terkini & informatif rabu, 25 mac 2009 terkini &...
TRANSCRIPT
muka sebelah
muka sebelah
terkini & informatifRabu, 25 Mac 2009terkini & informatifKhamis, 21 Julai 2016
palmLink• MPOB Daily News Report - 20 Julai 2016• MPOB Daily News Report - 21 Julai 2016
pengumuman • Perlantikan Ketua Unit
Senarai perlantikan Ketua Unit/Pusat/Pejabat/Pengurus Stesen/Cawangan/Kumpulan bagi bulan Januari hingga Julai 2016. Klik: Lampiran. Sumber: Unit Sumber Manusia. • Penambahan dan Penutupan Klinik Panel MPOB di Petaling JayaKlinik Uzma yang beralamat di Blok J-05-01, Ground Floor, Jalan SS 6/18, Dataran Glomac, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya telah dilantik sebagai klinik panel MPOB bagi menggantikan Pusat Rawatan Islam (MAIS) Sdn Bhd yang beralamat di 23, Jalan SS 5B/4, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya yang telah menamatkan operasinya. Kakitangan yang memerlukan rawatan di sekitar kawasan Petaling Jaya boleh mendapatkan rawatan di Klinik Uzma.
• Pertandingan Mencipta Tema PIPOC 2017Anggota MPOB dipelawa menyertai pertandingan mencipta tema PIPOC 2017. Pertandingan terbuka kepada semua kakitangan MPOB termasuk ahli CMC, CMS dan sekretariat PIPOC, sama ada secara individu atau berkumpulan. Tema PIPOC 2017 hendaklah mengambarkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan industri sawit seperti:
1. Keadaan cuaca berkaitan La Nina dan El Nino2. Kejatuhan harga minyak sawit3. Sustainability / Kemampanan 4. Kejatuhan nilai ringgit
Semua penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 30 Julai 2016 kepada Urusetia PIPOC 2016 di emel [email protected]. Untuk maklumat lanjut, klik: Lampiran.
persatuan, sukan dan sosial • Koperasi Pegawai MPOB Berhad
Koperasi Pegawai MPOB Berhad (KPMB) telah melaksanakan pematuhan syariah menggunakan bai’al tawarruq bagi semua aktiviti pembiayaan Koperasi di bawah garis panduan GP28 di bawah Seksyen 86B Akta Koperasi 1993 berkuatkuasa 15 Julai 2016. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai agensi mengawal selia sektor koperasi memberi keutamaan kepada usaha bagi memastikan keseluruhan perniagaan dan aktiviti koperasi berasaskan syariah dan beroperasi berlandaskan prinsip syarak.
Bagi menjayakan matlamat ini, ANGKASA telah dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah bagi koperasi dalam melaksanakan aktiviti berlandaskan syariah menggunakan Sistem Tawarruq. Oleh itu, caj @ fee pemprosesan bagi semua pembiayaan di bawah aktiviti koperasi telah ditetapkan sebanyak RM130.00. Aktiviti Pembiayaan Koperasi terkini ialah :
1. Pembiayaan Peribadi Tawarruq Aktiviti KSSM - maksimum RM 3,0002. Pembiayaan Peribadi Pembelian Handphone - maksimum RM 3,0003. Skim Pembiayaan Peribadi Tawarruq (SPP) - maksimum RM 15,000
Sumber : Setiausaha Koperasi Pegawai MPOB Berhad
Diari Pengumuman Keratan AkhbarPersatuan Sukan & SosialPalmLink • Diari • Pengumuman • Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus PalmLink • Diari • Pengumuman • Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus
Keratan Akhbar • Persatuan, Sukan dan Sosial • Tip • Komentar • Sampaikan Salam • Iklan Keratan Akhbar • Persatuan, Sukan dan Sosial • Tip • Komentar • Sampaikan Salam • Iklan