tinjauan literatur

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 – REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (KAEDAH) (RBT 3133) TAJUK TUGASAN : PENGGUNAAN KAIN RENTAS MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM MELAKSANAKAN AMALI JAHITAN ASAS NAMA PELAJAR : AMILI HAFIZ BIN KAMALUDIN NO. KAD PENGENALAN : 920917-01-5741 NAMA PENSYARAH : DR. CHAN SIEW MENG TARIKH HANTAR : 6 APRIL 2015

Upload: amili-hafiz

Post on 10-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tinjuan literatur

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (KAEDAH)(RBT 3133)TAJUK TUGASAN : PENGGUNAAN KAIN RENTAS MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM MELAKSANAKAN AMALI JAHITAN ASAS

NAMA PELAJAR : AMILI HAFIZ BIN KAMALUDINNO. KAD PENGENALAN : 920917-01-5741NAMA PENSYARAH : DR. CHAN SIEW MENGTARIKH HANTAR : 6 APRIL 2015

Tinjuan Literatur

Fokus penyelidikan ini merupakan langkah awal untuk mengumpul data bagi menguji keberkesanan penggunaan Model Kain Rentas dalam meningkatkan mutu hasil kerja responden. Di samping itu juga, ia berperanan sebagai motivator kepada responden dari aspek bahan pengajaran. Penyelidikan ini memberi implikasi kepada murid, para pendidik, dan sekolah. Penggunaan Model Kain Kentas ini sedikit sebanyak memberikan implikasi mendalam dari segi pemahaman dan pencapaian pendidikan.Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan mutu hasil kerja murid. Mutu hasil kerja murid meningkat selepas tunjuk cara amali jahitan dilaksanakan dengan menggunakan Model Kain Rentas. Apa yang penting ialah bahan bantu mengajar yang digunakan berada dalam keadaan yang mesra pengguna, dimana ia mampu menarik perhatian murid.

Apabila murid berjaya dimotivasikan melalui sifat ingin tahu, maka mudah untuk mewujudkan pembelajaran yang aktif melalui komunikasi dua hala samada melalui guru dan murid, murid dengan murid, atau murid dan bahan pembelajaran. Didapati bahawa tahap penglibatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan amali jahitan berada pada tahap yang memuaskan. Saya merasakan kajian ini memberikan implikasi terhadap diri saya sendiri.Hal ini kerana, kajian ini masih mengalami kekurangan dari segi dapatan yang jitu .Faktor penyebab situasi ini berlaku ialah saiz sampel yang kecil dan penggunaan instrumen yang terhad. Dapatan kajian dianggarkan lebih jitu apabila menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.Instrumen juga digabungkan kepada pemerhatian, temubual dan soal selidik.Hal ini menampakkan hasil yang lebih baik. Penekanan kepada kaedah pengajaran yang melibatkan latihan amali menjadikan pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi memerlukan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) yang pelbagai dan bersesuaian. Oleh itu semua aparatus ini perlu dirancang penggunaannya dengan teliti serta tersusun semasa proses pengajaran berlaku. Menurut Dawi (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap 22 pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi yang rata-ratanya berlatar belakangkan kemahiran teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyak dan mempelbagaikan penggunaan ABBM dalam pengajaran mereka. ABBM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Penggunaan elemen teknologi multimedia dalam bilik darjah perlulah diaplikasikan sepenuhnya kerana kajian-kajian terkini menunjukkan faedah teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (Hassan, 2003). Justeru guru-guru KH hendaklah sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan semasa tentang kaedah pengajaran terkini serta kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Mereka juga perlu sentiasa berusaha ke arah menghasilkan pengajaran yang dapat memberikan impak yang positif dan bermakna kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bagi menjayakan perlaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, ia memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi juga bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi. Struktur pembelajaran koperatif yang berkesan dapat memastikan murid-murid aktif terlibat dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran masing-masing. (Lie, 2004). 23 Menurut Chua (2001), motivasi (minat) dan semangat baru yang diperolehi dan dipunyai oleh setiap pelajar akan pudar dan luntur tanpa disusuli suatu program pengisian yang positif dan konkrit. Dengan pengisian seperti pembelajaran berkumpulan (koperatif) dalam kelas dapat merangsang minda mereka. Ini kerana, mata pelajaran Kemahiran Hidup banyak memerlukan pelajar bekerja di dalam satu pasukan. Hasil daripada proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini, pelajar akan mendapat pelbagai kelebihan. Di antaranya ialah memperolehi pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran asas yang berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam urusan di rumah dan tempat kerja. Selain itu, ianya juga dapat memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur bekerjasama, dan mengamalkan cara-cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Che Tom (2000) mengatakan bahawa guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir agar generasi akan datang mampu berfikir secara kreatif, inovatif dan mempunyai idea yang tuntas. Para pendidik tidak semestinya terikat dengan satu-satu fakta dalam proses penyampaian isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang dengan lebih sihat dan lebih efisien. Selain itu, mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini juga mampu memupuk semangat kerjasama atau koperatif. Kaedah koperatif ini menekankan aspek penglibatan murid berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru. Melalui kaedah koperatif murid semakin berani memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam pembelajaran menggunakan kaedah ini. Sebenarnya kaedah koperatif ini memberi banyak kebaikan dan keuntungan bukan sahaja kepada murid, bahkan ia boleh meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu juga, kaedah koperatif ini dapat mengubah diri murid daripada pasif ke aktif. Selain itu, hasil daripada keberkesanan pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini, murid akan dapat menjalankan kerja sendiri, menyelenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan. Murid juga dididik untuk bekerjasama dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Menurut Hashim et.al. (2007), bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarahkan oleh guru. Pada peringkat awal pembelajaran Kemahiran Hidup, para pelajar akan diterangkan tentang bidang kerjaya yang akan diceburi adalah berkaitan dengan sektor , perindustrian dan perkhidmatan. Kemahiran-kemahiran yang diberikan perlu bersesuaian dengan kemajuan negara yang kini makin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini (Ku Seman, 2007). Ini kerana, bagi mencapai tahap negara maju, kemahiran yang ada pada setiap pekerja sememangnya amat penting. Tumpuan bukan hanya dalam bidang perindustrian, malah sektor keluaran produk seperti kilang jahitan juga tidak kurang pentingnya. Ini terbukti apabila mata pelajaran Kemahiran Hidup pada peringkat yang lebih tinggi akan diberi pengkhususan supaya para pelajar dapat mempelajari dan menguasai sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang mengkhusus dalam bidang jahitan di mana mereka terlibat dalam kategori pengeluar produk. Pendidikan adalah kunci utama pengeluaran atau hasil kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Justeru itu, penyediaan individu sebagai tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan. Hal ini kerana, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, para pelajar dapat mengembangkan kefahaman dan mengamalkan prinsip asas perdagangan dan usahawan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan. Menurut Kawachi & Berkman (2003), sikap keterbukaan boleh dikaitkan dengan petunjukpetunjuk sosio-ekonomi yang positif seperti pilihan pekerjaan dan pendapatan. Hal ini bermula daripada zaman persekolahan lagi, dalam membentuk seseorang individu mendalami dalam sesuaitu bidang. Oleh itu, berbalik kepada kajian yang ingin dijalankan ialah pemahaman yang jelas mengenai perkara yang diajar dapat membantu melahirkan minat dan meransang kecekapan murid dalam melaksanakan kerja-kerja amali. Implikasi kajian ini kepada para guru pula termasuk kemahiran menterjemah kandungan dalam sukatan pelajaran kepada bentuk pengajaran sebenar. Apabila seorang guru mampu menterjemah kandungan tersebut dalam bentuk yang mudah maka, pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan masa pengajaran dan pembelajaran juga boleh disingkatkan. Guru perlu mengambil kira kecerdasan pelbagai setiap murid. Hal ini penting untuk memastikan bahawa isi kandungan pengajaran dan pembelajaran diselaraskan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut semua tahap kecerdasan murid. Guru harus adil dan saksama dalam pengajaran bagi memastikan kesemua murid dimotivasikan secara menyeluruh merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Guru juga harus kreatif dalam mewujudkan inovasi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah. Sesetengah bahan bantu mengajar tidak mampu membantu pencapaian objektif. Lantaran itu, bahan yang digunakan perlu diinovasikan kepada bentuk yang lebih efektif. Pihak sekolah harus mengambil berat tentang penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik dengan pencapaian objektif yang begitu relevan dengan apa yang telah ditetapkan seterusnya segala teori yang telah digunakan dapat diaplikasikan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.