tugasan 1 pewarisan

17
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t bersyukur kami ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat Ustaz Muhamad Nizam Bin Jamaludin, pensyarah subjek Pentadbiran Harta Orang Islam kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu kepada kami, pelajar Jabatan Syariah dan Undang-Undang semester 5. Tidak lupa juga buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi galakan dan sokongan tidak kira moral mahupun material. Kasih sayang mereka juga salah satu penguat semangat kami untuk terus bersemangat menyiapkan segala tugasan yang diberi. Terima kasih kami ucapkan. Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan buat rakan- rakan kami yang sentiasa memberi komitmen yang jitu dalam menyumbangkaan idea demi melaksanakan tugasan yang diberikan kepada kami. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami melengkapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa mahasiswi khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini 1

Upload: nor-adilah

Post on 30-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perwarisan

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1 PEWARISAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t bersyukur kami ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya kami

berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Setinggi-tinggi

penghargaan diucapkan buat Ustaz Muhamad Nizam Bin Jamaludin, pensyarah subjek

Pentadbiran Harta Orang Islam kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu

kepada kami, pelajar Jabatan Syariah dan Undang-Undang semester 5.

Tidak lupa juga buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi galakan dan sokongan

tidak kira moral mahupun material. Kasih sayang mereka juga salah satu penguat semangat

kami untuk terus bersemangat menyiapkan segala tugasan yang diberi. Terima kasih kami

ucapkan.

Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan buat rakan-rakan kami yang sentiasa

memberi komitmen yang jitu dalam menyumbangkaan idea demi melaksanakan tugasan yang

diberikan kepada kami. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami

melengkapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini,

begitulah dominannya peranan mahasiswa mahasiswi khususnya bakal pendidik di negara ini

untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini

1

Page 2: TUGASAN 1 PEWARISAN

1.1 PENGENALAN

Ilmu faraid juga disebut sebagai ilmu mawarith, kata jamak bagi mirath (warisan) yang juga

disebut sebagai turath dan irth yang merupakan kata nama bagi harta pusaka yang diwarisi

oleh si mati. Hal ini disebut dalam Al-Quran, firman Allah SWT :

ض� و�آألر� م�و�ت� آلس� ث� م�ير� �ه� �ل و�ل

Maksudnya: “Dan bagi Allah jualah hak milik segala mirath (warisan) langit dan bumi.”

(Surah Al-Imran : 180)1

Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah diambil daripada Al-Quran dan Al-

Sunnah serta Ijmak ulama. Ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya: “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan

kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa

dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian

yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”

(Surah An-Nisa:7)2

Bagi pewarisan harta pusaka melalui perkahwinan ia melibatkan suami dan isteri. Suami dan

isteri akan mewarisi harta pasangan mereka melalui perkahwinan. Hikmah pewarisan harta

pusaka kepada suami daripada isteri sebagai satu tanda penghargaan kerana suami telah

berusaha mencari rezeki dan mempertahankan isteri. Bagi isteri diberi hak mewarisi harta

suami sebagai pengiktirafan kepada susah payah ketika hidup bersama suami dan bertujuan

meringankan beban hidup selepas ketiadaan suami.3

1 Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.841.2 Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.8413 Al-Wajiz Fi al-Mirath. Abu Eid,’Arif Khalil. Amman: Dar al-Nafais.1992.

2

Page 3: TUGASAN 1 PEWARISAN

1.2 DALIL PENSYARIATAN PERWARISAN HARTA PUSAKA MELALUI

PERKAHWINAN

1) Surah An-Nisa ayat 12 :

�ن ف�إ � �ه�ن� و�ل �ن ل �ك � ي �ن ل � إ و�"ج�ك� ك� أ �ر� ات ف� م''''� � � ن �ك �� و�ل د م� م� م� م� م� ۞

�ة* ي د�و�ص''� � �ر� م� ب ات ع� م�م''� ب''� لر0 �م� �ك د2 ف�ل �ه�ن� و�ل''� ان� ل مك''� ن � د م� ٱ� �ك �ن ل �ك � ي �ن ل � إ ت ر� ا ت''� �ع� م�م''� ب لر0 �ه�ن� د� و�ل � �ه�آ أ �وص�ين� ب م�ي م� م� م� ٱ �� د م� م�د� � � م7 ب ت ر� ا ت''� 0م�ن� م�م''� لث �ه�ن� د2ف�ل � و�ل''� �ك ان� ل �ن ك''� إ � ف''� مو�ل ن د� م� ٱ م� �� د

د� � �ه�آ أ �وص�ون� ب �ة* ت ��و�ص�ي ن م� م�

Maksudnya :“Dan bagi kamu (suami) separuh dari harta yang ditinggalkan oleh isteri kamu

jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri itu mempunyai anak, maka kamu mendapat

seperempat dari harta yang ditinggalkannya, sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau

sesudah dibayar hutangnya. Para isteri kamu mendapat seperempat dari harta yang kamu

tinggalkan dan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para

isteri mendapat seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang

buat atau sesudah dibayar hutang kamu.”4

(Surah An-Nisa : 12)

Penjelasan ayat: Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan siapa yang menjadi ahli waris,

syarat-syarat dan bahagian mereka masing-masing. Allah SWT juga menjelaskan bila saatnya

seseorang berhak pada bahagiannya dan bila saatnya tidak berhak keatas bahagiannya. Imam

al-Qurtubi mengatakan dalam tafsirnya: “Ayat ini termasuk salah satu daripada rukun-rukun

agama, tiang agama daripada tiang-tiang hukum dan satu ibu daripada ibu-ibu ayat. Faraid

sangat tinggi kedudukannya sehingga dikatakan separuh daripada semua ilmu.

1.3 SYARAT-SYARAT PEWARISAN MELALUI PERKAHWINAN

4 Buku Hukum-Hukum Warisan. Muhammad Ali As-Sobuniy. Al-Hidayah Publishers. (2004). Kuala Lumpur.H.24-25

3

Page 4: TUGASAN 1 PEWARISAN

1. Akad perkahwinan antara suami dan isteri yang sah di sisi syarak sama ada berlaku

persetubuhan ataupun tidak adalah merupakan salah satu daripada sebab-sebab

pewarisan.

2. Oleh itu, akad perkahwinan yang fasid, persetubuhan syubhah dan zina adalah

terkeluar daripada sebab pewarisan. Dengan itu, suami dan isteri saling mewarisi di

antara satu sama lain jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia selagi tidak

ada halangan yang menghalanginya. Mereka juga dikenali sebagai “Ashab Al-Furud

Al-Sababiyyah” kerana mereka mewarisi dengan sebab perkahwinan.

3. Berlaku persetubuhan atau tidak antara suami dan isteri tidak menjadi syarat kepada

pewarisan. Oleh itu, sesuatu perkahwinan yang sah di sisi syarak membolehkan suami

isteri saling mewarisi antara satu sama lain walaupun belum berlaku persetubuhan

apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Ini berdasarkan firman Allah

S.W.T. yang bermaksud:

“ Dan bagi kamu ½ dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka

tidak mempunyai anak.Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu akan

nendapat ¼ dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang

mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya.Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula

¼ dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.Tetapi kalau

kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta

yang kamu tinggalkan,sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah

dibayar hutang kamu”. (Al-Quran,Al-Nisa’ 4:12)5

4. Disyaratkan pewarisan pusaka disebabkan oleh perkahwinan terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Hendaklah akad perkahwinan itu sah mengikut syara’ dan jika akad

fasid dan mati salah seorang daripada suami isteri tersebut maka

tidak boleh mewarisi harta bagi pasangan yang masih hidup

tersebut walaupun telah berlaku hubungan kelamin di antara

keduanya.

5 Mohd Zamro Muda,Mohd.Ridzuan Awang. Undang-Undang Pusaka Islam (Perlaksanaan di Malaysia). Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi, Selangor. 2006. Halaman 16-18.

4

Page 5: TUGASAN 1 PEWARISAN

ii) Hendaklah hubungan perkahwinan tersebut masih wujud ketika

berlaku kematian salah satu pihak antara suami dan isteri

tersebut.Pada dasarnya talak raj’i (talak 1 dan 2) tidak

memutuskan perkahwinan selagi orang yang ditalak tersebut itu

masih dalam tempoh iddah.Manakala talak ba’in memutuskan

perkahwinan bermula daripada berlakunya talak itu.

Keadaan Tertentu Dalam Pewarisan Antara Suami Dan Isteri Di Dalam Perkahwinan

5. Para ulama telah bersepakat bahawa apabila berlaku penceraian secara talak raj’i sama

ada suami dalam keadaan sihat atau sakit yang membawa kepada mati (marad al-

mawt), maka suami atau isteri berhak mendapat harta pusaka apabila salah seorang

daripada mereka meninggal dunia selagimana masih berada dalam tempoh iddah.Ini

kerana penceraian secara talak raj’i hukumnya seperti masih lagi suami isteri kecuali

tentang persetubuhan.

6. Jika suami menceraikan isterinya dalam keadaan sihat atau sakit yang bukan

membawa kepada mati secara talak ba’in sughra (seperti penceraian tebus talak atau

khulu’ dan fasakh) atau ba’in kubra (seperti talak tiga), maka sepakat ulama

mengatakan bahawa mereka tidak boleh saling mewarisi di antara satu sama lain

sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia walaupun masih berada

dalam iddah.Ini kerana ikatan perkahwinan itu telah putus dan luputlah salah satu

daripada sebab-sebab pewarisan iaitu perkahwinan.

7. Manakala jika sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak ba’in dalam

keadaan sakit yang membawa kepada mati (marad al-mawt) maka timbul perselisihan

ulama.Menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali bersependapat bahawa mereka

mengatakan bahawa bekas isteri berhak terhadap harta pusaka bekas suaminya

sekiranya masih berada dalam iddah.Manakala menurut Imam Shafi’i ,isteri tidak

boleh mewarisi harta pusaka peninggalan suaminya sama seperti cerai dalam keadaan

sihat.

8. Begitu juga sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak ba’in dalam keadaan

sakit yang membawa kepada mati bertujuan untuk menghalang isterinya daripada

mewarisi hartanya maka bekas isteri tetap berhak mewarisinya.Tetapi sekiranya bekas

isteri meninggal dunia dahulu sebelum bekas suaminya yang dalam keadaan sakit

5

Page 6: TUGASAN 1 PEWARISAN

itu,maka bekas suami itu tidak boleh mewarisi harta peninggalan bekas isterinya.Ini

kerana dia telah menjatuhkan haknya dengan talak ba’in tersebut menurut pendapat

mazhab Hanafi,Maliki, dan Hambali.6

9. Ahli-ahli fiqh bagaimanapun bersependapat bahawa sekiranya kematian suami itu

adalah disebabkan oleh penyakit lain daripada penyakit asalnya di mana dia

melafazkan talak ba’in kepada isterinya maka kesannya ialah bekas isterinya itu tidak

akan mewarisi harta peninggalan bekas suaminya.

1.4 PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SUAMI DAN ISTERI

Pusaka terbahagi kepada dua iaitu : Pusaka melalui fardu (ketetapan) dan pusaka melalui

asabah (harta lebihan). Bagi suami isteri ia adalah pusaka melalui fardu yang ditelah

ditetapkan dalam Al-Quran.7

Suami (Al-Zauj)

Suami dalam pewarisan harta isterinya mendapat satu perdua (1/2) dengan syarat isterinya

tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau anak (lelaki atau perempuan) kepada

anak lelaki (walad al-ibn) sama ada anak tersebut anaknya sendiri atau anak orang lain

termasuk jika anak tersebut adalah anak zina.8

Hal ini berdasarkan Firman Allah SWT :

�ه�ن� و�لد2 �ن ل �ك �م� ي �ن ل �م� إ و�ج�ك �ز� ك� أ �ر� �ص�ف� م�ا ت �م� ن �ك و�ل

Maksudnya: “Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri

kamu, jika mereka tidak mempunyai anak.”

(Surah An-Nisa :12)

Suami memperolehi satu perempat (1/4) daripada pusaka isterinya jika si isteri tidak

mempunyai anak lelaki atau perempuan atau anak kepada anak lelaki (walad al-ibn). Anak itu

sama ada daripada beliau atau daripada orang lain, lelaki mahupun perempuan.

6 Mohd Zamro Muda, Mohd.Ridzuan Awang. Undang-Undang Pusaka Islam (Perlaksanaan di Malaysia). Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi, Selangor. 2006. Halaman 16-18.7Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.856.8Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.857.

6

Page 7: TUGASAN 1 PEWARISAN

Dalilnya ialah firman Allah SWT :

�ن� ك �ر� �ع� م�م�ا ت ب �م� آلر0 �ك �د2 ف�ل �ه�ن� و�ل �ان� ل ف�إن ك

Maksudnya: “Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat dari harta

yang mereka tinggalkan.”

(Surah An-Nisa:12)9

Al-Rahabi menyebut dalam Kitabnya :

Satu perempat pusaka adalah bahagian suami sekiranya si isteri ada anak yang telah

menghalang pusakanya. Ia juga untuk isteri atau isteri-isteri, sekiranya suami tiada anak,

demikian telah ditetapkan.

Isteri atau Isteri-Isteri ( Al-Zaujah)

Isteri atau para isteri berhak memperolehi satu perempat (1/4) pusaka jika si suami tidak

mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki (furud waris). Anak ini sama ada daripada

anaknya atau orang lain sama ada lelaki atau perempuan.

Dalil ialah Firman Allah SWT (Surah An-Nisa :12) :

�د2 �م� و�ل �ك �ن ل �ك �م� ي �ن ل �م� إ �ت ك �ر� �ع� م�م�ا ت ب �ه�ن� آلر0 و�ل

Maksudnya: “Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu

tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak”.10

Isteri dan para isteri layak menerima satu perlapan (1/8) pusaka sekiranya si suami

meninggalkan anak atau anak lelaki kepada anak lelaki sama ada lelaki atau perempuan (furud

waris)

Dalilnya Firman Allah SWT :

9Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.859.10Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.859.

7

Page 8: TUGASAN 1 PEWARISAN

�م �ت ك �ر� 0م�ن� م�م�ا ت �ه�ن� آلث �د2 ف�ل �م� و�ل �ك �ان� ل �ن ك ف�إ

Maksudnya: “Tetapi kalau kamu mempunyai anak, bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah

satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan.”

(Surah An-Nisa:12)

Al-Rahabi menyebut dalam syairnya :

Satu perlapan adalah untuk isteri atau para isteri, Jika bersamanya al-Ibn atau al-Bint, atau

bersamanya walad a-Ibn, Oleh itu ketahuilah, tanpa ragu-ragu bahawa kebersamaan ini

merupakan syaratnya.11

1.5 SITUASI ATAU KES YANG BERKAITAN SUAMI-ISTERI

Perkahwinan di Luar Negara

Contoh 1:

11Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.860.

8

Page 9: TUGASAN 1 PEWARISAN

Seorang pasangan telah berkahwin di luar negara terutama di negara jiran, adakah

boleh salah seorang pasangan menerima harta pusaka. Bagi kes ini seperti ini sebahagian

masyarakat tidak mengetahui status sebenar pasangan yang ditinggalkan sama ada berhak atau

tidak mewarisi harta suami atau isteri mereka sedangkan mereka ini telah berkahwin diluar

negara contohnya di Selantan Thailand.

Jawapannya, perkahwinan pasangan mestilah sah di sisi hukum syarak. Sekiranya

syarat telah dilaksanakan dan mendapat pengesahan Mahkamah Syariah, tidak kira di mana

pasangan berkahwin tetap dikira sah. Kebiasaannya perkahwinan diluar negara terutama di

Thailand diragui kesahihannya kerana terbukti perkahwinan tidak sah di sisi syarak terutama

dalam hal berkaitan wali. Bagi sesetengah pasangan mereka dikahwinkan oleh mereka yang

tidak bertanggungjawab sekadar untuk mendapatkan wang. Perkahwinan diluar negara juga

tidak sah disebabkan jarak di antara tempat perkahwinan dan tempat tinggal wali tidak

melebihi dua marhalah. Sekiranya perkahwinan pasangan sah, maka pasangan berhak

mewarisi harta pusaka.12

Contoh 2 :

Seorang mati meninggalkan dua orang isteri dan enam orang anak. Isterinya yang

pertama telah dikahwini di Naratiwat Thailand. Isteri kedua telah mempertikaikan tentang

kesahihan perkahwinan suami dengan isteri pertama dan isteri pertama gagal mengemukakan

pengesahan Mahkamah Syariah. Maka isteri pertama telah menarik diri daripada menerima

harta pusaka. Maka isteri kedua tidak dapat mewarisi harta pusaka kerana perkahwinan yang

tidak sah.13

Contoh Kes Penerima Secara Fardu dan Asabah Yang Melibatkan Suami dan Isteri.

Contoh 1 :

Isteri mati meninggalkan suami, ibu dan adik beradik (L) seibu dan sebapa. Suami berhak

mewarisi satu perdua 1/2 harta isterinya kerana tiada furu’ waris. Ibu pula menerima satu

12Mengurus Harta Pusaka Asas Pembahagian Harta Secara Faraid. Wan Abdul Halam Wan Harun.Pts. Selangor.2012.H.29-30.13Mengurus Harta Pusaka Asas Pembahagian Harta Secara Faraid. Wan Abdul Halam Wan Harun.Pts. Selangor.2012.H.31.

9

Page 10: TUGASAN 1 PEWARISAN

pertiga 1/3 kerana tiada furu’waris dan tiada adik beradik yang lain. Manakala adik beradik

memperolehi baki secara asabah kerana beliau lelaki dan tiada siapa yang menghalangnya.

6

1/2 Suami 3

1/3 Ibu 2

Asabah Adik Beradik (L) Seibu-

Sebapa

1

Hasil darab pembawah 1/2 dan 1/3 ialah 6. Maka harta ini dibahagikan kepada 6 bahagian.14

Contoh 2 :

Suami mati meninggalkan isteri, ibu, adik beradik(P) seibu dan adik beradik (L) seibu sebapa.

Maka isteri menerima 1/4 kerana tiada furu’ waris. Ibu pula menerima 1/6 kerana mempunyai

adik-beradik. Manakala adik-beradik (P) Seibu menerima 1/6 kerana seorang sahaja dan tiada

yang menghalangnya. Adik-beradik (L) Seibu-sebapa memperolehi baki melalui asabah.

Angka pembahagi ialah 12 kerana pembawahnya adalah 1/6 dan 1/4 dan 1/2 .15

12

1/4 Isteri 3

1/6 Ibu 2

1/6 Adik-beradik (P) Seibu 2

Asabah Adik-beradik (L) Seibu-

Sebapa

5

Contoh 3:

Isteri mati meninggalkan suami, anak perempuan kepada anak lelaki dan anak lelaki kepada

adik beradik lelaki seibu sebapa. Maka suami mendapat ¼ pusaka isterinya kerana

mempunyai furu’ waris iaitu anak perempuan kepada anak lelaki. Anak perempuan kepada

14Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.958.15Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.H.961

10

Page 11: TUGASAN 1 PEWARISAN

anak lelaki menerima 1/2 kerana tiada yang menghalangnya. Anak lelaki kepada adik beradik

lelaki seibu sebapa adalah asabah dan menerima semua baki.

4

1/4 Suami 1

1/2 Anak (P) kepada Anak

(L)

2

Asabah Anak (L) kepada adik-

beradik (L) seibu-

sebapa

1

Angka pembahagi adalah 4 kerana pembawah adalah 1/2 dan 1/4.

PENUTUP

Segala puji bagi Allah SWT pemilik mata air cinta yang tiada pernah kering kerana

dengan aliran kasih sayang-Nya bersyukur kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik.

11

Page 12: TUGASAN 1 PEWARISAN

Daripada tugasan ini kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai pewarisan melalui

perkahwinan yang melibatkan suami dan isteri. Selain itu, daripada tugasan membuka

pemikiran kita dengan lebih meluas terhadap ilmu faraid yang merupakan separuh ilmu

daripada semua ilmu dan Rasulullah SAW sendiri mengalakkan kita umatnya mempelajari

ilmu faraid berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Pelajarilah kamu Al-Quran dan ajarlah kepada orang lain, pelajarilah ilmu faraid dan ajarlah

kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan meninggalkan kamu. Sesungguhnya ilmu ini akan

dicabut dan akan menjadi fitnah, sehingga dua orang akan bersengketa tentang harta warisan

dan mereka tidak memjumpai orang yang mengadili mereka.”

Disamping itu, hasil tugasan ini juga dapat kami memahami setiap bahagian yang

diperolehi oleh setiap waris si mati. Semoga hasil tugasan dapat diaplikasikan dalam

melaksanakan tugasan yang lain dengan lebih sempurna dan mampu diperaktikkan dalam

dalam kehidupan harian.

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim.

12

Page 13: TUGASAN 1 PEWARISAN

2.Kitab Fikah Mazhad Syafie. Dr Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-

Syarbaji. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.2003.

3.Mengurus Harta Pusaka Asas Pembahagian Harta Secara Faraid. Wan Abdul Halam Wan

Harun.Pts. Selangor.2012.

4.Kitab Al-Wajiz Fi al-Mirath. Abu Eid,’Arif Khalil. Amman: Dar al-Nafais.1992.

5.Buku Hukum-Hukum Warisan. Muhammad Ali As-Sobuniy. Al-Hidayah Publishers. Kuala

Lumpur.2004.

6. Mohd Zamro Muda, Mohd.Ridzuan Awang. Undang-Undang Pusaka Islam (Perlaksanaan

di Malaysia). Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi, Selangor. 2006.

13