titas 2010

Upload: wardah-bajrai

Post on 06-Jul-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Faktor Kelangsungan Peradaban : Analisis Kritikal Terhadap Pengalaman Peradaban Manusia. (Barat, Islam, Cina, India dan Melayu)

UTA 1012 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Nama: Afifah binti Shafie Mazyyah binti Osman Nurliyana binti Adnan Nurul Ain binti Awang Nur Adilah binti Adam Nur Ain binti Ramlan Sakinah binti Khiri Siti Hana binti Salim

No. Matrik: 1100535 1100537 1100544 1100545 1100547 1100543 1100536 1100551

Kumpulan : KBA Program : Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (FPBU) Semester : Semester 1 2010/2011

Pensyarah : Puan Mashitah binti Sulaiman

KANDUNGAN Penghargaan BAB 1: Pendahuluan 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif Kajian

BAB 2: Latar Belakang 2.1 Tamadun Melayu 2.2 Tamadun Islam 2.3 Tamadun Cina 2.4 Tamadun India

BAB 3: Faktor Kelangsungan 3.1 Politik 3.1.1 Sistem Pemerintahan 3.1.2 Sistem Perundangan 3.1.3 Sistem Pertahanan/Ketenteraan 3.2 Ekonomi 3.2.1 Ekonomi Yang Kukuh 3.3 Sosial 3.3.1 Perpaduan Rakyat 3.3.2 Pendidikan Diutamakan 3.3.3 Falsafah/Agama/Pengamalan Nilai-Nilai Sosial

Rumusan Bibliografi

BAB 1: Pendahuluan 1.1 Pengenalan Kajian ini merupakan pengenalan masyarakat kepada faktor-faktor kelangsungan sesebuah tamadun berdasarkan pengalaman dan perjalanan yang telah dilalui. Menurut Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, faktor didefinisikan sebagai unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil. Kelangsungan pula diinterpretasikan sebagai perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan. Melalui kajian ini, kami dapati setiap tamadun yang dikaji mempunyai persamaan dari sudut faktor-faktor yang menyumbang kepada kelangsungan dan kesinambungan mereka walaupun terdapat perbezaan dari segi sistem yang dilaksanakan. Persamaan tersebut dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

1.2 Objektif Kajian

Kami membuat tugasan ini adalah bertujuan sepertimana berikut:-

y y

Mengkaji latar belakang Tamadun Melayu, Islam, Cina dan India. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelangsungan sesebuah tamadun.

BAB 2: Latar Belakang 2.1 Tamadun Melayu Tamadun Melayu adalah tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara. Tamadun yang telah lama berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk di rantau ini. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu, (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan MelayuIndonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu kebanyakannya berasaskan 2 ciri utama iaitu agraria dan maritim. Antara kerajaan Melayu tersebut ialah Srivijaya, Funan, Angkor, Lembah Bujang dan Majapahit. Pembinaan negaranegara kota tersebut merupakan asas kepada pembentukan Tamadun Melayu.

2.2 Tamadun Islam Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610 M, serentak dengan kelahiran Agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul Allah. Nabi Muhammad S.A.W berpindah ke Madinah pada tahun 623 M. Di sana tertubuhnya sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Baginda S.A.W. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam. Tamadun Islam meneruskan kesinambungannya menerusi pemerintahan khalifah Ar-Rashidin (632-661 M), Kerajaan Bani Umayyah (661-749 M),

Abbasiyah (750-842 M), Fatimiyyah (906-1094 M) dan Kerajaan Turki Uthmaniyah (1280-1922 M). Agama Islam yang menjadi teras kepada pembentukan Tamadun Islam telah pun berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

2.3 Tamadun China Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun awal China dikesan sejak tahun 2000 SM

dengan pembentukan dinasti terawal iaitu Dinasti Xia/Hsia yang dipercayai berasal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Kuning (Hwang Ho). Negara China adalah sebuah negara berkebudayaan kuno yang berusia hampir 5000 tahun. Tamadun China memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dalam tamadun-tamadun dunia yang lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan demi perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun China mengekalkan identitinya sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. 2.4 Tamadun India Tamadun India adalah antara tamadun kemanusiaan yang tertua di dunia. Tamadun India dikatakan bermula di Lembah Indus sekitar tahun 2500 SM dan lebih dikenali sebagai Tamadun Lembah Indus. Ia dikatakan terinterpretasi daripada Tamadun Mesopotamia yang terletak 1500 batu ke Barat India. Bagaimanapun, cari gali-cari gali terkini telah menemui tanda-tanda kewujudan tamadun ini adalah seawal 3300 SM. (Mike Edwards 2000:2)

BAB 2: Faktor-Faktor Kelangsungan 2.1 Politik 2.1.1: Sistem pemerintahan Salah satu faktor yang penting menyumbang kepada kelangsungan sesebuah tamadun ialah kewujudan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang teratur dan birokratik. Sistem pemerintahan yang sistematik akan melahirkan kestabilan politik, ekonomi dan juga sosial sesebuah tamadun. Selain itu, sistem pemerintahan juga penting bagi seseorang pemerintah untuk mewujudkan keamanan dan mengukuhkan sesebuah empayar. Pemerintahan boleh ditakrifkan sebagai satu badan atau organisasi yang dianggotai oleh sebilangan individu yang dilantik atau dipilih mengikut prosedur-prosedur perundangan bagi menjawat jawatan-jawatan tertentu untuk tujuan mentadbir dan menguruskan sesebuah negara. Dalam tamadun awal masyarakat Melayu, konsep devaraja telah diamalkan. Raja merupakan manusia yang suci dan perlu dipatuhi. Lanjutan itu, konsep daulat dan kesetiaan kepada raja mengambil tempat utama selepas kedatangan Islam.Dalam tradisi Islam, seseorang pemerintah dituntut supaya berlaku adil dan menjauhi kezaliman.Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pemerintah Melaka iaitu sultan ialah pemerintah mutlak tetapi pemerintahannya mempunyai pentadbiran yang teratur dan kemas. Dalam menjalankan pentadbiran, sultan dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar. Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas-tugas khas untuk menolong sultan mentadbir dan mempertahankan negara. Kuasa sultan juga dijalankan oleh orang-orang besar jajahan (territorial chiefs), penghulu dan ketua kampung.

Dalam Tamadun Islam, Islam telah meletakkan politik dan kepimpinan sebagai suatu perkara penting dalam cara hidup Islam. Pemimpin politik dari kalangan individu yang layak dan mampu melaksanakan keadilan dan menunaikan amanah kepimpinan. Amanah ini merupakan tunggak kepada kesejahteraan masyarakat. Prinsip utama yang diberikan penekanan oleh Rasulullah S.A.W ialah prinsip permesyuaratan dan keadilan, persamaan dan kebebasan. Sistem syura yang diamalkan membawa keadilan sejagat. Konsep syura ini telah diteruskan oleh para

khalifah selepas kewafatan Nabi S.A.W. Contohnya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a iaitu untuk mengelakkan perpecahan berlaku di kalangan umat Islam, beliau menyerahkan urusan perlantikan khalifah seterusnya kepada sebuah majlis syura yang dianggotai oleh para sahabat. Dasar pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz berteraskan keadilan dan kesamarataan antara arab dengan bukan arab seperti yang dituntut oleh Agama Islam.

Struktur pentadbiran dan pemerintahan Tamadun China digambarkan suatu corak pemerintahan yang cukup teratur dan sistematik. Sistem Enam Kementerian yang dilaksanakan adalah sebuah pertubuhan yang kekal kerana sistem tersebut diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907M) dan diamalkan oleh dinasti-dinasti seterusnya sehingga kepada dinasti terakhir iaitu Dinasti Ching (1644-1911M). Selain itu, sistem birokrasi yang diamalkan telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China. Sistem politik dan pemerintahan China juga amat berkait rapat dengan aliran pemikiran dan agama yang dipegang oleh pemerintah. Sebagai contoh, penekanan ajaran Konfusius kepada persoalan moral menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaan dan pembentukan masyarakat China yang teratur.

Sistem politik India semakin jelas dan mencapai tahap keseragaman.Fungsi utama raja ialah melindungi rakyat daripada musuh,memelihara keamanan dalam masyarakat dan cara hidup yang betul bagi semua lapisan masyarakat. Sekiranya raja bertindak zalim dan dan gagal dalam menjalankan fungsinya maka rakyat mempunyai hak untuk memberontak dan menggulingkan raja tersebut. Sebagai contoh, Empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar semasa diperintah oleh Asoka telah Berjaya menyatukan hampir seluruh wilayah pemerintahan yang ada di dunia. Di bawah pemerintahannya, Asoka mempraktikkan ajaran-ajaran Buddha selepas Perang Kalinga yang berlaku pada tahun 292 SM meninggalkan kesan yang mendalam dari segi pemikiran dan dasar politik. Beliau telah mengubah polisi penaklukan secara kekerasan dengan penaklukan secara righteousness. Asoka tidak mengambil langkah untuk menawan kerajaan-kerajaan selatan sebaliknya menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara

jiran. Langkah yang diambil ini dapat mengukuhkan lagi empayar di India seterusnya membawa kepada kesinambungan Tamadun India. 3.1.2 Sistem Perundangan

Sistem perundangan yang efektif turut menyumbang kepada pengukuhan dan kesinambungan sesebuah tamadun di dunia ini. Jelasnya, kewujudan sistem perundangan menjadikan kehidupan mereka lebih sistematik dan teratur. Undang-Undang merujuk kepada peraturan-peraturan hidup yang wujud dalam masyarakat sama ada secara lisan mahupun secara bertulis. Undang-undang ini dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli dalam masyarakat.Semua tamadun mempunyai undang-undang dan peraturan dan yang berbeza hanyalah dari segi sumber,penguatkuasaan dan beberapa persoalan pokok lain. Sistem perundangan Tamadun Melayu dipengaruhi oleh undang-undang Hindu sebelum kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, undang-undang dan peraturan Islam dijalankan. Kewujudan undang-undang dapat mengawal perlakuan ahli masyarakat, menentukan

tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat dalam masyarakat. Perlaksanaan undangundang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dalam sejarah Tamadun Melayu memperlihatkan keharmonian masyarakat yang terjamin. Ini kerana apabila mereka menyedari tanggungjawab mereka, maka keamanan dan kemakmuran hidup akan terjamin dan berkekalan.

Tamadun Islam mempunyai sumber asas yang hakiki iaitu wahyu dalam bentuk al-Quran dan al-Sunnah. Sumber asas ini bersifat kekal, memiliki kekuatan dan ketahanan dalam menempuh tentangan zaman. Di samping sumber ijtihad para cendekiawan muslim, terdapat sumber lain yang diperakui daripada tamadun terdahulu yang menepati sifat keterbukaan Tamadun Islam. Pengamalan undang-undang Islam menjamin keberlangsungan tamadun ini memandangkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti keadilan, persaudaraan, hak keselamatan, kebebasan beragama dan banyak lagi.Sejarah memperlihatkan kerajaan Islam di Madinah yang diasaskan oleh Raslullah S.A.W. adalah berdasarkan hukum Islam dari segi politik, sosial dan ekonomi. Piagam Madinah yang

dibentuk merupakan perlembagaan pertama digubal di dunia yang menjadi model dan panduan kepada pemerintahan kerajaan Islam selepas itu.

Dalam Tamadun India, sumber undang-undang Hindu yang paling awal ialah Dharma Sutra iaitu peraturan mengenai undang-undang suci. Prinsip utama yang menjadi asas kepada sistem perundangan India ialah konsep Dharma. Dalam konsep ini, raja dianggap sebagai penaung Dharma dan bertanggungjawab untuk memelihara Dharma dengan menghukum orangorang yang melakukan kejahatan dan memberi ganjaran kepada orang yang baik. Terdapat satu lagi konsep undang-undang iaitu Danda yang bermaksud hukuman, denda ataupun keadilan. Selain itu, terdapat juga sistem kehakiman dalam Tamadun India. Ini menunjukkan bahawa kewujudan undang-undang dapat memastikan setiap anggota masyarakat menjalankan tanggungjawab mereka. Dalam Tamadun China pula, undang-undang diberi penekanan yang tinggi berasaskan aliran falsafah Legalisme yang diperkenalkan oleh Yun Zi atau Hsun Tzu. Undang-undang sangat penting bagi mencapai kecekapan dalam kemajuan dan ketertiban dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, ahli-ahli falsafah lain seperti Mencius, Mo Zi, Lao Zi lebih mengutamakan pengamalan nilai-nilai moral atau kemanusiaan berbanding undang-undang.

3.1.3 Sistem ketenteraan

Kewujudan sistem pertahanan atau organisasi yang cekap amat penting dalam sesebuah tamadun. Kemampuan sesebuah tamadun mempertahankan negaranya dari serangan dalam dan luar menjamin kewujudan dan kesinambungan tamadun berkenaan. Masyarakat melayu mempunyai satu organisasi ketenteraan yang cekap. Kerajaan awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan pengaruh kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan sistematik. Kerajaan Melaka juga mempunyai organisasi ketenteraan yang amat sistematik di mana empat pembesar dilantik untuk menjalankan tugas dalam bidang ketenteraan iaitu Laksmana, Bendahara, Penghulu Bendahari,

dan Temenggung. Anggota tentera terdiri daripada rakyat jelata yang dikerah oleh para pembesar . Terdapat empat perkara asas yang digunakan oleh kesemua negara untuk

mempertahankan negara mereka iaitu strategi (merancang dan mengarahkan kempen untuk memperdaya musuh), taktik (tindakan di medan pertempuran), teknologi peperangan (senjata, kelengkapan dan kenderaan termasuk pengetahuan yang digunakan oleh tentera untuk tujuan bertempur dengan lawan) dan logistik (panglima tentera mesti memastikan kelengkapan tentera adalah baik dan mencukupi untuk menghadapi lawan). Selain itu, pemikir ketenteraan juga telah memberikan sumbangan penting dalam Mereka menghasilkan karya-karya yang mengandungi

mempertahankan sesebuah tamadun.

maklumat tentang taktik dan strategi perang. Tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang terulung dalam tamadun dunia ialah Kautilya (India) dengan karya beliau Arthasastra, Sun Tzu (China) dengan karya beliau Seni Peperangan, serta Niccolo Machiavelli (Barat) dengan karya beliau The Prince Art Of War Discourses. Karya-karya ini mengandungi maklumat tentang pentadbiran kerajaan, organisasi ketenteraan, kaedah menghadapi musuh, latihan ketenteraan, taktik

mencapai kejayaan dan falsafah perang. Idea yang dikemukakan oleh pemikir-pemikir ketenteraan masih mempunyai pengaruh dalam bidang ketenteraan hingga kini.

3.2: Ekonomi 3.2.1 Ekonomi yang kukuh Ekonomi yang kukuh dan stabil merupakan elemen yang penting yang menyumbang kepada pengukuhan sesebuah empayar. Dalam sejarah tamadun Melayu, kegiatan ekonomi yang utama ialah perdagangan, pertanian dan perlombongan. Kedudukan geografi gugusan Kepulauan Melayu yang strategik menyebabkan Alam Melayu menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China, India dan Arab sejak abad pertama lagi. Kewujudan politi-politi di rantau Nusantara yang berperanan sebagai pusat perdagangan menggambarkan keutuhan ekonomi Tamadun Melayu. Antara pusat

perdagangan yang penting ialah Pangkalan Bujang dan Srivijaya. Kegiatan pertanian yang diusahakan pula adalah seperti tanaman padi, gandum, sekoi dan barli. Kepulauan Melayu turut terkenal dengan hasil hutan seperti damar, rotan, kapur barus dan hasil galian bumi seperti emas, bijih timah dan besi. Hasil-hasil tempatan dan bumi ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang asing. Ini membuktikan ekonomi mereka yang kukuh menjamin keutuhan tamadun tersebut. Sepanjang sejarah ketamadunan Islam memperlihatkan pengukuhan tamadun mereka yang turut disumbang oleh ekonomi yang kukuh. Dalam menjalankan aktiviti ekonomi, masyarakat Islam perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam misalnya konsep halal dan haram. Penipuan, riba dan bentuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah. Zakat memberi jaminan sosial kepada masyarakat islam. Contohnya zakat fitrah dan zakat perniagaan. Zakat juga mampu mempertingkatkan kualiti kehidupan golongan fakir miskin dan menjana ekonomi mereka. Sektor ekonomi yang digalakkan ialah pertanian, penternakan, pembuatan, perlombongan, perindustrian dan aktiviti import eksport yang hasilnya menjadi sumber pendapatan negara Islam yang terkumpul di dalam institusi kewangan umat Islam yang dikenali sebagai Baitulmal. Selain itu, sumber pendapatan Baitulmal juga ialah Cukai Jizyah ke atas kaum Zimmi dan Cukai Tanah ( kharaj) yang akhirnya dihantar kepada perbendaharaan negara. Penubuhan rasmi Baitulmal adalah pada Zaman Khalifah Umar al-Khattab. Dalam Tamadun China, pembangunan ekonomi mereka sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh keadaan pemerintahan yang bersilih ganti. Antara kegiatan ekonomi yang menjadi penyumbang kepada pengukuhan ekonomi dan seterusnya membawa kepada kelangsungan Tamadun China hingga ke hari ini ialah pertanian, penternakan, perlombongan, perindustrian tekstil dan perusahaan kraf tangan. China banyak menjalankan perdagangan dengan negaranegara luar yang kemudian mencorakkan aspek pembangunan ekonominya. Selain itu, China lebih banyak mengeksport daripada mengimport. Ini menjadikan negara China semakin kaya dan mempunyai ekonomi yang stabil dan kukuh. Pada zaman Dinasti Tang misalnya, perdagangan luar dijalankan dengan Asia Tengah dan Barat. Pada zaman itu juga, sumber utama pendapatan negara adalah diperoleh daripada cukai yang dikutip daripada petani. Dalam sejarah Tamadun India, kegiatan ekonomi yang utama ialah

pertanian,perdagangan dan perusahaan. Pada zaman Pra-Maurya (600-322 SM), kegiatan

ekonomi mengalami perkembangan kesan daripada penemuan cara-cara baru dalam pertanian seperti penggunaan besi. Pertanian padi, tebu dan kapas menjadi semakin meluas. Bandar-bandar semakin berkembang dan menyebabkan permintaan kepada hasil pertanian semakin meningkat. Perkembangan bandar-bandar juga telah melahirkan golongan pedagang dan organisasiorganisasi pedagang. Ini telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam bidang perdagangan domestik dan antarabangsa. Perusahaan utama di India ialah menenun kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar (tanah liat). India telah mengeksport kain tenun yang merupakan eksport utama di samping peralatan daripada gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar. India telah membuat hubungan perdagangan antarabangsa dengan Mesopotamia, Parsi, wilayah-wilayah jiran seperti Saurashtra, Rajashtran ,Afghanistan, Tibet dan Asia Tengah. Penguasaan ekonomi yang kukuh dan stabil menyebabkan Tamadun India mempunyai jangka hayat yang panjang. 3.3: Sosial

3.3.1 : Perpaduan Rakyat

Perpaduan dan kesatuan rakyat menggambarkan kehebatan sesebuah empayar dalam memastikan kelangsungannya. Rakyat yang berpecah-belah pula menandakan kejatuhan sesebuah tamadun. Dalam tamadun Melayu,Orang Melayu sangat kental dengan semangat perpaduan dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Perasaan persaudaraan ini tergambar dalam melakukan kerja-kerja berat bersama-sama.Bak kata pepatah Melayu Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni, Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing dan banyak lagi pepatah Melayu yang menggambarkan semangat hidup bermasyarakat yang tinggi dalam kalangan mereka. Fenomena ini telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian, malah turut memperlihatkan jati diri bangsa Melayu (Hamdan Hassan, 1979). Kewujudan perpaduan ini menjadi kunci kepada kesinambungan tamadun bangsa sehingga ke hari ini.

Dalam sejarah peradaban Islam, hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Madinah terjalin. Ini dapat melihat menerusi perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial yang telah disatukan. Sebagai contoh,Orang Islam Madinah (orang Ansar) membantu orang Islam Makkah (Muhajirin) sehingga mereka yang berhijrah itu tidak berasa terasing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru di Madinah.Masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,agama dan budaya dapat hidup bersatu padu di bawah satu pemerintahan. Masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi,aktiviti agama dan sebagainya tanpa sebarang gangguan. Perpaduan mereka telah menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka terjamin.Seterusnya menyumbang kepada kesinambungan kerajaan Islam yang berkekalan sehinnga ke hari ini.

Dari aspek kenenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi masyarakat yang berbilang kaum. Menurut para sarjana China, terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba China iaitu kumpulan Yan-Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-man. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama ini, di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa pada hari ini. Walaupun sering berlaku pergaduhan dan kekacauan dalam negeri, suasana sentiasa dapat dipulihkan dan China dapat disatukan dengan kemunculan tokoh-tokoh penyatuan yang hebat dalam sejarah seperti Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin. Perjalanan yang dilalui oleh Tamadun China amat panjang dan berliku-liku. Kegigihan dan kesatuan rakyatnya dalam membina kegemilangan tamadun mereka tercermin melalui pelbagai usaha dan gerakan yang silih berganti oleh tokoh-tokoh reformis moden seperti Dr. Sun Yat Sen, Yuan Shih Kai dan lain-lain sehingga China terhimpun semula dalam suatu republik seperti yang wujud sekarang. Perpaduan yang wujud dalam masyarakat India telah membawa kepada kesinambungan tamadun ini. Sebagai contoh, pemerintah Akhbar telah memberi kejayaan yang besar dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara langkah yang diambil oleh beliau menekankan konsep kerajaan sekular tanpa unsur perkauman. Cukai jizyah yang di kenakan keatas rakyat bukan Islam telah dibatalkan. Institusi perhambaan juga diharamkan. Selain itu, semua perkhidmatan kerajaan, sivil dan ketenteraan dibuka untuk Hindu dan Muslim.

Di samping itu, beliau cuba menggalakkan penggunaan satu bahasa am. Bahasa Persia menjadi bahasa rasmi dan bahasa pertuturan. Sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah sekular juga diperkenalkan. Sebagai kesimpulan, sikap pemimpin yang menekankan perpaduan telah menyumbang kepada pengukuhan empayar mereka. 3.3.2 Pendidikan Diutamakan Perkembangan sisitem pendidikan Melayu dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, sistem pendidikan dipengaruhi oelh agama Hindu dan Buddha di mana ilmu pengetahuan dimonopoli oleh golongan bengsawan dan kerabat diraja. Dalam kalangan rakyat biasa, pembelajaran dijalankan secara tidak formal apabila institusi keluarga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak tentang nilai-nilai budaya, adat istiadat, pantang larang serta kemahiran dalam pertukangan serta profesion-profesion lain. Bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa istana dan dalam penulisan rekod rasmi. Islam memainkan peranan mengasaskan sistem pendidikan terawal di Nusantara dan melahirkan masyarakat Melayu berpendidikan dan intelektual. Pusat-pusat pengajian terdiri daripada rumah-rumah ulama, masjid, madrasah atau pondok dan istana. Penumpuan golongan intelek Melayu zaman awal ialah kepada bidang falsafah dan agama kerana bidang ini memantapkan erti kehidupan dan jati diri bangsa Melayu. Penyebaran secara meluas pemahaman-pemahaman aspek ini dalam kalangan masyarakat Melayu menjamin penerusan generasi Melayu yang memahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Sistem pendidikan Islam menekankan kepentingan mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Pendidikan menurut Islam adalah bertujuan membentuk peribadi seseorang individu dan menghapus kejahilan yang boleh menghalang peningkatan minda dan intelektual masyarakat. Pendidikan Islam adalah berfokuskan kepada tiga perkara iaitu pendidikan akidah, akhlak dan syariah. Perkembangan sisitem pendidikan yang lebih kompleks menyebabkan wujudnya institusi-institusi pendidikan seperti Kuttab (maktab), madrasah, al-hikmah dan pusat-pusat pengajian dan penyelidikan serta perpustakaan. Contoh pada peringkat awal, sistem pendidikan Islam bermula di masjid. Antara masjid yang terkenal adalah masjid Al-Jamiatul Manshur yang didirikan oleh Khalifah al-Manshur Baghdad dan Masjid Jamiah Amru bin Ash di Mesir. Kemudian, madrasah telah mengambil alih peranan masjid sebagai pusat ilmu disebabkan

beberapa faktor. Melalui pendidikan lahirnya seorang insan berakhlak mulia, intelektual dan profesional. Golongan-golongan ini telah menguasai pelbagai bidang seperti astronomi, falsafah dan pemikiran. Tokoh-tokoh Islam yang dikagumi seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Tamadun China terbukti antara tamadun yang berjaya membawa masyarakat China ke mata dunia seterusya meneruskan kesinambungan tamadun mereka sehingga masa kini melalui sistem pendidikan yang teratur dan sistematik. Institusi pendidikan di China berkembang mengikut dinasti-dinasti yang memerintah. Hampir kesemua dinasti mengamalkan corak pendidikan yang sama. Berdasarkan pada prinsip Yin dan Yang, sehingga ia berjaya mewujudkan keharmonian dan kestabilan serta melahirkan mayarakat yang mengutamakan pendidikan. Keutamaan kepada pendidikan terserlah kerana setiap pegawai pentadbir diwajibkan lulus peperiksaan am kerajaan. Ini jelas menunjukkan masyarakat China menghormati golongan yang berilmu dan mempunyai pengetahuan yang. Malah, golongan pendidikan dipilih untuk menjalankan pentadbiran Negara. Keunikan pendidikan di India secara tidak langsung telah menyumbang kepada kelangsungan tamadun tersebut. Matlamat pendidikan Brahmanisme dalam kalangan agama Hindu ialah menyediakan manusia untuk menghadapi kehidupan selepas mati, memberikan pendidikan tentang hokum agama, mendidik rakyat mempraktikkan nilai-nilai agama dan melahirkan insane yang alim. Ia juga adalah alat untuk mencapai kesempurnaan dalam ilmu keagamaan dan memelihara serta memperkukuhkan system kasta, pendidikan yang diberikan berbeza mengikut kasta dan profesion masing-masing. Pelajar dari kasta Brahma diberikan pendidikan agama. Pelajar dari kasta Kasthriya pula diberi ilmu ketenteraan. Pendidikan tentang pertanian dan perdagangan pula diberikan kepada pelajar dari kasta Vaisya.

3.3.3 Falsafah/Agama/Pengamalan nilai-nilai moral Aspek moral dan akhlak merupakan asas kepada pembentukan dan pengukuhan sesebuah tamadun. Keruntuhan nilai-nilai moral dan akhlak menggambarkan keruntuhan dan kejatuhan sesebuah tamadun.

Masyarakat dalam tamadun Melayu amat mengutamakan pengamalan nilai-nilai moral. Ini kerana keruntuhan akhlak sesebuah masyarakat atau pemimpin menggambarkan kejatuhan sesebuah tamadun yang dibina. Dalam Tamadun Melayu, kedatangan Islam memperlihatkan perubahan akhlak dalam semua aspek kehidupan. Sebagai contoh, hormat-menghormati, ziarahmenziarahi, adab-adab bertutur, kesetiaan kepada pemerintah dan sebagainya. Semua perubahan akhlak ini telah mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat dan pemerintah dan rakyat sesama rakyat yang akhirnya membawa kepada pengukuhan sesebuah tamadun dan menjamin kesinambungannya sehingga ke hari ini. Agama Islam adalah berasaskan konsep ketuhanan iaitu Tauhid. Konsep tauhid

menekankan kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap dan etika-etika yang perlu dipatuhi dalam apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang merangkumi semua aspek kehidupan mereka seperti amanah dalam menjalankan urusan pemerintahan,jujur ketika melaksanakan aktiviti ekonomi, hubungan baik sesama masyarakat dan berlaku adil dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Keunikan falsafah China dan kecenderungan masyarakat Tamadun China menghayati dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang sihat dan optimis yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial sangat menyumbang kepada kestabilan pemerintahan dan keberlangsungan Tamadun China. Falsafah moral Konfusius member banyak implikasi bagi pemupukan budaya penyayang dan pembangunan masyarakat beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya. Selain itu, ajaran Buddha turut menjadi asas kepada pembentukan masyarakat China melalui penekanan prinsip Jalan Lapan Lapis. Hinduisme adalah salah satu agama tertua di dunia. Orang Hindu percaya kepada teori karma dan kepercayaan tentang kelahiran semula. Hukum karma menggalakkan seseorang melakukan kebaikan. Dengan mengamalkan perbuatan yang baik, seseorang penganut Hindu dapat mencapai Nirwana/Mokhsa. Mokhsa ialah peringkat di mana jiwa akan bersatu dengan tuhan dan tidak dilahirkan semula.

Kesimpulan Jelaslah di sini hakikat sejarah telah membuktikan bahawa kekuatan yang dimiliki oleh sesebuah tamadun dari pelbagai aspek mampu menyebabkan sesebuah tamadun itu berkekalan sehingga ke hari ini. Dari aspek politik, kekuatan sesebuah tamadun dapat dilihat dari sudut pemerintahan yang sistematik, perundangan yang efektif dan pertahanan yang kukuh. Dari aspek ekonomi pula ialah pengukuhan dan kemajuan ekonomi. Dari aspek sosial dapat dilihat dari sudut perpaduan dan kesatuan rakyat, keutamaan terhadap pendidikan, dan pengamalan nilai-nilai moral atau falsafah ataupun pegangan agama yang kuat. Walau bagaimanapun, Tamadun Islam mempunyai kekuatan yang amat luar biasa kerana tamadun ini berpaksikan kepada akidah. Akidah yang mantap mampu menggerakkan pemerintah dan rakyatnya menjalankan tanggungjawab masing-masing mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ajaran Islam juga bersifat kekal dan tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Oleh itu, sekiranya seseorang pemerintah dan juga rakyatnya menjadikan Islam sebagai cara hidup secara keseluruhannya, kegemilangan Tamadun Islam juga akan dapat dikekalkan. Kesimpulannya, setiap tamadun telah menitikberatkan faktor-faktor yang membawa kepada peningkatan dan pengukuhan tamadun mereka disamping mengenalpasti dan seterusnya mengelakkan faktor-faktor yang boleh membawa kepada kejatuhan tamadun mereka. Kita perlulah mengambil iktibar daripada pengalaman peradaban agar kita mampu menjadi seseorang yang bertamadun bukan sekadar dari aspek material tetapi juga dari aspek rohani.

Bibliografi 1. Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Pahang: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. 2. Afifah Abu Yazid, G. Sirapalan. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 3. Ayadurai Letchumanan, Sivachandralingam Sundara Raja. (2001). Tamadun Dunia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Ayadurai Letchumanan, Sivachandralingam Sundara Raja. (2008). Tamadun Dunia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 5. Azizah Abu Chik, Mahdi Shuid. (2009). Sejarah STPM Q and A. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 6. Fairuzah HJ Basri. (2008). Tamadun Islam dan Kontemporari.Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM. 7. Hajah Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Mahayudin HJ Yahya.(1998). Tamadun Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 9. Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Suzani Osman.(2008). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 10. Mary Tan Swee Ee, Yani Yahaya. (2004). Sejarah SPM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 11. Yasir Mansor. (2009). Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800. Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Sdn. Bhd.