topik 3 aktiviti 3.4

Upload: nelly

Post on 13-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

w

TRANSCRIPT

AKTIVITI 3.4

Apa itu video konferens?Video konferens membolehkan orang dari dua lokasi atau pun lebih untuk berkomunikasi dengan melihat dan mendengar sesama sendiri pada masa yang sama. Pertukaran informasi visual adalah dalam bentuk video dengan kandungan audionya sekali. Video konferens yang paling ringkas melibatkan dua orang dan memerlukan sebuah computer, hubungan internet, sebuah telefon, jika kandungan audio tidak disediakan dalam talian serta sebuah komputer dengan mikrofon, sebuah webcam atau perakam video digital.

Bagaimana video konferens boleh membantu pelajar mempelajari kandungan pengajaran guru?Sebagai guru matematik, antara kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar mempelajari kandungan pengajaran dengan menggunakan video konferens ialah menerangkan mengenai objektif pengajaran terlebih dahulu. Semasa menerangkan, guru harus memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dan melihat dengan jelas. Kemudian, guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sesi induksi. Seterusnya, guru mengajar mengenai topik yang harus diajar. Semasa guru mengajar, pelajar boleh menanyakan soalan sekiranya pelajar tidak faham mengenai sesuatu topik. Apabila guru selesai mengajar, guru boleh menjalankan sesi soal jawab dengan pelajar bagi menentukan sama ada pelajar tersebut dapat memahami mengenai apa yang diajar sepenuhnya. Akhir sekali, guru dan pelajar membuat refleksi mengenai apa yang dipelajari pada hari tersebut.