tugas, sumbangan dan pencapaian gc

4
TUGAS, SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN ANA SAFIAH @ RAHILAH BT ALAWI GC BAHASA MELAYU SK BANDARAN SIBU NO.3

Upload: noraini-razali

Post on 11-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Tugas, Sumbangan Dan Pencapaian Gc

TUGAS, SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN

ANA SAFIAH @ RAHILAH BT ALAWIGC BAHASA MELAYU

SK BANDARAN SIBU NO.3

Page 2: Tugas, Sumbangan Dan Pencapaian Gc

SEPINTAS LALU… Puan Ana Safiah merupakan seorang guru kelahiran

Sabah. Beliau dilahirkan di Sabah. Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Pekan Semporna, beliau kemudiannya menyambung persekolahan di Kota Kinabalu setelah keluarganya menetap di situ. Ayahnya berasal dari Johor dan bertugas sebagai guru di Sabah ketika itu.

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat STPM, beliau mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan asas di Institut Bahasa pada tahun 1989 sehingga Oktober 1991, dalam bidang Pengajian Melayu. Selepas itu beliau telah ditempatkan untuk mengajar di SK Bandar II, Tawau ,Sabah. Beliau kemudiannya berpindah ke Kota Kinabalu dan bertugas di SK Pulau Gaya bermula Jun 1993 dan kemudian berpindah pula ke SRK St.Agnes Likas pada 1995.

Page 3: Tugas, Sumbangan Dan Pencapaian Gc

Pada tahun 2004, beliau telah berpindah ke Sibu Sarawak kerana suami beliau adalah anak tempatan Sarawak. Beliau ditempatkan di SK Bandaran Sibu No.3. Di sekolah ini, beliau telah menggunakan pengalaman serta kepakaran beliau dalam menyumbang kejayaan pelajar-pelajarnya dalam pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu. Kerana ketrampilan yang ada padanya, beliau telah diberi beberapa tanggungjawab seperti setiausaha kurikulum sekolah serta ketua panitia Bahasa Melayu. Selaku setiausaha kurikulum dan ketua panitia Bahasa Melayu di sekolah ini, beliau terlibat secara langsung dalam program-program motivasi pelajar yang diadakan saban tahun, sama ada sebagai penceramah mahupun fasilitator.

Page 4: Tugas, Sumbangan Dan Pencapaian Gc

Beliau turut aktif di peringkat Bahagian Sibu sebagai penceramah dalam membantu meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah Daerah Sibu apabila dilantik sebagai Jurulatih utama dalam pelan meningkatkan Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu Daerah Sibu . Malah beliau turut menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam membantu daerah/bahagian lain juga sebagai penceramah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penglibatan aktif beliau dalam membantu kecemerlangan sekolah ini turut diiktiraf sekali lagi dengan penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007 . Beliau juga merupakan pemegang Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak kategori Emas pada tahun 2011.

Pada tahun 2014, membimbing pasukan pantun Sibu hingga ke Pesta Pantun peringkat kebangsaan yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur