thesis

Upload: dayakalai

Post on 04-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

exam

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN

1.1Pengenalan

Kanakasabai Subburathinam yang dilahirkan pada April 29, 1891, yang dikenali sebagai Bharathidasan adalah seorang penyair Tamil abad ke-20. Beliau seorang rasionalis terhadap kerja-kerja yang dikendalikan dan kebanyakannya isu-isu sosio-politik berkaitan sastera. Tulisan-tulisannya berkhidmat sebagai pemangkin untuk pertumbuhan gerakan Dravidia di Tamil Nadu. Selain puisi, pandangan beliau mendapat ungkapan di dalam bentuk-bentuk lain seperti drama, skrip filem, cerpen dan esei. Beliau telah dibimbing oleh Mahakavi Subramanya Bharathiyar dan selepasnya dia memanggil dirinya "Bharathidasan".

1.2 Pernyataan Masalah

Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah banyak bergantung kepada kualiti pengajaran guru. Pelajar-pelajar di sekolah akan memperolehi pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh guru-guru yang bertindak sebagai pendidik dan memahami kaedah-kaedah pendekatan pembelajaran yang berkesan. Di dalam usaha sekolah untuk mengadakan perancangan yang lebih baik dan pengurusan yang teratur bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hanya akan memperolehi faedah yang sedikit sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan bersikap negatif seperti bertindak hanya menyampaikan fakta dan pemberi tugas semata-mata. Ini amat bertentangan dengan corak pengajaran konstruktivime di mana guru berperanan sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar bagi menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Dalam erti kata lain, guru bertanggungjawab membimbing dan membantu pelajar mempelajari sesuatu pelajaran yang bermakna dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan mengenai pendekatan secara konstruktivisme di kalangan guru-guru bahasa Tamil semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Tamil dari sudut pemahaman dan pengaplikasian pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme, keadaan pelajar-pelajar bahasa Tamil yang telah terlibat dengan pendekatan konstruktivisme dari segi kefahaman dan keaktifan di dalam kelas dan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Tamil dalam menjalankan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme.

1.3 Objektif Kajian

Kajian Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah di daerah Kuala Muda mempunyai beberapa objektif yang penting. Antaranya ialah;

i) Mengenal pasti sama ada guru-guru bahasa Tamil memahami dan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme bagi mata pengajaran bahasa Tamil dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Muda negeri Kedah.

ii) Mengenal pasti persepsi dan sikap pelajar bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Muda negeri Kedah terhadap pembelajaran bahasa Tamil melalui pendekatan konstruktivisme.

iii) Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Muda negeri Kedah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran bahasa Tamil

1.4Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat-maklumat seperti berikut;i) Memberi gambaran sebenar tentang pendekatan secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru bahasa Tamil dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil.

ii) Mengetahui sejauh mana tahap persepsi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Tamil yang telah dikenakan dengan pendekatan konstruktivisme dari segi kefahaman dan keaktifan dalam mata pelajaran bahasa Tamil.

iii) Membantu guru-guru mata pelajaran bahasa Tamil mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa menjalankan pembelajaran secara konstruktivisme dan mencari jalan penyelesaian bagi permasalah tersebut.

iv) Membantu guru-guru mata pelajaran bahasa Tamil dan pihak sekolah untuk menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas.

v) Hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan para guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Tamil supaya mengaplikasikan amalan konstruktivisme di dalam aktiviti pengajaran para guru serta dapat membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran bahasa Tamil.

1.5Bidang Kajian

Pendidikan Tamil merupakan bidang bagi kajian ini. Pemahaman terhadap isi kandungan bahasa Tamil dapat membantu pelajar dalam pengamalan nilai-nilai moral serta meningkatkan disiplin pelajar dalam aktiviti seharian. Unsur-unsur bahasa Tamil boleh dianggap sebagai bahan bacaan hiburan dan pengetahuan bagi meningkatkan pengalaman interaksi antara manusia melalui penghayatan budaya dan sistem sosial masyarakat tempatan. Selain itu dengan menggunakan pendekatan atau kaedah konstruktivisme dalam pengajaran bahasa Tamil bukan hanya dapat menarik minat pelajar terhadap bahasa Tamil tetapi mendorong mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Keadaan ini memberi peluang kepada seorang pengkaji untuk membuat penyelidikan tentang pendidikan bahasa Tamil secara keseluruhan. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah.

1.6Pemilihan Bidang Kajian

Bidang kajian ini telah dipilih atas beberapa sebab yang tersendiri. Antara sebab utama adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah sehingga kini kurang ada kajian yang mengkaji proses pengajaran bahasa Tamil di peringkat sekolah menengah. Kajian berkaitan pendekatan guru dalam pengajaran bahasa Tamil bagi mereka mencapai objektif pengajaran juga tidak dijalankan. Oleh yang demikain, dalam kajian ini pengkaji berhasrat membuat penyelidikan berkaitan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa Tamil. Kajian seperti ini adalah amat perlu untuk mengetahui sejauh mana kandungan bahasa Tamil yang terkandung dalam sukatan dan buku teks mata pelajaran bahasa Tamil sekolah menengah dapat menarik minat pelajar. Selain itu kajian seperti ini dapat memberi gambaran bagaimana masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran bahasa Tamil dapat memberi satu impak terhadap pengajaran dan pencapaian bahasa Tamil. 1.7Latar Belakang Kajian

Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah banyak bergantung kepada kualiti pengajaran guru itu sendiri. Pelajar-pelajar di sekolah akan memperolehi pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh guru-guru yang bertindak sebagai pendidik dan memahami kaedah-kaedah pendekatan pembelajaran yang berkesan. Di dalam usaha sekolah untuk mengadakan perancangan yang lebih baik dan pengurusan yang teratur bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hanya akan memperolehi faedah yang sedikit sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan bersikap negatif seperti bertindak hanya menyampaikan fakta dan pemberi tugas semata-mata. Ini amat bertentangan dengan corak pengajaran konstruktivime di mana guru berperanan sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar bagi menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Dalam erti kata lain, guru bertanggungjawab membimbing dan membantu pelajar mempelajari sesuatu pelajaran yang bermakna dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan di kalangan guru-guru bahasa Tamil sekolah menengah semasa proses pengajaran bahasa Tamil dari sudut pemahaman dan pelaksanaa pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Tamil dalam menjalankan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme.

Bahasa Tamil seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan bagi segelintir pelajar khususnya yang tidak berminat terhadap pembelajaran bahasa Tamil. Walau bagaimanapun pelbagai pendekatan telah digunakan kini di dalam proses pengajaran mata pelajaran bahasa Tamil oleh guru-guru demi menarik minat dan perhatian serta mengubah tanggapan pelajar tehadap mata pelajaran tersebut. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bahasa Tamil yang mengajar di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Muda negeri Kedah tentang pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Tamil. Selain itu persepsi dan sikap pelajar-pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran mata pelajaran bahasa Tamil juga akan dikaji.

1.8Kajian-Kajian Terdahulu

Terdapat beberapa kajian yang pernah dilakukan oleh pengaji-pengaji tempatam mahupun luar negara berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme,. Pada masa yang sama, terdapat juga kajian-kajian yang melibatkan pendidikan Tamil dan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.

Rama Subbiah (1959) melalui artikalnya yang bertajuk Pendidikan Tamil Di Malaya dalam Jurnal Tamil Oli, membincangkan tahap awal pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Sejarah perkembangan pendidikan Tamil dan cabaran-cabaran yang pernah dihadapi olehnya dinyatakan dalam tulisan beliau. Kesan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu ke atas pendidikan Tamil turut dibincangkan dalam artikalnya. Pendidikan Tamil pada peringkat awal dan sikap pihak pemerintah terhadap pendidikan Tamil pada peringkat awal dapat dibincangkan dengan jelas.

Thandayutham, R. (1983) dalam bukunya membincangkan tentang Pendidikan Tamil di Malaysia. Beliau membincangkan tentang sejarah perkembangan pendidikan Tamil di Malaysia dan cabaran-cabaran yang dihadapi olehnya serta peranan-peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak yang berjuang untuk terus mengekalkan pendidikan Tamil di Malaysia. Menurut beliau, pendidikan Tamil di Malaysia berkembang dengan usaha dan peranan badan bukan kerajaan pada masa itu seperti persatuan Mubaligh Kristian. Namun ia kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Hal ini mengakibatkan kualiti dan taraf pendidikan Tamil masih pada tahap yang kurang memuaskan pada ketika itu.

Kumaran, S. (2001) dalam penyelidikan yang bertajuk Tamil Education In Malaysia: Challenges In The Globalisastion Era menyatakan persaingan pendidikan Tamil dalam perkembangan dunia globalisasi. Kertas yang dibentangkan dalam The International Conference on Malaysia and Globalisation memberitahu kemasukan orang-orang India secara besar-besaran ke Tanah Melayu antara tahun 1880-1920 telah menggambarkan satu evolusi baru bagi penduduk India di sini. Orang-orang India ini, hanya diberikan kemudahan asas oleh pihak majikan mereka. Peluang pendidikan kepada anak-anak mereka langsung tidak diambil kira oleh majikan. Beliau juga mengaitkan pelbagai masalah pendidikan yang dihadapi oleh sekolah Tamil bermula daripada pendidikan Tamil pada peringkat awal sehingga kini.

Kuppusamy, C.V. (1967) dalam judulnya Tamil Education In Malaysia dan Arasanayagi, M. (1969) dalam kajian bertajuk dan The Development of Tamil Vernacular Education in The Federated Malay States 1900-1941 telah membincangkan tentang perkembangan pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Mengikut kandungan kajian mereka, pekerja-pekerja India yang tinggal bertaburan di merata tempat telah memberi kesan kepada kewujudan sekolah-sekolah Tamil yang banyak di Tanah Melayu. Kekurangan pelajar telah menyukarkan sekolah-sekolah ini untuk terus beroperasi. Oleh yang demikian, pihak British mengambil langkah wajar untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Tamil sebagai salah satu subjek kepada murid-murid Tamil di sekolah-sekolah bukan berhaluan Tamil.

Marimuthu, R. (1995) pernah mengkaji Sejarah Perkembangan Sekolah-Sekolah Tamil; Di Daerah Hilir Perak. Beliau mengkaji tentang kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu dan pembukaan sekolah-sekolah aliran Tamil di Tanah Melayu. Di samping itu, beliau turut membincangkan peranan sekolah Tamil terhadap kaum India di Malaysia dan masalah-masalah yang dihadapinya. Hubungan latar belakang keluarga India dengan aspirasi pekerjaan dan pendidikan turut dibincangkan.

Jaya Singam (1992) dalam kajian Sekolah Tamil: Satu Kajian Masalah Dan Masa Depan membincangkan keadaan sebenar sekolah-sekolah Tamil di Malaysia. Masalah-masalah infrastruktur, masalah perkhidmatan perguruan, kemudahan alat bantuan mengajar, keciciran dan prestasi murid-murid dari aliran sekolah Tamil turut dibincangkan dalam kajiannya. Secara ringkas boleh dikatakan beliau memberi tumpuan terhadap perkembangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia secara terperinci.

Selvarani, A. (2000) dalam kajiannya Masalah Pendidikan Kaum India Di Sekolah-Sekolah Tamil: Kajian Kes Di Alor Semodom, Alor Setar, Kedah telah memfokuskan masalah pendidikan yang dialami oleh kaum India. Beliau memberi tumpuan terhadap keputusan UPSR bagi mengkaji prestasi murid-murid sekolah Tamil. Masalah-masalah yang dianggap mempengaruhi pelajaran murid-murid sekolah Tamil turut dibincang dalam kajian ini.

Merasu Nedumaran (1994) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Kedudukan Sajak Dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil Sekolah Menegah di Malaysia menyarankan beberapa teknik mengajar sajak iaitu sajak perlu dinyayikan atau perlu dideklamasikan seperti lagu dengan nada,irama dan intonasi yang betul. Beliau percaya dengan cara ini, proses pengajaran sajak boleh menarik minat pelajar dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar. Munurut beliau dalam proses ini, kefahaman terhadap maksud sajak yang diajar tidak begitu diutamakan. Tambah lagi, munurut beliau, pengajaran juga perlu bertumpu kepada penikmatan dan penghayatan pelajar terhadap sajak dipelajari. Justeru, guru perlu mewujudkan situasi yang boleh menimbulkan penikmatan dan penghayatan terhadap sajak yang diajar. Pengajaran juga perlu bertumpu pada pemahaman sajak secara menyeluruh dan pelajar dapat memastikan bahawa mereka telah memahami maksud sajak yang mereka belajar. Akhir sekali diikuti dengan soalan-soalan latihan yang berkaitan sajak yang dipelajari. Beliau juga mencadangkan, dalam pemilihan sajak, guru-guru perlu memberi penekanan yang wajar terhadap eleman-eleman seperti aspek perasaan (emosi) aspek imeginasi dan maksud tersirat.

Sundee@Santhi (2005) dalam kajian tentang Keberkasanan Pengajaran Sajak Bahasa Tamil dengan menggunakan pendekatan Skema kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat menyatakan, para pelajar lebih berminat dan dapat menjawab soalan sajak dengan betul dan releven. Menurut beliau pengajaran dengan menggunakan teori skema lebih berkesan berbanding dengan teori tradisional. Walaubagaimanpun dapatan beliau tidak dapat menjadi semple kepada pengajaran sajak kepada pendidikan sajak secara keseluruhan. Ini disebabkan kumpulan eksperimen hanya terdiri di sebuah kawasan subbandar di negeri Kedah sahaja.

Kartiges Ponniah (2005) telah mengaji tentang Komponen Sastera Tamil Dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dalam kajianya beliau telah memberi focus pada komponen sastera yang diajar dalam sekolah Tamil serta keberkesanannya. Seramai 100 orang murid sekolah Tamil dan guru dari pelbagai latarbelakang dan negeri telah menjadi kumpulan eksperimen. Dapatan kajian menujukkan guru memainkan peranan penting bagi menjayakan proses pembelajaran. Latar belakang pendidikan guru banyak pempengaruhi minat murid terhadap komponen sastera. Selain itu, bahan bantu mengajar, pengetahuan Tamil klasik yang sedia ada pada para guru turut menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Menurut beliau guru-guru veteran dan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada sepuluh tahun sahaja berpengetahuan luas dan menunjukkan minat dalam pengajaran bahasa Tamil di sekolah.

Secara keseluruhannya kajian- kajian di atas membantu memberikan maklumat tentang perkembangan pendidikan bahasa Tamil di Malaysia. Kajian-kajian di atas membantu pengkaji dalam aspek mengenalpasti perkembangan dan keadaan pendidikan Tamil di Malaysia. Selain itu kajian terhadap sistem pendidikan Tamil juga membantu pengkaji untuk mendapatkan sinario pendidikan Tamil terkini.

Kajian yang telah dijalankan oleh Noriah Abd Rahman (2000) menunjukkan bahawa tahap pengunaan model konstruktivisme 5 Fasa Needham dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah adalah di peringkat sederhana. Daripada kajian itu, beliau telah mendapati bahawa fasa yang tertinggi daripada persepsi guru ialah fasa pencetusan idea iaitu minnya ialah 3.58. Fasa seterusnya ialah fasa refleksi 3.46, fasa penstrukturan semula idea 3.45, fasa aplikasi idea 3.42 dan yang terakhir ialah fasa set induksi 3.36. Beliau menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran masih berpusatkan guru.

Artikal Zainudin Abu Bakar & Nor Hidayatul Aini Ismail (2009) tentang "Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan Konstruktivisme serta kesan terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia" menerangkan persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hubungan antara persepsi serta sikap terhadap pencapaian Matematik pelajar. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme adalah tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik (p=0.600 dan p=0.598). Beberapa cadangan juga ada dilakukan.

Mahrom Mohd @ Ismail (2001) dalam kajiannya menunjukkan bahawa tahap penggunaan model konstruktivisme masih lagi di peringkat positif iaitu min 3.97. Walaupun begitu masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki terutama dalam kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Kajian yang sama telah dijalankan oleh Noraini Mohamed (2004), tentang pelaksanaan model konstruktivisme 5-Fasa Needham dikalangan guru dan pelajar. Melalui kajian yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa fasa refleksi merupakan fasa yang menyumbangkan min yang paling tinggi iaitu 3.96, diikuti fasa pencetusan idea iaitu 3.72, fasa penstrukturan semula idea iaitu 3.51, fasa aplikasi idea adalah 3.37 dan terakhir fasa set induksi iaitu 2.62.

Aziz Bin Nordin & Zaitun Binti Osman (2008) dalam artikalnya "Penerapan Konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran Asid dan Bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang" mengenalpasti penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di lima buah sekolah di Pekan Pahang. Terdapat enam dapatan dari kajian ini. Pertama, penerapan Konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran Asid dan Bes di kalangan guru adalah pada tahap yang tinggi. Kedua, penerapan konstruktivisme semasa pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di kalangan pelajar adalah pada tahap yang tinggi. Ketiga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keempat, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar asrama dan luar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kelima, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal di asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Keenam, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tinggal diluar asrama dalam peranan mereka berdasarkan teori konstruktivisme. Kesimpulannya, penerapan konstruktivisme di dalam proses pengajaran dan pembelajaran asid dan bes di sekolah telah berlangsung dengan baik.

Kajian dijalankan oleh Hajira Bee dan Ong (1998) mendapati amalan dalam bilikdarjah kini semakin dipengaruhi oleh perubahan kurikulum dalam bidang pendidikan berteraskan teori konstruktivisme. Ciri-ciri yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme, boleh meningkatkan kefahaman dan pembinaan makna dalam kalangan pelajar, mengembangkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif, membuat keputusan serta meningkatkan kemahiran proses pelajar.

Kajian keatas "Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran Teknikal" dijalankan oleh Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof (2009) untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Kajian ini mendapati guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah dikenalkan dengan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka lebih faham (min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga telah menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme (min = 3.95). Walaupun, pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31).

Suraya Hanim Tukimin (2002) juga telah menjalankan kajian bagi melihat sejauh mana persepsi respoden terhadap amalan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran biologi. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa amalan pendekatan konstruktivisme dalam kalangan guru dan pelajar adalah pada tahap sederhana.

Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi (2009) dalam kajiannya "Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik" yang dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing membuktikan pendekatan konstruktivisme adalah lebih berkesan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah berbanding pendekatan tradisional. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Hasil daripada tinjauan, mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan menjawab soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil pemerhatian semasa kajian dijalankan didapati pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajarn, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter.

Kajian dari luar negara yang dilakukan oleh Caprio (1994) dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mendapati pelajar yang menggunakan pendekatan konstruktivisme lebih berkeyakinan serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Begitu juga dengan Lord (1997) mendapati pelajar yang menggunakan pendekatan konstruktivisme ini dalam pembelajaran mereka mempunyai sikap yang lebih positif.

Kajian telah dilakukan oleh Hand dan Peterson (1997) di Secondary College of Victorian, Australia mendapati seramai 69% pelajar menyukai pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut mereka, pelajar yang terlibat dalam menggunakan pendekatan ini berpeluang untuk berfikir sendiri. Hal ini merupakan faktor penting yang menyebabkan pelajar lebih berdikari dalam pembelajaran.Kajian juga telah dijalankan oleh Boddy, Watson dan Aubusson (2003) terhadap murid tahun tiga di sebuah sekolah di Australia. Beliau telah menggunakan model konstruktivisme Five "Es" iaitu "Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration and Evaluation" di dalam modul yang digunakan oleh murid tahun tiga. Beliau mendapati bahawa murid tahun tiga yang menggunakan modul ini lebih seronok untuk belajar serta dapat memotivasikan lagi pembelajaran mereka dan seterusnya dapat mempromosi pemikiran aras tinggi murid yang terlibat.

Malar A/P Muthiah (2005) telah menjalankan kajian tentang "Kesan penggunaan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah". Kesan tersebut dilihat melalui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah bagi soalan-soalan esei, soalan struktur dan soalan objektif/aneka pilihan. Pengkaji ingin memastikan sama ada pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) dapat membantu pelajar mendapatkan pencapaian yang lebih baik dan signifikan atau tidak dalam soalan esei, soalan struktur dan soalan objektif /aneka pilihan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah meningkat secara signifikan atau tidak selepas pengajaran dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987).Noor Azizah binti Ahmad (2006) telah menjalankan kajian berkaitan "Pengaplikasian teori Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka cipta" Kajian ini telah mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek konstruktivisme dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa penggunaan idea didapati berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Secara keseluruhan kajian-kajian di atas membantu pengkaji menyiapkan bab ketiga, bab keempat dan bab kelima. Kajian yang berkaitan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digambarkan oleh pengkaji lepas diatas dan ia membantu pengkaji membuat penyelidikan terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Tamil di peringkat sekolah menengah.

Rajenthiran yang menjalankan kajian tentang Keberkesanan dalam pengajaran bahan sastera bahasa Melayu bergantung kepada tiga faktor, iaitu guru, pendekatan yang digunakan dan bahan yang dipilih. Beliau menyarankan guru berperanan untuk menentukan berkesanan bahan yang diajar. Jika guru menggunakan pendekatan yang sesuai dan pemilihan bahan pengajaran yang betul dan releven dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat memahami bahan yang diajar dan menjawab soalan dengan betul. Beliau juga mencadangkan, guru perlu bersedia dengan bahan pengajaran yang sesuai dan memilih pendekatan yang sesuai bagi menjayakan proses pengajaran damn pembelajaran. Boleh dikatakan beliau menekankan peranan guru dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran bahan sastera.

Grindstaff (dipetik dalam Saedah Siraj 1992) dalam kajiannya Pendekatan Pengajaran Teks Sastera, mengkatakan bahawa pendekatan yang digunakan dalam prosese pengajaran dan pembelajaran banyak mempengaruhi kemahiran dan minat membaca serta mutu penghargaan terhadap karya sastera. Ini bermakna dalam membantu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap teks sastera yang dibaca aspek pedegogi iaitu pendekatan yang berkesan perlu digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Hazri Jamil (1998) telah menjalankan kajian ke atas 54 orang pelajar tingkatan empat. Kajian ini bertujuan untuk melihat minat pelajar terhadap sajak dengan pengajaran yang menggunakan pendekatan secara Penyebatian Kemahiran Berfikir Kritis. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan atau lebih berminat terhadap pembelajaran sajak dengan menggunakan pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kritis bagi kumpulan kawalan yang diajar pendekatan tersebut.

Kajian Khairuddin Saeran (2001) yang bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana sikap yang termasuk minat, nilai pandangan dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Sampel kajiannya ialah seramai 100 orang pelajar Tingkatan Empat. Dapatan kajian menunjukkan 57% pelajar mempunyai minat positif terhadap KOMSAS Bahasa Melayu.

Yahya Othman (2003) menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap minat palajar aliran sains dan aliran sastera terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu. Dapatan kajiannya menunjukkan pelajara aliran sastera lebih berminat terhadap KOMSAS bahasa Melayu berbanding pelajar aliran Sains. Dalam perbincangan beliau menyatakan bahawa, minat pelajar terhadap pembelajaran KOMSAS bahasa Melayu memainkan perana yang sangat penting untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Justeru, beliau mencadangkan agar guru mesti berperanan dalam merangsang minat pelajar dengan menggunakan pendekatan kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Rajeshwari (2003) dalam kajiannya melihat minat pelajar terhadap pembelajaran cerpen KOMSAS bahasa Melayu dengan pengajaran yang menggunakan model skema. Sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan ialah seramai 64 orang. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat subjek kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Subjek kumpulan eksperimen telah menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap pembelajaran cerpen selepas pengajaran dengan menggunakan model skema berbanding dengan sebelum pengajaran yang menggunakan model skema.

Kebanyakan kajian di atas menggunakan guru dan pelajar sebagai responden kajian. Maklumat yang diberikan oleh responden melalui borang soal selidik membantu pengkaji di atas membuat analisis, kesimpulan dan cadangan kajian. Dapatan analisis yang diberikan dapat menjadi petunjuk kepada pengkaji dalam menyiapkan bab keempat dan lima. Perjalanan kajian, cara mencari data, kaedah ikut serta dan analisis data yang dimuatkan dalam kajian di atas memberi tunjuk ajar kepada pengaji dalam membuat carian kajian.

1.9 Metodologi Kajian

Metodologi merupakan struktur logikal yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dimana soal selidik digunakan. Selain itu kaedah kualitatif iaitu kaedah perpustakaan, sesi temubual dan pemerhatian ikut serta bersama responden akan dijalankan..

Analisis kualitatif adalah satu proses yang tegas dan logik melalui erti data yang diberikan. Data kualitatif boleh memberikan huraian yang jelas dan penjelasan yang menunjukkan aliran kronologis peristiwa serta selalu memberikan (peluang) penemuan yang lebih baik. Menurut Miles dan Huberman (1994) kajian kualitatif mempunyai kualiti 'tidak dapat dinafikan' kerana mempunyai perkataan konkrit lebih dari satu dan dengan jelas lebih meyakinkan pembaca daripada halaman-halaman bernombor. Penyelidikan kualitatif boleh mengambil banyak bentuk dan keputusan dari penggunaan pengumpulan data instrumen seperti pemerhatian, temu duga dan analisis dokumen. Tetapi ianya juga boleh dianalisis secara kuantitatif seperti kutipan data peribadi responden melalui borang soal selidik bagi sesuatu kelompok iaitu antara pengelasan responden dan sikap atau tabiatnya. Hal ini kerana, ia lebih mudah untuk mendapatkan data dan ia tidak bermakna ujian statistik. Menurut Robson (1993), dengan bantuan komputer moden, ia lebih mudah untuk menghasilkan persembahan yang lebih baik. (GIGO Garbage In, Garbage Out) (Robson, 1993:310).

Sumber Primer bagi kajian ini adalah borang soal selidik, borang temubual dan borang pemerhatian. Sumber Sekunder bagi kajian ini pula, sukatan pelajaran bahasa Tamil sekolah menengah, huraian-huraian sukatan pelajaran bahasa Tamil sekolah menengah, buku teks bahasa Tamil sekolah menengah, buku panduan tatabahasa dan ceyyul bahasa Tamil KBSM, kajian-kajian terdahulu berkaitan pendidikan Tamil di Malaysia, kajian berkaitan bahasa Tamil, kajian, buku-buku, jurnal-jurnal, tesis-tesis berkaitan pendekatan konstruktivisme, majalah-majalah, surat khabar, laman web, bahan penyelidikan dasar kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, protel Kementerian Pelajaran Malaysia, protel Bahagian Perkembangan Kurikulum, protel dan dokumen Jabatan Arkib Negara, laporan-laporan peperiksaan SPM dan PMR Lembaga Peperiksaan Malaysia, protel Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, protel Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, laman web sekolah dan fail panitia bahasa Tamil sekolah.

1.9.1Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan tinjauan serta menggunakan soal selidik, temubual, pemerhatian ikut serta dan penyelidikan perpustakaan sebagai teknik untuk mendapatkan data-data yang dapat memenuhi kehendak objektif kajian. Menurut Louis et al. (2003), soal selidik merupakan instrumen yang sesuai dan berkesan digunakan di dalam kajian-kajian berbentuk tinjauan, penggunaan soal selidik di dalam kajian dapat menjimatkan masa, mudah serta sesuai untuk kebanyakan responden. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan kos kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi, pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat serta bilangan responden yang ramai dapat diadakan.

Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang responden (Mulhern, 1989). Mohd Najib (1999) menyatakan soalan temubual adalah sesuai digunakan terutama dalam mendapatkan maklumat secara terus kepada subjek dan ia sangat fleksibel dimana responden boleh menerangkan perkara yang tidak difahami dengan lebih lanjut. Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam, terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh responden.

Pemerhatian ikut serta adalah salah satu metod yang sangat penting dalam penyelidikan kualitatif (Othman Lebar, 2007). Kajian pemerhatian penting apabila penyelidik ingin mendapat pandangan mengenai sesuatu isu (Sabitha Marican, 2005). Dalam kajian ini penyelidik juga menggunakan kaedah pemerhatian. Menurut Sabitha Marican (2005), kaedah pemerhatian turut serta bermaksud penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam suasana (setting) kajian. Kelebihan menggunakan kaedah pemerhatian ialah data yang diperolehi selalunya adalah lebih tinggi kebolehpercayaan (Sabitha Marican, 2005).

Kaedah pemerhatian ikut serta dijalankan oleh pengkaji bagi mengumpul data. Kaedah ini memerlukan pengkaji menceburkan diri ke dalam kelompok yang dikaji dan memerhatikan serta aktiviti yang dilakukan oleh responden kajian. Untuk mengaplikasikan metod ini, kerjasama guru di sekolah dan pandangan mereka juga diambil kira. Dengan ini, kebenaran jawapan responden dapat dinilai berdasarkan pemerhatian yang dibuat sewaktu kajian. Ini adalah kerana berlaku kebarangkalian responden untuk menipu ataupun memberi maklumat yang palsu semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Maklumat-maklumat yang relevan dan cukup dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan refleksi. Sebarang maklumat dalam apa jua bentuk yang dapat menjelaskan lagi situasi dikaji turut dikumpul. Dalam usaha mencari data, penyelidik tidak mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murid, hasil kerja, kertas jawapan peperiksaan, pekeliling dan dokumen lain yang berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru.

Penyelidikan perpustakaan merujuk kepada pengumpulan data kedua (sumber sekunder). Ia membolehkan mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod yang diperolehinya. Kajian perpustakaan dilaksanakan untuk pengumpulan data sekunder. Maklumat yang dikumpulkan merangkumi teori-teori berkaitan dengan pendidikan dan perkembangan pendidikan Tamil. Kesemua maklumat ini diperlukan untuk membina landasan kefahaman penyelidik terhadap skop kajian. Selain itu, kajian perpustakaan juga dilaksanakan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dasar pendidikan dan perkembanganya. Kajian perpustakaan juga akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil.

1.9.2Tempat Kajian

Sebanyak 18 buah sekolah menengah dipilih dari daerah Kuala Muda di negeri Kedah untuk menjalankan kaijian ini. Antara sekolah menengah yang dipilih ialah, SMK Dato Bijaya Setia, SMK Pengkalan Lebai Man, SMK Taman Ria Jaya, SMK Tunku Ismail, SMK Bakar Arang, SMK Ibrahim, SMK Convent Father Berry, SMK St.Tresa, SMK Che Thom, SMK Khir Johari, SMK Sungai Pasir, SMK Bandar Sungai Petani, SMK Bedong, SMK Gurun, SMK Merbok, SMK Bukit Selambau, SMK Batu Lima dan SMK Aman Jaya.

1.9.3Populasi Dan Sampel Kajian

Responden kajian ini adalah daripada guru-guru bahasa Tamil yang mengajar di sekolah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Muda negeri Kedah dan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran bahasa Tamil sebagai matapelajaran pilihan. Sampel kajian pula adalah terdiri daripada 37 orang guru bahasa Tamil iaitu guru-guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Muda di negeri Kedah dan 100 orang pelajar yang mengikuti pengajaran mereka. Penyelidik membuat andaian bahawa guru-guru bahasa Tamil ini dapat memberi respon dengan baik mengenai pelaksanaan pengajaran bahasa Tamil, tahap pemahaman dan pengaplikasian konstruktivisme terhadap proses pengajaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Manakala pelajar-pelajar bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Muda negeri Kedah akan memberi maklumbalas mengenai kefahaman mereka terhadap ilmu yang diajar dan keaktifan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

1.9.4Instrumen Kajian

Jenis instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklum balas responden dalam kajian ini ialah dua jenis borang soal selidik, borang temubual dan borang pemerhatian. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan memandangkan ia mempunyai ciri objektiviti, kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. 1.9.4.1 Borang Soal Selidik Guru

Penyelidik menggunakan item dalam soal selidik Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal yang telah dibina oleh Yahya bin Buntat dan Amirudin bin Yusof (2009) untuk mendapat data para guru. Penyelidik membuat beberapa pengubahsuaian terhadap beberapa item dalam soal selidik ini bagi tujuan pencapaian objektif kajian.

Bahagian A dalam borang soal selidik guru mengandungi 11 item yang bertujuan untuk mengumpul maklumat latar belakang responden seperti jantina, sekolah mengajar, aliran, waktu pelajaran, umur, kelayakan ekademik, kelulusan ikthisas, pengkhususan, pengalaman menjadi guru dan mengajar. Responden hendaklah menandakan ( / ) dalam petak yang disediakan.

Bahagian B dalam soal selidik guru, penyelidik telah membahagikan kepada tiga bahagian mengikut objektif kajian yang hendak dikaji. Bahagian ini mengandungi 45 item. 35 item berbentuk positif dan 10 item berbentuk negatif. Bilangan item bagi setiap bahagian adalah seperti dalam jadual 1.1.

BahagianSoalan KajianBilangan Item

1Pelaksanaan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah.

15

2Pemahaman mengenai pendekatan konstruktivisme dan pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah.

15

3Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil

15

Jumlah Item45

Jadual 1.1 : Bilangan item mengikut soalan kajian.

1.9.4.2 Borang Soal Selidik Pelajar

Bagi borang soal selidik pelajar penyelidik menggunakan item daripada borang soal selidik Persepsi Dan Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan Konstruktivisme Serta Kesan Terhadap Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah dibina oleh Zainudin Abu Bakar dan Nor Hidayatul Aini Ismail (2009). Penyelidik membuat beberapa pengubahsuaian terhadap beberapa item dalam soal selidik ini bagi tujuan pencapaian objektif kajian iaitu mengumpul data bekenaan keadaan pelajar-pelajar yang telah terlibat dengan pendekatan secara konstruktivisme dari segi kefahaman mereka terhadap ilmu yang diajar dan keaktifan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Bahagian A dalam borang soal selidik pelajar mengandungi 5 item yang bertujuan untuk mengumpul maklumat latar belakang responden seperti jantina, sekolah, aliran, waktu pelajaran dan tempat tinggal. Responden hendaklah menandakan ( / ) dalam petak yang disediakan.

Bahagian B dalam borang soal selidik pelajar mengandungi 32 item. Terdapat 20 item dalam aspek persepsi terhadap konstruktivisme di mana 4 item adalah negatif dan 16 item berbentuk positif. Manakala bagi soalan berkaitan sikap terhadap pendekatan konstruktivisme pula, 12 item telah dibina di mana 6 item telah dinyatakan dalam bentuk negatif dan yang lainnya adalah berbentuk positif.

Mingikut Chee (1998), terdapat empat jenis skala yang biasa digunakan untuk mengukur sikap iaitu Skala Thurstone (1928), Skala Likert (1932), Skala Guttman (1944) dan Skala Osgood (1957). Kajian ini telah memilih Skala Likert memandangkan skala ini mudah digunakan dan kemungkinan berlaku kesilapan dalam menilai item-item juga adalah kecil. Ia mudah ditadbirkan dan dianalisa. Ia juga lebih tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi berbanding dengan Skala Thurstone (Chee, 1998). Skor untuk setiap respons bagi soal selidik yang diberi berdasarkan Skala Likert empat mata yang mempunyai julat nilai 1 hingga 4. Berdasarkan skala ini, jika item berorientasi positif maka 4 mata diberi untuk pilihan sangat setuju dan 1 mata untuk sangat tidak bersetuju.

Penggunaan soal selidik membolehkan pengkaji memperolehi maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit (Abd. Majid, 2000). Di samping itu, ia merupakan instrument yang ringkas dan mudah ditadbir. Cadangan jawapan yang dikemukakan akan memudahkan responden menjawab soalan dengan cepat (Mohd Najib, 1999).

1.9.4.3 Borang Temu bualSelain itu kajian ini juga menggunakan instrumen temu bual bagi tujuan mendapatkan data seperti Lambiran C. Protokol temu bual yang dibina mengandungi soalan-soalan berkaitan pelaksanaan pengajaran bahasa Tamil, pemahaman dan pengaplikasian tentang pendekatan konstruktivisme serta masalah yang dihadapi.

1.9.4.4 Borang Pemerhatian

Borang pemerhatian dibuat berdasarkan kepada kerangka konstruktivisme dan isi kandungan atau item bagi setiap fasa diubahsuai daripada borang pemerhatian yang digunakan oleh Winne Wing Mui-So (2002). Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini (lampiran D) mengandungi 15 kriteria pemerhatian yang diperhatikan semasa respoden mengajar. Kriteria-kriiteria pemerhatian ini diklusterkan mengikut fasa-fasa seperti dalam model konstruktivisme.

1.9.5Prosedur Kajian

Data-data dipungut daripada hasil maklum balas responden yang telah menjawab soal selidik. Soal selidik ini akan diedarkan oleh penyelidik kepada 37 responden guru dan 100 responden pelajar pada 5 Jun 2011 hingga 8 September 2011 di 18 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Muda negeri Kedah. Dalam jangka masa ini juga pencerapan atau pemerhatian keatas 12 orang guru bahasa Tamil dijalankan. Penyelidik telah membuat temujanji dengan respoden bagi menetapkan hari dan masa yang sesuai untuk proses pencerapan dijalankan. Pencerapan ini melibatkan 2 waktu pengajaran dan pembelajaran. Temubual dijalankan di luar waktu persekolahan terhadap duabelas orang guru yang berlainan. Semua data-data mentah daripada borang soal selidik, borang temubual dan borang pemerhatian yang dipungut telah dianalisis oleh penyelidik. Proses penganalisian data borang soal selidik dibuat dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Sosial Science, (SPSS 17.0). Data temu bual dan pemerhatian dalam bentuk verbatim kemudian dianalisis dan dijadikan dalam bentuk transkrip. Data data kaedah temuramah dan pemerhatian akan digunakan sebagai bahan sokongan untuk mencapai objektif kajian.

1.9.6Kajian Rintis

Kajian rintis adalah merupakan jenis penyelidikan berskala kecil sebelum kajian sebenar dilakukan. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen kepada responden kajian. Kajian rintis juga berfungsi untuk mengetahui sejauh mana responden memahami setiap pernyataan yang digunakan. Kajian rintis untuk penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk menguji dari sudut kefahaman guru-guru dari segi tatabahasa, isi kandungan, keesahan dan kebolehpercayaan item soalan soal selidik. Kajian rintis tersebut telah dijalankan ke atas 6 orang guru-guru bahasa Tamil yang terpilih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia dan Sekolah Menengah Bandar Sungai Petani. Data-data yang diperolehi untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ini dianalisa dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences (SPSS), Version 17.0 For Windows. Hasil kajian rintis telah menunjukkan bahawa responden memahami setiap soalan yang dikemukakan kerana instrumen soal selidik didapati mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi pekali Cronbach Alpha yang diperolehi iaitu 0.725. Menurut Najib (1999), jika nilai Cronbach Alpha melebihi 0.6 maka instrumen tersebut sesuai untuk digunakan. Nilai min ini mempunyai kebolehpercayaan yang bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1994), meskipun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, pekali yang lebih daripada 0.6 sering digunakan dan menjadi rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai adalah antara 0.6 hingga 1. Menurut Sekaran (2000) pula, semakin tinggi nilai pekali iaitu menghampiri nilai 1, maka semakin baik sesuatu instrumen. Mohd Majid Konting (1994) turut berpendapat bahawa kajian yang mencapai nilai alfa lebih daripada 0.6 adalah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan item yang tinggi.

Protokol temu bual yang siap dibina kemudiannya dibuat kajian rintis. Bagi memastikan soalan temu bual ada kesahan dan boleh dipercayai, pengkaji meminta kerjasama guru Ketua Panitia Bahasa Tamil dan guru Bahasa Malaysia sekolah kajian rintis untuk memeriksa soalan temu bual berkenaan.

Menurut Sabitha Marican ( 2005 ), kesahan kandungan borang pemerhatian dapat dilakukan melalui sekumpulan pakar yang meneliti skala tersebut dan bersetuju bahawa item-item yang terkandung dalam skala itu mewakili item-item yang berkaitan dengan konsep yang diukur. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan borang pemerhatian yang akan digunakan, penyelidik dengan kerjasama Ketua Panitia Bahasa Tamil sekolah telah membuat pemerhatian rintis ke atas lima orang guru yang mengajar bahasa Tamil di sekolah berlainan. Daripada pemerhatian yang dijalankan menunjukkan penilaian yang dibuat adalah sama. Menurut Sabitha Marican (2005), kebolehpercayaan antara pemerhati boleh dilakukan dengan menggunakan dua penilai untuk menjawab satu set soalan.

1.9.7Analisis Data

Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 17.0 dengan teknik-teknik statistik berbentuk deskriptif dan kualitatif. Data yang diperolehi diproses untuk mendapatkan keputusan bagi subjek yang dikaji. Teknik statistik deskriptif digunakan untuk meneliti pelaksanaan, kefahaman dan masalah pelaksanaan kumpulan responden. Analisis ini dapat membantu dalam memerihal profil responden seperti latar belakang ekademik, sekolah, kawasan sekolah dan status pengalaman melalui teknik taburan frekuensi dan peratusan.

1.10Organisasi Bab

Bab pertama merupakan bab pengenalan kepada kajian yang merangkumi penyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, bidang kajian, pemilihan bidang kajian, latar belakang kajian dan metodologi kajian. Bab ini juga mengandungi kajian-kajian yang terdahulu berkaitan dengan pendidikan Tamil di Malaysia dan pendekatan konstruktivisme. Organisasi bab yang dirancang akan mengambil tempat dalam bab ini. Bab pertama turut dimuatkan pengkaedahan penyelidikan dalam mencapai objektif kajian. Ia melibatkan huraian mengenai kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data.

Bab kedua membincangkan tentang sejarah dan sistem pendidikan Tamil di Malaysia secara amnya. Bermula dengan pendidikan Tamil di era pra moden, era moden dan pendidikan vernakular dan sistem pendidikan negara juga dibincang dalam bab ini. Polisi dan dasar kerajaan dalam pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah dan masalah yang dihadapi turut dibincangkan dalam bab ini. Matlamat sukatan pelajaran bahasa Tamil sekolah menengah, Objektif sukatan pelajaran bahasa Tamil, huraian sukatan bahasa Tamil, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum turut dibincang dalam bab ini.

Bab ketiga membincangan tentang teori konstruktivisme yang digunakan bagi membantu kajian. Bab ini dimuatkan dengan teori pembelajaran, pentaksiran tentang pendekatan konstruktivisme, pendekatan pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme, strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme, persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, peranan guru dan pelajar serta cabaran dalam pengajaran pembelajaran konstruktivisme, kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme, ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme dan model-model pengajaran konstruktivisme turut dibincang dalam bab ini.

Bab keempat dimuatkan dengan analisis borang soal selidik bagi para guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang dikaji. Analisa ini dijalankan menerusi borang soal selidik yang telah dibuat oleh kumpulan responden. Analisa juga turut dibuat dengan borang temubual dan borang pemerhatian. Analisa secara terperinci sub-sub bahagian yang dikemukakan sewaktu soal selidik juga diterangkan dalam bab ini. Pandangan para guru melalui temubual turut mengambil tempat dalam bab ini.

Bab kelima akan mengkaji dapatan analisis, di mana bab ini akan memberi kesimpulan secara menyeluruh berkaitan objektif yang dikaji. Selain itu memberi gambaran tentang pelaksanaan pengajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah menengah Kuala Muda, pemahaman dan pengaplikasian konstruktivisme dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Masalah sebenar guru dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran bahasa Tamil di sekolah menengah akan menjadi salah satu agenda dalam bab ini. Daripada penemuan-penemuan utama serta rumusan kajian, cadangan-cadangan kajian turut mengambil tempat dalam bab ini. Selain itu penyelidik juga akan mengemukakan beberapa saranan berkenaan dengan penyelidikan ini.

1.10 Kesimpulan

Kajian Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah merupakan suatu usaha dalam meninjau pelaksanaan pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah. Kajian-kajian sebegini bukan sahaja membantu golongan intelektual pendidikan, malahan turut memberi gambaran kepada para pendidik mengenai pengajaran bahasa Tamil.

Pada masa yang sama, kajian-kajian seumpama ini adalah perlu bagi merealisasikan dasar pendidikan yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kajian ini dapat memastikan dasar kerajaan yang bertujuan memberi sumber ilmu kepada murid-murid, memberikan satu hasil yang terbaik kepada mereka bagi membentuk identiti yang cemerlang. Maka kajian-kajian yang berkaitan bidang bahasa dalam pendidikan juga perlu dilakukan dengan kerap kali bagi mencapai tujuan tersebut.

Dalam usaha menjayakan sistem pendidikan negara, kajian berkaitan bahasa Tamil ini diharap menjadi satu bahan rujukan kepada pihak -pihak berkenaan. Dengan adanya kajian ini, pengajaran mata pelajaran bahasa Tamil dapat dinilai. Penilaian terhadap keberkesanan kajian serta keperluannya kepada masa kini dan masa hadapan juga turut dapat dibuat satu penilaian yang tepat oleh para pembaca dan perujuk kajian ini. 2