e book modul frog vle siri 2 - gc

102
Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG DAERAH MUAR DAN LEDANG Terbitan : Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang Tahun 2014

Upload: ahmad-sharimi

Post on 22-Jul-2015

90 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: E book modul frog vle siri 2 - gc

Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG DAERAH MUAR DAN LEDANG

Terbitan :

Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang

Tahun 2014

Page 2: E book modul frog vle siri 2 - gc

i

MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG

DAERAH MUAR DAN LEDANG

1. Esa Bin Sudar - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Serom

2. Muhammad Hafifi Bin Radzuwan - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tangkak

3. Abdul Hadi Bin Md Zin - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Lenga

4. Abdul Rashid Bin Abdul Wahab - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Lenga

5. Dol Rahim Bin Nikmat - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bukit Gambir

6. Mohd Arshad Bin Haron - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Bunga

7. Hj. Baharom Bin Haron - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Jalan Tunku Bendahara

8. Zarifah Binti Zakaria - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Jalan

Tunku Bendahara

9. Anita Binti Aim@Ibrahim - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Setongkat

10. Teh Teow Yen - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bakri

11. Mohd Adnan Bin Redzuan - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Jawa

12. Akhbar Bin Ibrahim - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Jawa

13. Che Mohd Nasir Bin Md Yusof - Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sungai Balang

14. Rodizah Binti Hashim - SK Sungai Abong

15. Mohd Hanafiah Bin Md Yusof - SK Ledang

16. Abd Rahman Bin Mohd Amin - SK Bakri Batu 5

17. Aziz Bin Atan - SK Parit Bunga

18. Fairuz Bin Abdullah - SMK Pekan Baru

PANEL PENULIS

Page 3: E book modul frog vle siri 2 - gc

ii

MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG

DAERAH MUAR DAN LEDANG

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 1

2. Objektif 1

3. Pembelajaran Maya 1

4. Frog VLE (Virtual Leaning Enviroment) 2

5. Model Reka Bentuk Instruksional 3

5.1 Rekabentuk Pengajaran Smith & Ragan 4

Modul 1 : Membina Laman PdP 6

Modul 2 : Berkongsi Laman PdP 34

Modul 3 : Menyemak dan Menguruskan Tugasan Murid 53

Modul 4 : Menggunakan Aplikasi Google Drive 76

KANDUNGAN

Page 4: E book modul frog vle siri 2 - gc

Disediakan oleh:

Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang

1.0 PENGENALAN

Frog Virtual Learning Environment (VLE) telah disediakan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia sebagai pelantar pembelajaran maya yang boleh digunakan

oleh guru, murid dan ibu bapa. Sebagai suatu pelantar pembelajaran yang interaktif,

penggunaan Frog VLE tidak terhad kepada penggunaan di sekolah sahaja. Malah

Frog VLE juga boleh diakses di luar kawasan sekolah menggunakan capaian

internet yang boleh digunakan sebagai pelantar pembelajaran kendiri.

2.0 OBJEKTIF

Modul ini dihasilkan bertujuan untuk:

a) Menjelaskan konsep pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran

(PdP) menggunakan model reka bentuk instruksional.

b) Menjelaskan tatacara penghasilan bahan PdP menggunakan perisian

persembahan Powerpoint.

c) Menjelaskan tatacara menghasilkan Laman PdP Frog VLE menggunakan

pengintegrasian persembahan Powerpoint.

3.0 PEMBELAJARAN MAYA

Pembelajaran Maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang dihubungkan

secara terus dengan internet dan intranet yang menggunakan media elektronik

sebagai medium pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini, murid boleh

MODUL LATIHAN FROG VLE GURU CEMERLANG

DAERAH MUAR DAN LEDANG

1

Page 5: E book modul frog vle siri 2 - gc

mendapatkan maklumat dan membantu pembelajaran di dalam dan luar kelas. PdP

boleh dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.

“Pembelajaran maya bermaksud pembelajaran dilakukan secara penghantaran dan

akses ke koleksi bahan-bahan pengajaran yang berkoordinasikan ke atas media

elektronik dengan menggunakan „web server‟ untuk menyebarkan bahan tersebut

atau „web browser‟ untuk mengaksesnya dan Protocol Internet (IP) dan Protokol

Pemindahan HyperText (HTTP) sebagai perantara (pertukaran).” (Alan Jolliffe,

Jonathan Ritter dan David Stevens, 2001)

4.0 FROG VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT)

Frog VLE merupakan pelantar pembelajaran yang digunakan berasaskan ‘cloud’

yang membolehkan guru, murid dan ibu bapa menerapkan pembudayaan ICT dalam

persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Pengguna Frog VLE digalakkan untuk

mengakses pelantar pembelajaran maya ini melalui capaian internet 1Bestarinet.

Setiap pengguna Frog VLE juga mempunyai Frog ID yang disediakan oleh pihak

KPM untuk log masuk ke dalam sistem dan seterusnya menggunakan semua

kemudahan yang disediakan.

2

Page 6: E book modul frog vle siri 2 - gc

5.0 MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL

Reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta amalan pengajaran yang

terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan persekitaran

pembelajaran yang memudahkan PdP sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey,1986).

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat

mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk

instruksional yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan PdP

yang merangkumi perkara asas berikut:

a) Menentukan keperluan murid

b) Menentukan matlamat dan objektif

c) Membina prosedur penilaian

d) Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

e) Mencuba sistem pengajaran

f) Menilai keseluruhan sistem

Tujuan utama reka bentuk instruksional adalah untuk menghasilkan bahan

PdP yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan

dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan sistematik

dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru.

Terdapat banyak model reka bentuk instruksional yang boleh digunakan

untuk menghasilkan bahan PdP yang berkesan. Antaranya ialah Model ADDIE (Dick

& Carey, 1978) yang banyak digunakan dalam pembangunan bahan PdP. Model

ADDIE mempunyai lima komponen utama iaitu:

(1) Analisis

(2) Reka bentuk

(3) Pembangunan

(4) Implimentasi

(5) Penilaian

3

Page 7: E book modul frog vle siri 2 - gc

Walau bagaimanapun, modul ini akan menggunakan model reka bentuk

instruksional Smith & Ragan (2005) yang terdiri daripada tiga aktiviti utama iaitu

analisa, strategi dan penilaian. Model ini telah dibina berdasarkan model-model

reka bentuk instruksional yang lain. Perbezaan utama antara model ini dengan

model-model yang lain ialah penekanan yang teliti dalam aspek strategi

instruksionalnya. Ketelitian ini tidak banyak terdapat dalam model-model reka bentuk

instruksional yang lain (Gustafan & Branch, 2002). Berikut adalah gambaran visual

Model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005, p.10).

4

Page 8: E book modul frog vle siri 2 - gc

5.1 Rekabentuk Pengajaran Smith & Ragan

Instructional Design merupakan satu proses yang sistematik yang dapat

merangkakan prinsip-prinsip dalam pengajaran. Bagi model rekabentuk

pengajaran oleh Smith & Ragan, ia terbahagi kepada 3 fasa utama iaitu:

1. Analisis

2. Strategi

3. Penilaian

Analisis Strategi Penilaian

Aspek analisis menjurus kepada analisis berkaitan kawasan sekitar dan

analisis kumpulan sasaran. Analasis persekitaran pembelajaran (learning

environment) seperti pelaksanaan PdP di bilik komputer, di makmal sains dan

sebagainya. Analisis mengenai kumpulan sasaran seperti kemahiran yang

sepatutnya dikuasai oleh pelajar, kemahiran sedia ada pelajar dan

analisis mengenai jenis-jenis tugasan yang akan diberikan kepada pelajar

seperti penggunaan kuiz, latihan, ujian dan sebagainya.

Bagi aspek strategi, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi

penekanan seperti strategi penyampaian, bahan yang akan digunakan dalam

proses penyampaian dan kandungan isi pelajaran.

Akhir sekali ialah aspek penilaian yang terbahagi kepada dua bahagian

iaitu penilaian serentak (concurrently) dan penilaian berterusan (iteratively).

Penilaian concurrently merupakan penilaian yang dilakukan sebaik sahaja

sesuatu sesi pengajaran itu tamat contohnya dengan adanya quiz,

ujian bulanan atau peperiksaan. Manakala penilaian yang iterative ini,

merupakan satu penilaian berterusan sehingga ia mencapai objektif yang

ditetapkan.

5

Page 9: E book modul frog vle siri 2 - gc

MODUL 1: MEMBINA LAMAN PDP

1.1 DEFINISI LAMAN PDP DALAM FROG VLE

1. Site digunakan sebagai sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.

2. Site juga boleh digunakan untuk menggantikan Dashboard agar dapat dilihat oleh orang

lain.

3. Site boleh dikongsi (share) bersama rakan-rakan guru atau pelajar-pelajar dari sekolah

yang sama.

4. Pelajar tidak boleh membuat Site yang baru tetapi guru boleh melantik pelajar sebagai

pengurus kepada sesebuah site.

5. Untuk membuat Site yang baik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, ianya

haruslah mempunyai sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut:

1. Objektif

2. Pengenalan

3. Isi kandungan

4. Aktiviti

5. Pengukuhan

6. Refleksi

7. Perbincangan

6

Page 10: E book modul frog vle siri 2 - gc

1.2 LANGKAH-LANGKAH MEMBINA LAMAN PDP

a. Taip alamat url untuk log masuk akaun Frog VLE ( https://KODSEKOLAH.1bestarinet.net)

b. Taipkkan Yes ID dan Password pada ruangan yang ditetapkan, kemudian klik ‘login’

7

Page 11: E book modul frog vle siri 2 - gc

c. Untuk membina laman yang baru, klik pada menu Quick Launch kemudian klik pada icon

sites.

d. Kemudian, klik pada ikon New Site

8

Page 12: E book modul frog vle siri 2 - gc

e. Taipkan nama laman yang hendak dibina kemudian klik Next untuk langkah seterusnya.

d. Pilih tema dan ikon yang sesuai, kemudian klik Next untuk langkah seterusnya.

f. Buat penetapan laman PdP VLE anda.

9

Page 13: E book modul frog vle siri 2 - gc

g. Jenis-jenis theme yang dicadangkan

10

Page 14: E book modul frog vle siri 2 - gc

h. Pilih kategori, kemudian klik Add, Pilih subjek, kemudian klik Add, Pilih darjah/tingkatan, kemudian klik Add,

i. taipkan kata kunci untuk memudahkan carian laman ini, klik Add. Kemudian Klik Create Site untuk meneruskan langkah seterusnya.

11

Page 15: E book modul frog vle siri 2 - gc

j. Tahniah, anda telah berjaya membina laman pembelajaran.

12

Page 16: E book modul frog vle siri 2 - gc

1.2.1 MEMBINA LAMAN INFORMASI

1.2.1.1 Klik edit untuk menyunting laman

1.2.1.2 Klik pada tab layout.

Layout membolehkan anda menukar bilangan dan kedudukan kotak di laman anda.

Klik butang 1 dan pilih susun atur seperti yang ditunujukkan seperti di bawah.

13

Page 17: E book modul frog vle siri 2 - gc

Halaman anda akan kelihatan seperti berikut:

1.2.1.3 Menambah tab/page pada laman.

Untuk menambah tab/page, klik pada tanda + di sebelah kanan tab/page.

1.2.1.4 Menukar nama tab/page.

Untuk menukarnya, anda perlu berada dalam mode edit terlebih dahulu.

Klik New Tab.

Apabila warna teks bertukar menjadi putih dengan latar biru, ia sudah sedia untuk di

edit.

14

Page 18: E book modul frog vle siri 2 - gc

Contoh tab/page yang dibina:

1.2.1.5 Widget yang popular digunakan dalam laman informasi

1.2.1.6 Langkah-langkah menggunakan widget.

Widget boleh dimasukkan ke dalam lajur di laman anda untuk menambah kandungan

seperti teks, video dan imej.

15

Page 19: E book modul frog vle siri 2 - gc

1.2.1.7 Menambah widget Text ke dalam laman.

Pilih widget Text dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman.

Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

Klik kotak teks yang mengandungi perkataan sample text untuk membuka tetapan widget

tersebut.

Taipkan ke dalamnya teks yang anda ingin masukkan.

16

Page 20: E book modul frog vle siri 2 - gc

Untuk menukar format tulisan, pilih teks dan kemudian klik ikon yang terdapat di sebelah kiri

untuk mengubah format yang dikehendaki.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

1.2.1.8 Menambah widget Media ke dalam laman.

Pilih widget Media dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman.

Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

17

Page 21: E book modul frog vle siri 2 - gc

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Media tersebut.

Widget Media digunakan untuk memaparkan imej atau video.

Sekira ingin memasukkan faill dari komputer atau USB, klik butang Upload pada bahagian

Choose Media untu membuka File Uploader.

Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail-fail dari dari komputer anda.

Fail-fail imej untuk dimuat naik.

Pilih imej dan klik butang open

18

Page 22: E book modul frog vle siri 2 - gc

Setelah imej selesai dimuat naik, klik butang done

Anda boleh menetapkan saiz imej tersebut.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

19

Page 23: E book modul frog vle siri 2 - gc

Sekiranya ingin memasukkan video, taip ‘Ikan Hiasan’ ke dalam bar carian.

Klik butang Pin Point untuk mencari video.

Video dan imej akan dicari dalam beberapa saat.

Pilih video youtube berikut dari Pin Point.

Klik butang Use untuk memasukkan ke dalam laman anda.

20

Page 24: E book modul frog vle siri 2 - gc

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Klik butang x untuk mendapatkan paparan laman anda dengan penuh.

1.2.1.9 Menambah widget Scorm ke dalam laman. Pilih widget Scorm dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

21

Page 25: E book modul frog vle siri 2 - gc

Kedudukan icon Scorm selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman.

Kemudian, klik 2 kali pada icon Scorm tersebut untuk mencari tajuk pilihan menerusi Search

Scorm files.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan

1.2.1.10 Menambah widget Embed website ke dalam laman.

Pilih widget Embed website dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan

kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.

22

Page 26: E book modul frog vle siri 2 - gc

Kedudukan icon Embed Website selepas berjaya dimasukkan ke dalam laman.

Kemudian, klik 2 kali pada icon Embed Website tersebut untuk membuat tetapan.

Masukkan URL laman yang dikehendaki

Tukar saiz paparan

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan

Contoh kuiz interaktif yang telah dimasukkan ke dalam laman

23

Page 27: E book modul frog vle siri 2 - gc

1.2.1.11 Menambah widget Wall ke dalam laman. Pilih widget Wall dan seret ia ke dalam kotak

kandungan laman.

Widget ini boleh digunakan untuk mengadakan perbincangan atau maklum balas

bersama pelajar secara atas talian.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Keluar daripada edit mode.

Masukkan isu atau soalan yang ingin dibincangkan diruangan yang ditetapkan.

Klik Post

Isu atau soalan akan tertera dan perbincangan boleh dimulakan apabila laman ini

dikongsikan kepada pelajar.

Pelajar boleh memberi maklum balas dengan klik pada butang reply

24

Page 28: E book modul frog vle siri 2 - gc

1.2.2 MEMBINA LAMAN TUGASAN

1. Bagi menmberikan tugasan kepada pelajar, guru perlu menggunakan 4 widget yang biasa

digunakan dalam memberi tugasan kepada pelajar iaitu:

Text Activity File Drop Scorm Quiz

2. Penggunaan widget ‘Text Activity’ ialah untuk membolehkan guru memasukkan arahan untuk

tugasan yang akan diberikan . Setelah tugasan dihantar kepada pelajar, pelajar boleh

memasukkan pula jawapan mereka dan menghantar semula tugasan tersebut kepada guru

untuk disemak . Contoh langkah menggunakan widgets ini seperti berikut

2.1. Seret widget Text Activity ke ruang layout yang kita sediakan

2.2 Kemudian klik pada ikon untuk melihat ruangan teks yang hendak ditaip

25

Page 29: E book modul frog vle siri 2 - gc

2.3 Taipkan teks arahan tugasan yang perlu pada ruang yang disediakan kemudian akan muncul

dalam widget Text Activity seperti contoh di bawah. Langkah seterusnya klik butang Save

Changes

3. Penggunaan File Drop ialah untuk memuatnaik fail untuk digunakan bagi memberi tugasan

kepada pelajar contohnya fail lembaran kerja yang telah dibina oleh guru.

File Drop boleh digunakan bersama dengan widget teks

3.1. Seret widgets File Drop ke ruang layout yang kita sediakan

3.2. Paparan File Drop akan ditunjukkan seperti di bawah kemudian klik Save Changes untuk

menyimpan fail dan tutup paparan widgets dengan mengklik tanda X

26

Page 30: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.3. Klik butang Upload bagi memuat naik fail/bahan yang anda ingin pelajar muat turun

sebagai bahan tugasan yang diperlukan.

3.4. Fail Klik Choose File untuk memilih fail dari pemacu dimana fail disimpan .

3.5. Pilih Fail , klik open dan kemudian klik butang Done

27

Page 31: E book modul frog vle siri 2 - gc

4. SCORM WIDGET membolehkan kandungan SCORM (Sharable Content Object Reference Model)

dipaparkan dalam laman. SCORM widget mengandungi fungsi carian modul interaktif supaya

anda boleh mencari dan menggunakan kandungan SCORM percuma yang dibekalkan oleh KPM

4.1 Seret widgets Scorm ke ruang layout yang kita sediakan

4.2 Dwiklik (A) ikon Scorm untuk mencari bahan fail yang hendak dimuatnaik sebagai bahan

pengajaran atau tugasan yang ada dalam modul KPM. (B) Paparan ruang carian akan

dipaparkan di sebelah kiri dan taipkan bahan modul yang hendak dicari seterusnya klik

butang carian , contoh Kata Nama maka (C)senarai tajuk yang berkaitan akan

disenaraikan dibawah. Klik tajuk yang dipilih dan klik butang Save

(A)

)

(B)

)

(C)

)

28

Page 32: E book modul frog vle siri 2 - gc

5. Seret widgets Quiz ke ruang layout yang kita sediakan

5.1. Klik pada kotak susnatur kuiz untuk melihat tatapan import kuiz disebelah kiri

5.2. Klik butang import untuk memilih kuiz yang disenaraikan atau untuk membina kuiz yang

baru

29

Page 33: E book modul frog vle siri 2 - gc

5.3 Klik New Quiz untuk membina kuiz yang baru

5.3.1. lengkapkan maklumat pada paparan kuiz yang baru seperti dibawah dan kemudian klik butang

Add Questions untuk memilih jenis soalan kuiz

5.3.2 Ada 4 jenis format soalan kuiz yang boleh dipilih seperti berikut:

30

Page 34: E book modul frog vle siri 2 - gc

5.3.3. Contoh kuiz – Free Format Text.

Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Free Format Text. Klik butang tambah untuk menambah

soalan seterusnya

5.3.4. Contoh kuiz – True/False.

Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz True/False . Klik butang tambah untuk menambah soalan

seterusnya

Langkah 1. Taipkan soalan pada ruang soalan yang disediakan

Langkah 2. Taipkan jawapan dan klik butang +

Langkah 3. Taipkan respon jika jawapan betul.

Langkah 1. Taipkan soalan pada ruang soalan yang disediakan

Langkah 2. Klik butang jawapan yang betul

31

Page 35: E book modul frog vle siri 2 - gc

5.3.5. Contoh kuiz – Multiple Choice

Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Multiple Choice . Klik butang tambah untuk menambah soalan

seterusnya

5.3.6. Contoh kuiz – Multiple Choice Images

Ikuti langkah berikut untuk membina kuiz Multiple Choice Images . Klik butang tambah untuk

menambah soalan seterusnya.

Klik butang jawapan yang betul

Klik butang jawapan yang betul

32

Page 36: E book modul frog vle siri 2 - gc

1.3 MEMBINA LAMAN MENGGUNAKAN TEMPLATE

Pilih kategori, kemudian klik Add,

Pilih subjek, kemudian klik Add,

Pilih darjah/tingkatan, kemudian klik Add,

Taipkan kata kunci untuk memudahkan carian laman ini, klik Add. Tandakan pada Set this site as a template Kemudian Klik Create Site untuk meneruskan langkah seterusnya.

Di ruangan Templates, anda dapat melihat laman yang telah ditag sebagai Template.

Template adalah sama seperti laman-laman yang lain dan direka bagi membolehkan pengguna ( yang diberi akses) memasukkan kandungan mereka.

Untuk membuat Template laman, tag kategori mesti ditetapkan sebagai Templates.

Ia boleh dilakukan ketika laman dihasilkan atau tag ditambah pada laman yang sedia ada. Templates laman dipaparkan dalam warna jingga.

33

Page 37: E book modul frog vle siri 2 - gc

2.0 Berkongsi Laman PdP

Laman PdP (sites) yang anda bina boleh dikongsi (Share) sebagai laman

infomasi dengan pengguna yang lain sama ada untuk dikongsi secara umum

( Public) atau secara ketetapan individu dan berkumpulan ( Private).

Langkah permulaan Log Masuk ke dalam akaun anda. Kemudian sila klik pada

Quick Launch

Klik Quick

Launch.

Langkah 1

Klik pada Sites

Langkah 2

34

Page 38: E book modul frog vle siri 2 - gc

Setelah laman informasi anda dipaparkan klik ( share) pada frog bar.

Langkah 3.1

Klik pada My Sites .

Langkah 3.2

Pilih laman informasi yang hendak dikongsi (Share)

35

Page 39: E book modul frog vle siri 2 - gc

Anda boleh menukar tag-tag laman di ruangan ini. Jika tiada perubahan, klik butang Next untuk meneruskannya.

Langkah 4

Pilih Share

Tag – tag ini yang telah anda tetapkan semasa permulaan pembinaan Sites.

Pilih Next

Langkah 6

Langkah 5

Jika ada perubahan atau penambah tag pastikan butang Add di tekan. Jika tiada perubahan terus tekan butang Next

36

Page 40: E book modul frog vle siri 2 - gc

2.1 Tetapan semua pengguna Mengakses Laman Infomasi (Public)

Terdapat dua pilihan iaitu Public dan Private ,Pilih Public.

Public : Pilihan ini akan menjadikan laman anda sebagai laman umum yang boleh

dilihat oleh seluruh warga sekolah. Anda bagaimanapun boleh menentukan

tahap akses pengguna berdasarkan:

• Can contribute – Pengguna boleh menyumbang di bahagian interaktif

laman seperti Forum, Wall dan File Drop.

• Can view – Pengguna hanya dibenarkan untuk melihat laman.

Selepas anda tetapkan tahap akses , klik Share.

Laman PdP anda telah berjaya dikongsi secara Public.

Pilih

Public

Pilih Can contribute atau

Can view

Klik butang Share

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

37

Page 41: E book modul frog vle siri 2 - gc

2.2 Tetapan Pengguna atau Kumpulan Tertentu Mengakses Laman Infomasi

(Private)

Terdapat dua pilihan iaitu Public dan Private ,Pilih Private.

Private – Pilihan ini akan menjadikan laman anda terhad iaitu hanya untuk

pengguna yang disenaraikan di dalam ruangan 'Who has access' sahaja.

Pilih Private

Langkah 1

38

Page 42: E book modul frog vle siri 2 - gc

Taipkan nama atau kumpulan yang dikehendaki, kemudian pilih dan tekan Add.

Setelah pengguna atau kumpulan telah dipilih , anda perlu menetapkan tahap akses

untuk pengguna atau kumpulan dalam tersebut.

Terdapat tiga pilihan iaitu:

• Can edit & manage – Pengguna boleh mengubahsuai (edit) laman - menambah

widget, menambah/memadam kandungan,menukar tahap

akses dan lain-lain.

• Can contribute – Pengguna boleh menyumbang maklumat di bahagian

interaktif laman seperti Forum, Wall dan File Drop.

• Can view – Pengguna hanya boleh mengakses laman sahaja.

Langkah terakhir adalah menekan butang Share. Laman anda telah berjaya dikongsi

Masukkan Nama atau kumpulan yang hendak dipilih

Langkah 2

Langkah 3

Tekan Add untuk pilih.

Langkah 4

Pilih ketetapan : -Can edit & manage - Can contribute , atau - Can view

Tekan butang Share

Langkah 5

39

Page 43: E book modul frog vle siri 2 - gc

2.3 Menghantar tugasan secara individu Anda hendaklah memilih laman informasi terlebih dahulu (sites). Klik Share atau

kongsi pada Frog Bar. Setelah itu, tetingkap Share atau Assign akan

terbuka.

Klik

Assign

40

Page 44: E book modul frog vle siri 2 - gc

Isikan maklumat yang berkaitan dan masukkan nama tugasan anda ke dalam ruang assignment name. Gunakan menu subject untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan tugasan tersebut.

Dalam ruangan Recipients taipkan nama pengguna yang akan menerima tugasan ini.

Setelah selesai klik butang Add unuk memasukkan nama tersebut ke dalam senarai.

41

Page 45: E book modul frog vle siri 2 - gc

2.4 Menghantar Laman Sebagai Tugasan Kumpulan

Dalam kotak Recipients masukkan nama kumpulan yang ingin ditetapkan.

Sebaik sahaja nama kumpulan terpapar, klik 'add' untuk memilihnya. Anda

boleh memilih lebih daripada satu kumpulan.

2.5 Menukar Kumpulan Penerima kepada Individu Kumpulan penerima ini juga boleh ditukar kepada pengguna secara individu.

Ini berguna jika ada seseorang dalam kumpulan itu tidak dikehendaki menerima

tugasan itu.

Langkah 1 : Klik pada butang 'Convert to individuals'.

42

Page 46: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 2 : Kemudian klik 'Ok'.

Kumpulan akan dipecahkan kepada pengguna individu. Guru boleh memadam

individu yang tidak dikehendaki.

Langkah 3: Klik pada tanda pangkah untuk mengeluarkan pelajar daripada senarai

kumpulan. Kemudian Next untuk sambung.

43

Page 47: E book modul frog vle siri 2 - gc

Tugasan yang dihantar kepada pelajar boleh mempunyai tarikh akhir. Guru boleh

menetapkan bila tarikh akhir tugasan yang perlu dihantar oleh murid.

Langkah 1: Klik pada kotak 'Assignment due' .Gunakan kalendar kecil untuk

memilih tarikh.

Langkah 2 : Masukkan arahan untuk tugasan dalam 'Instruction'.

Arahan ini akan berbeza daripada arahan yang dimasukkan dalam widget

aktiviti.

44

Page 48: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 3 : Untuk mendapat maklum balas pelajar tentang tugasan yang diberi, klik

kotak Ask for Self Evaluation. Seterusnya klik 'Assign'.

Mesej akan muncul untuk memaklumkan tugasan yang telah dihantar. Tugasan tersebut

akan dihantar kepada pelajar yang telah disenaraikan. Pelajar akan menerima satu

mesej di dalam panel 'Notification' berkaitan tugasan yang diberi.

45

Page 49: E book modul frog vle siri 2 - gc

PROSES MENGHANTAR LAMAN PDP KE MOE REPOSITORY

Langkah 1

Klik pada Quick Launch dan pilih ruangan My Site.

46

Page 50: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 2

Pilih dan klik pada laman yang hendak dihantar ke MoE Repository.

Klik pada ikon

Langkah 3

Pilih Send site to MoE Repository

47

Page 51: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 4

Klik butang Add dan buat pilihan .

Klik OK

48

Page 52: E book modul frog vle siri 2 - gc

CARA DAPATKAN BAHAN YANG TELAH DIHANTAR KE MOE

Langkah 1

Klik Quick Launch kemudian pilih Frogstore

Langkah 2

Klik

49

Page 53: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 3

Buat carian Tapak pada Search SITES, kemudian akan muncul Tapak di sebelah bawah.

Langkah 4

Klik pada Resource Manager kemudian klik Sites untuk dapatkan Tapak yang dipilih.

50

Page 54: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 5

Pilih My Library untuk meihat Tapak, kemudian klik 2 kali pada Tapak yang dipilih.

Langkah 6

Paparan akan muncul seperti di bawah. Klik pada Copy.

51

Page 55: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 7

Tapak yang dipilih akan muncul seperti paparan di bawah.

52

Page 56: E book modul frog vle siri 2 - gc

MODUL 3: MENYEMAK DAN MENGURUSKAN TUGASAN MURID

Semua tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar perlu disemak dan diuruskan oleh guru.

Terdapat beberapa langkah yang perlu guru laksanakan untuk menyemak dan seterusnya

menguruskan rekod-rekod tugasan tersebut agar lebih teratur dan sistematik.

3.1 Menyemak tugasan menggunakan Text Activity

3.1.1 Maklumat penghantaran tugasan

Tedapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengetahui

maklumat penghantaran tugasan oleh murid.

Cara 1

Langkah 1: Klik butang Notification di Frog Bar.

Langkah 2: Klik pada nama murid dan tugasan yang dihantar oleh murid.

Langkah 3: Klik pada nama tugasan yang hendak disemak.

53

Page 57: E book modul frog vle siri 2 - gc

Cara 2:

Langkah 1: Klik pada ikon Quick Launch di Frog Bar

Langkah 2: Klik pada ikon Assignment.

Langkah 3: Klik pada nama tugasan yang hendak disemak.

3.1.2 Membuat semakan tugasan

Guru boleh mengetahui sama ada murid telah menghantar tugasan atau

tidak dengan melihat pada butang yang terdapat dalam ruang Submitted .

54

Page 58: E book modul frog vle siri 2 - gc

Butang Fungsi

Butang hijau menunjukkan murid

telah submit assignment untuk

ditanda oleh guru.

Butang kelabu menunjukkan murid

belum submit assignment.

Setelah mengenal pasti tugasan yang hendak disemak, sila ikuti langkah-

langkah berikut untuk membuat semakan:

Langkah 1: Klik pada tugasan yang telah dihantar.

Langkah 2: Pilih tugasan ‘Text Activity’.

Langkah 3: Klik pada jawapan murid yang dipaparkan dalam petak.

55

Page 59: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 4: Setelah itu, jawapan murid akan terpapar dengan lebih jelas

menggunakan ‘pop up’. Kemudian, klik butang ok.

Langkah 5: Masukkan markah bagi setiap aktiviti dalam kotak ‘Activity mark’.

Langkah 6: Masukkan markah keseluruhan dalam kotak ‘Mark Given’.

Langkah 7: Berikan komen keseluruhan dalam kotak ‘Overall Comments’.

Langkah 8: Klik butang ‘Save’.

56

Page 60: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.2 BAGAIMANA MENYEMAK TUGASAN MELALUI “FILE DROP”

Langkah 1

Apabila pelajar mengemukakan kerja mereka untuk disemak, guru akan dimaklumkan

oleh beberapa tanda merah dalam panel Pemberitahuan (Notification). Klik pada

icon Notification yang memaparkan butiran tugasan yang telah dihantar.

Klik maklumat di panel Notifications untuk membuka tetingkap Assignments.

57

Page 61: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 2

Dalam tetingkap Assignments, anda akan dapat melihat nama tugasan yang dihantar

kepada pelajar serta nama penerima tugasan tersebut

Klik nama pelajar untuk melihat tugasan yang dihantar.

Langkah 3

Widget File Drop terletak di atas Submitted Work. Sekiranya terdapat tugasan yang dihantar melalui file drop, paparan di bawah akan kelihatan.

58

Page 62: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 4

Klik pautan View untuk membuka laman tugasan.

Langkah 5

Setelah ia dibuka, anda akan dapat melihat fail yang dimuat naik oleh pelajar.

59

Page 63: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 6

Untuk memuat turun fail berkenaan, klik pada nama fail dan ia akan berubah menjadi

warna biru.

Langkah 7

Setelah itu, fail akan dimuat turun ke dalam komputer anda. Klik fail tersebut untuk membukanya.

60

Page 64: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 8

Maklum balas dan komen pelajar boleh dilihat di bahagian Self Evaluation.

Langkah 9

Taipkan komen jika ada, ke dalam kotak Overall Comments. Anda kini perlu memasukkan markah ke dalam kotak Mark Given. Markah yang diberi adalah markah keseluruhan untuk tugasan.

Langkah 10

Klik Save untuk meneruskannya.

61

Page 65: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 11

Setelah selesai, klik pada anak panah untuk menyemak tugasan pelajar seterusnya.

Langkah 12

Menutup Tugasan dan Mengedarkan Markah

Selepas menyemak dan menandakan tugasan pelajar, tugasan perlu ditutup dan anda perlu mengedarkan markah yang diberi kepada pelajar.

Untuk tujuan tersebut, klik nama tugasan di Navigation Trail, di bahagian atas

Assignments untuk memaparkan senarai pelajar-pelajar yang menerima tugasan.

62

Page 66: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 13

Untuk menutup tugasan, sila klik Actions Menu dan kemudian klik Close assignment.

Langkah 14

Di tetingkap Close Assignment, tandakan Release marks and notify all recipients.

63

Page 67: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 15

Untuk menghantar markah yang diiringi dengan mesej, taipkan mesej ke dalam ruangan Add a message.

Langkah 16

Klik butang Close untuk menghantar markah dan menutup tugasan. Markah dan mesej

yang dimasukkan akan terpapar di panel Notifications pelajar.

64

Page 68: E book modul frog vle siri 2 - gc

Langkah 17

Untuk menutup laman tersebut dan kembali ke Assignments, anda perlu klik x di sudut

kanan.

65

Page 69: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.3 Menyemak Tugasan Menggunakan “Quiz”

1. Pilih Assignment Murid Yang Hendak Ditanda.

2. Klik Murid

Tanda Menunjukkan Murid submited Assignment

66

Page 70: E book modul frog vle siri 2 - gc

Markah diberi secara automatik

3. Beri Komen 4. Klik “Save”

5. Guru boleh memilih untuk hantar assignment balik kepada murid untuk buat semula atau tutup assignment. Apabila assignment sudah ditutup (close), murid tidak dapat buat lagi assignment

67

Page 71: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.4 Menyemak tugasan menggunakan “Scorm”

1. Klik

2. Pilih tugasan yang dihantar oleh murid

68

Page 72: E book modul frog vle siri 2 - gc

3. Klik

4. Tugasan menggunakan “Scorm”

5. Markah tidak dapat diberikan kerana aktiviti yang diselesaikan dapat disemak terus sebaik sahaja aktiviti diselesaikan.

69

Page 73: E book modul frog vle siri 2 - gc

70

Page 74: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.6 Melengkapkan penilaian bagi individu

Selepas menyemak tugasan murid, guru boleh menutup tugasan bagi murid

tersebut. Selepas tugasan bagi murid tersebut ditutup, guru boleh menyambung

semakan terhadap tugasan murid yang lain.

Untuk menutup tugasan bagi murid secara individu, klik pada butang .

Kemudian, Klik butang ‘Close for Individual’.

Sekiranya guru tidak berpuas hati dengan jawapan murid, guru tersebut boleh klik

pada butang ‘Return assignment’ untuk memulangkan tugasan kepada murid

tersebut untuk pembetulan.

71

Page 75: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.6 Menutup tugasan dan menghantar markah kepada pelajar

Murid hanya boleh melihat markah tugasan yang diperoleh setelah guru menutup

tugasan tersebut.

Langkah 1: Klik pada tajuk / nama tugasan.

Langkah 2: Klik pada butang dan pilih ‘Close assignment’.

72

Page 76: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.7 Mengarkib tugasan

Guru boleh mengarkib tugasan yang telah ditutup bagi membuat penyimpanan rekod

yang lebih teratur.

Langkah 1: Klik butang ‘Closed’.

Langkah 2: Klik pada kotak kecil di sebelah nama tugasan.

Langkah 3: Klik butang ‘Archive’.

3.8 Melihat rekod tugasan yang telah ditutup

Guru boleh melihat semua rekod tugasan yang telah ditutup kepada melalui fungsi

‘Closed’ yang disediakan. Untuk melihat tugasan yang telah diarkib, klik butang

‘Archived’.

73

Page 77: E book modul frog vle siri 2 - gc

Untuk memudahkan pencarian bagi melihat rekod semua tugasan yang telah ditutup,

guru boleh memfokuskan pencarian dengan klik pada butang . Kemudian, buat

pilihan carian sama ada melalui nama tugasan, tarikh tugasan diberi, nama subjek

atau nama penerima.

Guru juga boleh memuat turun rekod tugasan yang telah ditutup. Untuk memuat

turun rekod tersebut, klik pada butang ‘Export Closed As CSV’.

74

Page 78: E book modul frog vle siri 2 - gc

3.9 Membuang tugasan

Guru boleh membuang tugasan yang telah ditutup atau diarkib.

Langkah 1: Klik butang ‘Closed’ atau ‘Archived’.

Langkah 2: Klik pada kotak kecil di sebelah nama tugasan.

Langkah 3: Klik butang ‘Delete’.

75

Page 79: E book modul frog vle siri 2 - gc

1

MODUL 4 MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE DRIVE

4.1 Pengenalan

Cloud Storage adalah satu media penyimpanan dalam talian (online) yang

membolehkan pengguna menyimpan dan mengakses data atau fail di mana sahaja

menggunakan peranti pilihan pengguna.

Google Drive merupakan satu perkhidmatan simpanan “Cloud” yang disediakan oleh

Syarikat Google kepada VLE melalui kerjasama Google dengan YES.

Saiz simpanan yang diberikan adalah berjumlah 30 gigabait (GB). Ini berbeza

dengan saiz simpanan yang diberikan kepada pengguna biasa Google hanyalah

sekitar 10 GB sahaja.

Fail dan bahan-bahan pengajaran yang disimpan di dalam Goole Drive boleh di

letakkan di dalam site pembelajaran melalui widget embed site.

4.2 Mengenali Google Drive Anda

Pengguna hendaklah log masuk ke dalam akaun VLE masing-masing. Melalui

paparan hadapan, sila tekan butang quick launch ( ) di frog head bar (sebelah

atas kanan).

Melalui paparan quick launch, tekan ikon Google Drive ( ). Pengguna kemudian

akan dibawa kepada paparan baru iaitu paparan Goole Drive.

Apabila anda memasuki paparan Google Drive, anda akan mendapat paparan

seperti berikut di atas. Paparan ini adalah hampir sama dengan paparan Gmail,

malah beberapa fungsi di dalam Drive ini mengambil fungsian Gmail seperti delete,

sort dan sebagainya.

76

Page 80: E book modul frog vle siri 2 - gc

2

Terdapat beberapa butang dan fungsi yang penting dalam Google Drive ini:

a. Butang Upload

Butang upload adalah butang yang berwarna merah, berada di sebelah butang

create. Butang ini adalah untuk memuat naik dokumen/ fail dalam drive ini.

Keseluruhan folder juga boleh muat naik menggunakan cara ini.

b. Butang Create

Butang Create ini boleh digunakan untuk membuat dokumen-dokumen seperti

Word, Excel, PowerPoint tetapi menggunakan enjin Google. Semua fail yang

dibuat akan disimpan di dalam Drive secara automatik.

4.3 Menyimpan dan Berkongsi Bahan

4.3.1 Cara memuat naik bahan ke Google Drive

a. Di dalam paparan Google Drive, klik butang Upload dan pilih sama ada

bahan tersebut adalah “files” atau “folder”.

b. Pilih fail atau folder yang hendak di muat naik itu dan klik “open”.

c. Setelah proses muat naik selesai, anda boleh lihat fail tersebut berada di

dalam My Drive anda.

77

Page 81: E book modul frog vle siri 2 - gc

3

4.3.2 Cara Berkongsi Fail Menggunakan Fungsi Share

Fail yang telah anda muat naik di dalam Google Drive boleh dikongsi dengan

mudah pada rakan atau sesiapapun di internet dengan menggunakan fungsi

Share.

a. Klik dan buka fail yang hendak dikongsi dalam paparan depan Google

Drive.

b. Dari paparan dokumen yang telah dibuka tadi, klik butang Share yang

berwarna biru di sebelah atas kanan.

c. Paparan seperti di bawah dapat dilihat.

Dari paparan tersebut, anda ada beberapa pilihan yang boleh dilakukan.

Klik pada Change dan pilih Setting yang anda mahukan.

78

Page 82: E book modul frog vle siri 2 - gc

4

4.4 Menghasilkan Dokumen Menggunakan Google Document

4.4.1 Membina fail dokumen (Google Docs) secara atas talian (online).

a. Membina fail yang baru secara atas talian.

79

Page 83: E book modul frog vle siri 2 - gc

5

b. Memberi nama pada fail yang dibina.

80

Page 84: E book modul frog vle siri 2 - gc

6

c. Menaip / Mengisi maklumat

4.4.2 Menyunting maklumat yang diisi.

4.4.3 Memasukkan imej melalui fungsi Upload, Take a snapshot dan By URL:

81

Page 85: E book modul frog vle siri 2 - gc

7

a. Upload

b. Take a snapshot

82

Page 86: E book modul frog vle siri 2 - gc

8

c. By URL

83

Page 87: E book modul frog vle siri 2 - gc

9

4.4.3 Memasukkan pautan (link)

84

Page 88: E book modul frog vle siri 2 - gc

10

a. Menggunakan fungsi Link to Web address.

b. Menggunakan fungsi Link to Email address.

85

Page 89: E book modul frog vle siri 2 - gc

11

c. Menggunakan fungsi Bookmark.

4.4.4 Memasukkan Persamaan Matematik (Equation).

86

Page 90: E book modul frog vle siri 2 - gc

12

4.4.5 Memasukkan Komen (Comment)

4.4.5 Berkongsi dokumen dengan orang lain.

87

Page 91: E book modul frog vle siri 2 - gc

13

4.5 Menghasilkan Persembahan Menggunakan Google Presentation

Dengan menggunakan aplikasi Google Drive, kita boleh membina fail persembahan secara

atas talian (online) tanpa memerlukan perisian aplikasi persembahan seperti Microsoft

PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance dan sebagainya.

Langkah-langkah membina persembahan:

4.5.1 Bina fail yang baru secara atas talian.

88

Page 92: E book modul frog vle siri 2 - gc

14

a. Lancarkan aplikasi Google Presentation

b. Pilih tema yang sesuai.

c. Berikan nama kepada fail yang dibuat.

2

1

89

Page 93: E book modul frog vle siri 2 - gc

15

4.5.2 Tambah slaid serta menukar layout, tema dan background

atau

Klik untuk menambah slaid.

Pilih menu “Slide” dan pilih “New slide”.

Pilihan untuk menukar background,

layout dan tema.

90

Page 94: E book modul frog vle siri 2 - gc

16

4.6 Menghasilkan Hamparan Data Menggunakan Google Spreadsheet

Membina fail dokumen Google Spreadsheet secara atas talian (online)

4.6.1 Membina fail yang baru secara atas talian

a. Lancarkan aplikasi Google Spreadsheet dari Google Drive.

b. Memberikan nama fail yang di bina

4.6.2 Menaip atas paparan dokumen yang hendak di bina

1

91

Page 95: E book modul frog vle siri 2 - gc

17

4.6.3 Membuat suntingan maklumat yang diisi

4.7 Menghasilkan borang menggunakan Google Form

4.7.1 Buat borang

a. Lancarkan aplikasi Google Forms.

Click butang CREATE > Form

b. Namakan borang dan pilih tema.

Taipkan tajuk borang pada ruangan Title. (Contoh: BORANG

PENGGUNAAN CHROMEBOOK)

Pilih tema (Theme)

Klik OK

Ikon-ikon untuk menjalankan fungsi suntingan (edit).

92

Page 96: E book modul frog vle siri 2 - gc

18

c. Buat soalan

Masukkan NAMA PENGGUNA pada ruangan Question Title.

Masukkan arahan pada ruangan Help Text. (Contoh: Sila masukkan nama

penuh anda.)

Pilih Text pada ruangan Question Type

Klik butang Done

93

Page 97: E book modul frog vle siri 2 - gc

19

Paparan akan kelihatan seperti di bawah.

Klik Add Item untuk menambah item yang baru mengikut kesesuaian.

Setelah siap semua item soalan, klik Choose response destination

(kawasan data akan disimpan).

Tandakan pada radio button New Spreadsheet

Klik Create

94

Page 98: E book modul frog vle siri 2 - gc

20

Lembaran View responses akan dijana

4.7.2 Kongsi borang

Tandakan check box berikut:

o Require yes login to view this form

o Automatically collect responses yes username

o Share link to submit another responses

o Publish and show a link to the results of this form to all responses

Klik butang Send Form

95

Page 99: E book modul frog vle siri 2 - gc

21

Pada tetingkap pop-up Send Form:

o Klik pada kawasan URL Link to share sehingga menjadi warna biru.

o Tekan kekunci Ctrl+C untuk membuat salinan URL

o Klik Done.

Hantar pautan URL tadi kepada pengguna yang hendak dikongsi.

4.8 Membuat pautan Google Drive dalam laman Fog VLE

Semua fail seperti dokumen, persembahan, hamparan data dan borang dari Google Drive

boleh dimasukkan ke dalam site Frog VLE.

4.8.1 Mendapatkan URL Pautan

URL pautan untuk semua dokumen, persembahan, hamparan data dan borang yang

dibina dengan aplikasi daripada Google Drive boleh diperoleh dari langkah berikut:

Tandakan check box bagi tajuk fail tersebut

Pilih More > Open with dan pilihlah Google Docs (untuk fail dokumen). Google

Slides (untuk fail persembahan), Google Sheets (untuk fail hamparan data) atau

Google Form (untuk fail borang).

Setelah fail tersebut dibuka, klik menu File dan pilih Publish to the web …

Dalam tetingkap pop-up Publish to the web, tandakan check box Require viewers

to sign in with their YES account dan klik butang Start Publishing.

96

Page 100: E book modul frog vle siri 2 - gc

22

Klik Ok apabila tetingkap pertanyaan dari Google Drive dipaparkan.

Dalam tetingkap Publish to the web yang dipaparkan, salin arahan dalam Embed

code.

97

Page 101: E book modul frog vle siri 2 - gc

23

Buka aplikasi Notepad atau apa jua aplikasi pemprosesan perkataan dan tampal

(paste) kod arahan tadi.

Sunting kod tersebut dengan memadam kod sebelum http://... dan selepas

delayms=3000. Kemudian, salin (copy) kod yang telah disunting tadi.

4.8.2 Membuat Pautan Dalam Laman Frog VLE

Bina site baru dalam Frog VLE anda.

Klik Edit untuk membolehkan kita membuat suntingan.

Klik dan seret widget Embed Website ke dalam site.

98

Page 102: E book modul frog vle siri 2 - gc

24

Tampal (paste) kod yang telah disalin tadi pada bahagian Enter URL.

Enter Height: 600

Klik butang Save Changes dan tutup edit mode dengan menekan butang

Paparan borang yang telah dimasukkan ke dalam site Frog VLE

99