tugasan

13

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 17-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai satu usaha untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan( 1984) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran. (http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-pendidikan-guru-dan.html dipetik pd 7/2)

Perkataan pendidikan berasal dari perkataan latin educare yang bermakna memelihara dan mengasuh anak. Ahli pendidik tidak mengehadkan proses ini kepada kanak-kanak tetapi pemikirannya sebagai suatu proses pemeliharaan.Mengikut John Dewey, pendidikan adalah satu proses pertumbuhan dan perkembangan manakala James Mill pula berpendapat pendidikan adalah satu proses member pertolongan maksimum kepada setiap anggota satu-satu masyarakat supaya hidup dengan penuh keselesaan serta kegembiraan.John Mcdonald dalam bukunya A Philosophy Of Education makna pendidikan jelas dilihat dengan membandingkan masyarakat primitive dengan masyarat moden. Dalam Masyarakat primitive, makna pendidikan ialah latihan vokasional.(Penghantar Pendidikan , Mei 2011)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapi jiga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, kepada masyarakat dan negara. FPK mengariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang yang berkaitan dengan Negara kita. Dengan kata lain , menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Berikut ini adalah konsep FPK secara keseluruhannya.

Falsafah Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan;IndividuSosialEkonomiPolitikKemodenanKefahaman AnratabangsaBerasaskan;Rukun NegaraDasar Pendidikan KebangsaanDasar Ekonomi NegaraDasar Ekonomi BaruKurikulum Pendidikan untuk peringkat;PrasekolahRendahMenengahPendidikan GuruPendidikan Tinggi

Rajah 1 : Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan konsep FPK dalam rajah 1, tujuan pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kepada semua.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan berakhlak yang mulia sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu :

KetuhananPeningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.KemasyarakatanPenekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.KendiriPenekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu :Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupanKemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.

FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti yang mulia, berpandangan progresif dan saintifik,Bersedia menjunjung asperasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, Menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,Demokratik, progresif dan berdisplin

Berdasarkan FPG yang dinyatakan adalah diharapkan Negara dapat menghasilkan guru yang mampu merancakkan perkembangan sistem pendidikan di Negara untuk bersaing dengan Negara maju yang lain. Seterusnya FPG juga diharapkan dapat : Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Mengembangkan institut perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan. Sesungguhnya misi KPM untuk memperkembang potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan Negara supaya menjadi pusat kecermelangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia akan berjaya dilaksanakan apabila guru merealisasikan hasrat tersebut dalam konteks pendidikan di sekolah.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU KEPADA PENDIDIKAN NEGARAFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya penting dalam system pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini memberi impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan system pendidikan .

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK )

Perkembangan potensi individu

Terdapat sesetengah individu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.

Rakyat Malaysia yang berpengetahuanRakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan terbuka.

Kepercayaan dan Kepatuhan kepada TuhanDengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya.

Rakyat Malaysia yang berketrampilanRakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi, kecekapan san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka mampu menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik. Mereka juga berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan.

Rakyat Malaysia yang berakhlak muliaAkhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral sebagai prinsip diri.

Mampu mencapai kesejahteraan diriRakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.

Sumbangan rakyat menerusi FPKDengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Pendidikan suatu usaha berterusanProses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang prose situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya. Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.

IMPLIKASII FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG)FPG telah digunakan sebagai sumber rujukan dalam perancangan program pendidikan guru. Ia membayangkan cirri-ciri kualiti guru yang ingin dibentuk. Ciri-ciri itu adalah seperti berikut :1. Berpekerti muliaGuru yang akan dibentuk hendaklah berpeketi mulia. Ia seharusnya menerima setiap murid dengan baik dan bersedia menolongnya. Guru itu juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi murid yang baik pencapaiannya.

2. Berpandangan progresif dan saintifikGuru yang berpandangan futuristic akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dengan itu, ia sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang innovator.. 3. Bersedia menjunjung aspirasi NegaraGuru yang peka pada aspirasi Negara akan menekankan unsur perpaduan, prihatin, ikram berbudi bahasa, keupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan, pengajaran dan pembelajarannya.

4. Meyanjung warisan kebudayaan NegaraWarisan kebudayaan Negara hendaklah ditekankan dalam kurikulum sekolah samaada dalam aktiviti lakonan, nyanyian, tarian atau pakaian.

5. Menjalin perkembangan individuAktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah mirip kea rah perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, jasmani.

6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu paduGuru hendaklah menekankan unsure bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan murud-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratikUnsure demokrasi hendaklah sentiasa diberi penekanan oleh guru. Ini bermakna dalam pemilihan ketua murid, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa, guru hendaklah member peluang kepada murid-murid untuk melakukannya. Begitu juga dalam sesetengah hal yang melibatkan pembuatan keputusan. Kalau hal itu tidak begitu penting, maka kesempatan membuat keputusan boleh diserahkan kepada pelajar.

8. Memelihara suatu masyarakat yang progresifDalam pengajaran guru, kaedah inkuiri penemuan dan kaedah dapatan ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sifat gemar menyiasat dan merekacipta. Sifat-sifat adalah secocok dengan hasrat memperkembangkan angota-anggota masyarakat yang berpandangan futuristic dan progresif.

9. Memelihara ssuatu masyarakay yang berdisplinUnsure displin memang sentiasa dititik beratkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan-kegiatan bilik darjah tidak dapat berjalan dengan lancar tanta displin. Walaubagaimanapun, guru hendaklah menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong menolong, prihatin dan kerjasama dalam kalangan murid-muridnya. Amalan ini akan membolehkan murid-murid membesar menjadi ahli-ahli masyarakay yang bersifat penyayang serta berdisplin.

PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.Peranan guru dalam era globalisasi pada masa kini sangat mencabar bagi mendidik anak bangsa seiring dengan falsafah pendidikan Negara dan falsafah pendidikan guru.Tugas guru pada masa kini bukan sahaja di kawasan sekolah untuk mengajar murid mengenal huruf atau mengira bahkan peranan guru pada masa kini sangat mencabar. Selain daripada mengajar, guru juga mengajar sahsiah diri murid untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik mahupun bukan akademik.Dalam apa juga proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sebagai ejen perantara ilmu. Dengan itu, dalam proses menerapkan nilai-nilai Islam, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh para pelajar. Dalam hal ini, Mohd Kamal Hassan (1988) menjelaskan ; contoh teladan para pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak-watak yang berbudi luhur.Manakala daripada aspek sahsiah pula ialah murid-murid perlu dibentuk menjadi individu yang serius dalam setiap usaha, kreatif, inovatif, produktif dan berdisplin. Mereka juga merupakan individu yang berkeyakinan diri, berdaya saing, menghayati idealism, kejayaan dan kecemerlangan serta kesejahteraan dan seterusnya membina manusia yang berbuat sendiri ataupun self actualize person. Para pelajar juga perlu mempunyai nilai ketatanegaraan yang tinggi di samping memiliki aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti.Perana seterusnya ialah membina masyarakat dan Negara yang utuh. Dalam mencapai matlamat ini maka aspek perpaduan adalah suatu perkara yang sangat dititikberatkan. Oleh yang demikian, satu masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang bersatu padu, taat setia kepada Negara. Para guru juga perlu berfungsi sebagai mereka yang berupaya memupuk toleransi dan kerjasama di kalangan pelajar-pelajar disamping menanamlan budaya ikram dan harmonis.Dalam usaha menuju kearah Negara industri, maka sebahagian daripada tugas juga dipikul oleh para guru. Walau bagaimana pun nilai-nilai beragama, bermoral tinggi, bermaruah, pengamal keadilan dan nilai murni sejagat, kepercayaan kepada diri sendiri dan mengutamakan kecemerlangan terus dititikberatkan