temubual bersama guru

7
3.3 Temu Bual protokol Kami telah ditugaskan untuk menemubual seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang mengenai budaya disekolah tersebut. Kami telah memilih untuk menemubual guru sains di sekolah tersebut. Nama guru tersebut adalah Puan Nor Afida Binti Adnan. Beliau pernah mengajar disebuah sekolah pendalaman di Sarawak sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang. Terdapat beberapa aspek yang telah kami pilih untuk dijadikan ditanyakan kepada guru tersebut. Antaranya adalah : 3.3.1 Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang telah menggunakan KSSR ( kurikulum standard sekolah rendah ) sebagai model pengajaran dan pembelajaran mereka. Mereka telah menggantikan kurikulum yang sebelum ini iaitu KBSR ( Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Bagi Puan Nor Afida, beliau berpendapat bahawa KSSR adalah lebih bagus berbanding KBSR. Hal ini kerana, buku teks KSSR lebih senang dan mudah untuk difahami. Ianya memudahkan guru untuk merancang pengajaran yang menarik dan berkesan. Selain itu, ianya sangat sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Guru juga mudah untuk memantau perkembangan intelek dan kefahaman murid terhadap sesuatu subjek. Hal ini kerana, penilaian di dalam KSSR akan dijalankan secara berterusan. Dengan itu,

Upload: shah-niezam

Post on 11-Feb-2015

135 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh temu bual

TRANSCRIPT

Page 1: Temubual Bersama Guru

3.3Temu Bual protokol

Kami telah ditugaskan untuk menemubual seorang guru di Sekolah Kebangsaan

Sungai Rawang mengenai budaya disekolah tersebut. Kami telah memilih untuk

menemubual guru sains di sekolah tersebut. Nama guru tersebut adalah Puan Nor

Afida Binti Adnan. Beliau pernah mengajar disebuah sekolah pendalaman di Sarawak

sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang. Terdapat beberapa aspek

yang telah kami pilih untuk dijadikan ditanyakan kepada guru tersebut. Antaranya

adalah :

3.3.1 Kurikulum

Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang telah menggunakan KSSR

( kurikulum standard sekolah rendah ) sebagai model pengajaran dan

pembelajaran mereka. Mereka telah menggantikan kurikulum yang sebelum ini

iaitu KBSR ( Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Bagi Puan Nor Afida, beliau

berpendapat bahawa KSSR adalah lebih bagus berbanding KBSR. Hal ini

kerana, buku teks KSSR lebih senang dan mudah untuk difahami. Ianya

memudahkan guru untuk merancang pengajaran yang menarik dan berkesan.

Selain itu, ianya sangat sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Guru

juga mudah untuk memantau perkembangan intelek dan kefahaman murid

terhadap sesuatu subjek. Hal ini kerana, penilaian di dalam KSSR akan

dijalankan secara berterusan. Dengan itu, guru dapat mengenalpasti setiap

kekuatan dan kelemahan murid mereka.

Guru Nor Afida juga menyatakan bagi murid yang pandai mereka boleh

belajar sendiri tetapi masih memerlukan perhatian dan bimbingan daripada guru.

Purata tahap kecerdasan murid yang diajar oleh guru Nor Afida adalah

sederhana. Untuk itu, bimbingan guru dan perhatian guru adalah penting bagi

membantu murid-murid.

Page 2: Temubual Bersama Guru

Selain daripada itu juga,kami bertanyakan pendapat guru tersebut

mengenai isu PPSMI. Isu ini merupakan satu ketika dahulu sangat hangat

diperkatakan di media-media massa, sehingga mengakibatkannya telah

dimansuhkan oleh pihak kementerian. Pada pendapat beliau, PPSMPI haruslah

diteruskan dan ianya memberikan banyak kelebihan kepada murid. Sememang

diakui perkara yang tidak pernah dilakukan pada awalnya akan mendapat

pelbagai kesukaran dan kegagalan. Namun begitu, dari segi konteks kemodenan

sekarang, Bahasa Inggeris telah menjadi utama di peringkat antarabangsa.

Secara contohnya,didalam pendidikan iaitu bagi subjek sains, terdapat banyak

istilah yang boleh digunakan sehingga ke peringkat Universiti dan bukan sahaja

tamat di peringkat sekolah rendah. Dengan itu, kita akan dapat menyediakan

murid untuk bersedia bagi masa hadapan mereka. Bagi murid yang lemah,

pengajaran dalam Bahasa Melayu adalah sesuai bagi mereka.

3.3.2 Pengajaran dan pembelajaran

Bagi proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan

Sungai Rawang, dijalankan mengikut kurikulum KSSR. Pengajaran dijalankan

berdasarkan topik yang ditentukan mengikut rancangan mingguan. Kebiasaan

sesi pengajaran akan dijalankan didalam kelas sahaja. Bagi subjek sains pula,

murid-murid akan dibawa masuk ke dalam makmal sains. Menurut Puan Nor

Afida, berdasarkan pemerhatian beliau sepanjang disekolah tersebut, murid

mempunyai kecenderungan terhadap subjek tertentu sahaja. Sebagai

contohnya, jika mereka menyukai subjek sains,mereka tidak akan ponteng dan

membuat bising didalam kelas. Pada pendapat Puan Nor Afida, murid di sekolah

tersebut adalah cenderung kepada subjek Pendidikan Jasmani.

Murid-murid disekolah tersebut sangat aktif dan suka pada aktiviti fizikal.

Hal ini kerana murid disekolah tersebut adalah kanak-kanak. Sudah menjadi

fitrah bagi kanak-kanak untuk bermain dan berseronok. Untuk itu, subjek

pendidikan jasmani,telah dianggap subjek kesukaan bagi murid-murid sekolah

Page 3: Temubual Bersama Guru

tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa,mereka juga amat sukakan aktiviti

pengajaran yang mempunyai pertandingan dan cabaran. Hal ini kerana, kanak-

kanak, mempunyai sikap yang inginkan kemenangan dan dihormati oleh rakan-

rakan mereka. Aktiviti pengajaran yang melibatkan aktiviti ini akan mendapat

sambutan dan murid akan memberikan sepenuh tumpuan mereka.

Kaedah pengajaran yang sering dijalankan oleh Guru Nor Afida adalah

bergantung kepada tahap murid itu sendiri dan kedudukan kelas mereka. Bagi

kelas yang majoritI murid-muridnya adalah pandai,guru Nor Afida seringkali

menggunakan kaedah perbincangan didalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini kerana, beliau ingin murid meneroka sendiri dan membina pengetahuan

sendiri. Namun begitu, bagi kelas yang lemah,kaedah ini tidak sesuai untuk

diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid kelas lemah ini

mempunyai keupayaan kognitif yang rendah untuk menggunakan kemahiran

KBKK mereka. Dengan itu, jika kaedah ini digunakan maka mereka tidak akan

dapat penambahan ilmu,malahan semakin tercicir. Disamping itu,juga guru Nor

Afida menggunakan kaedah berpusatkan guru bagi mengajar mereka dan juga

bagi tahap 1. Ini akan dapat menolong mereka mengumpulkan maklumat dan

seterusnya meningkatkan gred pencapaian mereka.

3.3.3 Murid

Jumlah murid bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang adalah

sebanyak 699 termasuk murid prasekolah. Jumlah murid bagi sekolah ini adalah

besar bagi sekolah yang berada dikawasan luar Bandar. Menurut guru Puan Nor

Afida terdapat sekurang-kurangnya didalam satu kelas terdapat 30 orang murid.

Ini menjadikan suasana kelas tidak kondusif. Untuk mendapatkan suasana yang

kondusif, murid didalam satu kelas haruslah didalam lingkungan 20 orang

sahaja. Oleh itu, guru tidak akan dapat memberikan sepenuh bimbingan kepada

murid-murid mereka. Guru mungkin tidak akan menyedari terdapat murid yang

Page 4: Temubual Bersama Guru

bermasalah didalam kelas tersebut. Oleh itu, guru tidak akan dapat membantu

mereka.

Menurut Puan Nor Afida juga,murid tidak akan dapat memberikan

sepenuh perhatian mereka semasa guru mengajar dihadapan. Mereka akan

bermain-main atau membuat kerja sendiri dan tidak menghiraukan pengajaran

yang dijalankan. Kebanyakkan murid didalam kelas pandai, sekurang-kurangnya

terdapat 2-3 orang murid yang akan bermain-main dan tidak menghiraukan

pengajaran. Manakala bagi murid-murid kelas lemah hanya 70% sahaja yang

memberikan perhatian. Suasana ini adalah sangat sukar bagi guru,kerana

mereka tidak mempunyai masa untuk mengajar dan juga memerhatikan setiap

kelakuan murid-murid mereka. Dengan itu, segelintir murid yang bermain

mungkin akan dibiarkan begitu sahaja.

Majoriti murid disana adalah bangsa melayu dan kaum jawa. Sekolah

tersebut berada dikawasan perkampungan jawa. Pertuturan seharian mereka

dan juga komunikasi antara mereka adalah didalam bahasa melayu. Walaupun

mereka adalah kaum jawa,namun mereka tidak menggunakan bahasa jawa

sebagai bahasa pertuturan mereka.

3.3.4 Ibu bapa

Ibu bapa bagi murid –murid di Sekolah Sungai Rawang adalah berbangsa

melayu dan kaum jawa. Mereka tinggal diperkampungan yang berhampiran

dengan sekolah. Aktiviti ekonomi keluarga disana kebanyakkannya adalah

sebagai kontraktor, pekebun, buruh dan juga pembuat kerepek. Oleh itu,

kedudukan ekonomi keluarga murid-murid adalah kaya, sederhana dan miskin .

Kedudukan ekonomi bagi setiap keluarga memainkan peranan penting kepada

murid itu tersendiri. Mengikut Puan Nor Afida sendiri, murid yang berasal berada

adalah sangat menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka

sentiasa memberikan tekanan kepada anak-anak mereka untuk berjaya didalam

Page 5: Temubual Bersama Guru

akademik. Manakala bagi keluarga yang miskin mereka tidak kisah pada

pencapaian akademik anak-anak mereka. Malahan mereka tidak kisah jika anak-

anak mereka tidak ke sekolah pada hari persekolahan.

Ini boleh dilihat semasa sesi perjumpaan antara guru dengan ibu bapa.

Setiap tahun,pihak sekolah akan mengadakan aktiviti perjumpaan ibu bapa

dengan guru kelas anak-anak mereka. Semasa perjumpaan ini, guru kelas akan

memberikan buku rekod anak-anak mereka dan ibubapa boleh bertanyakan

soalan mengenai anak-anak mereka kepada guru. Menurut Puan Nor Afida,

ibubapa yang dari keluarga berada sangat mementingkan pencapaian akademik

anak mereka. Mereka akan melihat secara teliti buku rekod anak mereka. Jika

anak mereka mempunyai gred yang tidak baik mereka akan bertanyakan

kepada guru jika anak mereka mempunyai masalah disekolah dan dalam

pelajaran.

Manakala bagi ibu bapa yang datang dari keluaga miskin mereka sering

tidak datang ke perjumpaan antara ibubapa dengan guru kelas. Jika mereka

datang sekalipun,mereka hanya akan mengambil buku rekod dan terus balik

begitu sahaja tanpa membincangkan mengenai anak mereka dengan guru kelas.

Ini menunjukkan tahap kesedaran kepentingan pelajaran bagi ibubapa yang

datang dari golongan miskin adalah sangat rendah dan mereka tidak kisah

mengenai pencapaian anak mereka.