tugasan 1(c) - amer

15
7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 1/15  HGF 3043 KAJI IKLIM TUGASAN INDIVIDU : SOALAN 1B NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AMERMIRDZA BIN HAMDAN NO. MATRIK : D20141067781 KUMPULAN C NAMA PENSYARAH : DR. MOHD. HAIRY BIN IBRAHIM 

Upload: cik-akin

Post on 05-Mar-2016

152 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

blogging

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 1/15

 

HGF 3043

KAJI IKLIM 

TUGASAN INDIVIDU : SOALAN 1B

NAMA PELAJAR :

MUHAMMAD AMERMIRDZA BIN HAMDAN

NO. MATRIK :

D20141067781

KUMPULAN C

NAMA PENSYARAH :

DR. MOHD. HAIRY BIN IBRAHIM 

Page 2: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 2/15

MAKSUD MONSUN

Monsun adalah perkataan yang berasal dari perkataan Arab, iaitu "Mawsim" yang

membawa maksud "musim" (Rachel Eagen, 2005). Pedagang-pedagang kuno pada masa dahulu

yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi

menjelaskan sistem angin yang silih berganti. Dimana angin ini bertiup mantap dari arah timur

laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya

semasa musim panas di hemisfera utara. Walaubagaimanapun secara umumnya, takrifan monsun

ini hanyalah sebagai satu sistem sahaja dan tidak mempunyai definisi terperinci yang tepat, tetapi

terdapat beberapa kriteria yang diterima secara meluas (perbincangan dalam Ramage

(1971),Webster (1987), dan Neelin (2007)). Disebabkan oleh itu, ada beberapa contoh lagi

takrifan berkaitan dengan monsun. Menurut Persatuan Meteorologi Amerika, monsun ialah satu

nama bagi angin bermusim, mula-mula digunakan untuk angin bertiup di Laut Arab dari arah

timur laut selama enam bulan dan dari arah barat daya selama enam bulan. Kemudian ia telah

dilanjutkan kepada angin yang sama di bahagian-bahagian lain dunia. Selain itu, Colin Stokes

Ramage di Monsun Meteorologi, Geofizik Siri Antarabangsa, Vol. 15, pula mentakrifkan

monsun sebagai angin yang terbalik bermusim disertai dengan perubahan yang sepadan dalam

hujan. Monsun benua kecil terutamanya terkenal dengan keupayaan galas hujan dan untuk

ketidaktentuan yang berkaitan cuaca.

Gambar 1 : Arah tiupan angin monsun di Malaysia

Page 3: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 3/15

PROSES MONSUN DAN PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Kejadian monsun adalah disebabkan oleh perbezaan suhu daratan dan lautan akibat

 pemanasan oleh sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk

dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini

menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon)

yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin

 barat laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China

sebelum menuju Asia Tenggara. Dari semasa ke semasa akan berlaku ledakan kuat udara sejuk

atau dikenali sebagai monsun pusuan yang berinteraksi dengan sistem atmosfera tekanan rendah.

Seterusnya pusaran siklon akan terbentuk berhampiran khatulistiwa menyebabkan angin kencang

dan laut lepas di Laut China Selatan dan hujan lebat ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung

Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim

monsun yang berbeza iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Monsun Barat Daya

 bermula dari akhir bulan Mei hingga September, dan Monsun Timur Laut pula bermula dari

 bulan November hingga Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada

negeri-negeri yang berada di pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sarawak,

manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antaradua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsoon iaitu pada bulan April dan

Oktober.

Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama di negara kita pada setiap

tahun. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia

menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu

negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak. Hujan lebat yang

 berterusan ini akan menjadi lebih teruk, bermula di Kelantan dan Terengganu dari awal November dan perlahan-lahan bergerak ke Pahang dan Johor Timur pada bulan Disember dan

awal Januari. Sebagai contoh, pada penghujung tahun 2014, satu bencana banjir yang begitu

dahsyat telah melanda negeri Kelantan iaitu “Bah Kuning”. Banjir yang paling buruk pernah

direkodkan selepas sejarah “Bah Merah”  pada tahun 1927 dan 1967. Kawasan paling buruk

terkesan akibat bencana ini adalah di Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Page 4: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 4/15

  Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali di

Sabah. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, kebiasaannya

diantara 100-150mm sahaja. Musim tengkujuh biasanya berlaku dalam sekitar minggu kedua

 bulan Mei, tetapi tarikh permulaan sebenar berbeza dari tahun ke tahun dimana ia boleh menjadi

seawal minggu terakhir bulan April dan selewat pertengahan bulan Jun. Fasa aktif tengkujuh

 biasanya berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos dan pada pertengahan bulan September, ia

akan mula berkurang dan akhirnya berakhir dengan minggu pertama bulan Oktober. Keadaan ini

melambangkan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung

Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindungan hujan oleh banjaran gunung di Sumatra.

Sabah secara relatifnya lebih lembab iaitu melebihi 200mm akibat daripada kesan ekoran dari

taufan yang kerap melintasi Filipina dalam perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan

sekitarnya.

Semasa musim perantaraan monsun, angin adalah sepoi-sepoi. Di waktu pagi, langit

 biasanya cerah dan ini membantu pembentukan ribut petir di sebelah petang. Di negeri-negeri

 pantai barat Semenanjung Malaysia, ribut petir menyumbangkan jumlah hujan bulanan yang

tinggi pada kedua-dua musim perantaraan monsun.

Gambar 2 : Tiupan angin monsun dan taburan hujan di Malaysia

Page 5: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 5/15

Selain itu, terdapat juga teori yang yang menjelaskan tentang proses berlakunya monsun,

iaitu Teori Tradisional, Teori Dinamik dan Teori Aliran Jet. Teori Tradisional juga dikenali

sebagai teori haba atau Pemanas Berbeza Laut dan Teori Land berlaku disebabkan oleh

 perbezaan dalam angin laut. Dimana teori ini menggambarkan monsun sebagai berskala besar

 pada bulan-bulan musim sejuk. Walau bagaimanapun banyak pengkaji cuaca mengatakan

 bahawa monsun bukan fenomena tempatan seperti yang dijelaskan oleh teori tradisional tetapi

satu fenomena cuaca umum bersama-sama seluruh bumi. Kritikan ini, tidak menafikan peranan

 pemanasan perbezaan laut dan tanah dalam menjana angin monsun tetapi hanya menghadkan

kepada salah satu daripada beberapa faktor dan bukan satu-satunya.

Teori dinamik menjelaskan monsun atas dasar anjakan tahunan dalam tekanan dan angin.

Menurut teori ini monsun adalah hasil daripada peralihan yang mengambil kelembapan semasa

dalam perjalanan dari laut ke tanah dan menyebabkan hujan orografik apabila mereka mencecah

tanah tinggi di Semenanjung India dan akan menyebabkan Monsun Barat Daya. Teori dinamik

menyediakan penjelasan tentang sistem monsun sebagai cuaca fenomena seluruh dunia bukan

hanya satu tempatan. Dan apabila digabungkan dengan Teori Tradisional (berdasarkan

 pemanasan laut dan tanah) ia meningkatkan penjelasan intensiti kesan hujan monsun di

sepanjang kawasan pantai dengan halangan orografik.

Menurut teori Aliran Jet pula, bermulanya Monsun Barat Daya di benua kecil India

didorong oleh peralihan jet barat subtropika utara dari atas dataran India ke arah Dataran Tinggi

Tibet. Peralihan ini adalah disebabkan oleh pemanasan yang berasal dari Dataran Tinggi pada

musim panas. Peralihan jet barat ke utara Himalaya bukan satu proses yang perlahan dan

 beransur-ansur, seperti yang dijangkakan bagi kebanyakan perubahan dalam corak cuaca. Punca

utama ini dipercayai ketinggian Himalaya sebagai Dataran Tinggi Tibet memanaskan tekanan

rendah dan menarik jet barat ke utara. Oleh kerana Himalaya yang tinggi, jet barat adalah

terhalang daripada bergerak ke arah utara. Walau bagaimanapun, dengan tekanan menjatuhkan

 berterusan, daya yang mencukupi dicipta bagi pergerakan jet barat merentasi Himalaya selepas

tempoh masa yang ketara. Oleh itu, peralihan jet adalah secara tiba-tiba dan mendadak

menyebabkan berlakunya hujan Monsun Barat Daya ke dataran India. Peralihan terbalik berlaku

untuk Monsun Timur Laut.

Page 6: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 6/15

BERASASKAN PEMBENTANGAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN BERKAITAN

MONSUN, NILAIKAN RAMALAN MONSUN YANG BOLEH MEMPENGARUHI

CORAK HUJAN, SUHU, KELAJUAN ANGIN DAN KELEMBAPAN BANDINGAN.

Corak Hujan

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber air kerana hujan tahunannya yang

mencukupi iaitu 1500mm hingga 3000mm setahun dengan purata 2400mm.

Walaubagaimanapun, Malaysia sering dilanda bencana sumber air seperti kemarau, banjir, hujan

asid dan pencemaran air kerana taburan hujan yang tidak sekata, baik dari segi ruang dan masa

(Chan, 2002). Dimana taburan hujan bulanan dan tahunan yang diterima di seluruh Malaysia

 banyak dipengaruhi olen musim monsun. Pengaruh monsun ini telah membentuk kitaran hujan

 berasaskan Monsun Timur Laut, Monsun Barat Daya dan musim perantaraan monsun.

Jadual 1 : Jangkaan hujan bulanan (mm) Nov 2015 –  Mac 2016

Page 7: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 7/15

Jadual 2 : Jangkaan hujan bulanan (mm) Nov 2015 –  Mac 2016

Berdasarkan jadual jangkaan hujan bulanan (mm) November 2015 hingga Mac 2016,

didapati negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan

Pahang merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum. Sebagai contoh, Kelantan di

 bahagian Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai dijangka mengalami hujan

sebanyak 330-500 mm pada bulan November, 410-610 mm pada bulan Disember dan 100-130

mm pada bulan Januari. Manakala di bahagian Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh dan

Machang pula dijangka mengalami hujan sebanyak 150-790 mm pada bulan November, 450-790

mm pada bulan Disember dan 80-110 mm pada bulan Januari. Kawasan ini menerima hujan

yang banyak adalah kerana terdedah dengan angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan

tersebut. Sebaliknya, kawasan pedalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah

secara relatifnya bebas daripada pengaruh ini. Contohnya negeri Perlis adalah kawasan yang

 paling sedikit menerima hujan tahunan. Mengikut jangkaan pada bulan November Perlis hanya

menerima hujan sebanyak 150-230 mm, bulan Disember sebanyak 80-120 mm dan pada bulan

Januari hanya sebanyak 20-30 mm.

Page 8: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 8/15

Suhu

Sebagai sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu

yang sekata sepanjang tahun. Kebanyakan kawasan di Malaysia telah mencatatkan suhu purata

lebih tinggi berbanding purata jangka panjang bulan September. Perbezaan tahunan suhunya

adalah kurang daripada 2ºC kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang

kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa Monsun Timur Laut.

Walaubagaimanapun perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3ºC (Sulong dan Rahimah,

1985). Julat suhu harian adalah besar, 5ºC hingga 10ºC bagi stesen-stesen berhampiran pantai

dan dalam 8ºC hingga 12ºC bagi stesen-stesen di pedalaman tetapi mempunyai suhu harian yang

tinggi dimana waktu malamnya sejuk, tetapi siang selalunya panas. Sebagai contoh, di

Semenanjung Malaysia terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di

kawasan pantai timur. Pada bulan April dan Mei suhu purata bulannya adalah paling tinggi

sementara Disember dan Januari pula adalah bulan dimana suhu purata bulananya paling rendah.

Perubahan nilai ini adalah kerana suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur

semasa Monsun Timur Laut hasil daripada hujan dan litupan awam yang luas.

Gambar 3 : Purata suhu bulanan di Malaysia

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Page 9: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 9/15

Kelajuan Angin

Angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya selalu berubah-ubah, terdapat

 perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Hal ini demikian kerana, berdasarkan empat

musim yang berbeza iaitu Monsun Barat Daya, Monsun Timur Laut dan dua musim peralihan

monsun. Monsun Barat Daya bermula dari akhir bulan Mei hingga September dan angin lazim

 pada amnya dari arah barat daya adalah dengan kelajuan yang lemah iaitu hanya bawah 15 knot.

Manakala Monsun Timur Laut pula bermula dari akhir bulan November hingga Mac dan semasa

musim ini, angin lazim dari arah timur laut atau timur adalah dengan kelajuan antara 10 dan 20

knot. Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini dimana

kelajuannya boleh mencapai sehingga 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari

utara (luruan sejuk). Selain itu, semasa musim peralihan monsun pula, angin juga turut lemah

dan arahnya berubah-ubah.

Kelembapan bandingan

Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi dimana purata kelembapan bandingan

 bulanannya adalah diantara 10% hingga 90% dan berubah mengikut tempat dan bulan. Di

Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari

dan Februari kecuali bagi negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu dimana

kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan maksimum

 pula lazimnya adalah pada bulan November. Sebagai contoh, Gambar 4 menunjukkan corak

kelembapan relatif bagi kawasan Jerantut yang direkodkan oleh Stesen Meteorologi Muadzam

Shah. Melalui rajah tersebut didapati kelembapan tertinggi adalah dicatatkan pada bulan

 November hingga Disember dan semakin menurun menjelang Februari. Melalui corak

kelembapan bandingan yang ditunjukkan pada Gambar 4, didapati kelembapan relatif adalah

tinggi ketika berlakunya musim Monsun Timur Laut.

Page 10: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 10/15

 

Gambar 4 : Purata Kelembapan Bulanan

Page 11: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 11/15

KESAN MONSUN TERHADAP MANUSIA DAN BAGAIMANA MANUSIA

MENGHADAPINYA.

Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama di negara kita pada setiap

tahun yang menghasilkan hujan yang sangat lebat. Hal ini telah menyebabkan berlaku banjir

 besar terutamanya di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan

Johor Timur, serta negeri Sarawak. Hujan lebat yang berterusan ini akan menjadi lebih teruk,

 bermula di Kelantan dan Terengganu dari awal November dan perlahan-lahan bergerak ke

Pahang dan Johor Timur pada bulan Disember dan awal Januari. Bencana banjir ini telah

mendatangkan pelbagai kesan yang buruk terutamanya kepada manusia. Oleh itu, langkah yang

efektif dan berkesan harus diambil oleh semua pihak agar dapat mengurangkan masalah banjir

daripada terus berlaku.

Apabila berlakunya bencana banjir, yang paling terkesan sekali adalah berlaku kehilangan

nyawa terutamanya kanak-kanak. Hal ini terjadi kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus

 bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui

doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan

keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Sebagai contoh pada penghujung tahun 2014, bencana

 banjir yang begitu dahsyat telah melanda Bumi Kelantan iaitu “Bah Kuning”. Banjir yang paling

 buruk pernah direkodkan selepas sejarah “Bah Merah”  pada tahun 1927 dan 1967. Kawasan

 paling buruk terkesan akibat bencana ini adalah di Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Mangsa yang terlibat dalam banjir ini mencatatkan rekod yang paling tinggi iaitu melebihi

150,000 orang.

Selain itu, banjir juga turut menyebabkan berlakunya kemusnahan infrastruktur dan harta

 benda awam sperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya, sekolah , masjid dan sebagainya.

Kemusnahan ini akan membawa kerugian yang besar kepada semua penduduk kerana penduduk

langsung tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka seperti mana yang telah berlaku diKelantan dimana hampir 100 peratus rumah mereka musnah dilanda banjir. Malah kerajaan juga

turut mengalami kerugian kerana berlaku kemusnahan terhadap bangunan-bangunan kerajaan

seperti sekolah, hospital, balai polis, klinik dan sebagainya. Kemusnahan bangunan ini

memerlukan kos yang amat besar untuk membaik pulih kembali kepada yang asal dan kerajaan

Page 12: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 12/15

 juga terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi kewangan mahupun dalam bentuk

 perumahan, makanan, perubatan dan sebagainya.

Akibat daripada banjir juga turut menyebabkan mangsa yang terlibat dengan banjir

mengalami masalah trauma atau berada dalam ketakutan. Namun, jika dibandingkan antara

kesan ekonomi dengan kesan psikologi (trauma) yang dialami oleh mangsa banjir akibat bencana

tersebut mendapati bahawa, kesan mendalam dan tempoh yang lama dirasai oleh mangsa banjir

ialah kesan psikologi. Misalnya, pada musim tengkujuh setiap tahun, penduduk yang mendiami

kawasan yang selalu berlaku bencana banjir merasa agak gelisah, bimbang, takut, resah dan

sebagainya memikirkan tentang kejadian banjir yang akan mereka lalui. Hal ini demikian kerana

saban tahun bencana banjir akan melanda. Tetapi persoalan yang meresahkan hati penduduk

kawasan banjir adalah mengenai kemusnahan harta benda, kedalaman air banjir, lama tempoh

 banjir, kesukaran-kesukaran yang akan dihadapi dan sebagainya. Walaupun kejadian banjir

dianggap sebagai perkara biasa bagi penduduk di Kelantan, tetapi kadangkala kejadian banjir

akan bertukar menjadi bencana kepada mereka sekiranya banjir besar berlaku.

Akibat daripada banjir besar di penghujung tahun lepas kerajaan telah memantapkan

sistem amaran awal dengan memperbanyakkan pemasangannya terutamanya di kawasan Hulu

Kelantan. Jumlah kerosakan harta benda, jumlah pemindahan mangsa banjir dan jumlah

kematian dibincangkan mengikut pembahagian daerah bagi setiap episod banjir yang berlaku di

Lembangan Saliran Kelantan. Dari segi jumlah kehilangan nyawa pula adakalanya meningkat

dan ini sangat bergantung kepada sikap dan kepekaan ibubapa dalam mengawasi keselamatan

anak-anak mereka.

Selain itu, orang awam perlu tahu bahawa terdapat banyak agensi dan badan-badan yang

 bertanggungjawab dalam menangani masalah ini jika berlakunya bencana banjir. Dimana orang

awam boleh boleh merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain yang juga turut

terlibat dengan pengurusan bencana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba danPenyelamat, Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pentingnya pengetahuan berkaitan

isu bencana ini kepada semua orang awam adalah kerana jika berlakunya bencana mereka akan

tahu cara untuk menyelamatkan diri dan pada siapa mereka boleh memohon bantuan.

Page 13: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 13/15

Maknannya disini akan dapat menilai tahap persediaan komuniti dan agensi pengurusan bencana

dalam menghadapi bencana banjir.

Tetapi pengurusan banjir secara bersepadu hanya dapat dicapai dengan adanya

 penglibatan dan komitmen padu semua pihak. Hal ini demikian kerana keberkesanan dan

kejayaan semua sistem pengurusan dapat dinilai melalui penglibatan semua pihak yang terlibat.

Misalnya, apa pun kaedah atau tindakan dalam penyesuaian menghadapi bencana banjir boleh

memberi maklum balas kepada pihak berkuasa dan seterusnya pelaksana dasar pembangunan

sesebuah kawasan. Justeru, bagi merealisasikan pengurusan bencana banjir secara bersepadu

kerjasama semua pihak iaitu masyarakat, swasta, NGO dan kerajaan adalah sangat diperlukan

agar sebarang bentuk pengurusan yang dicapai memberikan implikasi yang positif kepada semua

 pihak tersebut.

Page 14: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 14/15

 

Rujukan

Azemi Daud, Saifulrehan Mat Aji, Suhaili Mohd Zahari, Nadira Janius & Nurul Salwa A.Ghani.

(2012).  Kajian Kes: Hari yang Paling Lembap dan Hari yang Paling Kering semasa

 Monsun Barat Daya di Kelantan dan Terengganu dari Tahun 2008 hingga 2010. Jabatan

Meteorologi Malaysia.

Bayong, T.H.K., (2006). Meteorologi Indonesia 1 Karakteristik dan Sirkulasi Atmosfer . Jakarta,

Penerbit BMG, Jakarta.

Bradshaw, M., & Weaver, R. (1993). Physical Geography an Introduction to Earth

 Environments. St Louis: Mosby Yearbook, Inc.

Chan, N.W. (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana Air di

 Malaysia : Isu, Pengurusan Dan Cabaran. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau

Pinang.

Chang, C. (2004). East Asian Monsoon. Hackensack, NJ: World Scientific.

Clift, P., & Plumb, R. (2008). The Asian Monsoon. Cambridge, U.K.: Cambridge University

Press.

Cotton, W., & Pielke, R. (2007). Human Impacts on Weather and Climate. Cambridge:

Cambridge University Press.

Eagen, R. (2005). Flood and monsoon alert!. New York, N.Y.: Crabtree Pub. Co.

Galvin, J. (2008). The weather and climate of the tropics: Part 6  –  Monsoons. Weather , 63(5),

129-137. http://dx.doi.org/10.1002/wea.230 

Hafezatul Rasyidah Othman. (2010). Wind Environment Evaluation On Major Town Of

 Malaysia. Faculty of Civil Engineering & Earth Resources University Malaysia Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (2015). [Online] Available : http://www.met.gov.my 

Page 15: Tugasan 1(c) - AMER

7/21/2019 Tugasan 1(c) - AMER

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1c-amer 15/15

Lodge, J. (1988).  Monsoons. Atmospheric Environment   (1967), 22(8), 1773-1775.

http://dx.doi.org/10.1016/0004-6981(88)90432-5 Pub.

Shaw, R., & Nguyen, H. (2011). Droughts in Asian Monsoon Region. Bradford: Emerald Group

Sulong Mohamad & Rahimah Abd. Aziz. (1985).  Perbandaran dan Pembangunan Negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Wang, B. (2006). The Asian Monsoon. Berlin: Springer.