online tamadun arab sebelum kedatangan islam

22
PENDAHULUAN Pada zaman ini, bangsa Arab telah jatuh ke tahap yang rendah. Mereka tenggelam dengan arak, perjudian dan penyembahan berhala. Anak-anak perempuan dianggap barangan yang memalukan dan mereka menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup kerana takut mendapat malu.Wanita dalam masyarakat Arab pada ketika ini menjadi barangan yang boleh diwarisi seperti mana mereka mewarisi wang atau binatang ternakan. Seorang lelaki boleh mengahwini ramai wanita tanpa had, dan kadang kala mereka membunuh anak-anak sendiri kerana takut mereka akan menyebabkan kepapaan. Mereka juga mengkhususkan makanan tertentu untuk diri mereka dan melarang isteri-isteri dan anak-anak mereka memakannya.Perhambaan dan pengkhianatan adalah perkara biasa dalam masyarakat ini. Feudalisma kesukuan menjadi perkara biasa, dan pertempuran- pertempuran besar dilancarkan hanya disebabkan oleh perkara- perkara yang remeh seperti keputusan lumba kuda. Selama beberapa abad, rumah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail di Mekah (Kaabah) telah dijadikan tempat berhala dan penyembahan berhala mereka. Ketika Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan, terdapat 360 berhala yang telah dibina dan diletakkan di dalam dan di sekeliling Kaabah. Namun, suku-suku kaum di kawasan berdekatan telah menyelewengkan amalan haji yang diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim kepada amalan penyembahan berhala di mana mereka berlari di sekeliling berhala-berhala ini dalam keadaan bertelanjang sambil bersiul dan bertepuk tangan. Penyembah-penyembah berhala 1

Upload: soon-chang

Post on 05-Feb-2016

276 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Titas

TRANSCRIPT

Page 1: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

PENDAHULUAN

Pada zaman ini, bangsa Arab telah jatuh ke tahap yang rendah. Mereka tenggelam dengan

arak, perjudian dan penyembahan berhala. Anak-anak perempuan dianggap barangan yang

memalukan dan mereka menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup kerana takut mendapat

malu.Wanita dalam masyarakat Arab pada ketika ini menjadi barangan yang boleh diwarisi

seperti mana mereka mewarisi wang atau binatang ternakan. Seorang lelaki boleh mengahwini

ramai wanita tanpa had, dan kadang kala mereka membunuh anak-anak sendiri kerana takut

mereka akan menyebabkan kepapaan. Mereka juga mengkhususkan makanan tertentu untuk diri

mereka dan melarang isteri-isteri dan anak-anak mereka memakannya.Perhambaan dan

pengkhianatan adalah perkara biasa dalam masyarakat ini. Feudalisma kesukuan menjadi perkara

biasa, dan pertempuran-pertempuran besar dilancarkan hanya disebabkan oleh perkara-perkara

yang remeh seperti keputusan lumba kuda. Selama beberapa abad, rumah yang dibina oleh Nabi

Ibrahim dan anaknya Ismail di Mekah (Kaabah) telah dijadikan tempat berhala dan

penyembahan berhala mereka. Ketika Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan, terdapat 360 berhala

yang telah dibina dan diletakkan di dalam dan di sekeliling Kaabah. Namun, suku-suku kaum di

kawasan berdekatan telah menyelewengkan amalan haji yang diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim

kepada amalan penyembahan berhala di mana mereka berlari di sekeliling berhala-berhala ini

dalam keadaan bertelanjang sambil bersiul dan bertepuk tangan. Penyembah-penyembah berhala

Arab percaya akan Tuhan, tetapi mereka menganggapnya sebagai Tuhan "Tertinggi" dan perlu

diwujudkan tuhan-tuhan "perantaraan" (berhala-berhala) yang bertindak sebagai orang tengah di

antara mereka dengan Tuhan/Allah.

Agama sememangnya sangat penting dalam pembangunan manusia. Tidak hanya relevan

dalam kehidupan kerohanian(spiritually) sahaja. Agama mempunyai peranan yang menyeluruh

dalam kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Amat ketara bezanya bagi orang

yang berpegang dengan agama dengan yang hanya menggunakan akal fikiran semata-mata.

Sebagai contoh masyarakat Arab sebelum dan sesudah Islam. Sebelum kedatangan Islam,

masyarakat Arab ketika itu yang lebih dikenali sebagai masyarakat jahilliah hidup dalam

keadaan berpuak-puak dan saling bermusuhan. Hidup mereka seharian hanya diuruskan dengan

1

Page 2: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

kehendak hati dan akal fikiran semata-mata. Dan mereka tidak membangun sehinggalah

kedatangan Islam yang dibawa oleh utusan Allah yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.

Tamadun Islam kemudiannya wujud dan membangun dengan berasaskan dan

berpandukan agama Islam. Sesungguhnya agama sangat penting dan merupakan asas kepada

pembangunan manusia. Dengan Agama berkembanglah ilmu keduniaan yang lain seperti ilmu

sains, matematik, sejarah dan sebagainya. Dengan ilmu ini manusia menggunakannya untuk

berkembang maju. Bermaksud pembangunan manusia hari ini adalah berasaskan agama dan

bukannya berdasarkan akal fikiran semata-mata. Jelas bahawa agama adalah asas kepada

pembangunan manusia dan tanpa agama maka pincanglah kehidupan manusia. Mungkin bukan

pincang dari segi pembangunan yang ada sekarang, tapi mungkin akan pincang dari segi akidah,

akhlak, moraliti, kerohanian, dan kepercayaan yang semua ini boleh membawa manusia ke alam

jahilliah semula.

CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

i. Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi

(desa) dan Hadari (kota). Masyarakat Badwi biasanya tinggal di bahagian tengah

Semenanjung Tanah Arab dan kurang berhubung dengan masyarakat luar. Mereka

hidup berpindah-randah kerana memerlukan tempat yang subur untuk pertanian dan

ternakan.

Masyarakat Arab Hadari pula biasanya tinggal di kawasan pantai yang terdapat

bandar-bandar.Mereka menetap di sesuatu tempat sehingga dapat membina tamadun

yang tinggi. Selain itu, mereka turut mahir dalam bidang perniagaan. Dalam

masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:

Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.

Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.

Golongan hamba.

2

Page 3: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

Wanita.

Masyarakat awam dan rakyat biasa

MASYARAKAT DI MAKKAH

KAUM QURAISY

Perkataan Quraisy berasal daripada kata dasar “taqarrasya” yang bermaksud penyatuan. Hal ini

disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaun Quraisy di Mekah. Kabilah Quraisy in

diasaskan oleh Qusai bn Qilab yang merupakan datuk keempat ANbi Muhammad. Kota Mekah

dahulunya dikuasai oleh kaum Khuzaah sebelum Qusai dan tenteranya menawan Kota Mekah

pada tahun 440 Masihi. Masyarakat Quraisy ini terbahagi kepada dua golongan pada zaman

Qusai bin kilab, iaitu:

o Golongan pertama ialah Quraisy al-Bitah yang merupakan golongan hadhari.

Golongan ini menetap di tengah-tengah kota Mekah. Mereka terkenal dalam bidang

pentadbiran, poitik dan perdagangan.

o Golongan kedua ialah Quraisy al-Zawahir yang mendiami kawasan luar kota Mekah.

Mereka menjalani kehidupan sebagai orang Badwi dan terkenal dalam bidang

ketenteraan. Tugas mereka juga ialah mengawal kota Mekah daripada serangan

musuh.

Pada mulanya, kaum Quraisy dapat disatukan oleh Qusai, namun lama-kelamaanmereka

berpecah dan berpegang sesame sendiri. Perpecahan ini berpunca daripada perebutan kuasa

antara anak Qusai iaitu Abd. Al-Dar dengan Abd Manaf. Kedua-duanya mempunyai penyokong

sendiri sehingga mucul dua golongan yang bertentangan. Setelah itu, mereka berpecah kepada

puak-puakyang lebih kecil yang mempunyai kepentingan sendiri. Puak-puak Quraisy yang

masyhur dan melahirkan tokoh masing-masing berasal daripada Bani Hasyim (Nabi Muhammad

S.A.W.), Bani Umaiyah (Muawiyah bin Abi Sufyan), Bani Makhzum (Khlaid bin al-Walid),

Bani Taym (Khalfah Abu Bakar al-Siddiq) dan Bani Adi (Khalifah Umar bin al-Khattab).

3

Page 4: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

MASYARAKAT DI MADINAH

Asal-usul Kaum Arab

Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab

Utara dan telah berasimlasi dengan Arab Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi

kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali juga sebagai Bani Qailah.

Kaum Aus dan Khazraj berpindah ke Madinah (Yathrib) berikutan pecahnya Empangan Ma’rib

kira-kira 300 tahun sebelum kedatangan Islam.

o Suku Aus dan Khazraj

Mereka tinggal di pinggir kota dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam sehingga mereka

menhadi maju dan kuat. Mereka akhirnya Berjaya menguasai ota Madinah yang diperinah

Yahudi. Pihak yahudi tidak sennag dengan perkara tersebut dan melagakan kaum Aus dan

Khazraj sehingga mengakibatkan berlaku perang Bu’ath pada tahun 619 Masihi. Perang Bu’ath

telah dimenangi oleh kaum Aus yang dibantu oleh kaum Yahudi.

i. Suku Aus

Jumlah suku Aus adalah lebih kecil daripada Khazraj dan kurang berpengaruh.

Dalam suku Aus terdapat bani Abd al-Asyhal dan Bani ‘Amru bin ‘Auf. Sebelum

Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunya ilmu

ketuhanan dan kenabian yan ebih tinggi berbanding dengan Quraisy kerana

pergaulan mereka dengan Yahudi. Kaum Yahudi membantu suku Aus kerana

bilangan suku Khazraj ramai dan mampu mengancam kedudukan Yahudi.

ii. Suku Khazraj

Jumlah suku Khazraj adalah lebih besar dan pengaruhnya juga besar jika

dibandingkan dengan suku Aus. Mereka lebih awal memeluk agama Islam, yakni

sebelum peristiwa Hijrah lagi. Dalam suku Khazraj, terdapat bani al-Najjar, Bani

Zurayq, Bani Salim bin ‘Auf, Bani Slaimah, Bani Sawad, Bani Saidah, Bani al-

4

Page 5: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

Harith dan Bani al-Qawaqilah. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam,

mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunya ilmu ketuhanan dan

kenabian yang lebih tinggi jika dibandngkan dengan kaum Quraisy. Oleh itu,

kaum Khazraj lebih dicurigai dan dimusuhi oleh kaum Yahudi disebabkan

jumlahnya yang ramai menyebabkan kaum Yahudi takut kerana mereka mampu

mengancam dalam aktivit perniagaan dan perdagangan.

Asal-usul Yahudi

Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di madinah berasal dari Palestin.

Kedatang mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di selata Palestin.

Kaum Yahudi mementingkan diri sendiri, tamak kuasa dan menganggap diri mereka

pilihan Tuhan. Mereka tidak berminat mengembangkan agama mereka menyebabkan

agama itu tidak berkembang di Madinah. Suku yang paling terkenal dan masyhur ialah

Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.

o Bani Qainuqa’

Bani ini merupakan bani yang mula-mula tiba di Madinah dan mempunya

pengaruh yang kuat. Mereka mendirikan tempat kediaman di Wadi Buthan.

Mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Kebanyakan mereka

kaya dan hidup dalam kemewahan. Mereka merupakan golongan peniaga yang

mengamalkan bunga (faedah) dalam urusan jual beli. Mereka juga mempunyai

kebun-kebun buah anggur dan kurma. Bani ini mempunyai angkatan tentera yang

kuat untuk menyerang musuh.

o Bani Nadhir

Bani Nadhir merupakan puak kedua kaum Yahudi yang mendiami Madinah.

Mereka melarikan diri dari Palestin ekoran penndasan tentera Rom yang

menganut agama kristian. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi yang

tulen. Hal ini kerana, mereka membuka penempatan yang berasingan dengan

5

Page 6: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

orang Arab dan bertutur mengikut loghat dan bahasa mereka sendiri. Mereka juga

terlibat dalam aktiviti pertukangan, pertanian, dan perniagaan. Kawasan pertanian

mereka terletak di wadi yang mengarah ke selatan Kota Madinah.

o Bani Quraizah

Bani ini dikenali juga sebagai Dalih. Suku ini terbahagi kepada dua golongan

ialaitu Bani Ka’ab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di

bahagian selatan berhampiran Wadi Mahzur. Mereka menjalankan aktiviti

pertanian dan kehidupannya agak mewah berbanding suku-suku yang lain.

Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.

ii. Aspek agama dan kepercayaan

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang

diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi

(agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri. Terdapat pelbagai agama dan

kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan

Hanif, Berhala, Animisme, dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya

pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang

dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.

Agama Hanif

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar ‘Hunafa’.

Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah

sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin

Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Agama Yahudi

Agama Yahudi adalah agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum

kedatangan Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci,

6

Page 7: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah

kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik

kerana menduakan Allah.

Agama Nasrani

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut.

Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut

agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani

dikenali dengan gelaran ahli kitab.

Agama Wathani

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah

berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya

berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan

sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular

ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

Agama Majusi

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah

matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu

hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan

perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

Agama penyembahan Cakarawala

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua

cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7

Page 8: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

Agama Animisme

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya

air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai

tempat kediaman tuhan yang jahat.

Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme )

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk

makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan

Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

Penyembahan Tuhan Padang Pasir

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang

pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu

malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

Kepercayaan tahyul

Kepercayaan tangkal azimat

Roh orang mati menjadi burung.

Percaya kepada ahli nujum.

Percaya kepada ahli sihir.

Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri

membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.

Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.

Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami

dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.

Membuat keputusan melalui anak panah.

8

Page 9: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

iii. Kegiatan Ekonomi

Berbanding dengan golongan Badawi, nampaknya sistem ekonomi golongan

Hadari Iebih sofistikated. Sebagai orang kota, kebanyakan mereka adalah kaum

pedagang, iaitu secara kafilah (caravan). Menurut Al-Tabary, besarnya kafilah ini

sering mencapai 500 atau 1000 ekor unta.

Kafilah-kafilah ini keluar dengan perlengkapan, persediaan dan kewaspadaan

yang besar, didahului oleh pengintip-pengintip yang Iebih dahulu menyelidiki

keadaan-keadaan di jalan, disertai oleh penunjuk-penunjuk jalan dan pengawal-

pengawalnya yang menjaga keamanan kafilah-kafilah.

Mulanya perdagangan ini dipegang oleh orang-orang Yaman yang memasarkan

hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar, India lalu membawanya ke Sham dan ke Mesir.

Tetapi sejak abad ke-6 M., kedudukan mereka diambil alih oleh orang-orang Hejaz

yang menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan yang baru. Sebab utamanya

ialah kerana Yaman dijajah oleh Habshah dan kemudiannya Parsi, hingga perniagaan

di laut dikuasai oleh mereka, sedang pemiagaan di darat berpindah ke tangan

penduduk Makkah. Pedagang-pedagang Hejaz itu membeli barang-barang dari

Yaman dan Habshah, kemudian dijual di pasar-pasar Sham dan Mesir. Bagaimanapun

Makkah juga mempunyai hasil-hasilnya sendiri untuk diperdagangkan, iaitu berupa

berhala-berhala yang dijual ketika musim Haji.

Selain dari usaha perdagangan, penduduk kota juga menjalankan kegiatan

pertanian. Di Yaman misalnya, kegiatan pertanian merupakan aspek terpenting di

dalam kegiatan ekonomi mereka, hingga dengan merosotnya pertanian, maka

merosotlah pula kerajaan Yaman itu sendiri. Nampaknya penduduk-penduduk di

Yaman juga terlibat dalam kegiatan pertukangan.

9

Page 10: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

Adapun bagi golongan Badawi, mereka hanya menyandarkan kepada hasil

temakannya, seperti unta, kambing, kuda atau biri-biri. Mereka memakan daging

haiwan itu setelah dipekerjakannya, mereka meminum susunya serta membuat

pakaian dari kulitnya, juga membuat khemah-khemah dari kulitnya. Dan jika sangat

terdesak, ditangkapnya binatang-binatang seperti biawak dan tupai.

Nampaknya orang-orang Badawi juga mengenal sistem tukar-menukar (barter),

iaitu dengan cara menukarkan ternak atau hasil-hasil ternaknya dengan barang-barang

keperluan mereka, seumpama pakaian atau kurma.

Bagaimanapun sebagai golongan yang serba terdesak kehidupannya, salah satu

sumber ekonomi mereka ialah merampas dan merompak. Mereka menyerang suku-

suku yang dimusuhinya, serta merampas ternakan orang, wanita atau anak-anak. Dan

suku yang menjadi mangsanya ini sentiasa pula mencari kesempatan untuk

menyerang balas. Semuanya itu adalah manifestasi dart sifat ‘al-Ghazw’ akibat

suasana sekeliling yang serba mencabar.

Dengan suasana yang serba terhimpit ini, tidak hairanlah jika orang-orang Badawi

tidak dapat menetap di sesuatu tempat, sebaliknya mereka terpaksa mengembara dan

berpindah-randah (nomad). Ini berlaku bukan sahaja untuk mencari air dan rumput

bagi ternakan mereka, bahkan juga untuk menyelamatkan diri dari serangan suku-

suku lain ataupun dari timbunan pasir-pasir yang sering mengganas.

iv. Kehidupan Sosial

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan undang-undang adat yang diwarisi daripada

nenek moyang terdahulu.

10

Page 11: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

Mereka mengamalkan sistem perhambaan dalam kehidupan seharian. Golongan

hamba tidak boleh memiliki harta dan segala hasil yang mereka usahakan hanya untuk

kepentingan tuan mereka.

Kedudukan wanita :

Kedudukan wanita pada Zaman Jahiliah amatlah rendah.

Sesetengah kabilah mengamalkan amalan menanam anak perempuan sebaik

sahaja bayi itu dilahirkan.Mereka menganggap anak perempuan boleh memberi

sial,malu atau papa kepada keluarga.

Kaum bapa daripada Bani Tamim berbangga dengan tindakan membunuh bayi

perempuan mereka. Selain daripada bayi yang baru lahir ditanam hidup-hidup,

kanak-kanak perempuan yang mencapai umur lima atau enam tahun juga ditanam

hidup-hidup.

Kedudukan balu atau janda. Apabila seorang lelaki meninggal dunia, balu atau

jandanya boleh diperisterikan oleh saudara lelaki yang terdekat. Anak lelaki juga boleh

mengambil ibu tirinya sebagai isteri.

Poligami dan perceraian. Tiada peraturan yang menetukan cara-cara berkahwin dan

bercerai. Seorang lelaki boleh berkahwin seramai mana yang disukainya dan

menceraikan isteri-isteri mereka sesuka hati. 

v. Kegiatan Politik

Sistem politik masyarakat Badwi adalah berasaskan qabilah, di mana beberapa

kumpulan keluarga membentuk khemah-khemah yang merupakan sebuah Hayy.

Kumpulan Hayy-Hayy ini membentuk kaum, dan beberapa kaum ini mewakili suatu

qabilah dengan ketuanya sendiri yang digelar ‘Syeikh Qabilah’.

Syeikh dipilih daripada ahli kelompoknya dengan persetujuan ramai. Pemilihan

syeikh berdasarkan pemikiran yang bijaksana, bersifat berani, gagah, dan pandai

11

Page 12: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

berpidato. Malah ia haruslah juga seorang hartawan yang sudah berumur. Jawatan Syeikh

ini biasanya dapat diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada dirinya terdapat

kebolehan yang setanding kalau tidak pun melebihi bapanya. Peranan dan tugas

syeikh ialah:

Menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan.

Menjatuhkan hukuman tertentu kepada pesalah setelah dipersetujui oleh ahli

kumpulan.

Melayan tetamu yang hadir di kawasan atau kampung mereka.

Memberi perlindungan kepada kawan atau musuh.

Mengisytiharkan peperangan kepada musuh mereka.

Kesan daripada amalan sistem kabilah ini telah wujud semangat assabiah (kesukuan)

dalam kalangan bangsa Arab. Mereka hidup dengan mementingkan kabilah sendiri

sahaja tanpa mempedulikan di luar kelompok mereka. Kemunculan semangat assabiah

turut berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana kehidupan mereka yang panas

dan kering-kontang. Untuk meneruskan kehidupan, mereka mengatasi masalah secara

bersama dengan sifat kesukuan yang menebal. Mereka sanggup menyerang kabilah lain

atas sebab yang kecil dan remeh.

Contohnya, peperangan al-Basus berlanjutan selama 40 tahun antara Bani Taghlib

dengan Bani Bakar berpunca daripada pembunuhan seorang Bani Taghlib oleh seorang

ahli Bani Bakar.

vi. Ilmu Pengetahuan

Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan

mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak

mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain

keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya

12

Page 13: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui

pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya

melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti

ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan

berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap

saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk

menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat

ketara di kalangan mereka.

vii. Akhlak

Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu

musuh mereka, mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung

manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat

dengki dan dendam terhadap suku kaum  lain  yang lebih kuat sering mencetuskan

pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa – apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja

secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang

diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian

yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.

Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan

hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan

diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang

bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana

yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih

mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

13

Page 14: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas,terdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan

oleh masyarakat arab jahiliah bertentangan dengan agama islam. Agama-agama samawi yang

pada asalnya merupakan agama yang benar yang dibawa melalui perutusan para Nabi dan rasul

telah pun diselewengkan mengikut hawa nafsu mereka. Gambaran kehidupan masyarakat arab

jahiliah menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas tetapi menurut hawa

nafsu semata-mata. Selepas kedatangan islam,semua agama dan kepercayaan karut yang

diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah dihapuskan dan digantikan dengan kepercayaan dan

amalan yang mentauhidkan Allah berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.

14

Page 15: Online Tamadun Arab Sebelum Kedatangan Islam

RUJUKAN

Internet

Struktur Masyarakat Jahiliah, http://semekarcintaku.blogspot.com/2013/01/struktur-masyarakat-

jahiliah.html

Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliah, http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/03/kehidupan-

masyarakat-arab-jahiliah.html

Aus dan Khazraj, http://diserambibuku.blogspot.com/2009/10/aus-dan-khazraj-asal-usul-kaum-

arab.html

Kepercayaan Masyarakat Arab, http://blogsejarah940.blogspot.com/2012/01/kepercayaan-

masyarakat-arab.html

Ciri-Ciri Sosio-Ekonomi Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliyah, http://koki-forshort.blogspot.com/2013/05/ciri-ciri-sosio-ekonomi-masyarakat-arab.html

15