teori anne roe.pptx

15
TEORI KERJAYA BERFOKUS KANDUNGAN Teori Perkembangan Personaliti dan Pemilihan Kerjaya Ann Roe

Upload: masirah

Post on 23-Dec-2015

147 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI ANNE ROE.pptx

TEORI KERJAYA BERFOKUS KANDUNGAN

Teori Perkembangan Personaliti dan

Pemilihan Kerjaya Ann Roe

Page 2: TEORI ANNE ROE.pptx

LATARBELAKANG TEORI

1. Diperkenalkan oleh Anne Roe (1956)2. Ahli psikologi wanita yang cuba mengaitkan peranan keluarga

dengan pemilihan kerjaya.3. Mengintegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi

pekerjaan.4. (Roe 1956) membentuk teori kerjaya berasaskan teori

personaliti dan menyatakan;i. Individu boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis personaliti tertentuii. Terdapat beberapa pekerjaan tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang dimiliki.

Page 3: TEORI ANNE ROE.pptx

Andaian • Memberi tumpuan kepada hubungan latar belakangan

keluarga (layanan ibu bapa semasa kanak-kanak) dengan semua jenis pekerjaan.

- Pengalaman kanak-kanak di rumah bersama ibu bapa merupakan asas kepada pembentukan personaliti dan sikap individu terhadap pemilihan kerjaya.

- Kanak-kanak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model peranan.

- Interaksi dan gaya layanan ibu bapa kepada kanak-kanak penting dalam menentukan orientasi pemilihan kerjaya.

Page 4: TEORI ANNE ROE.pptx

1) Individu yang berkeinginan dan gembira bekerja dengan individu lain telah mengalami kepuasan pada masa silamnya, iaitu dia telah mempunyai perhubungan mesra dengan ibu bapanya.

2) Individu yang memilih kerjaya supaya tidak berorientasikan manusia dikatakan mempunyai perhubungan yang dingin dan ditolak oleh ibu bapa pada zaman awal kanak-kanak.

3) Anak-anak yang terlampau dituntut dan terlampau dilindungi berkemungkinan berada dalam keadaan helah bela diri dan menjadi tidak berorientasikan manusia.

Page 5: TEORI ANNE ROE.pptx

KLASIFIKASI BIDANG PEKERJAAN ROE

BERORIENTASIKANMANUSIA

TIDAKBERORIENTASIKAN

MANUSIA

BIDANG

Perkhidmatan- perkhidmatan kepada orang lain.

Perniagaan - jurujual

Pengurusan- kerajaan, industri, perniagaan.

Kerja sosial – kewartawanan, pengajaran.

Kesenian & hiburan – persembahan seni kreatif.

BIDANG:

Teknologi – pengeluaran, penyelenggaraan, pengangkutan.

Kerja luar – pertanian, perhutanan, perlombongan.

Sains

Page 6: TEORI ANNE ROE.pptx

Orientasi Pemilihan Kerjaya

1. Orientasi pemilihan kerjaya merujuk kepada bidang-bidang pekerjaan yang telah diklasifikasikan Roe.

Kumpulan Kumpulan Pekerjaan Orientasi Pekerjaan

Kumpulan IKumpulan IIKumpulan IIIKumpulan IVKumpulan VKumpulan VIKumpulan VIIKumpulan Viii

PerkhidmatanPerniagaanOrganisasiTeknologiKerja Luar/Luar RumahSainsKebudayaan umumSeni dan Hiburan

ManusiaManusiaManusiaBukan ManusiaBukan ManusiaBukan ManusiaManusiaManusia

Roe:

1. Pekerjaan yang berorientasikan manusia timbul daripada keluarga yang bahagia.

2. Pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia datang daripada keluarga yang tidak bahagia atau teribar. Anak semasa kecil tidak mendapat kasih sayang yang cukup, terlalu dimanjakan atau dikongkong.

Page 7: TEORI ANNE ROE.pptx

Tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya individu

Latar belakang genetik

Pengaruh tenaga psikik

Pengaruh genetik dan

hierarki keperluan

Page 8: TEORI ANNE ROE.pptx

Roe:

1. Membuat analisis terhadap perbezaan personaliti, sikap, kecerdikan dan latar belakang manusia yang menjadi aspek penting dalam teorinya.

2. Membuat kajian untuk melihat hubungan antara perkembangan awal personaliti dan hala tuju vokasional dari aspek fizikal, biologikal dan sains sosial.

3. Mengkaji gaya asuhan ibu bapa dalam pembentukan diri individu. Ini kerana beliau terpengaruh dengan Teori Personaliti Maslow yang mempunyai tahap hierarki keperluan manusia.

FOSIOLOGI

KESELAMATAN

KASIH SAYANG

PENGHARGAAN KENDIRI

KESEMPURNAAN KENDIRI

HIERARKI KEPERLUAN Roe

Page 9: TEORI ANNE ROE.pptx

1. Pemilihan kerjaya bergantung kepada kemampuan individu dan latar belakang sosioekonomi.

2. Hubungan antara ibu bapa dengan anak merupakan sumber keperluan minat, dan sikap yang mempengaruhi pemilihan profesion kerjaya.

3. Hasil kajiannya menunjukkan pengalaman lampau mempengaruhi kepuasan diri seseorang terhadap pemilihan bidang kerjaya dalam hidupnya.

Page 10: TEORI ANNE ROE.pptx

Gaya Layanan Ibu BapaTiga teknik asas gaya layanan ibu bapa semasa

mereka berinteraksi dengan anak-anak :

Gaya layanan mesra.

• Mesra Bersahaja• Mesra Pengasih

Gaya layanan dingin

• Dingin Mengabai• Dingin Mengelak.

Gaya layanan

menumpu

• Terlampau Melindungi• Terlampau Menuntut

Page 11: TEORI ANNE ROE.pptx

Lima hipotesis yang cuba dikaitkan gaya asuhan dengan pembentukan orientasi pemilihan kerjaya.

1. Ibu bapa yang bersifat melindungi. Menuntut dan pengasih akan menghasilkan anak yang cenderung ke arah orientasi manusia dan begitu juga dengan pemilihan kerjayanya.

2. Ibu bapa yang menolak. Mengabai dan bersahaja akan menghasilkan anak yang cenderung ke arah tidak berorientasikan manusia dan begitu juga dengan pemilihan kerjayanya.

3. Anak yang terlampau dituntut dan terlampau dilindungi berkemungkinan berada dalam keadaan helah bela diri dan menjadi tidak berorientasikan manusia.

4. Sesetengan ibu bapa yang menolak/mengabaikan anak berkemungkinan anak akan memilih kerjaya yang berorientasikan manusia dalam usaha untuk mencari kepuasan.

5. Layangan dan asuhan yang mencukupi menjadikan keperluan hubungan interpersonal kebih daripada keperluan peribadinya.

Page 12: TEORI ANNE ROE.pptx

Roe memperbaiki teorinya melalui kajian dan penyemakan semula.

1. Gabungan hubungan awal ibu bapa dengan anak-anak. Pengalaman dengan alam sekeliling dan kaum etniknya mewujudkan satu bentuk perkembangan kehendak, iaitu;

2. Kaunselor kerjaya berperanan membantu klien mengenal pasti kehendak kerjayanya sendiri. Penilaian boleh dibuat semasa interaksi dari aspek perasaan, tingkah laku dan kesan interaksi dengan ahli keluarga klien terbabit.

Seseorang itu belajar memuaskan asas perkembangan kehendak/keperluannya melalui interaksi dengan manusia atau melalui aktiviti yang tidak melibatkan manusia.

Page 13: TEORI ANNE ROE.pptx

Personaliti: Individu boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis personaliti.

Terdapat beberapa pekerjaan tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang dimilikinya.

• setiap individu memiliki personaliti yang unik dan dengan itu membolehkan mereka bekerja dalam beberapa jenis pekerjaan.

PENDEKATAN TEORI ROE

Page 14: TEORI ANNE ROE.pptx

KELEMAHAN TEORI ANN ROE

SATU

• Setiap individu dilahirkan dengan mewarisi trait-trait psikologikal yang tertentu dan mempunyai kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan fizikal serta fisiologikal, namun idea-idea ini amat sukar dikaji

DUA

• Mengiktiraf kepentingan pembolehubah demografi sosial dalam pemilihan kerjaya, namun beliau masih belum dapat secara memadai menjelaskan bagaimana pemboleh ubah ini berinteraksi.

TIGA

• Walaupun Anne Roe mempunyai latihan dalam bidang psikologi klinikal, tetapi beliau tidak mempunyai minat yang mendalam untuk memperkembangkan teori ini terutama dari segi aplikasinya. Oleh sebab itu masa depan teori ini agak kurang jelas dan tidak pasti.

Page 15: TEORI ANNE ROE.pptx

Rumusan

Teori pemilihan kerjaya Roe mempamerkan pertalian antara persekitaran tertentu di peringkat kanak-kanak, perkembangan keperluan, personaliti dan pemilihan kerjaya.