tips/motivasi utk pelajar

Upload: go-partycandy

Post on 04-Apr-2018

329 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    1/8

    1# TIDAK

    MENSIA-SIAKAN

    MASA BIARPUN

    SEMINIT

    Pandai guna masa terluang cth:

    pertukaran kelas, masa menunggu

    kenderaan kereta/bas/van,semasa

    ketiadaan guru, semasa rehat utk ulangkaji

    pelajaran yang telah dibaca.

    21 Teknik Pembelajaran yang Betuldan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)

    2# BAWA BUKU

    KEMANA

    SAHAJA MEREKA

    PERGI

    Cuba amal sikap bawa buku SETIAP KETIKA.

    Sikap ni bukan bermaksud kita mesti baca buku

    tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca

    apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-

    sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya

    belajar yang positif dan sikap berrtanggungjawab

    terhadap pelajaran.

    3# GUNAKAN

    MASA AWAL

    PAGI

    Gunakan sepenuhnya masa awal pagi utk

    mengulangkaji pelajaran yg lemah. PUPUKKAN

    semangat belajar pada awal pagi biarpun anda

    tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan

    semai semangat yg kental terhadap pelajaran

    dan membolehkan anda mulakan hari tersebut

    dgn azam utk Berjaya.

    4# BUAT

    NOTA

    RINGKAS

    Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota

    ringkas. Nota tersebut adalah untuk

    membolehkan anda merujuk kembali apa yang

    telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda

    tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.

    Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari

    sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

    5# IKUT JADUAL

    SEPENUHNYA

    Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang andahendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual

    belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan.

    Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu

    masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika

    anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap

    hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-

    jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa

    untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika

    anda mahu mencapai kegemilangan dalam

    semua mata pelajaran.

    Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai

    kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang

    bersistem. 21 TIPS KAEDAH BELAJAR BERKESAN UTK BANTU BELAJAR

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    2/8

    6# MENCUBA

    SOALAN

    TAHUN LALU

    7# ULANG

    SEBANYAK KALI

    YG BOLEH

    8# SENTIASA

    BERTANYA KALAU

    TIDAK FAHAM

    Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk

    menjawab contoh soalan setiap hari. Ini akan

    membiasakan dirinya dengan corak soalan yang

    sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana

    menjawabnya. Pelajar yang hanya TUMPU

    kepada buku teks tidak akan lulus dengan

    cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan

    corak soalan peperiksaan.

    Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang

    sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan

    yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda

    boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun

    anda sudah faham atau sudah mengingatinya.

    Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi

    keyakinan diri anda untuk lulus dengan

    cemerlan

    Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap

    kesempatan yang ada untuk menjawab

    kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham ,

    anda masih boleh menanya. Ini akan

    menguatkan kefahaman dan ingatan anda.

    Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda,

    kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh

    membantu anda dalam hal ini.

    9# BERIKAN

    PENUMPUAN

    PADA PELAJARAN

    YG LEMAH

    Jika anda lemah dalam BAH.INGGERIS atau

    MATEMATIK, peruntukkan masa yang lebihuntuk ulangkaji. Elakkan memilih mata

    pelajaran yang disukai dan abaikan mata

    pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda

    pada bahagian yang anda rasa perlu

    penumpuan lebih. Gunakan simbol dan

    lorekkan bahagian yang anda anggap penting.

    Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau

    tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti

    ulangkaji.

    10#

    KUNJUNGI

    PERPUSTAKAAN

    Rapatkan diri dengan kawan yang mahu belajar.

    Perhatikan bagaimana mereka belajar dan

    semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar

    pendapat antara satu sama lain. Berikan

    penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat

    dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana

    tolong menolong dalam haluan memajukan

    pelajaran masing-masing

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    3/8

    .

    11#

    MENJADI MODEL

    DALAM RUMAH

    Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-

    adik lain. Beritahu mereka Jangan membuang

    masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak

    menyumbang kepada masa depan. Semakin

    anda member galakan untuk mereka, semakin

    tinggi semangat anda untuk menjadi contoh

    kepada mereka. Apa yang anda serukan akan

    menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

    12#

    IMBANGKAN

    MASA KO-

    KORIKULUM &

    AKADEMIK

    Jika anda berada dalam tahun peperiksaan ,

    jangan terlalu menumpukan perhatian pada

    kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri

    dalam bidang akademik. Jika anda mahu

    berjaya dalam akademik, anda perlu

    mempunyai masa ulangkaji yang cukup di

    rumah. Masa ulangkaji untuk PMR/UPSR/SPM

    ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari.

    Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi,

    anda mungkin perlu berjaga malam atau

    ban un a i.

    13#

    BELAJAR

    MENGIKUT

    RENTAK SENDIRI

    14#

    PERSIAPAN

    MINDA SEBELUM

    ULANGKAJI

    15#

    ELAKKAN

    GANGGUAN

    EMOSI

    Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang

    mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu

    mengenal rentak sendiri dan pastikan anda

    mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang

    pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji

    kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang

    akan datang. Jika anda perlukan bimbingan

    tambahan,dapatkan tuisyen

    Lelapkan mata untuk beberapa minit dan

    wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda

    hendak capai. Apakah corak hidup yang anda

    hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan

    kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda

    sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.

    Adakah anda berhajat hendak mengharumkan

    nama keluarga dan negara anda ? Apakah

    kejayaan peringkat remaja yang membanggakan

    diri anda dan keluarga anda? Bila anda

    membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang

    dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang

    baik dan berkualiti.

    Semua perkara yang merunsingkan danmengganggu konsentrasi waktu belajar perludiketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakanmasa depan saya tergadai oleh perkara yangremeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaannegatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankansemua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda

    boleh gunakan musik latar yang lembut untukmenjadikan suasana belajar lebih menyelerakan(jika sesuai).

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    4/8

    .

    2

    16#

    KURANGKAN KERJA

    RUMAHTANGGA

    /BERKHAYAL/BERMAIN

    17#

    RANCANGKAN

    JADUAL ULANGKAJI

    SETAHUN

    18#

    BELAJAR

    MENYESUAIKAN DIRI

    DGN SEMUA KEADAAN

    19#

    BERHATI-HATI DGN

    KAWAN YANG TIDAK

    SEHALUAN DGN ANDA

    Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan

    hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda

    menolong anda dalam beberapa aspek kerja

    rumah tangga & bermain. Amalkan sikap tolong

    menolong & ingat-mengingati dalam keluarga. Bila

    masanya mereka yang menduduki peperiksaan

    UPSR/PMR, sama-sama menolong dirinya.

    Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga

    seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain

    akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

    Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan

    September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda

    perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat

    dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh

    dilakukan dengan membahagikan bilangan

    mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada.

    Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat

    berkenaan pada hari yang ditetapkan, pangkahkan

    dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda

    membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.

    Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang

    terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji

    mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

    Biar pun rumah anda bising, panas atau kurangselesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda

    mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajarmenyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.Semakin mencabar keadaan anda , semakin besarujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biarapa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankantugas saya kerana saya seorang yang tahanlasak.

    Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda

    tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhianda dengan seribu satu jenis kegiatan yanghanya membuangkan masa anda. Berani berkatatidak dan menolak mereka dengan lembut.Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada merekakononnya anda tidak mahu melukakan hatimereka. Jika anda mengikut rentak mereka, andaakan melukakan masa depan anda sendiri.

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    5/8

    KesimpulanBelajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh

    berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran inimenguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam

    pelajaran.

    Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak

    menampakkan kemajuan yang nyata dalam

    keputusan peperiksaan sekolah. Setelah

    berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda

    mungkin mahu kemajuan dalam keputusan

    sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak

    menggambarkan anda pasti akan lulus atau

    gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan

    usaha dan jangan berhenti. INSYALLAH!!

    20#

    TERUSKAN USAHA

    JANGAN PUTUS ASA

    Sambil anda berjuang untuk peperiksaan

    PMR, peruntukkan masa juga untuk bidang

    yang anda hendak ceburi. Mungkin anda

    minat dengan bidang kedoktoran,

    kejuruteraan, senibina/architect, baca

    majalah dan bahan rujukan am yang

    berkaitan dengan cita-cita anda tersebut.

    Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada

    keluarga atau sekolah anda. Jika anda

    minat dalam bidang kejuruteraan,

    peruntukkan masa untuk belajar membaiki

    kereta atau anda juga boleh menolongkawan anda membaiki kereta mereka.

    Kegiatan sedemikian menjadikan makna

    pembelajaran lebih nyata. Anda tahu

    mengapa anda belajar kerana anda

    mempunyai hala tujuan yang nyata.

    21# TEROKAI BAKAT

    DAN MINAT ANDA

    http://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_mHsUEHmujJA/TMQ3cR47JtI/AAAAAAAAAIA/AkcxFS83eZI/s1600/exm.jpg
  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    6/8

    7 tips cemerlang peperiksaan

    Info dibawah adalah dari keratan akhbar tempatan.Harap maklum. Semoga bermanfaat.

    Tips ini di ambil dari akhbar tempatan untuk perkongsian kita bersama.

    Antaranya ialah :

    1. Semak jadual

    Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya padasaat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebihdulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada haripertama peperiksaan.

    Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak adasubjek tertinggal atau tidak dipelajari.

    2. Kunci peperiksaan

    Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

    Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertaspeperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalanstandard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

    3. Tentukan keutamaan

    Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masihbelum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja,sebaliknya merangkumi semua.

    Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannyaberdasarkan minat seseorang calon.

    4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

    Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan.Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai

    sesuatu kemahiran.

    Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat danmembuat kaitan apabila diperlukan.

    5. Merancang persiapan peperiksaan

    Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalampeperiksaan.

    a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dantingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

    Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada,tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    7/8

    membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

    Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk mendudukipeperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu bolehmenyebabkan anda jatuh sakit.

    Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadappelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuhbadan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

    Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yangada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudianberbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasanitu.

    Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari inijuga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang danmencergaskan minda anda.

    Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang laintidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel,

    jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidaklupa dibawa pada hari peperiksaan.

    Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasasegar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

    b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal,bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidaksempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

    Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik

    lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

    Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapatmenjawab soalan dengan jayanya.

    Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplahpeperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklahnafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yangmencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

    Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawaspeperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untukmenjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang

    ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

    Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amatpenting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas

    jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

    Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakansebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikansemuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakanterakhir.

    Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yangdiperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana

    langkah itu akan merugikan anda.

  • 7/30/2019 tips/motivasi utk pelajar

    8/8

    c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidakdigalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkanperasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

    Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalanberikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.