tugasan

Upload: sri-kiranya

Post on 08-Mar-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KPD

TRANSCRIPT

MAKLUM BALAS

1) MENANGANI MASALAH DISRUPTIF

Di setiap sekolah pelajar sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai ragam dan juga pelbagai kategori. Terdapat pelajar yang bijak, sederhana dan juga lemah. Dari segi perangai juga begitu. Ada pelajar yang memang baik dari aspek sahsiah dan perilaku mereka manakala ada juga pelajar yang berlawanan dengan ciri tersbut. Jika kita melihat masalah disiplin bersifat disruptif terdapat beberapa ciri yang boleh diambil kira dalam masalah ini. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran sewaktu kelas berlangsung. Tingkah laku menganggu ini turut diamalkan di luar waktu kelas dan juga kadang-kala sesama adik beradik sendiri.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi ataupun membendung daripada masalah disruptif ini lebih berleluasa. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi ataupun memahami kehendak pelajar. Para guru harus faham apa yang pelajar harapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta memberikan kaedah pengajaran yang lebih menarik berbanding dengan kaedah pengaran yang biasa. Aktivit yang berlainan setiap kali akan merangsang minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar dan kereka akan kurangkan aktiviti lain. Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah lakubermasalah denganmembuatpemantauan danpenilaian terhadap tingkahlaku bermasalahdidalam bilik darjahnya (Dr.Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk Kpli,2008). Gurujuga mesti menyimpan rekod salah lakumurid-muridnya seperti bila ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku. Menurut Dr. Ragbir lagi, proses merekod iniamat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku para pelajar. Tingkah laku pelajar ini boleh diubah dengan beberapa teknik seperti peneguhan positif, peneguran negatif dan juga teknik pencegahan. Peneguran positif ini adalah apabila guru mengawal tungkah laku pelajar tersebut dengan memberikan motivasi, ganjaran, sentuhan dan juga hadiah. Kata-kata perangsang juga boleh digunakan bagi memberikan semangat kepada pelajar tersebut. Peneguhan negatif pula akan dilakukan apabila peneguhan positif tidak berkesan terhadap pelajar tersebut. Guru akan mengambil tindakan seperti mendenda murid ataupun memarahi murid. Peneguhan negatif akan menyebabkan pelajar berasa malu terhadap tindakan mereka dan berusaha untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi. Contohnya dengan mendenda seorang pelajar yang membuat bising ataupun mengkacau orang lain dalam kelas boleh diminta berdiri di luar kelas. Tindakan ini akan membuatkan pelajar lain dalam kelas tersbut mengawal diri mereka dan tidak menimbulkan masalah. Selain itu, langkah pencegahan juga boleh diambil oleh para guru dengan memastikan suasana kelas berada dalam keadaan yang teratur. Guru harus memastikan terdapat peraturan dalam kelas dan pelajar kelas tersebut haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Masalah tingkah laku seperti ini harus diberi perhatian semenjak kecil supaya perkara ini tidak berterusan menjadi satu kebiasaan. Usaha bersama mampu memberikan satu generasi yang berkaliber dan juga berwawasan tinggi.

ii) ISU UNDANG-UNDANG Undang-undang yang pertama dijadikan asas dalam dunia pendidikan di Malaysia adalah Ordinan Pelajaran 1957. Segala peraturan yang dikemukakan setelah kewujudan ordinan ini adalah termaktub di bawah apa yang telah diperkatakan dalam ordinan tersebut. Seperti yang kita tahu sebarang hukuman bersifat dera terhadap pelajar perempuan adalah dialarang. Hukuman bagi pelajar lelaki pula ada namun telah diketatkan. Guru lelaki hanya boleh memukul dengan rotan di tapak tangan para pelajar ataupun merotan dengan rotan yang ringan di punggung yang telah dilapik dengan pakaian. Hanya guru besar ataupun guru yang mempunyai kuasa yang nyata sahaja boleh melakukan perotanan ini.

Setiapa tindakan yang dikenakan terhadap pelajar haruslah dicatatkan secara oleh guru bagi tujuan rukujan. Hukuman yang dikenakan tersebut perlulah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku yang dilakukan, bilangan sebatan, anggota badan yang telah dirotan oleh cikgu, dan juga guru saksi yang melihat hukuman tersebut dijalankan. Guru-guru yang menjalankan hukuman rotan ini dan ibu bapa pelajar harushlah faham bahawa hukuman merotan ini adalah sebahagian daripada proses pembentukan pendidikan. Tindakan yand dijalankan itu mestilah difahami bahawa alat untuk mendisiplinkan diri pelajar dan bukannya hukuman bagi merosakkan mind atau akhlak para pelajar. Jika dilihat dari konteks pendidikan aktiviti merotan hanyalah sebuah proses ke arah pembentukan pendidikan yang lebih baik dan melahirkan pelajar yang lebih disiplin. iii) PENGUKURAN TAHAP PENCAPAIAN Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kelas saya dapati makin hari minat pelajar makin bertambah terhadap cara pengajaran yang dilaksanakan dalam kelas. Ini kerana pada hari pertama semasa menjalani praktikum saya telah mingikuti guru yang menagajar subjek Sejarah di tingkatan 1Dedikasi dan saya mendapati bahawa beliau duduk di meja guru dan menerangkan isi pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar kelihatan bosan dan juga kurang aktif. Maka saya membuat keputusan untuk mengubah pendekatan pengajaran saya. Setelah habis menamatkan setiap bab sukatan pelajaran saya akan menjalankan aktivit kuiz bersama pelajar. Aktiviti ini saya dapati telah menarik minat pelajar kerana mereka akan bersedia dengan membuat ulangkaji dan meminta saya untuk menjalankan kuiz. Ada pelajar mengatakan bahawa mereka gemar belajar dengan cara begini kerana tidak bosan dan tidak perlu hanya mendengar kepada penerangan guru sahaja. Penglibatan mereka dalam mengambil bahagian dalam kuiz ini menjadi pengukuran kepada saya bahawa pelajar suka akan cara ini dan mula menuumpukan perhatian. Bukan sahaja kelas 1 Dedikasi namun tingkatan 2 Proaktif juga menunjukkan perkara yang sama. Namun kelas ini memang kelas pandai maka mereka memang aktif dalam bidang pelajaran dan juga dalam kelas. Di samping aktiviti kuiz saya juga sering membawa pelajar ke bilik ICT bagi mata pelajaran Geografi dan juga bagi sejarah membawa mereka ke bilik Sejarah. Di bilik Sejarah terdapat pelbagai jenis peralatan yang digunakan pada masa silam. Contohnya seperti pendulang dan juga bubu yang digunakan untuk menangkap ikan dan jugla melombong bijih. Apabila melihat peralatan seperti ini secara realiti mereka mendapat gambaran yang lebih tepat dan juga mereka tidak lupa tentang peralatan tersebut.