titas

10
Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Tamadun Islam dan Asia) Perkongsian Ilmu Tamadun Islam dan Tamadun Asia.BAB 1PENGENALAN ILMU KETAMADUNANOlehAzizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Rosnah Sadri,Mohd Zuhdi Marsuki, Wan Jasimah, Mohd Razi.1.1 KEPENTINGAN TAJUKKeperluan mengkaji/memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan hari ini, dalam konteks Malaysia dan konteks globalHubungkait dengan idea pembinaan Negara MalaysiaBidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya, jihad, hegemoni barat dan lain-lainIdea ”clash of civilisation”, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi dan pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa.Terdapat beberapa persoalan yang selalu berbangkit dalam polemik tentang tamadun dan ketamadunan. Antaranya, termasuklah persoalan yang sangat asas, misalnya, apakah tamadun? Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadun? Atau, persoalan yang lebih umum sifatnya, seperti, apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?Persoalan- persoalan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ianya sudah sekian lama menjadi polemik dalam dunia pemikiran ketamadunan dan peradaban manusia. Debat mengenainya boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan konsep polis dalam karyanya The Republicyang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalam rangka jalinan hubungan sosialnya. Di kalangan pemikir Islam, al- Farabi misalnya mengemukakan konsep al-madinah al- fadilah,manakala Ibn Khaldun mengemukakan umran badawi dan umran hadhari. Kesemua ini adalah bagi menjawab persoalan-persoalan yang berkisar di sekitar peradaban dan ketamadunan. Tujuannya tiada lain kecuali untuk memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan itu dan seterusnya mengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah bentuk dan rupa peradaban dan tamadun yang diimpikan oleh manusia. Ruang lingkup perbahasan tamadun dan ketamadunan sememangnya cukup luas, seluas ruang lingkup kehidupan manusia itu. Bagi menjelaskan subjek yang luas ini, kita memerlukan suatu pendekatan yang dapat memandu memberi kefahaman yang lebih jelas tentang segi-segi penting dan elemen-elemen asas dalam proses pembinaan tamadun.Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah memulakannya dengan mengenengahkan suatu gambaran umum

Upload: seen-wei

Post on 01-Oct-2015

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Tamadun Islam dan Asia)

Perkongsian Ilmu Tamadun Islam dan Tamadun Asia.BAB 1PENGENALAN ILMU KETAMADUNANOlehAzizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Rosnah Sadri,Mohd Zuhdi Marsuki, Wan Jasimah, Mohd Razi.1.1 KEPENTINGAN TAJUKKeperluan mengkaji/memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan hari ini, dalam konteks Malaysia dan konteks globalHubungkait dengan idea pembinaan Negara MalaysiaBidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya, jihad, hegemoni barat dan lain-lainIdea clash of civilisation, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi dan pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa.Terdapat beberapa persoalan yang selalu berbangkit dalam polemik tentang tamadun dan ketamadunan. Antaranya, termasuklah persoalan yang sangat asas, misalnya, apakah tamadun? Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadun? Atau, persoalan yang lebih umum sifatnya, seperti, apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya?Persoalan-persoalan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ianya sudah sekian lama menjadi polemik dalam dunia pemikiran ketamadunan dan peradaban manusia. Debat mengenainya boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan konseppolisdalam karyanyaThe Republicyang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalam rangka jalinan hubungan sosialnya. Di kalangan pemikir Islam, al-Farabi misalnya mengemukakan konsepal-madinah al-fadilah,manakala Ibn Khaldun mengemukakanumran badawidanumranhadhari. Kesemua ini adalah bagi menjawab persoalan-persoalan yang berkisar di sekitar peradaban dan ketamadunan. Tujuannya tiada lain kecuali untuk memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan itu dan seterusnya mengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah bentuk dan rupa peradaban dan tamadun yang diimpikan oleh manusia. Ruang lingkup perbahasan tamadun dan ketamadunan sememangnya cukup luas, seluas ruang lingkup kehidupan manusia itu. Bagi menjelaskan subjek yang luas ini, kita memerlukan suatu pendekatan yang dapat memandu memberi kefahaman yang lebih jelas tentang segi-segi penting dan elemen-elemen asas dalam proses pembinaan tamadun.Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah memulakannya dengan mengenengahkan suatu gambaran umum tentang istilah-istilah yang lazim digunakan dalam perbincangan dan wacana ketamadunan. Penjelasan ini amat perlu keranakegagalan memahami konsep-konsep atau istilah-istilah itu akan menyebabkan tersimpangnya pemahaman dan tersasarnya pandangan tentang tamadun dan ilmu ketamadunan itu. Ini secara langsung akan membolehkan seseorang mendapatkan intipati daripada konsep-konsep itu dan seterusnya membina pandangan dunia (world view) serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus.Kerangka rujukan ini penting kerana pengajian ketamadunan itu perlu di bina di atas asas epistemologi yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangan dunia yang tertentu bersandarkan latar budaya, ideologi dan agama di mana ianya dibina. Matlamat daripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan dunia ini tidak lain daripada untuk menjanakan upaya intelektual bagi membolehkan ukuran bertamadun dan tidak bertamadunnya sesuatu masyarakat atau bangsa atau komuniti itu dibuat. Ringkasnya, untuk terlibat dengan perbahasan tentang tamadun dan ketamadunan, seorang itu perlu memahami dan mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan bagi menentukan tahap dan pencapaian sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan yang dikemukakan samada klasik, moden maupun kontemporari. Pada masa yang sama ia juga mampu mengenal pasti dan dengan pengetahuan itu berupaya menggunakan acuan dan sistem nilai sendiri dalam menilai apa jua bentuk budaya dan peradaban yang datang dari luar.

Nota Titas Bab 5.

Tajuk 5

Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Tokoh-tokoh Islam

Cina

India

Jepun

1.Sinopsis

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun ( Melayu, Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah.Tokoh-tokoh tamadun islam, isu-isu kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara.

2.Hasil pembelajaran

Setelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan dapat

2.1.Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ).

2.2.Menilai dan membanding beza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun AsiaTokoh-tokoh tamadun Islam

4.1.Ibnu Sina (1037M )

Latar Belakang Ibnu Sina

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Beliau bermula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah pangeran-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menteri-nya. Leher merupakan jendela-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai markas pusat-nya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalamkebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Apa itu Gagasan 1Malaysia ?

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 dapat dicapai. Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.Objektif Utama Gagasan 1Malaysia

1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia.1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Dua Aspek Utama Dalam 1MalaysiaGagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ;ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN

Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI

Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.TIGA PRINSIP TERAS PERPADUAN

1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsipTERAS PERPADUANdalam memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ;1.PENERIMAANMenerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

2.KENEGARAANKonsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas pembentukkan 1Malaysia.

3.KEADILAN SOSIAL

Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum-kaum lain.

LAPAN NILAI ASPIRASI

1.BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

Setiap perkara dan tugas dilakukan secara cemerlang.

2.BUDAYA KETEPATANMencapai status negara maju dengan menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3.BUDAYA ILMU

Rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan terkini serta kesediaan untuk menimba ilmu secara berterusan.

4.INTEGRITIRakyat memiliki integrity yang tinggi yang mencakupi nilai-nilai murni seperti amanah, bersih dan cekap dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawab.

5.KETABAHANRakyat memiliki sifat berdedikasi , penuh iltizam, azam dan tekad serta tidak mudah mengaku kalah dalam mengharungi masaalah dan cabaran.

6.KESETIAANRakyat harus memiliki kesetiaan yang sepenuhnya terhadap negara dan sedia berbakti dan berkorban demi negara.

7.KEBIJAKSANAANRakyat harus menghadapi sebarang masaalah secara penuh berhemah dan teliti bagi mengelakkan sebarang konflik antara kaum.

8.BUDAYA INOVASIRakyat haruslah berinovasi, iaitu memiliki sifat-sifat seperti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masaalah dan sentiasa perintis dalam apa jua lapangan.

FAKTOR HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

Definisi hegemoni Barat ialah penguasaan sepenuhnya oleh kepimpinan sesebuah negara terhadap negara lain atau kumpulan negara lain. Manakala globalisasi bermaksud keadaan di mana dunia menjadi semakin mengecil ruangnya iaitu dari segi perhubungan manusiadisebabkan kemajuan teknologi maklumat. Fenomena ini berlaku melalui penjajahan, penguasaan ekonomi, penguasaan media-media massa utama dunia seterusnya globalisasi yang telah berjaya memperluaskan pengaruh hegemoni Barat ke seluruh negara di dunia.

Faktor pertama berlaku fenomena tersebut ialah dominasi media utama dunia hari ini oleh Barat dan Yahudi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila hampir semua media cetak dan media elektronik penting dunia hari ini sepertiCable News Network(CNN),Associated Press(AP), UPI dan Reutres didominasi oleh pihak Barat dan Yahudi. Mereka memutar belit dan menggunakan penguasaan media utama dunia untuk menyebarkan idealogi atau persepsi mereka untuk memperluas pengaruh hegemoni mereka. Semua berita yang disebarkan kepada masyarakat dunia berdasarkan dealogi Barat dan Yahudi. Buktinya apabila berlaku tragedi 11 Septemberdi mana bangunanWorld Trade Center(WTC) musnah di bom oleh sebuah pesawat yang tidak dikenali Barat menggunakan dominasi media utama dunia dengan menyebarkan idealogi mereka dengan mengatakan masyarakat Islam ialah pengganas. Ini jelas menunjukkan cara mereka untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka ke serata dunia.

Faktor yang kedua ialah dominasi ekonomi oleh Barat yang mempunyai banyak negara kuasa besar yang memiliki ekonomi yang kukuh telah menguasai ekonomi negara-negara kecil dan membangun melalui globalisasi ekonomi. Fenomena ini menyebabkan banyak ekonomi negara-negara kecil dan membangun terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar. Hal ini terjadi kerana negara kuasa besarmempunyai ekonomi yangmantap terutama dari segi kewangan dan syarikat-syarikat gergasi dunia yang dimiliki oleh mereka mempunyai banyak rangkaian di serata dunia.

Maka mereka senang menguasai ekonomi negara-negara kecil dan membangun melalui rangkaian syarikat mereka. Contohnya, peristiwa penurunan drastik nilai mata wang pada bulan Julai 1997 akibat serangan spekulator asing telah mengakibatkan pelbagai projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Selain banyak negara terpaksa menanggung beban hutang yang banyak di luar negara disebabkan oleh wujudnya ketidakseimbangan dalam dagangan eksport-import negara akibat globalisasi ekonomi.

Seterusnya ialah dominasi politik dunia hari ini yang dikuasai blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Blok Barat yang mempunyai kekuatan ketenteraan, kuasa ekonomi, penguasaan media massa dan media elektronik dunia boleh memperluaskan pengaruh mereka ke atas politik dunia. Amerika Syarikat dan sekutunya menggunakan kekuatan ketenteraan yang ada dengan berselindung di sebalik perang dan usaha memerangi keganasan global untuk mengancam negara-negara lain yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai contoh, negara-negara Islam yang berpotensi untuk berkembang menjadi negara yang berpengaruh diancam oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Dengan menggunakan kekuatan ekonomi dan politik, mereka berjaya menguasai agensi-agensi penting antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lain-lain. Seterusnya, mereka mempergunakan institusi-institusi terbabit bagi mendominasi politik,ekonomi dan sistem kewangan dunia.

Faktor lain hegemoni Barat dan globalisasi ialah dominasi budaya. Hal ini telah mempengaruhi nilai sosiobudaya masyarakat Islam dan Asia amnya yang bercanggah dengan nilai-nilai ajaran Islam dan budaya Timur. Barat menggunakan teknologi canggih dan media massa untuk menerapkan nilai-nilai budaya mereka yang dianggap terbaik,maju dan moden perlu diikuti oleh masyarakat dunia keseluruhannya. Pemikirandan gaya hidup masyarakat Barat yang berkonsepkan hedonisme lebih banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat dunia seperti budaya kuning, pergaulan dan seks bebas dan lain-lain. Pemikiran dan gaya hidup Barat menjadi ikutan golongan muda-mudi sekarang kerana pengaruh yang kuat dalam media massa seperti majalah, filem dan lain-lain serta media elektronik yang boleh diikuti oleh mereka dengan mudah.

Akhir sekali ialah dominasi intelektual yang memberi kesan ke atas pemikiran masyarakat dunia bagi mereka yang memperoleh pendidikan atau terdedah kepada sistem pendidikan Barat. Golongan terbabit menerima secara bulat-bulat nilai-nilai Barat selain memandang rendah nilai-nilai budaya mereka sendiri. Kebanyakan golongan terbabit terdiri daripada orang yang berpengaruh dan menguasai politik atau ekonomi sesebuah negara. Golongan inilah yang menghakis nilai-nilai budaya bangsa dan menggantikannya dengan nilai-nilai Barat yang dianggap lebih baik. Golongan ini menjadikan Barat sebagairole modelmereka dalam kehidupan seharian kerana fikiran golongan terbabit dipengaruhi oleh Barat.

TITAS: Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia

Salam sejahtera semua. Hari ini aku nak kongsi sikit pasal Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia. Sapa-sapa yang belajar Tamadun Islam dan Tamadun Asia,boleh la baca artikel yang aku bagi ni. Kalau nak wat rujukan ke,perbentangan ke,rujuk ni. Selamat membaca.Di Tanah Melayu, Melaka menjadi pusat perdagangan utama.Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor juga merupakan pusat perkembangan Islam.Pengaruh Islam Terhadap Politik:Berlaku terutamanya dalam Institusi Kesultanan dan Perundangan.Pentadbiran: Istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi.Konsep ini menjadi teras institusi raja. Pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seseorang raja itu.Gelaran seperti Khalifah Mukminin yang bermakna pemimpin orang mukmin.Contoh: Sultan mahmud Shah di Melaka, Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang.Tokoh seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.Selepas kedatangan Islam, institusi sultan di tanah Melayu kekal sebagai institusi berdasarkan perwarisan.Sistem ini meletakkan raja@sultan sebagai kuasa tertinggi.Negeri Sembilan;Adat Pepatih. Tunjang kuasa bukan terletak pada sultan tetapi pada Yang Di-Pertuan Besar.Institusi kesultanan Melayu mempunyai hubungan erat dengan ulama. Golongan pemerintah di Melaka contohnya, mendapatkan nasihat dari golongan ulama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar,Maulana Sadar Jahan,Maulana Jalaludin.Konsep daulat. Bermaksud bahawa seseorang raja atau sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja melanggar arahannya(derhaka) akan menerima akibat(tulah).Bagi mengukuhkan konsep ini, pelbagai adat istiadat diwujudkan.Contohnya, adat istiadat membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian,bahasa dan pengucapan,tingkah laku dan sebagainya.PerundanganTerbahagi dua; undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat.Terdapat dua jenis adat,iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung.Adat Pepatih diguna oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan Naning,utara Melaka.Undang-undang BertulisHukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, dan sebagainya.Hukum Kanun Melaka terdapat 44 fasal,Undang-undang Laut pula mengandungi 24 fasal.Kehadiran Islam telah memperkembangan undang-undang bertulis seperti Undang-undang Laut Melaka,Hukum Kanun Melaka,Undang-undang Pahang,Undang-undang Kedah,Undang-undang Perak dan Undang-undang Johor.PendidikanPendidikan bercorak formal telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan sahaja.Menekankan keagamaan. Dilaksanakan di istana,masjid,rumah,surau,madrasah serta pondok.Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah.Pendidikan bukan sahaja melibatkan keagamaan tetapi juga hal pentadbiran negara dan sistem politik.Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu formal seperti fikah, tajwid,cara dan bacaan sembahyang serta lain lagi.Di sebelah malam, kandungan pengajian merangkumi ilmu fikah,usuludin,hadis,tasawuf dan sebagainya untuk orang dewasa.Sistem pendidikan formal lebih teratur ialah pendidikan pondok.Sistem ini meluas di negeri Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis dan Pattani.Bahasa dan kesusasteraanPengaruh Islam paling ketara ialah tulisan Jawi.Sebelum tulisan Jawi,beberapa tulisan lain telah digunakan seperti tulisan Pallava,Kawi,Sunda Kuno,Batak dan Rencong.Kedatangan Islam memperkenalkan huruf Arab dan diterima oleh orang Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.Setelah Islam datang ke Melaka, penulisan karya berkembang.Terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.Terdapat hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah.Hikayat nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s.ayisyatFriday, March 13, 2009