timss dan pisa.doc

14
ROSNI GCEA KECEMERLANGAN BERTERUSAN Monday, September 30, 2013 PERANAN GURU MENJAYAKAN PPPM PPPM merupakan satu anjakan yang menjadi cabaran kepada semua golongan pendidik . Pendidik perlu tegar memahaminya dan pantas bertindak memainkan peranan masing-masing supaya hasrat KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jika kewajaran PPPM terus diragui dan dipersoalkan oleh golongan pelaksana bagaimana hasrat murni tersebut dapat dijayakan. Apabila sesuatu agenda KPM dikemukakan golongan pendidiklah yang sepatutnya menyokong tanpa meraguinya dan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Bila kepentingan peribadi mengatasi segalanya akan wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pendidik. Melihat agenda yang murni ini sebagai tidak memberi kelebihan kepada tugas sebagai pendidik sebenarnya telah meletakkan siapa kita sebenarnya dalam lingkungan pendidikan. Keikhlasan kita perlu dilihat secara telus. Perlu melihat dalam diri bahawa tugas pendidik sekarang amat mencabar dan kita perlu bersedia menerima perubahan. Sering mempertikaikan apa sahaja hasrat murni KPM telah meletakkan diri kita dalam lingkungan insan guru yang berfikiran negatif. Ada saluran yang boleh disampaikan jika ada kekurangan dan berilah komen yang membawa kepada penambahbaikan supaya tidak menjadi seperti kita berlari di padang orang tetapi bertinjit-tinjit di padang sendiri. Sikap pendidik yang sentias bertanya apa kerajaan buat untuk kita perlu dikikis sehabisnya sebaliknya tanyalah diri apa sumbangan kita kepada anak bangsa? dan negara. Maksimumkah tugas kita di sekolah?. Amanahkah kita menjalankan tanggungjawab? Terlalu banyak telah diberi keistimewaan kepada golongan pendidik di Malaysia tercinta ini. Bersyukur, bersyukur, bersyukur perkataan paling tepat yang

Upload: baskaran-subramanian

Post on 18-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ROSNI GCEA

ROSNI GCEA

KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Monday, September 30, 2013

PERANAN GURU MENJAYAKAN PPPM

PPPM merupakan satu anjakan yang menjadi cabaran kepada semua golongan pendidik . Pendidik perlu tegar memahaminya dan pantas bertindak memainkan peranan masing-masing supaya hasrat KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jika kewajaran PPPM terus diragui dan dipersoalkan oleh golongan pelaksana bagaimana hasrat murni tersebut dapat dijayakan. Apabila sesuatu agenda KPM dikemukakan golongan pendidiklah yang sepatutnya menyokong tanpa meraguinya dan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Bila kepentingan peribadi mengatasi segalanya akan wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pendidik. Melihat agenda yang murni ini sebagai tidak memberi kelebihan kepada tugas sebagai pendidik sebenarnya telah meletakkan siapa kita sebenarnya dalam lingkungan pendidikan. Keikhlasan kita perlu dilihat secara telus. Perlu melihat dalam diri bahawa tugas pendidik sekarang amat mencabar dan kita perlu bersedia menerima perubahan. Sering mempertikaikan apa sahaja hasrat murni KPM telah meletakkan diri kita dalam lingkungan insan guru yang berfikiran negatif. Ada saluran yang boleh disampaikan jika ada kekurangan dan berilah komen yang membawa kepada penambahbaikan supaya tidak menjadi seperti kita berlari di padang orang tetapi bertinjit-tinjit di padang sendiri. Sikap pendidik yang sentias bertanya apa kerajaan buat untuk kita perlu dikikis sehabisnya sebaliknya tanyalah diri apa sumbangan kita kepada anak bangsa? dan negara. Maksimumkah tugas kita di sekolah?. Amanahkah kita menjalankan tanggungjawab? Terlalu banyak telah diberi keistimewaan kepada golongan pendidik di Malaysia tercinta ini. Bersyukur, bersyukur, bersyukur perkataan paling tepat yang sepatutnya berada dalam hati nurani pendidik di Malaysia tercinta ini.

azmanss.blogspot.com

Tuesday, January 22, 2013

Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat, khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang berdaya saing.Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid.ASPIRASI SISTEM PENDIDIKANTerdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.1. Akses Kepada KejayaanSekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikanakses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5.Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi. KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara seriuskerana ia adalah kerangka asas yangdapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.3. Ekuiti Untuk Semua MuridSekolah perlumemastikansistem pendidikan yangdilaksanakan berada pada tahapyang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan MuridSejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dandasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.5. Pelaksanaan Berkecekapan TinggiAspirasi pendidikan nasional yang kelima ialahelemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.ASPIRASI MURIDAdalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan danKemahiran;membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemenini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.1. PengetahuanPada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.2. Kemampuan MemimpinSekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu; Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri. Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan. Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif. Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.3. Kemahiran DwibahasaSetiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.4. Etika dan KerohanianPihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu; Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi. Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul. Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.5. Identiti NasionalAspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.Dicatat oleh AZMAN BIN SAFII pada 1:36 PM

Anda di sini: Laman Utama | Nasional

Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik dalam PISA

Bernama | Kemas kini: Disember 11, 2013 (Diterbitkan pada: Disember 11, 2013 07:46 MYT)

Pelajar sekolah menengah sedang menghadapi peperiksaan - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2015 melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkan negara setanding piawaian antarabangsa.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, PPPM akan dapat menangani cabaran sedia ada serta mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih memenuhi keperluan ekonomi global yang semakin kompetitif.

"Walaupun keputusan Pisa 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini agak tidak memberangsangkan, kementerian yakin Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Pisa 2015 melalui pelaksanaan PPPM yang dilancar 6 Sept lalu," katanya.

Kenyataan itu menyebut keputusan Pisa 2012 menunjukkan peningkatan pencapaian dalam Matematik sebanyak 17 mata iaitu daripada 404 dalam Pisa 2009+ kepada 421.

"Dalam ujian Matematik, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara yang mengambil bahagian berbanding kedudukan ke-57 dalam Pisa 2009," katanya.Menurut kenyataan itu, keputusan Sains pada 2012 pula menunjukkan pencapaian yang hampir serupa dengan Pisa 2009, iaitu menurun dua mata daripada 422 kepada 420 dan berada pada kedudukan ke-53, jatuh satu tangga berbanding sebelumnya.

Pencapaian Pisa 2012 dari aspek bacaan pula menurun 16 mata daripada 414 kepada 398 dan Malaysia menduduki tempat ke-59 berbanding ke-55 dalam Pisa 2009.

Kementerian Pendidikan juga akan terus komited memperhebat usaha dan inisiatif bagi melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.

Kenyataan itu menyebut Malaysia mengambil bahagian dalam Pisa buat pertama kali pada 2010 (Pisa 2009+) di mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolah dinilai manakala seramai 5,700 murid bagi Pisa 2012, yang melibatkan 164 sekolah sebelum PPPM dilancar.

Kementerian mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum sebelum ini yang kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkan murid kurang berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawab soalan pentaksiran berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah segera, kementerian menubuhkan Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Pisa yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum serta dianggotai kesemua bahagian profesional kementerian.

Jawatankuasa itu akan mengenal pasti dan memantau inisiatif yang perlu dijalankan untuk penambahbaikan program penilaian murid antarabangsa.

Kementerian juga sedang menyusun pelbagai tindakan penambahbaikan yang selari dengan amalan terbaik antarabangsa dan menangani segera kelemahan yang dikenal pasti melalui penilaian Pisa.

Satu daripada inisiatif dalam PPPM untuk meningkatkan prestasi Malaysia dalam TIMSS serta Pisa ialah dengan membangunkan modul latihan Matematik dan Sains bagi menangani jurang khusus dalam kandungan dan kemahiran yang diuji dalam Pisa dan TIMSS serta format soalan Pisa dan TIMSS.

Kementerian turut menambah baik inisiatif berkaitan KBAT dan menambah kemahiran guru yang akan meningkatkan hasil pembelajaran bagi keseluruhan murid.Menurut kenyataan itu, bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kementerian sedang mengemas kini kurikulum sekolah rendah dan menengah agar selari dengan piawaian antarabangsa.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperbaharui dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu akan dilancar pada 2017.

"Di samping itu, kementerian juga menambah baik sistem penilaian kebangsaan dengan memasukkan unsur KBAT dalam ujian. Pada 2016, 40 peratus soalan KBAT akan dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala 50 peratus untuk kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Kementerian juga sedang memperhebat sokongan kepada guru dengan menambah baik cara mereka menyampaikan kurikulum itu dan pelbagai program bagi mempertingkat kemahiran sedang dirangka untuk mempersiapkan guru dengan KBAT seperti program i-Think.

"Di samping itu, program peningkatan kemahiran literasi bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Matematik (Linus 2.0) juga dijangka menyokong keputusan yang lebih baik dalam TIMSS dan Pisa," menurut kenyataan itu.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Store atau Google Playstore.

Tag: Malaysia, Pisa, PPM

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-mampu-capai-kedudukan-lebih-baik-dalam-pisa-26808?cpBerdasarkan Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan tumpuan pada peningkatan prestasi sistem pendidikan negara. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) adalah pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang digunakan sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan. PPPM menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.

Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Peningkatan KBAT dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Bahan sumber PdP Sains dan Matematik ini dibangunkan berasaskan gabungan kerangka kurikulum kebangsaan dan juga Kerangka Kerja TIMSS dan PISA yang berteraskan KBAT. Beberapa tajuk seperti Kebarangkalian bagi mata pelajaran Matematik dan Sains Bumi bagi mata pelajaran Sains perlu diajar kepada murid-murid yang bakal menduduki TIMSS dan PISA memandangkan tajuk-tajuk ini dinilai dalam pentaksiran yang berkenaan.

Guru perlu menggunakan bahan sumber ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di masa lain yang telah diperuntukkan. Usaha ini penting dalam memastikan murid dibekalkan dengan kemahiran berfikir, kritis dan kreatif serta dapat meningkatkan pencapaian negara seperti yang dihasratkan oleh PPPM.

Modul Terkini

TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).

PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.