panduan menulis karangan

Upload: umadevi-balakrishnan

Post on 02-Nov-2015

141 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

spm

TRANSCRIPT

PANDUAN MENULIS KARANGAN

PENDAHULUAN

i) PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

(perenggan pertama) a)Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,c) Dalam meniti arus kemodenan ini d) Dewasa ini,e) Pada masa ini, f) Kini,g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, contoh: Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan

pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan

dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah

ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik

dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita

ini.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan .

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbiISIi)PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

(UNTUK ISI PERTAMA) Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atasii)PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2, 3 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

(BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISI PERTAMA DAN ISI ETERUSNYAPILIH YANG BERSESUAIAN) Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam

Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar

Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Hal ini demikian kerana- Hal ini berlaku kerana Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Hal ini terjadi kerana- Hal ini disebabkan oleh Hal ini wujud akibat daripada Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh - Hal ini bersangkut-paut dengan- Hal ini berpunca daripada Hal ini tercetus apabila- Hal ini timbul apakala Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialahPenanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a)Walau bagaimanapun, g) Jika dilihat dari sudut lain,b) Dengan kata lain, h) Kontradiksinya,c) Di sebalik itu, i) Walakin begitu,d) Namun demikian, j) Daripada perspektif yang berbeza,e) Dalam pada itu,f) Dari sudut lain,

Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya,c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya,e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,f) Antaranya adalah seperti g) Sebagai contohnyah) Biar kita lihat i) Biar kita ambil contohj) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialahk) Sebagai analoginya,l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

Penanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkanc) Oleh itu, d) Maka,e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu,g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya,

Penanda menutup isi (untuk bahagian isi)a) Kesannya,b) Natijahnya,c) Akibatnya,d) Akhirnya,e) Dengan itu,f) Dengan berbuat demikian,g) Dengan keadaan sedemikian,Penanda menulis dua huraian dalam satu ayatContoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala(Huraian 1)_(x)_membimbangkan semua pihak.(Huraian 2)

a) justeru b) malahc) malahan d) tambahan pulae) sementelahan f) sekali gusg) di samping h) bahkani) malar-malar

iii)PENANDA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

(UNTUK ISI KE-2, KE-3 DAN SETERUSNYA)a) Selain itu, b) Di samping itu,c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi,e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu,g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu,i) Seterusnya,

UNTUK HURAIAN GUNA KAEDAH YANG SAMA DI ATAS.-

PENUTUPPenanda memulakan perenggan penutupa) Kesimpulannya, b) Intihanya,c) Secara tuntas, d) Konklusinya,e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir,g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan,i) Secara total,

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,

insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-samaPenanda memulakan atau memasukkan peribahasaa) Bak kata peribahasa, .b) Bak kata peribahasa Melayu, c) Bak kata orang tua-tua, ..d) Bak kata mutiara, e) Bak peribahasa, f) Bak kata cendekiawan, .g) Persis kata peribahasa, h) Persis kata peribahasa Melayu, .i) Persis kata orang tua-tua, j) Persis kata mutiara, k) Persis peribahasa, l) Persis kata cendekiawan, .m) Hal ini sama dengan peribahasa .n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .o) Fenomena ini dikatakanp) Masalah ini sama dengan peribahasa ..q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .

PANDUAN MEMBINA PENUTUP

A1- SIMPUL (S)

A2- CADANGAN (C)

A3- HARAPAN (H)

A4- PENDIRIAN (P)

Contoh:

A1- S- Sebagai kesimpulannya, dapatlah kita merumus bahawa semua pihak memainkan

peranan yang sama untuk menangani masalah ini.

A2- C- Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan kerjasama yangerat untuk

memastikan kejadian jenayah yanag membabitkan remaja berkurangan bak

peribahasa Melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

A3- H- Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dapat

menyedarkan remaja daripada terus terlibat dalam jenayah

A4- P- Remaja merupakan aset negara yang bernilai dan jangan biarkan aset ini

menyebabkan imej negara tercalar di mata dunia.KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang06. Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan. ~Surah al-Hajj:7707. Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan ~Surah Yusuf:1808. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz10. Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan. ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)11. Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki. ~Profesor Diraja Ungku Aziz12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib17. Sabda Rasulullah s.a.w: Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. SAIDINA ABU BAKAR23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.Penanda Wacana

A

1. Andaikan perkara ini berlanjutan,

2. Apa yang membimbangkan kita ialah

3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita

4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah

5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa

6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa

7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,

8. Ada pihak yang beranggapan bahawa

9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa

10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan

11. Adalah dipercayai bahawa

12. Adalah lebih Afdal (baik) jika

13. Adalah memalukan kita kerana

14. Adanya perkara ini kerana

15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika.

16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan

17. Adat di dunia memang begitu,

18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana

19. Adiwarna (memang bagus) jika kita

20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan

21. Advis (nasihat) saya ialah

22. Aduan yang kita sering terima uialah

23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan

24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa

25. Agak membimbangkan kita kerana

26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah

27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan.

28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..

29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,

30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa

31. Alam terbentang menjadi saksi,

32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa

33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita.

34. Amnya, (Umumnya)

35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana.

36. Angkara perbuatan ini,

37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa.

38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah

39. Atas dasar perikemanusiaan,

40. Ayuhai manusia,.

B

41. Bagaimana pun,

42. Bahang masalah in semakin terasa kerana

43. Bagunlah wahai rakyatku,

44. Barangkali kita terlupa bahawa

45. Baru-baru ini,

46. Belakangan ini,

47. Bayangkan suatu hari nanti,

48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan

49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka

50. Belukar kehidupan ini mengajar kita.

51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa

52. Bernas sekali anggapan bahawa

53. Biasanya,

C

56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor

57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana

58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..

59. Cukuplah sekadar ini,

60. Cukup malu kerana

D

61. Dada manusia yang kejam ini..

62. Dada insan yang rakus (tamak) ini

63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan

64. Dakwaan yang mengatakan bahawa

65. Dakwaan ini memang tepat kerana

66. Dakwaan ini tidak berasas kerana

67. Dalam mengharungi arus globalisasi,

68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,

69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari,

70. Dalam hal ini,

71. Dalam ajaran agama dan moral,

72. Dalam mengaplikasikan nilai ini,

73. Dalam pada itu,

74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah

75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa

76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa.

77. Dapat kita simpulkan bahawa

78. Daripada membiarkan masalah ini kronik,

79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa

80. Dalam hal sedemikian,

81. Dengan berbuat demikian,

82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..

83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan

84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana

85. Diskriminasi kaum menyebabkan

E

86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita

87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.

88. Ekoran daripada peristiwa ini,

89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..

90. Entah mengapa,

F

91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa

92. Faktor utama ialah..

93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah

94. Fasal (berkenaan) itu,

95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah

96. Fokus utama topik kita ialah

97. Fungsi utama ialah..

G

98. Galakan ini datangnya daripada

99. Gamatlah suasana kerana

100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana

101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa

102. Gejala ini ada kaitan dengan.

103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila

104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan.

105. Generasi dotkom ini mementingkan..

106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila

107. Gundah sekali apabila.

108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,

H

109. Habis (jadi),

110. Hala tuju kerajaan ialah

111. Hal ini demikian kerana

112. Hal ini berlaku kerana

113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana

114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana

115. Hal ini berpunca daripada

116. Hal ini menyebabkan

117. Hal ini menghalang usaha kita

118. Hampanya ibu bapa apabila

119. Harapan kita ialah

120. Harapan negara ialah

121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan

122. Hipotesisnya ialah

123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana

124. Hujah yang dikatakan

125. Hujah itu memang tepat kerana

I

126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan

127. Idea ini menyebabkan

128. Ideologi ini memang benar kerana

129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana

130. Ijtihad pelbagai pihak ialah

131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan

132. Iman manusia semakin menipis kerana..

133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,

134. Impaknya(kesannya) ialah

135. Impak daripaha hal ini menyebabkan

136. Ingatlah bahawa

137. Ingat,

138. Insaflah wahai manusia,

139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana

140. Istilah malas memang bahaya kerana

141. Izinkan saya katakan bahawa.

J

142. Jika ditinjau dari sudut agama,

143. Jauhari berpendapat bahawa,

144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa

145. Jadi,

146. Berjaga-jagalah kita,

147. Jagat (dunia) ini amat luas,

148. Jagatraya (seluruh dunia) ini,

149. Jago (juara) politik beranggapan,

150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana

151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin

152. Jak ( semenjak / dari)

153. Jalan hidup yang lurus ini

154. Jauh di sudut hati,

155. Jauh berbeza daripada orang lain,

156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan

157. Jentera kerajaan mestilah

158. Jihad (perjuangan) manusia

159. Justifikasinya, (alasannya)

160. Jurang pemisah in menyebabkanK

161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa

162. Kaca mata ini sentiasa melihat

163. Kadangkala,

164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan

165. Kala manusia bermain dengan kezaliman,

166. Kalakian, ( ketika itu)

167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila

168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan

169. Kancah politik menyebabkan

170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga

171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan

172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana

173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila

174. Kata Perdana Menteri,

175. Kata golongan intelek,

176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa

177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa

178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah

179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila

180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan

181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)

182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana

183. Kelak,

184. Kemudiannya,

185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan

186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan

187. Kekentalan hidup mengajar kita

188. Kerenah manusia pada zaman moden ini,

189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila

190. Khususnya,

191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana

192. Kini,

193. Kira-kira sedekad lalu,

194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa

195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila

196. Kombinasi ini menyebabkan

197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan

198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana

199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa

200. Konklusinya,

201. Konsep ini sesuai kerana

202. Kontradiksinya, (sebaliknya)

203. Kekosongan jiwa menyebabkan

204. Kotornya sanubari seseorang jika

205. Kreativiti ini menyebabkan

206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana

207. Kritikalnya masalah ini kerana

208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila

209. Kurangnya pendidikan menyebabkan

L

210. Lagipun,

211. Lagi pula,

212. Langkah yang sesuai ialah

213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa

214. Lebih-lebih lagi,

215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana

216. Lahiriahnya ( pada awalnya)

217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana

218. Lanjutan daripada peristiwa itu,

219. Lantangnya suara manusia menyebabkan

220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang

221. Lebih-lebih lagi,

222. Leganya kita jika

223. Lillahi, (demi Tuhan)

224. Lumrahnya, (lazimnya)

225. Lumpur hidup ini memang begitu,

M

226. Maknanya,

227. Maka,

228. Masa sekarang

229. Malangnya,

230. Malang tidak berbau,

231. Masihkah anda ingat,

232. Misalnya,

S

233. Sementelahan,

T

234. Tempiasnya (kesannya)

MUTIARA KATA

1. Buku merupakan penasihat yang kekal.Chambers.2. Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu.Benjamin Franklin.3. Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara.Abraham Lincoln.4. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya.Pascal5. Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita.Pepatah Tibet.6. Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati.Shakespeare.7. Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat.Oliver Wendell Holmes.8. Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi.Dr. Irfan Khairi,jutawan internet di Malaysia.

9. Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu.Pepatah Arab.10.Merancang masa bermakna, merancang kejayaan.Dr. Irfan Khairi.__________________________________________________________1. Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan.Zhuang Zi.2. Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan.Cicero.3. Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya.Confucious.4. Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia.Napoleon Hill.5. Pengalaman ialah guru terbaik.Cicero.6. Usia tua datang tanpa dipanggil.Pepatah Jerman.7. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat.Beng Tju.8. Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan.Frank Tibolt.9. Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik.Pepatah Arab.10.Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan.Henry Thoreau.11.Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta.Socrates.12.Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi.J. JayewardenPENULISAN CEMERLANG : KOLEKSI COGAN KATA1. Filem Kita Wajah Kita

2. Fikir Dahulu Sebelum Buang3. Generasi Muda Wawasan Bangsa4. Generasi Muda Peneraju Wawasan5. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang6. Guru Pembina Negara Bangsa7. Indah Budi Kerana Bahasa8. Kepimpinan Melalui Teladan9. Keranamu Malaysia10. Malaysia Boleh11. Membaca Jambatan Ilmu12. Membaca Sepanjang Hayat13. Rumahku Syurgaku14. Remaja Penggerak Wawasan15. Satu Malaysia16. Semakin Hari Semakin Sayang17. Sihat Sepanjang Hayat18. Sayangilah Sungai Kita19. Tak Nak Merokok20. Utamakan Kesihatan

KOLEKSI FRASA MENARIK

memiliki iltizam yang tinggi

memiliki jati diri yang unggul

mempunyai keterampilan sendiri

mempunyai pegangan agama yang mantap

memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan

menempuh arus globalisasi

menjana pertumbuhan ekonomi

mengasah daya kepimpinan

mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia

memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan dan cabaran

menerjah kecemerlangan

menggarap pengetahuan

memberikan nafas baharu

membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan

menjana kehebatan bakat dan kreativiti

menyuburkan amalan nilai murni

menyemai kesantunan budi pekerti

menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda

menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang

mengeratkan jalinan semangat kejiranan

menyimpulkan ikatan sosial

membina kecemerlangan sahsiah

menjadi pemangkin kemajuan negara

menguasai fikiran dan mengawal minda

mematangkan minda masyarakat

merealisasikan impian, harapan dan cita-cita

membicarakan impian dan harapan

menjayakan misi dan visi

meneruskan kelangsungan hidup

mewarisi tampuk kepimpinan

menjayakan agenda kerajaan

memerlukan revolusi sikap

melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan

media arus perdana

menguasai dada akhbar

mengurangkan jurang digital

mengundang padah

masih berada di takuk lama

masih terbelenggu dengan pemikiran negatif

meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan dugaan

PENGGUNAAN RANGKAI KATA SETARABersandar pada cara dan berpegang pada peraturan

bercelaru dan berserabut

dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana

keperibadian yang mulia dan ketinggian budi yang luhur

kemampuan bersaing dengan negara-negara maju dan berkeupayaan .

keupayaan memanipulasikan dan kebolehan mengendalikan

kecelaruan pemikiran dan kekusutan minda

kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi

masyarakat yang berbudaya ilmu dan berperibadi unggul

melontarkan pendapat bernas dan meluahkan perasaan

membuahkan kegembiraan dan melahirkan kesejahteraan

menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar

melampaui batas dan melanggar tatasusila

menangkis kegundahan dan keresahan

mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan

meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati

menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan

menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki

memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan

melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka

menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati

mencemarkan imej dan memburukkan bayangan

membelakangkan amanah ibu bapa dan mementingkan diri sendiri mengagungkan budaya hiburan dan meminggirkan ajaran agama

percanggahan pendapat dan pertentangan hujah

usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur

PADA ZAMAN MODEN

pada era globalisasi

pada era globalisasi yang semakin mencabar

pada era dunia tanpa sempadan

pada era siber

pada era teknologi maklumat

pada alaf baharu

pada alaf baharu yang kian sarat dengan pelbagai cabaran

REMAJA

anak-anak belasan tahun

anak-anak belasan tahun yang gigih berjuang di medan ilmu

pelajar-pelajar

para belia

generasi muda

generasi muda yang masih mentah mengharungi ranjau kehidupan

generasi pascamerdeka

generasi pewaris kepimpinan negara

pemuda pemudi harapan bangsa

putera puteri harapan bangsa

putera puteri pewaris kepimpinan negara

MASALAH SOSIAL

kes-kes jenayah

gejala negatif

gejala maksiat yang kian berleluasa

perangkap maksiat

perangkap maksiat yang tidak mengenal mangsa

perlakuan antisosial

perlakuan yang batil

perlakuan yang bertentangan dengan ajaran agama

terjebak dalam kegiatan negatif yang menjejaskan kejayaan masa hadapan

terjebak dalam kegiatan negatif yang menjatuhkan maruah keluarga

MASALAH YANG KIAN MENINGKAT

masalah yang semakin meningkat tahun demi tahun

masalah yang semakin berleluasa saban tahun

masalah yang kian kronik

masalah yang kian serius

masalah yang membimbangkan pelbagai pihak

masalah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat

masalah yang menggusarkan pemikiran ibu bapa

masalah yang menggusarkan pemikiran pelbagai pihak

masalah yang menuntut penyelesaian segera

BEKERJASAMA

bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk .

bekerjasama untuk mengatasi masalah yang kian membimbangkan

berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah .

bergabung tenaga untuk mengatasi .

melipatgandakan usaha untuk .

pelbagai langkah perlu diambil untuk .

pelbagai langkah proaktif perlu digerakkan dengan berkesan demi .

pelbagai tindakan drastik perlu diambil untuk .

situasi .. perlu ditangani dengan bijak agar .

Frasa Menarik Untuk KaranganFrasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar:1Memanifestasikan fikiran Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya2Menukilkan kata-kata Menulis / bercakap sesuatu3Memberikan impak Mengakibatkan / menyebabkan4Rentetan senario itu Selepas fenomena itu5Jika ditelusuri Jika dikaji secara mendalam6Penyalur ilmu Pemberi banyak pengetahuan7Alaf baharu Masa terkini8Mutakhir ini Pada masa kini9Seantero dunia Seluruh dunia10Menikam sanubari Merosakkan perasaan11Meluaskan horizon pemikiran Meluaskan pandangan / pemikiran12Menggabungjalinkan elemen Menggunakan pelbagai aspek13Merangsang ekonomi Mengaktifkan proses jual beli14Lebih intelektual dan berketerampilan Lebih bijak dan berkebolehan15Bitara Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya16Simbiosis Dua benda yang saling berkaitan17Masih bermain dengan fantasi Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang18Mendabik dada Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan19Mengkodifikasikan undang-undang Menyelaras undang-undang / peraturan20Kestabilan spiritual dan fizikal Keseimbangan rohani dan jasmani21Mekanisme kawalan Alat / aspek yang mengawal sesuatu22Pandangan sarwa Pemikiran biasa / umum23Anjakan paradigma Perubahan demi kemajuan atau kebaikan24Relevan dengan kehendak zaman Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa25Landasan berfikir Cara berfikir26Masyarakat konvensional Masyarakat umum / biasa27Mengaibkan diri Memalukan diri28Alma mater Sekolah / universiti / tempat pelajar29Kemapanan fikiran Keteguhan cara berfikir30Alpukah Daya usaha / inisiatif31Bacul Tidak bersemangat32Badai kehidupan Cabaran hidupA33Inteligensia Kumpulan manusia yang pandai34Berkongkalikung Bersepakat35Bukti yang konklusif Bukti yang kukuh36Praja Kota / negeri37Prakarsa Inisiatif / daya usaha38pramusaji Pelayan tetamu di restoran39Rutin harian Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari40Nawaitu diri Keinginan diri41Narsisistik Terlalu memuji diri sendiri42privasi Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan43Portfolio menteri Tugas menteri44Pentas siasah Dunia politik45Polemik Bahas / debat / konflik46Melikwidasikan Membubarkan / memansuhkan47Linglung Hilang ingatan48Falah Kejayaan / kemenangan49interpretasi Tafsiran / penjelasan50.bersilengah Bersikap tidak tahu

1. bermaharajarela berleluasa2. konflik jiwa pergolakan jiwa3. menopang dagu- termenung4. tonggak asas/dasar5. aset sesuatu yang bernilai6. menuding jari menyalahkan orang lain7. seantero seluruh8. malapetaka- bencana/ bala9. keserakahan kerakusan, ketamakan10. konkrit- kuat, kukuh, mapan11. merealisasikan menjadikan kenyataan12. vandalisme merosakkan harta benda13. lumrah kebiasaan14. duniawi hal-hal dunia15. ketandusan tidak ada16. disisihkan dipinggirkan17. kritikal serius18. sanubari jiwa19. akar umbi punca20. meranapkan menghancurkan21. kesedaran sivik kesedaran tentang tanggungjawab22. perdana utama, primer23. materialistik kebendaan24. membendung mengawal25. realiti hakikat26. berjat kawan27. pancaroba keadaan yang kacau28. mengheret membawa kepada29. sayugia harus, patut30. merunsingkan- merisaukan31. kepupusan kehilangan32. khazanah harta benda33. global dunia seluruhnya34. pusaka sesuatu yang diwarisi turun-temurun35. warisan harta pusaka36. prihatin peka, cakna37. demonstrasi menunjukkan38. gemuruh- hebat39. serampang dua mata melakukan dua kerja serentak40. terjebak terlibat41. arkib tempat menyimpan benda khazanah42. mencungkil- mencari43. iltizam harapan tinggi44. silaturahim persaudaraan45. motivasi semangat tinggi46. menyarankan mencadangkan47. era zaman48. sistematik- teratur, mengikut peraturan49. intensif- giat, bersungguh-sungguh50. menberangsangkan- membanggakan51. menimba- mendapat52. rentetan ekoran53. tersadai tidak bergerak54. peras ugut- ancaman, paksaan55. dif tetamu56. sahsiah- keperibadian57. komitmen- kesungguhan58. perspektif tanggapan59. julung-julung kali pertama60. nadi penggerak61. mengikis membuang62. kegawatan kejatuhan63. tampil keluar64. syabas tahniah65. kewibawaan- keupayaan66. muafakat kerjasama67. terpikul- tertanggung68. teladan contoh69. mengubah- menukar70. dinafikan disangka71. menyeru- meminta72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan73. mutakhir- terkini74. fasilitator pemudah cara75. fleksibel mudah diubah suai76. kebejatan kejatuhan77. persada -gelanggang, arena78. boikot- dipulaukan79. manfaat faedah80. total- menyeluruh81. senggang santai, tidak sibuk82. bergelandang- berperleseran83. maslahat- faedah84. norma adat85. tersohor- terkenal86. kutsi suci87. diuar-uarkan- dicanangkan88. dana modal89. menerajui memimpin, mengetuai90. imej penampilan91. emansipasi hak kebebasan92. merencatkan menggagalkan93. dimonopoli dikuasai94. kolot- kuno95. profesion kerjaya96. informasi penerangan97. integrasi perpaduan98. aspirasi cita-cita, keinginan99. memudaratkan memburukkan100. dinamis berdaya saing101. progresif- sihat dan cemerlang102. drastik cepat103. perisai pertahanan104. diagnosis mengenal pasti105. pemantauan pengawasan, pemeriksaan106. manifesto pendirian107. waswas tidak yakin108. natijahnya kesannya109. mencerminkan- melambangkan110. jenama jenis barang111. pornografi bahan-bahan lucah112. diiktiraf -diakui113. obligasi semangat114. impak kesan115. tuntasnya- keseluruhannya116. akur bersetuju117. efektif berkesan118. konvensional- ceramah119. panji bendera120. individualistik mementingkan diri sendiri121. manipulasi- tindakan122. musibah bencana123. lewa tidak sepenuh hati124. prosedur peraturan125. inisiatif daya usaha126. anasir- gejala127. penggemblengan penyatuan128. transisi perantaraan129. kaliber berkeupayaan130. darsawarsa satu dekad131. insentif imbuhan, ganjaran

Isu Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang akan meneruskan agenda perjuangan bangsa. Pihak kerajaan telah membuat kajian menyeluruh dan telus sebelum merangka matlamat dan strategi program ini. Program ini merupakan kayu ukur atau cerminan pelapis masa depan yang merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Kejayaan program ini disandarkan pada kesungguhan, iltizam dan penegasan baru. Sayangnya dasar yang hebat ini tidak disertai oleh pelaksanaan yang cekap, telus dan terperinci.

Isu Gejala sosial

Gejala sosial semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi. Walaupun hanya segelintir remaja yang mempunyai komputer peribadi tetapi pengaruhnya sukar dibendung menyebabkan mereka terjajah minda dan budaya. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan kerana mereka merupakan cerminan bangsa yang akan menongkah cabaran masa depan. Senario sosial yang dipaparkan mengetuk pintu hati segenap masyarakat untuk bertindak secara kolektif bagi merencanakan tindakan untuk mengatasi kemelut ini. Gagasan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara akan dapat diimplimentasikan sekiranya gejala sosial ini dicantas di peringkat akar umbi. Seharusnya asas utama yang perlu ditekankan sejak kecil ialah pembinaan tahap sosialisasi anak melalui aspek keagamaan, bak kata pepatah Melayu, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Isu Alam sekitar

Peranan yang lebih signifikan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk melestarikan alam sekitar. Usaha ini harus mendapat komitmen yang sederap daripada pelbagai pihak bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih merupakan jantung dan nadi kehidupan di jagatraya ini. Jika masyarakat hanya memekakkan telinga, menutupkan mata dan membutakan hati, segala program yang dirancang akan kecundang. Ironinya, sokongan dan dukungan segenap masyarakat akan mewarnai kehidupan ini .Isu Pembangunan

Pembangunan tanpa perancangan secara holistik ibarat api dalam sekam yang akan merencatkan aspirasi negara ini. Keghairahan sesetengah pihak yang berfikiran sempit dan obsesi menarah bukit dan menggondolkan kawasan akan mencetuskan pelbagai musibah. Seharusnya sebagai warga yang berhemah, kita haruslah menjunjung tanggungjawab dan meluaskan horizan minda untuk mengekalkan kelangsungan citra negara yang unggul. Pembangunan yang direncanakan mestilah bertunjangkan konsep mesra alam yang mampu memayungi kesejahteraan sejagat.

Isu Sukan

Sejajar dengan slogan Malaysia Boleh setiap ahli sukan perlu memikul tanggungjawab yang amat berat untuk memanifestasikan slogan tersebut. Mereka perlu merangka matlamat strategi bagi menyahut cabaran tersebut. Jika slogan ini berjaya dimanipulasikan oleh ahli sukan negara sudah pasti kita dapat bersaing di peringkat global. Negara kita juga akan terkenal di persada dunia. Sokongan dan dukungan pihak kerajaan merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk memperkasa sukan negara. Hal ini kerana ahli-ahli sukan memerlukan pohon rendang untuk bernaung supaya mereka dapat memberi komitmen yang jitu terhadap bidang sukan yang diceburi. Setiap ahli sukan seharusnya mampu menghidu peluang melakarkan kecemerlangan bagi memastikan bidang sukan negara ini gah di persada antarabangsa.

Isu pendidikan

Saban hari kita sering dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan pelajar. Fenomena yang menjadi lumrah di kebanyakan institusi pendidikan ini, akan meranapkan keutuhan bangsa dan negara. Golongan pelajar ini seolah-olah kehilangan pedoman dan menyerah kalah dalam dunia yang dilingkari kepalsuan. Sebahagian daripada pelajar ini seolah-olah telah terjajah minda dan budaya, lantaran mengamalkan fahaman agama yang jumud. Konsep yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seolah-olah menemui jalan buntu.

Isu Perpaduan

Menyingkap nostalgia 13 Mei 1969, telah terpalit sejarah hitam di negara ini. Hakikat ini telah menggamit perasaan kita untuk memantapkan integrasi dan memperteguh ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Masalah perpaduan yang meruncing bukan sahaja melumpuhkan ekonomi malah melampiaskan pelbagai musibah. Ketegaran perpaduan masyarakat di negara ini bukan sahaja menjadi pemangkin yang mencorakkan negara yang berdaulat namun turut akan menjadikan negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia ini.

Karya kreatif

Sakinah menyisir masa lalunya dan menyelongkar nostalgia silam. Air matanya mula bertakung. Tidak terlintas di mindanya untuk mencantas tali persaudaraan yang terjalin. Segala peristiwa yang terungkai mengocak ketenangan kali perasaannya. Tindakan Imran, tunangannya seperti manusia yang pincang akhlak, rendah moral, sesat pemikiran dan menyeleweng daripada batas-batas keinsanan. Tidak pernah terdetik di sukmanya gelagat Imran yang meracuni kepercayaannya selama ini. Sakinah mendepani hari-hari yang mendatang walaupun kini dirinya semakin menanjak usia. Segala-galanya kini nampak begitu sempurna. Cukup sempurna setelah mengharungi badai dan onak kehidupan. Semuanya kini bagaikan seindah panorama Arafah.

Isu media massa

Sebagai pengguna yang celik teknologi komunikasi, penggunaan internet sudah tentu merupakan batu loncatan untuk kita menggapai kecemerlangan. Internet menyediakan pelbagai kemudahan serta tempat tersimpan khazanah ilmu yang mampu diterokai oleh semua peringkat masyarakat. Teknologi maklumat ini merupakan wahana yang dapat menyalurkan ilmu dan maklumat untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.

Isu Pertanian

Mutakhir ini, era perdagangan semakin mencabar dan didominasi oleh pasaran global. Hal ini demikian, pemasaran hasil pertanian haruslah menepati kriteria yang ditetapkan. Hanya produk yang bermutu tinggi dan menepati Skim Akreditasi Ladang Malaysia sahaja yang dapat meneruskan kelangsungan usaha para petani. Golongan petani digalakkan mengamalkan pertanian yang mesra alam, hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk keperluan para pengguna. Jika gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka pengiktirafan akan ditarik balik. Kementerian Pertanian haruslah mempromosikan secara lebih agresif bidang pertanian ini.Isu Penyakit

Masyarakat hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang menggugah kesejahteraan sejagat. Wabak dan epidemik penyakit ini adalah sinonim dengan tindak tanduk songsang insani. Hal ini berlaku kerana mereka masih lagi terbelenggu dalam kepompong kejahilan. Sementelahan pula, segelintir masyarakat terlalu taksub dengan gaya hidup yang diwarisi sejak turun temurun dan tidak mahu membuat anjakan paradigma.

koleksi frasa menarik

Pembentukan ayat Tanya: persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh pernahkah terlintas dalam gawang minda para........ sejauh manakahjalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?Tema perpaduan: Setiap kaummenjunjung tingginilai perpaduan Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah senjata utama yang menampilkanMalaysiasebagai juara perpaduan Berpegang padafalsafah hidup sandar-menyandarbagai aur dengan tebing Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyikalah menjadi abu,menang menjadi arang Pepatah ada menyatakan hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih,serumpun bak serai,dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaumTema kemajuan negara cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga Pertumbuhan mapan ekonomi negara Prestasi ekonomi yang mapan Gahnya Malaysia di persada global menjadikan Malaysia lebih tersohor Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasakecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara mendepani abad mileniumtema : peranan kerajaan citra budaya dan jati diri bangsa tindakan secara kolaboratifTema : masyarakat memperkasakan pemikiran rakyat bermindakelas pertama menjadi tuntutan utama menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara Berpegang padafalsafah hidup sandar-menyandarbagai aur dengan tebing Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9 menjana pemikiran rakyatagar berpandangan jauh dan lebih positif rakyat perlu memilikinilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif. Kualiti minda rakyat perlu diubahdaripada terusdibelenggu oleh pemikiran jumudbak katak di bawah tempurungkepada minda yang merdeka dan bermaruah. Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan masyarakat madani bangsa yang maju dan kompetitifTema : semangat kejiranan Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan Kikis sikap prejudis Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya Bagi memperteguh tali-temali sosial Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat Di bawah satu bumbung muafakatTema : generasi muda Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas Berkiblatkan budaya asing Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda Berpotensi untuk menggegarkan Bertahan mendepanigelombang cabaran hidup Bijak menyerap tekanan Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan Dalam meniti perjalanan hidup Dalam pancaroba duniaTema: kekeluargaan mewarnakan jiwa anak-anak menjadi uswah terbaik tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasabagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Didedahkan dengan realiti kehidupan Umpama rebung tidak jauh dari rumpun(perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa Hadis; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi Bertunjangkan kekuatan intelektual Dipacu oleh tenaga muda Dipasakkan dalam jiwaMedia massa akhbar arus perdana mendominasi minda generasi muda Pepatah Arab yang berbunyi mata penalebih tajam daripada mata pedang Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini Berupaya menjadi wadah yang efektif Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumatKempen : Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat Aktiviti kempen secara agresifwajar dilaksanakan Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku Dilaksanakan secara berkesan dan efisien Instrumen yang paling efektifSemangat Patriotisme Misi menyuburkan semangat patriotismebukan perkara enteng Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dankelangsungan hidup negara Menjiwai patriotisme yang kentalTema sekolah Guru selaku arkitek pembangunan insan menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni menyemarakkan nilai-nilai murni sekolah wadah penting untuk penyaluran ilmu pendekatan konvensional sekolah medan interaksi sosial golongan pendidik yang berketerampilan pendidik perlu memahami aspirasi negara menghayati Falsafah Pendidikan Negara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumatTema : Alam sekitar Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat masyarakat Jepunpercaya pada semangat alam sekitar.Jika alam sekitarnya segar dan sihat makapenghuninya juga demikian alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kitaTema Kesihatan : pepatah Arabada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ. Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna Menyerang sistem imunisasi badanTema usaha.langkah Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak meneruskan usaha sampai berjaya Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut Jangan lakukan kerja sekerat jalan Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan Usah biarkan masalah ....terus membebani ................. Usaha secara kolaboratif Menuntut sinergi pelbagai pihak Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut Mencari resepi terbaikTeknologi Maklumat: Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada Bagai galah di tengah arus peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja sertamasyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikandampak malangkepada masyarakat Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia