terdapat 10 ciri pelajar yang cemerlang.docx

Upload: ielie

Post on 10-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

topik pengucapan awam

TRANSCRIPT

TERDAPAT 10 CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG IAITU:

1) Tidak mensia-siakan biar pun seminitSeorang pelajar yang cemerlang menggunakan masanya dengan bijaksana seperti belajar semasa pertukaran kelas, semasa menunggu bas sekolah, sebelum atau semasa makanan dihidang.

2) Membawa buku ke mana sahaja mereka pergiAmalkan sikap membawa bukuke setiap tempat yang anda pergi. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3) Gunakan masa awal pagiGunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4) Buat nota ringkasPelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5) Mengikut jadual sepenuhnyaAturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggunggjawab terhadap pelajaran. Pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran.

6) Mencuba soalan tahun laluPelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7)Ulangkaji sebanyak yang bolehSetiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8) Sentiasa menanya kalau tidak fahamDekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menanya kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda atau orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9) Berikan penumpuan pada mata pelajaran yang lemahJika anda lemah dalam sesuatu mata pelajaran , peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10) Mengunjungi perpustakaan selalu mengunjungi perpustakaan dan mencari bahan-bahan yang anda perlu.

SAHABAT BAIKsebelum memilih sahabat, kita perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memilih kawan kerana zaman sekarang cukup sukar untuk mencari kawan yang bergelar sahabat. Kawan boleh dicari di mana-mana sahaja tetapi sahabat itu yang paling susah untuk dikenal pasti kerana sahabat itu adalah kawan yang sanggup bersusah payah dan sentiasa bersama kita walaupun kita dalam keadaan senang atau susah.

terdapat beberapa ciri-ciri seorang sahabat. antaranya ialah:~Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.~apabila perjalanan hidup kita salah, dia perlu mengubahkan.~tidak berkhianat~selalu memberi sokongan dan dorongan