tugasan amali sains sept 2013_ report

Upload: alicius-lucas

Post on 04-Jun-2018

280 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    1/7

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SMP PPG SEPT 2013

    HBSC2203

    TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

    (REPORT OF AN EXPERIMENT)

    NAMA PELAJAR : ALICIUS LUCAS

    NO. MATRIKULASI : 780926125297001

    NO. KAD PENGENALAN : 780926125297NO. TELEFON : 019-8003700

    E-MEL : [email protected]

    NAMA TUTOR : EN. PANG WUI YING

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    2/7

    HBSC 2203

    1

    LAPORAN EKSPERIMEN

    TAJUK : PENGARUH SUHUKE ATAS JUMLAH BIJI BENIH CILI

    YANG BERCAMBAH / TUMBUH.

    TUJUAN : Mengkaji sejauh mana suhu persekitaran mempengaruhi

    percambahan biji benih cili.

    PERNYATAAN : Bagaimana faktor suhu boleh memengaruhi bilangan benih cili

    MASALAH yang bercambah.

    HIPOTESIS : Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin banyak benih cili yang

    berjaya tumbuh.

    PEMBOLEH : yang dimalarkanBilangan biji benih cili yang ditanam (30 biji)

    UBAH - Tempoh masa 10 hari

    yang dimanipulasiSuhu persekitaran pokok cili ditanam

    yang bergelak balas Bilangan benih cili yang berjaya bercambah.

    APARATUS : 6 kotak semaian tanaman cili yang boleh diset/dikawal suhu

    BAHAN : Benih cili, tanah medium tanaman

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    3/7

    HBSC 2203

    2

    PROSEDUR : 1. Sediakan 6 kotak semaian tanaman cili dengan medium

    (tanah) untuk tanaman cili.

    2. Setkan suhu bagi setiap kotak tanaman mengikut suhu yang

    ditetapkan.

    3. Tanam 30 biji benih ke dalam setiap kotak semaian

    tanaman cili.

    4. Dalam tempoh 10 hari, sentiasa pantau dan siram kotak

    semaian mengikut keperluan.

    Kotak A B C D E F

    Suhu yang ditetapkan (C) 8 12 16 18 22 24

    Bil. biji benih cili yang ditanam 30 30 30 30 30 30

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    4/7

    HBSC 2203

    3

    KEPUTUSAN/ : 1. Selepas 10 hari, jumlah biji benih cili yang berjaya

    PEMERHATIAN tumbuh dalam setiap kotak semaian dicatat dan direkodkan

    ke dalam jadual 1.

    Kotak A B C D E F

    Suhu yang ditetapkan (C) 8 12 16 18 22 24

    Bil. biji benih cili yang ditanam 30 30 30 30 30 30

    Bil. Biji benih cili yang berjaya tumbuh 4 10 14 18 24 16

    Jadual 1: Bilangan pokok cili yang tumbuh mengikut cuaca persekitaran

    2. Berdasarkan data dariapda jadual 1, graf dibuat untuk

    melihat secara keseluruhan hasil eksperimen yang

    dijalankan. Melalui graf yang dibuat, dapat memberikan

    gambaran secara kasar tentang pengaruh suhu ke atas

    pertumbuhan benih cili.

    Graf 1: Bilangan pokok cili yang tumbuh mengikut cuaca persekitaran

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    0 5 10 15 20 25 30

    Bil.

    Pokok

    Cili

    Suhu Persekitaran (C)

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    5/7

    HBSC 2203

    4

    ANALISIS DAN : Berdasarkan kepada keputusan eksperimen, jadual 1 dan graf 1,

    PENAFSIRAN jelas menunjukkan bahawa suhu persekitaran sangat

    DATA mempengaruhi pertumbuhan biji benih cili yang ditanam. Pada

    suhu yang sangat rendah (8C pada kotak semaian A), hanya 4

    daripada 30 biji benih yang disemai berjaya tumbuh. Jumlah ini

    bertambah kepada 10 biji benih pada kotak semaian B (12C).

    Pada kotak semaian C (16C) dan D (18C), bilangan biji benih

    yang tumbuh menunjukkan peningkatan sebanyak 4 dan 8 pokok,

    menjadikannya kepada 14 dan 18 pokok.

    Pada kotak semaian E (22C), bilangan biji benih cili yang berjaya

    tumbuh mencecah sehingga 24 pokok. Ini bermakna, hanya 6

    daripada biji benih yang disemai di dalam kotak ini tidak tumbuh.

    Berbeza dengan kotak semaian F (24C), hanya 16 biji benih yang

    tumbuh. Ini jelas menunjukkan penurunan yang sangat ketara dan

    mengejut kerana jumlahnya lebih rendah daripada kotak semaian

    D.

    PERBINCANGAN : Pada suhu sekitar 8C, biji benih cili tidak berupaya

    untuk tumbuh dengan baik. Ini bermaksud pokok cili tidak sesuai

    ditanam di kawasan yang bersuhu rendah. Persekitaran dalam

    kotak semaian A sepadan dengan negara-negara yang mempunyai

    iklim Siberia. Oleh itu, cili tidak sesuai ditanam di negara-negara

    yang beriklim sejuk.

    Pada suhu antara 12C hingga 18C, benih cili menunjukkan

    penyesuaian yang lebih baik berbanding pada suhu 8C. Pada suhu

    ini, pokok cili boleh ditanam dengan agak baik. Walau

    bagaimanapun, pokok cili yang ditanam di persekitaran ini tidak

    sesuai untuk dikomersilkan kerana hasil pengeluarannya mungkin

    agak terhad.

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    6/7

    HBSC 2203

    5

    Pokok cili sangat sesuai ditanam pada suhu sekitar 22C. Ini sangat

    jelas berdasarkan kepada keputusan eksperimen yang dibuat. Pada

    persekitaran 22C, hampir semua biji cili telah berjaya tumbuh.

    Suhu ini sepadan dengan negara-negara yang terletak berhampiran

    dengan garis khatulistiwa. Di negara kita, pokok cili sesuai

    ditanam di kawasan tanah tinggi seperti cameron Highland,

    Kundasang dan beberapat tempat di banjaran Sarawak.

    Pada suhu 24C dan ke atas, pertumbuhan biji benih cili telah

    menurun dengan banyak. Hanya 16 biji benih yang berjaya tumbuh

    iaitu separuh daripada jumlah keseluruhan.

    KESIMPULAN : Berdasarkan kepada hasil eksperimen, saya menyimpulkan bahawa

    percambahan biji benih cili sangat berkait rapat dengan suhu

    persekitaran biji benih tersebut ditanam. Pada suhu 22C,

    menunjukkan bahawa biji benih cili bercambah dengan sangat

    baik. Pada suhu 18C, biji benih cili masih boleh bercambah

    dengan baik. Walau bagaimanapun, pada suhu 24C dan ke atas,

    jumlah biji benih yang berjaya bercambah menurun dengan sangan

    banyak.

    Walaupun suhu merupakan faktor yang utama mempengaruhi

    percambahan biji cili, saya juga ingin mengemukakan beberapa

    faktor lain yang difikirkan boleh menjejaskan hasil eksperimen ini.

    Salah satu daripadanya adalah dari segi kualiti biji benih cili yang

    ditanam. Biji benih yang digunakan adalah daripada kumpulan

    yang sama. Walau bagaimanapun, kualiti setiap biji benih tersebut

    masih boleh dipertikaikan. Ada kemungkinan terdapat beberapa

    biji benih tersebut yang telah rosak semasa proses pembungkusan

    atau disebabkan oleh serangan kulat.

  • 8/13/2019 Tugasan Amali Sains Sept 2013_ Report

    7/7