuliah pusat, sekolah-sekolah dalam kampus, ruang legar perpustakaan dan tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai. Tujuan kami menjalankan jualan secara terus kepada pelanggan adalah bagi memperkenalkan produk kami agar lebih mudah dikenali. Hal ini kerana, setiap pelanggan pastinya lebih cenderung untuk mencuba membelinya buat pertama kali serta menilai kelebihan produk sebelum ia mula menyukai produk tersebut. Disebabkan kami yakin produk kami bermutu, berkhasiat, unik serta menarik kami yakin pelanggan pasti akan membelinya buat kali kedua dan seterusny. Selain itu, kami akan menjual produk kami di kawasan yang strategik atau berpotensi tinggi dikunjungi ramai orang di mana kami ingin produk kami mudah untuk didapatkan tanpa membuang masa dan tenaga. Hal ini kerana, rutin seharian warga kampus UMS yang boleh dikatakan sibuk mengejar masa memungkinkan peluang kepada kami untuk menghidangkan pilihan kepada mereka membeli apa yang ada di depan mata. Hal ini bermaksud, kami memberi pilihan kepada mereka

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 19

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

kepada cara yang lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga untuk membeli makanan. Kami juga amat mementingkan aspek di mana produk kami dapat dijual dan diterima dengan baik oleh pelanggan-pelanggan kami. Kami akan meminta pendapat pelanggan yang telah mencubanya dan kemudian kami akan berusaha untuk menambahbaikkan produk yang sedia ada jika terdapat kekurangan yang timbul. Hal ini bukan sahaja menambah kualiti produk kami, malah dapat memperbaiki khidmat pelanggan yang bakal kami berikan kepada setiap pelanggan yang membeli produk kami. Selain daripada itu, kami juga berharap agar mempunyai pelanggan tetap yang setia menyokong produk kami. Di samping itu, bagi memastikan produk kami menjadi pilihan pelanggan, kami akan memastikan produk kami adalah dijamin halal dan berkhasiat. Kami akan meletakkan logo halal pada meja di mana produk kami dijual bagi menambah keyakinan pelanggan yang sangat menjaga makanan dan minuman berdasarkan sumber yang halal untuk membeli. Oleh itu, kami amat mengutamakan aspek makanan dan minuman halal serta kebersihan pada produk pada tahap yang sangat diberi perhatian. Perancangan pemasaran yang efektif mampu memberi kesan samada positif ataupun negatif kepada turun naik graf penjualan produk. Meskipun pelbagai rangka telah dirancang untuk dilaksanakan, kami sentiasa memikirkan bahawa kualiti serta mutu yang ada pada sesuatu produk perlu seiring dengan plan pemasaran agar dapat memacu kepada kelarisan jualan secara efektif dan rasional. Oleh itu, pelaksanaan yang sistematik dan efisien perlu diterapkan dalam perniagaan kami agar berjaya mencapai sasaran visi dan misi kami.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 20

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

PELAN OPERASI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 21

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 8.0 PENGURUSAN OPERASI DAN PENGELUARAN 8.1 TENAGA KERJA YANG DIPERLUKAN

February 10, 2012

Sumber manusia diperlukan dalam proses menghasilkan produk minuman dan mananan dalam syarikat kami. Dalam proses pengeluaran, kami memerlukan sumber bahan mentah seperti modal, mesin, tenaga kerja untuk menghasilkan sesebuah produk. Peranan pada setiap tenaga erja adalah untuk menjual produk, menjaga produk, menyiapkan produk kepada barang siap untuk urusan perniagaan. Antara produk yang akan dijual adalah Sushi nusantara dan mixdrink. 8.2 BAHAN YANG DIPERLUKAN Untuk menguruskan jualan kami ini, kami memerlukan beberapa bahan yang mudah dan senang didapati di pasaran. Antara bahan yang diperlukan bagi makanan sushi tempatan ialah beras pulut, isi ketam, sosej, serunding ,mayonis dan plastik. Manakala, bagi minuman sprite vs ribbena kami memerlukan bahan seperti sprite, ribbena, ais dan gelas polistrin. Sebelum hari ekspo, kami akan menyiapkan jualan untuk makanan sushi bagi memudahkan urusan penjualan manakala semasa hari ekspo jualan untuk minuman diuruskan pada waktu itu kerana ia merupakan salah satu langkah untuk proses penjualan minuman. Selain itu juga, bekas penyimpanan ais yang bersaiz besar diperlukan agar ais tersebut dapat bertahan dalam sehari semasa ekspo tersebut. Selain daripada itu, mesin bagi memasakkan beras pulut kepada nasi pulut diperlukan bagi menghasilkan nasi pulut. Oleh itu, pembungkus makanan juga tidak ketinggalan untuk diperlukan dalam proses pembungkusan makanan. 8.3 OPERASI AKTIVITI Kami akan memulakan perniagaan kami pada minggu ketiga pada bulan 3, iaitu bermula pada 21 mac sehingga 24 mac 2011. Kami akan menyiapkan makanan tersebut pada tarikh 20 dan 21 mac. Hal ini bagi mengelakkan daripada sikap kelam kabut semasa menjalankan perniagaan. Manakala, minuman akan disediakan pada 21 dan 22 mac semasa ekspo tersebut. Ini kerana, proses menyediakan jualan minuman tersebut adalah bersesuaian pada waktu tersebut.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 22

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

PELAN KEWANGAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 23

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2 9.0 PERANCANGAN KEWANGAN 9.1 SUMBER KEWANGAN 9.1.1 MODAL

February 10, 2012

Setelah berbincang sesama ahli kumpulan, kami bersetuju untuk mengeluarkan wang sebanyak RM29.00 setiap seorang sebagai modal jualan permulaan kami. Dengan itu, kami dapat mengumpul sebanyak RM290.00 secara keseluruhan di mana merangkumi kos jualan yang dijangkakan mahupun luar jangkaan.

SEUNIT PERKARA (RM) Promosi dan Publisiti 5.00 1 KUANTITI

JUMLAH (RM)

5.00

Barangan Makanan 1. Beras pulut 2. Isi ketam 3. Sosej 4. Serunding 5. Mayonis 4.20 4.00 3.50 20.00 9.65 2 8 8 1 2 8.40 32.00 28.00 20.00 19.30

Barangan Minuman 1. Sprite 2. Ribbena 3. Ais 4. Strow 2.49 3.29 22 8 54.78 26.32

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 24

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

2.00 1.00

4 2

8.00 2.00

Pengangkutan

10.00

1

10.00

Lain-lain 1. Tapak gerai 2. Persediaan kecemasan 3. Cagaran Kebersihan 4. Plastik Gelas Minuman 5. Plastik Makanan 6.50 2.50 2 1 30.00 20.00 10.00 13.00 2.50

Jumlah Perbelanjaan = RM289.36

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 25

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

FAKTOR RISIKO

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 26

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

10.0 RISIKO PENGURUSAN DAN STRATEGI MENGATASINYA 10.1 RISIKO PENGURUSAN Risiko yang paling utama yang perlu kami hadapi ialah persaingan. Perniagaan yang kami jalankan ini mempunyai persaingan dengan pihak-pihak lain kerana pihak-pihak tersebut juga turut menjalankan perniagaan makanan dan minuman yang unik dan kreatif. Mereka juga mempunyai promosi dan pakej masingmasing untuk menarik pelanggan. Selain itu, kami juga turut bersaing dengan peniaga-peniaga yang menjual kraftangan. Kraftangan turut mempunyai daya tarikan yang tarsendiri jika dibandingkan dengan benda lain. Semasa hari expo, cuaca akan dijangka panas dan ramai pelanggan akan memilh gerai makan dan minum untuk menghilagkan rasa lapar dan dahaga. 10.2 STRATEGI PERNIAGAAN UNTUK MENGATASI RISIKO DAN HALANGAN Persaingan yang timbul perlu diatasi supaya sasaran keuntungan dapat dikekalkan. Untuk mengatasi masalah ini, kami perlu menarik perhatian pelanggan agar mereka membeli produk kami. Makanan dan minuman yang kami jual mengikut kebersihan dan jaminan qualiti halal kepada para pelanggan. Pelanggan-pelanggan juga turut merasakan selamat untuk di makan tanpa rasa was-was atau curiga terhadap produk kami. Lokasi perniagaan kami perlulah strategik supaya gerai kami boleh dilihat oleh semua pelanggan yang datang. Gerai kami juga dihias dengan cantik agar dapat menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi gerai kami. Harga yang kami tetapkan untuk produk kami juga berpatutan. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan untuk kemudahan mereka.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 27

Sekolah menengah kebangasaan kudat 2

February 10, 2012

10.3 ANALISA SWOT (STRENGHT WEAKNESS OPPORTUNITIES THREATS) Analisa SWOT melibatkan pemahaman dan menganalisis kelebihan dan kekurangan dan mengenalpasti ancaman dalam perniagaan kami sebagai peluang dan pertahanan untuk mengatasi ancaman. Kekuatan Menjual Memberi yang tinggi Memberi konsep kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan Menawarkan perkhidmatan produk yang unik dan serta produk kualiti dengan harga yang berpatutan perkhidmatan Kelemahan Kekurangan perniagaan Mempunyai kraf tangan persaingan dan juga yang gerai banyak daripada gerai menjual makanan dan minuman yang lain. pengalaman dalam

berkualiti kepada pelanggan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 28