i persepsi guru terhadap kbkk dalam pengajaran mata ... · 2.2 konsep berfikir 14 2.2.1 konsep...

23

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1
Page 2: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1
Page 3: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

i

PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA

PELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH

BATU PAHAT, JOHOR

NAZLINA BINTI NARMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1
Page 5: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Buat abah dan mak tercinta, Narman bin Othman dan Sulimah Bt Abd Hamid. Segala pengorbanan, sokongan dan doa mu yang mengiringi perjuangan ku di sini amat ku

hargai dan termetri di hati ini hingga akhir hayat nanti

Buat abang tersayang, Mohamad Nazrul Bin Narman Segala bantuan dan dorongan mu amat ku hargai dan tidak mungkin ku lupakan

Teristimewa buat Ahmad Shukri Bin Taha Dikau penguat semangat untuk ku menggapai kejayaan ini dan segala bantuan mu amat ku

hargai

Buat rakan-rakan 5 SPM, Memori kita bersama sungguh bermakna dalam hidupku

Ikhlas, Nazlina binti Narman

Page 6: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala

puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi

kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Cik Sarimah Bt Ismail di

atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau

sepanjang menjayakan projek ini.

Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan,

sokongan dan dorongan. Terima kasih juga buat rakan-rakan serta pihak-pihak yang

membantu secara langsung atau tidak langsung menjayakan projek ini.

Page 7: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengetahuan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam konteks pengajaran mata pelajaran

Matematik di 20 buah sekolah menengah daerah Batu Pahat, Johor. Responden yang

terlibat terdiri daripada 68 orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik

tingkatan lima. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data yang

diperolehi akan diproses menggunakan perisian SPSS versi13.0 For Windows

(Statistical Package for Social Sciences). Statistik yang digunakan ialah peratusan dan

min. Nilai kebolehpercayaan, α bagi soal selidik ini ialah 0.756. Dapatan kajian ini

menunjukkan tahap persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif berada pada tahap tinggi. Kefahaman umum dan teknik meningkatkan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga berada pada tahap tinggi. Di akhir

kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak

pentadbiran sekolah dan Jabatan sains dan Matematik Negeri Johor untuk kebaikan

bersama.

Page 8: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify teacher’s perception towards the

knowledge of thinking skills creatively and critically in teaching Mathematics at 20

schools in Batu Pahat, Johor. 68 Mathematics teachers who teaching form five were

involved in this study. Data derived from questionnaire were analyzed using computer

software program, SPSS (Statistical Package for Social Sciences) Version 13.0 for

Windows. The value of reliability, α is 0.756. Finding of this study have shown that

the critical and creative thinking skills of Mathematics Teachers are at the highest level.

The general knowledge and technique to improve the critical and creative thinking skills

were also at the highest level. At the end of the study a few suggestions have been

made by the research to school administration and Johor State Mathematics and

Sciences Committee.

Page 9: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii - x

SENARAI JADUAL xi -xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN 1 - 12

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

Page 10: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

viii

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.7.1 Guru 8

1.7.2 Pelajar 9

1.7.3 Pentadbiran Sekolah 9

1.7.4 Bahagian Pendidikan Guru 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Guru 10

1.8.3 Kemahiran Berfikir 10

1.8.4 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 11

1.8.5 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 11

1.8.6 Matematik 12

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13 - 23

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep Berfikir 14

2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15

2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17

2.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 18

2.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19

2.5 Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran 20

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

2.6 Teknik atau Kaedah Pengajaran dn Pembelajaran 21

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

2.7 Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan 22

Kreatif Dalam Pengajaran.

Page 11: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24 -31

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Prosedur Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Analisis Data 28

3.7 Kajian Rintis 30

3.8 Kesimpulan 31

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 ANALISIS DATA 32 - 48

4.1 Pengenalan 32

4.2 Bahagian A 33

4.2.1 Taburan Guru Matematik Mengikut Jantina 33

4.2.2 Taburan Guru Matematik Mengikut Kelulusan 33

Ikhtisas.

4.2.3 Taburan Guru Matematik Mengikut Pengalaman 34

Mengajar Mata Pelajaran Matematik

4.2.4 Taburan Guru Matematik Mengikut Kekerapan 35

Penggunaan KBKK Dalam Sesi Pengajaran

4.2.5 Taburan Guru Matematik yang Pernah 36

Mengikuti Sebarang Kursus Berkaitan

KBKK.

4.3 Bahagian B 37

4.3.1 Pembahagian Item-item Bagi Set Soal Selidik 37

4.4 Persoalan Kajian Pertama 39

Page 12: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

x

4.5 Persoalan Kajian Kedua 42

4.6 Persoalan Kajian Ketiga 43

4.7 Persoalan Kajian Keempat 46

4.8 Rumusan Analisis Data 48

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 49 - 59

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 50

5.3 Perbincangan 51

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 51

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 52

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 53

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 55

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 56

5.4 Cadangan 57

5.4.1 Guru 57

5.4.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 58

5.4.3 Jabatan Sains dan Matematik 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 59

BIBLIOGRAFI 60 - 63

LAMPIRAN A –E 64 - 77

Page 13: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan sekolah dan bilangan guru yang mengajar Matematik 26

di sekolah menengah harian gred A di daerah Batu Pahat.

3.2 Pembahagian item soal selidik mengikut aspek yang dikaji. 29

3.3 Taburan markat min bagi menentukan tahap persepsi guru 30

Matematik terhadap pengetahuan KBKK.

4.1 Taburan guru Matematik mengikut jantina. 33

4.2 Taburan guru Matematik mengikut kelulusan ikhtisas. 33

4.3 Taburan guru Matematik mengikut pengalaman mengajar mata 34

pelajaran Matematik

4.4 Taburan guru Matematik mengikut kekerapan penggunaan KBKK 35

dalam sesi pengajaran.

4.5 Taburan guru Matematik yang pernah mengikuti sebarang kursus 36

berkaitan pengetahuan KBKK.

4.6 Taburan item-item bagi set soal selidik. 37

4.7 Taburan markat min bagi menentukan tahap persepsi guru 38

Matematik terhadap pengetahuan KBKK.

4.8 Taburan persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir 39

secara kritis.

4.9 Taburan persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir 42

secara kreatif.

4.10 Taburan persepsi guru Matematik terhadap kefahaman umum 43

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

4.11 Taburan teknik yang digunakan oleh guru Matematik bagi 46

meningkatkan KBKK semasa sesi pengajaran.

Page 14: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

xii

4.12 Min keseluruhan bagi semua pembolehubah dalam set 48

soal selidik.

Page 15: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur kajian 25

Page 16: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

Lampiran A Surat kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran B Surat kebenaran Pejabat Pelajaran Daerah

Batu Pahat, Johor

Lampiran C Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran D Surat pengesahan item soal selidik

Lampiran E Soal selidik

Page 17: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Sebagaimana yang kita ketahui, proses pendidikan memainkan peranan yang

penting dalam merealisasikan Wawasan 2020. Tanpa pendidikan mungkin

Wawasan 2020 itu sendiri pun tidak dapat diilhamkan apatah lagi untuk

direalisasikan. Ini adalah kerana pendidikan merupakan mangkin kepada

pembangunan sesebuah negara. Bagi merealisasikan Wawasan 2020 itu, kita

mestilah membuat persediaan yang rapi dan lengkap bermula dari sekarang.

Bagi menunjukkan betapa pentingnya proses pendidikan ini kepada individu

khasnya dan negara amnya, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam ayat 34

– 36 Surah Saba’ tentang usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan ini.

Ayat tersebut bermaksud :

“Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja iaitu ; hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencari kebenaran kerana Allah

semata-mata sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri“.

Daripada ayat Al-Quran tersebut, ia menunjukkan bahawa Allah telah

memberikan manusia akal untuk berfikir. Ini merupakan kurniaan yang paling

istimewa kepada manusia berbanding makhluk-makhluk lain ciptaan Allah. Maka

potensi berfikir yang diberikan Allah ini haruslah dikembangkan dan dijadikan

Page 18: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

2

kenyataan sesuai dengan petunjuk Allah (Mohd Azhar, 2000). Oleh itu, kebolehan

berfikir ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga menekankan perkembangan

kurikulum dari segi pembangunan minda dan intelek iaitu sebagai unsur secara

bersepadu. Unsur intelek meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam

mengembangkan daya pemikiran supaya individu mampu menghurai, menganalisis,

menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea baru yang bernas. Jelaslah di sini

bahawa pembangunan minda atau intelek boleh dicetuskan melalui kemahiran

berfikir.

Bagi merealisasikan falsafah yang menekankan kepada perkembangan

kurikulum dari segi pembangunan intelek ini, maka peranan pendidik menjadi

semakin mencabar. Oleh itu, setiap pendidik perlu memahami, menghayati dan

melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Antara tanggungjwab dan amanah pendidik ialah sebagai pengajar dan penyebar ilmu,

penyelidik, pembimbing, pembentuk akhlak, penjaga atau ibu bapa (Esah Sulaiman,

2003). Pendidik merupakan tonggak dalam merealisasikan perubahan dan kehendak

negara iaitu membentuk sebuah negara yang masyarakatnya bermoral dan beretika,

saintifik dan berteknologi tinggi (Wawasan 2020). Oleh itu, pendidik perlu peka

dengan segala ilmu kependidikan dan bergerak seiring dengan perkembangan terkini.

Antaranya, guru mestilah menguasai ilmu dan kemahiran dalam mata pelajaran

tertentu, menguasai penggunaan teknologi maklumat, menggunakan teknik mengajar

yang berkesan dan sebagainya (Esah Sulaiman, 2003).

Daripada penyataan-penyataan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa guru-

guru serta pelajar-pelajar harus mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat mencapai hasrat Wawasan 2020

dan melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek sepertimana yang diwar-

warkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para guru harus sedar bahawa dalam

membekalkan ilmu pengetahuan guru-guru haruslah memiliki daya pemikiran yang

kritis dan kreatif agar berupaya melahirkan generasi yang tinggi pemikirannya. Di

samping menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 19: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

3

1.2 Latar belakang Masalah.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap aspek

perkembangan intelek di mana salah satu daripada ciri-ciri unsur intelek yang

dinyatakan adalah sentiasa berfikir dan berusaha untuk mengembangkan daya

pemikiran supaya individu mampu menghurai, menganalisis, menaakul, merumus

dan menghasilkan idea-idea yang bernas (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993).

Penekanan terhadap aspek perkembangan intelek dan pemikiran kritis di sekolah

bukan sahaja dilaksanakan di negara kita bahkan di seluruh dunia.

Kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Matematik bukanlah satu elemen

baru, malah ianya sudah lama digunakan dalam pengajaran Matematik. Namun

ramai guru yang tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam

pengajaran Matematik ini. Semasa mengajar kebanyakan guru Matematik hanya

memberi tumpuan kepada penghafalan teorem-teorem dan formula dalam mata

pelajaran Matematik. Misalnya penghafalan Teorem Phitagoras. Maka melalui

KBKK ini, pelajar akan sentiasa didedahkan kepada suasana yang mendorong dan

menggalakkan pelajar berfikir bukan sahaja untuk meningkatkan pencapaian

akedemik malahan untuk meningkatkan kualiti pemikiran mereka (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1994).

Bagi mencapai tahap negara maju menjelang 2020, sistem pendidikan kita

memainkan peranan penting untuk menyediakan pelajar yang berkualiti dan

mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi supaya dapat menghadapi senario

masyarakat masa depan dengan jayanya. Kurikulum tradisional yang menekankan

penguasaan isi kandungan sahaja perlu diubahsuai bagi merealisasikan hasrat di atas.

Peranan pendidik haruslah bersifat dinamik dan futuristik. Para guru

hendaklah melakukan perubahan dari amalan “ritual teaching” yang tidak produktif

kepada kaedah pengajaran yang lebih baik seperti pengajaran secara koleberatif dan

koperatif yang sejajar dengan arus pemikiran baru (Hadi,1997 dalam Mohd Azhar,

2000). Oleh itu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah didokumentasikan

dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam KBSM di mana objektifnya ialah

Page 20: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

4

untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, pemikiran rasional,

kritis dan kreatif.

Bagi merealisasikan objektif yang terdapat dalam KBSM ini, Datuk Seri

Anwar Ibrahim iaitu bekas Menteri Pelajaran Malaysia telah menyatakan bahawa

kita perlu mewujudkan suatu corak pendidikan bersifat terbuka yang menekankan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan pelajar sekolah (NST, 16

September1996). Saranan ini telah diberi sokongan padu oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia apabila menterinya pada masa itu iaitu Datuk Seri Najib Tun

Abd Razak menegaskan bahawa pelajar yang terpilih ke sekolah bestari akan dilatih

supaya mempunyai sikap inovatif, kreatif, dan analitik (NST,19 September 1996).

Ini selaras dengan fungsi sekolah untuk memupuk kemahiran berfikir di kalangan

pelajarnya kerana ekonomi global makin memerlukan pekerja yang berupaya

menganalisis situasi-situasi baru serta menyediakan penyelesaian yang kreatif

(Fiske, 1992 dalam Faizah Ali,2002). Oleh itu guru memainkan peranan yang

penting dalam menerapkan kemahiran berfikir sebagaimana yang dinyatakan dalam

penyataan di bawah:

“Penyoalan yang dirancang dengan baik merupakan teknik paling asas digunakan oleh guru untu merangsang pelajar berfikir. Aras soalan yang digunakan oleh guru akan mendorong pelajar berfikir pada tahap pemikiran aras rendah atau aras tinggi yang sepadan. Penggunaan soalan aras tinggi akan mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif manakala penggunaaan soalan aras rendah akan menggalakkan pelajar mengingat sahaja” .

Berdasarkan penyataan tersebut, guru memainkan peranan yang penting

dalam usaha membentuk dan merangsang perkembangan intelek pelajar. Maka

penguasaan pengetahuan isi kandungan dan pengaplikasian kemahiran berfikir

dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran mestilah

dirancang dengan sempurna (Falkof dan Moss, 1995 dalam Mohd Faizul, 2003).

Persoalannya sekarang adakah guru-guru tersebut telah mempunyai pengetahuan

yang cukup dan pada tahap manakah guru-guru menguasai seterusnya

mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran mereka? Selain itu, adakah guru-guru

akan memastikan pelajar-pelajar mereka menguasai KBKK bagi menyelesaikan

masalah pelajaran mereka? Keadaan ini juga berkisar pada tahap kecemerlangan

pelajar dalam peperiksaan di sekolah itu sendiri.

Page 21: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

5

Peningkatan soalan bercorak KBKK bagi semua kertas peperiksaan telah

menjadi salah satu faktor kemerosotan keputusan peperiksaan. Kenyataan ini telah

dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawat jawatan Menteri

Pendidikan Malaysia semasa mengadakan sidang akhbar pada November 1999.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) satu analisis telah dibuat dan

hasilnya menunjukkan bahawa ramai calon memberi jawapan salah bagi soalan

berbentuk KBKK (Berita Harian, 1999). Berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil

Peperiksaan Malaysia bagi mata pelajaran Matematik pada tahun 2001 telah

menurun sebanyak 2.1% iaitu daripada 72.1% pada tahun 2000 kepada 70.0% pada

tahun 2001 (Utusan, 2001). Situasi ini telah merujuk kepada guru bahawa sejauh

manakah mereka telah menguasai penerapan unsur KBKK dalam pengajaran serta

dalam pembinaan soalan. Selain itu, apakah guru-guru tidak memberi pendedahan

kepada pelajar tentang cara penyelesaian masalah yang boleh menggerakkan

pemikiran para pelajar secara kritis dan kreatif ?

1.3 Penyataan Masalah.

Berfikir dalam satu saat adalah lebih baik dari ibadat setahun (Imam Al-

Ghazali dalam Mohd Azhar,2001). Ini menunjukkkan bahawa proses pemikiran itu

merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan sesorang insan. Apatah lagi

sekiranya pemikiran itu dilakukan secara kritis dan kreatif. Memiliki kepintaran

sahaja masih belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan kemahiran berfikir.

Ramai orang yang pintar tetapi tidak mempunyai kemahiran berfikir, malah ramai

orang yang mempunyai kepintaran yang biasa tetapi mempunyai kemahiran berfikir;

ada pula yang terjerumus dalam perangkap dan seterusnya menjadi pemikir yang

tidak mahir (Ainon Mohd, 1995).

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif memainkan peranan yang

penting bagi melahirkan generasi yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi

sekaligus melahirkan insan yang cemerlang. Ini bermakna, para pendidik

mempunyai peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

menerapkan KBKK dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Sehubungan dengan

Page 22: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

6

perkara tersebut, penyelidik ingin mengkaji persepsi guru Matematik terhadap

penguasaan pengetahuan KBKK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Matematik di sekolah menengah sekitar daerah Batu Pahat, Johor.

1.4 Objektif Kajian.

Fokus utama kajian ini dijalankan ialah untuk :

1.4.1 Mengenal pasti persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran

berfikir secara kritis dalam pengajaran mata pelajaran Matematik.

1.4.2 Mengenal pasti persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran

berfikir secara kreatif dalam pengajaran mata pelajaran Matematik.

1.4.3 Mengenal pasti persepsi guru Matematik terhadap kefahaman umum

pengetahuan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran

mata pelajaran Matematik.

1.4.4 Mengenal pasti teknik yang digunakan oleh guru Matematik untuk

meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran

mata pelajaran Matematik.

Page 23: i PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA ... · 2.2 Konsep Berfikir 14 2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15 2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17 ... JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1

7

1.5 Persoalan Kajian.

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk menjawab beberapa persoalan

mengenai persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif dalam pengajaran Matematik di sekolah menengah daerah Batu Pahat, Johor.

Antara persoalan kajian bagi kajian ini ialah :

1.5.1 Sejauh manakah persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran

berfikir secara kritis dalam pengajaran mata pelajaran Matematik?

1.5.2 Sejauh manakah persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran

berfikir secara kreatif dalam pengajaran mata pelajaran Matematik?

1.5.3 Sejauh manakah persepsi guru Matematik terhadap kefahaman umum

pengetahuan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran

mata pelajaran Matematik?

1.5.4 Apakah teknik yang digunakan oleh guru Matematik untuk meningkatkan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran mata pelajaran

Matematik?