titas

Upload: shahminsaid

Post on 07-Mar-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

1.0 EKONOMIKecemerlangan dalam bidang ekonomi kerajaan bani umayyah dan bani abbasiah sebenarnya boleh diadaptasikan kepada ekonomi di Malaysia dan sebahagian daripada aktiviti ekonomi pada tamadun islam terdahulu ini sudah terdapat di Malaysia contoh kegiatan ekonomi yang terdapat di Malaysia ialah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ekonomi premier, sukender dan tertier. Ekonomi primer ini ialah memperoleh bahan asli daripada bumi dimana ianya belum melalui sebarang proses, sebagai contoh aktiviti pertanian perlombongan dan perikanan serta penternakan termasuk dalam ekonomi primer kerana aktiviti-aktiviti ini hanya mengambil sumber bahan asli yang terdapat di bumi. Contohnya, bahagian perikanan hanya menangkap ikan dan mengambil sumber yang terdapat di bahagian perairan. Manakala pertanian mengutip hasil yang terdapat pada hasil tani seperti,padi,ubi kopi dan sebagainya. Seterusnya bahagian perlombongan hanya mengambil sumber bahan asli seperti bijih besi timah dan sebagainya dalam industri perlombongan. Manakala penternakan memelihara haiwan ternakan dan meningkatkan pengeluaran haiwan ternakan. Contoh-contoh syarikat yang memperoleh bahan primer ini ialah Syarikat Felda S.d.n B.h.d. syarikat ini memperoleh bahan semula jadi bahagian pertanian dan perladangan seperti pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia, seterusnya bahagian perikanan dikuasai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) industri ini membekalkan bahan-bahan perikanan yang terdapat di bahagian laut dan sungai seperti ikan dan sebagainya. Manakala bahagian perlombongan pula ialah Pasdec Holding Berhad (PKNP) syarikat ini terkemuka dalam bursa saham Malaysia kerana ia banyak memberi sumbangan dalam peningkatan ekonomi khususnya dalam perlombongan. Selain itu, ekonomi sukender adalah proses kedua dalam system ekonomi di Malaysia. Kegiatan ekonomi sukender ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakan lanjutan daripada ekonomi primer yang memerlukan pemprosesan.bahan mentah diproses menjadi barang siap atau separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sukender ialah kegiatan pembuatan ( perkilangan dan pembinaan). Industry ini sudah lama wujud sejak kerajaan bani umaiyah dan bani abbasiyah dimana ekonomi tamadun ini mengeluarkan hasil pertanian sebagai contoh, Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus mengeluarkan gandum, barli, beras, buah anggur, limau, epal, sayuran kobis, kacang, dan ternakan seperti kambing, lembu, ayam dan itik. Selain itu mereka juga mengeluarkan tenunan, hamparan, permaidani, pinggan mangkuk, barangan kaca, tembikar, mozek serta barangan kulit dan senjata. Seterusnya, ekonomi tertier, ekonomi tertier ini adalah perkhidmatan dalam pemasaran barangan buatan yang dicipta oleh sesebuah Negara, sebagai contoh pemasaran barangan kerajaan bani umayyah dan abbasiyah merangkumi Eropah, Cina dan India. Kecemerlangan dalam ekonomi abbasiyah dan bani umayyah boleh di contohi di dan diperkembangkan lagi di Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia juga sebuah Negara yang mampu menghasilkan ekonomi tertier dimana seluruh Negara di dunia mengenali Malaysia dengan hasil pengeluaran minyak kelapa sawit, kain batik, getah, beras, kopi, teh. Semua hasil eksport ini adalah daripada aktiviti pemasaran yang dijalankan di Malaysia. Kecemerlangan bani umaiyah dan abbasiyah sudah terdapat di Malaysia perkembangan ekonomi ini dapat dijadikan contoh oleh kerajaan Malaysia bagi memacu kemajuan ekonomi untuk sebuah Negara yang membangun. Kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh kedua tamadun islam ini boleh dicontohi dan diserap masuk ke dalam Negara Malaysia. Contoh-contoh yang terdapat pada kerajaan tamadun islam sedikit sebanyak sudah terdapat di Malaysia. Langkah dan usaha dalam memajukan lagi sector ekonomi Negara Malaysia tampak jelas dan sedang berkembang mengikut peredaran masa. Tidak mustahil untuk mencotohi Negara islam terdahulu pada masa akan dating kerana kegiatan ekonomi yang terdahulu juga sedang dijalankan oleh Negara Malaysia.2.0 POLITIKSistem politik zaman kerajaan islam bani umaiyyah dan bani abbasiyah adalah politik yang bercorakkan sistem khalifah dan pemilihan melalui majlis-majlis syura. Manakala di Malaysia pula adalah politik yang bercorakkan demokrasi dan pemilihan dibuat mengikut kehendak rakyat, dimana siapa yang mendapat atau meraih undi yang banyak maka dia akan memegang jawatan sebagai pembantu dalam pengendalian negara iaitu pembantu Raja Malaysia. Walaupun berbeza dari segi politik namun sistem pentadbiran dalam hal ehwal politik adalah sama, sebagai contoh zaman bani abbasiyah dan bani umaiyyah mewujudkan Penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah untuk melicinkan pentadbiran, seperti di negara Malaysia kerajaan mereka juga mewujudkan audit dan bank negara sebagai jabatan cukai iaitu ( JABATAN AUDIT NEGARA), urusan cop mohor ( MAJLIS RAJA-RAJA MALAYSIA) dan penubuhan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Am yang merangkumi ekonomi, politik dan sosial Malaysia. Dengan mengambil contoh kerajaan islam terdahulu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berprestij tinggi dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara besar yang lain, jika Malaysia mentadbir dengan telus dan mengelakkan sebarang rasuah daripada berlaku. Contoh kecemerlangan pada kerajaan islam terdahulu boleh diadaptasikan dalam kerajaan Malaysia apabila mereka bersetuju untuk memperlicinkan lagi pentadbiran. Walaupun corak pemerintahan berdasarkan barat namun sikap dan ketelusan dalam mentadbir negara boleh di contohi semasa kegemilangan zaman kerajaan islam terdahulu.3.0 SOSIALKemajuan dalam bidang sosial kerajaan pada zaman kerajaan bani umaiyah dan abbasiyah sedikit sebanyak terdapat di Malaysia namun bagi melicinkan lagi ikatan dan perkembangan sosial Malaysia harus meniru dan mengambil contoh dalam kerajaan bani umaiyah dan bani abbasiyah.3.1 PENDIDIKANKerajaan islam terdahulu menterjemah buku-buku falsafah dan sains dari bahasa Yunani kepada Bahasa Arab dan ilmu tentang mengguna dan membuat kertas diambil dari China. Manakala filosof pula ialah merupakan ahli dalam bidang Kimia, Astrologi, kedoktoran dan muzik. Begitu juga dengan intelek-intelek lain seperti Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Masudi. Al-Farabi, Umar Al-Khayyam dan Ibn Khaldun. Kewujudan institusi pendidikan juga seperti Masjid yang memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Contoh kegemilangan di atas boleh di contohi oleh kerajaan Malaysia walaupun sedikit sebanyak mempunyai persamaan seperti masjid pada dahulunya sebagai pusat pendidikan dan teknologi pembuatan kertas di ambil daripada cina, di Malaysia pusat pendidikan adalah di sekolah dan universiti dan pembuatan kertas adalah menggunakan teknologi sendiri berdasarkan pinjaman daripada teknologi luar. Walaupun mempunyai persamaan namun Malaysia sudah dapat mengikuti perkembangan tamadun tersebut. Hal ini membuktikan bahawa Malaysia juga mampu mengikut kecemerlangan zaman kerajaan islam terdahulu, namun perlu ditambah dan dilicinkan lagi system yang sedia ada agar Malaysia mampu bertanding dengan pendidikan antara bangsa yang sedia ada.3.2 KEPELBAGAIAN KAUM DAN BANGSAPada zaman kerajaan islam terdahulu Hasil dari perkembangan Islam dan keluasan jajahan pemerintahan, kerajaan islam telah membawa beberapa perubahan kepada masyarakat. Sebagai contoh, warga Negara terdiri dari pelbagai bangsa seperti Arab, Farsi, Qitbi, Turki dan India. Selain itu, pergaulan semakin bertambah erat sehingga terdapat perkahwinan campur. Di Malaysia juga terdapat kepelbagaian kaum dan bangsa di mana jika di lihat contoh yang ketara adalah kewujudan kaum india dan cina yang tinggal bersama dalam Negara Malaysia, ada juga dalam kaangan mereka yang berkahwin campur seperti kaum melayu berkahwin dengan kaum india, perkahwinan campur kedua suku kaum ini banyak terdapat di negeri pulau pinang. Seterusnya bagi perkahwinan melayu dan cina pula banyak terdapat di negeri Melaka, perkara ini menunjukkan bukti bahawa Malaysia juga mampu mengikuti sedikit sebanyak zaman social kerajaan islam terdahulu. Buktinya hasil daripada kajian terdapat banyak persamaan yang terdapat di Malaysia dan kerajaan islam seperti abbasiyah dan umaiyyah.3.3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGIjika dilihat pada zaman kerajaan islam terdahulu Galakan para khalifah yang mengambil berat tentang bidang ilmu pengetahuan seperti mengadakan seminar perubatan, menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang sains dan teknologi serta membina pusat penyelidikan sains, membina balai cerap sebenarnya sudah terdapat di Malaysia, sebagai contoh penubuhan pusat meteorology Negara Malaysia dan pembuatan ubat-ubatan Malaysia seperti kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian perubatan dan menghasilkan ubat menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai kemajuan dalam sains dan teknologi. Perkara ini juga membuktikan bahawa kecemerlangan dan kemajuan kerajaan islam terdahulu boleh dicontohi oleh Malaysia, namun bagi memperkemaskan lagi kemajuan dalam sains dan teknologi kerajaan Malaysia harus mempergiat usaha untuk mengkaji seperti kerajaan islam terdahulu yang sanggup menterjemah buku ke bahasa mereka untuk mewujudkan golongan cendikiawan yang terbaik.4.0 KETENTERAANMelihat dari sistem ketenteraan islam terdahulu seperti mengatur barisan peperangan dan penciptaan senjata memperlihatkan bahawa mereka bukan sahaja maju dari segi politik dan ekonomi, namun mereka juga kuat dari segi pertahanan, walaupun serangan daripada kerajaan lain mendatang namun kerajaaan islam terdahulu mampu menepis kerana mempunyai kelengkapan senjata yang kuat. Ketenteraan di Malaysia juga sebenarnya tersusun, namun Malaysia tidak membuat kelengkapan perang, kebanyakannya kelengkapan perang dibeli daripada Negara luar seperti senjata api dan nuklear. Malaysia sepatutnya meniru kerajaan islam terdahulu untuk memperkuatkan lagi pertahanan yang sedia ada supaya Negara Malaysia bangkit dan digeruni seperti kerajaan islam terdahulu. Namun dalam istilah ketenteraan Malaysia sudah menunjukkan bukti bahawa zaman kegemilangan tentera terdahulu boleh dicapai oleh Malaysia sperti aturan barisan tentera, di mana Malaysia juga mengatur strategic tentera dan membahagikan tentera kepada 3 iaitu laut, air, dan udara.