hbml4303 p'kaedahan anne

30
anneyza@sktm- HBML4303 1.0 Pengenalan Penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar kepada pelajarannya. Pemikiran kreatif menyediakan minda pelajar dengan kemahiran yang fleksibel untuk membantu mereka menghadapi masa depan yang tidak diketahui. Selain itu, murid juga akan mengetahui potensi dan kecenderungan diri serta cuba membangunkan potensi tersebut agar memberi manfaat kepada diri dan makhluk di sekelilingnya. Menurut tokoh seni Carl Rogers, individu yang bebas dan mempunyai kesedaran tentang tanggung jawab akan menyumbang kreativiti kepada manusia di sekelilingnya. Pelajar yang didorong berfikir secara kreatif dan kritis menunjukkan peningkatan dalam motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang inovatif, berupaya menyelesaikan masalah dan bijak berkomunikasi. Justeru, KBKK adalah salah satu cara mengembangkan potensi diri pelajar. Penerapan KBKK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara medidik pelajar supaya berfikir dengan cara yang betul. 1

Upload: anne-gd

Post on 09-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

anneyza@sktm- HBML4303 1.0 Pengenalan

Penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar kepada pelajarannya. Pemikiran kreatif menyediakan minda pelajar dengan kemahiran yang fleksibel untuk membantu mereka menghadapi masa depan yang tidak diketahui. Selain itu, murid juga akan mengetahui potensi dan kecenderungan diri serta cuba membangunkan potensi tersebut agar memberi manfaat kepada diri dan makhluk di sekelilingnya. Menurut tokoh seni Carl Rogers, individu yang bebas dan mempunyai kesedaran tentang tanggung jawab akan menyumbang kreativiti kepada manusia di sekelilingnya.

Pelajar yang didorong berfikir secara kreatif dan kritis menunjukkan peningkatan dalam motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang inovatif, berupaya menyelesaikan masalah dan bijak berkomunikasi. Justeru, KBKK adalah salah satu cara mengembangkan potensi diri pelajar. Penerapan KBKK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara medidik pelajar supaya berfikir dengan cara yang betul.

Sumber: Buku Panduan Kreativiti Kementerian Pelajaran Malaysia2.0 Konsep dan Definisi Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis.

Noraini Idris (2001), konsep kemahiran berfikir merupakan satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu memikirkan tentang sesuatu. Ia melibatkan pengendalian operasi mental tertentu atas pengetahuan dan pengalaman dalam minda kita. Operasi mental itu terdiri daripada operasi kognitif dan operasi meta kognitif. Aminudin Hassan (2013), menyatakan konsep berfikir sebagai kelebihan manusia kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive). Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat proses penaakulan, iaitu memberikan sebab kenapa sesuatu itu berlaku. Membentuk konsep berdasarkan cerapan dan kajian, maka pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori serta memahami fenomena yang diperhatikan.

Sumber: Aminuddin Hassan (2013)

Pusat Perkembangan Kurikulum (1997) mendefinisikan kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Manakala kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat. Kemahiran berfikir secara kreatif pula adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baharu. Noraini Idris (2001) menyatakan kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda, sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah. Berfikir secara kreatif memberi penekanan pada kecekapan atau keupayaan menggunakan minda (fikiran) bagi menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, jelas dan dapat memberi pertimbangan pada penerokaan dan penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka. Menurut Mohd. Azhar Abdul Hamid (2003) kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan menggunakan minda dalam menilai kesalahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan dapat memberi tindakbalas atau respons berdasarkan bukti dan sebab-musabab. Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula boleh didefinisikan sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan pada keaslian dalam penghasilannya. Ia dapat diberikan dalam idea yang nyata atau abstrak. Azlena Zainal dan Munir Shuib (2007) kemahiran berfikir pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses minda bagi mencapai sesuatu tujuan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011) menyatakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ialah kebolehan atau kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif, kebolehan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli dan baru serta kebolehan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. Aminuddin Hassan (2013) menyatakan bahawa kemahiran berfikir adalah proses mental yang memerlukan pengetahuan. Di samping itu, kemahiran berfikir melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu dan digunakan untuk menyelesai masalah serta menentukan tingkah laku yang dihasilkan.

3.0 Ciri-Ciri Kemahiran KBKK

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pemikiran kritis mempunyai beberapa ciri iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Manakala pemikiran kreatif memiliki cirri-ciri seperti keberanian, imaginasi, perkembangan idea dan reka cipta.3.1 Pemikiran Kritis KonsistenElemen pemikiran kritis bersifat konsisten bererti bahawa pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namun begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah. LogikalPemikiran kritis bersifat logikal yang boleh difahami bahawa logik akan menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal. Pemikiran kritis juga bersifat analisis yang bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu. PenilaianPemikiran kritis yang bersifat penilaian penting dalam membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam sesuatu perkara. Tanpa ciri pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak dapat membuat keputusan dengan bijak dan tepat. KritikalBersifat kritikal bermaksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis. Tidak BiasTidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat neutral membolehkan ia rasional dalam justifikasi sesuatu perkara. 3.2 Ciri-ciri Pemikiran Kreatif

KeberanianPemikiran kreatif mengandungi cirri keberanian untuk menjanakan idea yang pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama. Pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima kritikan dan sanggup mengambil risiko.

ImaginasiImagnasi mencapah serta kemahiran sintesis untuk menggabungkan idea-idea sedia ada lalu mengolahnya menjadi idea yang baru.

Perkembangan IdeaCiri perkembangan idea dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

Reka CiptaPemikiran kreatif mengandungi ciri reka cipta yang berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru.

KBKK3.3 Huraian Ciri-Ciri Kemahiran Berfikir Secara KritisPemikiran kritis berlaku apabila seseorang perlu membuat keputusan berdasarkan analisis dan penilaiannya terhadap masalah yang dihadapi.

Kemahiran Berfikir KritisContoh Aktiviti Bahasa

1. Membanding dan Membeza

Membanding dan membeza memerlukan murid membanding beza dua atau lebih benda, perkara, cerita atau cara dengan mengenalpasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Seterusnya membuat huraian dan kesimpulan.

Banding dan bezakan cerita Sang Kancil Menipu Sang Gajah dan cerita Sang Kancil Menolong Kerbau Menipu Sang Buaya.

2. Menyusun atur

Murid harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan atau cara mengikut urutan pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.

Situasi: Hujung MingguSusun tugas berikut mengikut keutamaan dan jelaskan sebab:a. Menyiapkan kerja rumahb. Mengemas bilikc. Mencuci kasut

3. Membuat Kategori

Murid harus boleh mengkategori pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakan cirri-cirinya serta mengkategorikannya di dalam kelas-kelas yang sesuai.Kategorikan frasa nama-frasa nama berikut di dalam jadual yang disediakan.

Pak Cik Ahmad Bunga matahariHarimau bintangMeja bulat

4. Menerangkan Sebab

Boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu kejadian atau tindakan. Selain itu, pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku.

Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut.

a. Atan dimarahi guru.b. Atan menangis.

5. Menilai

Boleh menilai sesuatu perkara, kejadian, benda tindakan, cerita, watak atau cara dan menentukan sama ada baik, menarik, berjaya, kelebihan atau kreatif.Buat penilaian tentang pernyataan berikut.

a. Tania lupa membawa bekal ke sekolah. Zulaikha berkongsi bekalnya dengan Tania.b. Nina ringan tulang. Nina juga pandai menguruskan masa.

.

3.4 Huraian Kemahiran Berfikir Secara KreatifPemikiran kreatif memerlukan keberanian untuk menjana idea baru yang pelbagai tanpa kongkongan idea lain. Selain itu, pemikir kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan kritikan. Pemikiran kreatif juga memiliki ciri imaginasi mencapah dan kemahiran mensintesis untuk menggabungkan idea sedia ada menjadi hasilan baru. Idea sentiasa berkembang dan menjadi alternatif dalam pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif juga mengandungi ciri-ciri reka cipta berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea baru.Pemikiran KreatifContoh Aktiviti Bahasa

1. Mencipta AnalogiAnalogi adalah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu. Biasanya analogi menggunakan kata bandingan seperti, bagai, dan umpama untuk membandingkan suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatakan maksud tertentu.

1.Analogi berdasarkan kata bandingan. Contohnya: Badannya kurus macam lidi Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh bagai cendawan. Orang itu garang macam harimau.

2.Analogi berdasarkan pasangan kata. Contohnya: Teliti pasangan kata berikut, pilih jawapan yang betul. Kapalterbang Pramugari A. Universiti MahasiswaB. Sekolah PelajarC. Hospital JururawatD. Bas Penumpang

2. Mencipta Metafora

Metafora adalah sejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Dengan kata lain kita melihat sesuatu perkara itu sebagai sesuatu perkara yang lain.

Contoh:a. Tikus itu telah lari apabila melihat pengurusnya telah datang.b. Harapannya menggunung. Tikus orang yang takut akan ketuanyaMenggunung tinggi atau besar Persamaan kategori iaitu jururawat dan pramugari merupakan pekerja kepada institusi masing-masing.

3. Analisis

Murid boleh memecahkan dan mencerakinkan sesuatu bahan kepada bahagian-bahagian kecil supaya dapat memahami keseluruhan bahan dengan lebih jelas.Bahan bantu belajar: Teks Cerita

a. Senaraikan sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Ahmad dalam petikan ini.

b. Apakah cara-cara yang bolehkita lakukan untuk membantu Aminah untuk menyelesaikan masalahnya?

4. Mensintesis atau Merumus

Murid boleh merumus atau membuat kesimpulan tentang bahan-bahan yang telah dicerakinkan supaya mendapat satu kesimpulan atau rumusan tertentu.Bahan bantu belajar: Teks Sajak atau Teks Rencana

a. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak melalui sajak yang dibaca tadi?b. Apakah perkara pokok yang dibicarakan dalam petikan ini?

5. Mengaplikasi

Murid boleh menggunakan pengetahuan yang telah ada untuk disesuaikan atau digunakan dengan situasi bahasa yang diberi.a. Karangkan sebuah cerita pendek yang ada kaitan dengan peribahasa yang telah dibincangkan tadi.

b. Berdasarkan cadangan-cadangan yang anda berikan, apakah langkah yang boleh diambil untuk menolong Aminah?

4.0 Tatacara Penerapan KBKK Dalam Pengajaran

Mempelajari kemahiran berfikir dibantu dengan penggunaan alat berfikir.Alat berfikir dapat membantu menyampaikan idea dengan lebih jelas, tersusun dan mudah difahami. Otak akan lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep. Berikut adalah antara alat berfikir yang akan dibincangkan tatacara penerapannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

Alat Berfikir

a. Peta Minda Peta minda diperkenalkan oleh Tony Buzan dan beliau mula terkenal sekitar 1970-an selepas memperkenalkan teknik peta minda menerusi buku pertamanya Use Your Head. Peta minda didefinisikan sebagai lakaran grafik dengan isi utama atau tajuk diletakkan di bahagian tengah, manakala idea lain dikembangkan di sekelilingnya berpandukan tajuk tersebut. Peta minda bertujuan membantu mengingat dgn mudah, mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci mencatat nota dgn ringkas dan mudah menseimbangkan penggunaan otak kanan (menggambarkan) dan otak kiri (analisis) mengembangkan kreativiti , organisasi dan persembahan idea. Tatacara penggunaan peta minda sebagai alat berfikir dalam pengajaran penerapan KBKK akan diperlihatkan seperti berikut;

Tatacara penerapan KBKK- peta mindaKBKK Tatacara Penerapan

Menganalisis,Mensintesisdan Menjana IdeaMurid memilih isi-isi karangan yang telah dibincang bersama guru.

Muri-murid melukis peta minda dan mengembangkan isi menjadi huraian dan contoh.

Murid-murid menulis karangan berpandukan peta minda.

Dalam hal ini, penggunaan peta minda adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-

Memahami isiSekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan isi-isi penting maka, fahami tajuk atau fokus penulisan.

Mengenalpasti huraian yang berkaitan.Fahami ayat topik dan bina huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik atau arahan guru.

Melakar simbol.Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.

b. Pengurusan Grafik Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. PG juga adalah pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea. Prinsip PG ialah proses pembelajaran dan ingatan menjadi lebih mudah jika otak menerima rangsangan dlm bentuk pola atau grafik. Tujuan PG ialah membantu mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik dan berkesan.KBKK Tatacara Penerapan

Menerangkan sebab atau akibatdanmembuat kategoriMurid membaca teks bertajuk Leftenan Adnan pada halaman 136 dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 sekolah kebangsaan.

Guru mengedarkan borang pengurusan grafik.

Secara kumpulan murid akan mengesan ayat yang memberi kesan, perasaan dan alasan.

Lengkapkan borang pengurusan grafik.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, borang pengurusan grafik membantu menjadikan murid lebih fokus apabila meneliti ayat-ayat yang memberi kesan, apakah perasaannya dan mengapa meninggalkan kesan. Dengan itu, murid dapat mengalami perasaan watak dan lebih memahami petikan. PG juga membantu murid melihat perkaitan dengan lebih sistematik dan membezakan sesuatu perkara dengan lebih tepat.

c. Soalan dan PenyoalanSecara umumnya, lazimnya soalan dan penyoalan digunakan sebagai alat untuk menilai kebolehan, pencapaian dan kemajuan pelajar dalam sesuatu bidang, sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum. Soalan adalah alat rangsangan yang sering digunakan untuk memperolehi maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat dan menilai kebolehan seseorang tentang sesuatu perkara. Manakala, penyoalan merupakan teknik untuk mengemukakan soalan bagi memenuhi keperluan dan tujuan tertentu. Prinsip alat berfikir soalan dan penyoalan ialah proses berfikir akan meningkat apabila soalan tahap tinggi digunakan. Terdapat beberapa teknik penyoalan yang terkenal antaranya Soalan Aras Taksonomi Bloom, Teknik Penyoalan Socrates dan teknik penyoalan bertumpu dan penyoalan mencapah.

Tujuan soalan dan penyoalan :

i) memperkembangkan proses berfikir ii) mengumpul dan menganalisis maklumat iii) menggalakkan pemikiran metakognitif iv) menggalakkan pencetusan idea dan penggunaan idea v) mengenal pasti objektif pengajaran tercapai vi) menilai kemajuan pembelajaran

Tatacara penerapan teknik soalan dan penyoalan dalam pengajaran adalah seperti berikut;Soalan yang dibina perlu: Dirancang Logik dan berurutan Ditujukan kepada seluruh kelas atau kumpulan Memberi masa kepada murid untuk berfikir Seimbang antara fakta dan pemikiran Tidak berulang Ditanya dalam nada perbualan Direka bentuk untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan

KBKK Tatacara Penerapan

Meramal, menganalisis, menghubungkait, membanding beza, membuat hipotesis, mensintesis, menjana ideaMurid membaca teks bertajuk Berundur Sebelum Terlajak pada halaman 94 dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 sekolah kebangsaan.

Guru mengemukakan soalan mencapah berkaitan petikan dan meminta murid-murid memikirkan jawapannya.

Murid-murid memberikan jawapan secara lisan dan murid-murid lain dibenarkan menyoal atau memberi pendapat berkaitan jawapan murid berkenaan.

Murid-murid diberi soalan mencapah lain dan menjawab secara bertulis.

d. CoRT 1Cort bermaksud Cognitive Research Trust. Cort diperkenalkan pada 1970-an oleh Edward De Bono. CoRT 1 menggunakan konsep pemikiran lateral iaitu pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Selain itu, CoRT 1 juga menggunakan pemikiran menegak atau dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

TeknikTujuan

PMI- ( Plus, Minus, Interesting) Baik, Buruk, Menarik.Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.

CAF (Consider All Factors) Ambil kira semua faktorMeninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.

C&S (Consequence and sequel)Kesan dan akibat dari kesanMenjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.

AGO (Aims,Goals, Objectives.)Tujuan, matlamat, objektifSentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.Elakkan perkara yang tidak berkenaan.

FIP (First important prioriti)Memberi keutamaan kepada yang terpentingPerkara paling penting diutamakan.Mengambil kira perkara-perkara yang penting.Menentukan prioriti.Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan

APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)Pelbagai pilihan dan kemungkinanMemikirkan beberapa perkara dengan serentak.Menentukan pilihan yang terbaik.Elakkan pemikiran sehala sahaja.

OPV (Other Peoples Views)Pandangan orang lainMengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.

Teknik CoRT 1

Tatacara penerapan KBKK dalam pengajaran menggunakan CoRT 1KBKK Tatacara Penerapan

Menganalisis, meramal, membanding beza, menjana idea, mensintesis, menerangkan sebab, menilaiGuru memberi tajuk karangan Buku Terpakai

Murid menggunakan CoRT1 PMI-Plus Minus Intresting Baik Buruk Menarik (aktiviti kumpulan)

Seorang wakil dari setiap kumpulan membentang hasil perbincangan menggunakan PMI

Murid-murid akan menyenaraikan apa yang mereka fikirkan berpandukan PMI. Dengan itu, pendapat atau idea yang dihasilkan dapat disusn dengan lebih sistematik. Guru akan membimbing pelajar mengembangkan pendapat dengan teknik penyoalan. Maka, dua alat berfikir dapat diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat berfikir CoRT1 ini.i. senaraikan kebaikanii. senaraikan keburukaniii. senaraikan apa yang menarikiv. buat kesimpulan

Tarikh20 OKTOBER 2014

Tahun5 Bestari

Bilangan Murid18 orang

Masa7.30-8.30 ( 1 jam )

TemaKepenggunaan

TajukBuku Terpakai

Fokus Utama2.2 Aras 3 (i)Membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan terperinci.

Fokus Sampingan8.6 Aras 1 (ii)Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

i. Menulis karangan yang lengkap berpandukan isi-isi yang telah dibincangkan.ii. Mencari isi-isi penting untuk karangan dengan betul.i.

Pengisian KurikulumIlmu :Matematik dan Kajian Tempatan.

Nilai Murni :Jujur, kerja sama dan yakin pada diri

Kemahiran berfikir :Menyusun atur, mengenal pasti dan menjana idea

Kecerdasan Pelbagai ;Verbal-linguistik

Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah menggunakan teknik CoRT1 PMI & Peta Minda. Murid mempunyai pengetahuan asas tentang penulisan karangan.

Sistem BahasaTatabahasa: Penanda Wacana

Bahan Bantu Belajar Kertas warna, pen penanda & lembaran kerjaSlaid, LCD, layar putih, komputer riba

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

Langkah/MasaIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set Induksi

( 5m )Soalan:-Apakah ini?-Mengapa buku menarik?-Apa jenis buku yang kamu baca?Mengapa?

1. Guru mempamerkan beberapa buah buku cerita, ensiklopedia dan novel. Murid dibenarkan melihat dan menyentuh.2. Bersoal jawab.3. Guru

BBB:Buku cerita, novel dan ensiklopediaKBKKMembanding bezaMenghubungkait

Langkah 1

( 15 m )- Ini kedai apa?- Mengapa ada kedai buku terpakai?Aktiviti Kumpulan- Menggunakan teknik CoRT 1-PMI

1. Tayangan slaid kedai buku terpakai.2. Bersoal jawab.3. Guru mengarahkan murid menyenaraikan apa yang baik, buruk dan menarik tentang buku terpakai. CoRT 1-PMI

BBB:Slaid, LCD, Kertas warna, pen penandaNilai:- KerjasamaKBKKMenjana idea, membanding beza, menganalisis,

Langkah2

( 20 m )Pembentangan hasil perbincangan4 kumpulan

Memilih isi-isi karangan

Membina peta minda untuk mengembangkan isi1. Wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.2. Murid memilih hasil perbincangan untuk dijadikan isi karangan dengan menggunakan peta minda untuk memudahkan murid mengembangkan isi-isi tersebut.3. Murid dipilih secara rawak untuk menunjukkan hasil isi yang telah dikembangkan menjadi huraian dan contoh.

BBBKertas kosongKBKKMenghubungkaitMenjana ideaMenyusun atur

Langkah 3( 15 m )Menulis karangan1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid-murid diminta menggunakan penanda wacana yang telah dipelajari untuk menulis karangan.3. Murid-murid membuat latihan menulis karangan berpandukan isi-isi penting dan peta minda.

BBBlembaran kerjaKBKKMengaplikasiMenyusun atur

Penutup

( 5m )Peneguhan

1. Seorang murid dipilih untuk membaca karangan terbaik.2. Murid-murid menyatakan semula apa yang telah dipelajari hari ini.3. Pujian dan teguran tentang sikap murid semasa beraktiviti.

KBKKMensintesis

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif wajar diajar kepada murid-murid untuk meningkatkan kreativiti serta memupuk amalan berfikir. Kemahiran berfikir mengajar murid-murid menyusun idea dengan lebih sistematik serta membantu murid-murid untuk fokus apabila diberi tugasan. Oleh itu, murid mesti menguasai kemahiran menggunakan alat-alat berfikir. Alat-alat berfikir semakin berkembang dewasa ini contohnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think (innovative thinking). Alat-alat berfikir ini akan membekalkan murid-murid dengan kemahiran berfikir untuk menghadapi pelbagai perkara dalam hidup.

Guru juga perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini demi ilmu yang akan disampaikan kepada anak didik. Penerapan kemahiran berfikir ini perlu dilaksanakan supaya murid-murid mengetahui bahawa berfikir mempunyai caranya dan cara berfikir boleh menjadi salah. Strategi penyoalan guru pula sangat penting supaya murid-murid boleh melangkaui imaginasi biasanya. Kecerdasan murid adalah pelbagai namun kemahiran berfikir boleh diajar kepada setiap murid melalui variasi aktiviti di setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran guru yang tersusun serta faktor seperti kebolehan murid, persekitaran, alatan, bahan dan set soalan yang sesuai dengan aktiviti adalah elemen penting dalam menjayakan penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

.

Rujukan

20