buku kepimpinan dan pengurusan islam teori dan amalan

317
Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 1 KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W 1. SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: مد ح م) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin

Upload: muhammad-akmal

Post on 28-Nov-2015

160 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 1

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W

1. SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Mutalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Makkah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimah al-Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib. Apabila datuknya meninggal,

Page 2: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 2

baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Makkah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran. Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai al-Saadiq (yang benar) dan al-Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Makkah.

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap perniagaan ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah al-Zahra. Khadijah merupakan satu-satu isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal al-Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda

Page 3: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 3

sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa. Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama al-Mushaf yang juga dinamakan al-Quran. Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. al-Quran dan al-Sunnahdigabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Makkah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Makkah yang menyertai baginda. Tahun berikutnya,

Page 4: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 4

sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Mutalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Makkah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Makkah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Makkah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain. Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Makkah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'. Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah, umat Islam bebas mengerjakan solat. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli. Selepas itu berlakulah pembukaan kota Makkah yang terkenal di dalam sejarah Islam.

Page 5: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 5

2. PERLAKSANAAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda . Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan diri baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya manjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-Amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya. Sifat asasi yang wajib bagi para nabi dan rasul terserlah dengan cukup nyata pada diri Rasulullah. Sifat-sifat tersebut ialah : sidiq, amanah, tabligh dan fatonah. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah. Sidiq ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, samaada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Ini merujuk kepada sifat tiadanya kontradiksi anatara apa yang diucap dengan apa yang dilaksanakan. Di samping itu, sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki, yang boleh membawa manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sifat asasi yang lain ialah amanah, iaitu merujuk kepada sifat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Baginda tidak melakukan walaupun sedikit penyelewengan, penyimpangan atau pengkhianatan. Apa yang diarahkan oleh Allah itulah dilaksanakan olah baginda seutuh dan setulennya. Sifat asasi yang lainnya ialah tabligh, yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan”. Ianya merujuk kepada sifat baginda melaksanakan tanggungjawab menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Baginda tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang ditanzilkan oleh Allah kepada baginda untuk disampaikan kepada umat manusia sejagat. Di samping baginda juga dengan sifat tabligh itu mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi. Dengan itu, ianya membolehkan manusia yang didakwahkan oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut. Manakala fatonah, iatu bermaksud “bijaksana”. Sebagai pembawa risalah

Page 6: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 6

Allah, dan pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan-tindakan yang baginda laksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda. Dengan sifat-sifat tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya, dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri mereka pejuang dan penggerak Islam.

Jikalau ditelusuri, sepanjang perjalanan hidup baginda, khususnya yang berkaitan langsung dengan persoalan kepimpinan dan pengurusan, beginda telah memberikan penekanan kepada beberapa isu utama, yang antara lainnya melibatkan perkara-perkara berikut:

i. Pembinaan manusia

Sesuai dengan risalah kenabian dan kerasulan, baginda begitu menekankan tentang pembinaan manusia setulen dan seutuhnya. Oleh itu sepanjang sejarah dan perjuangan baginda persoalan pembinaan manusia mendapat penekanan yang istemewa. Pembinaan manusia tersebut adalah bersifat menyeluruh merangkumi dimensi asasi manusia, iaitu kerohanian, keintelektualan dan kejasmanian. Ketiga-tiga unsur tersebut dibina secara seimbang dan sepadu agar manusia yang dibina tersebut betul-betul mantap kemanusiaannya. Baginda menekankan pembinaan kerohanian yang utuh kerana kerohanian merupakan dimensi utama manusia. Berdasarkan kepada arahan Allah, baginda memandu diri baginda dan pengikutnya agar melaksanakan kegiatan yang boleh meningkatkan kualiti kerohanian, di antaranya ialah melaksanakan amalan qiamullail. Amalan ini sejajar dengan arahan Allah, yang bermaksud: “Hai orang yang berselimut (Muhammad s.a.w), bangunlah (untuk bersembahyang), di malam hari, iaitu sedikit (daripadanya), seperdua, atau lebih dari seperdua” (al-Muzammil :1-4). Amalan bangun tengah malam itu dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh memantapkan kerohanian, seperti melakukan amalan sembahyang sunat, seperti sembahyang sunat tahajjud, hajat, tasbih, witir dan sebagainya. Di samping mengisinya

Page 7: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 7

juga dengan amalan berzikir, membaca al-Quran, bertafakkur dan yang lainya. Kesungguhan Rasulullah melaksanakan qiaamullail itu nampak jelas melalui sunah yang diceritakan oleh Saidatina Aishah yang bermaksud: “Bahawa nabi telah bangun beribadat di malam hari hingga pecah-pecah kaki baginda, lalu aku (Aishah) bertanya kepadanya,”Untuk apa tuan hamba melakukan hingga sedemikian rupa, ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampunkan dosa tuan hamba yang dahulu dan yang akan datang?.Rasulullah menjawab, “tidak bolehkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di samping kerohanian, baginda juga menekankan peri pentingnya ilmu dan keintelektualan. Walaupun baginda tidak mendapat pendidikan yang formal seperti hari ini, namun proses peningkatan keilmuan dan keintelektualan terus berkembang. Ini adalah terkesan langsung dari semangat “iqra” yang dicetuskan dari ayat pertama yang diturunkan Allah kepada baginda. Daya ilmu dan keintelektualan baginda sentiasa berkembang dan mendapat bimbingan dari Allah. Tentunya keintelektualan baginda bersumberkan hidayah dari Allah dan al-Quran itu sendiri. Berdasarkan bimbingan dan petuinjuk dari Allah, menjadikan pemikiran dan keintelektualan baginda sentiasa benar dan tepat. Hal ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dia tidak berkata menurut nafsunya tetapi (apa yang diperkata) adalah sesuatu yang diwahyukan kepadanya” (an-Najm :3). Selain dari unsur kerohanian dan keintelektualan, Rasulullah juga menekankan persoalan fizikal atau kejasmanian. Unsur yang memberi kesan kepada kesejahteraan fizikal diberikan perhatian, seperti penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan dan latihan fizikal atau riadah. Mengenai pemakanan, baginda menekan makanan itu mestilah halal dan baik. Baik itu merujuk kepada yang bersih dan berzat serta berkualiti. Baginda menganjurkan amalan pemakan yang sihat, seperti makan ketika lapar, dan berhenti sebelum (terlalu) kenyang. Baginda menggambarkan amalan pemakanan umat itu secara sederhana, seperti sabda baginda yang bermaksud: “Orang kafir makan dengan tujuh perut, dan orang yang beriman makan dengan hanya satu perut” (Riwayat Muslim)

Page 8: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 8

ii. Objektif dan matlamat

Sebagai pemimpin baginda perlu mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas. Matlamat tersebut tentunya tidak lari dari matlamat pengutusan manusia oleh Allah di dunia ini, iaitu untuk menjadi hamba Allah dan khalifahNya di dunia ini. Di samping untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan itu misi Islam sebagai obor pembawa rahmat itu akan terlaksana. Matlamat yang jelas tersebut perlu bernafaskan nilai-nilai keikhlasan demi untuk mencapai keredhaan Allah, dan bukan untuk kepentingan diri. Ini yang diisyaratkan oleh baginda melalui sabda baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya segala amal itu bergantung kepada niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka penghijrahan adalah kerana Allah dan rasulNya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai dengan niat hijrah yang dilakukannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kejelasan matlamat ini bukan hanya ada pada diri baginda, tetapi difahami juga oleh pengikut baginda. Ini dapat dilihat melalui penjelasan yang dilakukan oleh Ja’far bin Abi Talib, kepada Najasyi, pemerintah Habsyah, dalam peristiwa penghijrahan pertama umat Islam iaitu ke Habsyah, katanya: “Hai Raja, kami sebelum ini adalah jahil yang menyembah berhala kami pernah makan bangkai binatang dan membuat perkara yang buruk, dan menyakiti jiran-jiran kami.Yang kuat antara kami menindas yang lemah, sehingga akhirnya Allah mendatangkan rasul untuk menyelamatkan kami. Kelakuannya, akhlaknya, kebenarannya, amanahnya, amat diketahui oleh kami. Dia mengajak kami menyembah Allah, dan menyuruh kami meninggalkan kekufuran dan menyembah berhala. Dia mengajar kami bercakap benar, menyempurnakan amanah, menghormati kaum kerabat, dan berbuat baik kepada jiran. Dia mengajar kami supaya menjauhi pertumpahan darah. Dia melarang kami dari melakukan perkara keji seperti bercakap bohong, menuduh perempuan baik melakukan maksiat. Oleh itu kami percayakannya, mengikutnya dan melaksanakan segala ajarannya”(al-Maududi). Nyatalah baginda seorang yang berwawasan jelas dan mampu melahirkan pengikut yang juga faham dan boleh berkongsi wawasan

Page 9: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 9

tersebut. Dengan itu kepimpinan baginda akan lebih berkesan dan berhasil mencapai matlamatnya.

iii. Bekerja secara kolektif

Perjuangan Islam merupakan satu perjuangan yang sukar dan panjang. Ianya memerlukan penggemblengan tenaga demi untuk mencapai keberhasilannya. Pemimpin yang berkesan bukan hanya hebat sebagai peribadi, tetapi dapat bekerja secara kolektif dengan pengikutnya. Bekerja secara kolektif ini adalah etos kerja yang dicetuskan oleh Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang tersusun rapi seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” (Al-Saff : 63-64) Penghayatan sifat bekerja secara kolektif ini dapat dilihat melalui peristiwa hijrah, yang mana seluruh tenaga, bakat serta potensi dimanfaat. Dalam peristiwa ini baginda mamanfaatkan Abdullah bin Uraiqat (belum Islam) untuk menunjukkan jalan yang paling selamat untuk sampai ke Madinah.; Saidina Ali bin Abi Talib ditugaskan untuk tidur di tempat tidur nabi. Amir bin Fuhairah ditugaskan membawa kambing dan binatang ternakan lainnya untuk menghapuskan kesan laluan Asma’ bin Abu Bakar dan Abdullah bin Abu Bakar. Asma bin Abu Bakar ditugaskan untuk membawa makan kepada baginda di gua Thur. Saidina Abu Bakar dibawa bersama baginda duduk di gua Thur. Manakala Abdullah bin Abu Bakar berperanan sebagai pemberi maklumat kepada bagainda dan melaporkan kepada bagainda di gua Thur. Pemimpin yang hebat dapat memanfaat seluruh tenaga dan potensi yang ada demi keberhasilan perjuangan. Dengan cara itu setiap orang merasa dihargai dan tenaga mereka tidak dipersiakan serta perjuangan dapat dijayakan.

iv. Perancang yang tepat

Pemimpin yang berkesan merupakan perancang yang tepat dan hebat. Rasulullah merupakan perancang yang hebat, baginda dapat membaca suasana dan persekitaran. Baginda mempertimbang antara cabaran, halangan dan peluang. Dalam proses hijrah yang pertama baginda mengarahkan umat Islam berhijrah ke Habsyah, dan

Page 10: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 10

ternyata pembacaan baginda adalah tepat. Strategi baginda di Makkah dan Madinah amat berbeza. Ketika lemah dakwah yang dilakukan secara tertutup dan senyap serta bersembunyi. Ketika kuat lebih terbuka dan berdepan. Baginda juga berjaya melihat peluang dan mempertimbangkan cabaran dan halangan. Baginda melihat adanya peluang di Madinah dan ancaman yang semakin besar di Makkah. Dengan melihat faktor tersebut baginda melakukan penghijrahan ke Madinah. Dan penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baru dalam perjuangan umat Islam.

v. Terbuka dan dinamik

Baginda seorang pemimpin yang terbuka dan dinamik. Terbuka merujuk kepada sifat baginda yang tidak bersifat kuku besi dalam bertindak. Ini dapat dilihat melalui amalan baginda yang begitu kerap mengamalkan syura dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Kedapatan juga dalam proses syura itu baginda mempunyai pendangan yang tersendiri, tetapi baginda akur dengan kehendak syura dan suara ramai, misalnya ketika membuat keputusan mengenai peperangan Uhud, baginda secara peribadi ingin berperang di dalam kota, tetapi majoriti masyarakat, terutama golongan muda ingin berperang di luar kota Madinah. Baginda akur dengan kehendak ramai tersebut. Baginda juga begitu terbuka dalam memerima pandangan dan idea yang baru yang tidak bercanggah dengan prinsip, yang bersifat teknikal dan ijtihadi. Misalnya baginda menerima pandangan Salman al-Farisi yang mencadangkan agar umat Islam membina parit dalam peperangan Khandak. Baginda menerima pandangan tersebut. Baginda memanfaat kepakaran, termasuk kepakaran mereka yang bukan Islam. Ini dapat dilihat dalam peristiwa Hijrah, baginda memenfaatkan Abdullah bin Uraiqat, yang pakar dalam menunjuk jalan yang paling selamat untuk sampai ke Madinah, sedangkan Abdullah bin Uraiqat seorang bukan Islam. Di samping itu, dapat difahami tidak salah mencari “jalan selamat” dalam perjuangan asalkan tidak menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan tercapai. Baginda juga seorang pemimpin yang dinamik, yang bersifat bertenaga dan turut serta dalam kerja-kerja yang penting. Baginda sebagai pemimpin tidak hanya mengarah, tetapi turun padang. Baginda bersama umat merasai susah payah umat dalam melayari kehidupan dan

Page 11: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 11

perjuangan. Baginda duduk di barisan depan dalam peperangan, sebab itu baginda mendapat kecederaan dalam peperangan Uhud. Baginda bersama umat Islam , membina parit dalam peperangan Khandak dalam keadaan yang cukup mencabar dan memeritkan. Nyatalah baginda begitu terbuka, dinamik dalam tindak tanduk baginda dalam memperjuangkan Islam. Baginda bertindak sebagai pemimpin parsipatif, kreatif serta terbuka. Dengan sifat itu, kepimpinan baginda berkesan dan dihormati dan dikasihi.

vi. Bertunjangkan Islam dan sejagat

Perjuangan Rasulullah, merupakan satu perjuangan yang bertunjangkan prinsip dan nilai Islam yang tulen dan bersifat sejagat. Baginda tidak meneruskan semangat asabiyyah kearaban yang kuat pada masa itu. Walaupun baginda tidak menafikan hakikat kearaban baginda, tetapi ianya tidak manjadi prinsip utama dalam tindak tanduknya. Di samping baginda tidak menghapuskan nilai-nilaikearaban yang positif dan bersifat universal, seperti sifat menghormati tetamu, pemurah dan sebagainya. Bukti yang nyata dari semangat kesejagatan baginda, ialah baginda tidak mengutamakan orang Arab dalam pemilihan untuk menjadi golongan utama baginda. Misalnya golongan yang bukan Arab ternyata mendapat pertimbangan baginda contohnya, Bilal bin Rabah dari masyarakat kulit hitam, menjadi muazzin umat Islam, Salman al-Farisi, Suhaib al-Rumi dan sebagainya. Begitu juga kedudukan masyarakat yang terbina di dalamnya negara Islam Madinah terdiri dari masyarakat majmuk, dari sudut keturunan dan kepercayaan. Di sana ada orang Yahudi, Kristian dan Islam. Dan dengan sifat keuniveralan Islam, Islam dapat ditegakkan dan diterima orah masyarakat Madinah. Islam itu sesungguhnya menekankan nilai-nilai sejagat terutama dalam menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Sebab itu, baginda menyatakan jikalau Fatimah puteri baginda sendiri mencuri, dan sabit kesalahannya pastilah dipotong tangannya. Dengan semangat itu, baginda menekankan persaudaraan tulen di kalangan umat Islam yang tidak diikat oleh faktor darah dan keturunan. Sebab itu baginda telah mempersaudaran orang Ansar dan Muhajirin demi kemantapan dan perpaduan umat Islam. Dengan sifat ini, Islam akhirnya menjadi agama sejagat dan dapat berkembangan dengan nilai-nilai

Page 12: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 12

sejagatnya, dengan mesej induknya iaitu untuk membawa dan meratakan “rahmat ke seluruh alam”.

vii. Disiplin dan pengorbanan

Kepimpinan baginda dalam menegakkan perjuangan Islam itu amat menekankan disiplin dan pengorbanan. Pengorbanan merupakan perkara yang sinomim dengan Islam.Pengorbanan itu pula berkait langsung dengan disiplin yang tinggi. Maka tepatlah kata-kata Saidina Ali yang menyatakan “Kepalsuan yang tersusun rapi akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun rapi”. Semangat berkorban ini memang dihayati oleh baginda dalam kehidupan baginda. Saidatina Aishah pernah menceritakan bahawa rumah baginda pernah tiga bulan tidak dihidupkan dapur kerana tidak ada apa yang hendak di masak. Baginda sekeluarga hanya makan “dua benda hitam”, iaitu air dan tamar sahaja. Baginda dan umat Islam berkorban meninggalkan segalanya di Makkah kerana melakukan penghijrahan ke Madinah. Sebelum itu umat Islam telah diboikot, terutama dalam bidang ekonomi. Baginda dan umat Islam terpaksa berjihad dengan senjata untuk mempertahankan dan mendaulatkan Islam. Perjuangan baginda juga di samping menekankan pengorbanan ianya mesti bertunjangkan juga disiplin yang tinggi. Asas disiplin tinggi yang ditekankan ialah ketaatan dan kepatuhan terhadap arahan yang diberikan. Perkara ini merupakan arahan dari Allah melalui firmanNya yang bermaksud: “Taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta ulil amri di kalangan kamu” (An-Nisa: 59). Terdapat banyak sekali Sabda baginda yang menekankan tentang ketaatan yang perlu diutamakan, seperti sabda baginda yang bermaksud: “Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka atau tidak selama mana ianya tidak di suruh melakukan maksiat, maka tidak adalah kewajipan untuk didengar dan ditaati” (Riwayat Muslim). Disiplin dan ketaatan merupakan asas kekuatan kepada umat Islam. Misalnya dengan semangat itulah maka Saidina Ali bin Abi Talib sanggup menggantikan baginda dan tidur di tempat baginda pada malam penghijrahan baginda ke Madinah, walaupun ianya penuh dengan risiko. Tanpa ketaatan umat Islam mengalami masalah malah kekalahan, ini dapat di lihat melaui peperangan Uhud yang mana pada awalnya umat Islam telah menang, tetapi akhirnya kalah kerana

Page 13: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 13

ada di kalangan umat Islam yang tidak taat kerana mengingkari arahan Rasulullah agar umat Islam jangan maninggalkan posisi masin-masing walau apa yang berlaku. Menyentuh tentang kepentingan pengorbanan dalam Islam, Khuram Murad (1987:9), menyatakan “sesungguhnya pengorbanan akan menyuburkan kualiti dalaman yang positif bagi manusia. Dalam perjuangan Islam, perjuangan itu memperteguhkan kesetiaan dan keimanan kepada Allah. Di samping itu pengorbanan dan iltizam itu merupakan interaksi dua hala, iaitu lebih kuat teguh keimanan, lebih besarlah semangat dan kesanggupan untuk berkorban, dan lebih besar pengorbanan akam membawa lebih teguh dan mendalam pula keimanan”. Nyatalah disiplin dan pengorbanan merupakan saudara kembar yang mempengaruhi perjuangan. Ianya telah diperlihatkan oleh Rasulullah dan generasi awal dalam membawa, mempertahan dan memperluaskan Islam.

viii. Usaha dan tawakkal

Kepimpinan Rasulullah merupakan kepimpinan yang berlandaskan kepada konsep usaha dan tawakkal kepada Allah. Ini merupakan jelmaan dari konsep Islam yang menekankan konsep usaha. Di dalam al-Quran terdapat tidak kurang dari 360 perulangan kata yang berkaitan dengan usaha dan amal. Malah dalam Islam kaya dengan istilah yang berkait dengan usaha, seperti istilah amal, ikhtiar, jihad dan tawakkal. Perjuangan Islam merupakan kombinasi antara ikhtiar insani dengan perancangan rabbani. Oleh itu, dalam sejarah baginda penuh dengan siri-siri jihad bersenjata di samping usaha-usaha yang lain. Dalam peristiwa Hijrah, baginda merancang dan berusaha serta bertawakkal kepada Allah. Allah akan membantu mereka yang membantu diri mereka sendiri, misalnya pertolongan Allah jelas nampak dalam peristiwa Hijrah tersebut, apabila Rasulullah mampu keluar dari kepungan golongan musyrikin dengan hanya membaca sepotong ayat al-Quran dan menaburkan debu tanah ke arah mereka. Dengan adanya konsep tawakkal yang tepat ini ianya akan memandu umat dalam setiap usaha dan kegiatan mereka. Umat akan bersyukur jikalau mereka berjaya kerana kejayaan itu pastinya dengan izin Allah dan tenaga yang diberikan olah Allah kepada mereka, dan jikalau mereka kalah atau tidak berjaya mereka tidak akan terlalu kecewa, kerana mereka telah berusaha. Dalam perjuangan yang

Page 14: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 14

ditanya ialah sejauhmana kamu berusaha, dan tidak ditanya sejauh mana kejayaannya. Rasulullah berjaya menerapkan konsep usaha dan tawakkal ini dalam usaha baginda memperjuangkan Islam.

ix. Tarbiyah, dakwah dan daulah

Kepimpinan Rasulullah dan intisari perjuangan baginda berpaksikan kepada tarbiyah, dakwah dan daulah. Tarbiyah merupakan perkara asas dan pra-syarat yang mesti ada dalam sesuatu perjuangan. Dengan tarbiyah yang sempurna, lengkap dan menyeluruh, akan melahirkan pejuang yang mantap matlamat dan wawasan hidupnya, teguh peribadinya, dan yakin terhadap perjuangannya. Pejuang yang sedemikian ini yang telah berjaya dilahirkan oleh baginda yang bukan hanya membantu baginda semasa hayat baginda, tetapi sebagai penerus obor perjuangan setelah kewafatan baginda. Pemimpin yang tulen ialah pemimpin yang bersifat murabbi dan muaddib, yang dapat melahirkan pula pemimpin yang hebat dan berwibawa selepasnya. Dengan tarbiyah yang mantap mampu melahirkan pengikut yang setia dan gigih serta taat dalam perjuangan. Hakikatnya, tarbiyah yang dilaksanakan akan melahirkan pengikut yang benar menjadi aset kepada perjuangan, bukan sebaliknya, yang membantu dan menyumbang ke arah kecemerlangan dan kelangsungan perjuangan. Pentarbiyahan yang sempurna bukan hanya melahirkan individu yang “baik” dalam ertikata untuk diri sendiri, tetapi mampu memperbaiki masyarakat dan negara secara keseluruhannya.Ini sejajar dengan difinisi manusia “baik” menurut baginda ialah “manusia yang banyak manfaatnya untuk orang lain”. Manusia yang ditarbiyah dengan sebegitu rupa, perlu berperanan sebagai pendakwah yang berkesan. Justru usaha dakwah itu perlu dilaksanakan. Perlaksanaan dakwah sebenarnya merupakan penzahiran kepada kefahaman dan pentarbiyahan yang berkesan tersebut. Dakwah dilaksanakan dengan pengertian hikmah yang tepat yang mengembil kira faktor kekuatan dalaman, ancaman dan cabaran, serta resiko dan peluang. Dengan strategi dakwah yang berkesan, perjuangan Islam dapat berkembang dan merakyat dalam masyarakat. Tarbiyah dan dakwah tidak akan sempurna untuk merealisasikan Islam secara “kaafah” tersebut tanpa daulah. Perlu ditegaskan bahawa, tarbiyah dan dakwah itu merupakan mukaddimah kepada daulah. Dengan adanya daulah Islamiyah di

Page 15: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 15

Madinah, Islam dapat dilaksanakan seutuh dan setulennya dalam kehidupan individu, bermasyarakat, bernegara dan seterusnya. Daulah itu bukan hanya perlu ditegakkan, tetapi perlu dipertahankan. Dengan itu, proses-proses tarbiyah, dakwah, jihad perlu terus berlaku dalam saling kukuh mengukuh antara satu sama lain demi kedaulatan Islam.

x. Agenda dan pendekatan

Berdasarkan kepada pemaparan ringkas terhadap kepimpinan Rasulullah diatas, ianya boleh dirumuskan dalam usaha kita merangka agenda dan pendekatan yang berhikmah dalam kepimpinan dan pengurusan. Iaitu:

Memberikan penekanan kepada pembangunan sumber manusia yang dibentuk dan diolah berdasarkan pendekatan keislaman yang mencakup persoalan kerohanian, keinteklektualan dan kejasmanian, secara seimbang dan sepadu. Proses ini penting untuk melahirkan pemimpin dan aktivis gerakan Islam yang kompeten.

Membentuk matlamat jangka panjang dan jangka pendek dengan membuat rangka kerja yang sesuai, praktikal dengan mengambil kira cabaran, peluang serta keutamaan. Budaya kerja yang tidak berperancangan sepatutnya tiada dalam kamus pekerja gerakan Islam.

Menyuburkan budaya “amal jamaie” dalam usaha menyebarluaskan Islam, terutama di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan itu kerja yang banyak menjadi sedikit, serta kerja yang berat menjadi ringan. Penghayatan semangat amal jamaie ini akan membolehkan setiap potensi dan bakat yang ada dapat dimanfaatkan, dan mereka merasakan tanaga dan usaha serta bakat mereka dihargai. Mereka akan lebih komited dengan penglibatan yang sedemikian.

Usaha dan kesungguhan di kalangan penggerak Islam perlu dipertingkatkan. Hal ini perlu dilaksanakan kerana cabaran serta kerja dakwah ini semakin banyak dan mencabar. Oleh itu, usaha dan tenaga yang diperlukan bukan kepalang. Penggerak Islam yang

Page 16: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 16

diperlukan bukan hanya ramai dari sudut kuantitinya, tetapi tinggi kualitinya serta rajin serta komited.

Usaha untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa perlu diusahakan. Kepimpinan sebenarnya boleh dipelajari dan perlu dipelajari. Oleh itu usaha berterusan ke arah itu perlu dilakukan. Mudah-mudahan gerakan Islam tidak akan ketandusan pemimpin yang berwibawa.

Terbuka dan kreatif merupakan sifat yang perlu ada pada gerakan Islam dan pengerak gerakan Islam. Terbuka dan kreatif dalam erti kata yang positif dan tentunya tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip Islam. Dengan itu gerakan Islam akan mampu memberikan jawapan yang pasti terhadap persoalan masyarakat dengan prinsip Islam, sesuai dengan cabaran dan tuntutan semasa. Untuk itu, pendokong gerakan Islam perlu menjadi orang yang menekuni ilmu dalam pelbagai bidang, penyaring yang baik terhadap apa yang datang dari luar, serta peramal yang berfakta terhadap realiti dan masa depan.

Disiplin merupakan salah satu pra-syarat kejayaan. Oleh itu, penggerak Islam perlu meningkatkan tahap disiplin mereka. Ini melibatkan pembawaan diri secara peribadi, menghayati semangat syura, mentaati kepimpinan dan arahan. Dengan itu, usaha untuk melakukan usaha islah dalam masyarakat akan mudah dilaksanakan dan akan lebih berkesan.

Pengorbanan merupakan rakan kongsi kepada sebuah perjuangan. Oleh itu, semangat untuk bekorban dengan penuh keikhlasan perlu dipupuk dan disuburkan. Sesungguhnya mana-mana perjuangan itu menagih pengorbanan. Sama-samalah kita memahami dan menghayati pengorbanan berdasarkan tahap serta kemampuan masing-masing.

Tarbiyah, dakwah dan daulah perlulah difahami secara tepat dan wajar.Ianya perlu bukan hanya difahami, tetapi perlu juga diamalkan dan direalisasikan demi kelangsungan hayat Islam itu sendiri.

Dalam konteks Malaysia, tentunya peranan Islam akan tetap

Page 17: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 17

menjadi isu utama, kerana sejarah membuktikan Islamlah yang menjadi pentakrif terhadap perkembangan dan kemajuan umatnya. Dan ini sesungguhnya menuntut agar usaha untuk mempastikan Islam menjadi pantakrif dan nilai utama dalam arus perdana masyarakat terus dilaksanakan dengan lebih giat lagi.

3. PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W: ANALISIS DARI SUDUT KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, diantara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama

Page 18: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 18

sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu."(http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad . 10 Mei 2010)

Page 19: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 19

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1. PENGENALAN

Khulafa al-Rasyidin atau Khulafa al-Rasyidun (jamak kepada Khalifa al-Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa al-Rasyidin terdiri daripada empat sahabat:

xi. Saidina Abu Bakar, 632-634 Mxii. Saidina Umar al-Khattab, (Umar І) 634-644 Mxiii. Saidina Uthman Affan, 644-656 Mxiv. Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Khalifah (bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat Islam setelah Nabi Muhammad wafat. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah). Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amir al-Mu'minin yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan.

2. ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Abu Bakar al-Siddiq (bahasa Arab: الصديق بكر -Abū Bakr al أبوSiddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634M. Beliau pada awalnya digelar Abd. al-Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar

Page 20: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 20

membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran al-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah. Saidina Abu Bakar al-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622M, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah s.a.w mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w.

Beliau mendapat gelaranas-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah s.a.w. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah s.a.w. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. Antara

Page 21: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 21

sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam kepimpinan dan pengurusan Islam termasuklah:

a. Peperangan Islam-Riddah

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

b. Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan Riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan Riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

c. Pengumpulan al-Quran

Page 22: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 22

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khattab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634M di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah yang baru. Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

3. UMAR AL-KHATTAB

Saidina Umar ibni al-Khattab (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun. Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya. Semasa Nabi Muhammad mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam. Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan

Page 23: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 23

mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Saidina Umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w. Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masihi, Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam. Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islamberkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk

Page 24: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 24

kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana. Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah. Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.

i. Kepimpinan Umar al-Khattab

Salah satu ciri yang menjadi asas kejayaan sesebuah kepemimpinan ialah kegigihan mencapai matlamat atau natijah perjuangan. Inilah misalnya yang ditunjukkan oleh Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.a. yang berjaya memimpin negara Madinah berasaskan matlamat yang suci, sebagaimana yang jelas dalam ucapannya, "Perumpamaan bangsa Arab adalah seperti unta yang kesakitan hidung. Ia akan mengikut arahan gembalanya. Oleh itu gembalanya harus berhati-hati, ke arah mana ia patut dipandu. Bagiku, demi Tuhan kepada Kaabah ini, akan kupimpin mereka ke jalan yang benar." Dalam riwayat yang lain disebut bahawa beliau menegaskan, "Ya Allah, aku ini kasar, jadikanlah aku lemah-lembut; aku ini lemah, kurniailah daku kekuatan. Bangsa Arab ini ibarat unta yang tiada

Page 25: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 25

pedoman dan tali kekangnya berada di tanganku. Saksikanlah bahawa aku akan memastikannya berada pada landasan yang benar."

Dengan matlamatnya membawa masyarakat pimpinannya menuju kebenaran, Khalifah Umar r.a. mengambil langkah dengan membentuk dasar-dasar yang jelas disasarkan bagi mencapai matlamat tersebut. Lihat sahaja pada dasar pentingnya seperti musyawarah (perundingan), perlantikan pegawai kerajaan berasaskan kelayakan dan kepakaran, pengawasan menyeluruh (al-riqabah) yang membabitkan pengawasan pentadbiran dan pengawasan rakyat dan amalan hisbah (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran). Menyentuh tentang dasar pengawasan pentadbiran, Khalifah Umar menetapkan pengawasan dan pemantauan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya oleh semua pihak. Antara langkah yang diambil bagi menjayakan dasar ini ialah memastikan bahawa semua gabenor wilayah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan berada di Makkah pada musim haji, iaitu apabila semua penduduk dari seluruh pelosok dunia Islam berkumpul di kota suci Makkah. Dalam perhimpunan umum yang diadakan, Khalifah Umar r.a. memberikan peluang kepada individu atau rakyat yang mahu mengemukakan aduan atau ketidakpuasan hati terhadap pegawai-pegawai kerajaan secara langsung di hadapan khalifah dengan kehadiran pegawai-pegawai berkenaan. Malah, aduan-aduan kecil juga dibuat oleh rakyat dalam perhimpunan tersebut. Selain itu, bagi menjayakan dasar pengawasan pentadbiran negara ini, pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan setelah tamat perkhidmatan. Sebagai contoh, gabenor Bahrain pernah dikenakan tindakan kerana gagal mengemukakan bukti yang sah bagi sumber pendapatan dan kuda berbaka baik yang dimiliki semasa bertugas di negeri berkenaan.

Langkah lain yang dilaksanakan oleh Khalifah `Umar r.a. bagi melaksanakan dasar pengawasan ini ialah beliau dan pembantu-pembantunya menyusun kegiatan rondaaan di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan jelas tentang kehidupan rakyat. Kisah bagaimana Khalifah Umar r.a. menyelesaikan dengan sempurna permasalahan yang dihadapi oleh rakyat seperti kemiskinan begitu masyhur dan ia jelas menggambarkan keadilan

Page 26: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 26

dan kebertanggungjawabannya yang amat tinggi sebagai pemimpin. Bagi dasar pengawasan rakyat pula, setiap rakyat diberikan peluang mengawasi pentadbiran dalam semua segi termasuklah sistem pentadbiran khalifah sendiri. Ini memberikan peluang kepada pemimpin dan gabenor untuk menerima teguran dan mengakui kesilapan, jika sememangnya kesilapan tersebut benar-benar dilakukan. Di samping itu, pemimpin dan gabenor juga berpeluang meyakinkan orang ramai tentang kebenaran diri serta tindakan mereka, jika mereka sememangnya berada di pihak yang benar.

ii. Pengurusan Umar al-Khattab

Melalui dasar telus dan terbuka, ternyata Khalifah Umar r.a. mendidik setiap pegawai kerajaannya supaya sentiasa beriltizam tinggi untuk melaksanakan amanah yang diserahkan dengan penuh rasa tanggungjawab, bukan untuk mencapai tujuan atau kepentingan tertentu. Pemantauan menyeluruh terhadap pencapaian dan kesungguhan mereka melaksanakan tugas juga mendorong mereka untuk sentiasa berhati-hati. Bagi rakyat pula yang diberikan peluang untuk terbabit secara langsung dalam pemantauan urusan pentadbiran negara, mereka dibimbing untuk mencontohi nilai-nilai mulia yang dipamerkan oleh pemimpin, terutama khalifah sendiri seperti benar, beramanah dan bertanggungjawab, dan adil serta saksama.

Menelusuri zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a. ternyata beliau telah mencatat kejayaan yang begitu besar meskipun tempoh pemerintahannya agak singkat, iaitu sekitar sepuluh tahun. Antaranya termasuklah pengasasan Baitul Mal, mahkamah dan perlantikan hakim (qadi), pembentukan beberapa buah jabatan penting seperti jabatan perang dan ketenteraan (Diwan al-Jund), Diwan al-Kharaj, jabatan jenayah dan polis, pembinaan terusan, pewujudan cukai terhadap hasil laut dan perlantikan pegawai pemungut cukai bagi hasil berkenaan, pembinaan rumah tumpangan untuk jemaah haji diantara Makkah dan Madinah, penubuhan kota-kota penting seperti Basrah dan Kufah. Selain itu, pada zamannya juga wilayah penguasaan tamaddun Islam diperluas lagi. Beliau telah berjaya menakluk Mesopotamia dan sebahagian Parsi serta Mesir, Palestin, Sham, Afrika Utara dan Armenia. Jika diteliti dengan

Page 27: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 27

mendalam, setiap ciri kehidupan diberikan perhatian yang tinggi oleh Khalifah Umar; ibadah, siasah dan pentadbiran negara, muamalat dan kewangan, undang-undang dan keadilan serta pendidikan keilmuan. Dalam bidang keilmuan, Khalifah Umar r.a. memberikan dorongan yang besar terhadap usaha menuntut ilmu dan menjadikan Madinah sebagai kota atau pusat pengeluaran fatwa serta ilmu fiqh.

Sesungguhnya Khalifah Umar menjadi lambang pemimpinagung yang memiliki makna diri yang tinggi. Berasaskan ketaqwaan, beliau berupaya mengenali dirinya dan mengetahui dengan jelas makna dan arah tujuan hidupnya. Maka dengan yang demikian pula, beliau memiliki keupayaan untuk membimbing rakyat pimpinannya menuju matlamat dan jalan yang benar dan yang diredai Allah s.w.t. Kisah perjuangan dan kepimpinan Umar r.a. juga memberikan isyarat yang penting kepada kita bahawa bukan pemimpin sahaja yang menggalas tanggungjawab dan amanah yang berat, malah rakyat juga memiliki tanggungjawab yang sama. Ini kerana, di tangan merekalah letaknya kuasa memilih pemimpin. Jika yang menjadi pilihan ialah pemimpin yang benar, bertanggungjawab dan yang bertekad mahu memimpin mereka kepada kebenaran sebagaimana yang ditegaskan oleh Khalifah Umar maka akhirnya kepada kebenaranlah mereka akan dibimbing dan dipimpin. Jika yang sebaliknya dipilih oleh mereka, maka kesan dan mudaratnyalah yang akan ditanggung oleh mereka. Benarlah kata-kata Khalifah Umar bahawa kekuasaan merupakan suatu bentuk ujian, sama ada bagi pemimpin mahupun juga rakyat yang dipimpin; "Tuan-tuan sekalian, aku ini hanyalah salah seorang daripada kamu. Jikalah tidak disebabkan cadangan khalifah Rasulullah yang lalu, yang tidak sepatutnya ditolak, maka aku tidak akan menerima jawatan ini. Sesungguhnya Allah menguji kamu dengan pelantikanku, sebagaimana Dia mengujiku dengan memimpin kamu..."

4. UTHMAN BIN AFFAN

Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam

Page 28: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 28

suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran) daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain. Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar al-Khatab dibunuh pada tahun 644M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644M sehingga tahun 656M. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Secara ringkasnya; sumbangan Uthman bin Afan dalam kepimpinan dan pengurusan Islam termasuklah;

i. Orang pertama yang berhijrah ke negeri Habsyah (Eritheria) di atas arahan Rasulullah s.a.w. Iaitu bersama isterinya Ruqayyah bt. Rasulullah s.a.w. Daripada Anas r.a. berkata: “Orang yang pertama dari kalangan muslimin berhijrah ke Habsyah bersama ahli keluarganya ialah Uthman bin Affan. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Kedua-duanya ditemani oleh Allah. Sesungguhnya Uthman bin Affan itu ialah orang yang paling pertama berhijrah ke jalan Allah bersama dengan keluarganya selepas Nabi Allah Lut berbuat demikian.”

ii. Tokoh yang terlalu banyak menyumbangkan harta miliknya ke jalan Allah, contoh yang paling terkenal, ialah dalam penyediaan tentera Jihad Usrah. “Berkata Adurrahman bin Habbab: Aku telah

Page 29: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 29

menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberangsangkan bagi persiapan untuk tentera yang menghadapi kepayahan. Maka Uthman bin Affan dapat tahu hal itu, lalu berkata: Ya Rasulullah, untuk itu hamba sumbangkan 100 ekor unta yang semata-mata ke jalan Allah. Selepas itu pula Nabi s.a.w. mengiklankan keperluan untuk kegunaan para tentera sendiri. Maka Uthman r.a. berkata: Ya Rasulullah, hamba sumbangkan lagi 300 ekor unta yang lengkap dengan kelengkapan seperlunya, semata-mata ke jalan Allah. Kata Abdurrahman, aku lihat Rasulullah s.a.w. turun dari atas mimbar, lalu berkata: Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua.” Begitu juga dalam Hadith al-Tirmizi: “Daripada Ab. Rahman bin Samurah, berkata: Uthman telah datang bertemu Nabi s.a.w. membawa seribu dinar ketika menyediakan keperluan zaman susah tentera. Maka lalu dilonggokkan di hadapannya, maka Nabi s.a.w. lalu membelek-belekkannya sambil bersabda: Apa-apa yang Uthman lakukan selepas hari ini, tidak akan menjejaskannya (dua kali).”

iii. Uthman bin Affan membeli sebuah perigi dengan wangnya sendiri dan diwakaf untuk kegunaan seluruh Muslimin di Madinah, sedangkan di Madinah waktu itu sukar mendapat sumber air. Keterangannya melalui Hadith riwayat al-Tabarani dan Ibnu Asakir: Daripada Basyir al-Aslami, berkata: “Bila kaum Muhajirin tiba di Madinah, mereka mengalami amat sukar mendapat air. Dan hanya terdapat sebuah perigi milik seorang lelaki daripada Bani Ghifar, perigi itu dikenali dengan perigi Romah. la menjual aimya setimba dengan harta satu mud (kadar wang yang digunakan zaman itu). Lalu Nabi s.a.w. menawarkan untuk membelinya dengan janji sebuah perigi di dalam syurga kelak. Jawabnya Ya Rasulullah, tidak ada lagi perigi yang lain milikku dan anak-anakku. Dan aku tidak dapat menerima tawaran itu.” Berita itu sampai ke pengetahuan Uthman r.a., lalu segera membelinya dengan harga 35 000 dirham (satu harga yang tidak ada siapa yang mampu membelinya). Kemudian dia datang menghadap Nabi s.a.w. lalu bertanya: “Ya, RasuluIlah, adakah tuan masih menawarkan untuk saya seperti tuan tawarkan kepada empunya perigi itu untuk mendapatkan sebuah perigi di syurga kalau saya dapat membelinya?” Jawab Nabi s.a.w.: “Ya” lalu kata Uthman r.a: “sebenarnya, saya telah pun membelinya dan mewakafkan untuk kegunaan semua Muslimin.”

Page 30: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 30

iv. Keberanian dan kesanggupan Uthman bin Affan r.a. menempuh maut semata-mata kerana arahan RasululIah s.a.w. sebagai wakilnya kepada pihak Musyrikin Quraisy di Makkah iaitu dalam peristiwa Hudaibiyah pada tahun 6H. Pada mulanya Nabi s.a.w. cuba melantik Umar bin al-Khattab r.a., yang terkenal keberaniannya, tetapi Umar berkata: “Wahai Rasulullah, hamba bimbang keselamatan diri hamba dari Quraisy itu. Kerana di Makkah tidak ada seorang pun keturunan Bani Adi yang boleh melindungi hamba. Sedangkan kaum Quraisy itu benar-benar mengetahui permusuhan hamba dan kekasaran hamba terhadap mereka dulu. Tetapi hamba boleh tunjukkan seorang lelaki yang lebih berkemampuan daripada hamba, iaitu Uthman bin Affan.”

v. Uthman bin Affan r.a. satu-satunya manusia yang mendapat penghormatan daripada Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana tidak berlaku di dalam dunia ini seorang manusia dapat mengahwini dua orang puteri Nabi, lebih-Iebih lagi puteri kepada Rasul terakhir (Khatam al-Nabiyin). Sebab itu ia digelar, Zu al-Nurain (yang memiliki dua cahaya, yakni dua puteri Nabi). Penjelasan ini terdapat dalam Hadith riwayat al-Baihaqi; Daripada Abdullah bin Umar bin Aban al-Ju’fi, berkata: “Bapa saudaraku Hussain al-Ju’fi bertanya kepadaku: Tahukah kamu, mengapakah Uthman itu digelar pemilik dua cahaya? Kataku: Tidak, lalu katanya: Sejak Allah jadikan Adam hinggalah ke hari kiamat tidak pernah ada orang yang mengumpul (mengahwini) dua orang puteri Nabi, selain Uthman. Maka sebab itu digelar Zu al-Nurain (pemilik dua cahaya).” Mula-mula Uthman r.a. mengahwini Ruqayyah bt. Rasul s.a.w. yang meninggal dunia pada malam peperangan Badar, kemudian Rasulullah s.a.w. kahwinkannya pula dengan adiknya Ummu Kalthom. Rasulullah s.a.w. mengahwinkan puterinya dengan Saiyidina Uthman r.a. bukanlah seperti bapa-bapa biasa yang mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan seseorang lelaki dengan pilihan dan sebab-sebab tertentu yang dimaklumi umum, berbanding Rasulullah s.a.w. ketika mengahwinkan  puterinya dengan Uthman adalah arahan wahyu Allah s.a.w. Kenyataan ini berdasarkan al-Tabarani daripada Hadith Ibn Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w. bersabda: “sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewahyukan kepadaku supaya aku kahwinkan anakandaku dengan Uthman.”

Page 31: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 31

vi. Dalam zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. berlaku kemelesetan di bumi Hijaz akibat kemarau panjang. Tanaman gandum dan buah-buahan rosak dan kering. Khalifah cemas sekali, lalu Saiyidina Uthman r.a. menghadiahkan bahan-bahan makanan dan minuman dari satu kafilah besar milik peribadinya yang baru tiba dari wilayah Syam. Kafilah itu dianggarkan terdiri daripada 1000 ekor unta yang penuh muatan, semuanya dihadiahkan percuma kepada kaum Muslimin. vii. Uthman r.a. merupakan seorang sahabat yang dijamin untuk menghuni Syurga Allah oleh Rasulullah s.a.w. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap Nabi itu ada teman karibnya, teman karibku di dalam syurga kelak ialah Uthman.” Begitu juga pengakuan daripada Rasulullah s.a.w. yang di catatkan oleh Ibn Abd. al-Bar: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Aku telah memohon kepada Tuhanku Yang Maha Agung supaya tidak memasukkan ke dalam neraka sesiapa sahaja yang pernah bermenantukan Aku atau Aku menjadi menantunya.”

viii. Uthman bin Affan r.a. berperibadi terlalu mulia, baik dalaman mahupun luaran, sehinggakan para malaikat sendiri pun segan dan malu kepadanya. Perkara ini  dijelas oleh Muslim dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Bahawa sedang Rasulullah s.a.w. duduk berbaring-baring di katilku, badannya diselimut dengan kain panjangku (dengan terbuka di sana sini). Kemudian datang Abu Bakar dan kemudian datang Umar r.a. memohon izin untuk berbincang sesuatu. Baginda s.a.w. berkeadaan begitu hingga mereka meminta diri untuk pulang. Kemudian Uthman r.a. pula datang, kali ini Rasulullah s.a.w. terus bangun membetulkan kedudukan dan pakaiannya baik-baik. Apabila selesai perbincangan dan Uthman r.a. pulang. Aku bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa saya lihat kamu tidak cemas atau terburu-buru ketika menerima kedatangan Abu Bakar dan Umar r.a., tidak seperti kedatangan Uthman r.a.?” Lantas jawab Rasulullah s.a.w: “Apakah tidak wajar aku segan dan malu kepada seseorang yang malaikat sendiri pun segan dan malu kepadanya.”

Page 32: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 32

ix. Uthman bin Affan r.a. dipilih sebagai salah seorang penulis wahyu pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., digandingkan dengan Ali bin Abi Talib r.a. Ketika Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah, Saiyidina Uthman r.a. terus dilantik menjadi setiausaha negara. Sebenarnya, masih banyak lagi kelebihan-kelebihan Saiyidina Uthman yang melambangkan satu nilai ketokohan dan ketinggian iman seorang sahabat besar kepada Rasulullah s.a.w. yang dizahirkan melalui cara kepimpinan dan pengurusannya, sehingga Nabi s.a.w. sendiri mengakuinya sebagai personaliti yang terbaik, dan bakal menjadi penghuni syurga Allah s.w.t. seperti Abu Bakar, Umar, Ali dan juga yang lain-lain.

5. ALI BIN ABI TALIB

Saidina Ali bin Abi Talib ialah khalifah keempat Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah, Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622M , semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda. Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Beliau mengahwini Fatimah al-Zahra, anak Rasulullah s.a.w, ketika beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah s.a.w.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu

Page 33: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 33

baginda demi kemajuan umat Islam. Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632M, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam, adalah dikatakan bahawa Saidina Ali tidak terus membaiah Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Hal ini masih samar-samar. Ahli Sunah wa al-Jamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Golongan Syiah pula percaya Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah. Walau bagaimanapun selepas itu, Saidina Ali menerima perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah. Pada tahun 656M, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh Saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah. Namun ada juga yang mengatakan, keluarnya Aisyah bersama Talhah dan Zubair ibn Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Talib untuk menegakkan hukum qisas terhadap para pembunuh Uthman bin Affan. Ali bin Abi Talib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qisas tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad.

Page 34: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 34

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi. Muawiyyah, yang menyimpan cita-cita politikyang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru al-Ash dan Abdullah ibn Abbas. Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad, Sa'ad ibn Abi Waqqas dan Usamah ibn Zaid. Kepimpinan dan pengurusan islam ditunjukkan dengan jelas oleh khalifah Ali bin Abi Talib ketika dia menulis surat yang panjang kepada Malik bin al-Haris al-Ashtar sempena perlantikannya sebagai Gabenor Mesir pada tahun 655M. Isi suratnya berbunyi:

“...ketahuilah kamu wahai Malik bahawa aku mengutuskan engkau sebagai pemerintah di negeri yang pada masa lalu pernah mengalami pemerintahan yang adil dan tidak adil. Penduduknya akan memerhatikan tindakan-tindakan kamu dengan mata yang tidak senang, walaupun kamu sebelum ini pernah meneliti tindak-tanduk orang-orang yang kamu pimpin. Mereka juga akan bercakap mengenai kamu seperti apa yang kamu cakapkan mengenai mereka. Hakikatnya, masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang baik. Merekalah yang akan membuktikan kebenaran tindak-tanduk kamu. Oleh itu, harta yang paling berharga yang

Page 35: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 35

amat dicari ialah amalan-amalan baik. Tetapkan iman kamu dan jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang, dan kamu akan dapat mengenal antara yang baik atau sebaliknya. Semaikan di hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu dan biarkan ia menjadi sumber kebaikan dan rahmat kepada mereka. Jangan percaya bahawa mereka seperti orang yang tidak bertamadun dan janganlah merampas apa yang mereka miliki. Ingatlah bahawa rakyat negara itu terbahagi kepada dua. Mereka sama ada saudara seagama dengan kamu atau sebangsa. Mereka mempunyai kelemahan dan boleh melakukan kesilapan, malah sesetengahnya memang melakukan kesalahan. Maafkan mereka seperti kamu mahukan Allahmengampunkan kamu. Ingatlah bahawa kamu diletakkan di atas mereka, begitu juga saya diletakkan di atas kamu. Dan ingatlah bahawa Tuhan mengatasi orang yang melantik kamu sebagai pemimpin bagi membolehkan kamu menjaga kebajikan orang-orang bawahan kamu. Kamu akan diadili atas apa yang sudah kamu lakukan terhadap mereka. Janganlah kamu melanggar perintah Allah kerana kamu bukan saja tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri kamu daripada kemurkaanNya, tetapi kamu juga tidak boleh meletakkan diri kamu di luar belas kasihanNya dan keampunanNya. Jangan berasa bersalah atas tindakan kamu memberi maaf atau bergembira atas hukuman yang kamu jatuhkan terhadap mereka. Janganlah biarkan diri kamu dalam kemarahan kerana ia tidak akan membawa sebarang keuntungan. Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaanNya kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentangNya dan orang yang zalim.

Orang Biasa

Biarkan fikiran kamu menghormati, melalui tindak-tanduk kamu, akan kuasa dan hak Tuhan serta juga hak-hak manusia. Oleh itu pujuklah rakan-rakan kamu dan saudara-saudara kamu supaya turut sama berbuat demikian. Jika tidak,kamu akan bersikap tidak

Page 36: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 36

adil bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap kemanusiaan. Kedua-dua manusia dan Allah akan menjadi musuh kamu.Tidak pernah diketahui ada orang yang menjadikan Allah musuhnya dan jika ini berlaku dia akan dianggap “berperang” dengan Allah sehingga dia mohon ampun. Tidak ada yang boleh menafikan manusia daripada menerima rahmat atau membangkitkan kemurkaanNya kecuali kekejaman. Itulah sebabnya Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan menghukum mereka yang melakukan penindasan itu. Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan. Ingatlah bahwa mereka yang mempunyai keistimewaan itu kecil golongannya dan mereka tidak akan membantu kamu ketika dalam kesusahan. Mereka akan cuba memesongkan keadilan dan akan meminta lebih daripada yang mereka sepatutnya terima. Mereka juga tidak akan bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada mereka. Mereka akan gelisah menghadapi dugaan dan tidak berasa kesal akan kelemahan-kelemahan mereka. Sesungguhnya, rakyat biasalah yang menjadi kekuatan sesebuah negara dan agama. Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain. Lagipun, rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan yang sudah nyata. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia saja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah sebaik mungkin menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyi daripada pengetahuan mereka. Hapuskan kekusutan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran dan hapuskan segala perkara yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan mereka. Lindungi diri kamu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak adil bagi kamu. Jangan tergesa-gesa mencari kebenaran fitnah yang diceritakan kepada kamu kerana orang itu adalah manusia yang tidak jujur serta cuma berpura-pura menjadi sahabat kamu.Janganlah terima nasihat daripada orang yang kedekut kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga

Page 37: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 37

menjadi miskin. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu. Juga jangan terima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia akan menanamkan sifat tamaknya kepada kamu dan menjadikan kamu zalim. Sikap kedekut, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah. Penasihat yang buruk adalah mereka yang pernah berkhidmat kepada pemimpin yang tidak adil dan berkongsi jenayah yang dilakukan. Jadi janganlah sekali-kali menerima orang-orang seumpama ini sebagai penasihat kamu. Kamu boleh mendapat orang-orang yang lebih baik daripada mereka iaitu orang- orang yang dianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh serta tidak dinodai oleh dosa dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Orang seperti ini tidak akan membebankan kamu. Mereka sebaliknya akan menjadi sumber pertolongan dan kekuatan kepada kamu pada setiap masa. Dia akan menjadi kawan kamu dan orang yang asing kepada musuh-musuh kamu. Pilihlah orang seperti ini sebagai rakan baik dalam perjuangan mahupun ketika bekerja. Di kalangan mereka itu juga, tunjukkan minat kamu terhadap mereka yang jujur, walaupun ini kadangkalanya sukar dilakukan. Dekatilah mereka yang jujur dan takutkan Tuhan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak boleh cuba memuji kamu atas sebarang perkara kebaikan yang mungkin kamu belum lakukan. Ini kerana sikap tolak ansur terhadap kata-kata pujian akan hanya memupuk sikap megah dalam jiwa manusia dan ini akan menjadikannya angkuh. Jangan beri layanan yang sama kepada orang-orang yang baik dan yang jahat. Ini akan menghalang mereka yang baik daripada terus mlakukan perkara yang baik dan akan menggalakkan mereka yang jahat supaya terus melakukan perbuatan itu. Berilah pujian kepada mereka yang berhak diberi pujian. Ingatlah bahawa kepercayaan dan muhibah antara pemimpin dan rakyat hanya dapat dipupuk melalui kebaikan, keadilan dan perkhidmatan. Oleh itu pupuklah muhibah di kalangan rakyat kerana hanya muhibah sahaja akan menyelamatkan kamu daripada bencana. Mereka akan membalas sikap murah hati kamu dengan memberi kepercayaan mereka kepada kamu.

Kumpulan Manusia Yang Berbeza

Page 38: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 38

Jangan mengenepikan tradisi – tradisi murni yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang memupuk semangat harmoni di kalangan penduduk, dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan usaha –usaha itu. Mereka yang meletakkan asas tradisi – tradisi ini sudah medapat ganjaran mereka, tetapi jika tradisi – tradisi itu diganggu gugat, ia akan menjadi tanggungjawab kamu, Cubalah sentiasa belajar daripada mereka yang berpengetahuan dan bijak dan mintalah nasihat mereka mengenai urusan-urusan negara supaya kamu dapat mengekalkan keamanan dan muhibah yang sudah diwujudkan. Ingatlah bahawa masyarakat dianggotai oleh pelbagai jenis manusia. Kemajuan sesuatu kumpulan itu bergantung kepada kemajuan yang lain, dan tidak ada yang boleh bergerak secara persendirian tanpa bantuan orang lain. Kita mempunyai bala tentera, kakitngan awam, badan kehakiman, pemungut cukai dan pegawai perhubungan awam. Masyarakat umum pula dianggotai oleh mereka yang beragama Islam dan dhimmi dan dikalangan mereka pula ada ahli perniagaan dan ahli pertukangan, penganggur dan orang yang degil. Allah sudah menentukan hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi. Bala tentera dengan rahmat Allah adalah sebagai benteng kepada manusia dan lambang kebesaran negara. Ia adalah tonggak keimanan dan mengekalkan keamanan negara. Tanpanya sesebuah negara akan tergugat. Bala tentera pula tidak dapat bertahan tanpa sokongan negara. Tentera kita sudah terbukti kuat kerana mereka berjuang kerana Allah, tetapi mereka memerlukan bantuan kebendaan, oleh itu mereka terpaksa bergantung kepada pendapatan negara. Anggota tentera dan orang awam yang membayar cukai, kedua-duanya perlu bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga hakim, pegawai kerajaan dan kakitangannya. Qadi bertanggungjawab dalam pentadbiran awam dan undang - undang jenayah, pegawai kerajaan memungut cukai dan mentadbir negara dengan bantuan kakitangannya. Dan seterusnya peniaga dan pedagang juga menyumbang pendapatan mereka untuk negara. Mereka adalah orang yang menjalankan pasaran dan berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kehendak sosial. Allah memberi peluang yang adil pada semua orang, ada hak dalam semua kelas dalam pentadbiran di mana pentabdbir perlu memenuhinya. Mencari yang baik untuk

Page 39: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 39

penduduknya, satu tanggungjawab yang tidak boleh dipenuhi dengan sempurna kecuali dia mempunyai minat untuk itu dan meminta pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya, itu adalah kewajipan mereka menjalankan tugas itu dan bersabar ketika berhadapan dengan kesusahan dalam menjalankan tugas. Berikan perhatian khusus kepada kebajikan mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera yang pada pendapat kamu mereka itu taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada ketua. Mereka yang boleh menahan diri ketika dipengaruhi nafsu. Mereka yang mendengar dengan tenang kepada nasihat yang berguna, dan mereka yang boleh membantu orang miskin dan membinasakan yang kuat. Dan mereka yang tidak bertindak ganas apabila dihasut dan sentiasa tetap pendirian. Hendaklah kamu menjaga mereka dengan lembut sebagaimana kamu melayani anak- anak kamu. Jangan kamu mendabik dada mengenai kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka dan jangan pula memandang ringan kemesraan yang mereka tunjukkan kepada kamu. Sikap seperti ini akan menimbulkan rasa ketaatan, kesetiaan dan baik sangka antara kamu dan mereka. Kamu hendaklah melayan kehendak mereka walau sekecilmana sekalipun. Janganlah kamu berpuashati dengan pertolongan yang sudah diberikan kepada mereka, kerana kadangkala, permintaan yang kecil jika diberi perhatian akan mendatangkan kelegaan yang amat besar kepada mereka. Sudah tentu mereka ini tidak akan lupa jasa – jasa kamu dan ketika kamu memerlukan pertolongan mereka. Adalah berfaedah jika kamu memilih Ketua Turus Tentera daripada mereka yang sanggup menunaikan tugas dan bertanggungjawab membantu askar – askarnya. Mereka yang mengatasi pegawai –pegawai lain dalm memberi kebaikan kepada askar- askarnya dan menjaga keluarga mereka apabila mereka pergi ke perbatasan dan dengan demikian seluruh anggota tentera akan bersatu padu. Perpaduan ini akan memberi mereka lebih kekuatan apabila menentang musuh. Kekalkan sikap lemah-lembut terhadap mereka supaya mereka terasa sentiasa bersama kamu. Hakikatnya kegembiraan sebenar seseorang pentadbir dan keselesaan yang memuaskan terletak kepada usahanya menegakkan keadilan dalam negeri dan mengekalkan hubungan mesra dengan rakyat. Kejujuran perasaan mereka dicurahkan melalui kecintaan dan penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kamu, dan ini dapat mengekalkan keselamatan pentadbir. Nasihat kamu kepada askar-askar tidak

Page 40: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 40

berguna kecuali dan sehingga kamu menunjukkan sikap kasih sayang kepada anggota tentera dan pegawai-pegawainya supaya mereka tidak menganggap kerajaan sebagai beban yang menindas atau membawa kepada kejatuhannya. Teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpamanya itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani dan mengalakkan yang penakut menjadi berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya. Berhati-hatilah ketika memilih pegawai bagi badan kehakiman kerana ia adalah badan tertinggi yang mungkin dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan sendiri. Sahkan jawatan mereka setelah mereka menjalani latihan dan ujian. Jangan memilih mereka untuk jawatan yang memerlukan amanah yang tinggi kerana hubungan peribadi atau dipengaruhi oleh orang lain. Ini membawa kepada ketidakadilan dan rasuah. Pilihlah mereka yang berpengalaman, tegas, kuat imannya dan daripada keluarga yang baik untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi. Mereka yang seumpama itu tidak mudah mengalah dengan godaan nafsu dan akan menjalankan tugas mereka dengan baik. Naikkanlah gaji mereka supaya mereka dapat hidup lebih selesa. Taraf hidup yang baik dapat membersihkan diri daripada kejahatan. Mereka tidak akan terdorong untuk mencukai pendapatan orang bawahan bagi kesenangan mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab sama ada untuk melanggar arahan kamu atau menyalahgunakan kewangan negara. Awasilah mereka dengan orang yang setia dan mulia tanpa pengetahuan mereka. Carilah orang yang jujur dan setia untuk mengawasi pegawai-pegawai ini tanpa pengetahuan mereka. Melalui cara ini, mereka dapat membentuk kejujuran dan memberi perhatian yang sebenar kepada kebajikan orang ramai. Tetapi, apabila ada antara mereka dituduh tidak amanah dan siasatan Jabatan Perisik kamu memdapatinya bersalah, anggaplah bukti ini sudah memadai untuk menghukum mereka. Biarlah hukuman itu berat dan dijalankan di khalayak ramai.

Pentadbiran Kewangan

Page 41: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 41

Pentadbiran kewangan perlu diberi perhatian berat, bagi menjamin kemakmuran mereka yang membayar cukai kepada negara. Kemakmuran orang lain, khususnya rakyat bergantung kepada kemakmuran pembayar cukai. Sebenarnya negara wujud kerana adanya pendapatan. Kamu mesti menganggap perniagaan tanah pertanian yang diusahakan lebih penting daripada memungut cukai, kerana cukai tidak dapat dikutip jika tanah tidak produktif. Mereka yang meminta hasil tanpa membantu petani memajukan tanahnya, menimbulkan kesukaran yang tak diingini kepada petani dan menghancurkan negara. Pemerintahan orang yang seperti itu tidak akan berkekalan. Orang seumpama itu tidak lama jadi pemerintah. Jika petani meminta dikurangkan cukai tanah kerana tanamannya musnah diserang serangga, kemarau, banjir atau tanah tidak subur, maka kurangkan cukai mengikut kadar yang sepatutnya. Dengan itu keadaan hidup mereka akan bertambah baik. Usah dibimbangkan soal kekurangan pendapatan kepada negara kerana satu hari nanti tanah itu akan mendatangkan kemakmuran yang berlipat ganda dan membolehkan kamu memperbaiki keadaan bandar kamu dan menaikkan imej negeri kamu. Rakyat akan percaya kepada keadilan yang kamu tegakkan itu. Keyakinan yang diberikan kepada kamu ini akan menambahkan kekuatan kamu kerana mereka akan bersedia pula untuk berkongsi beban bersama kamu. Kamu mungkin dapat menempatkan sebanyak manusia di tanah pertanian, tetapi perasaan tidak puas hati akan menyelubungi mereka jika tanah tidak dimajukan. Punca petani menjadi binasa adalah kerana pemimpin yang tamak, cuba mengaut kekayaan berlipat ganda kerana bimbang dia tidak kekal lama. Mereka yang sedemikian adalah orang yang tidak belajar dari pengalaman dan teladan masa lalu.

Golongan Kerani

Sentiasa awasi kakitangan kamu dan pilihlah yang terbaik di kalangan mereka untuk mengendalikan urusan surat menyurat sulit kamu. Mereka yang berakhlak tinggi dan yang kamu percayai. Mereka yang tidak akan mengambil kesempatan mempergunakan kedudukan istimewa untuk menentang kamu dan mereka yang apabila menulis perjanjian, tidak terpangaruh dengan nafsunya dan menjejaskan kepentingan kamu atau gagal menjelesaikan masalah kamu. Pilihlah mereka yang apabila menjalankan tugas sedar

Page 42: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 42

betapa beratnya tanggungjawap mereka. Mereka yang tidak sedar tanggungjawabnya sendiri sukar menghargai tanggungjawab orang lain. Janganlah memilih semata-mata berasaskan kekuatan pandangan pertama, kecintaan dan keikhlasan kamu. Sesungguhnya kepura-puraan boleh menipu pemerintah yang pintar. Pemilihan hendaklah dibuat setelah menjalani tempoh percubaan yang akan menguji kesesuian mereka. Dalam membuat perlantikan terus, pastikan mereka yang dipilih itu mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan mempunyai nama baik di setiap jabatan pentadbiran. Dan ingatlah sebarang kelemahan dikalangan kakitangan kamu, jurutulis yang kamu tidak mengambil berat terhadapnya akan menulis menentang kamu.

Perdagangan dan Perindustrian

Amalkan skim-skim yang berguna bagi mereka yang terbabit dalam perdagangan dan perindustrian dan bantulah mereka dengan nasihat yang bijaksana. Sesetengah daripada mereka tinggal di bandar dan sesetengahnya pula berpindah dari setempat ke setempat dengan kemahiran masing-masing dan hidup dengan menjadi buruh harian. Perdagangan dan industri adalah sumber keuntungan kepada negara. Kebanyakan rakyat tidak cenderung untuk memikul tanggungjawab berat itu. Sebaliknya mereka yang menyertai profesion ini sanggup bersusah payah memungut barang-barang perniagaan dari jauh dan dekat, dari daratan dan laut, gunung dan hutan untuk mendapatkan faedah daripadanya. Inilah golongan yang cintakan kedamaian dan bagi mereka kekacauan tidak perlu ditakutkan. Mereka cinta dan menurut perintah. Tentu sekali mereka tidak mahu menimbulkan keadaan huru-hara. Lawatilah ke seluruh pelusuk negeri dan jalinkan hubungan peribadi dengan golongan ini serta bertanyakan masalah mereka. Tetapi ingat, kebanyakan mereka tamak dan biasa dengan urusan menipu. Mereka menyorok hasil tanaman untuk dijual dengan harga yang mahal, dan ini menyusahkan rakyat. Perkara-perkara ini akan menjatuhkan maruah pemerintah jika perbuatan buruk itu tidak dihalang. Halang mereka daripada menyembunyikan hasil. Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan ini. Dan beri perhatian, supaya perdagangan berjalan dengan mudah, timbangannya betul dan harganya ditetapkan supaya penjual dan pembeli tidak

Page 43: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 43

mengalami kerugian. Tetapi jika ada yang tidak menghiraukan amaran kamu dan menyorok hasil tanaman, bertindak dan hukumlah mereka sewajarnya.

Orang Miskin

Takutkan Allah apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar, susah dan tidak bermaya dan yang kusut fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku. Antara mereka ada yang tidak mempersoalkan nasib mereka dan sanggup menanggung kesengsaraan daripada meminta sedekah. Demi Allah, peliharalah hak mereka, kerana kamu bertanggungjawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian daripada simpanan Baitulmal untuk membaiki kedudukan mereka, tidak kira di mana mereka berada, dekat atau jauh dari kamu. Mereka hendaklah diberikan hak yang sama-rata dan adil. Jangan biarkan kesibukan melupakan kamu akan tanggungjawab kamu terhadap mereka, kerana tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah jika kamu membiarkan nasib mereka melarat. Jangan kamu anggap bahawa kepentingan mereka kurang daripada kepentingan kamu, dan jangan mengenepikan mereka dalam perkiraan kamu. Awasilah orang-orang yang memandang rendah dan membiarkan kamu melupai akan nasib orang miskin. Pilihlah antara pegawai-pegawai kamu mereka yang rendah diri dan bertakwa kepada Allah, yang akan memberi nasihat serta sentiasa mengingatkan kamu mengenai orang miskin. Sediakan peruntukan bagi mereka supaya kamu tidak payah memberi alasan kepada Allah di hari pengadilan, kerana mereka inilah orang yang patut menerima layanan baik daripada kamu. Carilah ganjaran daripada Allah dengan memberikan apa yang menjadi hak mereka. Inilah tanggungjawab suci kamu untuk memenuhi kehendak orang-orang tua di kalangan mereka yang tidak mempunyai tempat pergantungan hidup dan tidak mahu meminta bantuan kewangan. Tanggungjawab seumpama itulah biasanya sukar dilakukan oleh pemerintah, tetapi ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat yang berpandangan jauh, Hanya masyarakat dan negara yang benar-benar menunaikan perjanjian mereka dengan Allah dapat memenuhi kepeluan orang miskin.

Page 44: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 44

Musyawarah Terbuka

Temui mereka yang tertindas dan rakyat berpendapatan rendah dalam musyawarah-musyawarah terbuka. Ingatlah Allah turut hadir bersama. Adakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan janganlah membenarkan pengawal, pegawai-pegawai kerajaan atau anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perisik berada di situ, supaya mereka yang mewakili rakyat miskin dapat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tanpa takut-takut. Tabahkanlah hati dan bertenang menghadapi bahasa yang keras, yang mungkin digunakan oleh mereka, dan janganlah mudah naik berang jika mereka tidak dapat menyatakan alasan mereka dengan jelas. Allah akan membuka pintu rahmat dan memberi ganjaran kepada kamu. Apa sahaja yang kamu boleh berikan kepada mereka, berikanlah tanpa bersungut, dan apa sahaja yang kamu tidak mampu untuk berikannya beritahulah mereka dengan penuh kejujuran. Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan segara. Terimalah cadangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kamu bagi membaiki sungutan kakitangan perkeranian. Pastikan supaya bantahan dan permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan kamu sampai kepada pengetahuan kamu di hari ia dikemukakan, walaupun pegawai-pegawai kamu cuba bertindak sebagai orang tengah. Selesaikan sesuatu kerja pada hari itu juga, kerana keesokan hari akan membawa kerja lain pula.

Munajat dengan Allah

Jangan lupa mengasingkan masa kamu yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah, walaupun setiap ketika kamu adalah untukNYA (jika ia digunakan dengan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat kamu). Masa yang kamu peruntukkan bagi mengerjakan sembahyang hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menunaikan sembahyang lima waktu sehari. Sembahyanglah di siang hari dan pada waktu malam, dan bagi mendapatkan hubungan langsung yang sempurna dengan Allah, seboleh mungkin jangan kamu memanjangkan sembahyang hinggga ia memenatkan kamu. Apabila kamu menjadi imam dalam sembahyang, jangan kamu membenarkan sembahyang itu berpanjangan hingga menyebabkan

Page 45: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 45

kesulitan kepada makmum atau menyebabkan mereka tidak suka bersembahyang berjemaah, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya, kerana dalam jemaah sembahyang itu ada yang cacat dan juga mempunyai urusan penting yang mesti dikendalikan. Ketika saya diarah pergi ke Yaman saya bertanya kepada Nabi Muhamamad s.a.w. bagaimana harus saya mengimamkan sembahyang. Rasulullah bersabda: “Kerjakanlah sembahyang kamu seperti mana orang yang paling lemah di antara kamu melakukannya, dan jadikanlah contoh bertimbang rasa terhadap mereka yang takwa.” Selain perkara yang sudah saya sebutkan di atas, seperkara lagi yang patut diperhatikan oleh kamu ialah jangan sekali-kali memisahkan diri kamu daripada rakyat, kerana jika kamu berbuat demikian kamu tidak akan tahu hal-ehwal mereka. Ia akan menyebabkan seseorang pemerintah itu mempunyai perspektif yang salah, selain menyebabkan dia tidak boleh membezakan mana yang penting dan yang tidak penting, yang mana betul dan yang mana salah, dan di antara yang benar dan palsu. Pemerintah adalah manusia biasa. Dia tidak mampu mengeluarkan pandangan yang betul untuk semua perkara, apatah lagi bagi perkara-perkara yang di luar jangkauan dan pengetahuannya. Tidak ada tanda-tanda yang khususnya untuk kebenaran bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Sebenarnya dua perkara yang boleh berlaku kepada kamu, iaitu sama ada kamu berlaku adil atau zalim. Jika kamu berlaku adil, kamu tidak boleh memisahkan diri kamu daripada rakyat, tetapi mendengar aduan mereka dan memenuhi kemahuan mereka. Jika kamu tidak berlaku adil, rakyat kamu sendiri akan menghindari kamu. Jadi apakah kebaikannya jika kamu menjauhkan diri daripada mereka? Dalam semua hal, menjauhkan diri daripada rakyat adalah tidak diingini, terutama apabila tugas kamu menuntut kamu menunaikan kehendak rakyat. Aduan mengenai penindasan daripada pegawai-pegawai untuk keadilan tidak sepatutnya menjemukan kamu. Hendaklah kamu sentiasa beringat bahawa mereka yang di keliling kamu akan mengambil peluang mempergunakan kedudukan mereka untuk merampas apa yang menjadi hak orang lain dan melakukan ketidakadilan. Hapuskan kecenderungan seumpama itu. Kamu sendiri janganlah memberi walau seinci tanah kepada saudara mara kamu. Amalan ini akan menghalang pegawai-pegawai di sekeliling kamu daripada menyusahkan orang lain dan menyelamatkan kamu

Page 46: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 46

daripada penghinaan Allah dan manusia. Laksanakanlah keadilan secara sama rata tanpa mengira sama ada seseorang itu bersaudara dengan kamu atau tidak. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang, laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit kepada kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan negara. Jika pada sebarang waktu orang mengesyaki bahawa kamu tidak berlaku adil kepada mereka dalam apa jua urusan, jelaskanlah pendirian kamu kepada mereka supaya sebarang syak wasangka terhadap kamu dapat dihapuskan. Cara ini akan menyebabkan mereka menyayangi kamu. Ini juga akan memenuhi keinginan kamu kerana rakyat yakin dengan pemerintahan kamu.

Perdamaian dan Perjanjian

Ingatlah bahawa kamu tidak akan menolak tawaran perdamaian yang dibuat oleh musuh kamu. Terimalah kerana ia disukai oleh Allah. Keamanan adalah punca keselesaan kepada angkatan tentera, ia mengurangkan kebimbangan kamu dan meningkatkan kedamaian dalam negara. Tetapi berhati-hati selepas perjanjian perdamaian ditandatangani. Sesetengah musuh menawarkan perdamaian untuk memperdayakan kamu. Mereka menawarkan perdamaian dengan harapan kamu akan berasa lebih selamat, sebaliknya mereka akan menyerang kamu apabila kamu tidak bersedia. Jesteru itu, kamu hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan meletakkan keyakinan terhadap bantahan mereka. Tetapi, jika mengikut perjanjian perdamaian itu kamu menerima kewajipan, maka hendaklah kamu melaksanakan kewajipan itu bersungguh-sungguh. Ia adalah amanah dan mesti dipertahankan seikhlas-ikhlasnya dan apabila kamu menjanjikan sesuatu hendaklah kamu tunaikan dangan segala keupayaan yang ada pada kamu, walaupun wujudnya perbezaan pendapat dalam hal lain. Tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menunaikan janji. Ini juga diakui oleh orang bukan Islam kerana mereka tahu padah melanggar perjanjian. Oleh itu, jangan membuat alasan dalam melaksanakan kewajipan kamu dan jangan sekali-kali memungkiri janji atau menipu musuh kamu. Perbuatan memungkiri janji adalah kesalahan di sisi Allah. Sesungguhnya janji rahmat Allah untuk semua manusia. Janji Allah adalah pelindungan yang dicari, termasuk oleh

Page 47: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 47

manusia yang berkuasa di bumi ini kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Oleh itu, jangan membuat janji yang kamu tidak mungkin dapat menunaikannya. Jangan cabuli janji yang kamu buat walaupun ia menyakitkan hati. Adalah lebih baik menunggu dengan sabar akibat daripada melanggarnya kerana kebimbangan. Awas! Jangan menumpahkan darah tanpa sebab yang sah. Di Hari Kiamat akan ditanya jenayah yang dilakukan. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan membina kekuatan negara kamu dengan darah kerana darah itulah yang akan melemahkan negara dan menyebabkan negara bertukar tangan. Di hadapanku dan di hadapan Allah tidak ada alasan akan diterima bagi pembunuhan yang disengajakan. Pembunuhan adalah jenayah yang boleh dihukum mati. Jika dalam melaksanakan hukuman rotan terhadap kesalahan jenayah ringan yang menyebabkan kematian, janganlah berbangga dengan martabat negara sehingga menghalang keluarga si mati menuntut ganjaran.

Arahan Terakhir

Jangan tergopoh-gopoh melakukan sesuatu sebelum masanya, atau melengah-lengahkannya apabila masanya tiba. Jangan mendesak melakukan perkara yang salah, atau berlengah-lengah membetulkan kesalahan. Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya, dan biarkan segala sesuatu mendapat tempat yang sewajarnya. Apabila semua orang bersetuju dengan sesuatu, jangan memaksa mereka menurut pandangan kamu dan jangan cuai dalam menjalankan tanggungjawab kamu. Mata rakyat sentiasa memerhatikan kamu dan kamu bertanggungjawab terhadap apa jua yang kamu lakukan kepada mereka. Kecuaian yang kecil akan ada kesan buruknya. Kawallah kemarahan dan jagalah tangan dan lidah kamu. Apa jua yang menimpa, cubalah bersabar, jika tidak ia akan menambahkan kebimbangan kamu. Adalah amat penting bagi kamu mempelajari prinsip-prinsip yang telah mengilhamkan orang yang adil dan pemerintah yang saksama sebelum kamu. Berikan perhatian yang teliti terhadap contoh teladan Nabi Muhammad s.a.w., hadisnya dan perintah Kitab Allah dan apa jua yang kamu telah pelajari daripada urusan kamu. Berusahalah dengan segala kemampuan kamu untuk menjalankan arahan yang saya berikan dan yang kamu telah bersumpah setia untuk mengikutinya. Melalui arahan ini, saya

Page 48: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 48

memerintahkan kamu supaya jangan tunduk kepada hasutan hati kamu atau berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kamu. Saya mencari perlindungan Allah yang Maha Berkuasa dan RahmatNya yang tidak terbatas, dan menyeru kamu berdoa bersama saya supaya Dia memberi rahmat kepada kita menerusi penyerahan kudrat kita kepada kemahuanNya. Supaya manusia sejagat menghargai kita dan kerja kita berjaya. Saya mencari puncak rahmat Allah dan berdoa agar Dia memberi kepada kita kesyahidan di jalanNya. Sesungguhnya, kita akan kembali kepadaNya. Saya mengungkapkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli bait.”(http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Talib. 7 Mei 2010)

Page 49: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 49

SIFAT MAHMUDAH DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM: SOROTAN SEJARAH

1. KEPIMPINAN: AMANAH YANG BERAT

Ketika Abu Zarr meminta Rasulullah s.aw supaya meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan dan pentadbiran negara, baginda lantas menyatakan bahawa Abu Zar memiliki kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjawat jawatan sebagai pentadbir negara. Baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan bahawa jawatan sebenarnya amanah yang sangat berat dan amanah ini hanya akan menyebabkan kekesalan dan duka cita semata-mata, kecuali jika jawatan tersebut disandang oleh kalangan yang layak. Pada ketika yang lain Rasulullah s.a.w melarang Abd. al-Rahman bin Samurah r.a daripada meminta-minta untuk menjadi pentadbir negara. Ini kerana penyandangan jawatan atas sebab permintaan adalah suatu tugas yang sukar untuk dilaksanakan. Sebaliknya jika jawatan tersebut disandang atas keperluan negara, tugasan tersebut merupakan sesuatu yang sifatnya lebih mudah untuk dilaksanakan dan ia juga akan menerima bantuan dalam pelaksanaan tugas tersebut.

Kita melihat Sahabat Rasulullah ini hanyalah segelintir dari kalangan yang mendapati bahawa penyandangan jawatan sebagai pemimpin adalah sesuatu yang dipandang hebat dan dihormati. Mereka terlupa di sebalik kehebatan dan penghormatan yang diberi adalah tugas rumit dan sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan baik maka menyebabkan kesan yang tidak baik kepada orang bawahan dan juga rakyat. Apabila sampai pada hari pembalasan, maka hanya api neraka yang layak untuk pemimpin yang gagal. Walau bagaimanapun sebagai insan beriman sekalipun teruja untuk menjadi pemimpin, mereka adalah kalangan yang berhati mulia dan berlapang dada kerana tidak menolak teguran atau nasihat yang diberikan.

2. SOROTAN SIFAT MAHMUDAH DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM

Page 50: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 50

Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq dilihat secara sepakat oleh para Sahabat sebagai orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah s.aw yang wafat sebagai pemimpin umat Islam. Walau bagaimanapun sifat tawadu' yang ada pada peribadi beliau menjadikan beliau menerimanya dengan penuh rendah diri. Kesedihan yang masih berkabung di dalam hati atas kewafatan Rasulullah s.a.w juga sangat memberi kesan kepada perasaan beliau pada ketika itu dan menjadikan beliau tidak teruja dengan apa yang diterimanya. Dalam ucapan sulung sebagai pemimpin, beliau menyatakan pelantikan beliau sebagai pemimpin tidak memadai untuk menjadi lambang bahawa beliau adalah yang terbaik dari kalangan mereka. Seterusnya, beliau mengharapkan sokongan selagi berada dalam kebenaran dan sebaliknya, sekiranya umat Islam melihat sebarang keburukan atau kebatilan daripada pihaknya, maka beliau meminta supaya ditegur dan dibetulkan.

Harapan yang sama juga dimajukan oleh pengganti Khalifah Sayyidina Abu Bakar, iaitu Sayyidina Umar al-Khattab. Sesuai dengan perwatakannya yang sangat tegas dan bengis, seorang lelaki mewakili rakyat menyambut harapan Sayyidina Umar dengan mengatakan bahawa sekiranya Khalifah melakukan penyelewengan, pihak rakyat akan membetulkannya dengan menggunakan ‘mata pedang'. Selanjutnya dalam satu peristiwa, Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan Khalifah supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, "Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah". Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku". Sifat-sifat berlapang dada yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ulung ini membuktikan mereka adalah kalangan insan yang tinggi taqwanya. Mereka tidak mengejar pangkat dan kedudukan, sebaliknya pangkat dan

Page 51: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 51

kedudukan itu digunakan untuk mendapatkan keredaan Allah. Melalui jawatan tersebut mereka membuat keputusan dan dasar-dasar kenegaraan yang memberikan kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

Selanjutnya, sangat menarik untuk kita meneladani keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz yang memerintah dari tahun 717H sehingga 720H, sebagai seorang pemimpin dan ketua negara. Sebelum pelantikan tersebut yang dilakukan oleh Khalifah Sulayman Abdul Malik berlaku, beliau beberapa kali berikhtiar supaya Khalifah Sulayman mengubah keputusannya. Dan apabila beliau menerima pelantikan tersebut, beliau telah merubah budaya dengan meletak jawatan dan memulangkan semula jawatan tersebut kepada rakyat. Memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih calon yang lebih layak untuk memimpin rakyat dan negara. Akan tetapi, disebabkan beliau sememangnya calon yang paling layak dan amat dekat di hati rakyat, maka beliau juga yang akhirnya dipilih. Ini menunjukkan bahawa kesediaan beliau untuk meletak jawatan dan mengundur diri daripada menjadi pentadbir negara adalah disebabkan ketaqwaannya kepada Allah. Ketaqwaan melahirkan kebimbangan untuk menerima tanggungjawab yang amat berat; bimbang sekiranya pelantikan itu hanya mengundang keburukan kepada rakyat dan negara. Kesediaan untuk mengundurkan diri adalah sebahagian daripada usaha memelihara kemaslahatan rakyat.

Daripada pengalaman pemimpin-pemimpin ulung ini, kesediaan menerima teguran, pembetulan sehinggalah ke peringkat berundur diri, bukanlah sikap yang menjatuhkan maruah peribadi. Pengalaman lampau membuktikan sikap dan tindakan tersebut menjadikan golongan rakyat lebih menghormati dan mengkagumi keperibadian pemimpin sebegini. Kebaikan kepimpinan akan dinilai dan dirasai oleh pihak rakyat, maka sia-sialah sikap sesetengah pemimpin yang terus mendakwa dirinyalah yang paling layak untuk memimpin sedangkan rakyat yang menjadi hakimnya.

3. KEADILAN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN DALAM MEMIMPIN DAN MENGURUS NEGARA

Page 52: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 52

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz hanya sempat memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Bani Ummayah untuk selama 2 tahun setengah sahaja. Bagaimanapun dalam tempoh yang singkat, Khalifah Umar berjaya mengubah dasar pemerintahan yang bersifat kebangsaan dan perkauman kepada sebuah kerajaan yang berpaksikan nilai agama Islam yang tulen. Rakyat pula berjaya menikmati kemakmuran ekonomi sehinggakan pada zaman pemerintahannya yang singkat itu dikatakan tiada siapa di kalangan masyarakat Islam yang layak menerima zakat.

Adalah sesuatu yang mengkagumkan kerana suasana kemakmuran ekonomi dan ketiadaan golongan yang layak menerima zakat wujud sedangkan pada masa yang sama Khalifah Umar mengambil beberapa langkah berbentuk percukaian yang memberi kesan langsung ke atas kedudukan kewangan negara. Antara langkah tersebut ialah pemansuhan jizyah ke atas kaum Muslimin bukan berketurunan Arab. Langkah ini sebenarnya dibantah keras oleh para gabenornya dengan alasan apabila semakin ramai orang bukan Arab memeluk Islam, maka bilangan yang membayar jizyah akan bertambah kecil. Memang ada kebenaran hujah gebenor-gabenor tadi kerana apabila kutipan cukai berkurangan, hasil negara akan menurun. Namun bagi Khalifah Umar, Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai pembawa petunjuk dan bukan sebagai pemungut cukai. Justeru, matlamat utama pemerintahannya ialah untuk menegakkan syiar agama Islam dan memastikan setiap anggota masyarakat menikmati kesaksamaan dalam keadilan sosial.

Langkah yang paling penting yang dibuat oleh Khalifah Umar untuk menyelesaikan masalah penurunan hasil kerajaan ini ialah melalui penjimatan dalam pengurusan negara. Beliau mengambil langkah memansuhkan segala jenis mahrajan (perayaan), upacara-upacara perasmian kerajaan, hadiah-hadiah kepada tetamu dan perbelanjaan-perbelanjaan yang membazir. Dengan kata lain, kedudukan hasil pendapatan negara yang baik melalui percukaian bukanlah satu jawapan mutlak kepada kemakmuran ekonomi rakyat. Apa yang lebih penting ialah bagaimana pihak pemerintah mengurus hasil cukai dan pendapatan negara tadi untuk kepentingan rakyat. Pengurusan hasil negara yang berhemah adalah penting. Ia sama pentingnya dengan teladan yang perlu ditunjukkan oleh pihak

Page 53: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 53

pemerintah dan jentera pentadbirannya sebelum mereka boleh menyarankan agar rakyat berjimat cermat.

Jadi kunci utama kepada pengurusan kewangan negara yang berhemah ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban serta tahu keutamaan dalam menentukan ke mana hasil tadi perlu disalurkan. Dalam membicarakan tentang ketelusan, pihak kerajaan sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan apa jua yang berlaku di dalam pentabdiran negara. Walaupun persoalan tentang ketelusan ini hanya masyhur sejak kebelakangan ini, tetapi di dalam sejarah Islam, hal ini sudah pun dititikberatkan oleh para khalifah terdahulu. Kebanyakan orang tentu pernah mendengar kisah Khalifah Umar ibn Aziz yang tidak pernah melakukan sebarang tugasan peribadi dengan menggunakan lampu yang dinyalakan dengan minyak kerajaan. Beliau pernah diberitakan menangis selepas sembahyang selepas dilantik menjadi Khalifah. Akan tetapi tangisan beliau bukanlah suatu tangisan gembira kerana mendapat jawatan. Sebaliknya ia merupakan satu tangisan mengenangkan tanggungjawab yang perlu dipikul dan akan disoal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Bagi Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, tanggungjawab yang dipikul bukan sekadar satu tanggungjawab yang bersifat terpilih. Ia meliputi tanggungjawab ke atas semua lapisan masayarakat yang ada di dalam negara Islam pada waktu tersebut. Beliau bukan sekadar mengenangkan nasib rakyat miskin, sakit, tertindas serta mereka yang mempunyai keluarga yang besar tetapi mempunyai sumber kewangan yang sedikit, tetapi nasib banduan di dalam penjara pun tidak terlepas daripada perhatian beliau. Semasa zaman pemerintahan beliau, tidak banyak peristiswa pembukaan yang berlaku. Tambahan pula beliau tidak banyak memberi penekanan kepada perbelanjaan ketenteraan. Sebaliknya tumpuan utamanya ialah untuk memantapkan jentera pentadbiran serta memajukan ekonomi negara. Maka tidak hairanlah perbelanjaan hasil negara lebih menjurus kepada soal kebajikan dan tujuan pendidikan. Alangkan elok kalau para pemimpin hari ini dapat mencontohi corak peribadi dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz ini. Jika hari ini para pemimpin negara sibuk memperkatakan tentang kepimpinan melalui teladan dan sibuk

Page 54: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 54

menggesa rakyat mengubah cara hidup bagi menangani masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, jadi apa salahnya mereka ini mengambil iktibar daripada cara Khalifah Umar ibn Abdul Aziz mengurus dan mentadbir negara.

Jika hari ini soal ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak

pemerintah sering mendatangkan kemusykilan dan kesangsian di kalangan anggota masyarakat, namun kedua-dua persoalan tadi, bukanlah sesuatu yang boleh diragui dan dipertikaikan apabila dikaitkan dengan Khalifah Ummayah yang terbilang ini. Ketelusan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz adalah satu bentuk ketelusan yang tidak terdapat dalam diri pemerintah pada hari ini. Jika hari ini para pemerintah yang perlu telus dengan peringkat tertinggi kerajaan, namun beliau adalah telus kepada rakyat jelata. Maksudnya rakyat berpeluang untuk tahu apa yang berlaku di dalam pentadbiran beliau selain mereka mendapat maklumat yang tepat tentang sumber kewangan dan perbelanjaan beliau.

Seperkara lagi yang perlu direnungkan ialah sesuatu kebaikan itu sebenarnya tidak memerlukan tempoh yang panjang untuk dilaksanakan. Kelewatan pihak pemerintah dalam melaksanakan kebaikan akan hanya menyebabkan rakyat terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat merasai manfaatnya. Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz hanya mengambil masa kurang daripada tiga tahun untuk melaksanakan pelbagai perkara kebaikan kepada rakyatnya yang terdiri daripada agama dan bangsa. Jadi adalah tidak wajar jika sesebuah kerajaan melengah-lengahkan usaha ke arah memperbaiki mutu kehidupan rakyat jelata semata-mata ingin memberi ruang kepada sesuatu yang tidak memberi maslahah kepada masyarakat umum.

4. KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM: TANGGUNGJAWAB KEAGAMAAN

Kepimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab keagamaan untuk menghasilkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang seterusnya menjana kepada pembangunan negara. Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab keagamaan atau dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak

Page 55: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 55

tanduk pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat yang luhur tersebut. Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a. dengan maksud: "Kaum Bani Israel, siasah kenegaraan mereka dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggal seorang Nabi, dia digantikan oleh Nabi yang kemudiannya. Sesungguhnya aku tidaklah ada Nabi yang akan mengganti dibelakangku. Yang bakal ada hanya khalifah-khalifah, yang jumlah mereka adalah banyak".

Tugas pemerintah yang dipilih melalui sistem politik dalam sesebuah negara oleh itu adalah berat dan mencabar. Kemampuan sebuah kerajaan membangun negara ke arah peningkatan mutu hidup rakyat secara syumul dan sepadu memenuhi keperluan rakyat adalah kejayaan yang dipertanggungjawab oleh Islam. Kepimpinan sesebuah negara perlu memberi perhatian yang utama kepada perkara terpenting dalam menyusun dan membangun negara. Dua daripada perkara tersebut ialah:

Pertama; negara perlu mengurus pengendalian negara bersandarkan semangat syura dan kedua, negara perlu memenuhi tuntutan kebajikan rakyat. Adalah sesuatu yang asas dalam pemerintahan Islam bahawa urusan pengendalian negara perlu disandarkan kepada semangat syura. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud: "Bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan-urusan" (Ali `Imran: 159) Dan dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman dengan maksud: "Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermusyawarat antara mereka" (Asy-Syuura: 38)

Kedua; Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara. Menepati perutusan Nabi s.a.w. kepada umat manusia di mana risalahnya perlu menjana kebajikan kepada masyarakat manusia dan alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. tersebut. Ini turut termasuk usaha ke arah pencapaian "kehidupan sempurna" (hayat tayyibah), meningkat keselesaan hidup, meminimakan kesusahan, menjana pertumbuhan ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha

Page 56: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 56

mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus ketakutan dan tekanan jiwa rakyat.

Rasululullah s.a.w dalam memperingati gulungan pemimpinmasyarakat dan negara pernah bersabda dengan maksud: "Seseorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang Muslim tetapi tidak dengan ikhlas berusaha untuk memenuhi kebajikan mereka tidak akan memasuki syurga"(Sahih Muslim). Saidina Omar Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua pernah menulis surat kepada Abu Musa, Gabenor sebuah Wilayah dengan maksud berikut: "Seorang pemerintah yang baik adalah di mana di bawah kepimpinannya, masyarakat berada pada keadaan yang senang dan makmur dan pemimpin yang buruk ialah di mana di bawah kepimpinannya rakyat berada dalam keadaan menderita"(Kitab al-Kharaj). Dari kedua-dua asas penting pemerintahan Negara mengikut Islam jelas kepada kita bahawa kepimpinan negara wajib memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang diasaskan kepada semangat syura dan sekaligus bermatlamat untuk mencapai pembangunan negara dalam ke semua aspek keperluan rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu.

Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses usaha untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara oleh sesebuah pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan mutu hidup rakyat di peringkat individu dan bermasyarakat. Justeru itu, dalam merancang pembangunan negara aspek yang perlu di bangun untuk manusia hendaklah difahami terlebih dahulu. Memenuhi keperluan manusia dalam usaha membangun negara adalah sesuatu yang kekal dan tidak boleh diubah kerana sifat manusia adalah sesuatu yang abadi.

Page 57: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 57

KONSEP KEPIMPINAN ISLAM1

1. PENDAHULUAN

Allah mencipta manusia, melengkapkan mereka dengan keupayaan intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka bumi. Di samping kejadian manusia, Allah juga mencipta makhluk-makhluk dan kejadian lain sebagai sesuatu yang berguna kepada manusia. Dalam mencipta kejadian-kejadian ini, Allah membekalkan dua prasarana kepada manusia untuk memakmurkan muka bumi iaitu kebolehan mengurus (skill) dan sumber-sumber (resources). Tanggungjawab memimpin dan mengurus sekumpulan individu atau sesuatu masyarakat untuk mencapai objektif atau matlamat terletak kepada bahu pemimpin. Kejayaan dan kemajuan sesuatu bangsa bergantung kuat kepada gaya kepimpinan pemimpin mereka dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab oleh pemimpin dan seterusnya menggerakkan masyarakat menuju keredaan Allah. Islam menyediakan garis panduan yang jelas dalam soal kepimpinan yang boleh dipraktikkan untuk kesejahteraan masyarakat. Konsep kepimpinan Islam perlu difahami dan diterapkan dalam bentuk yang komprehensif sesuai dengan maksud Islam sebagai cara hidup (nizam al-hayah).

2. DEFINISI KEPIMPINAN

Dalam Islam, aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”. Terdapat pelbagai definisi diberi tentang “kepimpinan” iaitu antaranya:

1 Artikel ini diadaptasi dari artikel bertajuk: Kepimpinan Islam: Konsep dan Amalannya dalam Konteks Islam Hadhari, karya Profesor Dr. Zulkiple Abd. Ghani

Page 58: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 58

i. Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu

ii. Tingkahlaku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama, dan

iii. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan. Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam Islam seperti ‘khalifah’, ‘imamah’, ‘qiyadah’, ‘za’mah’, ‘ri’ayah’, ‘ri’asah’ dan ‘siyadah’. Semua istilah ini menunjukkan wujudnya hirarki dalam kepimpinan Islam dan boleh dilihat dalam beberapa ayat al-Qur’an antaranya:

a) Surah al-A’raf : ayat 142

Maksudnya: Dan berkatalah nabi Musa kepada saudaranya nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat) gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaum aku, janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.

b) Surah al-Baqarah : ayat 124

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu), Allahberfirman: Sesungguhnya Aku melantik kamu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku) jadikanlah juga dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonan mu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.

c) Surah Yusuf : ayat 72

Page 59: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 59

Maksudnya: Orang-orang menteri menjawab: Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu.

Kepimpinan seringkali dikaitkan dengan seni membimbing, mendidik, memujuk, mempengaruhi, mengajak, menuntun dan sebagainya. Justeru itu, umat Islam digesa supaya sentiasa penuh sedar tentang keperluan dan kepentingan kepimpinan kerana kepimpinan yang cemerlang akan melahirkan masyarakat yang cemerlang.

3. CABARAN MEMBENTUK PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Kepimpinan dari perspektif Islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi terutama pemimpin-pemimpin negara, seperti yang terbayang dalam pemikiran kebanyakkan orang bila membincangkan soal kepimpinan. Cabaran untuk membentuk kemahiran kepimpinan dalam setiap individu Muslim adalah cabaran utama yang perlu difahami. Mengikut hadis Rasulullah s.a.w., semua individu Muslim dianggap sebagai pemimpin dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab keatas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum, seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hierarki kepimpinan meningkat setahap demi setahap - bermula dalam diri sendiri, keluarga,

Page 60: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 60

masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukan kepimpinan seseorang, lebih tinggilah amanah yang mesti dipikul olehnya. Pemimpinlah sebenarnya yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam masyarakat berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin.

Banyak nas syarak yang menekankan fungsi pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut, misalnya disebut dalam Surah al-Baqarah, ayat 257: Maksudnya: “Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, penolong-penolong mereka ialah thaghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. Para pengkaji kepimpinan selalunya cuba membezakan antara fungsi seorang ketua dan pemimpin. Bersikap sebagai pemimpin lebih unggul berbanding dengan sikap seorang ketua. Suami misalannya ditentukan sebagai pemimpin kepada keluarga dan rumahtangga yang bertanggungjawab memimpin isteri dan anak-anak. Fungsi suami sebagai pemimpin kadangkala perlu berbeza dari fungsi seorang ketua dalam organisasi tertentu. Seorang ketua mungkin mementingkan arahannya diikuti oleh pekerja-pekerjanya tanpa mengambil kira soal perasaan atau emosi. Sedangkan, sebagai seorang suami yang memimpin keluarga, selain memastikan objektif yang dikehendaki seperti membentuk suatu entiti keluarga bahagia tercapai, beliau mesti mengurus orang atau manusia yang melibatkan perasaan dan emosi secara bijaksana. Pola perlakuan pengikut banyak bergantung kepada kemahiran dan keupayaan pemimpin dalam mengorganisasi dan memobilisasi pengikut mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Oleh kerana setiap individu Muslim dibebani dengan tanggungjawab memimpin, mereka dibekalkan oleh Allah dengan potensi kepimpinan yang boleh dikembangkan. Setiap Muslim

Page 61: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 61

mempunyai potensi tersendiri untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam lingkungan tanggungjawabnya. Ini kerana kepimpinan bukanlah statik atau kaku dan tidak berkembang tetapi ia sebenarnya dinamik, boleh berubah kepada tahap yang lebih baik dengan melalui beberapa proses tertentu. Memang ada penulis yang beranggapan seorang pemimpin berpengaruh memang telah dilahirkan dengan beberapa sifat yang melayakkan dirinya sebagai pemimpin. Dengan ertikata lain mereka “born to be a leader” atau memang mereka dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Bagaimanapun, pemimpin yang berpengaruh diakui perlu juga melalui beberapa proses atau latihan yang boleh membentuk personalitinya sebagai seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang mencurahkan seluruh pemikiran dan tenaganya bagi memastikan pengikut-pengikut memperolehi manfaat yang banyak dari kepimpinannya dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang besar. Dalam Musnad Imam Ahmad ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksudnya: “Makhluk yang paling dicintai Allah adalah imam (pemimpin) yang adil dan yang paling dibenci Allah ialah imam yang zalim”.

4. CABARAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

Kepimpinan mengikut perspektif Islam bukanlah satu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan Abu Dzar al-Ghifari yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya yang bermaksudnya: “Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertanggungjawabkan”.

Amanah menunaikan tanggungjawab bukan sahaja terhenti kepada menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada pengikut-pengikut, tetapi yang lebih penting dilihat oleh Islam ialah menyempurnakan amanah kepada Allah. Ibn Taimiyyah dalam bukunya Siyasah al-Syar`iyyah (1988) menekankan bahawa kriteria penting dalam melantik seorang pemimpin mengetuai

Page 62: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 62

sesuatu jawatan ialah memastikan mereka mempunyai dua sifat penting iaitu quwwah (keupayaan mentadbir dan mengurus) dan amanah. Menariknya, Ibn Taimiyyah sendiri, yang menulis buku berkenaan kira-kira 800 tahun dahulu, juga turut mengakui bahawa sukar memperolehi individu pemimpin yang mempunyai kedua-dua sifat ini sekaligus.

Islam amat mementingkan kesejahteraan masyarakat dengan menentukan beberapa kriteria dalam pembentukan kepimpinan. Pemimpin yang sentiasa menjaga amanah kepimpinannya akan memiliki rasa tanggungjawab (sense of responsibility) yang tinggi dan seterusnya mendorong dia mengambil berat apa yang benar-benar berlaku kepada pengikut. Saidina Umar al-Khattab digambarkan sering memeriksa kehidupan rakyatnya, adakalanya di waktu malam, untuk mendapat informasi yang benar dan direct tanpa bergantung kepada laporan pegawainya semata-mata. Dengan informasi berkenaan beliau dapat bertindak cepat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebahagian besar masa dan kerja pemimpin berkait rapat dengan urusan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengikut di samping mewujudkan interaksi dengan para pengikut. Mohd. Amin Saleh (1990) menggariskan lima tanggungjawab utama kepimpinan dalam Islam yang perlu dipenuhi iaitu:

(a) Menegakkan Kebenaran Islam. Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin, mereka sepatutnya mengetahui kebenaran hakiki di sisi Islam. Kebenaran Islam perlu ditegakkan meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau darjat seorang pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan, kepahitan dan kesukaran. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit”. Begitu juga Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 39: Maksudnya: “(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhluknya untuk membalas mereka)”.

Page 63: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 63

(b) Memelihara Karamatul Insan. Manusia yang dicipta Allah mempunyai nilai yang tinggi di sisiNya. Kemuliaan manusia bergantung kepada kemurnian akhlak yang diterjemahkan di dalam kehidupan, menjaga kehormatan diri, memelihara moral dan keunggulan peribadi dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam kerana ia akan merendahkan martabat insan. Syed Muhammad Naguib al-Attas menjelaskan tentang hakikat manusia dengan menyatakan bahawa: “Man has a dual nature, he is both soul and body, he is at once physical being and spirit”. Oleh kerana kerana manusia dicipta untuk menyembah Allah, tugas itu perlu dilakukan kerana ianya sesuai dengan fitrah penciptaan manusia. Dengan keupayaan intelegence dan huda (petunjuk) yang dibekalkan, manusia mesti dipandu supaya menjadi makhluk yang mulia, yang tahu menggunakan akal untuk mencari dan menemui kebenaran. Nafsu haiwan manusia yang rendah kedudukannya perlu dikawal dan pemimpin perlu memastikan para pengikut bukan sahaja dibentuk dalam konteks sosio-ekonomi, tetapi juga memenuhi tabii kemanusiaan yang asal.

(c) Memakmurkan Buminya. Memakmurkan bumi Allah dalam ertikata membangunkan ekonomi negara, membangunkan syakhsiah penduduknya dan menjaga keharmonian dan kesejahteraan adalah tanggungjawab utama pemimpin. Segala urusan berkaitan pembangunan negara hendaklah dipertimbangkan dari segi kemaslahatan umum, bukannya hanya terhad kepada kelompok atau kumpulan tertentu. Pengagihan kekayaan negara hendaklah dilakukan secara adil dengan memberi hak kepada yang berhak menerimanya dan membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk membina kehidupan di dunia dan tidak melupakan kebaikan di akhirat. Kerana itu perlu disedari bahawa Allah menghalalkan jualbeli tetapi mengharamkan riba (al-Baqarah: 275). Hasil-hasil bumi yang terdiri dari galian dan tumbuh-tumbuhan perlu dimanfaat untuk kesejahteraan hidup manusia.

(d) Menjalankan Urusan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Menjadi tanggungjawab utama pemimpin mengarahkan dan melaksanakan perkara-perkara yang baik dan berusaha mencegah kemungkaran untuk memastikan para pengikut sentiasa berada di dalam kesentosaan dan memperoleh nikmat secara maksima dalam

Page 64: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 64

kehidupan. Lubang-lubang kemungkaran perlu ditutup untuk mengelak merebaknya wabak keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’, ayat 73: Maksudnya: “Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; dan mereka sentiasa beribadat kepada Kami”.

(e) Islah (memperbaiki) Masyarakat Melalui Gunatenaga yang Patut. Menjadi tanggungjawab kepimpinan mengorganisasi bidang-bidang kehidupan para pengikut, terutama dengan menurunkan kuasa kepada yang layak. Penyusunan jabatan-jabatan, bahagian-bahagian, unit-unit dan sebagainya di dalam struktur organisasi kepimpinan mesti dipandu supaya melakukan islah dengan segala kemampuan yang ada. Firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26:Maksudnya: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: ‘Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”.

5. CABARAN MELAKSANAKAN HAK PEMIMPIN DAN PENGIKUT

Kualiti kepimpinan memang diutamakan oleh Islam. Bagaimanapun kualiti berkenaan tidaklah semata-mata terletak kepada pemimpintetapi juga pengikut. Pengikut yang berkualiti akan melahirkan pemimpin yang berkualiti. Kualiti kepimpinan dilihat oleh Islam berhubung rapat dengan menunaikan amanah tanggungjawabkepimpinan.

Membetulkan barisan dalam sembahyang berjamaah mungkin dianggap remeh oleh sebahagian orang, tetapi ia menggambarkan bagaimana seorang imam mempraktikkan penjagaan kualiti makmum yang mengikutinya. Justeru itu, selain pengikut, pemimpin juga berhak mendapat nasihat dan teguran yang baik dari pengikut untuk membaiki prestasi kepimpinan seperti yang berlaku dalam sembahyang berjamaah. Dalam hal ini, pemimpin mesti bersifat terbuka, sanggup menerima kritikan dan mengubah praktik negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut atau rakyat.

Page 65: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 65

Islam turut menggariskan hak-hak pemimpin dan yang dipimpin dan perlu dilaksanakan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Satu yang perlu difahami dalam kepimpinan Islam ialah ungkapan bahawa “Pemimpin yang baik juga adalah pengikut yang baik”. Kenyataan ini adalah antara kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji kepimpinan merujuk kepada seorang pemimpin yang berkesan di mana dalam masa yang sama dia juga menjadi pengikut yang baik. Oleh kerana tugas memimpin merupakan satu amanah yang penting lagi berat, Islam turut menggariskan hak-hak yang wajar diterima oleh pemimpin dari pengikut-pengikutnya. Kalau pemimpin diminta melaksanakan urusan kepimpinan dengan penuh amanah dan dedikasi, Islam juga meminta para pengikut melaksanakan tugas mereka kepada pemimpin. Terdapat sekurang-kurangnya tiga hak yang wajar dinikmati oleh pemimpin dari pengikut iaitu mendapat kepatuhan dan taat setia, mendapat kerjasama, dan memperolehi teguran serta nasihat.

a) Mendapat kepatuhan dan taat setia

Kepatuhan dan taat setia dari para pengikut akan menentukan segala urusan berkaitan dengan kemasyarakatan berjalan lancar dan memastikan organisasi kepimpinan tidak kucar-kacir. Allah berfirman: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan rasulNya, jika kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (al-Nisa': 59).

Perlu dijelaskan bahawa ketaatan bukan hanya sekadar meliputi kepada perkara-perkara yang disukai, tetapi merangkumi juga perkara-perkara yang mungkin dibenci. Ini kerana dari segi fitrahnya, manusia mudah taat kepada perkara yang disukai, tetapi sukar mentaati perkara yang tidak disukai. Perintah ketaatan kepada pemimpin bagaimanapun tidaklah mutlak sebagaimana perintah ketaatan orang mukmin kepada Allah dan RasulNya. Ini kerana Rasulullah s.a.w. menghadkan ketaatan kepada pemimpin hanya kepada perkara-perkara yang makruf seperti sabda Baginda yang

Page 66: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 66

bermaksud: "Tidak ada ketaatan kepada perkara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perkara-perkara makruf". Islam juga menekankan bahawa ketaatan kepada pemimpin bukan kerana kehebatan personaliti atau kerana takut dan bimbang kepada sesuatu bentuk tindakan yang mungkin akan berlaku, tetapi ketaatan diberikan adalah kerana jawatannya yang dianugerahkan Allah untuk mentadbir urusan umat. Allah menyatakan bahawa orang yang beriman lelaki dan wanita tidak akan teragak-agak untuk menerima segala perintah yang datang dari Allah dan RasulNya seperti yang disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 36: Maksudnya: “Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”.

b) Memberi kerjasama

Selain memberi ketaatan, para pengikut juga wajar memberi kerjasama dan memastikan sesuatu perancangan atau program yang digerakkan oleh pemimpin berjaya mencapai objektifnya. Pemimpin yang memimpin dalam lingkungan syariat wajar mendapat kerjasama sepenuhnya dari para pengikut. Kerjasama kepada pemimpin boleh dimanifestasikan dalam berbagai bentuk - dari berbentuk pengorbanan mempertahankan kewibawaan pemimpin dengan lisan atau apa sahaja cara yang wajar sehingga kepada pengorbanan harta dan keringat. Kerjasama dari pengikut bagaimanapun hendaklah timbul dari rasa tanggungjawab terhadap pemimpin yang menunaikan amanahnya seperti yang diperintahkan oleh Allah dan bukannya didorong oleh kepura-puraan atau kerana ada kepentingan lain.

c) Mendapat teguran dan nasihat

Hak ketiga yang wajar dinikmati oleh pemimpin ialah mendapat nasihat dan teguran yang baik dari para pengikut. Menyedari akan hakikat bahawa pemimpin juga bukanlah perfect, Islam meminta umatnya menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin mereka. Dalam hal ini pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia

Page 67: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 67

menerima teguran dan nasihat. Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu Bakar yang membuka ruang kepada rakyat supaya ditegur seperti disebut dalam ucapan dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah Islam pertama menggantikan Rasulullah s.a.w., katanya yang bermaksud: "Jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kebaikan, bantulah aku, dan jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kesalahan, betulkan aku". Saidina Umar berpendapat bahawa khalifah tidak boleh menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu yang membezakannya dengan rakyat jelata sehingga tidak ada orang yang berani menegur. Ini akan membawa kepada kekacauan dan kemusnahan negara dan menyebabkan hubungan kasih sayang antara pemimpin dengan rakyat menjadi jauh.

Sikap keterbukaan pemimpin amat penting kerana ia boleh mencipta suasana yang harmoni antara pemimpin dengan para pengikut dan mewujudkan perasaan kasih sayang sesama mereka. Kerana itu Islam juga mengajar supaya pemimpin tidak menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang membezakan dirinya dengan para pengikutnya. Di sisi Allah, ukuran perbezaan di antara manusia adalah ketakwaan mereka, bukannya kedudukan dan kemewahan harta benda. Oleh kerana wujud sikap keterbukaan pemimpin, umat Islam tidak ragu-ragu memberi nasihat, kerana menganggap agama itu adalah nasihat sepertimana sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat. Kami (para sahabat) berkata kepada siapa, ya Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w. Kepada Allah, kepada rasulNya, kepada KitabNya, dan kepada pemimpin-pemimpin umat Islam dan masyarakat mereka.”Sistem teguran yang dianjur oleh Islam dianggap unggul kerana ia tidak memihak kepada pemimpin sepenuhnya dengan mengorbankan kepentingan ummah dan ia tidak pula memihak kepada kumpulan atau ummah dengan mengorbankan kepentingan pemimpin. Ia menjelaskan di antara tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin di satu pihak dan tugas dan tanggungjawab pengikut di satu pihak yang lain.

Sementara itu, para pengikut juga berhak memperolehi manfaat dari pemimpin iaitu memperolehi perkhidmatan (service) yang terbaik. Pemimpin perlu meletakkan diri mereka sebagai orang

Page 68: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 68

yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan dan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pengikut-pengikut sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Pemimpin umat itu ialah khadam kepada mereka”. Keputusan-keputusan dalam mengendalikan kepimpinan mesti berorientasikan kemaslahatan pengikut dan pemimpin perlu banyak meransang, mengambil inisiatif mengembleng tenaga, kepakaran dan sumber yang ada untuk mencapai objektif. Kepimpinan yang positif dari pemimpin akan menghasilkan budaya kualiti dan kehidupan cemerlang para pengikut.

6. PENYELESAIAN-MEWUJUDKAN KEPIMPINAN BERKESAN

Untuk melahirkan kepimpinan Islam yang berkesan, caranya adalah pelbagai. Namun yang paling penting ialah apa yang dinyatakan oleh Ibn Taymiyyah (meninggal 728H) dalam bukunya al-Siyasah al-Syar’iyyah. Beliau memulakan perbincangan tentang keberkesanan kepimpinan dengan merujuk kepada ayat al-Qur’an yang menekankan tentang sifat amanah dan adil seorang pemimpin seperti yang disebut dalam Surah al-Nisa’, ayat 58 seperti berikut: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.

Bersifat amanah dan adil adalah dua sifat utama yang menjadi kayu ukur menentukan keberkesanan seorang pemimpin. Kedua-dua sifat tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan ketakwaan pemimpin kepada Allah. Manifestasi dari sifat amanah dan adil seorang pemimpin memberi kesan kepada pengikut-pengikut terutama untuk mencapai kepada matlamat al-sa’adah atau kebahagiaan sebenar di dalam kehidupan. Pembentukan sifat amanah dan adil seorang pemimpin tidak diperolehi hanya melalui warisan tetapi perlu diusaha, antara lain melalui pendidikan, pembelajaran dan pengalaman yang dilalui dalam tempoh tertentu.

Page 69: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 69

Pengukuran keberkesanan seorang pemimpin mengikut pandangan Islam dilihat bermula dari perspektif peribadi pemimpin itu sendiri dan kemudian barulah menjalar kepada masyarakat dan negara keseluruhannya. Seorang pemimpin yang memimpin sebuah negara besar umpamanya, tetapi terlibat dalam kesalahan moral seperti skandal seks atau peminum arak, tidak dianggap berkesan dan berjaya pada pandangan Islam, walaupun mungkin dianggap berkesan jika diukur dari segi prestasi kerjanya. Jesteru itu, kepimpinan yang bersifat sepadu, iaitu memimpin memandu manusia kepada pengabdian diri kepada Allah dan kesejahteraan ummah keseluruhan ialah parameter utama mengukur keberkesanan seorang pemimpin sepertimana firman Allah dalam Surah al-Furqan, ayat 74: Maksudnya: ”Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa”.

Di kalangan para sarjana yang membuat kajian lapangan dengan meneliti perilaku seorang pemimpin yang berkesan dan penerimaan oleh pengikut-pengikut mendapati tidak ada sifat-sifat khusus yang boleh dikatakan secara pasti atau mutlak untuk menentukan tahap tertinggi kredibiliti dan keberkesanan seorang pemimpin. Ini kerana ada sifat-sifat tertentu yang adakalanya tidak sesuai atau serasi dengan kumpulan tertentu tetapi serasi kepada kumpulan lain. Jaafar Muhammad (1988) menegaskan perkara ini, katanya: “Bukan semua pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu kerana terdapat juga ramai orang yang memiliki kebanyakkan atau semua sifat tersebut dan orang ini bukan semua terdiri daripada golongan pemimpin belaka”.

Walaupun begitu, umumnya dipersetujui bahawa terdapat sifat-sifat yang amat diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan seperti mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk memimpin dan berkeupayaan mentadbir dan mengurus organisasi dari segi perancangan, penstafan, perlaksanaan dan pengawalan untuk mencapai kepada objektif yang ditentukan.

Page 70: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 70

Justeru itu, di kalangan ulama Islam, mereka cuba menyenaraikan beberapa sifat kepimpinan yang dianggap perlu ada pada seorang pemimpin Islam seperti perbincangan di bawah.

Seorang pemimpin yang berada di barisan hadapan memimpin ummah memerlukan kualiti yang tinggi dari segi kehebatan fizikal dan juga spiritual. Memandangkan pentingnya kualiti seorang pemimpin dalam Islam, para ulama memberi perhatian yang mendalam membincangkan pelbagai jenis karakter yang perlu wujud untuk menjadikannya berkesan. Berikut dijelaskan pandangan beberapa orang ulama Islam berhubung dengan karakter yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin utama:

1. al-Mawardi menetapkan tujuh syarat untuk menjadi seorang khalifah iaitu: Keadilan yang meliputi segala syarat; Memiliki ilmu pengetahuan yang sampai ke peringkat boleh berijtihad; Memiliki kesejahteraan pancaindera, pendengaran, penglihatan dan lisan; Memiliki kesejahteraan anggota badan dari kecederaan yang menjejaskan pergerakan harian; Memiliki kecerdasan fikiran sampai kepada peringkat sanggup mempertahankan kehormatan dan berjihad menentang musuh; dan, Berbangsa dan berdarah keturunan Quraish;

2. Bagi Imam al-Qurtubi, beliau meletakkan sebelas syarat untuk menjadi seorang khalifah iaitu: Berketurunan Quraish berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya: “ Pemimpin hendaklah dari keturunan Quraish”; Terdiri dari seorang yang layak menjadi qadi, boleh berijtihad sendiri tanpa bergantung kepada orang lain untuk mengeluarkan sesuatu keputusan; Mempunyai kewibawaan dalam urusan ketenteraan dan dapat membenteras kezaliman dan menjaga kepentingan umat Islam; Mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalankan hukum syariat tanpa gentar dan takut dengan mana-mana pihak; Hendaklah seorang yang merdeka dirinya; Seorang yang beragama Islam; Seorang lelaki; Sejahtera anggota tubuh badan dari sebarang kecacatan ; Seorang yang baligh; Seorang yang berakal sihat; Seorang yang adil di mana tidak layak bagi yang fasiq menjadi pemimpin.

Page 71: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 71

3. Sementara itu, berbeza dengan yang lain, Ibn Khaldun menetapkan empat syarat sahaja untuk menjadi khalifah iaitu: Memiliki ilmu pengetahuan sehingga sampai ke peringkat berijtihad; Keadilan – di mana semua jawatan dalam agama mesti berlandaskan keadilan; Kesanggupan dan berani menjalankan undang-undanghudud serta menghadapi peperangan dan boleh mengarah rakyat berperang; mengetahui hal ehwal diplomasi dan cekap dalam siasah; dan, Kesejahteraan pancaindera dan anggota badan dari kecederaan seperti gila, buta, tuli, bisu, cacat tangan, kaki dan sebagainya.

4. al-Baghdadi, sama seperti Ibn Khaldun menetapkan empat syarat untuk menjadi khalifah dengan penekanan kepada sifat-sifat yang berbeza iaitu: Mempunyai ilmu sekurang-kurangnya sampai ke peringkat mujtahid dalam soal halal dan haram dalam hukum agama; Adil dan warak sekurang-kurangnya dirinya boleh menerima kesaksian; Mempunyai kemampuan berpolitik serta bijak dalam pengurusan negara, mampu membaca kemampuan rakyat sehingga tidak membebankan kerja-kerja kepada orang yang lemah serta bijak juga dalam urusan ketenteraan; dan, Berketurunan Quraish. Jika diperhatikan kepada penentuan karakter kepimpinan berkesan yang diberikan oleh para ulama Islam, didapati mereka menekankan tentang kemampuan para pemimpin memimpin pengikut-pengikut menuju kepada keradaan Allah dan memahami tujuan hidup sebenar. Aspek “quwwah” atau keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kesejahteraan fizikal merupakan syarat utama dalam memimpin ummah di samping pemimpin memiliki keperibadian yang unggul sehingga dihormati dan disanjungi oleh pengikut-pengikut. Hisham al-Talib (1992) menggariskan tujuh faktor kepimpinan berkesan yang dibuktikan melalui penyelidikan saintifik sebagai bandingan dengan apa yang disebut di atas seperti berikut:

a) Kemampuan Mental. Dia tidak semestinya mempunyai kecerdasan yang luarbiasa.

b) Minat dan Kebolehan yang Luas. Dia bukan saja aktif dalam satu bidang sahaja. Dia mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak dan pelbagai. Dia seorang yang peka, mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara langsung, termasuk pelbagai perkara dan

Page 72: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 72

aktiviti-aktiviti penting di persekitarannya. Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas.

c) Kemahiran Komunikasi. Salah satu gelaran yang diberi kepada Nabi Muhamamd s.a.w. ialah orang yang paling fasih bertutur bahasa Arab. Mengikut Cambrige History of America Literature: ‘Bukan polisi dan tindakkannya yang menyebabkan kemenangan Lincoln menerajui partinya pada tahun 1680, tetapi cara ianya menyampaikan sesuatu. Dalam setiap revolusi orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik dapat memimpin”.

d) Kematangan. Seorang pemimpin yang berjaya bebas dari sifat kebudakbudakkan; sikap dan tingkahlakunya adalah tindakan orang yang dewasa yang bertanggungjawab dan matang. Dari segi psikologinya dia seorang yang stabil dan menggambarkan kestabilan peribadi kepada pengikut-pengikutnya.

e) Kekuatan Motivasi. Dorongan, tenaga, inisiatif, ketabahan, keupayaan memuliakan diri sendiri, dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

f) Kemahiran Sosial. Kepimpinan pada dasarnya memperoleh sesuatu melalui orang lain, yang menunjukkan secara jelas bahawa pemimpin yang jelas mesti bergantung kepada kemahiran sosial. Dia mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada jelas atau tidak; Dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan.

g) Keupayaan Mentadbir. Kebolehan membayang, memulakan, merancang, mengarah, menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, meransang, mengkaji, meneliti, memerhati, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkara-perkara ini merupakan kemahiran yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi. Meskipun dalam situasi yang berlainan, sifat-sifat yang diutarakan oleh para ulama mempunyai signifikasi untuk melahirkan

Page 73: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 73

kepimpinan yang berkesan, iaitu bukan sahaja berkesan dari kacamata para pengikut, tetapi juga pada pandangan Allah.

7. KESIMPULAN

Masyarakat yang cemerlang terbentuk dari kepimpinan yang cemerlang. Lebih ramai pemimpin yang memahami kepimpinan sebagai amanah dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, akan lebih makmur dan sejahtera masyarakat. Oleh kerana setiap individu Muslim dianggap pemimpin, mereka mesti membina potensi kepimpinan masing-masing yang berkesan kepada orang yang dipertanggungjawabkan. Kepimpinan mesti dianggap sebagai melaksanakan amanah Allah. Ada yang mengatakan, untuk menjadi pemimpin, perlu diamalkan satu falsafah iaitu “think like a leader” atau sentiasa berfikir seperti ketua. Dengan cara itu, setiap tindakan akan dibuat dengan matang, dengan mengambil kira reaksi dan respons pengikut-pengikut. Kepimpinan berkait rapat dengan menjalankan tanggungjawab dan memberi hak yang wajar kepada yang berhak menerimanya.

Page 74: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 74

RUANG LINGKUP PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

1. LATARBELAKANG

Pengurusan dari berbagai sudut adalah sesuatu yang sangat komplek. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara yang lebih besar dalam berbagai sudut kehidupan mempunyai pengurusan yang tersendiri. Pengurusan digambarkan sebagai satu cara atau kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan. Dari sudut teorinya, dari sudut cara dan kaedah perlaksanaan pengurusan sendiri pun sudah mempunyai matlamat dan tujuannya sebelum sampai kepada klimak matlamat dan tujuan perlaksanaan pengurusan.

Di dalam Islam, pengurusan mestilah mempunyai matlamat agong yang satu iaitu semuanya adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Perkara ini bukan perkara kecil kerana ia melibatkan berbagai cabang perlaksanaan yang jika tergelincir salah satunya dari cara Islam maka matlamat yang agong tidak diperolehi. Kepelbagaian cabang pengurusan ini pula boleh diambil dari bermacam-macam cara pengurusan samada yang dianjurkan sendiri oleh Islam (yang terdapat dalam al-Quran atau al-Sunnah) atau hasil dari pemikiran mannusia (ideologi) semasa yang tidak bertentangan dengan Islam. Oleh itu, penumpuan yang lebih mestilah diberikan kepada cabang pengurusan ini kerana ia akan menpengaruhi matlamat yang lebih besar. Jika cabang-cabang pengurusan ini sememangnya perpaksi kepada sesuatu nilai yang murni atau dengan lain perkataan mempunyai nilai-nilai Islam, maka selepas itu matlamat keredhaan Allah s.w.t akan tercapai.

2. SOROTAN TAKRIFAN PENGURUSAN

Di dalam membicarakan secara umum tentang teori pengurusan, perkataan ‘pengurusan’ dan perkataan ‘pentadbiran’ pada kebiasaannya digunakan secara bersama atau dengan lain perkataan pengurusan dan pentadbiran adalah seerti dari sudut penghuraian teori. Perbezaannya datang dari sudut perlaksanaan dan kebiasaan

Page 75: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 75

penggunaannya. Pengurusan pada kebiasaannya digunakan pada perkara yang lebih besar dan komplek seperti kaedah atau cara pengurusan sesebuah institusi atau organisasi atau negeri atau negara. Manakala pentadbiran pada kebiasaannya digunakan pada perkara yang lebih kecil seperti pentadbiran pejabat, pentadbiran kakitangan dan seumpamanya.

Bagi memudahkan gambaran dan fahaman terhadap keduanya, pakar pengurusan Barat telah mentakrifkan pengurusan seperti berikut:

“Management is a process or form of work that involves the guidance or direction of a group of people toward organizational goals or objectives” (Harold Koontzand and Heinz Wien, 1992: 41)

Dari satu sudut lain, pakar-pakar ini juga mentakrifkan pentadbiran seumpama berikut:

“Administration as a universal process of efficiently getting activities completed with and through other people” (Harold Koontzand and Heinz Wien, 1992: 42)

Kesimpulan dari frasa yang dikemukakan di atas, dilihat pengurusan itu merujuk kepada aspek perlaksanaan kerja atau kuantiti kerja atau cara dan teknik melakukan kerja. Manakala pentadbiran pula dikaitkan pemikiran dalam pekerjaan atau kualiti sesuatu pekerjaan atau melibatkan mengekploitasi sumber manusia dari berbagai sudut samada pemikiran, kekuatan fizikal mahupun keupayaan refleksi dalam melakukan sesuatu kerja. Bagi mereka yang bukan ahli atau pakar dari sudut pengurusan ini, perbezaan ini tidak ketara dan sangat kecil.

Merujuk kepada penulisan ini, penggunaan pengurusan dan pentadbiran secara bersepadu, iaitu maksud pengurusan itu akan membawa juga maksud pentadbiran, begitu juga maksud pentadbiran itu akan membawa maksud pengurusan.

3. PENGURUSAN DI DALAM ISLAM

Page 76: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 76

Pengurusan di dalam Islam kadang-kadang juga disebut sebagai Pengurusan Hal Ehwal Islam atau kadang-kadang juga disebut sebagai Pentadbiran Hal Ehwal Islam merujuk kepada Sistem Pentadbiran Awam di Malaysia. Ini kerana status undang-undang negara sendiri meletakkan bahawa urusan hal ehwal Islam itu adalah urusan yang melibatkan pengorganisasian yang dikawal oleh sesebuah negeri. Oleh itu, kewujudan organisasi Islam secara tidak langsung akan melahirkan satu sistem pengurusan yang dipanggil pengurusan hal ehwal Islam.

Pengurusan di dalam Islam secara rekodnya tidak mempunyai satu kerangka (framework) yang tetap. Ini bermakna, kerangka itu boleh dicipta bergantung kepada keperluan semasa dan mengikut perkembangan keadaan dan zaman. Satu perkara yang menjadi asas kepada pengurusan Islam ialah perlantikan seorang ketua yang akan menjadi ketua dari berbagai sudut. Ketua ini mestilah mempunyai kuasa autokrasi (tidak sampai kepada kuasa mutlak) untuk membuat keputusan yang diperlukan.

Mustafa Hj. Daud (1994) di dalam membincangkan pengurusan Islam dengan masyarakat Islam telah meletakkan empat pembolehubah untuk digunakan dalam melaksanakan sesuatu pengurusaan hal ehwal Islam. Empat pembolehubah itu adalah seperti berikut:

1. Pengurusan hal ehwal Islam mestilah mempunyai hubungan dengan falsafah sosial Islam. Ini bermakna, etika sosial dalam Islam perlu difahami terlebih dahulu oleh penggubal-penggubal pengurusan hal ehwal Islam. Selepas itu, perlaksanaan pengurusan mestilah selari dengan etika sosial Islam ini.

2. Pengurusan hal ehwal Islam juga mestilah mengambilkira tentang kepelbagaian kegiatan ekonomi bagi memenuhi keperluan sosiologi setiap individu dalam masyarakat. Faktor ekonomi ini penting untuk diberi perhatian kerana ianya melibatkan keperluan peribadi dan masyarakat atau dengan kata lain taraf ekonomi dalam masyarakat akan mempengaruhi keadaan sosial dan pemikiran

Page 77: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 77

rakyat. Mereka yang kaya akan berbeza pemikirannya dengan mereka yang miskin.

3. Pengurusan hal ehwal Islam mestilah memenuhi keperluan kerohanian dan psikologi individu dalam masyarakat. Keperluan ini merangkumi keperluan fizikal seperti kemudahan setempat dan juga keperluaan pemikiran seperti keamanan suasana dan lain-lain lagi. Malah pembolehubah ini sangat penting kerana sifat kerohanian itu timbul dalam jiwa setiap orang dari anggota dalam masyarakat. Tanpa suatu pengurusan yang baik, psikologi individu dalam masyarakat akan menjadi kacau bilau.

4. Pengurusan hal ehwal Islam juga hendaklah memberikan perhatian kepada kecemerlangan organisasi pengurusan sendiri termasuklah dari sudut struktur, hubungan heiraki dan kepatuhan kepada autoriti formal.

Terdapat dua perkara yang menarik untuk disimpulkan daripada pembolehubah-pembolehubah yang dikemukakan di atas terutamanya jika dikaitkan dengan kecemerlangan dan kejayaan dalam pengurusan hal ehwal Islam. Antaranya ialah:

1. Faktor sosial, ekonomi, psikologi kerohanian dan aspek pengorganisasian mesti diambilkira dalam merangka struktur dan kerja (framework) sesuatu pengurusan yang melibatkan hal ehwal Islam. Jika diteliti faktor-faktor ini, pengurusan yang hendak diwujudkan oleh Islam itu sebenarnya adalah refleksi dari kegiatan manusia seharian dan dari sifat keperibadian yang berbentuk kerohanian. Ini bermaksud, wujudnya pengurusan hal ehwal Islam adalah untuk memudahkan perlaksanaan kegiatan manusia dan memenuhi sifat keperibadian terutama sekali sifat kerohanian.

2. Wujudnya dua unsur yang bertentangan untuk membina pengurusan hal ehwal Islam yang berjaya ini. Iaitu satu unsur keduniaan yang diwakili oleh keperluan sosial, ekonomi dan pengorganisasian dan unsur yang kedua ialah unsur yang bersifat keagamaan yang diwakili oleh memenuhi keperluan kerohanian. Mungkin inilah keistimewaan pengurusan hal ehwal Islam berbanding dengan pengurusan Barat, iaitu mempunyai dua unsur

Page 78: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 78

yang bersepadu, unsur keduniaan dan unsur keagamaan diterjemahkan di dalam perlaksanaan pengurusan.

Walaupun diakui bahawa pengurusan hal ehwal Islam ini merangkumi semua aspek kehidupan sosial Muslim dari sudut fizikal, pemikiran dan kerohanian samada dalam bidang sosial, ekonomi, falsafah dan lain-lain lagi, namun penulisan ini hanya akan ditumpukan pada satu sudut kecil pengurusan hal ehwal Islam ini, iaitu yang menyentuh berkaitan dengan pengorganisassian terutama organisasian yang dipanggil Pusat Islam yang wujud di Institut Pengajian Tinggi.

4. DASAR AMALAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

Di dalam amalan dan praktis pengurusan hal ehwal Islam di dalam kehidupan manusia, terdapat beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah:

1. Amalan nilai-nilai murni

Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktis nilai-nilai murni adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal (konsisten) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan perlakuannya.

Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin telah menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam kehidupan. Antaranya amalan nilai-nilai ini akan menjadikan seseorang itu sentiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan seseorang atas dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh

Page 79: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 79

al-Ghazali ialah dengan amalan nilai-nilai murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan keagamaan dan hubungan interpersonal.

2. Etika keperibadian mulia

Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan perwatakan mulia. Perkara ini mula-mula dibincangkan oleh Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues'. Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan 'Fadhilah' atau 'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini adalah merangkumi perlakuan keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai keperibadian mulia atau tidak beretika.

Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna di samping mempunyai etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang berlawanannya dengan keperibadian mulia tersebut. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak beretika juga adalah salah satu dari sifat semulajadi manusia. Tempat bekerja atau organisasi tempat kerja adalah contoh etika keperibadian mulia ini.

3. Kemoralan sosial

Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam masyarakat sekeliling tempat hidupnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui perbuatannya. Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada peraturan tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak dengan jawapan 'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih baik

Page 80: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 80

dan tepat ialah 'Engggih' (ya) dan jika permintaan itu terpaksa ditolak, alasannya dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan bergini dianggap sebagai sesuatu yang biasa pada masyarakat timur dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati masyarakat sekeliling. Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralan sosial.

Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya ialah sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama, sensitiviti individu dan keupayaan mengenalpasti sesuatu permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini juga mestilah mengambil kira permintaan tersebut samada ianya bersifat mendatangkan faedah bersama atau sebaliknya. Praktis perlakuan ini sebenarnya telah memenuhi amalan etika interpersonal.

4. Insan bermoral

Insan bermoral lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau sahsiah mulia sekalipun tidak melibatkan individu atau masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak bermoral. Selepas itu individu tesebut seharusnya menjadikan insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya. Contohnya, individu yang mengamalkan nilai jujur dan amanah di dalam pekerjaan sehariannya, maka nilai-nilai tersebut akan sentiasa terserlah walaupun individu tersebut bekerja tanpa pemantauan ataupun dengan pemantauan yang minimum.

Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan insan bermoral ini. Oleh itu, seringkali dilihat mereka yang tidak mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan prinsip atau amalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.

5. PRAKTIS NILAI DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

Page 81: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 81

Terdapat beberapa nilai yang cuba diterapkan oleh pengurusan hal ehwal Islam ini jika disentuh daripada sudut etika kerja Islam. Legitimasinya, tanpa nilai-nilai tertentu di dalam etika kerja tidak akan bermakna sesuatu tindakan atau pekerjaan itu. Oleh yang demikian, maka Islam telah mencadangkan etika kerja Islam yang mengandungi satu rangkaian nilai-nilai murni terutama yang terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam. Rumusan mengenai nilai-nilai yang terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam yang berkaitan dengan etika kerja Islam termasuklah:

1. Mas'uliah dalam tindakan dan pekerjaan

Mas'uliah adalah perkataan Arab yang membawa maksud konsep sikap dan amalan pertanggungjawaban di dalam etika kerja Islam. Di dalam konsep Mas'uliah ini setiap pekerja mestilah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam setiap tindakan pekerjaannya dan Mas'uliahnya yang utama ialah kepada penciptanya. Konsep Mas'uliah dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ini jelas seperti maksud di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Barangsiapa melakukan kebaikan, meskipun seberat zarah timbangannya, akan dilihatkan balasan kebaikan itu, Barangsiapa melakukan kejahatan, meskipun sebesar zarah timbangannya, akan diperlihatkan balasan kejahatannya itu" (129:7-8)

Di dalam memahami konsep Mas'uliah di dalam pengurusan hal ehwal Islam ini, secara umumnya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori berikut:

i. Mas'uliah peribadi - menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap kerja yang selari dengan kehendak Syariah semata-mata kerana amanah yang datang daripada ketua dan yang lebih penting ialah untuk menunaikan amanah kerja kerana Tuhan.

ii. Mas'uliah kepimpinan - Menanamkan sikap kepimpinan di dalam tindakan yang dilakukan. Ini kerana setiap orang itu tanpa

Page 82: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 82

mengira kerjayanya adalah seorang pemimpin. Sifat kepimpinan ini direalisasikan dengan tindakan-tindakan yang baik dan boleh dijadikan teladan kepada orang lain.

iii. Mas'uliah pekerja - Menanamkan sikap bertanggungjawab melakukan sesuatu tindakan berdasarkan kepada peranan yang telah diberikan. Di dalam perkara ini kepatuhan kepada arahan adalah menjadi ukuran kepada sesuatu tindakan yang dilakukan.

iv. Mas'uliah organisasi - Organisasi yang baik adalah sebuah organisasi yang beroperasi berdasarkan kepada 'Maqasid Syariah' iaitu meletakkan batasan Syariah sebagai undang-undangnya dan yang lebih penting ialah organisasi mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap apa yang dipanggil 'Dharuriyyah' pada seseorang pekerja, iaitu lima perkara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

2. Al-Wala' dalam pekerjaan

Pada dasarnya konsep al-Wala' dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ialah sifat kepatuhan, ketaatan dan keakuran di dalam melakukan sesuatu tindakan di dalam sesebuah organisasi atau di dalam melakukan pekerjaan yang melibatkan hubungan dua hala. Kepatuhan ini bukan sahaja dari skop hubungan manusia dengan manusia sahaja seperti hubungan pekerja dengan majikannya tetapi melangkaui sifat-sifat dalaman seperti mengutamakan kepatuhan kepada Tuhan dan juga termasuklah konsep al-Wala' disini ialah kepatuhan di dalam bentuk-bentuk dokumentasi seperti undang-undang, peraturan-peraturan, etika-etika dan seumpamanya.

Suatu perkara yang menarik berkaitan konsep al-Wala' terutama di dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ini ialah maksud yang tersirat di sebaliknya. Ramai ilmuan Islam mengaitkan konsep al-Wala' ini dengan nilai-nilai kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bekerjasama dan mencari persefahaman di dalam tindakan untuk menghasilkan permuafakatan. Perbicaraan cendikiawan Islam tentang perkara ini berkemungkinan dilihat dari sudut kesan perlaksanaan konsep al-Wala' ini di dalam organisasi

Page 83: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 83

atau masyarakat, iaitu apabila dilaksanakan maka akan terhasillah nilai-nilai yang dinyatakan tersebut.

Walaupun begitu, terdapat beberapa tegahan dan larangan perlaksanaan konsep al-Wala' ini terutama di dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam di dalam pekerjaan. Secara umumnya, tegahan dan larangan tersebut boleh dilihat dari maksud ayat al-Quran di bawah:

i. "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang yang tidak beriman sebagai teman rapat (memberi al-Wala') dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian, maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang dditakuti dari pihak mereka (golongan orang yang tidak beriman itu). Allah telah memerintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaaan diriNya. Kepada Allah juga tempat kembali" (3:28)

ii. "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang diberi al-Wala'). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu, jika kamu memahaminya" (3:118)

iii. "Sampaikanlah khabar berita kepada orang yang berpura-pura bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka seksaan yang tidak terperi sakitnya (orang yang berpura-pura ialah orang yang mengambil orang yang tidak beriman untuk di beri al-Wala'). Tidaklah patut orang yang berpura-pura ini mencari kekuatan dan kemuliaan dengan menjadikan orang-orang yang tidak beriman ini di beri al-Wala'. Sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya milik Allah" (4:144)

3. Ahsan dalam pengurusan

Page 84: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 84

Konsep Ahsan secara umumnya ialah menanamkan sifat-sifat terbaik dalam semua aspek kehidupan. Jika dilihat dari sudut pekerjaan, Ahsan dimaksudkan sebagai melakukan tindakan-tindakan yang terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Perbincangan yang lebih detil berkaitan konsep Ahsan ini dari sudut etika pekerjaan ialah menekankan strategi, taktik dan metod dalam setiap tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada aplikasi keilmuan dan kemahiran semasa dan sejagat. (Osman Ayub, 1988: 4)

Konsep Ahsan diaplikasikan di dalam dunia moden ini dengan apa yang disebut sebagai profesionalisme di dalam pekerjaan. Terdapat beberapa perbezaan khusus perlaksanaan Ahsan ini dengan apa yang difahami melalui konsep profesionalisme. Paling utama ialah Ahsan di dalam pengurusan hal ehwal Islam merangkumi sifat dalaman dan luaran, iaitu jika disentuh dari sudut dalaman, perbicaraannya adalah menyentuh tentang nilai-nilai kejujuran dan keikhlasan dalam tindakan untuk Tuhan dan manusia, manakala di sudut luaran pula ialah personalia Islam atau akhlak Islam yang berdasarkan kepada ilmu dan kemahiran. Ukuran konsep profesionalisme pula hanya dilihat dari sudut luaran semata-mata iaitu, seseorang itu mestilah bertindak mengikut keilmuan dan kemahirannya. Keilmuan dan kemahiran pada kebiasaannya ditandakan dengan jawatan yang dipegang.

Perlaksanaan Ahsan di dalam pengurusan hal ehwal Islam dapat dicapai melalui penumpuan tiga cara berikut;

i. Ahsan al-Jasd - iaitu dengan menanamkan dan melaksanakan personalia Islam seiring dengan keilmuan dan kemahiran seseorang. Perkara ini menuntut seseorang itu walaupun mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran yang sejagat untuk mengetahui konsep-konsep perlaksanaan akhlak Islam.

ii. Ahsan al-Akl - iaitu menjaga kesihatan akal fikiran daripada unsur-unsur negatif seperti hasad dengki, cemburu, mengutamakan diri sendiri dan lain-lain lagi. Ini kerana seseorang yang mempunyai sifat-sifat begitu pada kebiasaannya akan menterjemahkannya di

Page 85: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 85

dalam tindakan. Maka akan wujudlah selepas itu etika kerja yang mempunyai unsur-unsur negatif.

iii. Ahsan al-Roh - iaitu satu fenomena yang tidak dapat difahami oleh orang lain kecuali yang empunya diri. Roh yang sentiasa mahukan kebaikan dalam tindakan dan mahu sentiasa memperbaiki tindakan dan pekerjaannya adalah sesuai untuk diterapkan konsep Ahsan ini.

4. Menjaga kualiti kerja dalam pengurusan hal ehwal Islam

Secara konvensionalnya nilai kualiti dapat difahami melalui ungkapan berikut: Quality is the degree to which a product or service conforms to a set of predetermined standards related to the characteristics that determine its value in the market place and its performance of the function for which it is designed" (Wan Azmi Ramli, 1994: 255)

Pada dasarnya perlaksanaan nilai kualiti mestilah mempunyai beberapa prasyarat utama, antaranya mestilah mempunyai ‘standard’ atau piwaian yang khusus sebagai ukuran, mempunyai ciri-ciri menepati piawaian dan sejauhmana ciri-ciri tertentu tersebut menepati piawaian. Ukuran kepada kualiti jika diterjemahkan di dalam tindakan dalam pekerjaan bermaksud, sejauhmana tindakan-tindakan yang dilakukan menepati ukuran piawaian yang telah ditetapkan. Di dalam perkara ini kualiti tindakan di dalam pengurusan hal ehwal Islam adalah menepati untuk diukur kerana mempunyai prasyarat utama. Ruanglingkup pengurusan hal ehwal Islam sendiri sebagai ‘standard’ atau ukuran piawaian, tindakan-tindakan dalam lingkungan maksud pengurusan sebagai ciri untuk diukur.

Kecemerlangan di dalam Islam tidak diukur dari segi pertimbangan utilitarian yang hanya dilihat melalui penilaian manfaat berbanding kos semata-mata tetapi ia tertakluk kepada keredhaan Tuhan. Oleh itu, ibadah adalah satu bidang yang berkait terus dengan mendapat keredhaan Tuhan ini dan perkara yang kedua ialah tindakan dan pekerjaan seseorang yang mengikut landasan yang dibenarkan juga menuju kepada keredhaan Tuhan. Oleh yang

Page 86: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 86

demikian, maka meperelokkan tindakan atau dengan erti kata yang lain mempunyai ‘standard’ penilaian di dalam tindakan dan pekerjaan adalah perlu dan menjadi wajib kepada orang-orang Islam. (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1997: 73)

5. Menghalang etika kerja Mazmumah

Apabila di teliti daripada sudut penerapan nilai-nilai di dalam pengurusan hal ehwal Islam ini, ia menunjukkan kepada perlaksanaan tingkahlaku atau perbuatan manusia yang dianggap ideal dan bersifat universal. Ia bersesuaian dengan semua lapisan pekerjaan masyarakat. Nilai-nilai yang cuba diterapkan adalah nilai-nilai yang tergolong di dalam ketegori Mahmudah dan menghalang daripada perlaksanaan tingkahlaku Mazmumah.

Larangan melaksanakan tindakan yang berunsur Mazmumah walaupun tidak dinyatakan secara jelas tetapi daripada contoh pemahaman pengurusan hal ehwal Islam yang telah dinyatakan terdapat beberapa tingkahlaku Mazmumah yang dilarang samada yang bersifat dalaman atau yang bersifat luaran, antaranya:

i. Riya' (niat yang tidak baik) - jelas menunjukkan bahawa pengurusan ini meletakkan kepentingan teologi iaitu niat bekerja kerana Tuhan pada tempat yang utama kemudian barulah meletakkan kepentingan lain sebagai susulan. Riya' adalah unsur dalaman yang tergolong di dalam tingkahlaku Mazmumah. Jika difahami dari sudut pekerjaan, ia bermaksud meletakkan kepentingan lain seperti menunjuk-nunjuk, bekerja kerana bos disebalik tindakan yang baik dan positif yang dilakukan dan seumpamanya.

ii. Penipuan - khusus di dalam tingkahlaku dan tindakan yang dilakukan. Ia berkait rapat dengan konsep kejiwaan. Ini bermaksud ketinggian ilmu dan kemahiran bukan jaminan untuk menghalang tindakan Mazmumah ini. Hanya kepercayaan metafizik sahaja yang dapat menghalang tingkahlaku ini.

iii. al-Kasal - iaitu sifat pemalas di dalam melakukan gerak kerja. Pengurusan hal ehwal Islam secara terang-terangan

Page 87: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 87

menghalang daripada berlakunya tindakan al-Kasal ini dengan penekanan unsur-unsur sentiasa memperbaiki diri.

iv. al-Hasad - di dalam melakukan tindakan yang boleh menjatuhkan orang lain. Sifat dengki ini akan dapat dilihat melalui tindakan dan tingkahlaku seseorang terutama sekali di dalam mengejar cita-cita.

v. al-Riswah - iaitu suatu sifat yang bukan sahaja dihalang di dalam agama tetapi juga di dalam undang-undang masyarakat. Tindakan rasuah adalah satu tindakan yang boleh menjatuhkan bukan sahaja maruah diri tetapi juga keteguhan organisasi dan masyarakat.

Page 88: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 88

IDEOLOGI MODEN SEBAGAI MODEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

1. DEMOKRASI

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Perkataan ini berasal dari Yunani yang bermaksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil

Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan

sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan

Page 89: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 89

Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law

Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab.

2. KOMUNISME

Komunisme adalah ideologi dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-

Page 90: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 90

Leninisme. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia ke-2 dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat. Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:

1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)2. China (Republik Rakyat China)3. Cuba (Republik Cuba)4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Laos)5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:

1. China2. Laos3. Vietnam4. Cuba5. Korea Utara

Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (Kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri. Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 199, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di

Page 91: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 91

negara-negara lain seperti di Barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

3. SOSIALISME

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.

Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon. Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia. Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara.

4. KAPITALISME

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi

Page 92: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 92

kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan Kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis. Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan 19 Masehi. Walau bagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lain terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian. Asas asal kapitalisme dan pasaran bebas boleh dijejak kembali pada Zaman Keemasan Islam dan Revolusi Pertanian Islam, di mana ekonomi pasaran pertama dan bentuk awal kapitalisme perdagangan mula berakar di antara kurun ke-8 dan ke-12. Sesetengah sarjana merujuknya kepada “Kapitalisme Islam”. Orang Islam telah mewujudkan satu sistem ekonomi monetari dengan mengembangkan sistem pengedaran mata wang bernilai tinggi yang stabil (seperti dinar) dan menyepadukan bidang monetari yang dulunya bebas. Sementara itu teknik baru perniagaan dan bentuk organisasi yang inovatif diperkenalkan oleh pakar ekonomi, pedagang dan peniaga pada masa itu. Di antara inovasi ini termasuk syarikat dagang, perniagaan yang besar, kontrak, pertukaran bil, perdagangan antarabangsa jarak jauh, perkongsian (mufawada) seperti mudharabah, dan bentuk awal hutang kredit, keuntungan, kerugian, modal (al-Mal), pengumpulan modal, amanah (Wakaf), syarikat permulaan, akaun simpanan, pajakan, juru bank, penukar mata wang, lejer dan saman. Konsep perusahaan yang sama seperti syarikat yang bebas daripada campurtangan negara juga telah wujud pada zaman pertengahan Islam, sementara institusi agensi juga ditubuhkan. Banyak daripada

Page 93: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 93

konsep awal kapitalis ini diambil pakai dan dibangunkan oleh Eropah dari kurun ke-13 dan seterusnya.

Sistem kontrak yang bergantung kepada pedagang juga sangat berkesan. Pedagang akan membeli dan menjual atas komisyen, dengan wang yang dipinjamkan kepada mereka oleh pelabur kaya, atau pelaburan bersama beberapa pedagang, yang selalunya mereka terdiri daripada orang Islam, Kristian dan Yahudi. Perkongsian perniagaan akan dibuat untuk banyak penerokaan komersil, dan pertalian yang erat membolehkan rangkaian dagangan terbentuk dalam jarak yang luas. Rangkaian yang terbina pada masa ini membolehkan sebuah dunia di mana wang dijanjikan oleh sebuah bank di Baghdad dan ditunaikan di Sepanyol, yang membawa kepada sistem cek seperti pada hari ini. Setiap kali barangan melepasi bandar-bandar dalam rangkaian luar biasa ini, bandar akan mengenakan cukai, menyebabkan harga tinggi apabila mencapai destinasi terakhir. Inovasi yang dibuat oleh orang Islam dan Yahudi membentuk asas kepada sistem ekonomi. Kapitalisme sebagai sistem ekonomi yang difahami bermula di Eropah pada kurun ke-13, menjelang akhir zaman feudal. Manusia itu, kata Adam Smith, sentiasa ada kecenderungan untuk "mengangkut dan menukar barang kepada barang lain." Kecenderungan kepada perdagangan dan pertukaran ini digalakkan oleh beberapa siri Perang Salib dari kurun ke-11 hingga ke-13. Penerokaan bangsa Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16 menguatkan dorongan kepada perniagaan dan perdagangan, terutama berikutan kebanjiran logam berharga yang masuk ke Eropah selepas penerokaan dan penawanan Dunia Baru. Aturan ekonomi yang muncul dari peristiwa-peristiwa ini pada dasarnya bersifat komersil iaitu tumpuan lebih kepada pertukaran barangan daripada pengeluaran. Penekanan kepada pengeluaran tidak berlaku hingga kebangkitan perindustrian pada kurun ke-19. Sebelum masa itu, satu unsur penting dalam sistem kapitalis muncul: usahawan atau pengambil risiko. Unsur penting dalam kapitalisme adalah menjalankan aktiviti dengan jangkaan yang ia akan menghasilkan keuntungan pada masa depan. Kerana masa depan tidak diketahui, kedua-dua risiko kerugian dan keuntungan wujud. Jangkaan risiko ini adalah salah satu peranan khusus yang dimainkan oleh seorang usahawan.

Page 94: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 94

Gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi oleh Renaisans dan Reformasi. Perkembangan besar ini mengubah masyarakat dan membuka jalan kepada kemunculan negara-bangsa moden, yang kemudian membawa kepada keamanan, peraturan, dan undang-undang yang penting bagi pertumbuhan kapitalisme. Pertumbuhan ini dicapai melalui pengumpulan lebihan ekonomi oleh usahawan dan pelaburan semula lebihan ini ke dalam sistem untuk pengembangan. Tanpa keamanan, stabiliti dan kesinambungan, proses ini tidak boleh berlaku. Dari kurun ke-15 hingga ke-18, dengan kelahiran negara-bangsa, kapitalisme yang berkembang bukan hanya berbaur komersil tetapi ke arah merkantilisme. Bentuk ini mencapai tahap tertinggi di England. Sistem merkantilis lebih kepada harta persendirian dan penggunaan pasaran untuk aktiviti ekonomi mudah. Tumpuan utama merkantilisme adalah kepentingan negara dan bukan individupemilik sumber ekonomi. Pada era merkantilis, tujuan utama dasarekonomi adalah menguatkan negara dan agendanya. Untuk itu, kerajaan mengawal kuat aktiviti pengeluaran, pertukaran dan penggunaan barang. Ciri paling menonjol merkantilisme adalah kesibukan negara mengumpul kekayaan dalam bentuk emas dan perak. Kerana kebanyakan negara tidak mempunyai sumber asli yang banyak bagi logam berharga ini, cara terbaik mendapatkannya adalah melalui perdagangan. Ini bermakna berusaha ke arah imbangan perdagangan yang menguntungkan iaitu lebih ekport daripada import. Negara luar akan membayar import dalam bentuk emas dan perak. Negara merkantalis juga lebih gemar mengekalkan upah rendah kerana percaya ini akan tidak menggalakkan import dan menyumbang kepada lebihan eksport. Seterusnya menambahkan lagi emas yang masuk ke dalam kantung negara. Akan tetapi, kekayaan sebenar sesebuah negara tidak bergantung kepada banyaknya emas dan perak. Emas dan perak yang banyak diperoleh dari imbangan perdagangan akan menjadi perangsang kepada aktiviti ekonomi secara umum, membolehkan negara mengenakan lebih cukai dan mendapat lebih perolehan. Tetapi hanya beberapa negara yang mengamalkan merkantilisme memahami prinsip ini. Dalam kapitalisme, kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau

Page 95: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 95

kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations.

Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga. Mereka yang mempunyai modal ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah. Dalam kapitalisme, kebanyakan orang adalah golongan pekerja (atau proletariat). Mereka tidak mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara hidup. Seseorang boleh memilih untuk bekerja dengan sesiapa sahaja dalam pasaran bebas. Kerajaan tidak memberitahu individu kerja apa harus dibuat, juga tidak melarang individu dari melakukan sesuatu pekerjaan. Konsep ini berbeza dengan sistem ekonomi lain seperti feudalisme, di mana seseorang bekerja untuk tuan tanah mereka. Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh mengumpulkan duit bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah tuan punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan menjual saham. Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada mereka yang melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk melabur dalam perniagaan baru (venture capitalist). Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat banyak wang atau dipanggil keuntungan. Mereka kemudiannya boleh melaburkan keuntungan dalam perniagaan lain atau membesarkan perniagaan sedia ada.

Golongan sosialis dan komunis adalah antara mereka yang menentang kapitalisme. Mereka mengatakan kapitalisme menjejaskan golongan pekerja kerana golongan kapitalis mendapat lebih banyak keuntungan sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal. Wujudnya jurang yang luas kaya dan miskin serta mereka yang miskin dan bertambah miskin. Karl Marx seorang pemikir komunis dalam bukunya ‘Das Kapital’ (The Capital) menulis bahawa kapitalisme hanya dapat disingkirkan apabila

Page 96: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 96

golongan pekerja mengambil alih kerajaan melalui revolusi. Selain itu, sistem ekonomi ini dulunya dianut oleh negara miskin dan kekurangan sumber daya alam (SDA) dan sumber daya manusia (SDM). Terdapat pelbagai label untuk penyokong sistem kapitalisme. Di beberapa bahagian di dunia, mereka dikenali sebagai ‘Liberal’. Di Amerika Syarikat dan beberapa tempat, mereka yang menyokong kapitalisme dipanggil ‘Libertarian’. Mereka yang menyokong kapitalisme juga mempunyai perbezaan pendapat. Kebanyakan orang bersetuju bahawa kapitalisme akan berfungsi dengan baik dengan kawalan kerajaan. Di kebanyakan negara, kerajaan berusaha supaya urus niaga jual beli berjalan dengan adil dan tidak menindas pekerja. Apabila terdapat campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran, ini dipanggil "ekonomi campuran" dan bukannya sistem kapitalisme yang tulen.

5. LIBERALISME

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama ‘liberal’ mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.[

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman

Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal

Page 97: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 97

beranggapan sistem ekonomi lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran. Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat, yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah." Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin ‘liber’ yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris ‘liberty’ dan konsep kebebasan. Di dalam ‘History of Rome from Its Foundation’ oleh Livy, penulis mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan patrician. Marcus Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk ‘Meditation’ menulis "...pendapat polisi pemerintahan yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah... ." Selepas kejatuhan Empayar Roman, mendapat liberalisme tidak cergas di sepanjang Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa Zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus. Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam ‘Discourses on Livy’ mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16. Pada akhir abad ke-17, John Locke mengarang ‘England and the Thinkers of the French Enlightenment’ untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut ‘Rights of Man’ yang ditulis oleh Thomas Paine pada tahun 1791.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain. Maksud "mengemari kebebasan dan demokrasi" mula digunakan di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis

Page 98: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 98

libéral, mengikut Oxford English Dictionary. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan gambar ketiadaan undang-undang di luar Negara)". Perang Kemerdekaan Amerika menubuhkan negara yang pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan dibina dengan kerelaan yang ditadbir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi Perancis cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal. Ahli-ahli ekonomiseperti Adam Smith di dalam ‘The Wealth of Nations’ (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Pengarang-pengarang Perlembagaan Sepanyol 1812 yang dirangka di Cádiz mungkin adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukan penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol. Bermula di akhir kurun ke-18, liberalisme menjadi antara satu ideologi terpenting hampir di semua negara maju.

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme. Perbezaan pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat diantara ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud beberapa pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza. Di dalam artikel ini, "liberalisme politik" akan digunakan untuk sokongan terhadap demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja berkuasa mutlak atau diktator; "liberalisme budaya" untuk sokongan terhadap kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di atas dasar nationalisme atau agama; "liberalisme ekonomik" untuk sokongan terhadap harta peribadi and menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan; dan "liberalisme sosial" di mana ia menunjukan sokongan terhadap kesaksamaan and

Page 99: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 99

menentang ketidak samarataan peluang. Bagi "liberalisme moden" pula bermaksud campuran bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini yang boleh ditemui di negara-negara maju sekarang. Terdapat beberap prinsip liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal:

Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.

Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.

Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester adalah satu ideologi yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme ‘laissez-faire’ yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabkan

Page 100: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 100

oleh tindakan kerajaan. Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna.

Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neo-liberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka.

6. SEKULARISME

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis. Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

Tujuan dan alasan menyokong sekularisme pelbagai. Di Eropah, sekularisme disokong sekarang ia pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan falsafah,

Page 101: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 101

masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula, pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai alasan. Istilah "sekularisme" mula digunakan di United Kingdom oleh seorang penulis bernama George Holyoake pada tahun 1846. Walaupun ia adalah satu istilah yang baru, idea berkenaan seperti kebebasan berfikir sudah wujud sekian lama dalam sejarah manusia. Idea awal sekularisme berkisar tentang pemisahan falsafah dan agama boleh dijejaki dari Abul Waleed Muhammad atau Ibnu Rushd dan fahaman falsafah yang dibawa beliau. Holyoake mencipta istilah "sekularisme" untuk menerangkan pandangannya yang menggalakkan satu aturan sosial yang terpisah dari agama tetapi dia tidak secara aktif mengkritik agama. Seorang yang tidak kuat agama, Holyoake berhujah bahawa "sekularisme bukan menyanggah Kristian tetapi tidak bergantung kepada agama itu. Ia juga tidak mempersoalkan ajaran Kristian. Sekularisme tidak mengatakan tidak terdapat kebenaran atau panduan tetapi ia mengatakan kebenaran dan panduan juga didapati melalui sekularisme yang wujud secara bebas. Pengetahuan mengenai sekular dimanifestasi dalam pengetahuan tentang kehidupan yang bersangkut paut dengan apa yang dilakukan semasa hidup, kebajikan dalam kehidupan dan berkebolehan untuk diuji oleh pengalaman hidup." Mengikut kamus Inggeris, sekular bermaksud:

1. Keduniaan2. Tiada agama3. Tidak zuhud

Dalam istilah politik, sekularisme merupakan pergerakan ke arah pemisahan agama dan kerajaan. Ia boleh dirujuk sebagai mengurangkan hubungan di antara kerajaan dan agama rasmi, serta menggantikan undang-undang berdasarkan kitab suci (seperti undang-undang Syariah dan Taurat) dengan undang-undang sivil, dan menghapuskan diskriminasi berasaskan agama. Ia juga dikatakan sebagai demokrasi dalam melindungi hak-hak golongan minoriti. Sekularisme selalu dikaitkan dengan Zaman Kesedaran di

Page 102: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 102

Eropah dan ia memainkan peranan penting dalam masyarakat Barat. Prinsip-prinsipnya, walaupun tidak semestinya amalannya, seperti pemisahan di antara gereja dan negara di Amerika Syarikat dan Laïcité di Perancis banyak bergantung dari idealogi sekularisme. Seperti di Barat, ideologi pemisahan di antara agama dan negara wujud di India sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat India moden juga berasaskan kepada nilai ini. Masyarakat sekular juga wujud semasa Zaman Kegemilangan Islam. Kerana kepercayaan agama dan negara harus dipisahkan, golongan sekular lebih suka ahli politik membuat keputusan berdasarkan alasan sekular dan bukan agama. Dalam hal ini, keputusan dasar berkaitan dengan topik seperti pengguguran, kajian sel stem embrio, perkahwinan sejenis dan pendidikan seks menjadi tumpuan organisasi sekular di Amerika. George Holyoake dalam "English Secularism" yang diterbitkan pada 1896 menerangkan sekularisme sebagai: “Sekularisme adalah peraturan yang berkaitan dengan kehidupan, berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan dan disasarkan kepada mereka yang mendapati ajaran agama tidak mencukupi, tidak boleh dipegang atau tidak dipercayai. Prinsip pentingnya ada tiga: (1) Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan. (2) Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia. (3) Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan. Sama ada wujud kebaikan atau tidak, kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik, dan adalah baik untuk mencari kebaikan tersebut.” Holyoake berpegang kepada prinsip bahawa sekularisme dan etika sekular tidak harus menunjukkan minat terhadap persoalan keagamaan (iaitu agama itu tidak penting) dan harus membezakan ia dari ateisme.

7. NASIONALISME

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori. Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan

Page 103: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 103

politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya. Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian ideologi negara atau gerakan (bukan negara) yang popular berdasarkan pendapat sivik, etnik, budaya, keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya saling kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian atau kesemua elemen tersebut.

Nasionalisme sivik (atau nasionalisme sivil) adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat"; "perwakilan politik". Teori ini mula dibangunkan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk ‘On the Social Contract’ (atau dalam Bahasa Melayu "Mengenai Kontrak Sosial"). Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dibangunkan oleh Johann Gottfried Von Herder, yang memperkenalkan konsep ‘Volk’ (bahasa German untuk "rakyat"). Nasionalisme romantik (juga dipanggil nasionalisme organik, nasionalisme identiti) adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil daripada bangsa atau ras; menurut semangat Romantisme. Nasionalisme romantik adalah bergantung kepada kewujudan budaya etnik yang menepati idealisme Romantik; kisah tradisi yang telah direka untuk konsep nasionalisme romantik. Misalnya "Brothers Grimm" yang dinukilkan oleh Herder merupakan koleksi kisah-kisah yang berkaitan dengan etnik Jerman. Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya bersama dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya. Contoh yang terbaik ialah rakyat China yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada budaya. Unsur ras telah dibelakangkan dimana golongan Manchu serta ras-ras minoriti lain masih dianggap sebagai rakyat negara China. Kesediaan dinasti Quing untuk menggunapakai adat istiadat China membuktikan keutuhan budaya China. Malah ramai rakyat Taiwan menganggap diri mereka nasionalis China sebab persamaan budaya mereka tetapi

Page 104: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 104

menolak negara China itu sndiri kerana kerajaannya berfahaman komunisme. Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah 'national state' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri. Contoh biasa ialah Nazisme, serta nasionalisme Turki kontemporari, dan dalam bentuk yang lebih kecil, Franquisme sayap-kanan di Sepanyol, serta sikap 'Jacobin' terhadap unitari dan golongan pemusat negeri Perancis, seperti juga nasionalisme masyarakat Belgium, yang secara ganasnya menentang demi mewujudkan hak kesetaraan (equal rights) dan lebih autonomi untuk golongan Fleming, dan nasionalis Basque atau Corsican. Secara sistematik, bila mana nasionalisme kenegerian itu kuat, akan wujud tarikan yang berkonflik kepada kesetiaan masyarakat, dan terhadap wilayah, seperti nasionalisme Turki dan penindasan kejamnya terhadap nasionalisme Kurdish, pembangkangan di antara kerajaan pusat yang kuat di Sepanyol dan Perancis dengan nasionalisme Basque, Catalan dan Corsican. Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi "political legitimacy" dari persamaan agama. Zionisme di Israel adalah satu contoh yang baik. Walaupun begitu, lazimnya nasionalisme etnik adalah dicampuradukkan dengan nasionalisme keagamaan. Misalnya, di Ireland semangat nasionalisme adalah berpunca dari persamaan agama mereka iaitu Katolik; nasionalisme di India seperti yang diamalkan oleh pengikut parti BJP adalah berpunca dari agama Hindu.

Namun demikian, bagi kebanyakan kumpulan nasionalis agama hanya merupakan simbol dan bukannya motivasi utama kumpulan tersebut. Misalnya pada abad ke-18, nasionalisme kaum Irish dipimpin oleh mereka yang menganut agama Protestan. Gerakan nasionalis di Ireland bukannya berjuang untuk memartabatkan teologi semata-mata. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi yang bersangkut paut dengan Ireland sebagai sebuah negara merdeka terutamanya budaya Ireland. Justeru itu, nasionalisme kerap dikaitkan dengan kebebasan. Disebaliknya Islam

Page 105: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 105

menentang Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum), Rasisme, atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak kira bangsa, warna dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan kedalam bahasa Inggeris sebagai negara (nation), sedangkan perkataan yang selalu digunakan dalam Islam untuk Negara ialah ‘daulah’.

Page 106: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 106

PERBEZAAN ANTARA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SYURA DENGAN DEMOKRASI

1. PENGENALAN

Antara Barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara Barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal Barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula.

Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah mengasaskan sesebuah negara itu adalah berdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu segala amalan dalam sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Bagi Demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap Demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakkan sarjana bersependapat bahawa Demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti pentadbir menghormati hak minoriti.

Page 107: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 107

2. DARI SUDUT DEFINISI

Apabila dibincangkan mengenai Demokrasi satu perkara yang terlintas di hati orang kebanyakkan adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara Demokrasi akan mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, Demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat. Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘demos’ dan ‘cratos’ yang bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea Demokrasi ini dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah ketika berlakunya konflik antara rakyat dan pemerintah. Konflik ini akhirnya mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem Demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi Demokrasi moden lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa Demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.

Sehubungan itu, berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun Syariat adalah telah ditetapkan oleh Allah yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem Syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan Syariat yang telah digariskan oleh Allah dalam al-Quran. Sistem Syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah dengan cara bermusyawwarah. Definisi Syura adalah kata

Page 108: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 108

nama daripada perkataan ‘al-Musyawwaratun’ atau ‘Watasyawwarun’ bererti mengutarakan pendapat. Definisi Syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesuatu perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyatIslam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran. Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam Demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi Demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap Demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakan sarjana sepakat bahawa Demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti.

3. DARI SUDUT PEMILIHAN KHALIFAH/PEMIMPIN

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem Syura dengan sistem Demokrasi. Dalam sistem Syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah dalam al-Quran. Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial. Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan. Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem Syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik. Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak

Page 109: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 109

mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus, ayat 32 yang bermaksud : “Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.” Dalam ayat yang sama Allah berfirman: “Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk?”

Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem Demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan. Contohnya seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomimembolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem Demokrasi. Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem Demokrasi untuk seseorang itu boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.

Dalam sistem Syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli Majlis Syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat

Page 110: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 110

dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar al-Siddiq seperti berikut : "Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya...". Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu perkataan yang menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat untuk memilih ketua negara. Manakala kata-kata “Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu." Ini menunjukkan ketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut. Selain itu, kata-kata seperti "Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah saya." Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi sesebuah pemerintahan. "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya. Berbeza sama sekali dalam sistem Demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem Demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan selagi ia memegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan dan hanya boleh mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.

4. DARI SUDUT BIDANG KUASA

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem Syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan Syariat iaitu memperjuangkan

Page 111: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 111

kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Dalam sistem Demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh Syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru, dalam sistem Syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem Demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang berfahaman Demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang digubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut. Sehubungan itu, dalam sistem Syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem Demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang Islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem Syura dengan sistem Demokrasi. Dalam sistem Syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera

Page 112: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 112

dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem Demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh ‘pemimpin tertinggi’ hukuman tersebut boleh diringankan. Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem Syura yang diamalkan dalam Islam adalah berbeza sama sekali dengan sistem Demokrasi yang diamalkan pada zaman sekarang.

5. DARI SUDUT PERUNDANGAN

Di antara sistem Syura dan sistem Demokrasi, perbezaan yang agak ketara juga adalah dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem Syura adalah berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam sistem Demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Dalam sistem Demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturanyang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepada majlis ummah dan pimpinan. Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara. Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan yang demikian amat perlu untuk menghuraikan pandangan mengenai pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teori Demokrasi dan Sosialisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara kedua-duanya

Page 113: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 113

sebagaimana yang dilakukan sesetengah penulis dan pengkaji. Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam menetapkan bahawa Allah adalah satu-satunya yang menentukan kedudukan Syariat yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada seorang pun yang lain (kuasa) berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal Syariat dalam sitem Islam walaupun Nabi sendiri sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan seperti berkaitan kemaslahatan rakyat), sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem Demokrasi dan Sosialisme moden, Islam mencadangkan supaya diadakan Syura.

Sistem Syura dalam membicarakan politik Islam adalah berbeza dari sistem Demokrasi dan Sosialisme moden terutamanya dalam meletakkan undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya serta bentuknya terutama berdasarkan berdasarkan suara majoriti. Islam bukan sekadar melaksanakan Syura atau permesyuaratan di dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada itu ialah Islam menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannya menyenangkan manusia pada tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam. Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah dirujuk kepada pendapat seorang sarjana Islam iaitu al-Maududi dalam membicarakan prinsip negara Islam iaitu: "istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris". Menurut beliau teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang lebih mirip kepada kekuasaan syaitan. Menurut al-Maududi istilah ‘teo-demokrasi’ adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara Islam iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan

Page 114: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 114

kedaulatan. Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah hambanya. Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islam mestilah diasaskan diatas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam.

Kesemua prinsip undang-undang diatas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada alasan bagi memansuhkan hukum Allah. Ini adalah berbeza dengan Demokrasi Berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam Demokrasi Barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan diminum tanpa batasan. Di dalam Demokrasi Barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam sistem Kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki. Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam atau badan perundangan yang boleh membuat

Page 115: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 115

keputusan tanpa rujukan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah menghadkan kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat undang-undang hanya terletak padaNya dan bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan manusia. Jadi Demokrasi Barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza dengan Islam kerana di dalam Demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-had yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas keimanan dan kebebasan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan.

6. DARI SUDUT HAK ORANG BUKAN ISLAM DALAM PEMERINTAHAN ISLAM

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat Islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbukti berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam.

Melalui sistem Syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik, berilmu, adil dan memiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka

Page 116: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 116

juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam. Dalam sistem Syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis Syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis Syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosial antara kaum. Dengan ini, jelas menunjukkan dalam teori politik Islam memelihara kepentingan golongan bukan Islam. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam. Dalam pemerintahan yang berasaskan Demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam semua bidang. Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem Syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya.

Page 117: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 117

KEDUDUKAN WANITA DALAM KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM

1. PENGENALAN

Gerakan feminisme di Malaysia sangat dipengaruhi oleh gerakan feminisme Barat yang lebih bermotifkan reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini mengeksploitasi pelbagai bentuk isu dalam masyarakat khususnya yang melibatkan wanita seperti isu kesetaraan gender, diskriminasi, poligami, pekerjaan, keadilan sosial dan sebagainya. Mereka menjadikan isu kesetaraan jantina sebagai asas perjuangan mereka. Oleh kerana itu, bagi mereka, untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat, perlu wujud kesetaraan peranan antara wanita dan lelaki dalam segala bidang termasuk politik. Peranan wanita Malaysia dalam bidang politik dilihat bermula dengan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Pelantikan Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 semakin menyemarakkan penglibatan wanita dalam politik negara. Beliau yang memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Setelah masa beliau, jumlah wanita dalam parlimen semakin meningkat. Bagaimanapun, penglibatan kedua-dua tokoh wanita diatas dalam pilihan raya telah menjadi pemangkin bagi para wanita untuk mengikuti jejak langkahnya dari masa ke semasa hinggalah ke pilihan raya yang lepas. Wanita Malaysia terus melakar sejarah setelah berjaya merebut 24 kerusi parlimen dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang merupakan 10.81 % daripada 222 jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau 7.92% dari 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan.

Meskipun jumlah wanita yang berjaya menembusi tembok parlimen belum memenuhi kuota minima 30% seperti yang diharapkan, The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) percaya bahawa dalam jangka masa 7 tahun lagi, sasaran 30% jumlah wanita sebagai ahli parlimen akan dapat dicapai. Mereka

Page 118: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 118

merasa yakin kerana pada masa kini setengah dari jumlah pemilih adalah wanita selain dari ramainya calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya yang lepas. Bagaimanapun, mereka sangat menekankan bahawa dengan ramainya wanita dalam parlimen, masalah yang dihadapi masyarakat, khususnya yang melanda kaum hawa akan dapat diselesaikan. Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya amat penting untuk dipersoalkan. Benarkah dengan bertambahnya jumlah wanita di parlimen, masalah wanita akan dapat di selesaikan? Mungkin perlu direnung dengan mendalam kisah yang terjadi di Argentina. Di negara Amerika Latin ini, jumlah wanita yang berada di Kongres Kebangsaan (National Congress) telah mencapai 40% tapi masalah wanita tetap tidak dapat diselesaikan. Kaji selidik yang dijalankan oleh The National Women's Council (Consejo Nacional de la Mujer, CNM) menerusi sebuah artikel yang terdapat di akhbar online iaitu Minuto Uno mengatakan bahawa setiap seorang dari tiga wanita Argentina telah mengalami penderitaan fizikal, psikologi, seksual dan keganasan ekonomi di dalam rumah. Selain itu, di wilayah Buenos Aires, 70 peratus daripada 9,000 hingga 11,000 panggilan kecemasan setiap tahun adalah panggilan yang berkaitan dengan kekerasan jantina. Ini merupakan salah satu bukti bahawa banyaknya jumlah wanita di parlimen tidak menjamin permasalahan yang dialami kaum ini dapat diatasi. Apa yang terjadi di Argentina sebenarnya adalah sesuatu yang perlu difikirkan. Benarkah masalah yang dihadapi wanita adalah masalah gender (ketidak setaraan gender antara lelaki dan wanita)? Seandainya ini adalah benar, mengapa dengan ramainya jumlah lelaki di parlimen permasalahan yang dihadapi lelaki masih juga melimpah? Ini adalah kerana dari segi faktanya, sebahagian besar pencuri, pemerkosa, perompak dan penganggur adalah lelaki. Jadi, bagaimana atau apakah kesetaraan gender antara lelaki dan wanita yang sebenar? Perlukah wanita memimpin lelaki atau sebaliknya? Juga, apakah sebenarnya peranan wanita dalam politik? Kesetaraan gender yang dibawa oleh golongan feminis ini sama sekali tidak ada dalam Islam. Idea ini muncul di Barat pada masa pencerahan (enlightenment era) ketika para wanita bangkit untuk menuntut hak-hak mereka. Ini terjadi kerana sebelum masa pencerahan, iaitu di zaman gelap (dark ages), para agamawan yang berjuang atas nama Tuhan telah mendominasi sistem di dalam masyarakat dengan tidak memberikan hak kepada wanita untuk

Page 119: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 119

terlibat dalam urusan umum seperti menuntut ilmu, bekerja di luar ataupun berpolitik.

2. ‘EQUALITY’ DARI PERSPEKTIF ISLAM

Kondisi yang dialami para wanita di Barat sangat berbeza dengan yang dihadapi oleh para Muslimah di dunia Islam. Dalam dunia Islam, para wanita diperlakukan dan dilayani sebagai manusia, iaitu mereka (wanita) dan lelaki adalah makhluk Allah. Selain itu, dalam dunia umum, wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan berpolitik. Hal ini dapat kita lihat pada masa Rasulullahdan Umar bin al-Khatab, yang mana Nabi mengajarkan al-Qurankepada kaum wanita dan juga menerima baiat dari dua orang perempuan pada masa Baiat Al-Aqabah II. Selain itu, pada masa Umar bin al-Khattab ada seorang wanita yang menegur Umar kerana ingin menetapkan jumlah mahar perkahwinan. Akan tetapi dari semua ‘equality’ yang ada, kesamaan yang paling mendesak yang perlu disedari adalah adanya persamaan hak dan kewajiban untuk bertakwa kepada Allah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” (Ali-Imran:102).

Allah tidak membezakan kemuliaan seseorang berdasarkan jenis kelaminnya tetapi menjadikan ketakwaan sebagai tolok ukur atau ‘standard’ kemuliaan seseorang. Jadi, inilah persamaan yang semestinya para wanita perjuangkan. Persamaan untuk menerapkan syariat Islam, untuk menjadi manusia yang bertakwa, serta manusia yang mulia di dunia dan akhirat. Justeru, seandainya wujud perbezaan peranan dan cara mengatur urus wanita dalam Islam, itu bukanlah suatu masalah kerana yang menentukannya adalah ‘Pencipta’ lelaki dan perempuan iaitu Allah. Jadi, apa pun peranan yang Allah berikan, pasti akan mendapatkan pahala di sisi-Nya. Kesimpulannya, bahawa keadilan di dalam Islam adalah adanya kesamaan hak dan kewajiban untuk melakukan ibadah. Akan tetapi dalam hal peranannya, adil bukan bererti sama tetapi (adil) adalah menempatkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya.

Page 120: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 120

3. KEDUDUKAN WANITA SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA

Salah satu perbezaan peranan antara wanita dan lelaki adalah dalam masalah kepimpinan yang berhubung dengan pemerintahan. Untuk peranan ini, hanya lelaki yang diberi tanggungjawab oleh Allah, sedangkan wanita tidak dibebani tanggungjawab ini. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah, Rasulullahbersabda: “Tidak akan berjaya suatu kaum yang mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin mereka”. Hadis ini telah dinilai sahih dan terdapat dalam Kutub al-Sittah. Akan tetapi, para feminis mengatakan bahawa hadis ini merupakan kebohongan yang dilakukan oleh Abu Bakrah. Alasan mereka, pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, Abu Bakrah pernah di sebat kerana memberikan kesaksian palsu tentang perzinaan al-Mughirah dan Ummu Jamil sehingga hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diterima. Pendapat mereka ini sebenarnya sejalan dengan para orientalis yang ingin menciptakan keraguan pada sumber autentik Islam iaitu Hadis Nabi. Mereka menuduh bahawa kerana kesaksian Abu Bakrah tidak diterima, maka segala hadis yang diriwayatkannya meskipun telah dinyatakan sahih oleh al-Bukhari dan Muslim perlu untuk dikaji semula kesahihannya. Dalam menyingkap permasalahan ini, menjustifikasi bahawa dengan disebatnya Abu Bakrah merupakan bukti dia telah berbohong dan kesaksiannya tidak diterima selama-lamanya. Ini kerana pertama, adanya kaedah umum yang telah disepakati oleh ahli hadis bahawa semua sahabat adalah adil. Abu Bakrah merupakan sahabat Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh al-Hasan al-Basri, salah seorang ulama tabi’in yang terkemuka. Beliau berkata: “Tidak ada seorang sahabat pun dari sahabat-sahabat Rasulullah yang tinggal di Basrah lebih mulia dibandingkan dengan Imran ibn Husayn dan Abu Bakrah. Dia mempunyai banyak pengikut dan merupakan orang terhormat di Basrah”. Kedua, periwayatan dan kesaksian merupakan dua fakta yang berbeza. Periwayatan bergantung pada penukilan orang yang adil serta kuat hafalan dari orang tersebut, mulai dari sumber berita yang pertama hingga terakhir. Periwayatan tidak memerlukan nisab, juga tidak ada larangan anak meriwayatkan dari orang tua dan saudaranya. Periwayatan juga boleh dinukilkan atau diwakilkan melalui orang. Sedangkan kesaksian, selain adanya syarat adil dan

Page 121: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 121

terpenuhnya nisab, tidak dibenarkan anak menjadi saksi orang tua dan saudaranya. Kesaksian juga mesti berdasarkan kesaksian mata atau telinga secara langsung. Selain itu, adil dalam periwayatan berbeza dengan adil dalam kesaksian. Adil dalam periwayatan bererti Muslim, berakal, serta selamat dari faktor-faktor kefasikan dan terkikisnya muru’ah (kehormatan diri). Sebaliknya, adil dalam kesaksian bererti konsisten, iaitu bersikap “preventif” (mencegah) terhadap apa yang dianggap orang sebagai tidak konsisten. Sebenarnya dalam kes Abu Bakrah, beliau disebat (dihukum) kerana salah satu syarat kesaksian ialah terpenuhnya nisab (zina - 4 orang saksi) tidak terjadi. Ziyad, salah seorang saksi, menarik kembali kesaksiannya ketika tiba di Madinah. Setelah Abu Bakrah disebat 80 kali, Umar meminta beliau untuk bertaubat, tetapi beliau menolak. Umar lalu mengatakan bahawa dirinya akan disebat lagi jika tetap tidak mahu bertaubat. Dalam situasi ini, beliau memilih untuk disebat daripada menarik kembali kesaksiannya dan bertaubat. Sikap ini menunjukkan bahawa beliau konsisten atau adil. Beliau tetap mempertahankan pendapat beliau. Selain itu Umar telah mengakui bahawa dia menjatuhkan hukuman sebat kepada Abu Bakrah hanya agar kelak kesaksian Abu Bakrah dapat diterima kembali.

Jadi, sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Abu Bakrah telah berbohong. Yang perlu dipertanyakan adalah Ziyad; Mengapa setelah di Madinah dia menarik kesaksiannya? Tidak ada penjelasan kenapa Ziyad berubah fikiran, tetapi pada masa Muawiyyah, Ziyad telah dijatuhi tuduhan oleh Muawiyyah atas “kebohongan” dalam kesaksiannya yang menyebabkan Abu Bakrah disebat. Tetapi Abu Bakrah melarang Muawiyyah untuk melakukannya. Setelah kes ini, Abu Bakrah bersumpah untuk tidak berbicara dengan Ziyad yang masih saudara seibunya itu hingga meninggal dunia. Ziyad pun akhirnya memenuhi tuduhan Muawiyyah dan berusaha mendekati anak-anak Abu Bakrah untuk menebus kesalahannya. (ihat Ibn Sa’ad, at Thabaqat al-Kubra, juz VII, hlm 15) Oleh kerana Abu Bakrah terbukti tidak bersalah, maka berdasarkan hadis yang diriwayatkannya, haram hukumnya bagi perempuan untuk menjadi pemimpin negara.

4. WANITA DAN POLITIK DARI PERSPEKTIF ISLAM

Page 122: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 122

Sebelum melanjutkan pada pembahasan politik perempuan dalam pandangan Islam, perlu diketahui bahawa politik dalam Islam sangat berbeza dengan politik dalam pandangan sekularisme. Tujuan berpolitik dalam Islam bukanlah untuk meraih kekuasaan seperti yang terjadi pada masa kini sebaliknya tujuan politik adalah ‘ria’yah asy-syu’un al-ummah’ (mengatur urusan umat). Mengatur urusan umat bererti menjamin seluruh permasalahan umat diselesaikan dengan aturan Allah. Jadi, kemampuan berpolitik bukan hanya menjadi hak dan kewajiban para penguasa, malah seluruh umat Islam, termasuk kaum wanita. Sayangnya hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, menyebabkan mereka terjebak dalam sistem Demokrasi yang membawa bencana pada diri mereka sendiri. Tidak ketinggalan dengan para Muslimahnya yang mana atas nama Demokrasi, mereka menuntut hak untuk duduk di Parlimen, seterusnya menggubal undang-undang yang dapat “menguntungkan” kaum perempuan. Padahal, seharusnya mereka tahu bahawa pada hakikatnya, siapa pun yang menduduki kerusi parlimen adalah manusia-manusia yang ingin mensejajarkan dirinya dengan Allah dalam membuat hukum. Dengan hanya berusaha meraih suara majoriti, mereka dengan berani membuat hukum yang akan diterapkan, walhal hak membuat hukum itu hanyalah pada Allah. Padahal kepada siapa mereka akan kembali dan kepada siapa mereka akan mempertanggungjawabkan semua perbuatan mereka kalau bukan kepada Allah yang telah menciptakan mereka. Kewajiban berpolitik sebenarnya merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Islam mewajibkan seluruh kaum Muslim sama ada lelaki mahupun wanita untuk berdakwah mengajak kepada yang maaruf dan menjauhi yang mungkar. Amar maaruf nahi mungkar ini bermaksud menyeru untuk bertakwa kepada Allah dengan menerapkan seluruh hukum syariat-Nya. Allah berfirman yang maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali-Imran:104).

Perlu diketahui, ayat ini diturunkan di Madinah yang merupakan negara Islam dan hukum-hukum yang diturunkan di Madinah bukan hanya mengatur bagaimana cara beribadah kepada

Page 123: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 123

Allah sahaja, tetapi juga yang mengatur sistem kehidupan. Pada saat itu, hukum-hukum yang mengatur masyarakat seperti sistem kewangan (dinar-dirham), politik luar negara, uqubat, sistem ekonomi, sistem kewangan, pemerintahan dan pendidikan telah diturunkan. Oleh kerana itu, agar kaum Muslimin dapat menjalankan kewajipannya untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar mereka harus memiliki kesedaran berpolitik. Oleh yang demikian, samada lelaki mahupun wanita, mereka mempunyai hak yang sama untuk berdakwah amar maaruf nahi mungkar. Dalam hal ini juga, perlu dibezakan persoalan pembabitan wanita di dalam politik dengan pembabitan wanita di dalam pemerintahan. Seorang Muslimah dibolehkan, malah diwajibkan berpolitik, namun diharamkan menjadi pemerintah atau apa jua jawatan yang terkait dengan pemerintahan.

5. KESIMPULAN

Lelaki dan wanita dalam Islam memiliki hak dan kewajipan yang sama untuk bertakwa kepada Allah. Kebahagiaan yang mereka capai juga sama iaitu menggapai keredhaan Allah. Tujuan hidup inilah yang semestinya menjadikan lelaki dan wanita menerima segala peranan yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq. Pada saat dan ketika ini, menegakkan kembali Khilafah sebagai sebuah institusi yang menerapkan dan menjaga Syariat Islam adalah merupakan satu kewajipan untuk seluruh umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Di sinilah sebenarnya ruang yang diberikan Allah kepada wanita untuk terlibat dan terjun ke dalam dunia politik. 

Page 124: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 124

PENGURUSAN ETIKA KERJA DALAM ISLAM

1. PENGENALAN

Etika kerja dimaksudkan sebagai cara kerja, kebiasaan kerja, tatatertib kerja dan adat resam kerja. Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan, etika kerja adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. (Robbins, S.P, 1998: 9-12) Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi dia mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja tersebut masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik walaupun dengan pemantauan yang minima.

Di dalam tamadun Barat, etika bekerja sudah dibincangkan dengan panjang lebar. Perbincangan yang mendalam di dalam tamadun ini telah melahirkan bermacam-macam teori berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Impak daripadanya, dilihat tamadun Barat lebih berkembang pesat jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain buat masa ini. Di dalam tamadun barat ini, perbincangan awal mengenai teori etika kerja ialah berkaitan dengan teori kemoralan yang diceduk pada asalnya dari teori kemoralan Yunani yang banyak membicarakan atas tajuk Mores, yang bermaksud moral atau etika berkelakuan dan kemudiannya diperincikan lagi perbicaraannya kepada etika berkelakuan di dalam pekerjaan. (William, B., 1972: 4)

Apabila membicarakan etika kerja di dalam Islam, terlebih dahulu golongan pekerja harus memahami konsep bekerja di dalam Islam. Ini kerana pemahaman konsep bekerja di dalam Islam mempunyai kaitan yang amat rapat dengan etika kerja seseorang Muslim dalam melakukan sesuatu kerja. Tanpa pemahaman yang jitu di dalam konsep bekerja di dalam Islam, seseorang Muslim tidak

Page 125: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 125

dapat menghayati kerjanya dengan berkesan malah walaupun etika kerjanya sangat baik tetapi tidak dapat memahami konsep bekerja di dalam Islam, pekerjaan seseorang Muslim itu akan sia-sia. (al-Faruqi, Ismail Raji, 1982: 30-35)

Secara umumnya, konsep bekerja di dalam Islam dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Bekerja sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Ain.

Bekerja di dalam Islam adalah keperluan setiap individu. Ini kerana setiap seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk memenuhi tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga, memenuhi tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan pakaian dan sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja, ini bermakna akan menimbulkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada diri yang tidak dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga akan memberi kesan dan mudharat kepada tanggunggannya. Keperluan Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang Muslim yang bekerja untuk membayar hutang piutang yang ditanggungnya di dalam hidup di dunia. (Fazlur Rahman, 1982: 43)

2. Bekerja sebagai satu ibadah.

Konsep ini berdasarkan kepada keimanan seseorang itu adalah berdasarkan kepada amalannya. Dari sudut pekerjaan, amalan seseorang itu adalah pekerjaan yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan niat seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan kerana Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka seseorang itu juga akan mendapat keduniaannya. (Fazlur Rahman, 1988: 20-23) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah ini Allah s.w.t berfirman yang maksudnya:

“Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan usahanya. Sesungguhnya hasil usaha pekerjaannya akan diperlihatkan kepadanya” (1:281)

3. Bekerja boleh menghapuskan dosa.

Page 126: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 126

Dosa-dosa kecil yang terkumpul akan terhapus dengan kesungguhan seseorang itu melakukan pekerjaannya. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:

“Dari sekian banyak dosa, dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah ataupun Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari rezeki” (Muslim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghayati waktu petangnya dengan bergantung kepada hasil usaha tangannya sendiri sudah tentu petang itu ia berada di dalam keampunan Allah” (Muslim)

4. Bekerja setaraf dengan jihad.

Konsep ini berdasarkan kepada kesusahan dan pengorbanan seseorang itu mencari rezeki. Kesusahan dan pengorbanan ini telah disamakan tarafnya dengan kesusahan dan pengorbanan melakukan jihad fisabilillah. Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup dirinya dan keluarganya maka ia seperti Mujahid fisabilillah” (Muslim)

Bukti ini juga jelas melalui satu cerita yang telah diriwayatkan bahawa Sufian bin Malik telah dilantik oleh Saidina Umar al-Khattab sebagai pengurus kutipan untuk Baitulmal di Basrah. Suatu ketika Sufian bin Malik meminta izin dari Saidina Umar al-Khattab untuk meninggalkan tugasnya kerana hendak pergi berjihad melawan kaum Musyrikin, lantas Saidina Umar berkata; “Bukankah engkau sedang dalam berjihad?” (Muhammad Husain Haekal, 1986: 632)

5. Menjaga halal dan haram dalam pekerjaan.

Page 127: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 127

Perhitungan bekerja di dalam Islam bukan sahaja berkaitan dengan ganjaran gaji dan imbalan semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu ialah seseorang itu perlu menjaga batasan halal dan haram di dalam melakukan kerjanya. Ini adalah sebagai satu syarat kepada konsep-konsep kerja di dalam Islam yang diterangkan sebelum ini. Di dalam perkara ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Orang yang paling menyesal dan kerugian di hari akhirat kelak ialah orang yang mendapat sara hidup dari rezeki yang tidak halal, sehingga ia masuk bersama-sama orang kafir ke neraka” (Muslim)

Apabila seseorang Muslim itu dapat menghayati konsep bekerja di dalam Islam, maka mudahlah baginya pula untuk menerapkan dan melaksanakan etika kerja dengan nilai-nilai murni di dalam pekerjaannya. Etika kerja adalah rutin yang seharusnya dilakukan dengan baik. Dasar-dasar atau peraturan bekerja yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk memupuk etika kerja yang baik dan cemerlang.

2. ETIKA KERJA DI DALAM AKIDAH ISLAM

Penekanan mengenai kepentingan kerja yang merangkumi konsep bekerja dan etika kerja di dalam Islam sangat menonjol. Ini terbukti apabila Islam di dalam beberapa aspek etika kerja yang ditekankan, berkait terus dengan kepercayaan dan akidah Islam secara umum. Penonjolan hubungan ini sebenarnya untuk memberi penekanan kepada Muslim bahawa bekerja itu adalah satu kewajipan. Bukan setakat itu sahaja, malah penekanan ini dilihat lebih dalam daripada itu kerana di dalam Islam, walaupun aspek kewajipan itu sudah ditekankan ianya turut disertai dengan tatacara dan peraturan bekerja. Hasilnya, bukan sahaja Muslim yang menghayatinya mengetahui tentang kewajipan bekerja malah turut mengetahui bahawa ada tatacara dan peraturan bekerja yang mesti dipatuhi yang berkait rapat dengan akidah Islam.

Antara aspek etika kerja yang mempunyai kaitan dengan akidah Islam yang ditekankan oleh Islam termasuklah:

Page 128: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 128

1. Kepentingan niat dan tujuan.Kepentingan niat dan tujuan bekerja ini adalah pintu masuk kepada etika kerja Islam. Ini kerana Islam mengarahkan umatnya bekerja kerana Allah s.w.t sebagai niat dan tujuan yang mesti dan asas. Selebihnya umat Islam juga disarankan bekerja untuk niat dan tujuan mencari rezeki yang halal dan dapat menjauhkan diri daripada sifat meminta-minta dan kesempitan hidup. Ada beberapa pengajaran yang boleh didapati dari niat dan tujaun ini, pertama; bekerja akan menjadi satu ibadah jika diniatkan kerana Allah s.w.t dan kedua; menunjukkan sifat bekerja dan berusaha dan bukan meminta-mminta umat Islam. Ini membuktikan bahawa umat Islam secara umumnya adalah umat yang kuat berusaha dan bekerja. Banyak penegasan yang dibuat Rasulullah s.a.w dalam perkara ini, termasuklah satu hadis baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mencari rezeki di dunia secara halal dengan niat untuk mengelakkan daripada meminta-minta, dan berusaha untuk mencukupkan keperluan keluarganya serta bersikap belas kasihan terhadap pembantu rumahnya, sudah tentu di akhirat nanti ia akan bertemu dengan Allah dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama” (al-Bukhari)

2. Pematuhan kepada arahan.

Sudah tentu pematuhan arahan ini yang pertama ialah kepada Allah s.w.t dan RasulNya. Pematuhan ini jika disentuh dari aspek etika kerja adalah sangat umum. Ini kerana arahan pematuhan kepada Allah s.w.t dan RasulNya adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang disuruh dan dilarang oleh Islam umpamanya tidak mencari rezeki yang haram, jauhi perkara-perkara yang meragukan (subhah) dalam pekerjaan, tidak menindas dan zalim dan seumpamanya. Ianya berbentuk umum dan penyeluruh tanpa ada spesfikasi dan justifikasi yang khusus.

Pematuhan arahan yang lebih khusus sebenarnya datang daripada manusia sendiri, iaitu kepada satu golongan yang dipanggil pemimpin atau ketua. Jika merujuk kepada organisasi pekerjaan,

Page 129: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 129

pemimpin dan ketua adalah majikan tempat bekerja. Arahan ini dianggap khusus kerana majikan sahaja yang mengetahui peraturan dan etika kerja yang berkaitan dengan kerja yang dilakukan. Pematuhan yang khusus ini mempunyai batasannya yang tersendiri, iaitu majikan yang wajib dipatuhi ialah majikan yang arahan dan peraturannya tidak bertentangan dengan syariah Islam dan tidak menggalakkan perpecahan atau perselisihan umat. Hal ini sebenarnya ditegaskan oleh Allah s.w.t melalui firmanya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mentaati Allah, mmentaati Rasul dan pemimpin diantara kamu. Sekiranya wujud perselisihan pada sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan RasulNya” (4:59)

3. Bekerja dengan sikap ikhlas dan amanah.

Bekerja dengan ikhlas bermaksud bekerja dengan hati yang bersih, jujur dan suci. Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas yang digariskan oleh Islam termasuklah tidak menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan, tidak memilih kerja yang telah diamanahkan dan melaksanakan kerja yang dalam tempoh yang ditetapkan. Di dalam perlaksanaan sifat ikhlas di dalam pekerjaan ini seringkali Islam mengaitkannya dengan sifat amanah. Amanah bolehlah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang diberikan untuk dilaksanakan ataupun secara khususnya ialah pekerjaan yang telah ditetapkan kepada seseorang pekerja.

Di dalam Islam, amanah sangat penting untuk ditonjolkan dalam sesuatu urusan yang dijalankan. Walaupun kepentingannya berbentuk suatu suruhan umum, iaitu menyuruh umat Islam bersifat dengan sifat amanah, tetapi penerapannya adalah berbentuk khusus. Jika seseorang itu menjadi pemimpin, maka hendaklah ia bersifat amanah dengan pimpinannya dan jika seseorang itu golongan pekerja maka ia hendaklah bersifat amanah dengan pekerjaannya. Suruhan amanah yang berkaitan dengan pekerjaan telah diterangkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya yang bermaksud:

Page 130: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 130

“Janganlah kamu mengkhianati amanah yang diberikan kepada kamu sedangkan kamu mengetahuinya” (8:27)

4. Bekerja dengan semangat gotong-royong.

Bekerja sebagai sebuah pasukan dan tolong menolong di dalam pekerjaan yang dilakukan adalah satu lagi suruhan Islam. Simboliknya, sifat tolong menolong dan gotong-royong di dalam pekerjaan membentuk penyatuan fizikal dan mental pekerja dan secara tidak langsung akan mengarah kepada kesatuan umat. Namun, realiti pekerjaan dan tugasan seseorang pekerja itu kadang-kadang tidak mengizinkan untuk mempraktiskan sifat tolong menolong dan saling bantu membantu, tetapi suruhan bantu membantu di dalam pekerjaan adalah suatu suruhan yang berbentuk umum dan praktisnya adalah bergantung kepada pekerja. Walaupun bergitu, sifat ini seharusnya diterapkan dalam semua bentuk pekerjaan kerana ia adalah suruhan Islam yang jelas. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Bertolong tolonglah kamu dalam membuat (kerja) kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu saling bertolongan dalam berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras siksaannya” (al-Quran)

5. Sentiasa menegakkan keadilan.

Secara umumnya, tatacara bekerja di dalam Islam adalah untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia sejagat. Etika kerja seperti ini adalah wajar kerana maju dan mundurnya sesebuah negara Islam itu adalah bergantung kepada kegiatan pekerjaan rakyatnya. Oleh itu, menegakkan keadilan yang berbentuk sesuatu yang hak di dalam pekerjaan adalah amat penting walaupun kadang-kadang untuk menyatakan keadilan itu sangat susah. Keadilan di dalam pekerjaan bermaksud tidak adanya unsur penipuan, unsur-unsur yang melanggar syariah, unsur korupsi dan seumpamanya.

Di dalam menjaga keadilan di dalam pekerjaan, tidak dapat

Page 131: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 131

dinafikan pengaruh pemimpin atau ketua organisasi, pengaruh peraturan organisasi dan pengaruh penguatkuasaan peraturan adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan keadilan. Walau bagaimanapun kadang-kadang golongan pekerja tidak menyedari bahawa faktor dalaman peribadi adalah salah satu faktor yang mempengaruhinya juga. Tekanan peribadi pekerja, desakan hidup dan seumpamanya adalah sebab-sebab mengapa kadang-kadang pekerja tidak mahu melaksanakan keadilan di dalam rutin kerjanya. Di dalam perkara ini Allah s.w.t telah memberi amaran melalui firmannya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan dan jaganlah sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan” (5:8)

Page 132: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 132

PENGURUSAN EKONOMI ISLAM: MODEL DAN PERLAKSANAAN

1. PENGENALAN

Dengan melakukan istiqra` terhadap hukum-hukum syara' yang menyangkut masalah ekonomi, akan dapat disimpulkan bahawa Sistem Ekonomi (an-nizham al-iqtishadi) dalam Islam mencakup pembahasan yang menjelaskan asas-asas yang membangun sistem ekonomi Islam terdiri dari atas tiga asas :

bagaimana cara memperoleh kepemilikan harta kekayaan (al-Milkiyah)

bagaimana pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki (Tasharruf fi al-Milkiyah)

bagaimana cara edaran kekayaan tersebut di tengah-tengah masyarakat (Tauzi' al-Tsarwah bayna al-Nas)

2. AL-MILKIYAH

Sistem Ekonomi Islam berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi moden buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana berasal dari wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan:-

Hak milik umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau diatasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat.

Hak milik negara: meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan

Page 133: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 133

aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat.

Hak milik individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syar’ie juga.

3. TASHARRUF FI AL-MILKIYAH

Secara dasarnya, pengelolaan kepemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki mencakup dua kegiatan, iaitu:

i. Pembelanjaan Harta (Infaqul Mal)-Pembelanjaan harta (infaqul mal) adalah pemberian harta kekayaan yang telah dimiliki. Dalam pembelanjaan harta milik individu yang ada, Islammemberikan tuntunan bahawa harta tersebut haruslah dimanfaatkan untuk nafkah wajib seperti nafkah keluarga, infak fi sabilillah, membayar zakat, dan lain-lain. Kemudian nafkah sunnah seperti sedekah, hadiah dan lain-lain. Baru kemudian dimanfaatkan untuk hal-hal yang mubah (harus). Dan hendaknya harta tersebut tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang terlarang seperti untuk membeli barang-barang yang haram seperti minuman keras, babi, dan lain-lain.

ii. Pengembangan Harta (Tanmiyat al-Mal)-Pengembangan harta (tanmiyat al-mal) adalah kegiatan memperbanyak jumlah harta yang telah dimiliki. Seorang Muslim yang ingin mengembangkan harta yang telah dimiliki, wajib terikat dengan ketentuan Islam berkaitan dengan pengembangan harta. Secara umum Islam telah memberikan tuntunan pengembangan harta melalui cara-cara yang sah seperti jual-beli, kerja sama syirkah yang Islami dalam bidang pertanian, perindustrian, mahupun perdagangan. Selain Islam juga melarang pengembangan harta yang terlarang seperti dengan jalan aktiviti riba, judi, serta aktiviti terlarang lainnya.

Pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan umum itu adalah hak negara (Daulah Islamiyah), kerana

Page 134: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 134

negara (Daulah Islamiyah) adalah wakil ummat. Meskipun menyerahkan kepada negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelolanya, namun Allah telah melarang negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelola kepemilikan umum tersebut dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada orang tertentu. Sementara mengelola dengan selain dengan cara tersebut diperbolehkan, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara'. Adapun pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan negara (Daulah Islamiyah) dan kepemilikan individu, nampak jelas dalam hukum-hukum bait al-mal serta hukum-hukum muamalah, seperti jual-beli, gadai (rahn), dan sebagainya. Al-Syari' juga telah memperbolehkan negara (Daulah Islamiyah) dan individu untuk mengelola masing-masing kepemilikannya, dengan cara tukar menukar (mubadalah) atau diberikan untuk orang tertentu ataupun dengan cara lain, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara’.

4. TAUZI' AL-TSARWAH BAYNA AL-NAS UZI'UL TSARWAH BAYNA AN-NAAS

Kerana edaran harta kekayaan termasuk masalah yang sangat penting, maka Islam memberikan juga berbagai ketentuan yang berkaitan dengan hal ini. Mekanisme edaran harta kekayaan terwujud dalam hukum syara’ yang ditetapkan untuk menjamin pemenuhan barang dan perkhidmatan bagi setiap individu rakyat. Mekanisme ini dilakukan dengan mengikuti ketentuan sebab-sebab kepemilikan (contohnya, bekerja) serta akad-akad muamalah yang wajar (contohnya jual-beli dan ijarah). Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan edaran harta kekayaan tersebut di antara mereka. Selain itu perbezaan antara masing-masing individu mungkin saja menyebabkan terjadinya kesalahan dalam edaran harta kekayaan. Kemudian kesalahan tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan perak. Oleh kerana itu, syara' melarang berputarnya kekayaan hanya di antara orang-orang kaya namun mewajibkan perputaran tersebut terjadi di antara semua orang. Allah berfirman yang maksudnya: "Supaya

Page 135: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 135

harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (Al-Hasyr : 7) Di samping itu syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih." (Al-Taubah : 34)

5. MEKANISME SISTEM EKONOMI ISLAM

Secara umum mekanisme yang ditempuh oleh sistem ekonomi Islam dikelompokkan menjadi dua, iaitu:

i. Mekanisme ekonomi

Mekanisme ekonomi adalah mekanisme melalui aktiviti ekonomi yang bersifat produktif, berupa berbagai kegiatan pengembangan harta (tanmiyat al-mal) dalam akad-akad muamalah dan sebab-sebab kepemilikan (asbab al-tamalluk). Berbagai cara dalam mekanisme ekonomi ini, antara lain:

Membuka kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya sebab-sebab kepemilikan dalam kepemilikan individu(misalnya, bekerja di sektor pertanian, industri, dan perdagangan)

Memberikan kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya pengembangan harta (tanmiyat al-mal) melalui kegiatan investasi (misalnya, dengan syirkah inan, mudharabah, dan sebagainya).

Larangan menimbun harta benda (wang, emas, dan perak) walaupun telah dikeluarkan zakatnya. Harta yang ditimbun tidak akan berfungsi pada ekonomi. Pada gilirannya akan menghambat peredaran kerana tidak terjadi perputaran harta.

Mengatasi peredaran dan pemusatan kekayaan di satu daerah tertentu saja misalnya dengan memeratakan peredaran

Page 136: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 136

modal dan mendorong tersebarnya pusat-pusat pertumbuhan.

Larangan kegiatan monopoli, serta berbagai penipuan yang dapat menjamin pasaran.

Larangan judi, riba, rasuah, pemberian barang dan hadiah kepada penguasa. Semua ini akan mengumpulkan kekayaan pada pihak yang kuat semata (seperti penguasa atau korporat).

Memberikan kepada rakyat hak pemanfaatan barang-barang milik umum (al- milkiyah al-amah) yang dikelola negara seperti hasil hutan, barang galian, minyak, elektrik, air dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat.

ii. Mekanisme non-ekonomi

Mekanisme non-ekonomi adalah mekanisme yang tidak melalui aktiviti ekonomi yang produktif, melainkan melalui aktiviti non-produktif, misalnya pemberian (hibah, sedekah, zakat, dll) atau warisan. Mekanisme non-ekonomi dimaksudkan untuk melengkapi mekanisme ekonomi. Iaitu untuk mengatasi peredaran kekayaan yang tidak berjalan sempurna jika hanya mengandalkan mekanisme ekonomi semata. Mekanisme non-ekonomi diperlukan baik kerana adanya sebab-sebab alamiah maupun non-alamiah. Sebab alamiah misalnya keadaan alam yang tandus, badan yang cacat, akal yang lemah atau terjadinya musibah bencana alam. Semua ini akan dapat menimbulkan terjadinya gangguan ekonomi dan terhambatnya edaran kekayaan kepada orang-orang yang memiliki keadaan tersebut. Dengan mekanisme ekonomi biasa, edaran kekayaan boleh tidak berjalan kerana orang-orang yang memiliki hambatan yang bersifat alamiah tadi tidak dapat mengikuti kegiatan ekonomi secara normal sebagaimana orang lain. Bila dibiarkan saja, orang-orang itu, termasuk mereka yang tertimpa musibah (kecelakaan, bencana alam dan sebagainya) makin terpinggirkan secara ekonomi. Mereka akan menjadi masyarakat yang miskin terhadap perubahan ekonomi. Bila terus berlanjutan, boleh menyebabkan munculnya masalah sosial

Page 137: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 137

seperti jenayah (curi, rompak), rogol, pelacuran dan sebagainya, bahkan mungkin revolusi sosial.

Mekanisme non-ekonomi juga diperlukan kerana adanya sebab-sebab non-alamiah, iaitu adanya penyimpangan mekanisme ekonomi. Penyimpangan mekanisme ekonomi ini jika dibiarkan akan boleh menimbulkan ketimpangan edaran kekayaan. Bila penyimpangan terjadi, negara wajib menghilangkannya. Misalnya jika terjadi monopoli, hambatan masuk, baik administratif maupun non-adminitratif dan sebagainya, atau kejahatan dalam mekanisme ekonomi (misalnya penipuan), harus segera dihilangkan oleh negara. Mekanisme non-ekonomi bertujuan agar di tengah masyarakat segera terwujud keseimbangan (al-tawazun) ekonomi, yang akan ditempuh dengan beberapa cara. Penedaran harta dengan mekanisme non-ekonomi antara lain adalah:

Pemberian harta negara kepada warga negara yang dinilai memerlukan.

Pemberian harta zakat yang dibayarkan oleh muzakki kepada para mustahik.

Pemberian infaq, sedekah, wakaf, hibah dan hadiah dari orang yang mampu kepada yang memerlukan.

Pembagian harta waris kepada ahli waris dan lain-lain.

Demikianlah gambaran sekilas tentang asas-asas sistem ekonomiIslam. Untuk memberikan pemahaman yang lebih luas dan dalam, maka perincian seluruh aspek yang dikemukakan di atas perlu dilakukan. Perekonomian Islam ialah ekonomi menurut undang-undang. Ada dua paradigma untuk memahami Perekonomian Islam, dengan satunya menganggap rangka politik Islam (iaitu Khilafah), dan yang lain itu menganggap rangka politik bukan Islam yang melahirkan suatu paradigma yang bertujuan untuk menyepadukan sesetengah rukun Islam yang terkenal ke dalam sebuah rangka ekonomi sekular. Paradigma pertama bertujuan untuk mentakrifkan semula masalah ekonomi sebagai suatu masalah pengagihan sumber untuk mencapai:

keperluan-keperluan asas dan mewah para orang perseorangan di dalam masyarakat;

Page 138: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 138

membina pasaran etika yang mempunyai persaingan kerjasama;

memberikan ganjaran kepada penyerta-penyerta kerana terdedah kepada risiko dan/atau liabiliti;

membahagikan harta-harta secara adil antara kegunaan awam dan kegunaan peribadi; dan

negara memainkan peranan yang jelas terhadap pengawasan, percukaian, pengurusan harta awam dan memastikan peredaran kekayaan.

Gerakan-gerakan Islam yang menyeru agar politik dibaharui umumnya akan mencadangkan paradigma ini untuk menjelaskan bagaimana mereka akan memperkenalkan pembaharuan ekonomi. Bagaimanapun, paradigma kedua hanya mencadangkan dua hukum utama, iaitu:

faedah tidak boleh dikenakan pada pinjaman; pelaburan harus menepati tanggungjawab.

Perbezaan utama dari segi kewangan ialah peraturan tiada faedah kerana paradigma pelaburan Islam yang menepati tanggungjawab sosial tidak amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh agama-agama yang lain. Dalam percubaannya untuk melarang faedah, ahli-ahli ekonomi Islam berharap untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih bersifat Islam. Bagaimanapun, gerakan-gerakan liberal dalam agama Islam mungkin akan menafikan keperluan untuk perkara ini kerana mereka umumnya melihat Islam sebagai secocok dengan institusi-institusi dan undang-undang sekular moden.

Page 139: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 139

PEMAKAIAN KOD KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993 DI MALAYSIA: MEMARTABATKAN NILAI-NILAI ETIKA

PENGURUSAN ISLAM

1. PENDAHULUAN

Peraturan dan undang-undang adalah penting dalam melahirkan sesebuah organisasi yang seimbang dan berbudaya sihat di dalam alam pekerjaan. Terutamanya yang berlandaskan ajaran Islam. Betapa pentingnya peraturan dan undang-undang ini bagi melahirkan kakitangan atau pekerja yang cemerlang serta bersih dari segi rohani dan jasmani.

1.1 DEFINISI

Undang-undang iaitu:-

Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan; dalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat undang-undang yang mesti diikuti oleh setiap orang. 2) peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan dll) oleh orang-orang tertentu; tiap- tiap ahli hendaklah patuh kepada persatuan ini.(kamus dewan edisi 3)

1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

1.2.1 Bahagian I

i. Namaii. Pemakaian

iii. Tafsiran

1.2.2 Bahagian II

Page 140: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 140

i. Tatakelakuanii. Pekerjaan luar

iii. Pakaian iv. Dadahv. Hadiah

vi. Keraianvii. Pemunyaan harta

viii. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah

ix. Meminjam wangx. Keterhutangan kewangan yang serius

xi. Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius dsb. Daripada mahkamah dan pegawai pemegang harta

xii. Meminjam wangxiii. Penglibatan dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti

hadapanxiv. Refel dan loterixv. Penerbitan buku, dsb

xvi. Membuat penyataan awamxvii. Larangan bertindak sebagai penyunting, dsb. Bagi surat

khabar, dsbxviii. Mengambil bahagian dalam politik

xix. Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guamanxx. Ketidakhadiran

1.2.3 Bahagian III

i. Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib

1.2.4 Bahagian IV: Prosedur Tatatertib (prosedur Am)

i. Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat

ii. Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis kesalahan tatatertib

iii. Prosedur dalam kes tatatertib bukan dengan tujuan untuk buang kerja atau turun pangkat

iv. Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan untuk buang kerja dan turun pangkat

Page 141: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 141

v. Prosedur jika prosiding jenayah dimulakanvi. Tanggungjawab Ketua Jabatan jika terdapat sabitan jenayah

vii. Tiada tindakan tatatertib boleh diambil sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah

viii. Akibat pembebasanix. Prosedur jika terdapat perintah tahanan, buang negeri dsb.x. Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam kes sabitan

dan tahanan

1.2.5 Bahagian V: Hukuman

i. Hukuman tatatertibii. Denda dan lucuthak emolumen

iii. Penangguhan pergerakan gajiiv. Penurunan gajiv. Penurunan pangkat

vi. Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan

1.2.6 Bahagian VI: Penahanan kerja dan penggantungan kerja

i. Penahanan kerjaii. Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan

iii. Penggantungan kerjaiv. Penerimaan emolumen yang tidak dibayarv. Meninggalkan negara semasa di bawah penahanan kerja atau

penggantungan kerja

1.2.7 Bahagian VII

i Penamatan demi kepentingan awam

1.2.8 Bahagian VIII: Pelbagai

i. Pemakaian Peraturan-peraturan 1993ii. Surcaj

iii. Penyampaian notis, dokumen, dsbiv. Tandatangan pada surat dan persuratan lainv. Pemansuhan dan kecualian

Page 142: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 142

2. BAHAGIAN I

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 15hb. Disember 1993.

2.1 PEMAKAIAN

Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya dan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saran Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan mengambil kira tema dan syarat perkhidmatannya. Pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini akan mengakibatkan seseorang pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

2.2 TAFSIRAN

Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain iaitu “disabitkan atau sabitan” termasuklah suatu dapatan bersalah oleh sesuatu mahkamah jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia, atau oleh sesuatu badan kompeten yang di berikan kuasa untuk menjalankan penyiasatan terus di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bahawa orang yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah melakukan suatu kesalahan. “Emolumen” bererti segala saran dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain. Gaji bererti gaji pokok seseorang pegawai. Ketua jabatan bererti seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.

3. BAHAGIAN II

Page 143: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 143

3.1 TATA KELAKUAN

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan.

Seseorang pegawai tidak boleh:-

a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannyab) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan syak yang munasabah bahawa:-

i. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awamii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri

d) Berkelakuan dengan demikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awame) Kurang cekap atau kurang berusahaf) Tidak jujur atau tidak amanahg) Tidak bertanggungjawabh) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya anggota- anggota perkhidmatannya yang lain.i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh di tafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.j) Cuai dalam melaksanakn tugasnya

Page 144: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 144

3.2 PEKERJAAN LUAR

Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya atau diberi kuasa dengan nyata oleh ketua jabatannya untuk berbuat sedemikian:-

a) Sebagai seorang pakar memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar sama ada dengan percuma atau dengan mendapat upah b) Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima

Walau apa pun peruntukan subperaturan(1), seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam subperaturan(1), bagi faedah dirinya atau saudara maranya yang terdekat atau bagi mana-mana badan yang tidak mencari keuntungan, yang mana dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut. Dengan menyumbangkan sama ada kebenaran di bawah subperaturan(2) patut diberi atau tidak, ketua jabatan hendaklah mengambil perhatian akan tatakelakuan yang ditetapkan dalam pertaturan (4) dan khususnya hendaklah memastikan bahawa pekerjaan luar itu:-

a) Tidak di lakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu di kehendaki menjalankan tugas rasminyab) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awamc) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awam.

Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan kerana memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan dalam subperaturan (1) hendaklah dibayar ke dalam Perbendaharaan Persekutuan sementara menunggu keputusan Perbendaharaan

Page 145: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 145

tentang amaun jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan anggota kakitanganya.

3.3 PAKAIAN

Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

3.4 DADAH

Perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil (selain daripada maksud perubatan), menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya berlanggaran dengan subperaturan (1) boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49. Akta 234, bagi maksud peraturan ini “dadah berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

3.5 HADIAH

Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika:-

a) Penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara dengan perlaksanaan tugas awam pegawai itu.b) Bentuk amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.

Page 146: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 146

Ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawaimenerima surat pujian daripada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukarannya dengan syarat bahawa surat pujian itu tidak terkandung dalam bekas yang bernilai. Ketua jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai tersebut atau perkahwinan anak pegawai tersebut tau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

Jika:-

a) Seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan b) Hal keadaan sedemikian menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini.

Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subperaturan (4), ketua jabatan hendaklah memutuskan sama ada:-

a) Untuk membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu.b) Untuk mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan kepada pemberinya melalui Ketua Jabatan.

Bagi maksud peraturan ini, Ketua Jabatan ertinya Ketua Setiausaha sesuatu Kementerian atau ketua jabatan di peringkat Ibu Pejabat mengikut mana-mana yang berkenaan.

3.6 KERAIAN

Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis keraian kepada atau mana-mana orang jika:-

Page 147: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 147

a) Keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi perlaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pegawai awam bagi kepentingan orang itu.b) Pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara, tidak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah peraturan 4.

3.7 PEMUNYAAN HARTA

Seseorang pegawai hendaklah, semasa perlantikannya ke dalam perkhidmatan awam atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, mengisytiharkan secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya, atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa harta hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis keadaan sedemikian. Jika selepas membuat pengisytiharan di bawah subperaturan (1), seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada secara langsung atau tidak langsung atau melupuskan apa-apa harta yang telah diperoleh olehnya atau dia hendaklah dengan segera mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui ketua jabatan. Jika seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan pemerolehan yang dicadangkan itu adalah tidak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di dalam peraturan 4, pemerolehan itu tidaklah boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis diperoleh oleh pegawai itu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak di bawah subperaturan (3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:-

a) Pendapat ketua jabatan tentang pemerolehan atau kepunyaan harta b) Apa-apa faktor lain yang dianggapkan perlu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi menjaga keutuhan dan

Page 148: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 148

kecekapan perkhidmatan awam.

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai ia hendaklah mengarahkan ketua jabatan merekodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan bahawa pengisytiharan itu telah dibuat. Di dalam peraturan ini, “anak” termasuklah anak angkat tetapi tidak termasuk anak yang bukan di bawah tanggungan pegawai itu. “Harta” termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada harta alih atau tidak alih, yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

3.8 MENYENGGARA TARAF KEHIDUPAN YANG MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN LAIN YANG SAH

Jika ketua jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah ternyata:-

a) Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melabihi emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada.b) Mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber kewanganatau harta, harta alih atau tidak alih yang nilainya tidak seimbang dengan atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah.

Ketua jabatan hendaklah, melalui notis bertulis memanggil pegawai itu supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana ia boleh menyenggara taraf kehidupan tersebut atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber kewangannya atau hartanya. Ketua jabatan hendaklah, apabila diterima penjelasan di bawah subperaturan (1) atau, jika pegawai itu tidak memberi apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu tamat melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dengan melampirkan penjelasan pegawai itu. Tiada pegawai boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan

Page 149: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 149

dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang:-

a) Yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.b) Yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmic) Yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan-kawasan tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmid) Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

Akta 372, seseorang pegawai boleh, bagaimanapun meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat insurans, koperasi, atau syarikat kewangan yang di lesenkan di bawah akta Bank dan Institusi- Institusi kewangan 1989 atau menanggung hutang dengan cara memperoleh barang-barang melalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa:-

a) Bank, syarikat insurans, koperasi atau syarikat kewangan berlesen itu yang daripadanya pegawai itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.b) Peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam atau tidak akan ditafsirkan bahawa pegawai itu telah menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya. c) Agregat hutangnya tidak menyebabkan atau tidak mungkin menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 13.

Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2) seseorang pegawai boleh menanggung hutang-hutang yang berikut:-

a) Jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadai atau digadaikan, jika jumlah wang tersebut tidak melebihi nilai tanah tersebutb) Overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh mana-mana institusi kewangan berlesen

Page 150: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 150

c) Jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat insurans atas cagaran polisi insuransd) Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan atau koperasie) Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang diperoleh melalui perjanjian sewa beli

Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah di sifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius:-

a) Jika agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar pada bila-bila masa, tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen bulanannyab) Jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman ituc) Jika pegawai itu seorang yang bankrap atau seorang pemakan gaji tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada pegawai pemegang harta masih belum di jelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun sebab selain daripada malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri hendaklah dianggap memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah menyebabkan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Jika keterhutangan kewangan yang serius yang telah berlaku itu adalah disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan , kerajaan boleh memberi kepada pegawai itu apa-apa bantuan yang didapati wajar mengikut hal keadaannya. Jika seseorang pegawai mendapati bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, maka dia hendaklah serta merta melaporkan fakta ini kepada ketua jabatan. Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau melengahkan dalam melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau yang melaporkannya tetapi tidak mendedahkan hutangnya dengan sepenuhnya atau memberi keterangan yang palsu atau yang mengelirukan mengenainya adalah melakukan suatu pelanggaran

Page 151: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 151

tatatertib yang serius (walau apa pun yang mula-mula menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius itu) dan boleh menyebabkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib. Tanpa menjelaskan peruntukan-peruntukan peraturan ini, jika hutang pegawai terjumlah kepada keterhutangan kewangan yang serius tetapi dia belum dihukum sebagai seorang bangkrap atau sebagai seorang pemakan gaji tidak solven, ketua jabatan hendaklah mengkaji semula kes itu dari semasa ke semasa.

Pegawai pemegang harta hendaklah, sebaik sahaja dia telah menyiasat dengan secukupnya tentang hal ehwal seseorang pegawai awam yang mana seseorang itu bangkrap atau pemakan gaji yang tidak solven, menyampaikan kepada ketua jabatan yang berkenaan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara berikut:-

a) Pernyataan Hal Ehwal yang difailkan oleh si bangkrap atau pemakan gaji tidak solven itu mengikut undang-undangkebangkrapan yang sedang berkuatkuasa.b) Amaun ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan dibuatc) Sama ada atau tidak Pegawai Pemegang Harta bercadang untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dan jika demikian suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnyad) Sebab utama kebankrapan itu, sama ada pada pendapatnya kes itu melibatkan malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, sama ada yang memihak atau tidak memihak kepada pegawai itue) Apa-apa perkara lain yang mengikut budi bicaranya, dia fikirkan patut di sebut

Ketua jabatan hendaklah menghantar laporan yang diterima dibawah subperaturan (1) dan (2) beserta dengan laporannya mengenai kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan sejak keterhutangan kewangannya yang serius kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan. Setelah menimbangkan semua laporan itu Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan dan jika demikian apa tindakan yang hendak diambil. Jika tindakan tatatertib yang diambil di bawah subperaturan (3)

Page 152: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 152

mengakibatkan hukuman penangguhan pergerakan gaji, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan apabila habisnya tempoh penangguhan pergerakan gaji. Seseorang pegawai yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan sepenuhnya.

3.9 MEMINJAMKAN WANG

Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga sama ada dengan cagaran atau tanpa cagaran. Penyimpanan wang secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu akaun dalam mana-mana bank atau dalam mana-mana syarikat kewangan berlesen atau dalam mana-mana sekuriti atau saham yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang dengan bunga bagi maksud subperaturan(1). Penglibatan dalam Pasaran Komoditi atau Pasaran Sekuriti Hadapan. Tiada pegawai boleh melibatkan dirinya dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan sebagai pembeli atau penjual atau selainnya, sama ada dalam pasaran tempatan atau luar negeri. 3.10 REFEL DAN LOTERI

Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan, mengelolakan atau mengambil bahagian dalam mana-mana refel atau loteri akan harta persendiriannya.

3.11 PENERBITAN BUKU

Seseorang pegawai tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat

3.12 MEMBUAT PERNYATAAN AWAM

Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:-

Page 153: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 153

a) Membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu.c) Memberi apa-apa maklumat faktual berhubung dengan jabatannya d) Memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubung dengan jabatannya

Dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat.

3.13 LARANGAN BERTINDAK SEBAGAI PENYUNTING, DSB. BAGI SURAT KHABAR DSB.

Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah, atau jurnal, kecuali yang berikut:-

a) Penerbitan jabatan atau kakitanganb) Penerbitan professional c) Penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik

3.14 MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh:-

a) Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah, atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik.

Page 154: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 154

b) Menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politikc) Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politikd) Bertindak sebagai ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan Negeri.

Seseorang pegawai dalam kumpulan sokongan yang bukan seseorang pegawai dalam perkhidmatan perlu boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Walau apapun peruntukan subperatuaran(1), seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat bahawa:-

a) Dia terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua SetiausahaKementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.b) Dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah perenggan(3) (a) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan. Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik. Seseorang pegawai yang telah diterima menjadi anggota biasa mana-mana parti politik itu hendaklah memberitahu fakta ini kepada KetuaJabatannya. Bagi maksud peraturan ini, ‘perkhidmatan perlu’ ertinya perkhidmatan- perkhidmatan yang dinyatakan dalam jadual.

Page 155: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 155

3.15 MEMULAKAN PROSIDING UNDANG-UNDANG DAN BANTUAN GUAMAN

Jika seseorang pegawai berkehendakan bantuan guaman sebagaimana yang diperuntukan di bawah subperaturan (3) dia tidak boleh memulakan prosiding undang- undang bagi kepentingan peribadinya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Seseorang pegawai yang menerima notis mengenai permulaan prosiding undang- undang atau permulaan prosiding undang-undang yang dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya atau menerima apa-apa proses mahkamah berhubungan dengan prosiding undang-undang tersebut hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan bagi mendapat arahantentang sama ada dan bagaimana notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, proses mahkamah itu hendak diakui terima, dijawab atau di bela. Seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman untuk mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara bagi maksud dan dikemukan kepada ketua pengarah Perkhidmatan Awam melalui Peguam Negara Apabila diterima permohonan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh melulus atau menolak permohonan tersebut, tertakluk kepada nasihat Peguam Negara tentang:-

a) Amaun bantuan guaman yang hendak diluluskanb) Peguambela dan peguamcara yang hendak diambil dan diarahkan oleh pegawai ituc) Apa-apa syarat lain yang Peguam Negara fikirkan baik.

Dan kepada syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya pegawai itu diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan bantuan guaman yang diluluskan demikian akan dibuat oleh Kerajaan melainkan jika amaun kos yang diawardkan demikian

Page 156: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 156

kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara. Caj untuk mengambil khidmat seseorang peguambela dan peguamcara yang diambil dan diarah oleh atau bagi pihak seseorang pegawai dalam prosiding undang- undang berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya selain daripada dengan menurut kuasa kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tidak akan dibayar oleh kerajaan.

3.16 KETIDAKHADIRAN

Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib. Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai itu. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subperaturan (2), mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 atau 28. Bagi maksud peraturan ini, “ketidakhadiarn” termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa atau pun pada satu- satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi perlaksanaan tugas- tugasnya. Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya melakukan pelanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4 PROSEDUR TATATERTIB

4.1 PROSEDUR AM

Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2), tiada pegawai boleh

Page 157: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 157

dibuang kerja atau diturunkan pangkat dalam apa-apa prosiding tatatertib di bawah bahagian ini melainkan jika dia telah di beritahu secara bertulis mengenai alasan-alasan yang berdasarkannya tindakan itu di cadangkan diambil terhadapnya dan telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar. Subperaturan (1) tidaklah terpakai dalam hal-hal berikut:-

a) Jika seseorang pegawai dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya.b) Jika pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, adalah tidak munasabahnya praktik untuk menjalankan kehendak- kehendak peraturan ini.c) Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak sesuai manfaat untuk menjalankan kehendak-kehendak peraturan ini.d) Jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat terhadap pegawai itu.e) Jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas pegawai itu, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis.

4.2 PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB HENDAKLAH MENENTUKAN JENIS KESALAHAN TATATERTIB

Jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib. Dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa hendaklah, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis

Page 158: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 158

yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat. Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatertib yang berkenaan (dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib) yang berkenaan hendaklah merujukkan kes itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat.

4.2 PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT

Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati bahawa pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa yang berkenaan hendaklah memberitahu pegawai itu secara bertulis fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan olehnya dan hendaklah memberi peluang kepada pegawai itu untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan fakta- fakta itu. Jika setelah menimbangkan representasi yang dibuat dibawah subperaturan (1), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati:-

a) Pegawai itu bersalah, ia hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana- mana satu atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam peraturan 38 yang difikirkannya sesuai dan patut.b) Pegawai itu tidak bersalah ia hendaklah dibebaskan

4.3 PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB DENGAN TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang bersidang untuk menimbangkan suatu kes yang pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah didapati daripada jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah menimbangkan segala maklumat yang ada dan jika didapati bahawa terdapat satu kes prima facie terhadap pegawai itu untuk dibuang kerja atau diturunkan

Page 159: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 159

pangkat. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan supaya suatu pernyataan yang mengandungi fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pegawai itu dan apa-apa alasan yang dicadangkan, yang berdasarkannya pegawai itu hendak dibuang kerja atau diturunkan pangkat dihantarkan kepada pegawai itu dan pegawai itu hendaklah diminta membuat suatu respresentasi bertulis, yang mengandungi alasan-alasan yang berdasarkannya pegawai itu bergantung untuk membebaskan dirinya, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan pertuduhan itu. Jika pegawai itu tidak membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1), atau jika pegawai itu membuat representasi yang tidak dapat membebaskan dirinya sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu henhdaklah terus menimbangkan dan memutuskan sama ada untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai itu. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan selanjutnya. Pihak Bekuasa Tatatertib itu boleh melantik Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai kerajaan yang lebih kanan daripada pegawai yang di bawah penyiasatan. Ketua jabatan pegawai yang di bawah penyiasatan itu tidak boleh menjadi anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah subperaturan (4). Jawatankuasa Penyiasatan yang dilantik di bawah subperaturan (4) :-

a) Hendaklah memberitahu pegawai mengenai tarikh yang persoalan mengenai pembuangan kerja atau penurunan pangkatnya akan dibawa ke hadapan Jawatankuasa Penyiasatan dan, jika Jawatankuasa Penyiasatan itu berpendapat bahawa pegawai itu boleh dibenarkan hadir, bahawa dia hendaklah menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk membebaskan dirinya. b) Boleh memanggil dan memeriksa saksi-saksi atau mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya mengenai kes itu.

Jika saksi-saksi dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan itu, pegawai itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan

Page 160: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 160

tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadapnya melainkan jika pegawai itu telah sebelum ini dibekalkan dengan suatu salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses kepadanya. Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh membenarkan kerajaan atau pegawai itu diwakili oleh seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam atau, dalam kes yang luar biasa oleh seorang peguambela dan peguamcara, dan tertakluk kepada apa-apa penangguhan yang munasabah dan perlu untuk membolehkan pegawai itu sendiri membentangkan kesnya, Jawatankuasa Penyiasatan boleh menarik balik kebenaran itu pada bila-bila masa. Dengan syarat bahawa jika Jawatankuasa Penyiasatan itu membenarkan kerajaan diwakili, ia hendaklah juga membenarkan pegawai itu untuk diwakili dengan cara yang sama. Jika seseorang pegawai yang dikehendaki untuk menghadirkan diri di hadapan suatu Jawatankuasa Penyiasatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi pendengaran itu tidak menghadirkan dirinya, dan jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi suatu penangguhan, Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh terus menimbangkan dan memutuskan aduan atau ia boleh menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh hadapan. Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan itu hendaklah membuat suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu berpendapat bahawa laporan itu tidak jelas dalam apa-apa perkara tertentu atau bahawa penyiasatan selanjutnya adalah dikehendaki perkara itu boleh dirujukkan balik kepada Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk menjalankan penyiasatan selanjutnya dan membuat laporan selanjutnya. Jika setelah menimbangkan representasi di bawah subperaturan (1) dan jika suatu Jawatankuasa Penyiasatan dilantik, setelah menimbangkan laporan Jawatankuasa itu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati:-

a) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku dan patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah dengan serta merta mengenakan hukuman yang sesuai.b) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku tetapi salahlaku itu tidak patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi patut dikenakan hukuman yang lebih ringan. Pihak

Page 161: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 161

Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirknnya lebih sesuai dan patut.c) Bahawa pegawai itu tidak bersalah kerana salahlaku, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.

5. PROSEDUR DALAM KES JIKA PEGAWAI TIDAK HADIR TANPA CUTI DAN TIDAK BOLEH DIKESAN.

5.1 PEGAWAI TIDAK HADIR TANPA CUTI DAN TIDAK BOLEH DIKESAN

Walau apa pun peruntukan peraturan 52, jika seseorang pegawai tidak hadir tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut dan tidak boleh dikesan, ketua jabatan itu hendaklah menyebabkan suatu surat dihantar kepada pegawai itu melalui Pos Berdaftar Akuan Terima ke alamatnya yang akhir diketahui sebagaimana yang diberikan kepada ketua jabatan di bawah peraturan 52, mengarahkan pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dengan serta-merta. Jika selepas surat diserahkan:-

a) Pegawai itu datang melapor diri untuk bertugas b) Pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau tiada apa-apa jua khabar untuk didengar daripadanyac) Bagi maksud peraturan ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima itu diterima oleh seseorang lain selain daripada pegawai yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tidak terserah.

5.2 AKIBAT TIDAK HADIR TANPA CUTI SELEPAS PEMBERITAHUAN DALAM WARTA

Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, ketua jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib tersebut hendaklah memulakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-peraturan ini. Jika seseorang pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran

Page 162: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 162

pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.

5.3 PERLUCUTAN EMOLUMEN KERANA KETAKHADIRAN TANPA CUTI

Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun Pihak Berkusa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan perlucuthakkan itu. Seseorang pegawai yang emolumennya yang dilucuthakkan di bawah peraturan ini hendaklah diberi notis bertulis mengenai perlucuthakkan tersebut. Bagi maksud peraturan ini perlucuthakkan emolumen bukanlah satu hukuman tatatertib dalam pengertian peraturan 38.

6. HUKUMAN

6.1 HUKUMAN TATATERTIB

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati seseorang pegawai bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini, dan setelah mengambil serius kesalahan itu, maka Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau gabungan dua hukuman atau lebih:-

a) Amaranb) Dendac) Lucuthak emolumen d) Tangguh pergerakan gajie) Turun gajif) Turun pangkatg) Buang kerja

6.2 DENDA ATAU LUCUTHAK EMOLUMEN

Page 163: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 163

Bagi maksud peraturan-peraturan ini, hukuman denda atau lucuthak emolumen hendaklah dibuat mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:-

a) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun setara dengan tujuh hari emolumen pegawai yang berkenaan. Jika seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang setara dengan empat puluh lima peratus daripada emolumen bulanannya.b) Hukuman lucuthak emolumen tidak tertakluk kepada perenggan (a) di atas berhubungan dengan amaun maksimum denda pada mana-mana satu masa tertentu atau dalam mana-mana satu bulan tertentu. Jika hukuman itu berkaitan dengan kesalahan tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab munasabah, amaun emolumen yang hendak dilucuthakkan hendaklah diputuskan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan, dikira dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.

6.3 PENANGGUHAN PERGERAKAN GAJI

Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh:-

a) Tiga bulan b) Enam bulan c) Sembilan buland) Dua belas bulan

Ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mana difikirkan sesuai dan patut. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Seseorang pegawai yang dikenakan ke atasnya hukuman tangguh pergerakan gaji, tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh

Page 164: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 164

hukuman itu berkuatkuasa. Hukuman tangguh pergerakan gaji hendaklah mempunyai akibat-akibat yang berikut:-

a) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang dikenakan ke atasnya hukuman, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir selepas habisnya tempoh hukuman.b) Tarikh pergerakan gajinya hendaklah kekal pada tarikh yang diubah di bawah perenggan (a) sehingga pegawai itu mencapai tangga gaji maksimum bagi jadualnya.

6.4 PENURUNAN GAJI

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan suatu hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:-

a) Gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat yang sama b) Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gajic) Tempoh hukuman jyang dikenakan tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa.

Tarikh pergerakan gaji seseorang yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas habisnya tempoh hukuman itu.

6.5 PENURUNAN PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas seseorang pegawai mengikut cara yang berikut:-

a) Dengan menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. b) Dengan menentukan gaji pegawai itu pada suatu mata gaji dalam jadual gaji gred yang dikurangkan itu, adalah gaji yang lebih rendah tetapi paling hampir dengan gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.

Page 165: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 165

6.6 BUTIR-BUTIR KESALAHAN DAN HUKUMAN HENDAKLAH DIREKODKAN

Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman yang dikenakan ke atas pegawai itu di bawah peraturan-peraturan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dikenakan.

7. FUNGSI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Peraturan dan undang-undang terbentuk, yang mana berlaku sekatan pada setiap perlakuan mahupun tindakan seseorang yang bekerja di dalam sesebuah organisasi samaada institusi Kerajaan mahupun swasta. Fungsi peraturan dan undang- undang dalam organisasi adalah bertujuan untuk mendidik kakitangan di dalamnya supaya bersifat :

7.1 AMANAH

Amanah terhadap diri sendiri, seperti mana yang disebutkan bahawa diri manusia dan segala anggotanya adalah menjadi amanah Allah s.w.t. Akal, mata, telinga, kaki dan tangan menjadi amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Begitu juga dalam sektor pekerjaan di dalam sesebuah organisasi, setiap pekerja hendaklah mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan untuk menjamin kesempurnaan pekerjaan. (Ensiklopedia Islam.1998: 114) Firman Allah s.w.t:-

وأنتم أمنتكم وتخونوا والرسول الله تخونوا ال ءامنوا الذين يأيهاتعلمون

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu menghianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu,

Page 166: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 166

sedangkan kamu mengetahui" (al-Anfal: 27)

Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap pekerja kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan sesebuah organisasi. Dalam Agama Islam sangat mementingkan soal amanah, dan menyerahkan amanah pada yang berhak. Firman Allah s.w.t:-

اهلها الى األمنت تؤدوا أن يأمركم الله ان

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” (al-Nisa’: 58)

Hendaklah bersikap amanah dalam melaporkan dan merekodkan sesuatu seperti mana firman Allah s.w.t:-

فاكتبوه مسمى أجل الى بدين تداينتم اذا ءامنوا الذين يأيهابالعدل كاتب بينكم وليكتب

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya, dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar” (al-Baqarah : 28 )

Dan hendaklah bersikap amanah dalam mengukur dan menyukat, firman Allah s.w.t:-

الناسأشياءهم والتبخسوا والميزان الكيل فأوفوا

Maksudnya: “Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya.” (al-A’raf :85)

Oleh yang demikian sudah jelas membuktikan bahawa sifat tidak amanah merupakan satu sifat yang dikeji dan dibenci Allah,

Page 167: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 167

agama dan masyarakat. Ciri-ciri orang yang bersifat amanah, antaranya ialah :

i. Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-baiknya

ii. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan

iii. Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuahiv. Menyiapkan kerja dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Sebaliknya orang yang tidak amanah melakukan perkara-perkara berikut :

i. Melakukan penipuan dan penyelewenganii. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

iii. Cuai dalam menjalankan tugasiv. Menggunakan waktu bekerja untuk membuat kerja

persendirian. (INTAN. 1994: 58-59)

7.2 BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab bermaksud melaksanakan tugas, kerja, yang telah diamanahkan. Sebagai contoh dalam perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah mempunyai sikap bertangungjawab. Kejayaan mereka memikul tanggungjawabakan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam. Sebaliknya mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti termaktub dalam peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Antara ciri-ciri yang dapat menggambarkan sikap bertanggungjawab ini ialah:-

i. Bersungguh- sungguh melaksanakan kerjaii. Melaksanakan kerja dengan sempurna

iii. Rasa bersalah jikalau tugas yang dipikul tidak dapat di sempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang telah ditetapkan

iv. Menjaga maruah agama, bangsa dan negara

Page 168: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 168

Sebaliknya ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu kurang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya ialah:-

i. Tidak melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh sehingga orang lain terpaksa membantu untuk menyempurnakannya.

ii. Hasil kerjanya di ragui dan tidak menepati tahap piawai yang di kehendaki

iii. Tidak menyudahkan kerjanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan

iv. Tidak berusaha untuk membaiki mutu kerjanya. (INTAN.1994:60)

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pekerja untuk menjalankan dan memikul amanah yang telah diberi. Dalam konteks ini juga seseorang perlulah bertanggungjawab dalam menjaga harta dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan pentadbiran. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Al-Tarmizi yang bermaksud: Di riwayatkan daripada Abdullah bin Omar yang berkata aku dengar dari Rasulullah s.a.w berkata: “semua kamu bertanggungjawab akan orang-orang di bawah jagaannya. Imam bertanggungjawag kepada rakyatnya. Seorang lelaki bertanggungjawab kepada ahli keluarganya. Isteri bertanggungjawab terhadap rumah tangga suaminya. Pekerja bertanggungjawab kepada orang-orang di bawah jagaan kamu.”

Berdasarkan kepada hadith diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan tentang tanggungjawab. Oleh yang demikian setiap manusia harus bertanggungjawab di atas setiap tugas yang diprtanggungjawabkan. Ini membuktikan bahawa Islam begitu mengambil berat soal tanggungjawab dan kepimpinan. Pengabaian tugas-tugas tersebut bererti mengkhianati amanahtanggungjawab dan kepimpinan yang telah diberikan. (Kor Agama Angkatan Tentera, 1995: 38-39) 7.3 IKHLAS

Page 169: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 169

Ikhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya ia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu sentiasa akan merungut, menyalahkan orang lain, menunujuk-nunjuk dan gagal melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. Seseorang yang bekerja kuat semata-mata untuk menerima kenaikan gaji melintang akan merosot prestasinya apabila ia telah berjaya memperolehinya. Manakala orang yang mempunyai sifat ikhlas, sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu kerjanya secara berterusan. Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas ialah:-

i. Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksansakan tugasii. Tidak memilih-milih kerja dan melakukan apa saja tugas

yang telah di berikaniii. Melaksanakan sesuatu tugas tersebut dalam tempoh yang

ditetapkan, tanpa mengira waktu samada di pejabat atau selepas waktu pejabat.

Sebaliknya ciri-ciri pekerja yang tidak ikhlas dalam menjalankan tugasnya ialah;-

i. Bekerja dengan tekun hanya di hadapan ketua dengan tujuanmenunjuk-nunjuk.

ii. Memilih kerja iaitu hanya melakukan kerja-kerja yang disukai oleh ketua, kerja-kerja yang akan membuatnya terkenal, untuk mendapat pujian atau kenaikan pangkat

iii. Membuat kerja berdasarkan kepada tempat, masa, dan orang yang memberi arahan

iv. Memberikan syarat tertentu jikalau kerja-kerja tersebut diluar dari kerja-kerja rutinnya. (INTAN.1994: 61-62)Orang yang tidak ikhlas dalam menjalankan kerjanya selalu

bermuka-muka dan gemar mengampu-ampu. Sesungguhnya orang yang bersifat sedemikian adalah berakhlak rendah.

Keikhlasan seseorang sebenarnya melambangkan keperibadian dirinya itu tinggi, sanggup melakukan sebarang tugas biarpun dia tidak pernah dan tidak mengetahui bagaimana caranya. Namun begitu berusaha untuk mencapai sesuatu kerja dengan

Page 170: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 170

sempurna adalah salah satu lambang keikhlasan tanpa sebarang rungutan mahupun sogokan. Malah berusaha untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik semata- mata kerana Allah dan bukan atas dasar pujian. (Kor Agama Angkatan tentera ,1995:11) Firman Allah s.w.t:

لله وجهه اسلم ممن دينا أحسن ومن

Maksudnya: “Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah dengan ikhlas” (al-Nisa’: 125)

7.4 BERDEDIKASI

Berdedikasi bermaksud pembaikian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua pekerja dalam pekerjaan. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa mengharapkan sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji-pujian. Setiap tugas akan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dirinya dan bersedia menerima nasihat, teguran, dan tunjuk ajar. Sebaliknya pekerja-pekerja yang tidak mempunyai sifat-sifat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya adalah seperti berikut:-

i. Selalu mengelakkan diri daripada membuat kerjaii. Sentiasa meminta simpati dan pertolongan orang lain dalam

melaksanakan tugasnyaiii. Tidak dapat menyempurnakan tugas mengikut tempoh yang

telah ditetapkan. (INTAN. 1994: 63)

Berusaha dalam memperbaiki diri dan menyerah sebulatnya kepada Allah tanpa mempunyai niat yang buruk serta bukanlah untuk mendapat perhatian orang lain terutamanya ketua, maka dengan ini Allah akan menilai mengikut niat yang baik akan dibalas setimpalnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah s.w.t:

مؤمنين كنتم ان فتوكلوا الله وعلى

Page 171: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 171

Maksudnya: “Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (al-Maidah :23)

7.5 BERDISIPLIN

Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang. Pekerja yang disiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan ,arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri. Masyarakat yang mengamalkan budaya berdisiplin adalah masyarakat yang bertamadun tinggi dan dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Di antara ciri-ciri pekerja yang berdisiplin ialah :-

i. Patuh dan taat kepada peraturan dan arahanii. Berpegang teguh kepada ajaran agama

Sebagai contohnya, Dalam perkhidmatan awam mengapa perakam waktu (punch card) dibuat? Ini adalah salah satu tujuan mendisiplinkan pekerja mengikut waktu yang telah di tetapkan tanpa sebarang curi tulang, secara automatiknya pekerja tidak berpeluang untuk hadir lewat tanpa sebarang sebab yang munasabah, jika tidak mereka akan di kenakan tindakan tatatertib. Secara tidak langsung ianya menanam sikap berdisiplin dalam diri seseorang. (INTAN. 1994: 64-65)

7.6 BEKERJASAMA

Bekerjasama bermaksud saling tolong menolong antara satu sama lain, terutamanya bekerjasama dalam memberikan kebaikan kepada organisasi. Setiap pekerja mestilah mempunyai semangat kerja berpasukan. Nilai kerjasama ini dapat melahirkan suasana harmoni aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Suasana demikian akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Menerusi sifat bekerjasama juga kerja yang berat akan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas.

Page 172: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 172

Tradisi dalam masyarakat tempatan serta agama Islam, sangat menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan penuh muhibbah, kasih sayang dan menjalin kemesraan di antara pekerja dengan pekerja dan di antara pekerja dengan majikan. Banyak ayat dalam al-Quran menghuraikan kisah- kisah yang menunjukkan unsur bekerjasama dan tolong-menolong yang perlu di amalkan. (INTAN. 1994: 66-67) Firman Allah s.w.t:-

واتقوا والعدوان االثم على تعاونوا وال والتقوى البر على وتعاونواالعقاب شديد الله ان الله

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaan-Nya”(al-Maidah :2)

Firman Allah s.w.t:بعض أولياء بعضهم والمؤمنت والمؤمنون

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain”(al-Taubah :71)

Di antara ciri-ciri bekerjasama yang perlu ada pada setiap pekerja ialah :

i. menjalankan tugas yang diamanahkan secara kolektifii. menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara

berkumpulan adalah lebih bernas dan mantap dan jitu kearah mencapai kejayaan sesuatu organisasi

iii. selalu merujuk atau mendapatkan pandangan rakan sejawat tentang perkara yang rumit. (INTAN. 1994: 66-67)

7.7 BERSIH

Bersih bermaksud kebersihan dari segi fizikal (misalnya diri, pakaian, kawasan persekitaran) dan juga kebersihan moral (hati, fikiran yang baik, jiwa yang murni dan tidak sombong). Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan seseorang daripada

Page 173: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 173

perasaan dengki, khianat, tamak haloba, dan sifat-sifat yang tercela. Di antara ciri-ciri bersih ialah :-

i. Suka mengamalkan sikap bantu-mambantu dan tolong menolong antara satu sama lain.

ii. Sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat

iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan sopaniv. Menjauhkan diri daripada perbuatan keji seperti rasuah dan

pecah amanah.

Manakala ciri-ciri orang yang tidak bersih ialah:-

i. Suka menuturkan perkataan yang kotor dan lucah.ii. Datang ke pejabat dalam keadaan diri yang tidak terurus

seperti tidak bercukur, berambut panjang dan tidak bersikat, pakaian tidak bergosok dan kasut yang tidak digilap.

iii. Melakukan penipuan dan rasuah.

Disini ditekankan sifat bersih itu dari segi perbuatan dalaman dan luaran, memelihara diri dari segala perlakuan buruk dan menjaga adab- adab pergaulan. Jika batiniah seseorang itu bersih maka akan lahirlah zahiriah yang sempurna dari pandangan mata manusia. (INTAN. 1994: 68-69)

7.8 TEKUN

Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan sentiasa meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti. Ketekunan akan wujud kepada pekerja yang memberi penumpuan terhadap tugasnya dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Oleh kerana itu setiap pekerja yang tekun dalam menjalankan tugas, sentiasa berusaha supaya matlamat dan objektif yang telah dirancang akan dapat dicapai dengan jayanya. Mereka akan sentiasa suka kepada kerja tanpa rasa jemu dan kecewa, tanpa lalai dan leka. Mereka juga

Page 174: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 174

akan sentiasa berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh sama ada secara berseorangan dan berkumpulan. (INTAN. 1994: 70-71) Firman Allah s.w.t:

سعى وأن ما اال لالنسن ليس

Maksudnya: “Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh sesuatu, selain apa yang telah diusahakannya” (al-Najm: 39)

Mengikut hadith Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)”

Di antara ciri-ciri ketekunan ialah:-

i. Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri supaya hasil kerjanya benar-benarsempurna.

ii. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan untuk kemajuan negara.

iii. Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap yang cemerlang. (INTAN. 1994: 71)

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak tekun dalam menjalankan tugas antaranya:-

i. Bekerja sambil lewa dan tidak mementingkan kualaiti kerja.ii. Tidak sanggup bekerja lebih masa atau di luar waktu

pejabat.iii. Tidak berusaha meningkatkan mutu kerja dengan

menghadiri latihan. (INTAN. 1994: 72)

7.9 SEDERHANA

Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap keterlaluan sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan

Page 175: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 175

perbelanjaan atau dari segi kelakuan seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkahlaku. Agama Islam sangat menggalakkan sifat sederhana seperti dalam ayat al-Quran, firman Allah s.w.t:-

, يحب ال الله ان مرحا االرض فى تمش وال للناس حدك تصعر والفخور مختال كل

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

Antara sifat-sifat sederhana yang perlu diamalkan ialah:-

i. Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat orang lain.ii. Mudah memaafkan kesilapan orang lain.

iii. Bijaksana dalam membuat pertimbangan dan keputusan.Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak beersifat sederhana

antaranya ialah:-

i. Suka menonjol-nonjolkan diri dan suka menggunakan perkataan bombastik apabila bercakap.

ii. Suka menunjuk-nunjuk kepandaiannya.iii. Berlebihan dalam berbelanja dan membazirkan harta awam.

(INTAN. 1994: 73)

Mengikut kajian barat yang telah dilakukan oleh Shultz (1964), beliau mendapati bahawa pekerja yang berprestasi sederhana mampu memberi sumbangan yang signifikan sekiranya beliau diletakkan dalam situasi yang tepat. Antara contoh situasi yang tepat yang dimaksudkan ialah kumpulan kerja yang serasi, sistem komunikasi yang terbuka dan pengurus yang sedia membantu. Dalam hal ini keupayaan mereka untuk melakukan tugas yang diserahkan hendaklah dinilai dengan berhati-hati kerana mereka tidak sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas yang dilakukan. Kebiasaannya mereka hanya melakukan sebahagian kecil daripada keseluruhan kerja yang dilakukan, manakala lain-lain bahagian dipertanggungjawabkan kepada pihak lain. (Salaman dan Esland. 1980) Oleh itu, prestasi kerja mereka dipengaruhi oleh

Page 176: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 176

prestasi kerja pihak lain seperti lain-lain anggota kumpulan sekerja, penyelia, teknologi dan persekitaran, di mana mereka melakukan pekerjaan. Sehubungan dengan ini dalam menilai mereka, semua factor ini perlulah diambil kira dengan sewajarnya kerana ia turut mempengaruhi prestasi kerja pekerja-pekerja berkenaan. Lebih-lebih lagi sifat sesuatu pekerjaan itu sendiri yang lebih berbentuk satu penentuan awal yang menutup ruang budi bicara pekerja. Peraturanini juga mampu memupuk sifat- sifat berikut:-

7.10 BERBUDI BAHASA

Berbudi mulia bermaksud tingkahlaku yang baik dan percakapan yang bersopan santun. Antara sifat-sifat berbudi mulia ialah peramah, memberi layanan yang baik, menuturkan kata yang sopan, berkelakuan yang menyenangkan dan suka menolong orang lain. Sesuatu masyarakat itu akan dipandang tinggi jika kebanyakan anggotanya berbudi mulia. Berbudi mulia sangat dituntut di dalam Islam dan ini dapat diperhatikan dalam ayat al-Quran, firman Allah s.w.t:-

, على كان الله ان ردوها أو منها بأحسن فحيوا بتحية حييتم واذاحسيبا شىء كل

Maksudnya: “Dan apabilakamu diberikan penghormatan dengan suatu ucapan (hormat seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah dia dengan cara yang sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (al-Nisa’: 86)

Berbudi mulia selalunya terpancar daripada sikap yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

i. Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas.ii. Menberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan

santun. iii. Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan iv. Bersedia membantu orang lain dengan tangan yang terbuka.v. Bertimbang rasa dan bertolak ansur.

Page 177: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 177

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak berbudi mulia antaranya melakukan tingkahlaku yang berikut:-

i. Bertindak dengan cara yang kasarii. Sentiasa menunjukkan muka yang masam dan bertutur

dengan perkataan yang kurang menyenangkan.iii. Tidak memikirkan kesusahan orang lain. (INTAN. 1994:

74-76)

8. KESIMPULAN

Mana-mana organisasi pun di dalam dunia ini memerlukan peraturan dan undang-undang bagi memantau dan menyelia pergerakan kakitangan serta membantu melancarkan proses pentadbiran dalam organisasi. Kepentingannya didalam sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk melahirkan nilai-nilai murni didalam setiap individu malah peraturan yang berlandaskan syariat amat penting kerana ianya bukan sahaja untuk kepentingan semua malah secara automatiknya ia mendapat keredhaan Ilahi. Jika dilihat perbezaan diantara yang mengamalkan peraturan dan undang-undang dengan yang tidak mengamalkannya, boleh mengakibatkan pelbagai permasalahan yang wujud serta timbul pelbagai gejala yang tidak sihat sebagai contoh, rasuah, tidak amanah, makan gaji buta dan sebagainya. Di sinilah pentingnya peraturan dan undang- undang bagi mengawal selia perjalanan organisasi dan kakitangan didalamnya.

Page 178: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 178

PENGURUSAN INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Secara umumnya, pengurusan dan pentadbiran masjid di Malaysia adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Kariah sementara masyarakat di sekelilingnya secara umumnya turut mempunyai tanggungjawab dalam mengelola dan memastikan kesempurnaan perjalanan masjid. Enakmen Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1993, Bahagian vi, perkara 73 (a) (masjid dan tanah perkuburan) umpamanya menyebut tanggungjawab tersebut: Jawatankuasa Qaryah, bersama-sama dengan pegawai masjid hendaklah bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi masjid, surau dan semua tanah perkuburan Islam dalam Kariahnya.

Oleh itu, jawatankuasa pentadbiran masjid hendaklah melaksanakan, menyelenggara, menyelia dan mengelola masjid dengan baik seperti yang dijelaskan di dalam enakmen tersebut. Aspek pentadbiran masjid dianggotai oleh ahli-ahli kariah yang dilantik untuk memegang jawatan Nazir, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa Program, Ahli Jawatankuasa Perancangan Pembangunan, Bilal dan Ahli Jawatankuasa Kerja. Penasihat kepada pentadbiran ini adalah Pegawai Tadbir Agama daerah tersebut. Menurut Syeikh Ali Mohammad Mokhtar dalam huraiannya mengenai Jawatankuasa Pentadbiran Masjid menjelaskan bahawa pemilihan mereka hendaklah dilakukan dengan teliti, mengikut neraca yang adil dan saksama. Ini kerana peranan mereka adalah amat besar dan mulia. Ia memerlukan ketabahan yang kental khususnya di peringkat permulaan kerja iaitu untuk menarik orang-orang Islam ke masjid. Tugas ini memerlukan ketinggian caqliyyah dan kekuatan iradah. Setiap ahli Jawatankuasa hendaklah merupakan seorang Muslim yang sejati.

Page 179: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 179

Daripada apa yang dinyatakan oleh Syeikh Ali Mohammad Mokhtar, jelas bahawa Jawatankuasa Masjid berperanan besar dalam membimbing masyarakat ke arah kebaikan. Namun dalam era sekarang, pemilihan Jawatankuasa Masjid telah dijadikan isu politik. Orang yang mempunyai pengaruh atau kuasa telah turut campurtangan dalam soal pemilihan Jawatankuasa Masjid atau Surau. Fenomena ini telah mencetuskan suasana dan implikasi yang tidak sihat kepada aktiviti dan perkembangan masjid dan surau. Keadaan ini perlu dibaiki segera ke arah melahirkan peranan masjid yang dinamis dalam membimbing ummah ke arah kecemerlangan. Atas asas tersebut, satu unit khusus telah ditubuhkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tujuan penyelarasan dan pemantapan institusi masjid dalam masyarakat Islam di negara ini. Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA).

2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA, SOSIALDAN PENGURUSAN MASJID (KESUMA)

Pengwujudan KESUMA merupakan susulan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Masalah Sosial yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri pada 26 Februari 1998. Mesyuarat berkenaan telah mencapai persetujuan supaya satu jawatankuasa khusus di peringkat sektor agama perlu ditubuhkan bagi menangani masalah sosial yang melanda masyarakat Islam hari ini. Berasaskan kepada keputusan tersebut, maka satu Jawatankuasa telah ditubuhkan dan dinamakan Pasukan Petugas Khas Agama Bagi Menangani Gejala Sosial (PPKAMGS). PPKAMGS dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), wakil dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Penerangan. Di samping itu, pemantauan pelaksanaan program menanggani gejala sosial di peringkat Jabatan pula dikendalikan oleh satu bahagian khusus, yang akhirnya membawa kepada kewujudan Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial Dan Pengurusan Masjid atau ringkasnya KESUMA pada 1 Jun 1999. Ia merupakan hasil gabungan fungsi sub-unit Pembangunan Sosial dan sub-unit

Page 180: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 180

Pengimarahan Masjid di Cawangan Dakwah dengan Cawangan Masjid Negara. Ia ditubuhkan untuk memenuhi dua objektif utama iaitu membangunkan keperibadian ummah berdasarkan akidah, syariah dan akhlak Islamiah melalui institusi keluarga dan masjid; dan membentuk individu keluarga dan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah. Selaras dengan matlamat dan fungsi penubuhannya, maka KESUMA telah dilantik sebagai urusetia kepada Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Membenteras Gejala Sosial di peringkat Jabatan yang mana urusetia induknya diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat (KPNDPM).

3. PENGURUSAN DAN PENYELARASAN PENTADBIRAN MASJID DI MALAYSIA: PERANAN KESUMA

Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial Dan Pengurusan Masjid (KESUMA) mempunyai tiga cawangan iaitu cawangan pembangunan keluarga, cawangan pembangunan sosial dan cawangan pengurusan masjid. Bagaimanapun, bahagian ini hanya akan memberikan penjelasan mengenai cawangan pengurusan masjid sahaja. Cawangan ini mempunyai tiga unit iaitu pengimarahan masjid, pembangunan dan pengurusan imam. Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai institusi masjid dan aktiviti pengimarahannya, cawangan ini telah merancang dan melaksanakan banyak program-program yang dianggap boleh mencapai tujuan penubuhannya.

i. Penyediaan Program Penyelarasan Pentadbiran Masjid

Cawangan Pengurusan Masjid telah mengadakan program penyelarasan bagi Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan Pegawai Dakwah Kontrak (PDK). Objektif-objektif diadakan Program Penyelarasan Pentadbiran Masjid ini adalah:

1. Mewujudkan satu garis panduan yang lengkap untuk menjadikan asas kepada pentadbiran dan pengurusan masjid dalam negara.

Page 181: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 181

2. Menggubal garis panduan yang berkaitan dengan hal ehwal pengurusan masjid.

3. Menjadikan sistem pengurusan hal ehwal masjid adalah yang setanding dengan sistem pengurusan pentadbiran lain yang lebih sistematik

4. Garis panduan tersebut akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme pengurus-pengurus masjid.

5. Meningkatkan lagi tahap kecekapan AJK masjid dalam menguruskan hal ehwal masjid dan surau.

Antara garis panduan-garis panduan yang disediakan ialah

1. Garis panduan pengimarahan masjid2. Garis panduan keceriaan masjid3. Garis panduan pengurusan mesyuarat masjid4. Garis panduan pengurusan harta masjid (harta wakaf)5. Garis panduan masjid sebagai pusat pelancongan.

ii. Muzakarah Pegawai Pengurusan Masjid Peringkat Negeri/Kebangsaan

Sebagai usaha untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran masjid di semua peringkat, Cawangan ini juga telah menganjurkan satu muzakarah. Ia bertujuan untuk mengumpulkan pegawai-pegawai penyelarasan masjid di peringkat negeri dan kebangsaan dalam suatu perhimpunan untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu pengurusan dan pentadbiran masjid.

iii. Penyediaan Program takmir Masjid/Surau Negeri

Rancangan Takmir Masjid dan Surau adalah merupakan satu program pengajian pelajaran agama Islam secara tidak formal di masjid-masjid dan surau-surau yang dianjurkan oleh Jabatan atau Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri dengan bantuan kewangandaripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1985 dengan melibatkan 5 buah negeri pada peringkat awalnya iaitu Pulau Pinang, Melaka, selangor, Perlis dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1986, rancangan ini telah diperluaskan ke negeri Terengganu,

Page 182: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 182

Perak, Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah. Diikuti oleh Kelantan pada tahun 1987, Kedah pada tahun 1988 dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1989. Sehingga akhir tahun 2002, sebanyak 3,902 buah masjid dan 2,859 buah surau di seluruh negara telah diimarahkan dengan program tersebut. Jumlah ini mewakili 74% daripada jumlah keseluruhan surau seluruh Malaysia. Jumlah guru yang terlibat pula ialah seramai 3210 orang.

iv. Persidangan Imam-imam Besar Peringkat Kebangsaan

Persidangan imam-imam besar seluruh Malaysia diadakan pada setiap tahun. Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan tentang isu-isu semasa seperti keruntuhan moral di kalangan muda-mudi dan sebagainya serta tindakan yang perlu diambil bagi membendung gejala ini dari berleluasa. Di samping itu, persidangan ini juga bertujuan untuk memberi dan meningkatkan motivasi imam-imam agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam masyarakat melalui institusi masjid. Dengan itu juga objektif persidangan imam-imam besar diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada imam-imam di seluruh negeri-negeri ini bagi menjalankan aktiviti yang dirancang oleh bahagian KESUMA. Oleh itu, tugas imam adalah penyelaras kepada aktiviti yang dilaksanakan di masjid kawasan mereka dan memantau keberkesanannya.

v. Bengkel Penulisan dan Penyampaian Khutbah Peringkat Kebangsaan

Bengkel penulisan dan penyampaian khutbah secara berkesan juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada imam-imam di seluruh negara ini mengenai teknik-teknik membaca khutbah. Khutbah yang disampaikan sama ada khutbah mingguan iaitu khutbah Jumaat serta khutbah tahunan yang merangkumi khutbah hari raya puasa dan hari raya haji merupakan mesej dakwah yang penting kepada umat Islam. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada jemaah tertidur ketika khatib berkhutbah, perlu kepada teknik-teknik bacaan yang berkesan agar jemaah yang mendengar dapat mengambil perhatian daripada isi kandungan teks khutbah tersebut.

Page 183: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 183

vi. Ijtimak Guru-Guru takmir Masjid Peringkat Kebangsaan

Ijtimak guru-guru takmir masjid peringkat kebangsaan diadakan setiap dua tahun sekali untuk memberi kursus kepada guru-guru takmir di seluruh negara. Pada peringkat awal guru-guru takmir diseluruh negara berkumpul di satu tempat untuk menyertai kursus. Memandangkan terdapat kesulitan dari pihak pengurusan untuk menguruskan penempatan guru-guru takmir ketika ijtimak tersebut, maka ijtimak guru-guru takmir ini diadakan mengikut zon dan ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Objektif utama diadakan program atau rancangan takmir masjid dan surau ini ialah:

1. Untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islamkepada masyarakat dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat ajaran Islam yang sebenar.

2. Untuk membenteras penyebaran ajaran-ajaran yang menyeleweng dan ajaran sesat.

3. Untuk menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan Islam.

4. Untuk mengetengahkan tokoh-tokoh agama Islam yang berwibawa sebagai benteng perpaduan dan ketahanan ummah.

Dalam mentadbir masjid, bahagian KESUMA tidak mempunyai banyak permasalahan yang timbul kerana bahagian ini menyelaras dua masjid sahaja iaitu masjid Negara dan masjid Putra. Manakala masjid-masjid di negeri-negeri ini diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Segala permasalahan yang timbul akan diuruskan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan mengendalikan permasalahan tersebut. Namun JAIN atau MAIN di kawal oleh JAKIM iaitu bahagian KESUMA bagi memantau permasalahan-permasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun pihak JAKIM iaitu bahagian KESUMA sentiasa menerima laporan daripada pihak pengurusan masjid negeri-negeri pada setiap masa bilamana terdapat perkara yang tidak disenangi berlaku di masjid seperti penyalahgunaan mimbar untuk mencerca pihak-pihak tertentu dan sebagainya. Pihak JAKIM masih menghormati JAIN atau MAIN dengan menyerahkan permasalahan tersebut agar dapat

Page 184: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 184

diselesaikan diperingkat negeri memandangkan kuasa untuk menguruskannya adalah kuasa negeri. JAKIM hanya sekadar mampu memberi pandangan kepada JAIN atau MAIN sahaja dan tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan. Untuk mengatasi permasalahan yang timbul, JAKIM sering mengadakan perbincangan dengan JAIN ataupun MAIN bagi. Sekiranya masalah tersebut melibatkan di peringkat negara, maka akan dibincang di peringkat kabinet. Sekiranya masalah tersebut hanya melibatkan negeri-negeri tertentu dalam kes-kes kecil sahaja, maka JAKIM akan berbincang dengan negeri-negeri tersebut sahaja tanpa melibatkan negeri-negeri lain. Setiap masalah yang timbul perlu kepada masa yang agak panjang untuk mengatasinya.

Sekiranya melibatkan perkara yang besar, maka JAKIM akan mengambil tindakan tegas dengan segera contohnya terdapat ajaran sesat seperti ajaran ayah Pin di Kelantan. JAKIM akan mengambil tindakan segera dengan kerjasama JAIN dan MAIN bagi membendung ajaran ini daripada tersebar dalam masyarakat kerana ajaran ini boleh merosakkan akidah masyarkat Islam di negara ini. Dalam usaha untuk melicinkan aspek pengurusan rancangan atau program takmir masjid atau surau ini, pihak pusat telah menempatkan seorang pegawai (Gred S41) yang dinamakan sebagai Pegawai Penyelaras Takmir negeri di negeri-negeri yang terlibat. Walau bagaimanapun terdapat juga negeri buat masa ini menugaskan pegawainya sendiri untuk menguruskan pengurusan takmir di negeri terbabit. Negeri yang dimaksudkan ialah Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak. Sehingga kini terdapat seramai 8 orang pegawai penyelaras takmir negeri yang ditempatkan di negeri Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri sembilan. Bagi Wilayah Persekutuan dan Sabah, ianya dikendalikan oleh pegawai hal ehwal Islam yang ditempatkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan JAKIM, cawangan Sabah.

vii. Pembantu takmir

Bagi membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan takmir di negeri, seorang pembantu takmir di lantik di negeri-negeri terbabit. Sehingga kini terdapat 11 orang pembantu takmir secara sambilan

Page 185: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 185

dan ditempatkan di semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Namun di Sabah dan Sarawak tidak terdapat pembantu takmir.

viii. Guru takmir atau tenaga pengajar

Urusan perlantikan guru-guru takmir masjid atau surau ini adalah di bawah kuasa Jabatan Agama atau Majlis Agama Islam Negeri. Walau bagaimanapun ianya perlu dibuat di bawah penyelarasan Pegawai Penyelaras Takmir Negeri terbabit dengan mengambilkira jumlah peruntukan tahunan yang diagihkan oleh pihak pusat. Perlantikan guru-guru ini perlu dibuat melalui proses temuduga. Tenaga pengajar ini hendaklah diperolehi daripada sumber-sumber yang berikut:

1. Alim ulamak, tokoh-tokoh agama tempatan dan imam-imam.2. Guru-guru agama dari sekolah-sekolah agama rakyat.3. Guru-guru agama di bawah Kementerian Pendidikan.4. Pegawai-pegawai dan guru-guru agama Jabatan Agama Islam

atau Majlis Agama Islam Negeri.5. Pensyarah-pensyarah agama di Institusi-institusi pengajian

tinggi.6. Tokoh-tokoh agama dari badan-badan dakwah dan

pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Setakat ini jumlah guru-guru takmir di seluruh negara adalah 3,294 orang sebagaimana dalam jadual di atas ialah Johor 510 orang, Pahang 403 orang, Kedah 396 orang, Terengganu 272 orang, Perak 266 orang, Kelantan 261 orang, Sabah 220 orang, Pulau Pinang 184 orang, Negeri Sembilan 181 orang, Selangor 156 orang, Sarawak 150 orang, Melaka 113 orang, Perlis 105 orang dan Wilayah Persekutuan 77 orang. Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai pendekatan diantara negeri-negeri berhubung dengan pegawaipenyelaras takmir negeri. Ada setengan negeri diuruskan oleh JAKIM manakala ada setengah negeri lagi diuruskan oleh JAIN ataupun MAIN. Oleh itu, bahagian KESUMA telah mengambil langkah untuk menyelaraskan pegawai penyelaras takmir ini ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Setakat ini bahagian KESUMA hanya menguruskan takmir masjid di kawasan

Page 186: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 186

semenanjung sahaja sama ada dari sudut peruntukan, program-program dan sebagainya. Usaha penyelarasan ini masih dalam proses dan mungkin akan dilaksanakan di masa akan datang.

4. PENTADBIRAN MASJID PERINGKAT NEGERI

Di dalam sesebuah negeri di Malaysia, hal ehwal berkaitan pengurusan masjid diselia oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Pentadbiran Kariah Masjid. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

1. Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri, sebagai Pengerusi.

2. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, sebagai Timbalan Pengerusi.

3. Ketua Penolong Pengarah Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri, sebagai setiausaha.

4. Mufti Negeri.5. Seorang wakil Majlis Agama Islam Negeri.6. Seorang wakil Ketua Polis Negeri.7. Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan Jabatan Agama

Islam Negeri.

Jawatankuasa ini adalah bertindak sebagai jawatankuasa induk di peringkat negeri yang menentukan hala tuju pengursan dan pentadbiran masjid, surau atau madrasah di peringkat kariah yang wujud di dalam sesebuah negeri. Fungsi jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

1. Menasihati Majlis Agama Islam Negeri tentang kelayakan sesuatu masjid untuk mendirikan solat Jumaat.

2. Menasihati dan membuat syor kepada Majlis Agama Islam Negeri tentang sesuatu sempadan kariah masjid.

3. Menasihati dan membuat syor kepada Majlis Agama Islam Negeri tentang kelayakan calon-calon untuk menjadi Pegawai Masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah.

4. Mengawasi dan menasihati Majlis Agama Islam Negeri tentang kelakuan Pegawai Masjid, anggota-anggota Jawatankuasa Kariah dan anggota Jawatankuasa Biro

Page 187: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 187

5. Menjalankan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan fungsi-fungsi yang disebut di atas.

5. PENTADBIRAN MASJID PERINGKAT KARIAH

Setiap masjid, surau atau madrasah yang dibangunkan di peringkat daerah dan kampong diurus tadbir oleh sekumpulan Pegawai Masjid. Kumpulan pengurusan ini secara umumnya dikenali dengan nama Jawatankuasa Masjid Peringkat Kariah. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada:

1. Seorang ketua yang dipanggil Nazir Masjid (atau Pengerusi, sekiranya surau atau madrasah).

2. Seorang Timbalan Nazir.3. Seorang Setiausaha.4. Seorang Bendahari.5. Dua orang pemeriksa kira-kira.6. Ahli-ahli Jawatankuasa (Bilangan berdasarkan keperluan)7. Imam.8. Bilal.

Dari segi pelantikan Jawatankuasa Kariah ini, terdapat negeri yang menetapkan syarat bagi pelantikan setiap ahli jawatankuasa, iaitu;

1. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi daripada 65 tahun. Bagaimanapun syarat ini boleh dilonggarkan dengan mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Negeri.

2. Tinggal tetap dalam kariah masjid itu untuk tempoh tidak kurang daripada 3 bulan;

3. Mempunyai pengetahuan agama Islam 4. Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah; 5. Mempunyai daya kepimpinan; 6. Berminat, bersedia untuk berkhidmat dan berjihad dalam

meninggikan syiar Islam; 7. Tidak memegang apa-apa  jawatan  dalam mana-mana

jawatankuasa di kariah lain.

Page 188: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 188

8. Sihat tubuh badan dan mental, dan9. Selalu solat berjemaah di masjid.

Setiap Nazir atau Pengerusi dan ahli Jawatankuasa yang dilantik di bawah Kaedah-Kaedah ini boleh memegang jawatan untuk tempoh tidak lebih daripada dua tahun dari tarikh perlantikannya dan boleh dilantik semula. Bagaimanapun, terdapat negeri seperti Selangor yang melaksanakan tempoh tiga tahun bagi setiap Jawatankuasa Kariah yang dilantik untuk setiap penggal. Secara Umumnya, Jawatankuasa Kariah dan pegawai masjid  berperanan untuk membantu Masjlid Agama Islam Negeri mentadbirkan Kariah  sesuatu masjid atau surau itu dan mengawal semua tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam di dalam kariahnya mengikut Enakmen dan Kaedah-Kaedah in. Dari segi perincian fungsi mereka, pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid adalah:

1. Bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi masjid, surau dan semua tanah perkuburan Islam dalam Kariahnya;

2. Bertanggungjawab bagi kelakuan anak Kariah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam;

3. Memberi maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam Kariah itu yang menghendaki perhatian Majlis;

4. Mentadbirkan dan mengawasi semua tanah wakaf dan perkuburan  Islam di kariah masjid  dan sentiasa  menjaga kebersihan dan keselamatan tanah wakaf dan perkuburan itu;

5. Memastikan bahawa tiada kerja pembinaan di lakukan di atas tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu tanpa kebenaran bertulis Majlis Agama Islam dan melapurkan kepada Majlis tentang apa-apa perbuatan salah yang dilakukan diatas tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu;

6. Memberitahu Majlis jika mana-mana anak kariah melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar ajaran agama Islam atau tidak mematuhi a. Enakmen atau  mana-mana  undang undang bertulis

lain tentang agama Islam;

Page 189: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 189

b. apa-apa  arahan  atau  amaran Majlis; atau 7. Melaksanakan dan membantu melaksanakan mana-mana

arahan yang diberi oleh Majlis Agama Islam Negeri8. Mengatur semua urusan ibadat dan pelajaran agama di

masjid dan mengawal syarahan-syarahan agama dan guru-guru agama dalam kariah;

9. Menjalankan daya usaha untuk memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam di dalam kariah itu dan berusaha mencari jalan untuk meninggikan taraf hidup dan ekonomi orang-orang Islam serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah;

10. Membangun kariah sebagai pusat pembangunan rohaniah dan zahiriah yang seimbang;

11. Memberitahu Majlis dengan segera tentang  kekosongan jawatan pegawai masjid di kariah masjid itu yang telah atau dijangkakan akan berlaku dan mengesyorkan nama-nama calon untuk mengisi kekosongan itu.

12. Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid itu boleh memungut dengan kebenaran Majlis dan menerima derma khairiat untuk masjid dan surau di kariah masjid itu.

13. Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid itu boleh melantik jawatankuasa kecil, jika difikirkan perlu.

Walau bagaimanapun bilangan jawatankuasa ini tidaklah terhad seperti di atas. Keanggotaannya boleh ditambah tertakluk kepada tanggungjawab dan keperluan masjid terutama sekali yang berkaitan dengan luasnya sesuatu liputan kariah. Pertlantikan ini umumnya dilakukan melalui sebuah mesyuarat agung masjid atau kampong. Setelah itu perlantikan mereka akan diperakukan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Kariah Masjid (Peringkat Negeri) dan tertakluk kepada kelulusan, barisan pengurusan itu akan diberi tauliah perlantikan yang ditandatangani oleh Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Majlis Agama Islam Negeri mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada Jawatankuasa Kariah dan pegawai masjid sesuatu kariah masjid tentang pentadbiran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masjid itu dan kariahnya, termasuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di bawah Kaedah-Kaedah ini dan Jawatankuasa Kariah dan pegawai masjid itu

Page 190: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 190

hendaklah mematuhi arahan-arahan itu. Bagi memastikan bahawa Jawatankuasa Kariah setiap kariah masjid dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap dan berkesan, Jawatankuasa Kariah juga dibenarkan untuk menubuhkan biro-biro tertentu mengikut keperluan semasa di kariah. Antara yang selalu dicadangkan ialah:

1. Biro ekonomi dan pembangunan wakaf; 2. Biro pendidikan dan dakwah; 3. Biro kebajikan dan perkuburan; 4. Biro hal ehwal pemuda; dan 5. Biro hal ehwal wanita.

6. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENTADBIRAN MASJID PERINGKAT KARIAH

1. Tugas Nazir/Pengerusi

a. Berkenaan dengan tiap-tiap mesyuarat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Kariah dan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas masjid itu hadir mempengerusikan mesyuarat serta memastikan bahawa mesyuarat itu berjalan dengan sempurna dan tenteram,

b. Mempunyai undi pemutus jika bilangan undi sama banyak; dan

c. Menandatangani minit atau catatan mesyuarat.d. Bersama dengan Bendahari, menandatangani semua

cek yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu; e. Menandatangani segala surat dan dokumen rasmi

masjid; f. Mewakili Jawatankuasa Kariah dalam mana-mana

mesyuarat yang diadakan oleh mana-mana pihak lain; dan

g. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.

2. Tugas-tugas Timbalan Nazir/Pengerusi.

Page 191: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 191

a. Menghadiri tiap-tiap  mesyuarat JawatankuasaKariah;

b. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

3. Tugas-tugas Setiausaha.

a. Membantu Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid itu melaksanakan tugas-tugas mereka mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah Masjid.

b. Memanggil mesyuarat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Kariah itu, atau mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung khas bagi kariah masjid itu atau apa-apa mesyuarat lain yang diarahkan oleh Masjlid Agama Islam dan menjalankan segala keputusan

c. Menghadiri tiap-tiap  mesyuarat JawatankuasaKariah itu, mencatatkan butir-butir dan keputusan mesyuarat itu serta mengedarkan minit-minit mesyuarat kepada ahli mesyuarat yang berkenaan pada atau sebelum mesyuarat yang berikutnya

d. Menyediakan laporan tahunan tentang kegiatan kariah masjid itu

e. Mengendalikan segala surat menyurat  dan menyimpan segala rekod kegiatan buku-buku, cop-cop dan dokumen-dokumen Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu

f. Bersama-sama Bendahari, jika Pengerusi tiada, menandatangani cek-cek yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu

g. Menyimpan daftar nama-nama anak-anak kariah,dan rumah-rumah orang Islam dan harta-harta wakaf dalam kariah

h. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri atau oleh Nazir/Pengerusi Jawatankuasa Kariah.

Page 192: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 192

4. Tugas Bendahari

a. Menghadiri tiap-tiap  mesyuarat JawatankuasaKariah masjid itu

b. Bersama dengan Pengerusi atau,jika Pengerusi tiada, bersama dengan Setiausaha, menandatangani semua cek yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu;

c. Mengawal dan menyimpan akaun yang betul bagi hal ehwal kewangan masjid itu dalam buku akaun kewangannya;

d. Menerima segala wang yang dibayar atau diberikan kepada Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid itu dan mengeluarkan resit baginya;

e. membuat bayaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kariah itu dan mengadakan baucer-baucer pembayaran yang sempurna dan sah baginya,

f. menyediakan Penyata Kewangan dalam buku yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan dibentangkan pada tiap-tiap kali mesyuaratJawatankuasa Kariah dan mengemukakannya kepada Majlis,

g. semasa menjalankan tugasnya, mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis atau Jabatan Agama tentang pengurusan kewangan masjid di kariah,

h. Menyediakan penyata kewangan masjid itu bagi tahun semasa dan membentangkannya dalam mesyuarat tahunan dan menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun hadapan;

i. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri atau Nazir/Pengerusi Jawatankuasa,memohon kelulusan daripada Majlis untuk

penambahan akaun lebih daripada satu.

5. Tugas Pemeriksa Kira-kira

Page 193: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 193

a. Memeriksa buku-buku  akaun  masjid sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan memberikan laporan lengkap tentangnya kepada JawatankuasaKariah dan Majlis Agama Islam Negeri;

b. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kariah jika dikehendaki berbuat demikian oleh Nazir/Pengerusi; dan

c. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam atau Nazir/Pengerusi.

6. Tugas Jawatankuasa Lain

a. Menghadiri tiap-tiap  mesyuarat JawatankuasaKariah masjid itu;

b. Menjalankan apa-apa tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat itu supaya dilaksanakan olehnya;

c. Membantu Pegawai Masjid, Setiausaha dan Bendahari melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas- tugas mereka dan bersama dengan ahli Jawatankuasa yang lain melaksanakan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah seperti yang diperuntukkan.

d. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam atau Nazir/ Pengerusi Jawatankuasa Kariah.

7. Tugas Imam

a. Mengimamkan solat fardu  dan  apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu,

b. Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;

c. Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya;

Page 194: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 194

d. Mengetuai dan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan ibadat;

e. Membimbing Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu Bilal dalam menjalankan tugas-tugas mereka;

f. Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid itu; dan

g. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam atau oleh Nazir/Pengerusi Jawatankuasa Kariah.

8. Tugas Bilal

a. Menjaga waktu solat fardu; b. Azan serta iqamah bagi tiap-tiap solat fardu; c. Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan

bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;

d. Membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Khatib menaiki Mimbar pada solat Jumaat;

e. Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;

f. Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;

g. Berselawat solat Terawih; h. Berada di masjid sebelum masuk waktu solat fardu; i. Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa

Kariah bagi sesuatu kariah masjid itu; dan j. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-

berikan oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam atau oleh Nazir/Pengerusi Jawatankuasa Kariah atau oleh Imam atau Khatib.

7. PENUTUP

Institusi masjid yang ditadbir urus dengan baik akan dapat memainkan peranan secara berkesan. Peranan yang efektif pula

Page 195: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 195

adalah bertolak dari kefahaman yang jelas tentang fungsi yang perlu diaplikasikan dalam setiap bidang tugas yang ditetapkan. Menyedari hal tersebut, Kerajaan Malaysia, melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di peringkat nasional dan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri di peringkat negeri berusaha untuk mengadakan penyelarasan bidang tugas bagi memungkinkan usaha untuk memartabatkan insitusi masjid dan surau sebagai institusi yang penting dalam masyarakat Islam. Dalam penyelarasan pengurusan dan pentadbiran masjid di seluruh Malaysia, peringkat pelaksanaan di peringkat daerah pula dipertanggungjawabkan ke atas sebuah Jawatankuasa Kariah. Jawatankuasa ini hakikatnya mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar. Setiap ahli jawatankuasa yang dilantik itu menanggung amanah untuk memastikan pembangunan jatidiri Muslim dan kefahaman agama ahli masyarakat di kariah mereka sentiasa baik.

Page 196: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 196

RUJUKAN

Abdullah Nashih Ulwan, Dr.. 1989. Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, Jilid 1, Klang: Klang Book Centre.

Abd. Halim Muhammadi, 1986. Pengurusan Dalam Islam. Selangor: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah.

Abdul Latif Muda (1983). Pemikiran Islam Menghadapi Cabaran: Suatu Kajian Tentang Pemikiran Malek Bennabi. Kula Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abdul Ghafar Haji Don & Berhanundin Abdullah, 2002. Pengurusan Masjid di dalam Membentuk Masyarakat Bertakwa. Dlm. Sulaiman Ibrahim, Othman Hj Talib & Anuar Puteh (Pnyt). Dakwah Kepada Masyarakat Muslim di Malaysia. Bangi. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Abu Daud, Muhammad Sulaiman Ibn al-Ash'ath. 1952. Sunan Abi Daud. Jilid 2. Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi.

____________. 1969. Sunan Abu Daud. Hims: Maktabah Muhammad al-Sayyid.

Abdullah Basmih. t.th.. Tafsir pimpinan al-Rahman. Kuala Lumput: t.pt..

Abu Zahrah, Muhammad. t.th.. Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah al-Siyasah wa al-Aqaid wa tarikh al-Madhahib al-Fiqhiyyah. Mesir: Dar Fikr al-Arabi.

Al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: t.pt..

Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991). Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Sarji Abdul Hamid (1992). Kemajuan Pentadbiran Awam di Malaysia: Koleksi Ucapan-ucapan Dalam Tahun 1991. Kuala Lumpur: INTAN.

Ahmad Kamal Abdullah. 1990. Kesenian Islam. Kuala Lumpur:

Page 197: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 197

Dewan Bahasa dan PustakaAhmad Atory Hussin, 1986. Pengantar Pentadbiran Awam. Kuala

Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Anuar Puteh, 2001.

Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn.Bhd.

Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991. Pengurusan Dalam Islam. Terjemahan Abd. Rashid Ngah dan Jusoh Kadir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amrit Singh Sethi, 1974, Comparative Religion, New Delhi: Dhewan Printing Works, India.

Al-Ashari, Abu al-Hassan. 1977. Al-Ibanah an Usul al-Diyanah. Ed. Fawkiyah Husayn Mahmud. Kaherah: dar al-Ansar.

Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1966. Preleminary Statement on General of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Abdul Aziz Juned. 1998. Islam dan Muzik. Brunei Darussalam: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Al-Ansari, Mohamed Yusuf. 2005. Fizilal kutub al ‘Allama al Qardhawi, Dar al-Basheer, thantha, (Arabic).

Al-Bashawi Sa’d, (Dr), Nasr, ‘Ali Nasr, Al Sawaftha Wafa Ahmad, Mahmood Hammadah. 1990. Diraasaathun fi al- Adyani wal Firaqi, Dar al-Ittihad, Jordan, (Arabic).

Al-Qaradawi, Yusuf. 2000. Priorities of the Islamic movement in the coming phase, S.M.Hasan Al-Banna (ed), Awakening Publications,Swansea.

____________. 2001. Al Shaikh Abul Hasan Ali al-Nadwi kama arafthuhu, Dar al Qalam, Damascuss.

Ahmad,Mohiuddin. 1980. Saviours of Islamic Spirit series.Saiyid Ahmad Shahid his life and mission,Introduction by S.Abul Hasan Ali Nadwi, Academy of Islamic Research and Publications,Lucknow-India.

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 1988. Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

____________. (1990). Beberapa Konsep Tentang Nilai-Nilai Islam: Rancangan Penerapan Nilai-Nilai Islam Siri 1. Kuala Lumpur: Utusan Princorp Sdn. Bhd.

Page 198: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 198

____________. (1996). Cadangan Program Pendekatan Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli. Kertas kerja, Mesyuarat Jawatankuasa Pertugas Meneliti Program Pendekatan Dakwah dikalangan Masyarakat Orang Asli. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Bucaille M. 1978. The Bible, The Quran and Sceience. USA: American Trust Publication.

Al-Bukhari, Abbu Abd Allah Muhammad Ibn Ismail. 1377 H. Sahih al-Bukhari. Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1988. Terjemah Hadis Sahih al-Bukhari. Di terjemahkan oleh Nasharudin Thaha. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang: Klang Book Centre.

Al-Bureay, Muhammad, 1992. Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam. Terjemahan Abdullah Muhammad Nor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boardman W. 1973. Science and Creation. California: Creation and Science Research Centre.

Brian W. Sherratt and David J. Hawkin, 1972, Gods and Men, a Survey of World Religion, Glasgow.

Chek Mat. 2000. Pengurusan kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Citra Karya. 1994. Falsafah Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur:Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam Perkhidmatan Awam, tahun 1985.

David G. Bradley. 1963. A Guide to the World's Religion. Prentice-Hall.

D. Baird, Robert (ed). 1981. Religion in Modern India. Manohar Publication. New Delhi.

David G. Bradley. 1963. A Guide to the World's Religion. Prentice-Hall Inc.

Donald Wiebe. 1981. Religion and Truth, Towards an Altenative Paradigm for the Study of Religion. Paris: Mouton.

Dorothy Fieid, 1914, Wisdom of the East, the Religion of the Sikhs, London: John Murray, Albemarle street.

Duggal, K.S, 1982, Philosophy and Faith of Sikhism, U.S.A: The Himalayan International Institute of Yoga Science and Philosophy.

Page 199: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 199

Engku Ibrahin Engku Ismail & Abd. Ghani Samsudin. 1990. Konsep Seni Dalam Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Erickson, E.H. 1968. Identity, Youth and Crisis. New York: W-W. Norton.

Ernest Trumpp, 1877, The Adi Ggranth or Holy Scriptures of the Sikhs, Tubner Press.

Al-Faruqi, Ismail Raji (1982). Tauhid: Implications for Thought and Life. Pennsylvania: International Institute of Islamic Thought.

____________. (1991). Islamizations of Knowledge: General Principles and Workplan. Herndon Virginia: IIIT.

Fazlur Rahman (1982). Islam and Modernity. Chicago: University Press.

____________. (1988). Islamization of Knowledge: A Response. The American Journal of Islamic Sicial Sciences, Jilid 5, No. 1, September.

Al-Ghazali. 1988. Ihya' Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Salam.Gobind Singh Mansukhani, Dr., 1958, The Quintessence of Sikhism,

Amritsar: Shiromani Gurdwara Parbandhak Commitee.Gurnam Kaur, Dr., 1990, Reason and Revelation in Sikhism, New

Delhi: Cosmo Publication.Harold Koontz & Heinz Wienrich. 1992. Management prospects.

Terjemahan Rahman Embi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ho, W.M. 1977. Asian Values and Modernization. Dalam Seah, C.M. (Ed.). Asian Values and Modernization. Singapore: Singapore University Press.

Hunter, G. 1966. Southeast Asia: Race, Culture and Nation. London: Oxford University Press.

Ibn Taimiyyah. t.th. al-Aqidah al-Wasitiyyah. Beirut.Information Malaysia Year Book. 1995. Kuala lumpur: Berita

Publication Sdn. Bhd.Jaafar Muhammad, 1988. Asas Pengurusan. Petaling Jaya: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.Jabatan Perkhidmatan Awam (2001). Pekeliling Perkhidmatan,

Bilangan 17, tahun 2001.Jacques Waardenburg. 1981. Classical Approaches to the Study of

Religion, Aims, Methods and Theories of Research. Paris: Mouton.

Page 200: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 200

James, Hastings. 1987. The Encyclopedia of Religion and Ethics. vol 10. New York.

Johami Abdullah. 1993. Pendidikan Muzik Manusia Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

John Cogley. 1968. Religion in a Secular Age, the Search for Final Meaning. New York: Frederick A. Praeger.

Joseph M. Kitagawa. 1969. The History of Religion (Essays on the Problem of Understanding). Chicago: The University of Chicago Press.

Kenji Iwabuchi. 1990. Ethics: The Japanese Approach. Seminar Etika Pengurusan: Amalan masa kini dan masa depan. Seminar anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada Januari 1997. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khawaja Abdul Waheed. 1967. Islam and The Origin of Modern Sciences. Lahore: Islamic Publications Ltd.

Al-Khuli, Jam’ah Ali. 1973. Kaifa Nnuballighu al-Da’wah al-Islamiyyah al-Umam al-Ajnabiah. T.tp: T.tp.

Klostermaier, Klaus K. 1990. A Survey of Hinduism. Munshiram Manoharlal Publishers Ltd. New Delhi.

K.M. Sen. 1961. Hinduism. Penguin Books.Leslie, A Shepard. 1979. The Encyclopedia of Occultism and

Parapsychology. vol 2. Petroit.Lewis M. Hopfe, 1991, Religion of The World, New York: Mac

Millan Publishing Company.Linton, Ralph. 1936. The Study of Man, an Introduction. New York:

Appleton century.M. Rajantheran & S. Manimaran. 1994. Adat dan Pantang Larang

Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar BaktiM.A Macauliffe. 1990. The Sikh Religion, Its Gurus, Sacred

Writings and Authors. Vol. V, U.K: Oxford Press.Malkiat Singh Lopo-Dhalliwal and Muktiar Kaur Rattran Soudhu.

1971. Some Sikh Cutural and Traditions in Malaysia. Penang: Lapo-Ghur.

Al-Misri, Muhammad Amin. 1986. Sabil al-Da’wah al-Islamiyyah. Kuwait: Dar al-Arqam.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. 1992. Pendekatan Kearah Mengintergrasikan Masyarakat orang Asli dengan Orang-orang Melayu dari sudut Politik dan

Page 201: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 201

Keselamatan Negara. Kertas kerja dibentangkan dalam Kursus Keluarga kembar Melayu berjiran dengan Orang Asli, anjuran bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 17-20 Februari, di I.A.B, Genting Highland.

Major C.H. Buck. 1977. Faith, Fair and Festivals of India. India: Asia Publication Services.

Maktab Perguruan Islam, Bangi. 1993. Etiket Sosial dan Protokol. Edisi 2. Bangi: Maktab Perguruan Islam.

Md. Akhir Haji Yaacub. 1997. Undang-undang Islam dan Kewajipan Melaksanakannya. Kelantan: Pustaka Reka Sdn. Bhd.

Md. Hashim haji Yahya. 1990. Kesenian Dari Sudut Syariah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Mutawalli al-Syaarawi. t.th.. Mukjizat al-Quran. Malaysia: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Jabatan Perdana

Mohd. Nazri Ibrahim, Mohd. Zulkifli Husain & Noraina Norani. 1998. Perspektif Islam di Malaysia. Kebudayaan dan kesenian Islam. Kuala Lumpur: Hizbi Sdn. Bhd.

Mohammad Abd al-Salam. 1983. Falsafah al-Hind (Thaqafah al-Hind). Journal Al-Adyan al-Madhi. March 1983.

Muhammad Hussain Haekal (1987). Sejarah Hidup Muhammad. Terjemahan Ali Audah. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Muhd. Fadli Ismail, 2003. Peranan Masjid. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Muslim, Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj. 1982. Terjemahan Hadis Sahih Muslim. Di terjemahkan oleh Maamur Daud. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang: Klang Book Centre.

Muslim. 1982. Terjemahan Hadis Sahih Muslim. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang: Klang Book Centre.

Muslim, Abu al-Hussein Muslim Ibn al-Hajjaj. t.th. Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi. Mesir: Dar al-Rayyan li al-Thurath.

Mustafa Hj. Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

N. Eliade (ed.) 1987. The Encyclopedia of Religion. vol 12. Macmillan New York.

Nadwi, Bilal Abdul Hayy. 2002. Sawanih Mufakkir al-Islam,Sayyid Shahid Academy, Rae Bareli.

Page 202: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 202

Nadwi, Mohammed Ijthiba’ (Dr). 2001. Abul Hasan ‘Ali al Nadwi, Al Da’yat al hakeem wa al-murabbi al Jaleel, Dar al Qalam, Beirut.

Nadwi, Mohamed Wdhiz Rasheed al Huni. 2005. Adab al Sahwa al Islamiyya, Dar Ibnu Kaseer, Damascus, (Arabic).

____________. 2006. Al Shaikh Abul Hasan al Nadwi Qa’dan wa Haqeeman, Dar ‘Arafat, Raeberlavi, India, (Arabic).

Al-Nawawi. 1956. Riyad al-Salihin. Beirut: Dar al-Ansar.Niharranjan Ray. 1975. The Sikh Gurus and The Sikh Society, a

Study of Social Analysis. New Delhi: Munshiram Manoharlal Publisher Ltd.

Nirbhai Singh, Dr.. 1990, Philosophy of Sikhism (Reality and Its Manifestations), New Delhi: Atlantic Publisher & Distr.

Osman Ayub. 1990. Etika Kerja dan Profesionalisme Islam. Kuala Lumpur: Sabna-Famder Sdn. Bhd.

Penasihat Undang-Undang MDC. 2003. Perintah am/ Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam/ Arahan Perbendaharaan/ Prosedur Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor/ Arahan Perkhidmatan Acara Kewangan/ Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

Pekeliling Perkhidmatan Awam, Bilangan 17, tahun 2001.Perintah-Perintah Am, Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat),

tahun 1973.Perintah-Perintah Am, Bab D (Kelakuan dan Tatatertib), tahun 1980.Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib),

tahun 1993.Pritam Singh Gill. 1979. Concepts of Sikhism. Amritsar: New

Academic Publishing Co.Al-Qardhawi, Yusuf. 1975. Al-Ibadah fi al-Islam. Beirut: Muassisat

al-Risalah.R. Pierce Beaver, Emeritus Professor. 1982. A Lion hand Book, The

World's Religions. Oxford, England: Lion Publishing Plc.Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 1998. Tesis bertajuk: Monoteisme

Dalam Agama Sikh. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Richards, Glyn (ed.) 1985. A Source Book of Modern Hinduism. Curzon Press.

Page 203: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 203

Rokeach, M. 1973. The Nature of Human Values. New York: The Free Press.

Samsudin A. Rahim & Iran Herman. 1996. Remaja dan AIDS: Media, Nilai, Personaliti dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Santrock, J.W. 1996. Adolescence: An Introduction. Sixth Edition. Chicago:: Brown & Benchmark Publishers.

Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan, 1990. Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan Dalam Islam. Kuala Lumpur: INTAN.

Al-Shahrawardi, Abd al-Qahir Abd Allah. 1966. Kitab 'Awarif al-Maarif. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Shaharir Mohamad Zain. 1985. Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Sullami, Abu Abd al-Rahman. 1969. Tabaqat al-Sufiyyah. Ed. Nur al-Din Sharibah: Kaherah: Maktabah al-Khanji.

Sidi Gazalba. 1975. Masjid Pusat Ibadat dan Kebudayaan Islam. Jakarta: Pustaka Antara.

____________.1978. Ilmu Islam I. Kuala Lumpur: Perusahaan Offset Bumikita.

____________. 1979. Ilmu Islam II. Kuala Lumpur: Perusahaan Offset Bumikita.

____________.1980. Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

____________. 1983. Islam dan Perubahan Sosio Budaya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

____________. 1977. Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Sikh Naujawan Sabha Malaysia. 1969. Sikh Naujawan Sabha Malaysia. Negeri Sembilan: Terbitan Sikh Naujawan Sabha Malaysia.

____________. 1969. Ugama Sikh. Negeri Sembilan: Chang Litho Press.

S.P. Sen (ed). 1978. Social Contents of Indian Religious Reform Movements. Institute of Historical Studies. Calcutta.

Stutley, Margaret. 1985. Hinduism. The Aquarian Press. Wellingborough. Northamptonshire.

Page 204: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 204

Sulaiman Noordin. 1993. Muzik dan Nilai Moralnya. Bangi: Penerbit UKM.

Swami Nikhilanda. 1992. The Gospel of Ramakrishna. New York: Ramakrishna- Vivekananda Centre.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Syeikh Abu Bakar al-Jazairi. 1999. Penjelasan Tentang Haramnya Muzik dan Lagu. Terjemahan Rasul Dahari. Kuala Lumpur: Jahabersa.

Tham S.C. 1977. Malays and Modernization. Singapore: Singapore University Press.

Al-Tirmidzi, Muhammad Ibn Isa.1931. Sunan al-Tirmidzi. Kaherah: Maktabah al-Misriyyah.

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2000. Etika dan Tatatertib Akademik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

V.P Hemant Karirtkar. 1989. Hinduism (The Great Epics). U.K: Stanley & Thomas Publ.

Walter Kaufmann. 1972. Critique of Religion and Philosophy. New Jersey: Princeton University Press.

Wan Liz Ozman wan Omar. 1996. Pengurusan Islam Abad ke-21: Revolusi Pengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Warnock, G.J. 1979. Dalam Mills, J.S. Utilitarianism. Disunting oleh Warnock. M. Glasgow: Collins Fount Paperbacks.

_____________. 1981. Cotemporary Moral Philosophy. London: The Macmillan Press Limited.

Whitehead Don. 1956. The FBI Story. New York: Random House.Yagar, Moshe, 1979. Islam and Islamic Institution in British

Malaya. Jurusalem: The Magnes Press.Ziauddin Sardar. 1996. Ensiklopedia Malaysiana. Jilid 4. Kuala

Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.____________. 1986. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 205: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 205

INDEKS

Aagama, 4, 12, 18, 38, 53, 55, 57, 72,

75, 76, 84, 86, 88, 93, 97, 104, 106, 108, 109, 112, 113, 115, 116, 119, 124, 125, 126, 150, 181, 182, 185, 186, 194, 197, 199, 201, 204, 205, 211, 213

Ahsan, 90, 91akhlak, 59, 67, 68, 90, 91, 118, 125,

195, 204Allah, 1, 2, 3, 5, 7, 8, 9, 13, 14, 18,

20, 24, 26, 29, 30, 32, 33, 34, 35, 37, 38, 39, 40, 45, 46, 47, 49, 50, 53, 54, 56, 58, 60, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 76, 78, 79, 87, 89, 90, 115, 116, 117, 119, 122, 123, 129, 130, 132, 133, 136, 137, 139, 140, 141, 142, 145, 146, 179, 180, 181, 184, 185, 186, 187, 188, 189, 190, 191, 205, 216, 222

al-Quran, 3, 7, 14, 23, 29, 79, 89, 115, 116, 117, 118, 119, 120, 121, 123, 124, 129, 141, 186, 189, 191, 216, 219

al-Sunnah, 3, 79, 120, 124al-Wala', 88, 89, 90amanah, 2, 5, 9, 18, 27, 29, 42, 49,

52, 63, 65, 66, 69, 73, 78, 86, 88, 100, 119, 120, 140, 141, 156, 179, 180, 181, 182, 183, 187, 192, 204, 213

Amaran, 176arahan, 6, 13, 17, 26, 30, 31, 32, 43,

50, 88, 119, 139, 157, 168, 184,

185, 186, 199, 205, 206, 207, 208, 209, 210, 211, 212

BBank, 162Barat, 22, 80, 83, 98, 99, 104, 110,

114, 124, 127, 128, 129, 135Berbudi, 191

Ccemerlang, 62, 72, 78, 138, 151, 183,

185, 189

Ddasar, 26, 27, 53, 54, 84, 86, 96, 101,

102, 104, 106, 110, 115, 116, 124, 134, 138, 166, 184

dedikasi, 69Demokrasi, 95, 114, 115, 116, 117,

118, 119, 120, 121, 122, 124, 126, 132

Eekonomi, 12, 55, 56, 59, 67, 82, 83,

96, 98, 99, 100, 101, 102, 103, 104, 105, 107, 116, 117, 118, 125, 128, 133, 143, 144, 147, 148, 149, 150, 205, 206

emolumen, 152, 153, 154, 163, 176, 177

Eropah, 99, 100, 105, 108, 110, 115, 123

Page 206: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 206

Etika, 84, 85, 134, 138, 142, 214, 216, 218, 221, 223

etnik, 85, 111

HHal Ehwal Islam, 81Hukuman, 153, 177

Iibadah, 18, 28, 92, 130, 136, 139idealisme, 111ideologi, 79, 96, 97, 99, 106, 107,

108, 110, 113Ijtimak, 198ikhlas, 59, 140, 183, 184individu, 15, 24, 26, 60, 61, 63, 64,

66, 78, 82, 84, 85, 86, 99, 101, 102, 103, 108, 120, 135, 144, 145, 146, 147, 192, 195

institusi, 80, 95, 100, 104, 106, 119, 133, 150, 155, 163, 179, 194, 195, 197, 201, 212

Islam, 1, 4, 6, 8, 9, 10, 11, 12, 14, 15, 16, 17, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 28, 29, 30, 34, 35, 36, 40, 49, 52, 55, 56, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 76, 79, 81, 82, 83, 84, 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 99, 100, 110, 113, 114, 115, 116, 117, 119, 120, 121, 122, 123, 125, 128, 129, 130, 132, 133, 135, 137, 138, 139, 140, 141, 142, 143, 144, 145, 146, 147, 149, 150, 151, 179, 180, 183, 186, 189, 191, 193, 194, 197, 198, 199, 200, 201, 202, 203, 204, 205, 206, 207, 208, 209, 210, 211, 212, 214, 215, 216, 217, 218, 219, 220, 221, 222, 223

Jjantina, 107, 127, 128

Jawatankuasa, 173, 193, 194, 202, 203, 204, 205, 206, 207, 208, 209, 210, 211, 212, 213, 216

Kkaedah, 79, 80, 115, 117, 130kakitangan, 44, 46, 80, 151, 166,

179, 192Kapitalisme, 98, 99, 100, 124keadilan, 12, 27, 28, 38, 40, 42, 43,

48, 55, 75, 85, 120, 121, 125, 127, 129, 142

keduniaan, 83, 108, 136kefungsian, 84kerja, 9, 11, 16, 47, 50, 66, 76, 77,

80, 83, 85, 87, 88, 91, 92, 93, 96, 102, 134, 135, 137, 138, 139, 140, 141, 142, 145, 153, 154, 165, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 181, 182, 183, 184, 185, 186, 188, 189, 190, 193, 205, 216, 219

kerohanian, 6, 7, 16, 60, 82, 83ketua, 1, 41, 54, 61, 63, 64, 68, 78,

81, 88, 119, 125, 140, 142, 156, 159, 160, 161, 164, 169, 175, 183, 184, 185, 203

keuntungan, 2, 37, 44, 98, 99, 100, 101, 103, 108, 157

kewangan, 28, 43, 46, 55, 56, 57, 125, 133, 150, 152, 161, 162, 163, 165, 166, 197, 209

khalifah, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 32, 33, 34, 35, 36, 56, 58, 60, 61, 71, 75, 76, 114, 115, 116, 117, 118, 119, 120

Komunisme, 96Kristian, 1, 12, 25, 96, 100, 109

LLarangan, 93, 147, 148, 152Liberalisme, 103, 104, 106, 107

MMahkamah, 121

Page 207: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 207

majoroti, 121Malaysia, 17, 81, 127, 155, 193, 194,

197, 200, 202, 212, 214, 218, 219, 221, 222, 223

masjid, 25, 193, 194, 195, 196, 197, 198, 199, 200, 201, 202, 203, 204, 205, 206, 207, 208, 209, 210, 211, 212

Mas'uliah, 87, 88matlamat, 8, 11, 14, 16, 26, 29, 55,

58, 61, 64, 73, 79, 86, 188, 195Mekanisme, 146, 147, 148, 149mesyuarat, 196, 206, 207, 208, 209,

210, 211, 212modal, 99, 102, 147Muhammad, 1, 3, 7, 19, 20, 21, 23,

24, 25, 29, 34, 36, 45, 50, 55, 67, 74, 109, 137, 179, 188, 214, 215, 216, 218, 219, 220, 222, 223

Muslim, 4, 7, 8, 13, 18, 20, 22, 33, 34, 58, 59, 63, 64, 78, 83, 130, 132, 135, 136, 137, 138, 145, 182, 193, 213, 214, 220

NNasionalisme, 110, 111, 113negara, 12, 15, 26, 27, 28, 33, 36, 37,

38, 40, 43, 44, 46, 48, 49, 51, 53, 54, 55, 56, 58, 59, 60, 63, 67, 71, 73, 76, 80, 81, 95, 96, 97, 98, 100, 101, 103, 105, 106, 107, 108, 110, 111, 113, 115, 116, 117, 119, 120, 122, 123, 125, 127, 128, 132, 133, 142, 144, 145, 148, 149, 150, 151, 154, 182, 189, 194, 196, 197, 198, 199, 200, 201

nilai-nilai, 5, 8, 11, 28, 80, 84, 85, 86, 87, 89, 90, 92, 110, 114, 116, 124, 138, 192

Oorganisasi, 64, 68, 69, 74, 80, 81, 82,

85, 88, 89, 94, 98, 99, 110, 134, 135, 138, 140, 142, 151, 166, 179, 180, 186, 187, 192

Ppegawai, 26, 27, 28, 40, 46, 48, 95,

152, 154, 155, 156, 157, 158, 159, 160, 161, 162, 163, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177, 178, 179, 193, 197, 200, 201, 204, 205, 206

pekerjaan, 81, 86, 87, 88, 89, 90, 92, 93, 102, 127, 134, 135, 136, 137, 139, 140, 141, 142, 151, 157, 179, 184, 190

pemimpin, 1, 5, 8, 10, 14, 16, 20, 22, 27, 28, 37, 39, 44, 52, 53, 54, 57, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 76, 77, 78, 88, 117, 118, 119, 120, 121, 124, 125, 130, 132, 134, 140, 141, 142

Pengurusan, 27, 55, 79, 80, 81, 82, 93, 155, 167, 194, 195, 196, 212, 214, 215, 216, 218, 220, 221, 223

pentadbiran, 25, 26, 27, 28, 36, 38, 41, 44, 51, 56, 57, 59, 80, 81, 108, 122, 125, 182, 192, 193, 196, 200, 202, 206, 213

Pentadbiran Awam, 81, 214, 215Peraturan, 121, 151, 154, 175, 179,

191, 221Perkhidmatan, 157, 158, 161, 167,

168, 169, 179, 216, 217, 218, 221permesyuaratan, 118, 121, 122perundangan, 114, 121, 124, 125politik, 36, 58, 96, 103, 104, 105,

106, 108, 109, 111, 114, 116, 117, 119, 122, 124, 125, 126, 127, 128, 132, 133, 134, 149, 150, 152, 166, 167, 168, 194

Prosedur, 153, 221psikologi, 82, 83, 128

Rrakyat, 26, 27, 28, 37, 38, 40, 42, 43,

44, 45, 46, 47, 50, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 67, 69, 71, 76, 82, 95, 97, 98, 104, 107, 108,

Page 208: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 208

111, 114, 115, 116, 118, 120, 121, 123, 126, 144, 146, 148, 201

Rasulullah, 1, 3, 4, 5, 7, 8, 10, 11, 13, 14, 15, 18, 20, 21, 22, 24, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 47, 51, 52, 59, 61, 63, 65, 66, 70, 71, 72, 75, 116, 123, 129, 130, 136, 137, 139, 182

reformasi, 25, 127

SSekularisme, 108, 109Setiausaha, 159, 167, 168, 193, 203,

208, 209, 210Sistem, 72, 81, 99, 100, 101, 116,

122, 143, 144, 154sosial, 2, 41, 55, 64, 68, 77, 82, 83,

84, 85, 86, 95, 96, 98, 106, 107, 108, 116, 117, 125, 126, 127, 148, 150, 194, 195

Sosialisme, 98, 122syura, 10, 17, 20, 58, 59, 115

TTafsiran, 152tanggungjawab, 5, 27, 29, 38, 40, 44,

45, 50, 54, 56, 58, 61, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 71, 72, 78, 95, 125, 130, 150, 179, 181, 182, 183, 193, 206, 213

Tekun, 188Tugas-tugas, 207, 208tujuan, 6, 27, 28, 57, 76, 79, 101,

108, 132, 138, 139, 153, 183, 186, 194, 195

Turun gaji, 176Turun pangkat, 176

Uulamak, 201ummah, 72, 74, 76, 113, 116, 121,

132, 194, 195, 199undang-undang, 28, 35, 48, 76, 81,

89, 93, 95, 101, 104, 105, 106, 108, 109, 114, 115, 116, 121,

122, 123, 132, 149, 150, 151, 152, 155, 164, 168, 169, 171, 179, 185, 192

Wwanita, 1, 18, 35, 53, 68, 70, 127,

129, 130, 132, 133, 171, 206

YYang di-Pertuan Agong, 155

Page 209: Buku Kepimpinan Dan Pengurusan Islam Teori Dan Amalan

Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Perlaksanaan 209