soalan 6 pembaharuan mongkut

23
1.0 PENDAHULUAN Thailand ialah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah secara rasmi kerana mempunyai pemimpin yang berfikiran jauh. Pemimpin yang dimaksudkan ialah raja Thailand keempat dan kelima iaitu Mongkut yang memerintah daripada 1851 hingga 1868 dan diganti pula Chulalongkorn mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1868 sehingga 1910. Kedua-dua pemerintah tersebut mendapat pendedahan pengaruh Barat melalui pendidikan sehingga berfikiran terbuka selain sedar akan kekuasaan Barat membahayakan Thailand. 1 Hal ini kerana Mongkut menaiki takhta semasa kegiatan imperialisme Barat giat dijalankan dan negara yang enggan akur kepada Barat seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia berjaya dikuasai. 2 Justeru, Mongkut mula menjalankan beberapa perubahan yang kemudiannya diteruskan oleh Chulalongkorn kerana khuatir kemungkinan Barat menjajah Thailand. Kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama dengan kuasa Barat secara sukarela telah menyebabkan kedua-dua raja mengamalkan dasar tolak ansur yang sesuai dengan kehendak Barat. 3 Perubahan yang dilakukan merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. Namun, dalam tugasan ini hanya memfokuskan kepada beberapa perubahan dari aspek sosial seperti pendidikan serta infrastruktur dan politik yang menjurus kepada sistem pentadbiran. 1 Christopher John Baker, Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm 39. 2 Charles Alfred Fisher. (1966). South-East Asia: a social, economic and political geography methuen's advanced geographies. Taylor & Francis. Hlm 746. 3 Benjamin A. Batson. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford Univeristy Press. Hlm. 5. 1

Upload: tatulrich-tatul

Post on 23-Jun-2015

872 views

Category:

Travel


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 6 pembaharuan mongkut

1.0 PENDAHULUAN

Thailand ialah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah secara rasmi

kerana mempunyai pemimpin yang berfikiran jauh. Pemimpin yang dimaksudkan ialah raja

Thailand keempat dan kelima iaitu Mongkut yang memerintah daripada 1851 hingga 1868

dan diganti pula Chulalongkorn mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1868

sehingga 1910. Kedua-dua pemerintah tersebut mendapat pendedahan pengaruh Barat

melalui pendidikan sehingga berfikiran terbuka selain sedar akan kekuasaan Barat

membahayakan Thailand.1 Hal ini kerana Mongkut menaiki takhta semasa kegiatan

imperialisme Barat giat dijalankan dan negara yang enggan akur kepada Barat seperti

Myanmar, Filipina dan Indonesia berjaya dikuasai.2

Justeru, Mongkut mula menjalankan beberapa perubahan yang kemudiannya

diteruskan oleh Chulalongkorn kerana khuatir kemungkinan Barat menjajah Thailand.

Kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama dengan kuasa Barat secara sukarela telah

menyebabkan kedua-dua raja mengamalkan dasar tolak ansur yang sesuai dengan kehendak

Barat.3 Perubahan yang dilakukan merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. Namun,

dalam tugasan ini hanya memfokuskan kepada beberapa perubahan dari aspek sosial seperti

pendidikan serta infrastruktur dan politik yang menjurus kepada sistem pentadbiran.

2.0 SOSIAL

Dari segi sosial, terdapat beberapa pembaharuan seperti sistem pengangkutan, perhubungan,

pengairan, pendidikan, kesihatan, agama, adat dan penghambaan. Pembaharuan sosial ini dari

mata kasar dilihat bertujuan menjaga kebajikan rakyat Thailand, namun begitu pembaharuan

ini merupakan salah satu strategi untuk mengawal kemaraan Barat.

2.1 SISTEM PENGANGKUTAN

Sistem pengangkutan dan perhubungan merupakan satu sistem yang penting dan pelbagai

usaha telah dilakukan di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Mongkut, beliau telah

melancarkan satu siri perancangan pemodenan termasuk juga ingin meningkatkan

1 Christopher John Baker, Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm 39. 2 Charles Alfred Fisher. (1966). South-East Asia: a social, economic and political geographymethuen's advanced geographies. Taylor & Francis. Hlm 746. 3 Benjamin A. Batson. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford Univeristy Press. Hlm. 5.

1

Page 2: Soalan 6 pembaharuan mongkut

kemudahan-kemudahan infrastruktur di Bangkok. Hal ini disebabkan beliau merupakan

pemerintah modenisme besar dan rasionalis di Thailand.4

Dari segi sistem pengangkutan, hal ini terbukti apabila beliau telah membina jalan

raya yang sesuai untuk laluan kereta-kereta kuda. Jalan raya tersebut dinamakan sebagai jalan

Charoen Krung yang juga dikenali sebagai New Road dalam bahasa Inggeris.5 Pembinaan

jalan raya ini telah menghubungkan kawasan-kawasan pengeluaran kepada sungai Chao

Phraya yang merupakan jalan perhubungan penting. Rakyat Thailand kemudiannya

digalakkan menderma untuk pembinaan sistem pengangkutan ini sama ada dalam bentuk

wang atau tenaga.6 Pembinaan jalan raya ini berkaitan dengan kepentingan pihak Barat

kerana memudahkan pergerakan mereka untuk melakukan sebarang urusan rasmi seperti

melakukan rundingan dengan Maharaja. Sistem pengangkutan yang lebih sistematik ini

memudahkan pihak Barat berurus niaga sekali gus mendorong Barat merasakan Thailand

bukan suatu ancaman. Sistem ini juga membantu aktiviti urus niaga kerana barang-barang

yang dikeluarkan dalam negara dapat diangkut dan dibawa melalui sungai Chao Phraya ke

Bangkok. Barang-barang negara Thailand itu juga bukan sahaja dibawa ke Bangkok, malah

akan dapat dieksport oleh pedagang-pedagang asing yang datang ke Thailand.7

Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula, beliau telah melakukan pemulihan dan

pemodenan berkaitan sistem pengangkutan yang sedia ada. Hal ini selari dengan

pengumuman beliau yang hendak melihat aspek-aspek yang bermanfaat untuk orang ramai

dicapai secara beransur-ansur. Perkara ini terbukti apabila bukan sahaja jalan raya yang

dibina di Thailand, malah landasan kereta api pertama juga telah dibina dan dibuka untuk

kegunaan orang ramai seawal tahun 1872. Menjelang tahun 1894, jalan kereta api yang aktif

di Thailand melebihi dua ribu batu.8 Pada masa yang sama, kemajuan dalam sistem

pengangkutan membawa kepada jaringan intelektual kerana Chulalongkorn telah berupaya

menghantar pelajarnya ke luar negara.

4 Richard King and Timothy J. Craig. (2002). Global goes local: popular culture in Asia. Hong Kong: Hong Kong Universiti Press. Hlm. 64. 5 Joe Cumming. (2005). Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions. Hlm. 26. 6 Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books. Hlm. 411-414. 7 Ibid. 8 Franz H. Michael and George E. Taylor. (2009). The far east in the modern world. Inc: Holt, Rinehart, and Winston. Hlm. 245.

2

Page 3: Soalan 6 pembaharuan mongkut

2.2 SISTEM PENGAIRAN DAN PERHUBUNGAN

Semasa pemerintahan Mongkut, sistem terusan sememangnya telah dijalankan namun

matlamat mereka hanya untuk memudahkan pengangkutan hasil penanaman padi antara

Bangkok dan kawasan pedalaman. Antara terusan yang dibina semasa pemerintahan

Mongkut ialah terusan Maha Sawat iaitu dari Bangkok ke Nakhon Chaisi.9 Usaha ini

mempunyai kesinambungan kerana semasa pemerintahan Chulalongkorn, beliau telah

memberi kebenaran kepada syarikat pengairan untuk membina lebih banyak sistem terusan.

Apabila sistem terusan telah dibina, hal ini telah menunjukkan bahawa Thailand mengalami

suatu peralihan dan pemodenan yang sekali gus dapat mengelakkan peluasan kuasa Barat.

Dalam masa yang sama juga, Chulalongkorn telah mula menyediakan perkhidmatan

telekomunikasi ataupun perhubungan atas dasar monopoli negara. Pada tahun 1883, beliau

telah membentuk Jabatan Pos dan Telegraf. Chulalongkorn mengekalkan tanggungjawab bagi

peruntukan spektrum frekuensi radio dan juga pelesenan, serta penyelarasan pos

antarabangsa.10 Kira-kira sebanyak 380 buah pejabat pos dan agensi-agensi serta 90 buah

pejabat telegraf telah dibina.11 Penubuhan Jabatan Pos dan Telegraf dapat memudahkan

urusan perhubungan antara pihak Thailand dan Barat. Hal ini secara tidak langsung

membolehkan pihak Thailand mengelak dari peluasan kuasa Barat. Chulalongkorn juga sedar

bahawa pemodenan dalam sistem perhubungan juga dapat membantu beliau mengelakkan

negaranya daripada berlaku peluasan kuasa Barat.

2.3 PENDIDIKAN

Sebelum pendidikan dimodenkan, Thailand menggunakan khidmat sami dan hanya

mengajar mengenai agama tetapi setelah kedatangan Barat, Mongkut mula mengehadkan

kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru daripada Barat untuk mengajar kerabat

diraja. Hal ini kerana pada zaman pemerintahan Mongkut, orang-orang Barat telah digunakan

secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah. Rasionalnya, Mongkut merasakan bahawa

pencapaian negara mereka bergantung pada sebanyak mana mereka belajar daripada Barat,

justeru itu perlunya penyesuaian bidang pendidikan dengan pihak Barat bagi mengelakkan

dari berlakunya perluasan kuasa. Sumbangan yang sangat penting ialah Mongkut tidak

9 R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia. Hong Kong: Hong Kong University Press. Hlm. 111. 10 Jonathan Woodier. (2008). The media and political change in Southeast Asia. United Kindom: Edward Elgar Publishing Limited. Hlm. 189. 11 J. A. Hammerton. (2007). Peoples of all nations. India: Logos Press. Hlm. 4633.

3

Page 4: Soalan 6 pembaharuan mongkut

mengisytiharkan apa-apa pemulihan asas.12 Walau bagaimanapun, bagi golongan bangsawan,

persediaan pendidikan serta sistem pengambilannya juga hampir tidak berubah. Melalui

perubahan-perubahan yang dilakukan, perubahan yang paling berkesan ialah pemberian

pendidikan Barat.

Mongkut telah menggalakkan orang Barat di Bangkok mengajar penduduk tempatan

bagi membantu membasmi buta huruf dalam negerinya.13 Hal ini demikian kerana masalah

buta huruf akan mengganggu proses Mongkut memodenkan Thailand sebagai usaha

mengelakkan dari berlakunya perluasan kuasa Barat ke atas Thailand. Beliau telah

membenarkan mereka mengeluarkan buku-buku tanpa sekatan. Atas kesedaran beliau ke atas

kepentingan pendidikan ke atas orang Thai, Mongkut telah memberikan sokongan kepada

orang-orang Inggeris dan Amerika yang bertanggungjawab mengembangkan pendidikan di

Thailand.14 Selain mengutamakan pendidikan untuk rakyat, beliau juga turut berdamping

dengan mubaligh-mubaligh Kristian untuk mempelajari ilmu-ilmu sains dan pelbagai bahasa.

Oleh itu, ianya dapat membantu beliau untuk mengadakan hubungan diplomatik secara

langsung dengan Amerika dan Britain dengan mudah.

Selain itu, dengan adanya sistem pengangkutan, masyarakat Thailand juga boleh

dihantar ke negara Barat untuk melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, peluasan kuasa

Barat dapat dielak disebabkan kebijakan Mongkut membina sistem ini dan menggunakan

sistem ini juga untuk menghantar rakyatnya menuntut ilmu pelajaran. Hal ini kerana, rakyat

yang pulang dari menuntut ilmu pelajaran itu sudah tentu mempunyai kemahiran intelektual

yang tinggi dan bersemangat patriotik. Jadi, sistem pengangkutan yang dibina oleh beliau

sememangnya dapat mengurangkan kebarangkalian negara mereka daripada berlaku peluasan

Barat.

Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula jelas baginda masih mengekalkan sistem

pendidikan Barat bahkan sistem ini semakin berkembang.15 Pada tahun 1878, arahan telah

dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat

pelajaran Barat. Pendidikan Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan

bangsawan tetapi juga kepada anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah

12 Steinberg, David Joel. (1981). Mengenali Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 156-157.13 Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Hlm 414.14 Ibid.15 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 165.

4

Page 5: Soalan 6 pembaharuan mongkut

harian yang merupakan Sekolah Kerajaan pertama untuk rakyat biasa yang telah dibina pada

tahun 1884 di Bangkok.16

Chulalongkorn telah mengambil inisiatif dengan melanjutkan peluang pendidikan

kepada semua orang dengan mandat pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak.17

Pendidikan wajib untuk kanak-kanak ini memperlihatkan bahawa beliau telah melakukan

pemulihan daripada zaman pemerintahan Mongkut kerana pada zaman tersebut Mongkut

hanya memperkenalkan dan menggalakkan. Namun berbeza dengan zaman pemerintahan

Chulalongkorn yang mula mewajibkan pendidikan kepada kanak-kanak. Beliau juga telah

membina akademik dan universiti bagi melatih sami dan intelektual yang lebih baik.18

Chulalongkorn telah mengeluarkan arahan kepada sami-sami Buddha dan mubaligh-

mubaligh Kristian supaya menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak Siam

terutamanya di biara atau gereja seperti kemahiran menulis, membaca dan mengira. Bagi

melancarkan proses pendidikan ini, Chulalongkorn telah menyumbangkan bantuan kewangan

kepada sekolah-sekolah agama atau mubaligh.19

Di samping itu, pelajar-pelajar Thailand bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di

Thailand, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar termasuk putera-putera di

Thailand dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Keadaan ini bertujuan untuk melahirkan

golongan cerdik pandai. Antara putera-putera yang mengikuti kursus pelajaran di Eropah

ialah, Putera Damrong, Putera Devawongse, dan Putera Rabi yang merupakan bekas pelajar

Maktab Raja.20 Hasil daripada tindakan Raja Chulalongkorn menghantar anak-anak

bangsawan tersebut ke Eropah memperlihatkan hasil dan sumbangannya dalam bidang

pendidikan, apabila beberapa putera telah menjadi menteri dan turut memberi sumbangan

kepada pentadbiran Siam.

Menurut John Audric dalam bukunya, Siam:Kingdom of Saffron Robe, mengatakan

bahawa Raja Chulalongkorn telah menubuhkan Jabatan Pelajaran pada tahun 1887 dengan

bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell.21 Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan

16 Hussein Ahmad (1971). Sejarah Thailand dari Pra-Sejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 162.17 Dr. Iris G. Haapanen. (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author House. Hlm 12.18 Ninian Smart (2009). Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd. Hlm 476.19 Richard John Kraft & Student Background (1968). University admission, an academic achievement in the Universities of Thailand. London:University Microfilms International. Hlm 25.20 Ibrahim Mustafa. (1979). Pengkajian sejarah Asia moden. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 62.21 John Audric (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company. Hlm 155.

5

Page 6: Soalan 6 pembaharuan mongkut

pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan.

Perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai

sepenuhnya oleh guru-guru British pada tahun 1890an. Pada tahun 1878, Maktab ataupun

Kolej Raja (King’s College) telah ditubuhkan. Sekolah ini dikhususkan kepada penuntut-

penuntut lelaki golongan bangsawan sahaja.

Kemudian, pada tahun 1883, Sekolah Sunandalaya telah ditubuhkan bagi penuntut-

penuntut perempuan golongan bangsawan. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah

berasrama penuh yang hanya dikhaskan untuk anak-anak golongan bangsawan. Sementara

sebuah lagi sekolah, iaitu sekolah harian biasa telah ditubuhkan pada tahun 1884. Sekolah ini

dikhaskan untuk penuntut lelaki bagi anak-anak golongan kelas pertengahan. Pada tahun

1892 pula, Kolej Latihan Perguruan telah ditubuhkan dan seorang rakyat Inggeris telah

dilantik menjadi pengetua di kolej tersebut.22 Sekolah-sekolah ini disusun mengikut sistem

persekolahan di England dengan tujuan hendak mewujudkan suatu sistem persekolahan

moden di Thailand.23 Jelas terbukti, pemulihan dan pemodenan yang dilakukan oleh kedua-

dua raja secara keseluruhannya mengasimilasikan sistem pendidikan Barat.

2.4 KESIHATAN

Pada peringkat awal pemerintahan Mongkut, aspek kesihatan tidak dititikberatkan

sehinggalah Chulalongkorn sedar akan kepentingannya dan mengambil langkah memajukan

perkhidmatan kesihatan di Thailand. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik-

klinik dan hospital yang didirikan oleh beliau. Contohnya, James W. McKean merupakan

doktor Amerika yang melakukan pertolongan dalam bidang perubatan di Thailand.24

Lanjutan itu, sebuah sekolah latihan kedoktoran telah didirikan di Bangkok manakala di

Sisirat pula hospital awam didirikan pada 1887.25 Kemudiannya, Kementerian Kesihatan

telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan sekolah perbidanan juga telah didirikan seterusnya

sekolah latihan jururawat pula dibina pada tahun 1898. Apabila tertubuhnya lebih banyak

pusat kesihatan, masalah penyakit dapat diatasi sekali gus dapat mengurangkan kadar

kematian. Kemajuan dalam aspek kesihatan ini menunjukkan Thailand dapat mengelak dari

perluasan kuasa Barat. Oleh itu, berlaku kemajuan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan

rakyatnya terjamin sekali gus membuktikan negara mereka maju seiring dengan Barat.

22 Ibid. Hlm 154.23 D.G.E. Hall (1981). Sejarah Asia Tenggara. Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827.24 Patit Paban Mishra (2010). The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC. Hlm 84.25 Ibid. Hlm 85.

6

Page 7: Soalan 6 pembaharuan mongkut

2.5 ADAT DAN PERHAMBAAN

Dalam masa yang sama, Mongkut telah bertindak adil dengan mengambil inisiatif

mengurangkan hak-hak pembesarnya kerana menitikberatkan keperluan rakyat. Keadilan ini

menunjukkan kepada Barat bahawa pemerintah Thailand sangat prihatin akan kebajikan

rakyat. Tambahan pula, adat-adat yang boleh menghalang kemajuan Thailand juga

dihapuskan. Sebelum ini pemerintah hanya tinggal di istana dan rakyat tidak berpeluang

untuk bertemu dengan mereka. Namun hal ini berubah setelah Mongkut mula bertemu rakyat

dan Chulalongkorn terus merubah keseluruhan adat tersebut apabila rakyat dibenarkan

menatap wajah raja. Misalnya, Mongkut memerintahkan rakyat melihat muka dan usahanya

berdamping dengan rakyat sekerap yang boleh membuktikan sistem Thailand memudahkan

orang berjumpa golongan pemerintah.26 Perubahan lain dalam adat ini ialah amalan bersujud

di hadapan raja telah dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.

Sehubungan itu, sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1874

dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Bagi menyokong penghapusan adat perhambaan

ini, Chulalongkorn telah mengisytiharkan rakyat lelaki yang lahir pada zaman

pemerintahannya merdeka dan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa berstatus hamba

akan bebas pada usia 21 tahun. Perubahan ini dapat menjaga imej Thailand sebagai sebuah

kuasa bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk mengelak dari perluasan kuasa

barat.27

2.6 AGAMA

Menurut Ninian Smart, Mongkut telah mengasaskan sebuah order baru dalam Sangha Thai

dan menugaskan salah seorang menteri baginda untuk menulis sebuah teks yang

menerangkan sifat saintifik tentang ajaran Buddha.28 Namun begitu, perkara ini tidak

menghalang beliau memperkenalkan dasar bersikap liberal terhadap agama-agama lain hal ini

kerana, Mongkut ingin menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar keselamatan negara

tidak terancam.29 Beliau membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian

kerana beliau sedar selain menyebarkan agama, mubaligh-mubaligh juga menyebarkan

pengetahuan Barat. Pada tahun 1852, sebuah sekolah Kristian telah didirikan di Bangkok.

26 Ibid. Hlm 41427 Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm. 84-85. 28 Ninian Smart. (2008). Falsafah Dunia. Hlm. 47629 Steinberg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hlm. 156.

7

Page 8: Soalan 6 pembaharuan mongkut

Apabila Chulalongkorn naik takhta, tugas Mongkut telah diteruskan oleh

Chulalongkorn. Penekanan terhadap sifat saintifik ajaran Buddha dikekalkan. Pada masa

yang sama, pengukuhan Sangha dan pembaharuan order membantu ke arah yang lebih

harmoni.30 Chulalongkorn juga meneruskan sikapnya yang liberal terhadap agama lain

meskipun ia beragama Buddha. Akibat dasarnya yang membenarkan penyebaran agama telah

berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama Islam di

Selatan Thailand. Keterbukaan Chulalongkorn membenarkan agama lain masuk ke Thailand

adalah usahanya untuk mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh barat.

3.0. POLITIK

Pembaharuan dan penambahbaikan dari segi politik turut membantu menyekat kuasa Barat.

Walau bagaimanapun, setiap perubahan telah memberi kuasa kepada Barat secara tidak

rasmi. Hal ini kerana rundingan yang diadakan seakan menunjukkan Thailand menyerah

kepada kuasa Barat serta pembaharuan yang disegerakan dan diselaraskan adalah dengan

kehendak Barat. Antara perubahan dalam politik ialah dasar isolasi, sistem pentadbiran,

undang-undang dan ketenteraan.

3.1 DASAR ISOLASI

Mongkut telah menamatkan dasar isolasi iaitu dasar tutup pintu dan mengamalkan dasar buka

pintu kepada kuasa-kuasa Barat. Mongkut telah membuka pintu kepada pihak Barat untuk

mengelak daripada peristiwa yang tidak diingini iaitu untuk mengelak daripada dijajah.

Mongkut sedar keinginan Barat untuk menjajah sangat kuat dan akan memberi kesan negatif

kepada Thailand. Buktinya, dalam buku King Mongkut of Siam telah menyatakan bahawa

pada tahun 1855 Raja Mongkut telah mengalu-alukan kedatangan British yang diketuai oleh

Sir John Bowring.31 Pada tahun yang sama, gabenor British di Hong Kong, Sir John Bowring

yang berperanan sebagai ketua menteri Mongkut telah mengadakan beberapa perubahan dan

baginda menerimanya.32

Rentetan hal yang berlaku, Mongkut telah menandatangani perjanjian dengan British

diikuti perjanjian dengan Perancis dan Amerika Syarikat.33 perjanjian dengan Amerika pada

30 Ibid31 A.B.Griswold. (1961). King Mongkut of Siam. New York: The Asia Society Hlm.32. 32 Nigel Brailey. (1989). Two views of Thailand on the eve of the Chakri Reformation. Scotland: Kiscadale Publications. Hlm. 1233 Donald E.Nuechterlein. (1965). Thailand and the Struggle for Southeast Asia. Hlm 13-16.

8

Page 9: Soalan 6 pembaharuan mongkut

tahun 1856, Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860, Prussia 1862,

Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868.34 Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa

Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Thailand. Selain kebenaran berdagang, mereka

dibenarkan mendirikan konsul, mendapat hal wilayah asingan, menyebar agama Kristian,

membeli dan menyewa tanah di sekitar Bangkok, berlabuh di semua pelabuhan Thailand dan

sebagainya.35

Mongkut mula menerima perwakilan asing yang dihantar ke Thailand. Sebagai

contoh, perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke dan

perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier.36 Selain itu, Mongkut juga

menghantar perwakilan Thailand ke negara-negara Barat. Sebagai contoh, pada Ogos 1857,

satu perwakilan Thailand yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri Suryawongse telah

dihantar ke England.

Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut

telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Barat. Perjanjian pertama ditandatangani

dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring.37 Antara syarat

ialah kapal dagang British dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan Siam, mubaligh-

mubaligh diberi kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian, dan British diberi kebenaran

untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.38 Syarat-syarat dalam perjanjian ini

menunjukkan bahawa perjanjian yang dimeterai adalah berat sebelah. Walau bagaimanapun,

Mongkut terpaksa akur dengan perjanjian tersebut untuk mengelak dari dijajah oleh pihak

Barat. Lantaran hal ini, semakin banyak perjanjian tidak adil dan memihak kepada pihak

Barat.39

Mongkut banyak bertolak ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat

walaupun tolak ansur tersebut merugikan Thailand, tetapi tindakan Mongkut telah

menyelamatkan kemerdekaan Thailand. Sebagai contoh, bagi mengelakkan perbalahan

dengan Perancis, Mongkut sanggup menandatangani Perjanjian Thailand-Perancis pada 15

Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Thailand ke atas Kampuchea kepada Perancis.

34 Ibid. Hlm 50. 35 Ibid. Hlm 41.36 Walter Armstrong Graham. (1913). Thailand: a handbook of practical, commercial, and political information. F. G. Browne : the New York Public Library. Hlm 608.37 Christopher John Baker and Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm 45.38 Joe Studwell. (2007). Asian Godfathers. Hong Kong: Pustaka Alvabet. Hlm. 1139 Nigel Brailey. (1989). Two views of Thailand on the eve of the Chakri Reformation. Hlm. 12

9

Page 10: Soalan 6 pembaharuan mongkut

Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar Thailand perlu menyesuaikan diri

dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Thailand.

Pengalaman Myanmar, Vietnam dan China mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak

ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar tolak ansur Mongkut telah diikuti oleh raja-raja

Thailand selepasnya terutamanya Chulalongkorn yang dilantik sebagai Raja Rama V pada 1

Oktober 1868.40

Chulalongkorn telah meneruskan perlaksanaan dasar buka pintu kepada orang-orang

Barat. Dalam tempoh itu, baginda telah mengembara secara luas ke Singapura, Jawa serta

India untuk mengetahui selok belok pentadbiran kuasa penjajah pada masa itu dan ini

merupakan lawatan kedua raja Thailand ke luar Negara selepas Raja Sukhotai.41 Sebagaimana

Mongkut, Chulalongkorn juga telah memberi pelbagai keistimewaan kepada orang-orang

Barat dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur

dengan kuasa-kuasa Barat.

Bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup mengikuti

jejak langkah ayahnya menandatangani perjanjian dengan Barat. Misalnya, pperjanjian

Anglo-Thai telah ditandatangani dengan pihak Inggeris pada tahun 1897 yang mana

perjanjian ini telah memberi jaminan terhadap kedaulatan Thailand sekiranya pihak Perancis

bertindak melanggar perjanjian tersebut.42 Contoh lain ialah perjanjian Bangkok pada tahun

1909 yang dimeterai dengan pihak British. Perjanjian ini mengkehendaki Thailand menyerah

negeri-negeri Melayu yang dibawah takluknya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan.43

Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Thailand kehilangan wilayahnya dan

mengalami kerugian yang besar tetapi langkah tersebut merupakan strateginya untuk

menyelamatkan kemerdekaan Thailand.44

3.2 SISTEM PENTADBIRAN

Dahulunya, sistem pentadbiran berbentuk tradisional yang banyak melibatkan jawatan

dipegang oleh kerabat diraja dan semua ini berubah selepas kedatangan Barat. Beberapa

strategi menyusun semula pentadbiran Thailand ialah mengikut sistem pentadbiran Barat,

40 Frederic P. Miller, Agnes F. Vandome, John McBrewster. (2010). Chulalongkorn. Alphascript Publishing. Hlm 1.41 Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm 84.42 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Hlm. 210.43 Boeicho Boei Kenkyujo. (1998). East Asian strategic. Tokyo: National Institute for Defense Studies.Hlm. 4844 Ibid.

10

Page 11: Soalan 6 pembaharuan mongkut

Mongkut telah mengambil 84 orang pegawai Barat untuk berkhidmat dengannya dan mereka

juga berperanan sebagai penasihat kerajaan.45 Oleh sebab pegawai-pegawai Thailand tidak

dilatih dalam bahagian teknikal atau mempunyai pengalaman yang betul untuk mentadbir

kerajaan Thailand, maka ramai orang Eropah telah menjadi ketua-ketua jabatan.46 Sebelum

ini Thailand tidak menerima barangan asing masuk dan barangan dalam negeri

diperdagangkan ke luar menyebabkan orang barat sukar untuk mendapatkan sumber beras

dari kawasan Asia Tenggara. Orang Barat dibenarkan berdagang di Thailand dengan diberi

pelbagai keistimewaan, Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda menyedari

sekiranya Thailand meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Thailand

secara paksa seperti yang berlaku di China, Myanmar dan Vietnam.

Mongkut mengambil pegawai-pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai

jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan hal-hal pendidikan,

kewangan, polis dan pelabuhan, Amerika dalam perkhidmatan kastam, Perancis serta Itali

dalam ketenteraan. Mongkut mengambil pegawai-pegawai dari pelbagai negara Barat supaya

tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh terlalu kuat di Thailand. Akibatnya

pegawai asing yang ramai telah memberi sumbangan semasa pemerintahan Mongkut

contohnya Anna Leonowens47, Robert Marrant dan Major Gerini.

Manakala, pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn pula perkara utama yang

dilakukan oleh baginda ialah menyesuaikan pemerintahan sistem kabinet dengan sistem

Barat.48 Raja Chulalongkorn telah meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-

pegawai luar bagi memodenkan pentadbiran Thailand.49 Tindakan baginda ini adalah untuk

memastikan bahawa sedikit sebanyak pemerintahan kabinet akan dipengaruhi oleh unsur-

unsur Inggeris dan Barat. Pengaruh unsur-unsur Inggeris dan Barat akan membantu Thailand

membangun tanpa dijajah secara kekerasan oleh kuasa-kuasa Barat.

Seterusnya, Raja Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874,

untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat

Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat

45 Thawatt Mokaradong. (1987). Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm. 45. 46 D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 820.47 Anna Leonowens. (2010). The English Governess at the Thailandese Court : Andrew pearson Zuckerman Southeast Asian collection . Applewood Books. Hlm 54.48 Hussein Ahmad. (1971). Sejarah Thailand. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hlm 162.49 Donald E.Nuechterlein. (1965). Thailand and the struggle for Southeast Asia. New York: Cornell University Press. Hlm 17.

11

Page 12: Soalan 6 pembaharuan mongkut

Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan.50 Chulalongkorn telah

berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur

pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Contohnya kementerian

kehakiman yang mana telah menubuhkan mahkamah undang-undang di kawasan daerah,

wilayah dan di kerajaan pusat.51 Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri..

Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-temurun.

Raja Chulalongkorn juga telah menubuhkan Kementerian Kewangan pada tahun 1892.52

Penerusan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai asing bagi memodenkan

pentadbiran Thailand telah dianggarkan seramai 549 penasihat asing yang telah diambil

untuk berkhidmat di Thailand.53 Tokoh utama yang banyak membantu Chulalongkorn

melaksanakan pembaharuan di Thailand ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu

Rollin Jacquemins.

3.3 UNDANG-UNDANG

Masalah undang-undang adalah satu masalah yang berkait rapat dengan hubungan kuasa-

kuasa Barat. Perkara ini terbukti pada tahun 1897, sebuah suruhanjaya telah dilantik untuk

mengkaji semula undang-undang sedia ada agar dapat diselaraskan dengan kehendak kuasa

Barat.54 Selain itu, Chulalongkorn juga mengisytiharkan bahawa mana-mana rakyatnya yang

lahir semasa pemerintahannya adalah seorang lelaki yang merdeka dan kanak-kanak yang

dilahirkan oleh ibu bapanya akan bebas pada usia mereka 21 tahun, ianya merupakan langkah

pertama untuk menghapuskan sistem perhambaan.55 Hal ini demikian kerana, Mongkut

sendiri sedar bahawa nasib negaranya bergantung kepada sebanyak mana perubahan yang

diadaptasi dari Barat. Mongkut harus menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar

keselamatan negara tidak terancam.56

3.4 KETENTERAAN

50 Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm 84.51 Ibid. Hlm 86.52 Thawatt Mokaradong. (1987). Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Hlm. 55. 53 Joshua Eliot, Jane Bickersteth. (2003). Thailand Handbook. Illustrated : Footprint Travel Guides. Hlm 767.54 George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 10-11. 55 Ibid. 56 Steinbeg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hlm. 156.

12

Page 13: Soalan 6 pembaharuan mongkut

Dari segi ketenteraan, semasa pemerintahan Mongkut, beliau telah menyesuaikan teknik

ketenteraan Barat walaupun keselamatan mereka sendiri terancam. Tentera Barat telah

melatah askar Thailand dan turut mengimport senjata baru. Angkatan tentera semasa

pemerintahan Mongkut tidaklah mempunyai banyak pembaharuan sehinggalah tiba masa

pemerintahan Chulalongkorn.57 Chulalongkorn telah menubuhkan sebuah Maktab Tentera

sebagai satu inisiatif untuk melatih pasukan tentera Siam menjadi sebuah pasukan tentera

yang moden. Keadaan ini dapat dilihat apabila adanya sekolah-sekolah Kadet Tentera Darat

dan Tentera Laut dibina di bawah pengelolaan pakar Itali terutamanya Mejar Gerini.58

4.0 KESIMPULAN

Mongkut dan Chulalongkorn telah membuat pelbagai perubahan sebagai tindak balas

mengelak daripada kemaraan Barat dan mereka bimbang tentang penguasaan Barat. Aspek

yang paling menyeluruh diubah dan dimodenkan ialah pendidikan dan pentadbiran yang di

asimilasi dengan sistem Barat. Namun begitu, segala perubahan yang dilakukan memerlukan

pembentukan semula struktur sistem sosial dan politik negara yang mendalam yang mana

menggambarkan kelemahan pemerintah kerana membenarkan pengaruh Barat berleluasa

tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah.

Memetik kata-kata Brian Harrison, walaupun Thailand masih mampu

mempertahankan kemerdekaan tetapi Thailand tidak dapat membangun bersendirian tanpa

dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Eropah.59 Hal ini bermaksud walaupun Thailand tidak dijajah,

secara tidak langsung perubahan-perubahan ini telah menggadai kedaulatan negara Thailand

itu sendiri. Tambahan lagi, bagi mengelak kongkongan kuasa imperialisme Barat, kedua-dua

raja telah menandatangani perjanjian yang akhirnya mengakibatkan beberapa kawasan

naungan Thailand di sebelah timur, barat dan selatan terpaksa diserah kepada penguasaan

British dan Perancis. Kesimpulannya, sememangnya Barat tidak berjaya menguasai Thailand

seperti yang terjadi di negara Asia Tenggara lain pada masa itu tetapi keseluruhan tampuk

pemerintahan dikuasai Barat kerana pemerintah akan merujuk kepada Barat terlebih dahulu.

57 Steinberg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hlm. 156-157. 58 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827. 59 Harrison, B. (1966) Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 223

13

Page 14: Soalan 6 pembaharuan mongkut

BIBLIOGRAFI

A.B.Griswold. (1961). King Mongkut of Siam. New York: The Asia Society.

Audric, J. (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company.

Baker, C. John & Pasuk Pongpaichit (2008). Thai capital after the 1997 crisis. California:

Silkworm Books.

Batson, Benjamin A. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford

Univeristy Press.

Bottye, N. (1974). The military, government and society in Siam, 1868-1910 : Politics and

military reform during the Reign of King Chulalongkorn. U.S.A: Xerox University

Microfilms, Ann Arbor, Michigan.

Craig, A. Lockard. (2009). Southeast Asia: world history. New York: Oxford University

Press.

Cumming, J. (2005). Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions.

David, K. Wyatt (1969). The politics of reform in Thailand: Education in the reign of King

Chulalongkorn. Thailand: Yale University Press.

Franz, H. Michael and George E. Taylor. (2009).The far east in the modern world. Inc: Holt,

Rinehart, and Winston.

George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall, D.G.E.. (1981). Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd.

Hill, R. D. and Bray, Jennifer M. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia.

Hong Kong: Hong Kong University Press.

Hussein Ahmad B.A. (Hons.) (1971). Sejarah Thailand dari Prasejarah hingga sekarang.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ibrahim Mustafa B.A (Hons), Dip. Ed. (Malaya) (1994). Pengkajian sejarah moden. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

14

Page 15: Soalan 6 pembaharuan mongkut

Iris, G. Haapanen (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author

House.

J. A. Hammerton. (2007). Peoples of all nations. India: Logos Press.

Khoo, G. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia.

Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books.

King, R. and Craig, Timothy J. (2002). Global goes local: popular culture in Asia. Hong

Kong: Hong Kong Universiti Press.

Kobkua Suwannathat-Pian (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ninian Smart (2009). Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd.

Paban Mishra (2010). The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC.

R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia.

Hong Kong: Hong Kong University Press.

Stengs, I. (2009). Worshipping the Great Moderniser: King Chulalongkorn, Patron Saint of

the Thai middle class. Singapore: NUS Press.

Woodier, J. (2008). The media and political change in Southeast Asia. United Kindom:

Edward Elgar Publishing Limited.

15