bengkel klinikal menulis karangan mengikut jenis

Upload: ryan-tan

Post on 30-Oct-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • Surat Kiriman Tidak RasmiSurat Kiriman RasmiLaporanBeritaDialog/Wawarancara/Temu BualBiografi

  • Ucapan Catatan/DiariFaktaPerbincanganGambaran/KeperihalanPeribahasaAutobiografiSyarahan/ ceramah

  • Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi.Biasanya ditujukan kepada sahabat handai dan ahli keluarga terdekat.Surat kiriman tidak rasmi ditulis untuk bertanyakan khabar, menyampaikan ucapan takziah/tahniah, berkenalan, dan sebagainya.

  • Format:Alamat pengirim ditulis pada sudut atas sebelah kanan surat.Tarikh ditulis di bawah alamat dan dibubuh tanda noktah.Langkau sebaris sebelum menulis pendahuluan surat.

  • Gunakan nama panggilan hormat yang sesuai sebelum menulis isi surat seperti ayahanda, bonda, kekanda, adinda, cucunda, saudara, saudari, dan sebagainya.Tulis isi-isi surat secara tersusun di dalam perenggan.Gunakan ungkapan seperti Yang ikhlas sahabatmu, Kekanda yang jauh, dan sebagainya sebelum menurunkan tanda tangan.

  • Surat kiriman rasmi berbentuk formal. Biasanya, ditujukan kepada majikan, pertubuhan, jabatan kerajaan, organisasi, dan orang tertentu.Terdiri daripada beberapa jenis, iaitu surat aduan, surat rayuan, surat pesanan, surat undangan rasmi, surat permohonan, dan surat edaran.Ditulis dengan menggunakan bahasa yang baku, ringkas, dan padat.

  • Format: - Alamat pengirim ditulis pada sebelah kiri surat. - Garis panjang melintang dibuat di bawah alamat pengirim. - Nama dan alamat penerima ditulis di bawah alamat pengirim. Baris akhir alamat penerima hendaklah digariskan. - Tarikh ditulis dengan alamat terakhir penerima dan diakhiri dengan tanda noktah.

  • Panggilan hormat ditulis di bawah alamatpenerima seperti Tuan, Puan, Datuk, Cikgu, dan sebagainya.Perkara atau tujuan surat ditulis di bawah nama panggilan hormat.Perenggan pertama dimulakan dari tepi dan tidak perlu dinomborkan. Perenggan isi yang berikutnya hendaklah bermula dengan nombor dua dan seterusnya.Turunkan tanda tangan di sebelah kiri surat kiriman. Tulis nama dengan huruf besar dalam kurungan. Tulis jawatan pengirim jika ada.

  • Karangan jenis laporan bertujuan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.Dua jenis iaitu laporan rasmi dan laporan tidak rasmi.Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas, tepat dan berkesan.

  • Format:- Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar bagi huruf pertama pada setiap perkataan dan digariskan di bawahnya.Peristiwa yang berlaku perlu dicatat secara berurutan.Tulis tarikh laporan dengan huruf besar dan diletakkan bersetentang dengan pengakuan pelapor. Tulis nama pelapor di dalam kurungan dengan huruf besar.Nama persatuan yang diwakili, ditulis selepas jawatan.

  • Karangan jenis berita bertujuan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang sesuatu peristiwa penting kepada pembaca.Terdapat beberapa jenis berita seperti berita sukan, jenayah, kemalangan, hiburan, dan hal-ehwal semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.Isi karangan berita berkisar tentang lima perkara, iaitu apa, siapa, bila, dimana, dan menagapa.Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami. Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi sebaik-baiknya setiap isi dalam satu perenggan.

  • Format:Nama tempat ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar dan diikuti tanda koma. Contohnya: KUALA TERENGGANU,Tarikh ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang ( - ). Contohnya: KUALA TERENGGANU, 17 Januari Isi berita didahului dengan isi utama dan isi-isi yang kurang penting dikemudiankan.Penutup ringkas dan padat.

  • Terbahagi kepada dua jenis:-dialog dan perbualan( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)- wawancara dan temu ramah( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )mempunyai tajuk / topik yang utamamempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebihsebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan yang ringkas

  • Format karangan ini:nama watak ditulis selari di sebelah kiriselepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih (:) juga dalam keadaan selaricontoh :Nama A: Assalamualaikum, makcik. Nama B : WaalaikummussalamNama A : Apa khabar makcik ?Nama B : Khabar baik

  • Mulakan perbualan dengan salam sejahteraGunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, ataupun MakcikPastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah

  • Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar danelakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak.Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.Kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

  • Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuhAkhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

  • Mengenai riwayat atau kisah hidup seseorang.Karangan jenis ini mestilah berdasarkan fakta yang benar.Pastikan anda benar-benar tahu tentang tokoh atau seseorang yang anda ingin tulis biografinyaBiasanya, tokoh yang hendak dipilih hendaklah mempunyai keistimewaan tertentu atau seseorang yang dihormati dan dikagumi.

  • Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutanKata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.

  • Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik.Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan.Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah.

  • Karangan jenis diari juga dikenali sebagai catatan .Karangan jenis diari terbahagi kepada dua bentuk, iaitu diari sehari dan diari beberapa hari.Jika diari sehari, pelajar dikehendaki menulis hari,dan tarikh. Kemudian diikuti dengan waktu berlaku sesuatu kejadian.Jika diari beberapa hari, hanaya sertakan hari dan tarikh. Waktu disertakan jika perlukan sahaja.

  • Peristiwa yang dicatat merupakan sesuatu yang penting dan berkaitan dengan tajuk.Walaupun merupakan catatan, pelajar dilarang menggunakan singkatan.Cara penulisan karangan jenis ini mirip sebuah cerita. Urutan peristiwa menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnjutnya.Bahasa yang digunakan hendaklah baku, ringkas, mudah dan tepat.

  • Ditulis dalam format biasa.Fakta yang digunakan tepat.Isi haruslah sesuai dengan tajuk disertai dengan contoh dan huraian yang sesuai.Gunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.

  • Tidak mempunyai format khususTajuk yang diberikan terbukaMembincangkan sesuatu topik yang khusus dan mencabarMemberikan hujah-hujah yang logik, tepat dan idea yang bernasBiasanya soalan perbincangan jelaskan kehendaknya, iaitu dengan kata-kata Bincangkan.

  • Karangan gambaran atau keperihalan berbentuk kisah yang pernah calon lihat, dengar, atau alami sendiri. Mengisahkan peristiwa, pengalaman, dan perasaan calon. Perkara yang digambarkan berdasarkan cerita yang benar-benar berlaku atau cerita rekaan yang diolah seperti benar-benar berlaku.

  • Tidak mempunyai format tetapi perlu ditulis dengan menggunakan gaya persembahan yang menarik, pemilihan kata dan istilah yang tepat, penggunaan peribahasa, dan ungkapan yang sesuai. Mulakan karangan dengan memberikan gambaran latar sesuatu peristiwa. Kembangkan cerita secara berperingkat-peringkat dan tamatkan cerita dengan menulis pengajaran daripada kisah yang telah diperihalkan.

  • Harus memahami maksud peribahasa terlebih dahulu.Mempunyai dua pendekatan :- mengikut format karangan cereka :-Karangan ini sama dengan cereka dan isi serta watak cerita mestilah berkait rapat dengan maksud peribahasa tersebut.- menghurai maksud peribahasa :-keadah ini ditulis dengan menghurai maksud peribahasa tersebut.

  • Pengajaran dan manfaat peribahasa tersebut juga dinyatakan dalam karanganKarangan ini mesti mengemukakan contoh-contoh tertentu agar maksud peribahasa dapat difahami oleh pembaca.

  • membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana

  • Aturan membina karangan-tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses pembuatan dibungkus.-perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik.-proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat-perasaan - sedih atau gembira.-boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.-paparkan nilai-nilai murni

  • Syarahan membicarakan hal yang serius dan biasanya untuk pertandingan, manakala ceramah disampaikan oleh seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang.Lazimnya, topik syarahan dan ceramah tentang politik, ekonomi, budaya, agama, dan sebagainya. Isi karangam syarahan ialah fakta-fakta yang dapat mempertahankan sesuatu kenyataan manakala isi karangan ceramah adalah tentang cadangan dan nasihat yang dapat dijadikan panduan hidup. .

  • Format:Karangan dimulakan dengan kata alu-aluan yang disusun mengikut protokol.Tulis ungkapan seperti Hadirin yang dihormati dan Tuan-tuan dan Puan-puan, sekurang-kurangnya dua kali untuk menunjukkan suasana syarahan atau ceramah. Akhiri penutup dengan menyatakan harapan agar pendengar telah faham akan apa-apa yang telah diperkatakan tadi dan disertakan dengan serangkap pantun, madah, atau kata-kata hikmat yang berkaitan dengan tajuk syarahan atau ceramah