topik 2 pemikiran dan konsep nombor.pdf

14
PENGENALAN Melalui topik terdahulu, kita telah belajar secara sepintas lalu mengenai tahap perkembangan mengikut teori Piaget. Piaget berpendapat bahawa pemikiran merupakan satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat- peringkat. Selanjutnya, topik ini akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kognisi kanak-kanak bagi setiap perkembangan yang dilalui mereka. Selain itu, kita juga akan melihat perbezaan konsep pemikiran kanak-kanak selari dengan pertambahan usia mereka. Kita juga akan diperincikan mengenai perkembangan konsep matematik dan sains kanak-kanak. Di samping itu, kita akan pelajari bagaimana konsep itu berkembang dan bagaimana konsep itu diperoleh. Akhir sekali, kita akan diterangkan mengenai penguasaan konsep nombor dalam kalangan kanak- kanak. Pemikiran dan Konsep Nombor Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan mengenai kognisi kanak-kanak bagi setiap tahap perkembangan; 2. Menerangkan perkembangan konsep matematik dan sains kanak- kanak; dan 3. Memahami proses perolehan konsep nombor. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 2 2

Upload: fadzlun65

Post on 16-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN Melalui topik terdahulu, kita telah belajar secara sepintas lalu mengenai tahap perkembangan mengikut teori Piaget. Piaget berpendapat bahawa pemikiran merupakan satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Selanjutnya, topik ini akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kognisi kanak-kanak bagi setiap perkembangan yang dilalui mereka. Selain itu, kita juga akan melihat perbezaan konsep pemikiran kanak-kanak selari dengan pertambahan usia mereka. Kita juga akan diperincikan mengenai perkembangan konsep matematik dan sains kanak-kanak. Di samping itu, kita akan pelajari bagaimana konsep itu berkembang dan bagaimana konsep itu diperoleh. Akhir sekali, kita akan diterangkan mengenai penguasaan konsep nombor dalam kalangan kanak-kanak.

    Pemikiran dan Konsep Nombor

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan mengenai kognisi kanak-kanak bagi setiap tahap perkembangan;

    2. Menerangkan perkembangan konsep matematik dan sains kanak-kanak; dan

    3. Memahami proses perolehan konsep nombor.

    HASIL PEMBELAJARAN

    TTooppiikk

    22

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 27

    KOGNISI KANAK-KANAK DAN PERINGKAT PERKEMBANGAN

    Pada mulanya, pemikiran bayi hanya berdasarkan deria dan kemahiran motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman yang dikesan melalui lima derianya, sementara aktiviti motor diperoleh hasil gerak balas fizikal sewaktu berinteraksi dengan objek.

    2.1.1 Peringkat Deria Motor (02 Tahun)

    Rajah 2.1: Bayi menghisap mainan yang merupakan satu peringkat deria motor dalam

    teori perkembangan Piaget Peringkat deria motor merupakan peringkat paling bawah dalam teori perkembangan Piaget. Pada peringkat ini, pemahaman bayi adalah berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari yang dipanggil skema dalaman dan ia sentiasa berubah. Gerakan spontan ini adalah seperti menghisap, memegang dan juga melihat. Gerakan spontan bayi ini dapat disesuaikan dengan pengalaman yang bayi alami. Sebagai contoh, seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.1, bayi berusia dua bulan sudah pandai menghisap, namun lama-kelamaan dia akan menyedari bahawa terdapat perbezaan dari segi gaya antara menghisap susu dan juga menghisap jari.

    2.1

    Pada pendapat anda, apakah yang diinginkan oleh seorang bayi yang berusia dua bulan apabila dia menangis? Mengapa?

    AKTIVITI 2.1

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 28

    Apabila berumur antara 8 dan 12 bulan, kanak-kanak mula memperolehi konsep kekekalan dengan memahami bahawa objek itu terus wujud walaupun mereka tidak melihatnya lagi. Apabila mainan bayi berusia 8 bulan diambil, ia tidak akan berusaha untuk mencarinya, tetapi apabila dilakukan pada bayi berusia 10 bulan, ia akan mencari objek yang hilang itu. Tahap sensori motor ini diakhiri dengan keupayaan bayi meniru model yang tiada di hadapannya. Bayi berumur 16 bulan boleh meniru mimik tingkah laku orang lain. Ini bermakna ia berupaya mewakilkan peristiwa atau objek secara dalaman atau mental. Subtahap peringkat perkembangan sensori motor boleh dilihat dalam Jadual 2.1 di bawah.

    Jadual 2.1: Peringkat Perkembangan Sensori Motor

    Subtahap Ciri Utama Pemikir

    01 bulan Pembentukan skema awal berdasarkan aktiviti spontan.

    Bayi tidak berusaha untuk mencari objek yang hilang.

    12 bulan Pengulangan tingkah laku yang akan memberi hasil yang berpusatkan pada badan sendiri.

    Bayi tidak berusaha untuk mencari objek yang hilang.

    48 bulan Pengulangan tingkah laku yang akan memberi hasil yang berlaku di persekitaran.

    Mencari objek yang separuh tersembunyi.

    912 bulan Kombinasi gerakan demi mencapai matlamat.

    Mencari objek yang tersembunyi sepenuhnya.

    1218 bulan Menguji pelbagai gerakan demi mencapai matlamat.

    Boleh mengikuti perpindahan objek yang kelihatan.

    1824 bulan Berfikir untuk menyelesaikan masalah dan meniru model.

    Boleh mengikuti perpindahan objek yang kelihatan.

    2.1.2 Peringkat Praoperasi (27 Tahun)

    Kanak-kanak pada peringkat ini menggunakan simbol untuk mewakili objek dan peristiwa. Kanak-kanak boleh menganggap blok kayu sebagai telefon mereka ataupun sebagai kereta, dan mereka boleh berfantasi menggunakan mainan tersebut. Walau bagaimanapun, kanak-kanak peringkat ini gagal untuk menguasai konsep kekekalan isi padu, jisim dan juga nombor. Kekekalan merupakan satu istilah yang merujuk kepada kesedaran bahawa walaupun terdapat perubahan pada bentuk sesuatu jasad, kuantiti fizikal jasad tersebut tidak berubah. Contohnya, jika dirujuk pada Rajah 2.2, kanak-kanak berusia enam tahun diuji dengan menunjukkan dua buah bikar yang sama saiz

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 29

    diisi dengan air yang sama banyak. Apabila ditanya manakah bikar yang mengandungi air yang banyak, kanak-kanak akan memberikan jawapan kedua bikar mempunyai jumlah air yang sama banyak. Apabila jumlah air dalam salah satu bikar dituang ke dalam bikar lain yang lebih tinggi, kanak-kanak akan mengatakan bahawa jumlah air dalam bikar yang tinggi adalah lebih banyak daripada bikar yang rendah. Kegagalan kanak-kanak menguasai konsep kekekalan ini adalah disebabkan mereka hanya memfokuskan pemerhatian mereka kepada satu ciri sahaja iaitu saiz bikar dan mengabaikan ciri yang lain.

    Rajah 2.2: Ujikaji mengenai konsep kekekalan yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang

    berusia enam tahun Kanak-kanak pada peringkat ini juga bersikap egosentrik iaitu melihat sesuatu perkara berdasarkan perspektif mereka sendiri. Contohnya, seorang kanak-kanak menyalahkan ayahnya atas kegagalannya memukul bola dalam satu permainan besbol. Jadual 2.2 di bawah memperlihatkan kepada kita ciri-ciri dan corak pemikiran kanak-kanak di peringkat praoperasi.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 30

    Jadual 2.2: Ciri-ciri dan Corak Pemikiran Kanak-kanak di Peringkat Praoperasi

    Ciri- Pemikiran Contoh Pemusatan Memfokuskan perhatian hanya

    pada satu ciri bagi menyelesaikan masalah

    Menumpukan perhatian hanya pada saiz bikar dalam uji kaji air.

    Ketidakbolehbalikkan Tidak dapat menukar balikkan sesuatu tingkah laku secara mental.

    Tidak dapat berfikir apa akan terjadi jika air di dalam bikar tinggi dituang semula ke bikar asal.

    Egosentrik Mentafsir peristiwa berdasarkan pandangan sendiri

    Kanak-kanak melihat sendiri air di dalam bikar tinggi lebih banyak dan dia berpegang pada kenyataan ini, meskipun ini tidak benar.

    2.1.3 Peringkat Operasi Konkrit (711 Tahun)

    Peringkat ini dikenali sebagai konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi pada imej dan objek yang nyata dan tidak pada perkara yang abstrak. Operasi ini mempunyai tiga kualiti yang saling berhubung dan tidak wujud pada tahap sebelumnya seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.3.

    Rajah 2.3: Peringkat operasi konkrit

    Dengan keupayaan baru ini, kanak-kanak dapat mengkoordinasi beberapa aspek masalah dan ini membantu mereka menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara, sifat egosentrik kanak-kanak juga dapat dikurangkan. Pada peringkat ini juga kanak-kanak dapat menguasai konsep seriasi dan pengkelasan. Seriasi merujuk kepada kebolehan menyusun objek dalam satu siri yang dikehendaki seperti panjang dan saiz. Manakala pengkelasan pula merujuk kepada mengelaskan objek berdasarkan kepada ciri yang telah ditetapkan seperti warna dan bentuk.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 31

    2.1.4 Peringkat Operasi Formal (11 Tahun ke Atas)

    Pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak berkembang dan mereka mula memahami perkara abstrak dan logik. Ia boleh disifatkan sebagai satu set penentuan yang membolehkannya memanipulasi setiap elemen sehingga setiap penyelesaian masalah dapat difikirkan serentak. Menurut Piaget, pemikiran kognitif kanak-kanak waktu ini berupaya mencapai tahap pemikiran orang dewasa. Oleh itu, remaja berupaya untuk menaakul menurut aturan logik, menggunakan proposisi abstrak serta menggunakan konsep dalam bentuk am, ibarat, persamaan dan konsep berlawanan. Remaja boleh membina pelbagai hipotesis untuk menjelaskan sesuatu kejadian dan seterusnya menguji hipotesis tersebut menurut kaedah saintifik. Berdasarkan tahap perkembangan mengikut Piaget di atas, dapat kita nyatakan bahawa tahap pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut pertambahan usia. Tahap perkembangan pemikiran ini dapat dilihat dalam Jadual 2.3 di bawah.

    Jadual 2.3: Tahap Pemikiran Kanak-kanak Mengikut Pertambahan Usia

    Peringkat Usia Pemikiran

    Deria motor 02 tahun Pengetahuan bayi berdasarkan tindakan refleksi kepada kemahiran motor dan deria. Pada peringkat akhir tahap ini, bayi boleh menggunakan perwakilan mental.

    Praoperasi 27 tahun Kanak-kanak menggunakan objek bagi mewakili peristiwa dengan berdasarkan perspektif sendiri. Kanak-kanak juga gagal untuk menguasai konsep kekekalan isi padu, jisim dan juga nombor pada peringkat ini.

    Operasi konkrit

    711 tahun Kanak-kanak boleh memahami dan menggunakan operasi logik untuk menyelesaikan masalah.

    Operasi formal

    11 tahun ke atas

    Kanak-kanak berupaya mencapai tahap pemikiran abstrak. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pertimbangan yang munasabah.

    Terangkan peringkat permulaan dan akhir peringkat perkembangan deria motor kanak-kanak.

    SEMAK KENDIRI 2.1

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 32

    PERKEMBANGAN KONSEP MATEMATIK DAN SAINS

    Konsep matematik dan sains berkait secara langsung dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Sama ada kita sedar atau tidak kanak-kanak mempelajari kedua-dua konsep ini dalam setiap aktiviti mereka seharian. Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat ingin tahu. Sewaktu kanak-kanak bermain dengan blok dan bongkah misalnya, mereka sebenarnya melalui pengalaman kognitif seperti melakukan pengkelasan. Begitu juga sewaktu kanak-kanak memegang objek atau menghisap susu, mereka sebenarnya sedang menggunakan deria mereka secara optimum. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan berkembang menjadi semakin kompleks selari dengan pertambahan usia mereka.

    2.2.1 Bagaimana Konsep Berkembang

    Peringkat awal kanak-kanak merupakan satu peringkat di mana mereka terlibat secara aktif dalam pemerolehan konsep dan kemahiran asas. Pembelajaran konsep membolehkan mereka menyusun dan mengkategorikan maklumat yang diperoleh. Sesuatu konsep yang dikuasai boleh diaplikasikan sebagai jalan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti harian mereka, kita dapat memerhatikan bagaimana konsep dibina dan digunakan oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, dalam aktiviti padanan satu dengan satu, mengira, klasifikasi dan juga pengukuran.

    2.2

    Terangkan bagaimana proses perubahan pemikiran kanak-kanak dari peringkat praoperasi ke tahap pemikiran kanak-kanak peringkat operasi konkrit.

    AKTIVITI 2.2

    1. Apakah konsep matematik yang paling awal yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak?

    2. Bagaimanakah sekiranya kanak-kanak tidak dapat menguasai konsep awal ini? Bincangkan.

    AKTIVITI 2.3

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 33

    Apabila kanak-kanak bertambah dewasa, mereka mengaplikasikan konsep asas untuk menjelajah dan mendapatkan penemuan baru dalam konsep sains. Di samping itu, pengaplikasian konsep dapat membantu mereka memahami beberapa konsep matematik yang lebih kompleks seperti operasi penambahan dan pengurangan. Apabila kanak-kanak membesar dan berkembang secara fizikal, sosial dan mental, pemahaman konsep mereka juga turut berkembang. Setiap kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Pencapaian perkembangan konsep kanak-kanak ini berlaku mengikut peringkat dan berurutan. Perkembangan konsep ini boleh dilihat dalam jadual 2.4 di bawah.

    Jadual 2.4: Konsep dan Kemahiran: Beginning Points for Understanding

    Peringkat Asas Aplikasi Tahap Lebih Tinggi Primary

    Deria motor

    0 2 tahun

    Pemerhatian, penyelesaian masalah, padanan

    satu dengan satu, nombor, bentuk, kesedaran ruang.

    Praoperasi 2 7 tahun

    Himpunan dan klasifikasi, bandingan, kiraan, pecahan (sebahagian dan keseluruhan), bahasa.

    Mengikut urutan, corak, seriasi, pola, pengukuran tidak formal, berat, panjang,

    suhu, nilai, masa, turutan.

    Simbol nombor, himpunan dan simbol.

    Transisi 5 7 tahun

    Rajah, penambahan dan pengurangan yang konkrit.

    Operasi Konkrit 7 11 tahun

    Nombor bulat, operasi, pecahan, fakta nombor, nilai tempat, geometri, pengukuran standard.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 34

    Konsep asas yang berkembang sewaktu awal kanak-kanak menjadi asas kepada pemahaman kanak-kanak terhadap matematik dan sains. Kebanyakan pemahaman tentang bagaimana dan bila perkembangan berlaku adalah berdasarkan teori Piaget dan Vygotsky mengenai perkembangan konsep. Matematik dan sains adalah saling berkaitan. Konsep asas matematik seperti perbandingan, pengkelasan dan pengukuran disebut juga sebagai kemahiran proses bila diaplikasikan terhadap masalah-masalah sains. Oleh itu, konsep asas matematik diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam sains. Kemahiran proses sains yang lain seperti pemerhatian, komunikasi dan hipotesis juga sama penting untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam matematik dan sains. Apabila kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap beberapa jenis buah, seperti epal merah, epal hijau, anggur, oren dan pisang, mereka meneliti buah-buahan tersebut dari aspek warna, bilangan, tekstur, bentuk, rasa dan kandungan. Hasil pemerhatian yang dilakukan boleh direkodkan menggunakan kemahiran pengiraan dan pengkelasan. Selain daripada itu, aktiviti ini juga boleh dikembangkan lagi dengan menimbang dan mengukur buah-buahan tersebut. Pada akhir aktiviti, buah-buahan tersebut boleh dipotong kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Oleh itu kanak-kanak dapat pendedahan mengenai konsep pecahan. Huraian di atas menerangkan kepada kita bahawa konsep kemahiran matematik dan sains boleh diperolehi oleh kanak-kanak dalam aktiviti yang dilakukan secara hands-on dan minds-on.

    2.2.2 Bagaimana Konsep Diperolehi?

    Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak memahami apa yang dipelajari. Apabila kanak-kanak meneroka persekitaran mereka, mereka dapat menimba pengalaman di mana pengetahuan digunakan secara aktif untuk membentuk perhubungan yang baru. Pembelajaran yang berlaku di bawah kawalan kanak-kanak dikenali sebagai pembelajaran semula jadi. Selain daripada itu, terdapat dua lagi pengalaman pembelajaran iaitu Pembelajaran Tidak Formal dan Pembelajaran Berstruktur. Sila rujuk Jadual 2.5 untuk melihat konsep yang dipelajari melalui tiga jenis aktiviti.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 35

    Jadual 2.5: Pemahaman Konsep Secara Pembelajaran Aktif Melalui Tiga Jenis Aktiviti

    Jenis Aktiviti Interaksi yang Ditekankan Pengalaman yang Diperolehi daripada

    Pengetahuan yang Digunakan Secara Aktif

    Semula Jadi Kanak-kanak/ Persekitaran

    Dimulakan secara spontan oleh kanak-kanak sewaktu mereka memulakan aktiviti seharian. Cara ini digunakan oleh kanak-kanak peringkat deria motor. Peranan orang dewasa menyediakan persekitaran yang menarik dan merangsang kanak-kanak bagi membolehkan mereka mengoptimumkan penggunaan deria.

    Tidak Formal Kanak-kanak/ Persekitaran/ Orang dewasa

    Dimulakan oleh orang dewasa sewaktu kanak-kanak terlibat dengan pengalaman semulajadi. Ia berlaku secara tidak dirancang dan boleh berlaku apabila dirasakan kanak-kanak memerlukan bantuan bagi memperbetulkan keadaan.

    Berstruktur Orang dewasa/ Kanak-kanak/ Persekitaran

    Aktiviti pembelajaran berbentuk separuh terancang. Ia boleh dilakukan secara individu, kumpulan kecil atau besar pada masa-masa tertentu. Aktiviti ini juga boleh dijalankan mengikut urutan yang telah ditentukan.

    2.2.3 Menilai Tahap Perkembangan Kanak-kanak

    Tahap perkembangan kanak-kanak boleh dilihat dan dinilai. Apabila kanak-kanak dapat menyempurnakan segala tugasan konsep yang tertentu tanpa bantuan, ini menunjukkan bahawa mereka telah mencapai tahap perkembangan konsep tersebut. Setiap pemerhatian yang dijalankan perlu direkodkan sebagai panduan pengajaran konsep yang seterusnya. Penguasaan konsep asas yang kukuh amat penting bagi membolehkan kanak- kanak mencapai tahap konsep yang lebih tinggi. Ini kerana penguasaan konsep asas yang kukuh membawa kanak-kanak kepada transisi operasi konkrit, di mana mereka akan berhadapan dengan simbol yang abstrak dalam matematik dan penerokaan alam sains. Apabila sesuatu konsep yang abstrak diperkenalkan kepada kanak-kanak, fokus kepada aspek yang boleh difahami dan timbulkan kesedaran mereka terhadap konsep tersebut. Kanak-kanak boleh dibantu dengan mencipta struktur kognitif yang baru melalui perancangan pembelajaran pengalaman yang mengambil kira aspek semula jadi, tidak formal dan berstruktur.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 36

    KONSEP NOMBOR

    Nombor adalah konsep asas dalam matematik. Kanak-kanak mengambil masa yang panjang untuk mengembangkan konsep dan kemahiran tentang nombor. Idea mereka terbina dan berkembang berdasarkan kepada pengalaman, refleksi daripada pengalaman dan juga komunikasi dengan orang lain yang menjadikan mereka semakin matang. Konsep nombor bagi kanak-kanak adalah termasuk mengira, menjelaskan nombor, kesedaran tentang nombor, set membanding-beza, nilai tempat, pecahan dan anggaran.

    2.3.1 Mengira

    Kemahiran dan kefahaman nombor terbina melalui kemahiran mengira. Kemahiran asas mengira ini terbentuk melalui konsep padanan satu dengan satu (one-to-one correspondence) di mana ia melibatkan padanan setiap objek dalam setiap kumpulan yang mempunyai jumlah objek yang sama banyak. Berdasarkan padanan satu dengan satu ini juga membolehkan kanak-kanak menyelesaikan masalah dan memberikan sebab musabab berkaitan dengan himpunan (sets). Mengira juga merupakan kebolehan yang terpenting untuk memperoleh kemahiran nombor yang lain. Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh mengira secara hafalan (rote counting) dan kemahiran ini adalah penting kerana kanak-kanak boleh dilatih untuk mengira secara bermakna (rational counting). Apabila kanak-kanak mengira, anda perlu minta mereka menunjuk objek yang dibilang sambil menyebutkan nombor tersebut mengikut turutan dan tegaskan kepada kanak-kanak nombor terakhir yang disebut menunjukkan jumlah bilangan kesemua objek yang dibilang. Pengalaman mengira yang diperoleh oleh kanak-kanak akan membentuk kebolehan mengira.

    2.3

    1. Apakah yang anda lakukan sekiranya kanak-kanak yang berumur lima tahun masih belum dapat menguasai konsep one-to-one correspondence?

    2. Reka satu permainan anda sendiri yang berkonsepkan one-to-one correspondence dan terangkan tentang permainan tersebut.

    AKTIVITI 2.4

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 37

    2.3.2 Kesedaran tentang Nombor

    Kesedaran tentang nombor sama seperti kemahiran mengira yang memerlukan masa yang panjang dan pelbagai situasi atau pengalaman sebenar untuk terbina. Apabila kanak-kanak memahami tentang nombor, ini bermakna mereka telah mempunyai kesedaran tentang nombor yang berkaitan antara kuantiti dan pengiraan. Selain daripada itu, ia juga merangkumi tentang kefahaman lebih dan kurang, perbandingan kuantiti atau jumlah, perhubungan antara ruang dan kuantiti dan sebahagian dan keseluruhan kuantiti. Kesedaran tentang nombor dikenali sebagai subitising. Terdapat dua jenis subitising iaitu perceptual subitising dan conceptual subitising. Perceptual subitising adalah kebolehan menyatakan berapa banyak bilangan objek tanpa perlu mengira atau membilang objek tersebut satu persatu atau mengumpulnya. Manakala conceptual subitising pula melibatkan pola nombor dalam lingkungan seperti titik yang terdapat pada buah domino. Bilangan titik itu akan dikumpulkan kepada beberapa kumpulan terlebih dahulu untuk menyatakan jumlah keseluruhannya. Contohnya, apabila terdapat lapan objek, maka kanak-kanak akan mengumpulkan objek tersebut kepada dua kumpulan empat-empat dan menyatakan bilangannya tanpa membilang satu persatu. Perceptual subitising merupakan pemikiran asas untuk mengira dan conceptual subitising pula terbina daripada kemahiran mengira dan mengenal pasti corak yang membantu mengembangkan kesedaran mereka tentang nombor dan kemahiran aritmetik.

    2.3.3 Membanding

    Perbandingan melibatkan dua atau lebih nombor atau objek yang membolehkan penilaian yang spesifik dibuat tentang ciri atau atribut. Atribut yang melibatkan pengukuran tidak formal adalah seperti saiz, panjang, tinggi, berat dan kelajuan. Manakala atribut kedua pula ialah perbandingan kuantiti. Apabila membuat perbandingan kuantiti, kanak-kanak melihat kepada dua kumpulan objek dan memutuskan sama ada objek dalam setiap kumpulan itu sama bilangannya atau satu kumpulan mempunyai bilangan yang lebih. Perbandingan merupakan asas kepada pengukuran dan tertib.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 38

    2.3.4 Bahagian dan Keseluruhan

    Kanak-kanak mempunyai kefahaman semula jadi tentang bahagian dan keseluruhan yang boleh digunakan sebagai asas untuk memahami pecahan. Kanak-kanak akan memahami dan dapat menjelaskan kegunaan pecahan seperti satu perempat, satu pertiga dan setengah. Mereka juga belajar bahawa tubuh badan mereka terdiri daripada beberapa bahagian yang unik seperti tangan, kaki, kepala dan badan. Selain daripada itu, kanak-kanak juga belajar sekumpulan benda boleh dibahagikan seperti membahagi barang mainan blok kepada rakan yang lain, dan sesuatu objek atau benda itu boleh dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil seperti sebiji kek boleh dipotong kepada beberapa bahagian. Secara beransur-ansur kanak-kanak mula memahami bahagian-bahagian akan membentuk sesuatu objek atau benda itu secara keseluruhannya. Bahagian-bahagian atau pecahan ini sama ada mempunyai saiz dan jumlah yang sama atau berbeza. Dengan ini, kanak-kanak dapat membandingkan nombor dan saiz. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan konsep sama banyak, lebih dan kurang.

    Terdapat beberapa aspek kognitif kanak-kanak seperti tahap perkembangan dan kognisinya, perkembangan konsep matematik dan sains dan juga konsep nombor.

    Tahap pemikiran kanak-kanak dikuasai oleh tahap perkembangan kanak- kanak tersebut.

    Bermula dengan aktiviti deria motor, pemikiran kanak-kanak semakin berubah dan matang sehingga mencapai tahap pemikiran operasi formal iaitu tahap pemikiran yang hampir sama dengan tahap pemikiran orang dewasa.

    Sewaktu mengalami proses perubahan itu, kanak-kanak banyak belajar daripada pengalaman dan komunikasi dengan persekitaran yang membolehkan mereka menguasai konsep kognitif yang penting seperti konsep matematik, konsep nombor dan juga konsep sains.

  • TOPIK 2 PEMIKIRAN DAN KONSEP NOMBOR 39

    Bahagian dan keseluruhan

    Conceptual subitising

    Desentrasi

    Egosentrik

    Konsep kekekalan

    Perceptual subitising