teori pascakolonialisme

25
TEORI PASCAKOLONIALISME SHAHLAN ABD. MUTALIB NIK NUR FARAH HANA NIK MAN SOFIANAH BINTI TJINKE

Upload: princessfyfie

Post on 14-Aug-2015

629 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kritikan sastera

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI PASCAKOLONIALISME

TEORI PASCAKOLONIALISME

SHAHLAN ABD. MUTALIBNIK NUR FARAH HANA NIK MAN

SOFIANAH BINTI TJINKE

Page 2: TEORI PASCAKOLONIALISME

PENGENALAN

Teori Sastera Pascakolonial merupakan teori yang berkaitan dengan analisis karya dalam sastera di negara-negara pascamerdeka.

Sejarah menyaksikan bagaimana 2/3 dunia berada dibawah cengkaman imperialisme Barat pada kurun ke-19.

Persepsi negatif terhadap Timur diteruskan dengan melihat bahawa hanya Barat membawa nilai ketamadunan dan kemajuan dalam segala aspek kehidupan.

Page 3: TEORI PASCAKOLONIALISME

PENGENALAN

Salah satu daripada dasar Imperialisme untuk menerapkan pemikiran serta nilai mereka agar bangsa yang dijajah akan tetap tinggal dalam cengkaman kolonial dan sentiasa bergantung kepada kekuasaan mereka.

Dengan adanya teori pascakolonial, pengkritik dapat menilai sesebuah teks sastera dengan melihat impak penjajahan dalam usaha pengarang-pengarang tempatan melepaskan diri dari belenggu penjajahan.

Berdasarkan teori pascakolonial ini, kita dapat memahami pembinaan sesebuah karya iaitu yang berkaitan dengan politik, sosial, budaya dan psikologi hasil daripada ideologi penjajahan atau anti penjajahan yang digarap oleh pengarang

Page 4: TEORI PASCAKOLONIALISME

DEFINISI PASCAKOLONIALDari sudut semantik• “Post atau pasca” : satu siri perubahan yang linear atau

suatu perkembangan masa yang berperingkat-peringkat, iaitu :

• “Pascakolonial” : selepas kolonial atau penjajahan.

Pra kolonial Kolonial pascakolonial

Page 5: TEORI PASCAKOLONIALISME

DEFINISI PASCAKOLONIAL

Makna lain :“Pasca” merupakan satu petanda kepada wacana yang dihasilkan setelah berlakunya pertembungan di antara penjajah dengan yang dijajah.

“Pascakolonial” bermaksud impak penjajahan yang berlaku terhadap budaya, iaitu dari mula berlakunya era penjajahan hingga kini.

Page 6: TEORI PASCAKOLONIALISME

LATAR BELAKANG TEORI

1. Pada mulanya iaitu pada era kolonial, kuasa-kuasa barat berlumba-lumba menjajah demi kerana ‘3G’, iaitu agama, menyebarkan ajaran Gospel, ekonomi, Gold dan kemenangan, Glory.

2. Bercita-cita memusnahkan kuasa islam

3. Kepentingan ekonomi dan mewujudkan kuasa ekonomi yang kuat di seluruh dunia.

4. Membawa kepada sistem pengeluaran kilang bejentera.

5. Selepas tamat perang dunia ke-2, menyaksikan pembahagian ekonomi dunia sebagai ‘negara baru, ‘negera mundur’, negara yang sedang membangun’ dan negara dunia ketiga’.

Page 7: TEORI PASCAKOLONIALISME

KRITIKAN PASCAKOLONIAL

• Pada awal 1990-an, kritikan mula memperlihatkan kekuatannya dalam pengajian kesusasteraan.

• Kritikan pascakolonial merangkumi perbincangan terhadap subjek, tema atau persoalan serta rangka kerja teori yang berkaitan dengannya.

• Kritikan pascakolonial menganalisis karya-karya sastera yang ditulis oleh pihak kolonial atau anak pribumi yang pernah hidup malah ada yang masih hidup dalam cengkaman kolonial.

Page 8: TEORI PASCAKOLONIALISME

KRITIKAN PASCAKOLONIAL

• Setiap analisis terhadap karya kesusasteraan yang menggunakan teori pascakolonial adalah kritikan pascakolonial.

• Kritikan pascakolonial cuba memahami dan menilai pembinaan sesebuah karya dari segi :

1. politik2. sosial3. budaya 4. psikologi

hasil daripada ideologi penjajahan atau anti

penjajahan yang digarap oleh pengarangnya.

Page 9: TEORI PASCAKOLONIALISME

IDENTITI PASCAKOLONIALMasyarakat barat menganggap merekalah bangsa yang paling berwibawa dan berkebolehan untuk metafsir budaya tempatan.

Mereka juga telah mengkaji perbezaan budaya.

Teori Evoluitonary Positivism dan The Great Divide Theory menjelmakan konsep white

supremacy.Menganggap orang Eropah sebagai manusia

yang paling tinggi

Ego-Sentrisme: golongan berwibawa dan

bertanggungjawab membimbing bangsa lain.

Cthnya: orang Melayu Nusantara dilihat berimej

kotor

Eurocentrism: kebudayaan Eropah harus dipandang

tinggi manakal budaya lain dianggap negatif.

Cthnya: terjajah dengan gaya hidup barat

Page 10: TEORI PASCAKOLONIALISME

Teori dan Kesusasteraan Pascakolonial

• Persoalan : dipaparkan bermula dari saat permulaan pertembungan bangsa yang dijajah dengan penjajah hingga membawa kepada kekacauan budaya di dalam bangsa tersebut.

• Tema : menggambarkan perkaitan yang erat antara kesan identiti individu serta psikologi sesebuah bangsa dengan ideologi yang dibawa oleh penjajah yang akhirnya mencorakkan kepercayaan dan pemikiran mereka.

Page 11: TEORI PASCAKOLONIALISME

Teori dan Kesusasteraan Pascakolonial

• Tema pascakolonial menganalisis karya-karya sastera yang berbau kolonial atau anti-kolonial.

• Contohnya teks yang memperlihatkan penentangan terhadap kolonialisme dengan memaparkan kelemahan dan keburukan Barat, penderitaan bangsa dan kesan negatif kolonialisme kepada bangsa yang dijajah (Ashcroft. Bell. 1995).

• Contoh teks : Joseph Conrad’s dalam Heart of Darkness (1995)

Page 12: TEORI PASCAKOLONIALISME

Teori dan Kesusasteraan Pascakolonial

• Kesusteraan pascakolonial merupakan pengajaran dari sejarah pengalaman diri dan bangsa yang diabaikan.

- tidak mempunyai hak untuk bersuara atau mengundi,

- terpinggir dan di zalimi.

• Kebanyakan kesusasteraan pascakolonial cuba untuk mencari makna bagaimana Eropah memaksa dan mempertahankan pendominasian mereka di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Page 13: TEORI PASCAKOLONIALISME

CIRI-CIRI EUROCENTRIC

First World: British, Eropah dan Amerika

Syarkita

Third World: negara-negara membangun: India, Amerika

dll

Second world: Masyarakat kulit putih di

Kanada, Australia dll

Fourth World: Pribumi yang

dijajah kolonial dan ditadbir oleh budaya

Amerika.

Page 14: TEORI PASCAKOLONIALISME

Wacana Pascakolonial

Wacana pascakolonial berlaku apabila pertembungan dua kuasa.

Pertembungan ini menghasilkan satu natijah yang membawa perubahan yang melibatkan seluruh susuk pemikiran dan nilai yang dibawa oleh kolonial.

Dekolonisasi merupakan satu proses ke arah pembentukan wacana pascakolonial iaitu wacana yang merakamkan suara-suara lantang yang dahulunya dinafikan kewujudannya.

Page 15: TEORI PASCAKOLONIALISME

MODEL PASCAKOLONIAL

Aschroff dan Tiffin telah memperkenalkan beberapa model yang boleh dijadikan antara modelnya ialah;

Model yang berasaskan kepada kesusteraan

kebangsaan dan kesusasteraan serantau.

Model yang diasaskan kepada bangsa ( race )

Model yang bersandarkan kepada tanggapan bahawa

Ksyncreticity.

Model yang bersandarkan kepada ‘ketegangan di antara kolonial dengan

yang dijajah’.

Page 16: TEORI PASCAKOLONIALISME

Model yang berasaskan kepada kesusasteraan kebangsaan dan

kesusasteraan serantau

Pembentukan kesusasteraan kebangsaan dan serantau merupakan langkah pertama di dalam proses dekolonisasi.

Pembentukan sastera kebangsaan harus menitikberatkan pelbagai isu seperti kemerdekaan politik, kesedaran kebangsaan, bahasa kebangsaan dalam karya, latar tempat serta gaya sastera yang tertentu.

Amerika dikatakan negara pertama yang membangunkan kesusasteraan kebangsaaan pada abad ke-18 selepas revolusi Amerika (1775-1783).

Kesusasteraan Amerika memperlihatkan tiga tema utama iaitu the sense of place, the induvidual dan Amerika dreams. ( harapan tentang masa depan yang berhubung dengan konsep-konsep keadilan, kebebasan dan kesamarataan.

Page 17: TEORI PASCAKOLONIALISME

Model yang berasaskan kepada kesusasteraan kebangsaan dan

kesusasteraan serantau

Kesusasteraan serantau pula berada di dalam lingkungan yang lebih luas, merentasi sempadan bahasa dan bangsa.

Kesusasteraan serantau bersifat kolektif seperti dari perspektif geografi, sejarah ataupun bahasa.

Kesusasteraan nusantara juga dikenali sebagai kesusasteraan serantau yang meliputi Thailand selatan, Indohchina, Singapura, dan Brunai.

Karya-karya yang dihasilkan pada waktu itu mencari sumber kekuatan dalaman mereka kepada unsur-unsur tradisi sendiri seperti tradisi lisan.

Selain itu, kesusasteraan Nusantara juga diikat oleh rumpun bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu polinesia.

Page 18: TEORI PASCAKOLONIALISME

Model yang diasaskan kepada bangsa ( race )

Bangsa diterima sebagai unsur pengklasifikasian kerana terdapat satu fenomena yang memperlihatkan kewujudan sesuatu bangsa di dalam keadaan yang bertaburan beberapa tempat.

Antaranya, bangsa-bangsa ialah bangsa kulit hitam yang berasal dari Afrika (Afrika diaspora) dan bagsa kulit putih yang berasal dari Eropah (White diaspora).

Pergerakan negritude memberi kesedaraan di kalangan penulis kulit hitam yang disebut black consciousness bagi menghasilkan black senghor.

Mereka bangkit setelah sekian lama dijajah, dieksplotasi, diskriminasi dan rasisme.

Page 19: TEORI PASCAKOLONIALISME

Di Amerika, lahir para penulis yang dikenali sebagai penulis Afrika-Amerika seperti Richard Wright, Langston Huges dan lain-lain.

Daripada karya-karya mereka, lahirlah tema-tema yang berunsurkan black experience.

black experience juga ada hubungan dengan kebudayaannya iaitu kebudayaan ( slave culture ) yang melahirkan bluess, jazz, folk song dan work song.

Penulis-penulis Afrika-amerika juga menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan penentangan kepada perhambaan.

Model yang diasaskan kepada bangsa ( race )

Page 20: TEORI PASCAKOLONIALISME

Model kesusasteraan Pascakolonial berunsurkan hybridity dan syncreticity

Wole Soyinka dan Edward kamau Brathwaite yang mempejuangkan model berasaskan hybridity (kacukan) dan syncreticity (bancuhan).Berpegang pada pandangan bahawa negara-negara yang pernah dijajah tidak terlepas dari dipengaruhi oleh unsur-unsur yang hadir sama dengan penjajahan itu.

Page 21: TEORI PASCAKOLONIALISME

Model yang bersandarkan kepada ‘ketegangan di antara kolonial

dengan yang dijajah’.

Model ini memberi penekanan kepada ketegangan yang berlaku antara penjajah dan yang dijajah di dalam lingkungan politik, ekonomi dan sosial.Kesusasteraan Melayu, karya Ishak Haji Mahammmad seperti Putera Gunung Tahan yang pernah diharamkan oleh kolonial Inggeris.Melalui teori Pascakolonial, pengarang secara kreatifnya mempersendakan dan menghina kolonial Inggeris .Selain mengkritik pihak Inggeris, Ishak juga mengkritik pembesar-pembesar Melayu yang alpa dan cuai dengan ‘mulut manis’ dan ‘jarum halus’ kolonial bagi membolehkan Inggeris terus berkuasa di Tanah Melayu.

Page 22: TEORI PASCAKOLONIALISME

Model yang bersandarkan kepada ‘ketegangan di antara kolonial

dengan yang dijajah’.

Pertembungan dua budaya juga dapat dijejaki di dalam karya-karya yang dihasilkan pada awal abad ke-20.Melalui Kesusasteraan Malayu muncul Iakah salmah oleh Ahmad Rashid Talu dari Kesusasteraan Indonesia seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli atau Salah Asuhan oleh Abdul Muis.Dalam karya kontemporari pula muncul novel-novel Arenawati seperti Bunga Di Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sukma Angin.Novel ini mengkritik masyarkat barat yang hilang unsur-unsur moralnya dan menjadi seperti virus yang menular.

Page 23: TEORI PASCAKOLONIALISME

Kerakusan pemimpin-peminpin neo-kolonial ini telah menyebabkan kebanyakan para penulis Amerika Latin terpaksa membawa diri keluar negara.Mereka mencari tapak untuk menulis kerana tidak ada lagi kebebasan berkarya akibat sistem politik yang bersifat neo-koloniol.Umumnya, karya-karya mereka merakamkan ketegangan hasil daripada pertembungan dua budaya dan dua kuasa asing.

Model yang bersandarkan kepada ‘ketegangan di antara kolonial

dengan yang dijajah’.

Page 24: TEORI PASCAKOLONIALISME

Edward Said sebagai seorang tokoh utama dalam teori poskolonial telah

berhasil membongkar dimensi ideologis, kepentingan dan kuasa yang terdapat dalam teori bahasa, sosial-budaya dan agama (teks budaya) yang dihasilkan oleh intelektual Barat yang imprealis.

Sama seperti teori-teori yang kesusasteraan pascamoden yang lain,

teori pascakolonial telah mendapat perhatian sebagai salah satu teori sastera dalam era globalisasi kini.

Selain itu, Teori Pascakolonial yang merangkum kritikan dan wacana yang

berkaitan dengannya, diharapkan dapat membetulkan suara-suara dan tuntutan bangsa yang pernah dijajah dengan cara

menilai karya-karya penulis

KESIMPULAN

Page 25: TEORI PASCAKOLONIALISME