tugasan 2 aktiviti 1

4
Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1) Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri. Guru berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Justeru, bagi menghasilkan kualiti dan keterampilan seorang guru yang hebat, pembangunan profesionalisme yang terus-menerus di samping tanggungjawab inisiatif sendiri perlu dilaksanakan dan dipertingkatkan. Berdasarkan seminar yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin b. Basar, penglibatan guru-guru dalam program pembangunan profesionalisme berterusan ini boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri, para pelajar, guru-guru, barisan pentadbir, dan negara. Informasi yang diperoleh semasa seminar ini boleh dipraktikkan ketika mengajar di dalam kelas dan dapat dikongsi bersama dengan guru-guru di sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan merupakan salah satu program latihan bersistematik dan lengkap yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Umumnya, guru-guru yang mengikuti program ini adalah mereka yang berkeinginan untuk memantapkan keupayaan dan kecemerlangan diri. Mereka menyertai program ini dengan inisiatif sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak. Pemantapan dari segi pembangunan akademik dan segala aspek pendidikan yang lain, seperti bidang pentadbiran dan kokurikulum juga perlu diambil kira. Kualiti diri yang ada pada seorang guru adalah penting kerana itulah modal untuk mendidik mereka secara formal mahupun tidak formal. Malah, ianya merupakan antara ciri-ciri yang menjadi ikutan para pelajar. Justeru, para pendidik khusunya guru perlu lebih peka dan berusaha meningkatkan kualiti diri, bagi melahirkan generasi yang akan datang yang mampu bersaing dan berjaya dengan arus kehidupan yang kian mencabar. Mereka perlu seimbangkan kualiti diri, tidak hanya menfokuskan akademik bagi memperoleh markah lulus dalam peperiksaan semata-mata, malah kokurikulum dan sahsiah perlu diambil kira. Menurut beliau, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan pendidik. Oleh itu, para pendidik khususnya guru perlu

Upload: yus

Post on 10-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)

Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri.Guru berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Justeru, bagi menghasilkan kualiti dan keterampilan seorang guru yang hebat, pembangunan profesionalisme yang terus-menerus di samping tanggungjawab inisiatif sendiri perlu dilaksanakan dan dipertingkatkan. Berdasarkan seminar yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin b. Basar, penglibatan guru-guru dalam program pembangunan profesionalisme berterusan ini boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri, para pelajar, guru-guru, barisan pentadbir, dan negara. Informasi yang diperoleh semasa seminar ini boleh dipraktikkan ketika mengajar di dalam kelas dan dapat dikongsi bersama dengan guru-guru di sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan merupakan salah satu program latihan bersistematik dan lengkap yang menjurus ke arah peningkatan profesionalismedan pembangunankerjaya sertakecemerlangan perkhidmatan.Umumnya, guru-guru yang mengikuti program ini adalahmereka yang berkeinginan untuk memantapkan keupayaan dan kecemerlangan diri. Mereka menyertai program ini dengan inisiatif sendiri dan bukandipaksa oleh mana-mana pihak. Pemantapan dari segi pembangunan akademik dan segala aspek pendidikan yang lain, seperti bidang pentadbiran dan kokurikulum juga perlu diambil kira. Kualiti diri yang ada pada seorang guru adalah penting kerana itulah modal untuk mendidik mereka secara formal mahupun tidak formal. Malah, ianya merupakan antara ciri-ciri yang menjadi ikutan para pelajar. Justeru, para pendidik khusunya guru perlu lebih peka dan berusaha meningkatkan kualiti diri, bagi melahirkan generasi yang akan datang yang mampu bersaing dan berjaya dengan arus kehidupan yang kian mencabar. Mereka perlu seimbangkan kualiti diri, tidak hanya menfokuskan akademik bagi memperoleh markah lulus dalam peperiksaan semata-mata, malah kokurikulum dan sahsiah perlu diambil kira. Menurut beliau, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satudaripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan pendidik. Oleh itu, para pendidik khususnya guru perlu

meningkatkan kualiti profesion ini supaya dapatmenghasilkan guru-guru yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, di samping meningkatkan martabat profesion perguruan bagi menjadikan profesion ini sebagai profesion yang diminati dan menarik minat para pelajar dan belia.Tidak dinafikan bahawa guru merupakan pemangkin utama kecemerlangan murid disamping bimbingan ibubapa dan keluarga di rumah. Guru memegang mandat yang besar dan diberi amanah untuk mentarbiah para pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan ragamnya sehinggalah mereka akhirnya berjaya memperoleh sugulung ijazah. Justeru, para guru perlu mendapat pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan programpenambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan yang berterusan. Pendekatan yang istiqamah ini dapat meningkatkan profesionalisme guru-guru bermula daripada peringkat awal penglibatan dan penempatan guru di sekolah buat pertama kali. Berdasarkan laporan terdahulu, peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi impak yang positifdari segi peningkatan ilmu danetika guru disekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah.Kualiti guru-guru terdahulu menjadi tonggak dan penentu kejayaan kita sebagai insan berguna pada masa kini. Justeru, guru-guru pada masa kini perlu mengikut malah meningkatkan kualiti diri sebagai kekuatan untuk mendidik para pelajar yang semakin luar biasa pemikiran dan ragamnya pada masa kini. Para pelajarlah yang akan memegang tugas mentadbir negara, malah memacu ekonomi dan kualiti pendidikan masa akan datang nanti. Oleh itu kemenjadian mereka sebagai pelajar yang berjaya dari pelbagai aspek kehidupan perlu dititikberatkan. Ramai yang berjaya, tidak kurang juga ramai yang gagal dalam peperiksaan. Tugas guru adalah sangat berat, bagi memastikan tidak ada lagi pelajar yang tergelincir dalam pembelajaran walaupun subjek yang dianggap mudah., di samping mengambil kira keterampilan diri dan pencapaian dari segi kokurikulum dan lain-lain. Didikan yang diberi kepada mereka adalah bagi menyediakan mereka pada masa akan datang. Contohnya, murid pra sekolah yang dididik hari ini di sekolah diharapkan mampu berjaya hingga menjelang tahun 2027 nanti, ketika dia telah memperoleh ijazah dan bersedia mengharungi alam pekerjaan. Antara faktor penting yang dilihat dan diambil kira adalah dari aspek komunikasi yang berkesan, kebolehan berinteraksi dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak, di samping mahir dan boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain, dalam bidang yang diceburi. Inilah antara ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah institusiatau seseorang majikan, disamping sahsiah dan kerjasama yang baik. Bagi melestarikan hasrat tersebut, para guru perlu sentiasa proaktif ke hadapan tanpa menunggu arahan daripada pihak pentadbir dan atasan. Kelemahan atau kekuatanyang adapada setiap pelajar perlu dikenalpasti dan diambil tindakan. Penggunaan media sosial dan jaringan maklumat seperti ict dan video pendidikan juga memainkan peranan penting. Para guru perlu mengaplikasi teknologi sedia ada semasa berada di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Semua guru tidak boleh dikira dan dinilai berdasarkan gred semata-mata untuk dibahagikan tugasan. Semua guru tidak kira pangkat mahupun gred perlu mempunyai kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan yang tinggi. Sebagai contoh, kompetensi yang diharapkan ialah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah, dan sumbangan profesionalisme. Menurut Dr Nasaruddin b. Basar, laluan kerjaya 3 tahun yang berprestasi tinggi akan diberi imbuhan. Guruterdiri daripada 3kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasadan rendah. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukanbergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata. Selain itu, banyak peluang peningkatan kerjaya akan disediakan oleh Kementerian Pelajaran kepada para guru dan pengetua yang cemerlang sebagai insentif dan pendorong untuk mereka terus meningkatkan pencapaian. Ini merupakan antara usaha bagi memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru.Kesimpulannya, tugas sebagai guru semakin mencabar dan mementingkan pembangunan profesionalisme yang berterusan. Kebertanggungjawaban inisiatif kendiri itu sangat penting dan perlu diraktikkan. Para guru perlu sentiasa cakna dan proaktif dalam meningkatkan kompetensi diri dan perlu peka seiringdengan kehendak negara hari ini. Generasi akan datang perlu dididik dengan kemahiran dan pengetahuan serba boleh dan baharu untuk maju dalam arus kehidupan akan datang. Dahulukan yang penting dan bergerak seiring tanpa mengira pangkat mahupun tenaga dan masa. Seperti kata Dr. Nasaruddin bin Basar, Kita tidak perlu takut ataurisau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan.