teori kedatangan islam

32
PENDAHULUAN Perkataan ‘nusantara’ adalah berasal daripada dua perkataan bahasa Jawakuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Indonesia yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah nusantara merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan. Daerah Papua New Guinea tidak terlibat dalam lingkungan ini. Maka istilah yang berpadanan untuk ‘nusantara’ dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah kepulauan di antara. Alam Melayu ini secara tidak langsung kita pasti akan merujuk kepada orang-orang melayu yang pada masa sebelum kedatangan Islam, mereka dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan mengamalkan animisme. 1

Upload: masliza-masri

Post on 26-Nov-2015

478 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TEORI KEDATANGAN ISLAM

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Perkataan nusantara adalah berasal daripada dua perkataan bahasa Jawakuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Indonesia yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah nusantara merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan. Daerah Papua New Guinea tidak terlibat dalam lingkungan ini.

Maka istilah yang berpadanan untuk nusantara dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah kepulauan di antara. Alam Melayu ini secara tidak langsung kita pasti akan merujuk kepada orang-orang melayu yang pada masa sebelum kedatangan Islam, mereka dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan mengamalkan animisme.KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Perkembangan Islam ke Alam Melayu adalah begitu unik dan istimewa sekali kerana tidak ada langsung unsur peperangan ataupun kekerasan. Ianya masuk ke Alam Melayu dengan cara aman dan perkembangannya agak cepat. Terdapat beberapa faktor, mengapa nusantara ini menjadi perkembangan Islam yang istimewa. Ini adalah kerana kedudukannya yang strategik iaitu berada di tengah-tengah perjalanan Timur dan Barat. Ianya juga dihubungai dengan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan. Kedudukan ini penting kerana merupakan laluan pedagang-pedagang asing khususnya dari Negara Arab, Cina dan India.

Selain itu juga, keadaan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut juga merupakan arah angin yang sesuai untuk para pedagang belayar sehingga pelabuhan di Selat Melaka yang menjadi tumpuan para pedagang untuk bersinggah. Selain itu juga, nusantara ini terletak di daerah tropika yang kaya dengan hasil buminya di darat ataupun di laut. Antara barang-barang yang menjadi tumpuan para pedagang ialah hasil-hasil hutan, logam dan pertanian.

Menurut sejarah, kedatangan Islam ke nusantara telah mencetuskan pelbagai pendapat dan juga persoalan. Tarikh bilakan Islam itu mula-mula sampai ke Alam Melayu, golongan manakah atau siapakan yang mula-mula menyebarkan Islam masih lagi kabur dan tidak dapat dipastikan dengan tepat. Keadaan ini telah menyebabkan banyak teori kedatangan Islam telah dihasilkan. Walaupun begitu, terdapat 3 teori utama bagi menjelaskan kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab, India dan juga China.

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab telah dikemukakan oleh John Crawford pada kurun ke-7 Masihi. Pendapat ini telah disokong oleh Proffesor Syed Muhamad Naquib Al-Attas dengan menyatakan bahawa perdagangan orang Arab bermula pada Zaman Jahiliyah lagi dan Islam mula tersebar selepas aktiviti perdagangan ini dikuasai oleh pedagang Arab.

Orang Arab dan Parsi mempunyai penempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 Masihi, ini dibuktikan menerusi catatan yang dibuat oleh China. Pedagang Arab dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China dan telah berdagang secara berterusan di Nusantara sehinggalah kemunculan Islam pada abad ke 7M. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Nusantara sebelum ke China seperti di pelabuhan Selat Melaka bagi menunggu perubahan angin monsun sebelum merenuskan pelayaran ke China.

Menurut catatan juga, penemuan perkampungan Islam di Sumatera Utara pada 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah iaitu perkampungan yang diberi nama Ta Shih. Perkampungan ini di huni oleh orang-orang Arab sementara menunggu pelayaran mereka. Mereka melakukan urusan jual beli dari China dan India dan melalui perkampungan ini juga mereka melakukan aktiviti kehidupan harian seperti biasa dan secara tidak langsung menyebarkan agama Islam. Terdapat juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan.

Menurut Proffesor Syed Muhamad Naquib Al-Attas mengemukankan kewujudan persamaan bahan penulisan iaitu perkataan Arab terdapat dalam tulisan jawi, sastera, adab resam dan kebudayaan orang melayu yang hampir sama dengan orang Arab contohnya zapin dan dabus. Cara pembacaan al-Quran juga jelas pengaruh dari Asia Barat.

Selain itu juga, penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu pada 1899 Masihi, juga merupakan satu bukti yang kuat bahawa Islam wujud di Terengganu. Batu Bersurat itu ditulis dengan tulisan jawi berbahasa Melayu yang menunjukkan tarikh 702H, menyebut Islam sebagai agama rasmi dan sedikit tentang hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina dan hukuman terhadap yang berhutang.

Bukti yang jelas lagi ialah tentang pengislaman raja-raja Melayu yang telah di lakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai, keturunan sufi berjaya mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih). Parameswara juga telah diislamkan oleh Syed Abdul Aziz yang datang dari Jeddah. Raja Pattani iaitu Phaya Tu Nakpa juga telah diislamkan oleh Syeikh Said dan menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Maharaja Derbar Raja II, Raja Kedah telah diislamkan pada tahun 513H atau 1136M oleh Syeikh Abdullah al-Qaumiri al-Yamani yang merupakan seorang ulama berbangsa Arab dari Yaman. Terdapat ramai mubaligh Islam yang terdiri daripada orang Arab atau Parsi.TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

Teori yang seterusnya ialah teori kedatangan Islam dari China. Seorang sarjana dari Sepanyol yang bernama Emanuel Godinho Eredia telah mengemukan teori bahawa Islam datang dari Negara China pada kurun ke 9 Masihi melaui Canton dan Hainan. Canton atau Khan Fo merupakan pusat perdagangan orang Islam dari Arab dan Parsi. Penyebaran agama Islam terlah bermula dari sana dan seterusnya tersebar ke Nusantara juga melalui pedagangan.Syed Naquib al-Atas juga ada menyatakan berlakunya pemberontakan di Canton sekitar tahun 877 Masihi / 878 Masihi. Terdapat ramai pedagang yang beragama Islam terkorban dan ada yang menyelamatkan diri dengan berhijrah ke Kalah iaitu Kedah dan Palembang. Menerusi catatan Dinasti Sung pula, pada awal 977 Masihi, kedatangan Islam adalah sepanjang pantai Laut China Selatan. Penemuan batu bersurat di Terengganu merupakan satu bukti yang kuat bahawa Islam datang dari pantai Negara China.

Selain itu juga, terdapat pendapat daripada SQ Fatini yang menyatakan bahawa berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke Nusantara pada 876 Masihi kerana berlakunya pemberontakan pada ketika itu. Penemuan sepasang batu nisan bertarikh 1928 Masihi di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang membuktikan Islam dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke IndoChina sebelum sampai ke Pahang.

Unsur seni bina yang terdapat di masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa juga mempunyai persamaan dengan unsur seni bina di China. Contohnya di Melaka, rekabentuk bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu serta tingkap, lantai, dinding dan tangga hampir sama dengan seni bina di China.

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

Teori seterusnya pula adalah Islam datang dari India yang telah dikemukakan oleh seorang sejarawan Belanda, Snouck Hurgronje. Beliau menyatakan bahawa Islam datang dari India melalui Cambay dalam wilayah Gujerat dan Koromandel pada kurun ke 13 Masihi. Teori ini disokong oleh bukti dimana terdapatnya hubungan pedagangan di antara beberapa negara di Nusantara dan India sejak awal lagi. Pedagang Islam dari Gujerat berniaga sambil menyebarkan agama Islam.

Teori ini juga dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan dan batu bersurat yang dijumpai di kawasan Asia Tenggara sama dengan sejenis batu yang didapati di Gujerat dan Koromandel. Batu nisan yang dijumpai di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan pada perkuburan Sultan Malikul Sallleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di India.

Pada abad ke13 Masihi, Bengal telah jatuh ke tangan umat Islam dan dijadikan sebagai pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Terdapat ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut dan telah merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam dengan mengamalkan Mazhab Syafie. Mereka telah datang ke Nusantara menyebarkan Islam dan ada diantaranya telah berkahwin dengan wanita tempatan. Malalui perkahwinan tersebut mereka menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Al-Quran dan juga fardu ain.

Penerangan yang telah dibuat tentang kedatangan Islam ke Nusantara dari Arab, China dan India seolah-olah tidak ada satu pun ketetapan teori yang sebenarnya bertanggungjawab membawa Islam ke Alam Melayu. Oleh itu boleh dikatakan bahawa penyebaran Islam masih lagi kabur tetapi berdasarkan teori, dan juga pendapat sarjana serta bukti peninggalan sejarah, kita dapati bahawa penyebaran Islam dari Semenanjung Tanah Arab adalah hampir tepat.UNSUR-UNSUR YANG MEMUDAHKAN PENGARUH ISLAM DITERIMA KE ALAM MELAYU

Seperti yang kita ketahui sejak zaman nabi lagi, Islam dapat diterima oleh masyarakat pada ketika itu walaupun pada mulanya ditentang hebat oleh masyarakat termasuk ahli keluarga sendiri. Namun, semua itu dapat diatasi oleh nabi kerana banyak faktor yang mempengaruhi dan dapat diterima oleh masyarakat.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyebarkan Islam bermula dengan cara senyap-senyap sehinggalah secara terbuka dan akhirnya dapat diterima dengan mudah kerana baginda mempunyai sikap yang terpuji, akhlak yang mulia, bijaksana serta merupakan seorang insan yang disanjungi. Begitulah juga di tanah Melayu, Islam juga dapat diterima dengan mudah kerana terdapat beberapa faktor ataupun unsur yang mempengaruhinya.

1) Keistimewaan Agama Islam

Unsur yang pertama dan yang terpenting sekali adalah keistimewaan Agama Islam itu sendiri. Agama Islam adalah agama yang paling lengkap dan sempurna yang meliputi semua bidang dalam kehidupan manusia. Ianya meliputi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sejagat.

Agama Islam ini meyeluruh bermula dari sebelum roh ditiupkan ke tubuh sehinggalah alam barzah (kubur) serterusnya ke alam akhirat. Manusia sentiasa dipandu dengan peraturan, amalan, syariat, fardu ain dan fardu kifayah agar sentiasa berada dalam landasan Islam yang sebenar. Ini juga telah mencerminkan bahawa Islam itu sesuai sebagai panduan hidup manusia. Ini bermakna Islam itu lengkap dan sempurna.

Ajaran Islam yang mudah difahami dan mudah juga untuk diamalkan menjadi penyebab utama diterima kealam melayu. Agama Islam disebarkan dengan cara yang damai dan tiada paksaan ataupun peperangan. Agama Islam juga mudah difahami dan tidak bercanggah dengan rasional manusia. Semua golongan yang menganuti Islam mendapat manfaatnya dan sesuai dengan tabii manusia setiap masa. Antara ajaran yang dapat diterima ialah seperti setiap manusia itu sama disisi Allah tanpa mengira bangsa, kulit dan rupa serta keturunan.

Perkara yang istimewa dalam ajaran Islam ialah, apabila mereka memeluk agama Islam, segala perbuatan yang buruk atau kejahatan yang telah dilakukan, amalan atau kepercayaan yang telah diamalkan akan terhapus segala dosa-dosanya yang lalu. Ini dapat dibuktikan dalam Hadis Kesepuluh.

Selain itu juga, perkara yang menjadi panduan dalam hidup merupakan sebuah naskah yang tidak boleh dicipta atau dihasilkan oleh sesiapa iaitu kitab Al-Quran. Kitab ini diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail. Dalam kitab ini, sangat lengkap dan sempurna untuk kita fahami, kerana segala apa yang kita perlukan ada didalamnya. Contohnya, tentang kejadian manusia, alam semesta, perundangan dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhanya tidak dinafikan lagi bahawa keistimewaan agama Islam itu sendiri telah menjadi faktor utama dalam penerimaannya ke alam Melayu.

2) Pedagangan

Seperti yang kita ketahui, teori kedatangan Islam adalah melalui para pedagang yang datang dari Arab, China dan India. Secara tidak langsung ini merupakan unsur kenapa Islam itu diterima dikalangan masyarakat pada ketika itu. Ini merupakan faktor utama Islam meresap ke Tanah Melayu.

Pelabuhan di Selat Melaka merupakan salah satu pusat perdagangan yang terkenal dan tempat menjadi persinggahan pedagang bagi menunggu perubahan angin monsun sebelum meneruskan pelayaran. Ada diantara mereka telah membina perkampungan di situ. Mereka juga membawa ulamak bersama untuk menyampaikan dakwah.

Kehidupan harian para pedagang dan ulamak ini menjadi perhatian kepada masyarakat antaranya sikap dan kelakuan yang baik telah ditunjukkan oleh mereka. Antara sikap yang baik adalah jujur dalam perniagaan, tiada penipuan, tiada penindasan serta bekhemah tinggi. Sikap yang mulia ini telah menarik minat masyarakat setempat untuk mengetahui lebih mendalam tentang amalan dan juga kepercayaan yang telah diamalkan oleh para pedagang. Secara tidak langsung keadaan ini menjadi laluan yang mudah untuk agama Islam disebarkan.

Selain itu juga, kehidupan para pedagang dan ulama menepati waktu dan juga berdisiplin contohnya seperti masuk waktu menunaikan solat, mereka bersama-sama menunaikan solat. Ini merupakan akhidah yang dibawa oleh mereka secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat sekitarnya. Mengikut sejarah, ketika pedagang dan ulama menunaikan solat, Parameswara telah melihat dan bertanya kepada pembesarnya. Kejadian ini telah menarik minat Parameswara mengetahui dengan lebih lanjut agama yang diamalkan oleh mereka.

3) Peranan Mubaligh / Ulama / Pendakwah

Seterusnya, penaran mubaligh atau pendakwah atau ulamak juga merupakan satu unsur Islam itu mudah diterima. Para ulama ini mempunyai sikap dan keperibadian yang baik, jujur, berterus terang, lemah lembut, berbudi bahasa, ramah serta lain-lain lagi membuat masyarakat melayu suka bergaul dengan mereka. Apabila mereka bergaul dengan para ulama ini, secara tidak langsung dapat melihat cara hidup dan pergaulan yang berlandaskan Islam. Penduduk tempatan tertarik dan ingin mendalami Islam.

Penduduk mula bejinak-jinak mengenali Islam melalui dakwah yang disampaikan oleh ulama secara tidak formal dan lama kelamaan secara formal di masjid-masjid, istana dan di rumah. Cara ulama menghormati dan mengekalkan budaya setempat selagi tidak bercanggah dengan aqidah Islam, benar-benar mempengaruhi penduduk tempatan seperti melalui permainan gemelan dan wayang kulit sebagai perantaraan menyampaiakan Islam.

Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah yang terkenal di Asia Tenggara. Wali Songo atau juga dikenali dengan nama Wali Sembilan amat terkenal di tanah Jawa semasa zaman kerajaan Demak. Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Ishak, Maulana Yusuf dan Sidi Arab merupakan pendakwah yang terkenal di Melaka. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ulamak dan pendakwah ini telah berjaya mengislamkan ramai penduduk tempatan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kegemilangan kerajaan di Melaka khasnya.

4) Hubungan baik dengan pemerintah

Selain itu juga, hubungan yang baik diantara para pedagang Islam dengan pemerintah juga menjadi penyebab agama ini mudah tersebar. Para pedagang Islam akan diberi keistimewaan tertentu ketika mereka singgah dan berniaga di tanah melayu oleh pemerintah.

Hubungan yang baik ini telah menyebabkan pemerintah telah memberi keistimewaan kepada pedangan dan ada yang diberi jawatan syahbandar. Peluang ini telah digunakan oleh para pedagang dalam berdakwah dan menyebarkan agama Islam.

Dengan ini peluang untuk mereka berdakwah adalah lebih mudah lagi terutama golongan pemerintah seterusnya masyarakat setempat. Ini dapat dibuktikan dengan pengislaman Parameswara. Baginda telah diislamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abdul Aziz. Parameswara telah menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah.

Selepas baginda memeluk Islam, para pembesar juga akan memeluk islam seterusnya rakyat jelata juga akan mengikut jejak langkah pemerintahnya. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat melayu khususnya sangat mentaati golongan pemerintah. Golongan pemerintah mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat tempatan. Penduduk tempatan akan mengikut tindakan pemerintah yang menganuti agama Islam. Seterusnya akan wujudlah sebuah kerajaan Islam yang kuat kerana Islam tersebar dengan cepat, contohnya seperti Kerajaan Melayu Melaka.

5) Kelahiran Kerajaan-kerajaan Islam

Apabila raja dan pembesar memeluk agama Islam, rakyat akan mengikut jejak langkah pemerintah. Kerajaan itu juga akan mengamalkan sistem pentadbiran bercorak Islam dan berlandaskan hukum-hukum Islam. Oleh itu akan bermulalah era kerajaan Islam. Secara tidak langsung kerajaan ini akan meluaskan jajahan takluk dan menyebarkan agama Islam dengan meluas kepada penduduk tempatan khususnya dan seterusnya ke jajahan sekitarnya. Contoh kerajaan islam yang wujud ialah Kerajaan Melayu Melaka, Sumatera-Pasai, Acheh, Demak, Mataram, Sul dan Mindanao.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Undang-Undang Islam telah dijadikan sebagai undang-undang negara. Usaha ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Undang-undang yang telah dihasilkan pada waktu itu ialah Hukum Kanun Melaka iaitu meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, muamalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman yang dilaksanakan adalah berbentuk hukum hudud, qisas, diat dan tazir. Pada masa Kesultanan Melayu Melaka, undang-undang yang termaktub dapat diterima pakai secara meluasnya dan sentiasa menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

Pada kegemilangan Kerajaan Melaka, zaman Bendahara Tun Perak, kerajaan ini telah meluaskan kuasanya ke Terengganu, Pahang, Patani, Inderagiri, Kampar, Rokan, Johor, Siak dan Bangkalis. Pada ketika itu Agama islam telah berkembang pesat. Ini membuktikan bahawa pengaruh daripada kerajaan-kerajaan Islam telah menyebabkan Islam itu diterima dengan mudah ke alam melayu.

Melalui kerajaan-kerjaan islam yang wujud ini, maka lahirlah pusat kebudayaan yang bertindak sebagai pusat keilmuan dan penyebaran Islam. Pada zaman keagungan kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan ini menjadi pusat penterjemahan di kepulauan melayu. Banyak kitab diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah pernah meminta kerajaan Samudera-Pasai menterjemahkan kitab Al-Dur Al-Manzum.

Pada zaman kemuncak keagungan kerajaan melayu Melaka, terdapat beberapa buah buku kesusasteraan yang dihasilkan seperti Hikayat muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur. Buku ini menjadi semangat dan kekuatan orang Islam dalam menentang musuh.

6) perkahwinan

Melalui perkahwinan juga agama Islam dapat diterima dengan mudah dan berkesan tidak kira perkahwinan siasah atau perkahwinan biasa. Perkahwinan siasah melibatkan kerabat diraja. Perkahwinan raja dengan negeri yang lain akan menyebabkan kerajaan dibawah negeri tersebut akan diislamkan secara perlahan-lahan. Contohnya, Parameswara berkahwin dengan Puteri Raja Pasai. Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan puteri baginda dengan Raja Siak.

Perkahwinan para pedagang dengan puteri raja atau pembesar juga merupakan faktor Islam itu mudah diterima oleh masyarkat selain dapat menetapkan para pedagang untuk tinggal di dalam negeri. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi kerajaan tempatan kerana perdagangan penting pada ketika itu. Ini dibuktikan dengan wujudnya perkampungan Arab di Champa, Sumatera dan juga Kemboja.

Manakala perkahwinan biasa pula terjadi diantara para pedagang atau ulama-ulama Islam yang datang berkahwin dengan penduduk tempatan. Melalui perkahwinan biasa, Islam akan tersebar dikalangan keluarga yang baru dikahwini sehinggalah tersebar dikalangan masyarakat sekeliling dengan keluarga tersebut.

Rumusan

Kedatangan Islam ke alam melayu sangat memberi kesan kepada tanah melayu sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat beberapa teori yang mengatakan tentang kedatangan Islam ke Nusantara, ianya boleh diterima pakai dan menjadi rujukan kepada kita semua. Terdapat 3 teori yang penting ialah teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab, teori kedatangan Islam dari China dan teori kedatangan Islam dari India. Teori-teori ini diperjelaskan dan dibuktikan dengan beberapa fakta tentang kedatangan Islam. Teori kedatangan Islam ke Nusantara ini, kebanyakkannya adalah daripada aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh para pedagang yang melalui perairan Laut Cina Selatan dan juga Selat Melaka.Kedatangan Islam dapat diterima dengan mudah tanpa paksaan dan juga peperangan. Unsur-unsur yang memudahkan pengaruh Islam diterima ke alam Melayu telah menyebabkan Agama Islam berkembang pesat dan wujudnya kerajaan-kerajaan kegemilangan Islam antaranya ialah seperti Kerajaan Sumatera-Pasai, Kerajaan Acheh, Kerajaan Melayu Melaka dan lain-lain lagi.

Kerajaan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada kurun ke-15 iaitu pada masa pentadbiran Bendahara Tun Perak. Melaka juga merupakan negara Islam yang kuat dan berpengaruh merupakan pusat perkembangan Islam dan juga perdagangan Agama Islam yang membawa ajaran yang sangat lengkap dan sempurna dapat diterima dengan mudah oleh penduduk tempatan. Agama Islam telah berkembang meluas di seluruh pelusuk tanah melayu.

Kini, negara kita Malaysia telah menjadikan agama Islam sebagai Agama Rasmi dan bangsa lain bebas untuk menganuti sabarang agama. Masih lagi tiada paksaan dalam beragama. Apa yang penting adalah sikap hormat menghormati sesama bangsa dan agama.

Mengikut Jabatan Perangkaan rakyat Malaysia, jumlah penduduk di Malaysia hampir 7 juta orang dan penduduk yang beragama Islam adalah 60.4% berbanding agama-agama lain.

BIBLIOGRAFI

Abadul Rahman Haji Abdullah (1989). Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur : Teks Publishing.Azhar hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arbaiyah Mohd. Noor & Salina Hj. Zainol (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti TITAS. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chua Hian Chong, Chan Siew Yoke & Baharuddin Hassan (1996). Sukses Lengkap SPM Sejarah Peradaban Dunia. Selangor : Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

Muhammad Abu Bakar (1991). Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Terengganu : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nur Hidayatie Murni, Rofidah Ahmad Badri, Eramaann (2009). Whizz Thru Sejarah Nota Ekspress SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/titas-teori-tentang-kedatangan-islam-ke.htmlhttp://cgrohaida.blogspot.com/2011_04_01_archive.htmlhttp://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=4http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/statistik/786hiasan

Rajah di atas menunjukkan batu nisan Malik al-Saleh di Pasai

Gambarajah di atas menunjukkan gambar Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu yang mempunyai ukiran paling tua dan tulisan jawi pertama ditermui di Malaysia

hiasan

Gambarajah menunjukkan peta kedatangan Islam dari Arab, China, dan India

hiasan

hiasan

Gambarajah di atas menunjukkan hasil seni bina yang terdapat unsure China dalam pembinaan sebuah masjid di Indonesia iaitu Masjid Tan Hock Liang

Rajah di atas menunjukkan perdagangan merupakan faktor utama Islam diterima di Tanah Melayu

hiasan

Gambarajah di atas menunjukan keadaan berdisiplin dan tertib dalam menunaikan solat telah menarik minat masyarakat setempat

hiasan

Gambarajah di atas menunjukkan lukisan Wali Songo yang merujuk kepada Sembilan orang ulama yang terkenal di tanah Jawa pada abad ke-15.

hiasan

Gambarajah di atas menunjukkan lukisan Parameswara, baginda telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Iskandar Syah

hiasan

Ini merupakan sebahagian kitab Al-Dur Al-Manzum(Radd Al-Muhtar ala Ad-Durr Al-Mukhtar) yang menjadi sumber rujukan

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Amir Hamzah telah disusun semula oleh S.A. Dahlan dan diterbitkan oleh DBP (cetakan 1969)

hiasan

hiasan

hiasan

hiasan

6