tinjauan literatur

Upload: maziah-mazlan

Post on 10-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

TINJAUAN LITERATUR Menurut Che Siah Che Man (2006) dalam penulisan Norfarahin binti Tokarian (2011), dalam kemahiran menulis, penekanan diberikan kepada tulisan yang jelas dan menggunakan tanda baca yang betul iaitu dengan melakukan latihan menulis dengan pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti menulis yang boleh dilakukan ialah menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan, menulis perkataan mudah, menulis ayat mudah serta melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.Kepentingan menguasai kemahiran menulis juga telah ditekankan oleh Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd Aziz (1997) dalam bukunya Penguasaan Kemahiran Menulis bahawa kemahiran menulis penting dalam kalangan pelajar kerana mereka bakal menjadi penulis yang akan mengisi khazanah dan budaya bangsa.Sasson (1993) turut menekankan kepentingan kemahiran menulis di dalam kajian-kajiannya kerana beliau sangat bimbang apabila guru kurang member perhatian untuk mengajar murid menulis. Kaedah pengajaran yang tidak betul akan membantutkan kebolehan kanak-kanak untuk menulis sekaligus menyediakan ruang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan tabiat buruk ketika menulis. (ms 14)Dalam menguasai kemahiran menulis pula, ia amat bergantung kepada cara individu tersebut memegang pensel. Sasson (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan keapda pengajaran menulisdi kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. (Levine,1987)Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Don Bryne (1979) dalam Norain Md Nor dan rakan (2005) menyatakan symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf2 yang berkaitan dengan lambing bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.Terdapat empat kemahiran yang diperntingkan, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran berutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis (Mackey, 1974). Dalam keempat- empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan yang paling kompleks. Kemahiran ini melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga kepintaran otak. Ia terbahagi kepada tulisan mekasnis dan tulisan kreaftif. Tulisan mekanis hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja, sedangkan tulisan kreatif memerlukan pelhairan buah fikiran oleh penulis. Dalam amalan pendidikan, lazimnya tulisan mekanis amat dipentingkan pada peringkat awal proses pembelajaran di sekolah rendah. (ms 15)Norfarahin binti Tokarian, Kaedah PECSKA dalam meningkatkan kemahiran penyambungan huruf jawi (lam. Kaf&ga) dengan huruf vokal (alif&ya), , Insitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis,2011