new format kertas kerja pek 191-umno

8
KERTAS PERMOHONAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM SEMINAR KEPENTINGAN MODAL SYER DALAM PERNIAGAAN KOPERASI KAWASAN PARLIMEN KALABAKAN TUJUAN 1. Kertas ini disediakan untuk memohon kelulusan peruntukan kepada Ketua Bahagian M!" P191 Kala#akan #agi mengadakan Program Seminar Kepentingan Modal S$er %alam Perniagaan Koperasi #agi Ka&asan Parlimen Kala#akan dan Klinik saha&an kepada '0 Koperator dari Koperasi B dengan menggunakan peruntukan daripada (ang Berhormat Ahli Parlimen Kala#akan.Butiran program adalah seperti #erikut) LATAR BELAKANG 2.1 Program Seminar Kepentingan Modal S$er %alam Perniagaan Koperasi Kepada anggota koperasi akan diadakan di Dewan Latihan Sa!a"i #$n!%&tan'( Sa)in*$ S+%a"e Tawa%, Sa)ah. 2.2 %isamping pendedahan tentang urus tad#ir koperasi seperti pengetahuan Akta Koperasi 199' kurungan *1+,- persediaan $ang struktur koperasi uga amat penting di dalam pengurusan ~ 1 ~ -a Naa / PROGRAM SEMINAR KEPENTINGAN MODAL SYER DALAM PERNIAGAAN KOPERASI -) Ta"i0h / Ma' 2 13 - Se&a!a -' Te4$h / 1 Ha"i Saha5a -* Te4at / Bi&i0 Pe"!i*an6an UMNO Ka&a)a0an Tin60at 7. -e An5%"an / Bi"$ E0$n$i 8 Ke%!ahawan Baha6ian Ka&a)a0an Dan Pe6awai Ehwa& K$4e"a!i Pa"&ien Ka&a)a0an

Upload: hafshahayed

Post on 01-Nov-2015

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cara buat kertas kerja

TRANSCRIPT

PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENGADAKAN

KERTAS PERMOHONAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM SEMINAR KEPENTINGAN MODAL SYER DALAM PERNIAGAAN KOPERASI KAWASAN

PARLIMEN KALABAKANTUJUAN

1. Kertas ini disediakan untuk memohon kelulusan peruntukan kepada Ketua Bahagian UMNO P191 Kalabakan bagi mengadakan Program Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi bagi Kawasan Parlimen Kalabakan dan Klinik Usahawan kepada 30 Koperator dari Koperasi Baru dengan menggunakan peruntukan daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kalabakan. Butiran program adalah seperti berikut:(a)Nama :PROGRAM SEMINAR KEPENTINGAN MODAL SYER DALAM PERNIAGAAN KOPERASI

(b)Tarikh :3 Mac 2015 ( Selasa )

(c)Tempoh :1 Hari Sahaja

(d)Tempat :Bilik Persidangan UMNO Kalabakan Tingkat 7.

(e)Anjuran:Biro Ekonomi & Keusahawan Bahagian Kalabakan Dan

Pegawai Ehwal Koperasi Parlimen Kalabakan

LATAR BELAKANG

2.1 Program Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi Kepada anggota koperasi akan diadakan di Dewan Latihan Samsari Consultancy Sabindo Square Tawau, Sabah.2.2 Disamping pendedahan tentang urus tadbir koperasi seperti pengetahuan Akta Koperasi 1993 kurungan (15), persediaan yang struktur koperasi juga amat penting di dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah koperasi, program ini juga akan menjadi input kepada anggota koperasi untuk mendapatkan maklumat dan arahan-arahan pekeliling semasa koperasi agar pendedahan ini dapat memberikan informasi yang mantap di kalangan anggota-anggota, aktiviti yang dijalankan dan peluang peluang perniagaan yang boleh diperolehi mengikut keperluan dan minat yang sama oleh sesebuah koperasi. Program Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi adalah bertujuan membantu para koperator-koperator dalam membangunkan dan melaksanakan ekonomi sesebuah koperasi secara komprehensif membantu memberi pemahaman dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA.2.3 Selain itu, meningkatkan dan pengukuhan pengendalian tugasan harian dalam pengurusan pentadbiran serta membina hubungan kemanusiaan dengan koperator-koperator di sekeliling dapat memupuk kepercayaan, keyakinan dan kerjasama di antara satu sama lain dan ini juga perlu diterapkan dalam diri setiap anggota koperasi.2.4 Di Sambing hubungan sesama insan, keterampilan diri dan komunikasi juga amat ditekankan di dalam program bengkel ini dan penyesuaian diri. Program ini dapat membantu dalam meningkatkan daya ilmu dan kompetensi koperator yang terlibat.3. OBJEKTIF PROGRAM3.1 Program Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi dapat berperanan sebagai sebuah tempat SKM bertemu Pelanggan yang dapat memberikan maklumat, ilmu dan komunikasi kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada para koperator-koperator baru khasnya Parlimen Kalabakan.

3.2 Memberi penerangan tentang tanggungjawab sebagai anggota, tanggungjawab sebagai Anggota Lembaga, organisasi dan pengurusan koperasi yang perlu dan penting dimulakan oleh sesebuah koperasi baru.3.3 Mempromosi serta memberi pendedahan kepada koperasi baru tentang adanya bantuan sumber kewangan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Fungsi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai agensi Kerajaan Persekutuan bertindak badan yang membangunkan sektor koperasi Negara.3.4 Menjalin dan mengukuhkan hubungan baik di antara SKM melalui bengkel ini dengan koperasi-koperasi baru serta masyarakat di Parlimen Kalabakan keseluruhannya.

4. PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kursus bengkel ini melibatkan penyertaan Koperator-Koperator Baru dan kurang aktif seramai 30 koperator bagi kawasan Parlimen Kalabakan dan Pegawai Ehwal Koperasi , kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Tawau mengendalikan program ini.4.2 Kursus bengkel diadakan mengikut kaedah perbincangan, pembentangan mengikut topik, demonstrasi dan praktikal bagi membolehkan interaksi dan komunikasi berkesan antara penceramah dan peserta.4.3 Kursus ini mengambil masa 1 hari sahaja yang merangkumi kemahiran komunikasi korporat serta peningkatan ilmu pengetahuan kepada koperator-koperator dari segi tadbir urus koperasi dan tidak lupa imej dan keterampilan diri juga amat ditekankan. Tentatif program adalah seperti di Lampiran B.

PESERTA PROGRAM5. Peserta program terdiri daripada Koperator-koperator di kawasan Parlimen Kalabakan seramai 30 Koperator-koperator akan mengikuti program ini dengan jumlah peserta seramai 60 peserta.IMPLIKASI KEWANGAN6. Anggaran kos untuk mengendalikan Program Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi Parlimen Kalabakan ini adalah sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) menggunakan peruntukan Belanja Mengurus yang diperuntukkan kepada Akademi SKM. Butiran anggaran kos adalah seperti pecahan berikut:

Bil.ButiranKos (RM)

1.PENGANGKUTANKoperator Felda Umas/ Merotai/ Kalabakan/ Sg Udin/ Kuala Merotai/ Taman Muhibbah1,200.00

2.Penerbitan/Percetakan & Makan Minum1,600.00

3.Program Taklimat/Ceramah200.00

Jumlah Keseluruhan3,000.00

JUMLAH DIPOHON3,000.00

7. Butiran terperinci adalah seperti di Lampiran A.PENUTUP

8. Dikemukakan permohonan untuk mengadakan Program Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi Parlimen Kalabakan kepada seramai 60 Peserta daripada 30 buah Koperasi terdiri daripada Koperasi Baru dan Kurang Aktif.Disediakan oleh:[MASTURA BINTI S. AYED]Pegawai Ehwal Koperasi Parlimen KalabakanSuruhanjaya Koperasi Malaysia

Tarikh: 05 Februari 2015

LAMPIRAN ABUTIRAN TERPERINCI BAGI MENGADAKAN PROGRAM Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi PARLIMEN KALABAKANTarikh : 3 March 2015PENGANGKUTAN KOPERATOR-KOPERATORPerkaraKuantitiKadar (RM)Kos (RM)

Pengangkutan Koperator-koperator ke seminar / kursus60 orang1,200.001,200.00

JUMLAH1,200.00

PENERBITAN DAN PERCETAKANPerkaraKuantitiKadar (RM)Kos (RM)

Buku Program306.00180.00

Peralatan Kursus (Alatulis, Buku, Beg)3013.50405.00

Penceramah 11100.00100.00

Penceramah 21100.00100.00

Banner L/S [ JIKA PERLU ]105.40

JUMLAH890.40

MAKAN & MINUM

PerkaraKuantitiKadar (RM)Kos (RM)

Makan & Minum pagi30 Orang15.16454.80

Makan & Minum T/Hari30 Orang15.16454.80

JUMLAH909.60

JUMLAH KESELURUHAN+1

JUMLAH DIPOHON3,000.00

JEMPUTAN KOPERASI-KOPERASIBAGI MENGADAKAN PROGRAM Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi PARLIMEN KALABAKANTarikh : 3 March 2015

BILNAMA KOPERASI

1KOPERASI BINAAN TAWAU SABAH BERHAD

2KOPERASI RAWATAN KESIHATAN & PUSAT KECANTIKAN SPA TAWAU BERHAD

3KOPERASI BELA RAKYAT KAWASAN MEROTAI TAWAU BERHAD

4KOPERASI BELA RAKYAT KAWASAN TANJUNG BATU TAWAU BERHAD

5KOPERASI BELA RAKYAT KAWASAN SEBATIK TAWAU BERHAD

6KOPERASI KELUARGA SITTI RAMLAH HAJI MACA TAWAU TAWAU BERHAD

7KOPERASI PEMBANGUNAN RAKYAT MEROTAI TAWAU BERHAD

8KOPERASI KELUARGA AMINAH BINTI OLAH PANGKALAN KALABAKAN BERHAD

9KOPERASI TRANSFORMASI BELIA MEROTAI TAWAU BERHAD

10KOPERASI EMAS TAWAU SABAH BERHAD [ Dalam penubuhan ]

11KOPERASI RUMPUN MELAYU TAWAU BERHAD

12KOPERASI KELUARGA IYUNE BANCHIR KUALA MEROTAI TAWAU BERHAD

13KOPERASI KARIAH MASJID HIDAYATUL IMAN KAMPUNG MEROTAI BESAR, TAWAU BERHAD

14KOPERASI BELIA FELDA GUGUSAN UMAS TAWAU SABAH BERHAD

15KOPERASI BUMI ASLI MEROTAI TAWAU BERHAD

16KOPERASI PERMATA NILAI TAWAU BERHAD [ Dalam Penubuhan ]

ULASAN / SOKONGAN PENOLONG PENGARAH DI SOKONG / TIDAK SOKONG

Tarikh: (NOREEN NUR BINTI HJ FAUZI)

Penolong Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Wilayah Tawau

ULASAN / SOKONGAN KETUA PENGEMBANGAN DAN PROMOSIDI SOKONG / TIDAK SOKONG

Tarikh: ( SYUHANI BINTI ZULKIFLEE )

Ketua Promosi Dan Pengembangan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah

ULASAN / KELULUSAN PENGARAH NEGERI

Permohonan untuk menggunakan bajet daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (CDTF) bagi mengadakan PROGRAM Seminar Kepentingan Modal Syer Dalam Perniagaan Koperasi PARLIMEN KALABAKAN Parlimen Kalabakan anjuran SKM Wilayah Tawau Negeri Sabah sebanyak RM3,000.00 (Ringgit: tiga ribu sahaja). adalah DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Tarikh:

(UMAR SARIM BIN SAIDIN)

Pengarah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Negeri Sabah

~ 6 ~