teori kepimpinan

4
6.1 TEORI-TEORI KEPIMPINAN Umumnya organisasi boleh dibahagikan kepada tiga model iaitu model pertama dinamakan pendekatan klasik atau pendekatan mekanistik, kedua adalah pendekatan neo-klasik dan ketiga adalah pendekatan sistem. Model pendekatan klasik mempunyai ciri-ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi, mengganggap manusia sebagai sejenis makhluk ekonomi yang rasional dan hanya berminat kepada wang, mempunyai struktur organisasi yang bersifat birokrasi dengan hierarki yang jelas, mempunyai komunikasi sehala (dari atas ke bawah) dan juga mempunyai pembahagian kerja yang jelas dengan penekanan pada tugas. Semua tugas ini dirumuskan secara saintifik hingga model ini digelar sebagai pengurusan saintifik yang mempercayai bahawa hanya terdapat satu sahaja cara bekerja yang terbaik dan berkesan. Gaya kepimpinan ini adalah bersifat autokratik atau dipanggil juga teori X. Model organisasi yang kedua adalah pendekatan neo-klasik (hubungan manusia). Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan. Model ini menekankan peranan pengurus dalam organisasi yang memberi implikasi yang penting pada komunikasi dan gaya kepimpinan. Corak kepimpinan bersifat demokratik dan bersikap positif terhadap pekerja. Dalam model ini komunikasi adalah bersifat dua hala dan pekerja diberi sedikit kebebasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini merupakan teori Y. Model organisasi yang ketiga ialah pendekatan sistem. Model ini memberi tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu organisasi adalah satu subsistem dan sistem yang lebih besar yang di dalamnya mengandungi subsistem yang lain pula. Keberkesanan sesebuah organisasi dapat diukur melalui keuntungan dan

Upload: mizie-hj-ahmad

Post on 24-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Kepimpinan

6.1 TEORI-TEORI KEPIMPINAN

Umumnya organisasi boleh dibahagikan kepada tiga model iaitu model pertama dinamakan pendekatan klasik atau pendekatan mekanistik, kedua adalah pendekatan neo-klasik dan ketiga adalah pendekatan sistem. Model pendekatan klasik mempunyai ciri-ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi, mengganggap manusia sebagai sejenis makhluk ekonomi yang rasional dan hanya berminat kepada wang, mempunyai struktur organisasi yang bersifat birokrasi dengan hierarki yang jelas, mempunyai komunikasi sehala (dari atas ke bawah) dan juga mempunyai pembahagian kerja yang jelas dengan penekanan pada tugas. Semua tugas ini dirumuskan secara saintifik hingga model ini digelar sebagai pengurusan saintifik yang mempercayai bahawa hanya terdapat satu sahaja cara bekerja yang terbaik dan berkesan. Gaya kepimpinan ini adalah bersifat autokratik atau dipanggil juga teori X.

Model organisasi yang kedua adalah pendekatan neo-klasik (hubungan manusia). Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan. Model ini menekankan peranan pengurus dalam organisasi yang memberi implikasi yang penting pada komunikasi dan gaya kepimpinan. Corak kepimpinan bersifat demokratik dan bersikap positif terhadap pekerja. Dalam model ini komunikasi adalah bersifat dua hala dan pekerja diberi sedikit kebebasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini merupakan teori Y.

Model organisasi yang ketiga ialah pendekatan sistem. Model ini memberi tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu organisasi adalah satu subsistem dan sistem yang lebih besar yang di dalamnya mengandungi subsistem yang lain pula.

Keberkesanan sesebuah organisasi dapat diukur melalui keuntungan dan produktiviti serta kepuasan dikalangan pekerja. Namun kedua-dua faktor ini adalah bertentangan. Produktiviti boleh dicapai tanpa kepuasan bekerja dan sering kali pula kepuasan bekerja tercapai tanpa produktivitinya yang tinggi. Oleh sebab itu ada induvidu yang menganjurkan supaya keberkesanan itu diukur daripada keupayaan sesebuah organisasi mendapatkan dan menggunakan sumber dengan cekap untuk mencapai matlamat organisasi. Kesimpulannya sesebuah organisasi dikatakan berkesan apabila pekerjanya melakukan tugas dengan baik ( doing the right thing right) dan melakukan tugas yang betul (doing thing right). Kedua-dua sikap dan amalan ini memerlukan pemikiran yang strategik dan latihan yang sesuai dengan jenis kerja yang hendak dilakukan. Andainya kedua-dua faktor ini diutamakan, sesebuah organisasi akan berjaya.

Organisasi yang produktif dan berjaya tahu mengimbangkan keperluan fizikal dan manusia. Namun dalam operasinya ia memberi fokus pada aspek manusia secara sedar dan teratur oleh pemimpin organisasi. Organisasi juga perlu peka pada standard yang tinggi yang dapat di capai, bukan sekadar berbangga dengan slogan kosong. Organisasi yang berjaya juga memiliki ahli-ahli yang iltizam terhadap peranan dan tugas masing-masing berasaskan sikap saling percaya-mempercayai antara pihak

Page 2: Teori Kepimpinan

pengurusan dengan pekerja tanpa sebarang motif untuk menipu (dari pihak pengurusan) atau sabotaj (daripada pihak pekerja), iltizam ini berasaskan kejujuran dan keikhlasan yang harus dimulakan oleh pemimpin yang sentiasa memberi bimbingan kepada pekerjanya. Organisasi yang produktif dan berjaya tidak terikat kepada model atau struktur yang tertentu tetapi terikat pada standard, etos organisasi dan kebajikan para pekerja.

6.1.1 Teori LatarTeori dan kajian kepimpinan sebagai satu cabang psikologi sosial mengambil begitu banyak konsep dan model yang berasal daripada ahli-ahli falsafah Eropah, ahli-ahli Psikologi dan ahli sisiologi. Kepimpinan kini didekati melalui empat perspektif yang berbeza iaitu perspektif dinamik kelompok , perspektif konflik, perspektif keperluan dipelajari dan perspektif penghakikian diri. (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

a) Pendekatan-pendekatan teorii. Pendekatan TretUsaha mendekati fenomena kepimpinan bermula dengan pendekatan tret. Terdapat kepercayaan yang meluas pada abad ke-20 bahawa pemimpin adalah semula jadi bukan dibentuk. Pemimpin dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada anggota-anggota lain dalam kelompok dan diberi sifat-sifat ketuhanan. Pemimpin juga diistilahkan sebagai orang kenamaan yang mana seseorang pemimpin itu mempunyai sifat-sifat yang tinggi untuk orang lain mengikutinya (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

Kajian Teori tret selalunya mengambil bentuk pembandingan sifat-sifat fizikal, intelek dan personaliti antara pemimpin dengan pengikut. Mengikut kajian Cartwright dan Zander menyatakan pemimpin adalah lebih besar saiz fizikalnya dan lebih cerdas daripada anggota-anggotan lain. Pemimpin yang diterima dengan baik menunjukkan penyesuaian yang lebih baik dalam pelbagai ujian personaliti. Manakala kajian yang berpusatkan kemahiran pemimpin lebih cenderung kepada memberi maklumat dan lebih kerap membuat penjelasan tentang sesuatu situasi berbanding dengan lain-lain anggota. Kepercayaan terhadap peranan tret ini jugalah yang melahirkan pandangan tentang sifat karisma (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

ii Pendekatan FungsiKajian-kajian ini tidak lagi cuba mencari tret-tret pemimpin tetapi cuba menjawab soalan apakah tindakan yang dikehendaki oleh kumpulan kalau mereka ingin mencapai tugas yang dikehendaki, dan bagaimana anggota-anggota kumpulan yang berbeza mengambil bahagian dalam tindakan-tindakan tersebut. Kepimpinan dianggap sebagai melaksanakan fungsi kumpulan. Oleh sebab itu ia mengandungi tindakan anggota-angota yang membantu menetapkan matlamat kumpulan, menggerakan kumpulan ke arah mencapai matlamat, memperbaiki kualiti interaksi antara anggota-anggota dan memastikan adanya sumber-sumber bagi kumpulan (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 59).

Matlamat utama pendekatan ini ialah untuk mencari ciri-ciri tingkah laku yang perlu untuk terus hidup dan mencapai matlamat. Menurut Cartwright dan Zander, kebanyakan objektif kumpulan boleh disimpulkan dibawah satu daripada dua perkara, pertama pencapaian matlamat kumpulan tertentu dan

Page 3: Teori Kepimpinan

kedua penyelenggaraan atau pengukuhan kumpulan itu sendiri. Ini bermakna setiap tingkah laku dalam kumpulan mestilah dapat menyumbang kepada pencapaian tugas dan penyelenggaraan kumpulan sungguhpun kedua-dua peranan ini boleh dimainkan oleh mana-mana anggota dalam kumpulan (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 59).

iii Pendekatan Tingkah LakuDaripada pendekatan tret juga telah melahirkan teori tingkah laku yang cuba menerangkan fenomena kepimpinan berasaskan pola tingkah laku yang didefinisikan sebagai tindakan atau gaya pemimpin. Banyak teori tingkah laku yang telah diuji, kesemuanya mengandungi unsur-unsur dimiliki (gaya kepimpinan). (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 60).