topik-3.ppt

24

Upload: nor-fatin

Post on 28-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TOPIK-3.ppt

TRANSCRIPT

PENDEKATANKumpulan andaian yang saling berkaitan.Mencerminkan suatu pandangan atau

falsafah yang berkaitan dengan proses P&P.Terdapat tiga pendekatan yang digunakan

dalam proses P&P kesusasteraan.SejarahSosiopsikologi dan emosiDiduktik dan analitik

PENDEKATAN SEJARAHTerbentuk berdasarkan teori bahawa

karya sastera perlu dilihat berdasarkan latar belakangnya.

Faktor sejarah mempunyai pengaruh besar terhadap jenis, persoalan dan cara penghasilan karya sastera.

Karya sastera dilihat sebagai himpunan rentetan peristiwa yang berlaku kepada seseorang watak.

PENDEKATAN SOSIOPSIKOLOGI DAN EMOSI

Realiti kepada peranan sastera.Cerminan sosial dan mempunyai pengaruh

yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri.

Karya sastera menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut.

Melihat karya sastera sebagai peristiwa yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya sastera.

Mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak yang terdapat dalam sesebuah karya sastera.

PENDEKATAN DIDUKTIK DAN ANALISIS (INTRINSIK)

Berdasarkan teori bahawa unsur-unsur extrinsik semata-mata bukanlah penyebab maka sesuatu karya sastera itu terhasil.

Unsur-unsur ekstrinsik hanyalah boleh digarap untuk penghasilan karya sastera.

Unsur-unsur intrinsik lebih penting.Membolehkan pelajar melihat karya sastera secara

objektif dan analitik. Menganggap peristiwa-peristiwa yang dipaparkan

dalam karya sastera hanyalah sebagai suatu aksi yang boleh dieksploitasi sebagai bahan karya.

Karya sastera dinilai berdasarkan ketepatan atau kebolehan pengarangnya memaparkan mesej berdasarkan peristiwa yang dieksploitasi itu.

KAEDAH PENGAJARANPerancangan bagi melaksanakan sesuatu

perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar.

Merupakan alat yang membolehkan pengajaran berjalan secara teratur, kemas dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih.

Terdapat tiga kaedah pengajaran :Analisis strukturalMenghayati-mengalamiBerfokus, global dan eklektik

KAEDAH ANALISIS STRUKTURALBertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan

sastera ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman, imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain.

Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya, cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan sebagainya.

Antara ciri-ciri kaedah ini :Kajian bahan sastera dibuat secara induktifPerlukan pembacaan secara rapi dan terperinciPemahaman terhadap karya berkait rapat dengan

struktur karya.

KAEDAH MENGHAYATI-MENGALAMIBerasaskan anggapan bahawa setiap individu

mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka.

Bahan sastera merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya.

Amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk cereka.

Antara ciri-ciri utama kaedah ini :Pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran.Pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera

dengan cara mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada.

Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis.Pengajaran berorientasikan aktiviti.

KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN EKLEKTIKKaedah Berfokus

Pengajaran yang menekankan aspek tertentu dalam sesebuah karya.

Diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Menumpukan pengajaran kepada dua fokus, fokus utama dan fokus sampingan.

Fokus-fokus ini tertumpu kepada kandungan isi pelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran.

Terdapat satu tajuk isi pelajaran yang menjadi fokus utama, manakala aspek-aspek lain yang berkaitan menjadi fokus sampingan.

KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN EKLEKTIKKaedah Global

Berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen.

Dikatakan tidak dapat mendalami sesuatu aspek sastera secara terperinci.

Digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran seterusnya.

Dalam P&P, pengkajian terhadap karya dibuat berdasarkan analisis kepada aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan spontan.

Kebiasaannya diikuti dengan kaedah separa global yang menjuruskan kajian kepada aspek tertentu dalam karya tersebut.

KAEDAH BERFOKUS, GLOBAL DAN EKLEKTIK

Kaedah Eklektik

Kaedah yang menggabungkan semua ciri terbaik dalam pelbagai kaedah lain.

Tidak terikat kepada mana-mana kaedah tertentu.

Guru boleh menggunakan kreativiti mereka untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PAdaptasi, Deklamasi, Cerpendra dan Mestamu

AdaptasiMengubah atau mereka bentuk sesuatu genre

sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.

Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PDeklamasi

Membaca puisi dengan nada, intonasi suara dan gaya yang sesuai.

Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PCerpendraMengubah suai petikan cerpen kepada bentuk

drama.Teknik ini memaksa pelajar mendalami dan

menghalusi isi petikan dan mengubahnya kepada skrip drama.

Pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerpen tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PMestamuMendeklamasikan puisi dan melagukannya

tanpa muzik.Terdapat dua aktiviti berjalan secara serentak

iaitu, mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap.

Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PKerusi Panas, Improvivasi dan Pemaduan Seni

• Kerusi Panas• Boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan

perwatakan dalam sesebuah karya sastera.• Seorang pelajar akan diminta menghayati dan

mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.

• Pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas.

• Pelajar tersebut akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PImprovivasi

Lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.

Para pelajar diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PPemaduan Seni

Penggunaan unsur seni untuk menghidupkan petikan dalam karya sastera.

Seni-seni yang dipilih itu digunakan dengan serentak pada masa yang sama,

Contohnya, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PBaca Drama, Lakonan, Kaligrafi, Dialog, Melodi

dan Nyanyian

Baca DramaUntuk mengajarkan isi dan persoalan yang terdapat

dalam drama.Pelajar diminta membaca skrip drama secara

bergilir-gilir atau berdasarkan watak yang dikhaskan.

Guru perlu menegaskan tentang penggunaan intonasi yang sesuai dalam pembacaan tersebut.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PLakonan

Untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghayati sesuatu karya sastera.

Pelajar diminta mengingati semula dialog atau petikan dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta melakonkan petikan tersebut mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PKaligrafi

Seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasikan pelajar memberikan fokus terhadap objektif pengajaran.

Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel misalnya, pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut gaya dan kreativiti masing-masing.

Tumpuan pelajar akan terarah kepada mana-mana watak yang sedang dituliskannya dan ini akan memudahkan perbincangan tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&PDialog

Dimulakan dengan pemilihan dialog-dialog daripada bahan yang dikaji.

Pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai.

Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar membaca dialog tersebut dengan gaya yang menarik.

Aktiviti ini akan menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi yang akan dibincangkan.

Pengajaran akan diteruskan dengan perbincangan antara guru dan pelajar, yang merupakan soal jawab yang berkaitan dengan isu yang sedang dibincangkan.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P

MelodiNada dan ritma yang enak didengar atau

dibacakan.Digunakan untuk memudahkan pelajar

mengingati sesuatu isi atau fakta.Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah

dalam bentuk melodi yang indah.Pelajar lebih mudah mengingati fakta yang

bermelodi, berbanding fakta yang disampaikan secara tradisional.

TEKNIK DAN AKTIVITI P&P

NyanyianTeknik ini hampir sama dengan melodi.Isi atau fakta yang akan diajarkan digubah

seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular.

Fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu.

Teknik ini akan menjadi lebih menarik jika diiringi muzik ‘minus one’ lagu berkenaan.