titas

28
WAJ3012 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) PN.AZIMAH BT ABDULLAH MACRINA FREDOLINE NAMA PENSYARAH: NAMA PELAJAR:

Upload: macrina-nina-fredolinea

Post on 04-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Powerpoint Tamadun Islam

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

WAJ3012TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)PN.AZIMAH BT ABDULLAHMACRINA FREDOLINENAMA PENSYARAH: NAMA PELAJAR:

1Tajuk: Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu.Definisi kesan

Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, parut,.

Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek.

Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko.TesaurusDefinisi pengaruh

Kuasa yang diterbit daripada orang atas orang lain, kekuatan batin yang meninggalkan kesan kepada orang lain,dikuasai.Kamus Dewan Edisi KeempatKesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu.Pegangan Agama dan KepercayaanPendidikanKehidupan Sosial, Kekeluargaan dan AdatEkonomiBahasa dan KesusasteraanPerundanganPolitik dan Pemerintahan

Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu.Pegangan Agama dan Kepercayaan.

Mempercayai konsep ketuhanan yang satu iaitu, Allah.

Menjadi penentu dalam kehidupan.

Mengubah pandangan masyarakat Melayu- mempercayai Tuhan Yang Maha Esa (satu Tuhan Allah),percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab.

Kitab suci al-Quran- menguatkan keyakinan orang Melayu tentang keesaan Allah dan kekuasaannya.

Mengubah pandangan masyarakat Melayu terhadap golongan agama

Raja tidak lagi dianggap sebagai terlalu berkuasa tetapi dianggap sebagai ketua agama atau penaung agama.

Syed Naquib al-Attas menjelaskan bahawa kehadiran Islam mencetuskan suatu zaman baru Berteraskan asas tauhid (menyebabkan perubahan terhadap rupa dan jiwa Alam Melayu.

Prinsip Rukun Iman dan Rukun Islam menjadi tonggak dalam kehidupan tamadun Melayu.

Rajah 1.112345RUKUN ISLAMRajah 1.2Kehidupan sosial, kekeluargaan dan adat.

Kehadiran Islam telah menetapkan satu dasar sosial yang adil (Tiada perbezaan darjat dan kedudukan.

Raja dan pembesar mula menghargai dan berjiwa rakyat.

Hieraki struktur sosial masyarakat Alam Melayu berubah menjadi seperti dalam rajah 1.3.

Masyarakat memandang golongan agama (Ulama dan guru agama) sebagai golongan yang mulia dan setaraf dengan pembesar dan bangsawan.

Golongan wanita mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup, hak untuk mendapat pendidikan, hak isteri dan hak pembahagian harta pusaka.

Memantapkan sistem kekeluargaan berteraskan Islam dan adat.

Peranan dan tanggungjawab suami (ketua keluarga) dan isteri (memelihara kesejahteraan keluarga).

Masyarakat Melayu mempercayai bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan ada kehidupan yang kekal di akhirat nanti.

Adanya konsep dosa dan pahala serta balasan di hari akhirat.

Unsur-unsur yang berkaitan dengan pengaruh animisme dan Hindu dan Khurafat(Kepercayaan karut) telah dibuang.

Antara contoh nilai-nilai animisme dan Hindu yang telah dibuang:Adat menepung tawar dalam sesuatu majlis diganti dengan bacaan doa selamat.Adat kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning dan pulut kuning diganti dengan azan dan kamat.Jampi mantera oleh bomoh untuk menghalau syaitan diganti dengan bacaan al-Quran dan doa.

Masyarakat Melayu merayakan hari-hari kebesaran dan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan Islam.

Kahwin campur antara masyarakat Melayu dengan Arab, India dan Cina Islam menjadi lumrah.

Amalan memberi zakat dan bersedekah.

Bentuk binaan rumah dan masjid lebih berseni dan bermotif Islam ( Pengaruh Arab, India dan China ).

PendidikanMelahirkan masyarakat Melayu yang berpendidikan dan mengatasi masalah buta huruf.

Islam mewajibkan semua golongan masyarakat menuntut ilmu.

Sistem pendidikan telah berkembang ke institusi pendidikan Contoh: Madrasah, sekolah, masjid, dan surau.

Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menuntut ilmu.

Masyarakat mula mempelajari al-Quran, ilmu tafsir, hadis dan permasalahan ibadat daripada ulama yang ada di Melaka, Acheh, Patani, Kedah, Kelantan dan sebagainya

Antara ulama-ulama asing yang datang ke Melaka dari awal hingga zaman kejatuhannya ialah Makhdum Syed Abdul Aziz, Qadi Yusuf, Qadi Menus dan banyak lagi.

Tokoh Melayu yang banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan Syeikh Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan lain-lain.

EkonomiAktiviti perdagangan berkembang pesat.

Kemunculan dan kemajuan pelabuhan-pelabuhan Melayu- Pasai, Acheh, Melaka, Betawi, Kedah, Demak, Terengganu dan Johor.

Jawatan shahbandar diwujudkan dalam Kesultanan Melayu Melaka Peningkatan perdagangan.

Meningkatkan aktiviti kemasyarakatan- Kegiatan intelektual, keagamaan dan seni budaya serta pertukaran teknologi hasil pertanian.

Bahasa dan kesusasteraanBahasa Melayu sebagai lingua franca.

Mengenepikan bahasa Jawa Kuno, bahasa Melayu Kuno dan bahasa Sanskrit.

Bahasa Melayu bersifat universal, mudah, dan menyeluruh.

Menjadi unsur untuk menyatupadukan penduduk.

Bahasa perhubungan, menulis kitab agama, hikayat- hikayat, undang-undang, urusan pentadbiran.

Bahasa Melayu KunoBahasa MelayuvulanbulannasyikasyiknayiknaikmangalapmengambilmamavamembawasaribuseribudangandenganvanaknabanyaknyasukhacittasukacitakokesamvausampandatamdatangNamaErti Nama dalam Bahasa Jawa KunoAbhinawabaru; sangat elok/ permai; ajaibAbidahBeradabAbidinOrang yang beragamaBahasa SanskritBahasa MelayubhasabahasamalaiuMelayuakasaangkasasamudharasamuderamahamaharajharajabhumibumiputraputeranagaranegaranagarinegeriagamaagamaSumbangan terbesar Islam terhadap masyarakat Melayu ialah pengaruhnya tentang perkembangan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu dan bahasa Arab digunakan oleh pendakwah Arab, Cina dan India.

Membawa perubahan kepada warisan kesusasteraan Melayu- hasil ditulis dalam tulisan jawi. (Contoh: Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam).

Kesusasteraan Melayu mengalami perubahasn dari segi tema, bentuk dan genre serta matlamat. (Tidak hanya bercorak fiksyen).

Contoh sastera prosa Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Belah, Hikaya Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

PerundanganPerubahan sistem perundangan tempatan. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan.

Contoh- Hakim boleh menggunakan budi bicara sewaktu menjatuhkan hukuman (hukuman potong tangan, penjara atau denda bagi kes mencuri).

Pelaksanaan hukum Islam dan adat kerap digunakan. (Hukum Kanun Melaka- tanah, sungai, dusun, dan setiap tanah jajahan takluk Melaka).

Pelaksanaan hukum dan prinsip-prinsip Islam (Hukum mencuri, zina dan bunuh)

Politik dan pemerintahanSistem pemerintahan bercorak kesultanan dan status sultan tidak lagi dianggap sebagai dewa.

Institusi Islam didirikan untuk membantu memperkuatkan sistem pentadbiran (Jabatan Agama Isam dan Syariah).

Jawatan dalam pentadbiran diwujudkan (Imam, kadi, dan mufti).

Gelaran raja dan dewaraja ditukar kepada sultan(disamakan dengan khalifah).

Pentadbiran- Kerajaan Melayu ditadbir oleh sultan (Kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara, ketua dalam agama Islam/ketua negara).

RumusanKedatangan Islam memberi kesan yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu.Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu,malah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat.Islam menolak perbezaan darjat dan meletakkan hak sewajarnya untuk setiap individu. Islam sebagai lambang penyatuan dan memperkukuhkan jati diri melayu.RujukanAl-Qaradhawa, D. (Mei 2004). Retorika Islam. Jakarta Timur: Khalifa Sdn. Bhd.

Latif, A. Z. (2012). Buku revisi tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS). Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

Omar, A. Z. (2013). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Hasim. (2012, ogos 8). Pengaruh dan kesan tamadun islam dalam tamadun melayu. Retrieved July 17, 2014, from Teratak Kasih Cikgu Hashim: http://hashim81.blogspot.com/2012/08/pengaruh-dan-kesan-tamadun-islam-dalam.html

Kaizen_Fubuki. (2012). Kesan & Pengaruh Islam kepada Tamadun Melayu. Retrieved July 19, 2014, from Tamadun Islam Dan Asia: http://kaizenfubuki.blogspot.com/2012/05/kesan-pengaruh-islam-kepada-tamadun.html

Madrid, C. (2010, April 10). KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU. Retrieved July 18, 2014, from Bicara Seorang Guru: http://cikgumadrid.blogspot.com/2010/04/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html

SEKIANTERIMA KASIH