amalan kepimpinan transformasi guru besar dan … · 1.1.3 teori kontigensi teori ini menumpukan...

21
AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN PENGETUA DUA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR. NAZRI BIN MAHMOOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongnhan

Post on 26-Apr-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN PENGETUA

DUA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR.

NAZRI BIN MAHMOOD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya NAZRI BIN MAHMOOD

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salin

untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertuka

antara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarkeselamatan atau kepentingan Malaysia sepyang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RAS1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yangditentukan olehorganisasi/badan di mana penyedijalankan).

TIDAK TERHADDisahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYEAlamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008

CATATAN Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/or

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskanSULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan ProjekMuda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

BATU PAHAT, JOHOR.

(HURUF BESAR)

DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL B. YLot 205, Kg. Jaya Setia,Jalan Pantai Cahaya Bulan,15350 Kota Bharu,Kelantan Darulnaim.

AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR

DAN PENGETUA DUA BUAH SEKOLAH DI DAERAH

aan

an

ran

jahertiMI

telahlidikan

LIA)

ganisasisebagai

idikanSarjana

ASIN

AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN

PENGETUA DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH BATU PAHAT, JOHOR.

NAZRI BIN MAHMOOD

Laporan ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

i

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan :

Nama Penulis : NAZRI BIN MAHMOOD

Tarikh : 4 April 2008

ii

PENGESAHAN

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan :……………………………….

Nama Penyelia :DR.M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh :APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Ditujukan istimewa kepada :

Dr. M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin

Yang sentiasa memberi kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang penyelidikan ini

dijalankan.

Jasa dan tunjuk ajarmu akan kubawa untuk dimanafaatkan pada anak bangsa di

sekolah kelak.

Untuk Bonda

Yang telah banyak berkorban dan sentiasa memberi sokongan dan galakkan.

Isteri dan anak-anak yang tersayang

Isteri, Zarinah Md Saleh dan anak-anak iaitu Nabihah Nadzirah, Nabihah Naqibah,

Nabihah Balqisha dan yang masih dalam kandungan kini berusia lima bulan yang

sentiasa menjadi penyinar harapan dan pendorong yang kuat kepada kejayaan ini.

Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan yang kalian berikan, semoga Tuhan

akan memberkati kehidupan kita ini ke arah yang lebih baik dan lebih cemerlang.

Insya-Allah.

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang setinggi – tingginya dan jutaan

terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. M. Al-Muz-Zammil Bin

Yasin ,kerana didikan, bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyelidikan ini dijalankan. Beliau telah memberikan tunjuk ajar tanpa rasa jemu dan

penuh dedikasi untuk membantu penulis melengkapkan Projek Sarjana Muda dengan

jayanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada isteri serta anak-anak serta ahli

keluarga atas segala sokongan yang diberikan sepanjang saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Doa restu yang mereka iringi amat dihargai dan disanjung tinggi.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada rakan – rakan guru PKPG

yang telah sudi menjadi responden. Kerjasama yang mereka telah berikan

membolehkan Projek Sarjana Muda ini dijalankan dengan lancar.

Terima kasih juga ditujukan kepada rakan seperjuangan saya yang telah

menghulurkan bantuan dan pandangan bernas terhadap perlaksanaan Projek Sarjana

Muda yang dijalankan.Penghargaan jugaditujukan kepada semua individu yang

terlibat sama ada secara tidak langsung dalam menjayakan Projek Penyelidikan ini.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan oleh penyelidik bertujuan untuk mengenalpasti tahap

amalan kepimpinan guru besar dan pengetua di dua buah sekolah di daerah Batu

Pahat.Johor. Kajian ini adalah berdasarkan kepada teori kepimpinan transformasi

yang diasaskan oleh Burns ( 1978 ). Sebanyak empat komponen kepimpinan

transformasi yang dikaji oleh penyelidik iaitu karismatik, pertimbangan

individu,stimulasi intelek dan inspirasi motivasi. Seramai 76 responden daripada dua

buah sekolah di daerah Batu Pahat yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang

digunakan ialah soal selidik dan data mentah yang dikumpulkan telah dianalisis

dengan menggunakan perisian “ Statistical Package of the Social Science” ( SPSS)

,Version 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam

bentuk kekerapan, peratus, min dan anova.

vi

ABSTRACT

The objective of the research was to determine the level of leadership skill

among headmaster and principles in two district school in Batu Pahat, Johor. The

research based on transformational leadership theory proposed by Burns ( 1978

).There use four component of transformational leadership been ( 1 ) charismatic, ( 2

) individual consideration, ( 3 ) intellectual simulation, and ( 4 ) motivational

inspiration. There were 76 respondents involved in the servey. Questionaire was

used as on instrument and the findings was analise using “ Statistical Package of the

Social Science” ( SPSS ), Version 14.0. The raw data wore analise using descriptive

statistic such as frequency, percentage, mean, and anova .

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN i

PENGESAHAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI LAMPIRAN viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Teori Sifat 3

1.1.2 Teori Perilaku 3

1.1.3 Teori Kontigensi 3

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

viii

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi 10

1.9.1 Kepimpinan 10

1.9.2 Transformasi 11

1.9.3 Pengamalan 11

1.9.4 Guru Besar 11

1.9.5 Pengetua 11

1.10 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kepimpinan 16

2.2.1 Fungsi Kepimpinan Sekolah 18

2.3 Kepimpinan Transformasi 19

2.3.1 Komponen Kepimpinan Karismatik 22

2.3.2 Komponen Kepimpinan Pertimbangan

Individu 24

2.3.3 Komponen Kepimpinan Stimulasi

Intelek 25

2.3.4 Komponen Kepimpinan Inspirasi Motivasi 25

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Sampel dan Tempat Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 33

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Analisis Data 35

3.8 Kesimpulan 36

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Instrumen 38

4.3 Analisis Data Bahagian A 38

4.3.1. Jantina Responden 39

4.3.2 Kaum Responden 39

4.3.3 Maklumat Guru Besar atau Pengetua 40

4.4 Analisis Data Bahagian B 40

4.4.1 Komponen kepimpinan karisatik 40

4.4.2 Komponen kepimpinan pertimbangan

Individu 42

x

4.4.2 Komponen kepimpinan stimulasi

Intelek 42

4.4.3 Komponen kepimpinan inspirasi motivasi 43

4.4.4 Tahap amalan empat komponen 45

4.5 Analisis ANOVA 48

4.6 Kesimpulan 58

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan Dapatan dan Perbincangan 60

5.2.1 Persoalan kajian Satu 61

5.2.2 Persoalan kajian kedua 62

5.1.3 Persoalan kajian ketiga 64

5.3 Rumusan Perbincangan 65

5.4 Cadangan Tindakan 67

5.5 Cadangan untuk penyelidik selanjutnya 67

5.6 Penutup 69

RUJUKAN 70-74

LAMPIRAN

Soal selidik

Surat EPRD

Keputusan Analisis

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam menentukan

tahap kecemerlangan atau kejayaan sesuatu organisasi yang dipimpinnya. Para

pemimpin akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama

yang dihadapi oleh para pemimpin ialah bagaimana hendak mempengaruhi individu-

individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang

digubalnya itu. Pemimpin wujud untuk mencipta dan menangani perubahan.

Menurut Bennis dan Nanus (1985 ), mengatakan para pemimpin adalah individu-

individu yang membuat perkara-perkara yang betul sahaja. Dengan kata lain,

pemimpin mementingkan perkara, manakala pengurus pula mementingkan cara.

Guru besar dan pengetua adalah orang yang mempunyai jawatan yang

tertinggi dalam carta organisasi sekolah. Mereka juga bertanggungjawab dalam

memastikan segala objektif dan matlamat pendidikan negara tercapai seperti yang

dipersembahkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru besar atau pengetua yang

berkualiti sudah tentu menjadi teraju utama di sekolah yang cemerlang. Sekolah

memerlukan guru besar dan pengetua yang berpengetahuan tentang pengurusan dan

dapat bertindak dengan fleksibel terhadap cabaran-cabaran dan situasi semasa.

2

Oleh itu, keupayaan dan kebolehan mereka dalam menghadapi dan

menangani situasi ini memerlukan pelbagai alternatif. Menurut Pertubuhan

Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia ( PPPPM ), Institut Aminuddin

Baki , mengatakan bahawa kepimpinan sekolah yang cemerlang, berwibawa, mantap

dan perihatin bertunjangkan kepada adanya penguasaan ilmu, kemahiran dan

kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran tugas.

Antara gaya kepimpinan yang perlu diamalkan dan ditekankan oleh guru

besar dan pengetua di dalam mengorak perubahan yang positif di sekolah ialah

amalan kepimpinan transformasi. Persoalan yang selalu timbul ialah kenapa

sesetengah pemimpin menyemarakkan semangat dan kesetiaan yang begitu tinggi

dan membawa organisasi mereka ke mercu kecemerlangan. Menurut Mohamed

Sulaiman ( 1996 ), mengemukan tiga teori kepimpinan, iaitu:

1.1.1 Teori Sifat

Teori ini berasaskan andaian bahawa kepimpinan mempunyai sifat-sifat

sahsiah, sosial, fizikal, atau intelektual yang berbeza daripada bukan

pemimpin. Senarai ini termasuk kecerdasan, karisma,ketegasan,

ketekunan, kekuatan, keberanian, kejujuran, kesabaran, keyakinan diri,

dan lain-lain. Kepimpinan adalah kebolehan semula jadi seseorang.

1.1.2 Teori Perilaku

Teori ini mengutarakan bahawa perilaku tertentu dapat membezakan

pemimpin dengan bukan pemimpin. Kajian perilaku kepimpinan

mengharapkan penemuan tentang penentu perilaku pemimpin yang berkesan.

Ini bermakna, pemimpin itu boleh dilatih untuk memimpin orang lain.

1.1.3 Teori Kontigensi

Teori ini menumpukan kepada pengaruh persekitaran. Perkaitan antara

gaya kepimpinan dengan keberkesanan didapati tertakluk kepada keadaan

persekitaran, umpamanya struktur tugas yang dijalankan, kualiti

perhubungan pemimpin dan ahli, kedudukkan kuasa pemimpin, kejelasan

3

peranan ahli, norma-norma kumpulan, kedapatan maklumat, sambutan

kepimpinan oleh ahli, dan kedewasaan ahli.

Oleh itu, guru besar atau pengetua perlu peka dan perihatin dengan cara atau

kaedah amalan kepimpinan mereka sama ada mampu atau tidak untuk memberi

impak kepada perubahan positif di sekolah dan menghadapi sebarang isu yang timbul

di dalam bidang pendidikan masa kini. Antara gaya kepimpianan yang perlu

diutamakan dan ingin diketengahkan oleh penyelidik adalah kepimpinan

transformasi.

Menurut Burns ( 1978 ), dalam Ainon dan Abdullah ( 2003 ), kepimpinan

yang dikemukan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar seperti

Bernard Bass ( 1990 ), mengatakan seseorang pemimpin itu telah mengamalkan

gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu

yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kepada

mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela

sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasinya.

Perubahan sikap itu tercipta apabila pemimpin berjaya mendorong individu-

individu yang dipimpinnya supaya mempunyai komitmen, bersikap prihatin dan turut

melibatkan diri dalam organisasinya. Dengan itu, pemimpin memberikan kebebasan

dan kemudahan-kemudahan yang mereka perlukan dan dengan cara ini individu-

individu yang mereka pimpin itu akan menggunakan inisiatif mereka sendiri untuk

berfikir dan bertindak tanpa mana-mana arahan daripada pemimpin di atas.

Manakala menurut Burns(1978 ), dalam Ainon dan Abdullah (2003 ) lagi,

pemimpin-pemimpin transformasi berjaya mengubah sikap dan nilai individu-

individu yang mereka pimpin disebabkan mereka berjaya memberi kesedaran-

kesedaran baru kepada individu-individu yang mereka pimpin itu. Pemimpin

transformasi mengajak mereka yang dipimpinnya supaya memerjuangkan nilai-nilai

yang lebih murni dan mulia seperti nilai-nilai keadilan sosial, kesejahteraan hidup,

kemerdekaan jiwa, keamanan dan kemanusiaan, dan dengan yang demikian mereka

4

yang dipimpin itu akan terdorong melupakan nilai-nilai yang lebih rendah seperti

kepentingan diri sendiri, nasfu tamak, cemburu, benci serta dendam.

Menurut Burns lagi, kepimpinan transformasi bermula daripada kepimpinann

transaksi. Kepimpinan jenis ini digunakan apabila pemimpin menggunakan kuasa

yang ada untuk mendorong orang yang dipimpinnya melaksanakan arahan-arahan

yang diberikan dan ganjaran akan diberikan seperti pengiktirafan, kenaikan pangkat,

dan sebagainya jika mereka berjaya melakukan kerja-kerja dengan sempurna.

Transaksi bermaksud pertukaran atau bertukar-tukaran oleh itu pemimpin-pemimpin

yang menggunakan gaya kepimpinan transaksi percaya bahawa mereka boleh

mendorong orang supaya melakukan apa yang diarahkan dengan cara saling

bertukaran antara kerja dengan upah, ganjaran, dan sebagainya. Pertukaran

transformasi bermakna perubahan atau mengubah sesuatu keadaan kepada bentuk

lain, oleh itu pemimpi-pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi

percaya mereka boleh mendorong orang lain mengubah nilai dan sikap terhadap

perjuangan.

Manalaka menurut Bernard Bass ( 1990 ), dalam Ainon dan Abdullah ( 2003

), mendapati pemimpin-pemimpin transfomasi muncul oleh kehadiran tiga faktor.

Pertama ialah wujudnya peribadi seseorang pemimpin yang memiliki karisma.

Kedua, pemimpin itu memiliki sikap yang prihatin kepada individu-individu yang

mereka pimpin. Ketiga, pemimpin itu berupaya merangsang minda individu-

individu yang mereka pimpin, di mana pemimpin itu merupakan seorang yang

bersifat intelektual. Seterusnya Bass mengatakan pemimpin yang berkarisma ialah

pemimpin yang mempunyai visi dan misi serta berwawasan.

Dalam konteks sekolah, guru besar atau pengetua merupakan individu yang

penting dan berpengaruh serta mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan

suasana pembelajaran, tahap profesionalisme, perhubungan antara kakitangan dan

tahap keperihatinan mereka terhadap perubahan suasana yang berlaku di sekolah dan

persekitaran

5

1.1 Latar belakang Masalah

Pengetua atau guru besar sebagai pemimpin yang mengurus sekolah agar dapat

mengatur strategi berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan Pendidikan

dan seterusnya selari dengan strategi yang ada di dalam cabaran Wawasan 2020.

Sesebuah sekolah memerlukan guru besar atau pengetua yang berpengetahuan

tentang pengurusan sekolah dan dapat bertindak dengan fleksibel terhadap cabaran-

cabaran dan situasi semasa.

Kepimpinan sekolah yang cemerlang, berwibawa, mantap dan prihatin

bertunjangkan kepada adanya penguasaan ilmu, kemahiran dan kebolehan

menyesuaikan diri dengan persekitaran tugas mereka. Kepimpinan pendidikan

khususnya di peringkat sekolah sering mengalami tekanan semasa menjalankan

tugas. Pelbagai masalah meliputi sikap warga pendidik, staf sokongan, masyarakat

setempat dan ibu bapa murid yang pelbagai ragam mendorong kepimpinan sekolah

untuk bertindak agresif dan seterusnya mencetuskan reaksi negatif terhadap instituís

pendidikan di Malaysia. Oleh itu, menurut Zaidatol Akmaliah ( 1993 ), mengatakan

kecemerlangan sesebuah sekolah memang tidak lari daripada kepimpinan guru.

Pemimpin yang baik dapat membantu para pekerja melalui peranan-peranan seperti

memberi kepuasan kerja, menyelesaikan masalah, memuji, mengkritik, memberi

tunjuk ajar serta sokongan moral dan seterusnya menentukan kriteria untuk

mendorong ke arah pencapaian matlamat organisasinya.

Di dalam pengurusan dan pertadbiran sekolah, guru besar atau pengetua

memainkan peranan penting bagi memastikan segala perkara dapat dilakukan secara

bersistematik dan berkesan. Menurut Bernard Bass (1985 ), dalam Ainon Mohd

dan Abdullah Hassan ( 2003 ), dan James ( 2006 ), dalam ‘ Inclusive leadership’,

yang menekankan kepada empat komponen kepimpinan transformasi iaitu ,

karismatik, stimulasi intelek, pertimbangan individu , dan inspirasi motivasi. Kajian

ini hanya mengkaji beberapa ciri-ciri kepimpinan transformasi secara umum seperti

peluang-peluang di dalam mengambil risiko, mengenalpasti pencapaian ahli-ahli, dan

perkongsian di dalam kumpulannya.

6

Manakala menurut Mohamed Sulaiman ( 1996 ), dalam Siri Syarahan

Perlantikan Profesor 1995/ Bil.5. menyatakan perkara yang utama diharapkan

daripada pemimpin ahli wawasan dan misinya yang realistik dan menarik, kreativiti

yang membawa idea baru dan budaya yang menguatkan semangat dengan

menyalurkan tenaga. Budaya juga berkait dengan nilai-nilai murni dan prinsip

hidup. Oleh itu, pemimpin harus peka kepada persekitaran luar, terutamanya

pelanggan, pembekal, pesaing dan pemerintah.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati kajian ini perlu lebih

diperluaskan lagi dengan mengkaji tahap pengalaman kepimpinan transformasi di

kalangan guru besar atau pengetua sekolah. Ini kerana jika tanpa kepimpinan yang

cemerlang, segala masalah mengenai pengurusan dan pentadbiran yang meliputi para

staff sekolah, para guru dan para pelajar akan terus berlanjutan dan tidak dapat

diatasi seperti masalah disiplin, tekanan yang dialami oleh para guru dan sebagainya.

1.2 Pernyataan Masalah

Kepimpinan yang cemerlang daripada guru besar dan pengetua sangat

diperlukan di dalam mentadbir sekolah. Beliau bukan sahaja bertanggungjawab

terhadap pengurusan sekolah malah kepada para guru dan para pelajar.

Keberkesanan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada tahap dan gaya

kepimpinan pengetua atau guru besar yang diamalkan. Gaya kepimpinan yang ingin

ditekankan di sini ialah kepimpinan transformasi. Kepimpinan transformasi yang

diamalkan oleh guru besar dan pengetua boleh mendorong guru-guru mengubah nilai

dan sikap mereka supaya mempunyai komitmen terhadap misi dan visi pendidikan.

7

1.3 Objektif Kajian

Objektif-objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah :

1. Mengenalpasti tahap amalan empat komponen kepimpinan transformasi

iaitu karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi motivasi

bagi guru besar dan pengetua di dua buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru berdasarkan

jantina terhadap tahap amalan empat komponen kepimpinan transformasi guru

besar dan pengetua di dua buah sekolah di Batu Pahat, Johor.

3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru berdasarkan

kaum terhadap tahap amalan empat komponen kepimpinan transformasi guru

besar dan pengetua di dua buah sekolah di Batu Pahat, Johor.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan bagi mencapai objektif kajian

seperti yang dinyatakan adalah seperti berikut :

1 Apakah tahap amalan empat komponen kepimpinan transformasi iaitu

karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi motivasi

bagi guru besar di dua buah sekolah di Batu Pahat.

2 Adakah terdapat perbezaan persepsi guru ( responden ) berdasarkan jantina

terhadap tahap amalan empat komponen kepimpinan transformasi guru besar

di dua buah sekolah di Batu Pahat.

8

3 Adakah terdapat perbezaan persepsi guru berdasarkan kaum terhadap tahap

amalan empat komponen kepimpinan transformasi guru besar di dua buah

sekolah di Batu Pahat.

1.6 Hipotesis Kajian

Terdapat 10 hipotesis nol yang dibuat berdasarkan kepada objektif kajian iaitu ;

Hol : Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berdasarkan jantina

guru-guru terhadap tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar atau

pengetua.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berdasarkan jantina

guru-guru terhadap amalan komponen kepimpinan karismatik guru besar

atau pengetua..

Ho3: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berdasarkan jantina

guru-guru terhadap tahap amalan komponen kepimpinan pertimbangan

individu guru besar atau pengetua..

Ho4: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berdasarkan jantina

guru-guru terhadap tahap amalan komponen kepimpinan stimulasi intelek

guru besar atau pengetua.

Ho5: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan berdasarkan jantina

guru-guru terhadap tahap amalan komponen kepimpinan inspirasi

motivasi guru besar atau pengetua.