tengku norazlan bin tengku sulaiman ipg kdri, kuala terengganu. · 2012. 5. 28. · [ modul...

20
Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu.

Upload: others

Post on 22-Aug-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu.

Page 2: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] i

Disediakan Oleh

Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu.

PENDAHULUAN

Wordpress merupakan sebuah laman yang menyediakan pakej perkhidmatan blog secara percuma. Modul ini bertujuan membantu anda membina laman blog menggunakan pakej asas fitur Wordpress. Pengguna juga dapat membuat sedikit ubahsuai laman blog bagi memastikan blog anda mempunyai daya tarikan. Modul ini menggunakan pendekatan bahasa melayu dan bahasa inggeris bagi memudahkan pengguna memahami paparan dan menu-menu yang dipaparkan.

Page 3: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] ii

KANDUNGAN

1. Akaun Pengguna Dan Log In 1

2. Dashboard 4

3. Toolbar 6

4. Menulis Dan Simpan Artikel Di Blog Anda 7

5. Membina Muka Surat (Making Pages) 10

6. Membina Kategori 11

7. Rekabentuk Blog Anda 12

8. Mengurus Komen-Komen 13

9. Suntingan Gambar/ Foto 14

10. Penutup 17

Page 4: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 1

1. CREATE AKAUN PENGGUNA DAN LOG IN

1. Klik perisian pelayar internet yang biasa anda guna (iexplorer, mozilla, chrome dll). 2. Taip alamat bagi laman WordPress iaitu www.wordpress.com dan klik pada <Get started

here> seperti paparan di bawah (Rajah 1).

3. Masukkan maklumat setelah paparan di bawah.(Rajah 2)

Lengkapkan ruangan yang diperlukan dengan maklumat yang betul

1. Blog address – Alamat blog anda akan kelihatan http://<blog_address.wordpress.com 2. Username – Akaun untuk login dan hantar artikel blog anda 3. Password….Confirm – Masukkan kata kunci sebanyak 2 kali 4. E-mail Address – Pastikan emel yang betul dan boleh buka untuk pengesahan 5. Blog Post Language – Pilihan bahasa English 6. Kemudahan yang diberikan untuk akaun wordpress percuma

4. Create Blog – Klik butang ini setelah semua ruangan lengkap dan simbol dipaparkan pada ruangan yang betul.

Rajah 1

Paparan bagi laman www.wordpress.com

Page 5: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 2

5. Selepas anda butang Create Blog paparan (Rajah 3) memaklumkan bahawa emel pengaktifan telah dihantar ke akaun emel anda dan anda diminta untuk mengaktifkannya dalam masa dua hari

Rajah 2

Paparan selepas anda klik butang <Get Started here>

Rajah 3

Paparan makluman emel pengaktifan telah dihantar ke akaun emel anda

Page 6: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 3

4. Dengan menggunakan browser lain atau perisian pelayar internet buka emel anda dan klik pada emel yang dihantar kepada anda oleh WordPress.com (Rajah 4). Sila tunggu sekiranya anda masih belum menerima emel daripada wordpress. Buka emel tersebut dan klik pada Activate Blog untuk mengaktifkan laman blog anda (Rajah 5)

5. Anda boleh mengakses laman blog anda seperti alamat berikut

http://pjurulatih

pjurulatih atau perkataan bergaris merujuk kepada blog address yang anda gunakan semasa pendaftaran

.wordpress.com/

6. Sekiranya dalam masa 30 minit anda tidak menerima emel. Ini mungkin disebabkan kesilapan anda memasukkan emel anda. Anda mungkin terpaksa bermula daripada langkah pertama.

Rajah 4

Menyemak emel anda yang diterima daripada Wordpress.com

Rajah 5: Klik butang Activate Blog

Page 7: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4

2. DASHBOARD

Dashboard adalah paparan utama yang mengandungi kawalan yang penting. Ia merupakan laman induk yang mengawal setiap reka letak blog, penulisan artikel, komen, themes dan terdapat setting yang utama dalam mengawal blog anda. Dashboard boleh dianggap sebagai mengawal blog anda.

1. Anda boleh mengakses Dashboard apabila anda login menggunakan username dan password yang anda gunakan semasa pendaftaran (Rajah 6)

2. Klik gambar profil di penjuru atas kanan paparan (Butang 1) diikuti dengan logo WordPress (butang 2) dan Klik Dashboard seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7

Rajah 6

Log in untuk akses Dashboard bagi blog anda

Rajah 7

Klik 1>2>3 untuk mengakses Dashboard anda.

Page 8: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 5

3. Sekiranya paparan di bawah (Rajah 8) muncul maka anda telah berada dalam laman Dashboard yang mengandungi banyak lagi butang atau menu untuk anda cuba bagi memastikan blog anda berfungsi dengan baik.

Home – Paparan utama yang mengandungi beberapa fungsi seperti urusan widget, statistik

pelawat blog anda, follower anda dan lain-lain

Post – Membenarkan anda menulis, menyemak serta menyunting post yang telah anda hantar

Media – Lokasi untuk menyimpan media-media tetapi maksima ialah 3GB sahaja.

Link – Menyimpan pautan ke laman web lain serta membuat kategori bagi pautan tersebut

Pages – Membenarkan anda membina page serta ubahsuai page yang sedia ada

Comments – Memberi peluang anda mengurus komen-komen pelawat blog anda

Appearance – Memberi peluang kepada anda untuk membuat perubahan keseluruhan blog anda

seperti memilih themes, menambah widgets, ubahsuai background, ubah header dll..

Rajah 8

Laman Dashboard anda.

Page 9: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 6

3. TOOLBAR

Terdapat toolbar yang biasa digunakan semasa menulis menggunakan perisian Microsoft Word yang membantu anda untuk menulis artikel atau maklumat iaitu formatting toolbar.

Toolbar ini merangkumi bold, italic, strikeout, numbered list, bulleted list, alignment, spell check, tag addition dan full screen mode

Senarai toolbar tambahan akan muncul apabila anda klik butang Show/Hide Kitchen Sink. Antara fitur tambahan adalah font style, color, paste in plain text, paste from word, remove formatting, insert custom character dan indention

Penggunaan toolbar ini adalah sama seperti digunakan dalam Microsoft Office. Anda boleh menukar font type, font size dan sebagainya selepas menaip artikel atau memilih dahulu sebelum menulis artikel. Anda perlu mahir menggunakan butang-butang ini bagi memudahkan proses menghantar artikel.

* Sekiranya artikel yang ditulis dipetik daripada mana-mana laman, blog atau sumber daripada internet, adalah menjadi tanggungjwab kita untuk memberi kredit kepada pemilik laman asal dengan meletakkan link/pautan dalam penulisan kita supaya kita penulis blog beretika.

Butang Kitchen Sink

Rajah 9: Formatting Toolbar

Rajah 10: Fitur tambahan

Page 10: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 7

4. MENULIS DAN SIMPAN ARTIKEL DI BLOG ANDA

Untuk menulis blog yang pertama, klik pada butang Visit Site yang terletak dibahagian atas Dashboard untuk melihat paparan semasa kerana Wordpress secara automatik menjana artikel pada blog pertama untuk anda bertajuk “Hello World!”

Untuk menyunting artikel ini dan menghantar post baru klik pada butang Edit yang terletak di sebelah bawah “Hello World!” dan anda akan dapat membuat suntingan pada title dan mula menghantar blog anda yang pertama. Selesai menulis, klik pada butang “Save” yang terletak di sebelah kanan dan kemudian blog pertama anda dipaparkan.

Sekiranya anda ingin menghantar artikel baru di blog anda, sila klik butang Posts>Add New yang terdapat pada Butang Kawalan Dashboard

dan paparan seperti di bawah (Rajah 13) akan muncul dengan beberapa fitur-fitur baru yang membantu anda membuat artikel baru. Fungsi bagi setiap fitur tertentu berkait rapat dengan themes dan widget yang anda gunakan di blog wordpress anda.

Butang Categories memberi peluang kepada pengguna untuk membuat beberapa ubahsuai kepada artikel yang telah sedia ada kepada kategori tertentu yang akan dibincangkan dalam topik Categories. Butang Tags merujuk kepada penggunaan kata kunci tertentu dalam artikel anda yang boleh digunakan sebagai sumber rujukan dalam carian atau juga dikenali keyword. . Butang Copy a Post memudahkan anda untuk membuat salinan mana-mana artikel yang pernah anda taip atau publish terus ke ruangan Add New Post (Rajah 13)

Rajah 12: Dashboard>post

Rajah 11: Artikel Hello World!

Page 11: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 8

Apabila anda klik butang Add New Post (Rajah 13) dipaparkan dan anda boleh menaip artikel atau sebarang maklumat yang anda ingin sampaikan kepada pengguna.

Anda boleh mula menaip tajuk blog anda.

Sekiranya anda ingin membuat suntingan pada teks untuk menukar saiz atau warna teks, anda hanya perlu highlight atau klik dan pilih teks yang berkenaan kemudian pillih suntingan yang anda ingin buat.

Anda boleh mengatur tarikh supaya artikel dipaparkan mengikut tarikh yang anda tentukan

Butang Preview digunakan sekiranya anda ingin melihat terlebih dahulu sebelum artikel ini dipaparkan. Manakala butang Save Draf memberi peluang anda menaip artikel kemudian menyambung tanpa membuat sebarang paparan.

Sekiranya anda ingin memasukkan elemen grafik dalam blog anda, pastikan kursor (butang kelip-kelip) berada di tempat yang hendak diletakkan grafik kemudian klik pada butang di tepi teks Upload/Insert.. Add an image (dalam bulatan). Paparan di bawah (Rajah 14) akan muncul dan lengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di ruangan Title, Alternate Text, Caption, Description,Alignment dan Size..

Select Files>Cari fail gambar dalam komputer atau handy drive anda.

Sekiranya anda ingin meletakkan gambar tersebut sebagai imej di ruangan feature, Klik butang Use as featured image dan butang delete akan dipaparkan menunjukkan proses tersebut berjaya dilakukan.

Rajah 13: Add New Post

Page 12: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 9

Rajah 14: Add an image

Page 13: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 10

5. MEMBINA MUKA SURAT (MAKING PAGES)

Muka surat WordPress dibuat bagi memberi maklumat kepada pelawat mengenai blog yang dibangunkan seperti maklumat mengenai anda, organisasi anda, aktiviti rutin, bagaimana nak hubungi anda sekiranya blog anda menjual sesuatu mungkin maklumat berkaitan dengan pembayaran serta akaun anda dipaparkan ruangan pages ini.

Menu-menu Pages yang biasa digunakan di laman blog adalah seperti About Us, Services, Contact Us dan FAQ yang mana maklumatnya tidak perlu diubah sepanjang masa tetapi itu bergantung kepada anda sebagai admin blog.

Daripada tab Dashboard klik pada Pages>Add New dan paparan (Rajah 15). Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang publish setelah selesai melengkapkan maklumat di bawah.

Paparan (Rajah 16) setelah selesai menambah pages.

Rajah 15: Add New Page

Rajah 16: Page baru muncul

Page 14: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 11

6. MEMBINA KATEGORI

Melengkapkan maklumat berkaitan dengan merupakan pilihan yang memberi ruang kepada penulis blog menyusun artikel dalam kumpulan supaya maklumat yang berkaitan berada dalam kumpulan yang sama. Contohnya anda ingin menaip artikel bertajuk ‘Makanan untuk kesihatan’, anda boleh menyediakan satu kategori khas untuk artikel tersebut di bawah kategori ‘Kesihatan’.

Kategori yang boleh ditambah kemudian bergantung kepada keperluan dan anda boleh mengubah, menyalin kedudukan artikel yang terdahulu kepada kategori baru sekiranya perlu.

Paparan (Rajah 17) menunjukkan kedudukan butang categories dan paparan apabila butang tersebut di klik.

Paparan (Raja 18) setelah selesai menambah kategori.

Rajah 17: Paparan untuk tambah category

Rajah 18: Category yang ditambah

Page 15: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 12

7. REKABENTUK BLOG ANDA

Sebagai default, blog yang anda bangunkan telah ditetapkan menggunakan WordPress versi 1.6. Untuk membuat perubahan reka bentuk daripada themes, dapatkan Dashboard dan klik pada butang Appearance dan terdapat tambahan menu seperti Themes, Widgets, Menu, Themes Options dan sebagainya. Di bahagian kanan akan kelihatan Themes yang anda gunakan (Themes yang digunakan dalam modul ini adalah iTheme2)dan di bawahnya adalah senarai themes yang boleh anda gunakan. Themes yang disediakan disini adalah percuma dan terdapat juga themes yang berbayar disediakan oleh pihak lain.

Sekiranya anda ingin memilih themes yang anda gemari klik themes tersebut dan klik pada butang Activate di penjuru kanan themes tersebut.

Terdapat menu-menu tambahan yang boleh membantu anda memastikan blog anda lebih menarik, interaktif dan juga bermaklumat dengan menggunakan widgets. Modul ini tidak membincangkan penggunaan widgets namun anda boleh melayari laman xx untuk mengetahuinya dengan lebih terperinci.

Rajah 19: Ubahsuai reka bentuk blog anda dengan themes baru

Page 16: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 13

8. MENGURUS KOMEN-KOMEN

Setiap pembangun blog akan boleh mengurus setiap komen yang dihantar oleh pembaca sama ada status pembaca sebagai guest atau sebagai pengguna log in menggunakan mana-mana akaun.

Pada Dashboard pilih butang Comments dan pilih senarai komen yang anda ingin lakukan suntingan.

Antara aktiviti yang anda boleh buat pada komen :

Approve - Membenarkan komen tersebut di paparkan Reply - Memberi respon kepada komen tersebut Quick Edit - Suntingan kandungan komen tersebut Edit - Suntingan menyeluruh komen tersebut sehingga nama penghantar History - Rekod komen tersebut dihantar dan disimpan Spam - Rekod komen sebagai SPAM dan padam (butang undo sekirannya tersilap padam) Thrash - Padam komen tersebut

Rajah 20: Mengurus komen

Page 17: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 14

9. SUNTINGAN GAMBAR/ FOTO

Berikut adalah proses membuat suntingan gambar/foto secara asas menggunakan perisian Microsoft Office Picture Manager (Apabila komputer ada perisian Microsoft Office). Perisian ini mampu membuat beberapa suntingan asas seperti mengubah saiz gambar/foto, Auto Correct gambar/foto secara automatik, ubahsuai warna atau ubah kecerahan gambar/foto.

Pastikan anda memindahkan gambar/foto ke dalam komputer bagi memudahkan proses suntingan. Klik kanan pada gambar yang ingin dibuat suntingan kemudian pilih Open With> Microsoft Office Picture Manager seperti paparan (Rajah 21).

Rajah 21: Suntingan gambar

Page 18: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 15

Paparan (Rajah 21) setelah anda memilih perisian Microsoft Office Picture Manager untuk membuat suntingan. Menu-menu yang dipaparkan (Rajah 21) antara yang biasa digunakan dan anda boleh mencuba setiap menu tersebut. Sila gunakan butang undo/redo bago melihat kesan yang anda telah lakukan.

Rajah 22: Gambar/foto yang akan disunting

Rajah 23: Menu resize

Sekiranya ada memilih untuk mengubah saiz gambar/foto, klik edit picture kemudian pilih resize. Anda boleh memilih saiz yang telah ditetapkan atau menentukan sendiri saiz width/ height mengikut citarasa anda tetapi saiz yang tidak tepat akan menyebabkan gambar/ foto tidak seperti kelihatan sepert gambar/foto asal.

Rajah 24:Menu Rotate and Flip

Sekiranya ada memilih untuk membuat suntingan pada gambar yang berada dalam kedudukan terbalik atau berpusing. Anda boleh menggunakan menu Rotate and Flip dan klik pada butang yang berkaitan untuk melihat kesan ke atas gambar/ foto. Sekiranya kesan tidak sama dengan kehendak anda sila undo untuk mendapatkan kedudukan asalnya.

Page 19: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 16

Suntingan gambar/foto bagi membuang atau memotong bahagian-bahagian yang tidak perlu boleh dibuat menggunakan butang crop. Terdapat dua cara untuk membuat crop pada gambar iaitu menyatakan nilai atau klik dan seret pada simbol yang ditunjukkan dalam paparan (Rajah 25).

Rajah 24:Menu Crop

Rajah 26: Paparan Save As

Rajah 24:Menu Rotate and Flip

Rajah 25: File>Save As

Menyimpan gambar/foto yang telah disunting tanpa membuat sebarang perubahan pada fail asal dengan menggunakan Menu File>Save As

Seterusnya paparan (Rajah 26) meminta anda menlengkapkan maklumat bagi nama fail tersebut.

Save in: folder yang digunakan untuk menyimpan fail

Anda boleh membuat folder baru menggunakan butang untuk membuat folder baru.

Taipkan nama fail dan kemudian klik butang Save

Gambar/foto biasanya dalam format jpeg, bmp atau png yang mempunyai perbezaan dari segi saiz.

Page 20: Tengku Norazlan bin Tengku Sulaiman IPG KDRI, Kuala Terengganu. · 2012. 5. 28. · [ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 4 2. DASHBOARD Dashboard adalah paparan utama yang

[ Modul WordPress – MSNT 2011 ] Muka surat 17

10. PENUTUP

WordPress merupakan salah satu portal yang menyediakan perkhidmatan mengurus blog secara percuma dengan kaedah dan cara yang paling mudah dan ringkas. Pembangunan blog merupakan salah satu kaedah penyampaian pengetahuan, berita, makluman secara atas talian. Terdapat beratus ribu blog yang mempunyai daya tarikan serta kandungan yang baik. Blog-blog yang dihasilkan dengan tujuan mengutuk, menghina dan memberi komen-komen negatif terhadap individu sama ada pemimpin negara seringkali dijadikan landasan untuk tidak menggunakan blog.

Penggunaan blog mampu memberi satu ruang kepada perkongsian maklumat antara blogger yang mempunyai sama minat atau bidang.

Diharapkan modul mampu memberi sedikit maklumat bagaimana anda membina blog menggunakan WordPress. Sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin berlaku adalah disebabkan versi berbeza atau terdapat langkah-langkah yang lebih mudah.